KPPK ______________________________________________________________________ KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENANAM SPESIES TERJADUAL (KARAS/DEPU) DI BAWAH AKTA 686 PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM
______________________________________________________________________ LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENDAFTARAN BARU DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
Pendahuluan
1
Latarbelakang
1
Tujuan Pendaftaran
2
Spesies Kayu Yang Disenarai Sebagai Spesies Terjadual (Jadual Ketiga)
2
Fi/Yuran Pendaftaran dan Bayaran Permohonan Permit dan Sijil
3
Syarat Pendaftaran Bagi Penanam Spesies Terjadual
3
Borang E, Borang F dan Borang Memohon Permit Eksport, Permit Import dan Sijil Eksport Semula CITES
3
Pendaftaran Menggunakan Borang E
4
Pemeriksaan Pasukan Petugas Teknikal
4
Pembaharuan Pendaftaran Menggunakan Borang F
5
Proses dan Perakuan Pendaftaran
5
Lampiran I - Carta Aliran Proses Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual
6
Lampiran II - Alamat Ibu Pejabat dan Pejabat MTIB Wilayah dan Negeri Di Semenanjung Malaysia
7
- Alamat Pejabat Wilayah MTIB Sabah
8
PENDAFTARAN BARU DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA ______________________________________________________________________ KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
1.
2.
PENDAHULUAN 1.1
Garispanduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan dan sebagai rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan pendaftaran untuk aktiviti pembiakkan secara buatan ( atau juga dipanggil sebagai penanam) pokok spesies terjadual sepertimana termaktub dalam Peraturan-peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) yang diperbuat dibawah seksyen 54: Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008, AKTA 686.
1.2
Penekanan dan fokus garispanduan ini adalah kepada aktiviti tanaman karas/gaharu atau Aqularia spp, selaras dengan kepentingan aktiviti tanaman tersebut pada masa kini.
LATAR BELAKANG 2.1
AKTA 686: PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008 telah diwartakan pada 14 Februari 2008 manakala Peraturan-peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) diwartakan pada 24 Disember 2009. Pelaksanaannya akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Julai 2010. MTIB mentadbir pelaksanaan AKTA 686 meliputi kawasan Semenanjung dan Sabah. Jabatan Perhutanan Sarawak mentadbir bagi negeri Sarawak.
2.2
Mana-mana orang atau syarikat yang menghasilkan tumbuhan yang dibiakbakakan dalam kurungan atau dibiakkan secara buatan (bagi tujuan perdagangan komersial) tanpa berdaftar dengan MTIB adalah melakukan suatu kesalahan. Mana-mana orang atau syarikat yang tidak memohon untuk berdaftar bagi menghasilkan tumbuhan dibiakkan secara buatan adalah melakukan suatu kesalahan.
2.3
Bagi memenuhi maksud dalam perkara 2.2 MTIB perlu melaksanakan pendaftaran penanam spesies terjadual (Karas/Gaharu) seperti kehendak Akta 686.
3.
4.
TUJUAN PENDAFTARAN 3.1
Memastikan penanam spesies terjadual mematuhi peraturan di bawah Akta 686.
3.2
Mengatur dan mengawalselia perdagangan terjadual dalam Senarai Apendiks CITES.
3.3
Menyusun dan membantu pembangunan industri spesies terjadual (tanaman, pasaran dan perdagangan antarabangsa).
3.4
Mengumpul dan menyenggara maklumat dan rekod mengenai industri spesies terjadual
antarabangsa
spesies
SPESIES KAYU YANG DISENARAI SEBAGAI SPESIES TERJADUAL JADUAL KETIGA APPENDICES II III FLORA (PLANTS) Family : Araucariaceae (Monkey-puzzle tree) Araucaria araucana (Chilean Pine) Family : Leguminosae (Fabaceae) (Afrormosia, Cristobal, Rosewood, Sandalwood) Dalbergia nigra Caesalpinia echinata #10 Dipteryx panamensis Pericopsis elata #5 (Brazilian Rosewood) (Pittier) (Devil’s Tree, Red Bark) Platymiscium pleiostachyum #1 (Cachimbo, Cristobal, Nambar) Pterocarpus santalinus #7 (Angsana, Sena) Family : Meliaceae (Mahoganies, Spanish Cedar) Swietenia humilis #1 Cedrela odorata #5 (Honduras, Mexican (Cigar Box, Spanish Cedar) Mahogany) Swietenia macrophylla #6 (Brazilian, Bolivian Mahogany) Swietenia mahagoni #5 (Cuban, Spanish Mahogany) Family : Pinaceae (Guatemala Fir) Abies guatemalensis (Guatemala Fir) Family : Podocarpaceae (Podocarps) Podocarpus parlatorei Podocarpus nerifolius #1 (Parlotore’s Podocarp) (Podo) Family : Thymelaeaceae (Aquilarlaceae) (Agarwood, Ramin) Aquilaria spp. #1 (Agarwood) Gonystylus spp. #1 (Ramin) Gyrinops spp. #1 I
5.
FI/YURAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN PERMOHONAN PERMIT DAN SIJIL Fi dan Yuran yang dikenakan kepada pemohon adalah seperti dinyatakan dalam Peraturan Pendaftaran, Fi / Yuran dan permit dimana bayaran pendaftaran baharu bagi aktiviti pembiak bakaan ialah RM200 setahun manakala bagi pembaharuan pendaftaran ialah RM100 setahun.
6.
7.
SYARAT PENDAFTARAN BAGI PENANAM SPESIES TERJADUAL 6.1
Bagi orang perseorangan/penanam individu atau suatu pertubuhan perbadanan yang menjalankan aktiviti biakbakakan secara buatan dan aktiviti dibiakkan secara semulajadi terhadap spesies terjadual bagi maksud perdagangan komesial perlu memohon untuk berdaftar. Carta aliran keseluruhan proses pendaftaran adalah seperti di Lampiran I
6.2
Pemohon hendaklah mempunyai maklumat hak milik tanah yang lengkap yang digunakan bagi penanaman spesies terjadual sama ada tanah persendirian atau tanah sewaan/pajakan. Sekiranya pemohon menyewa/memajak tanah persendirian atau tanah kerajaan, dokumen yang berkaitan harus dikemukakan semasa proses pendaftaran berjalan.
6.3
Pemohon perlu mendaftarkan maklumat di dalam Borang E – Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual. Suatu Surat Akuan Pendaftaran sebagai penanam spesies terjadual akan ditadbirkan oleh MTIB.
6.4
Setelah berdaftar dengan MTIB dan bagi merekodkan pembaharuan pendaftaran secara tahunan, pemohon perlu mengisi maklumat menggunakan Borang F – Permohonan Bagi Pembaharuan Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual.
BORANG E, BORANG F DAN BORANG MEMOHON PERMIT EKSPORT, PERMIT IMPORT DAN SIJIL EKSPORT SEMULA CITES 7.1
Semua borang-borang tersebut boleh diperolehi dari Ibu Pejabat MTIB dan pejabat-pejabat Wilayah / Negeri di Semenanjung dan Sabah dialamat yang dinyatakan pada Lampiran II.
8.
9.
PENDAFTARAN MENGGUNAKAN BORANG E 8.1
Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian I. Maklumat pemilikan sendiri atau syarikat, alamat premis pejabat dan kebun / ladang / tapak semaian (nursery) dan tempoh pendaftaran yang dipohon.
8.2
Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian II. Maklumat daftar perniagaan di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956. Meliputi jenis perniagaan, milikan (tunggal atau perkongsian), perjanjian sewa / pajak tanah, butiran ahli kongsi dan pegangan saham.
8.3
Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian III. Maklumat daftar perbadanan syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Meliputi jenis syarikat, pegangan syer, maklumat Lembaga Pengarah dan laln-lain yang berkaitan.
8.4
Bahagian IV perlu diisi dengan lengkap kerana ia merujuk kepada maklumat mengenai kawasan tanaman karas, status tanah, jenis daftar kawasan tanaman karas, (nombor lot/geran tanah), nama spesies karas yang ditanam, tarikh mula penanaman, sumber pokok diperolehi, kos projek, sumber modal dan data purata pengeluaran karas / gaharu / agarwood pada setiap bulan.
8.5
Bahagian V memerlukan mereka yang terlibat sebagai penanam karas menyatakan maklumat tenaga kerja dan pengurusan.
PEMERIKSAAN PASUKAN PETUGAS TEKNIKAL Sebelum MTIB memperakukan dan meluluskan pendaftaran sebagai penanam spesies terjadual, satu pasukan petugas teknikal akan melawat dan memeriksa kawasan tanah berkaitan bagi membuat pengesahan. Setelah disahkan maklumat adalah teratur, MTIB secara rasmi akan mendaftarkan pemohon sebagai penanam spesies terjadual. Satu Surat Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan MTIB kepada pihak penanam yang berkenaan.
10.
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN MENGGUNAKAN BORANG F Setiap individu, agensi/syarikat yang diperakukan pendaftaran sebagai penanam Spesies Terjadual (karas/depu) dengan MTIB harus memperbaharui pendaftaran pada setiap tahun dengan menggunakan Borang F. Penanam diminta memasukkan maklumat jumlah karas/depu yang sudah dituai/tebang dalam tempoh satu tahun kalender, pasaran dimana karas/gaharu dibekalkan disamping maklumat asas (nama individu/syarikat, alamat premis, tahun mula beroperasi dan jenis spesies ditanam).
11.
PROSES DAN PERAKUAN PENDAFTARAN Borang E dan Borang F yang telah dilengkapkan berserta lampiran dokumen yang berkaitan, hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat MTIB, Kuala Lumpur seperti berikut:-
Bahagian Pendaftaran, Pelesenan & Penguatkuasaan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Tingkat 13-17, Menara PGRM No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras 56100 Kuala Lumpur u.p.
:
Puan Zanariah Othman atau, Encik Mohammad Khair Puteh, atau Puan Norlida Jaafar
Lampiran I CARTA ALIRAN PROSES PENDAFTARAN SEBAGAI PENANAM SPESIES TERJADUAL
Pemohon memajukan Borang yang lengkap diisi Terima dan Semak Maklumat (Borang dan Dokumen) Pohon Dokumen Berkaitan
Pengesahan Dokumen
Tidak Lengkap
Lengkap
Penyediaan Kertas Status untuk Pasukan Petugas Teknikal Penilaian Pasukan Petugas Teknikal Pengesahan Laporan Penilaian Pohon Dokumen/ Maklumat Berkaitan
Kelulusan
Lulus (Dapatkan Fi / Yuran)
Tidak Lulus
Maklumkan pendaftaran kepada pemohon (penanam spesies terjadual) Rekod Maklumat
Simpan Fail
Tamat
Lampiran II 1.
IBU PEJABAT Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia Tingkat 13-17, Menara PGRM No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras 56100 Kuala Lumpur Peti Surat 10887 50728 Kuala Lumpur Tel : 03 – 9282 2235 Faks : 03 – 9285 1744 E-mail :
[email protected]
2.
PEJABAT MTIB WILAYAH DAN NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA Pejabat MTIB Wilayah Tengah, Klang Tel : 03 – 3324 3063 Faks : 03 – 3324 3733 E-mail :
[email protected] Pejabat MTIB Wilayah Utara, Butterworth Tel : 04 – 398 3358 Faks : 04 – 399 8358 E-mail :
[email protected] Pejabat MTIB Negeri Pahang, Kuantan Tel : 09 – 573 5062/5063 Faks : 09 – 573 5064 E-mail :
[email protected] Pejabat MTIB Wilayah Timur, Kota Bahru Tel : 09 – 748 3824 Faks : 09 – 748 6377 E-mail :
[email protected]
Pejabat MTIB Kuala Terengganu Tel : 09 – 622 2711 Faks : 09 – 622 6277 E-mail :
[email protected]
Pejabat MTIB Negeri Johor, Nusa Bistari, Skudai Tel : 07 – 511 6672/6682 Faks : 07 – 511 6787 E-mail :
[email protected]
3.
PEJABAT WILAYAH MTIB SABAH Pejabat MTIB Wilayah Sabah, Kota Kinabalu Tel : 088 – 498 822 Faks : 088 – 498 811/833 E-mail :
[email protected] Pejabat MTIB Cawangan Sandakan Tel : 089 – 212 717 Faks : 089 – 215 570 E-mail :
[email protected] Pejabat MTIB Cawangan Tawau Tel : 089 – 765 753 Faks : 089 – 779 711 E-mail :
[email protected]
GARISPANDUAN PENDAFTRAN GAHARU SP TERJADUAL_NH 24 JUN 2010) (JA/ZO/sar/maz)