Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
1
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan ulang cetak mana-mana bahagian daripada kandungan ini dan sebarang penyebaran penulisan ini tidak dibenarkan tanpa keizinan dari pihak yang tertentu.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
2
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
3
Pengertian Pernikahan Dalam Islam Pernikahan merupakan ikatan di antara dua insan yang mempunyai banyak perbezaan dari segi fizikal, pergaulan, cara berfikir (mental), pendidikan dan asuhan keluarga serta lain-lain lagi. Menurut pandangan Islam, pernikahan merupakan ikatan yang amat suci, di mana dua insan yang berlainan jenis dapat hidup bersama dengan direstui agama, keluarga dan masyarakat dan menggalakkan sesaorang yang telah mempunyai persediaan supaya berkeluarga. Ia merupakan satu dari keperluan jasmani dan rohani yang tidak harus diabaikan setiap insan. Pada dasarnya, pernikahan yang dijalankan itu ada kaitannya dengan hukum syara’. Hukumnya ialah ‘harus’ dengan maksud ia boleh dilakukan dan tidak salah jika mengikut keadaan diri orang yang terlibat. Cuba kita lihat bagaimana hukum yang asalnya ‘harus’ itu boleh berubah menjadi ‘sunnah’, ‘wajib’, makruh’ dan ‘haram’. SUNNAH : Seorang itu disunnahkan bernikah jika: 1) 2)
Dia mempunyai keinginan berkelamin Dia mampu melaksanakan tanggungjawab berumahtangga
WAJIB : Seorang itu diwajibkan bernikah jika : 1) Dia mempunyai keinginan berkelamin yang kuat sehingga jika dia tidak bernikah, besar kemungkinan dia akan terjerumus kelembah maksiat. 2) Dia mampu melaksanakan tanggungjawab berumahtangga. Sekiranya dia tidak mampu, dia hendaklah berpuasa supaya mengurangkan keingingan kelamin dan melemahkan dirinya sedikit untuk sementara waktu. Allah berfirman sepertimana yang tersebut di dalam surah An Nur ayat 33 yang bermaksud: “Orang-orang yang tidak mampu nikah itu, hendaklah menjaga kehormatan mereka sehingga Allah memberikan kemampuan dan kelonggaran kepada mereka dengan kurnia Nya.” Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
4
Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda, yang bermaksud: “Wahai golongan muda, barangsiapa diantara kamu yang berkesanggupan (untuk memberi nafkah) hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya pernikahan itu merendahkan pandangan dan menundukkan nafsu syahwat. Sekiranya dia tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu merupakan perisai dan benteng baginya. Bila pernikahan mencapai ketaraf sunnah atau wajib, maka yang melaksanakannya akan diberi ganjaran pahala. MAKRUH: Adalah makruh sesaorang itu bernikah jika: 1) Dia tidak mempunyai keinginan berkelamin meskipun dia berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab nafkah atau sebagainya. 2) Ataupun sebaliknya, dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya tetapi dia mempunyai keingingan untuk berkelamin. Bila mereka berada diperingkat makruh, elakkan untuk bernikah kerana ditakuti dia tidak akan dapat melayani atau memenuhi keperluan dan keinginan pasangannya semasa menjalani hidup berumahtangga. HARAM: Sesaorang itu haram bernikah jika dia akan menyebabkan bahaya atau kecelakaan ke atas pasangan yang hendak di nikahinya, walaupun dia mampu melaksanakan tanggunjawabnya atau mempunyai keinginan yang kuat untuk berkelamin. Di antara bahaya-bahaya yang boleh berlaku ke atas bakal pasangan hidupnya itu ialah jika yang hendak bernikah ini mengalami jangkitan AIDS, VD atau lain-lain penyakit merbahaya dan membahayakan pasangan hidupnya jika ia teruskan niatnya untuk bernikah. Di beberapa negara lain terdapat cadangan supaya setiap pasangan suami isteri itu di periksa kesihatannya terlebih dahulu sebelum dibenarkan bernikah. Tidak salahnya setiap bakal suami dan isteri melakukan pemeriksaan kesihatan dahulu secara sukarela untuk mempastikan mereka dalam keadaan yang tidak membahayakan pasangan yang bakal dinikahinya atau membebankan bakal pasangannya dengan penyakit yang di hadapinya. Bagi mereka yang berada di peringkat haram untuk bernikah, jika mereka meneruskan pernikahan mereka, maka dia akan menanggung dosa kerana dia dengan sengaja membahayakan pasangan hidupnya. Dosanya tidak akan terampun jika pasangan hidupnya di jangkiti yang dibawanya itu dan pasangannya pula tidak mahu memaafkannya.
Pernikahan Yang Digalakkan Itu Merupakan Satu Ibadah Bagi mereka yang bernikah dalam keadaan sunnah atau wajib, ibadah sembahyangnya mendapat pahala yang tujuh puluh kali ganda dari pahala orang yang tidak bernikah. Semua tanggungjawab yang dilaksanakan di dalam rumahtangga, diberi pahala yang banyak. Pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak yang dilaksanakan oleh suami, akan diberi tambahan pahala seperti orang yang menghulurkan sedekah kepada orang fakir miskin. Begitu juga isteri yang menjalankan kerja-kerja dirumah, akan diberi pahala sama seperti orang yang melakukan jihad seperti orang yang berjuang di medan perang sabilillah. Begitulah seterusnya, segalanya yang dilakukan oleh suami dan isteri seperti mendidik anak dan sebagainya. Diberi pahala yang berterusan yang tidak di nikmati mereka yang tidak menjadi suami isteri. Ibnu ‘Abbas R A berkata, “Ibadat sesaorang belum sempurna hinggalah ia berkahwin.” Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
5
Pengertian Ijab Kabul Jika dilihat secara teliti, ijab kabul itu merupakan perpindahan tanggungjawab seorang wali terhadap pengantin perempuan kepada pengantin lelaki, sebaik sahaja pihak pengantin lelaki menyatakan persetujuannya atau menjawab ijab wali pengantin perempuan dengan menyebut lafaz kabulnya. Ijab kabul itu juga merupakan perpindahan ketaatan dan patuh seorang wanita yang pada masa sebelumnya diberikan kepada walinya, kini dipindahkan kepada lelaki yang telah menjadi suaminya, sebaik sahaja ijab kabul selesai dijalankan. Tanggungjawab yang berpindah tangan. Tanggungjawab wali terhadap seorang wanita yang dipindahkan kepada seorang lelaki yang menikahi wanita tersebut ialah: 1) Tangggungjawab memberi nafkah yang secukupnya kepada wanita tersebut. Sebelum ini bapanya bertanggungjawab dalam hal nafkah. 2) Tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selayaknya kepada wanita tersebut. 3) Mendidik akhlak dan agama kepada wanita tersebut. 4) Memberikan perlindungan maruah dan kehormatan serta keselamatan (nyawa) kepada wanita dibawah perlindungannya. Sebaik sahaja selesai ijab kabul, semua tanggungjawab-tanggungjawab itu yang asalnya terletak dipundak wali wanita tadi, kini bertukar kedudukannya dan ia menjadi tanggungjawab pihak pengantin lelaki pula. Serentak dengan itu, ketaatan seorang wanita pada arahan dan bimbingan walinya bertukar. Tumpuan ketaatannya kini perlu diberikan kepada suaminya. Ini bersesuaian dengan persetujuan suami untuk memikul semua peranan yang dulunya dipikul oleh wali wanita tersebut. Dengan selesainya ijab kabul, suami menjadi pemimpin dalam sebuah keluarga yang baru didirikannya. Rumahtangga baru itu kini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaanya. Kebijaksanaan suami dalam pimpinannya itulah nanti akan mencorakkan masa depan keluarga tersebut. Seluruh anggota keluarga itu (isteri dan anka-anak mereka) diletakkan dibawah perlindungan dan tanggungjawabnya, baik di dunia mahupun di akhirat. Allah berfirman, yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, lindungilah diri kamu dan ahli keluarga dari api neraka”
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
6
Tujuan Dan Matlamat Pernikahan Islam memandang rumahtangga itu sebagai institusi yang amat penting. Adalah diharapkan setiap pasangan yang mendirikannya, hendaklah ikhlas dan bersungguh-sungguh bagi memastikannya kejayaannya. Islam mengharapkan dari pernikahan itu akan lahir perasaan kasih sayang dan kemesraan di antara umat Islam. Dua keluarga menjadi bertambah rapat padahal dulunya tidak mengenali di antara satu dengan yang lainnya. Yang lebih penting lagi ialah terjalinnya kasih sayang di antara suami dan isteri yang menjadi matlamat berumahtangga. Cuba kita perhatikan sepotong ayat Al-Quran, yang bermaksud: “Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah ialah dijadikan untuk kamu isteri-isteri kamu dari jenis kamu sendiri, supaya hati kamu senang kepada mereka dan Allah menjadikan pula diantara kamu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu petanda kamu yang berfikir.” (Surah Ar Rum ayat 21) Di samping itu Islam mengharapkan keluarga Muslim melahirkan generasi Islam yang cemerlang dari segi akhlak dan kejayaan hidup sebagai umat Islam yang dapat di banggakan Rasulullah s.a.w. di hari kemudian kelak, iaitu umat yang maju hidup di dunia tanpa mengabaikan keperluan akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Bernikahlah dan lahirkan keturunan, kerana sesungguhnya aku (Muhammad) akan merasa bangga dengan umat yang kamu lahirkan itu dihari Kiamat.” dan sebuah lagi hadis baginda yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pengelola, dan setiap kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu kelolakan. Ketua itu pengelola dan dia bertanggungjawab terhadap rakyat yang dikelolakannya. Seorang lelaki itu pengelola dan bertanggungjawab terhadap mereka yang dibawah kelolaannya. Wanita itu pengelola terhadap harta suaminya dan bertanggungjawab atas apa yang di bawah kelolaannya. Seorang lelaki itu pengelola atas harta bapanya dan bertanggungjawab atas harta yang dikelolakannya.” Itulah gambaran yang diharapkan dari umat Islam supaya menjadi umat yang bertanggungjawab semasa hidup di dunia dan sesudah matinya dialam akhirat.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
7
Aku terima nikahnya si anu …...
Aku nikahkan dikau dengan si anu bte si anu dengan mas kahwinnya $100 tunai….
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
8
Soalan : Dapatkah masing-masing memainkan peranan dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya bertukar menjadi ‘crook’ dalam rumahtangga
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
9
Persediaan Sebelum Berumahtangga Keluarga adalah sendi masyarakat. Untuk mengukuhkan masyarakat perlulah diperkuat sendinya terlebih dahulu. Kerana itu pembentukan keluarga tidak boleh dilakukan secara sambil lewa atau tergesa-gesa. Ia memerlukan perancangan yang teliti dan persediaan yang baik. Usaha setiap individu untuk membangunkan keluarga bahagia dan diredhai Allah adalah merupakan satu ibadah. Ini bersesuaian dengan tujuan Allah mencipta manusia; seperti yang tersurat di dalam Al-Quran surah Azzariat ayat 56 yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku.” Matlamat Pernikahan Kebahagian hidup berkeluarga adalah menjadi tiap hasrat pasangan bernikah. Kebahagian itu perlu diusahakan kedua pihak. Ia tidak datang bergolek atau melayang kepada sesiapa pun. Kebahagian itu hanya dapat dikecap dan terasa manisnya setelah berusaha dan sanggup membuat pengorbanan. Definasi dan falsasah tentang kebahagian ini beranika macam, kerana ia boleh dilihat dari berbagai sudut. Dalam lingkungan keluarga ia dibataskan kepada tiga aspek terpenting:
1) Kepuasan Individu Setiap pasangan individu hendaklah merasa puas dan memuaskan pasangan hidupnya sama ada dari segi keselamatan, sokongan perasaan, seks dan sebagainya.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
10
2) Mewujudkan linkungan yang positif Lingkungan yang dimaksudkan adalah keluarga kedua belah pihak. Hubungan yang sihat dan mesra dengan keluarga dapat membantu cita-cita mereka. Keluarga boleh menjadi tempat rujukan yang paling bernilai. Kerenggangan salah satu di antara mereka dengan keluarga boleh mencetuskan rasa tidak senang dipihak yang lain dan mengakibatkan timbulnya berbagai perasaan yang negatif. 3) Melahirkan anak-anak yang soleh Anak-anak yang soleh dapat membantu mewujudkan ketenangan dan kegembiraan kepada ibu bapa. Sementara anak-anak yang menimbulkan masalah hanya akan menjadi tekanan perasaan kepada kedua ibubapanya. Mendidik anak-anak satu usaha yang berterusan. Peringkat Umur Bernikah Para ahli psiikologi merumuskan bahawa umur yang baik bagi lelaki untuk bernikah ialah dalam lingkungan 25 tahun. Manakala bagi wanita pula ialah dalam lingkungan umur 20 tahun. Sebaik-baik jarak umur antara mereka ialah lelaki lebih tua dari pihak perempuan antara 5 hingga 7 tahun. Andainya pihak lelaki memilih pasangan yang sebaya atau melebihi umurnya, dia hendaklah banyak bertolak ansur terutama setelah menjangkau umur tua disebabkan keadaan fizikal yang berbeza diantara keduanya. Demikian juga halnya bagi lelaki yang memilih isteri terlalu muda; persefahaman yang lebih diperlukan terutama dari segi memikirkan dan kematangan terhadap isteri yang lebih muda.
Keperluan Asasi Untuk menjadi pasangan yang ideal, sesaorang itu hendaklah bersedia untuk mengongsi dan dikongsi hidupnya. Perhubungan suami isteri adalah hubungan dua hala. Ia memerlukan persefahaman dan mampu menghadapai segala kemungkinan yang akan timbul, lantaran itu tiap pasangan hendaklah memiliki perkara perkara berikut: 1) Kematangan berfikir Dalam hal ini tidak ada kayu pengukur yang dapat menentukan kematangan berfikir. Ia tidak bergantung kepada umur atau latar belakang pelajaran saja, tetapi tanda-tanda kematangan itu boleh dikesan dari cara sesaorang itu berfikir, bercakap dan bertindak. 2) Mengukur kemantangan berfikir Beberapa ciri berikut dapat membantu kita dalam mengukur kemantangan berfikir: 1. Boleh menerima kenyataan 2. Selalu memikirkan sesuatu yang akan berlaku 3. Mempunyai pendirian 4. Tidak mementingkan diri sendiri 5. Berfikir secara rasional – tidak terlalu mengikut perasaan 6. Bersifat fleksibal – boleh menyesuaikan diri dengan kenyataan Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
11
7. Boleh bekerjasama dengan orang lain 8. Kerja yang dilakukan tersusun dan berkesan 3) Kesihatan tubuh badan Untuk membantu mencapai matlamat rumahtangga, pasangan yang bernikah handaklah sihat, tidak menghidap penyakit berjangkit seperti syphilis, kusta, AIDS dan sebagainya; atau penyakit keturunan seperti gila dan lain-lain lagi. Kalau kurang yakin dengan keadaan diri eloklah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. 4) Kemampuan Sesaorang lelaki itu haruslah berkemampuan. Kemampuan yang dimaksudkan tidak terbatas kepada mengumbulkan wang untuk maskahwin dan hantaran serta mengadakan majlis jamuan, tetapi yang lebih mustahak ialah berkemampuan memikul tanggungjawab menyara hidup keluarga yang antara lain melibatkan perbelanjaan berikut: 1. Menyediakan tempat tinggal yang sesuai 2. Wang nafkah makan-minum dan pakaian 3. Bayaran bil-bil; air lampu dan sebagainya 4. Tambang, makan minum suami ditempat kerja 5. Perbelanjaan perubatan 6. Lain-lain seperti jemputan kahwin, yuran persatuan dan sebagainya Perbelanjaan yang dinyatakan diatas hendaklah kurang dari jumlah pendapatan.
5) Pengetahuan agama Disamping ketiga-tiga faktor ini, pengetahuan agama tidak kurang pentingnya kerana sebuah rumahtangga Islam yang tidak berpandukan dasar keIslaman akan menemui kegagalan. Umpamanya kalau ibu bapa jahil dalam agama, bagaimanakah mereka dapat membentuk suasana keIslaman dalam rumahtangga supaya dapat mempengaruhi dan mendidik cara hidup si anak sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab. Maksud hadis-hadis berikut menekankan supaya agama menjadi satu keutamaan dalam kehidupan keluarga Muslim: “Barangsiapa yang menikahi perempuan kerana harta dan rupanya sahaja, nescaya Allah akan melenyapkan harta dan kecantikannya. Dan barangsiapa yang menikahi kerana agamanya, sesungguhnya Allah akan memberikan kurnia kepadanya dengan harta dan kecantikan.” “Sesungguhnya perempuan itu dinikahi kerana agamanya, hartanya dan kecantikannya, maka pilihlah yang beragama.”
Hassan Bin Ali Bin Abi Talib pernah ditanya, “Dengan siapakah patut aku akan mengahwinkan anak perempuanku?” lantas dijawab, “Kahwinkan dia dengan orang yang taqwa pada Allah, kerana apabila dia mendatangi isterinya dia akan memuliakannya dan apabila dia memarahinya dia tidak akan menzalimi isterinya”. Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
12
Panduan Memilih Pasangan Sebagai panduan untuk memilih pasangan, Imam Ghazali pernah menulis dalam sebuah kitabnya Ihya Ulumuddin, supaya memilih isteri yang mempunyai sifat-sifat berikut : 1. Beragama 2. Mempunyai perangai baik 3. Murah maskahwinnya 4. Tidak mandul 5. Anak dara 6. Keturunan yang baik 7. Ada rupa-cantik 8. Tidak dari keluarga dekat
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
13
Penerapan Nilai Agama Dalam Kehidupan Berkeluarga Sepertimana yang kita semua maklum, akad nikad itu adalah jalinan suci yang mengikat dua insan. Sebelumnya mereka merupakan manusia asing yang tidak halal bergaul di antara satu dengan lain. Sebaik sahaja ijab kabul yang memenuhi segala rukun dan syarat-syaratnya selesai mereka menjadi dua insan yang paling rapat, bergaul dengan mendapat restu dari segi agama dan masyarakat. Cuba kita selangkah demi selangkah perjalanan hidup suami isteri. Sebaik sahaja selesai akad nikah, suami isteri yang mendapat gelaran pengantin baru hendaklah mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya, mereka berdua bertemu jodoh dan mendapat hidup berpasangan sebagai suami isteri. Majlis Walimah Biarlah Sesuai Dengan Ajaran Agama Majlis walimatul’urus hendaklah dilaksanakan menurut peraturan yang bersesuaian dengan ajaran agama. Elakkan diri kita dari amalan-amalan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Memulakan kehidupan berumahtangga yang baru dengan sesuatu perbuatan bertentangan dengan hukum-hukum syarak, seolaholah memberikan gambaran bahwa pasangan yang berkenaan ataupun keluarga mereka telah mengambil ringan dan mengabaikan saranan dan anjuran agama dalam kehidupan berumahtangga. Penganin Dengan Kedudukan Yang Baru Kini kedua pengantin baru itu, telah menambah bilangan anggota keluarga masing-masing. Mereka sudah mula bermentua, beripar-duai dan dengan sendirinya sekelian sanak saudara dari pihak pasangan hidup itu menjadi sanak saudara pula kepada yang lain. Hubungan siratul-rahim dengan setiap seorang dari mereka dan sikap berbaik-baik sangka adalah sangat-sangat dituntut agama. Yang tua pangkatnya perlu dihormati, dan yang lebih muda pula diberikan perhatian sewajarnya. Dalam pada itu, peraturan dan pantang larang agama dalam pergaulan kekeluargan perlu di ambil perhatian.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
14
Pergaulan Suami Isteri Pergaulan suami isteri hendaklah bersesuaian dengan petunjuk agama. Senda gurau sesama suami isteri memanglah dituntut agama. Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa bergurau senda dan bermesra dengan isteriisterinya. Memanggil pasangan hidup kita hendaklah dengan panggilan yang menunjukkan kemesraan. Bila sepasang suami isteri mengadakan hubungan kelamin, hendaklah mengikut cara yang dibenarkan ajaran agama. Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan pahala yang diterima pasangan yang berumahtangga bila mereka mengadakan hubungan seks. Seorang sahabat merasa hairan lalu bertanya. “Ya Rasulullah adakah seorang suami meletakkan sesuatu di dalam rahim isterinya, dia diberi pahala?” Rasulullah s.a.w. menjelaskan dengan sabdanya yang bermaksud: “Tidakkkah jika dia meletakkan pada yang haram dia akan berdosa? Begitulah sebaliknya bila diletakkan pada yang halal, dia tetap diberikan pahala.” Di samping hubungan jenis yang mendatangkan pahala, terdapat pula perbuatan dosa dalam hubungan itu, walaupun terhadap isteri kita sendiri. Seorang isteri itu tidak boleh diperlakukan mengikut kehendak hati. Sebagaimana di dalam sebuah rumahtangga suami isteri digalakkan melayani satu sama lain dengan sebaikbaik layanan, hal yang sama hendaklah dilakukan semasa mereka mengadakan hubungan kelamin. Dua larangan : Ada dua perkara yang menjadi larangan dalam hubungan kelamin suami isteri : Pertama : Dilarang melakukan persetubuhan bukan ditempat semaian benih lelaki yang ditentukan Allah. Kedua : Dilarang melakukan persetubuhan diwaktu isteri dalam keadaan haid atau nifas. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Isteri-isteri itu umpama ladang-ladang kamu. Datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu kehendaki. Dan sediakanlah diri kamu dan takutilah akan Allah dan ketahuilah bahwa kamu akan menemui Dia (di Hari Akhirat) nanti. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.” Di surah yang lain di jelaskan seperti berikut: “Dan mereka bertanya pada mu tentang haid. Katakanlah bahawa haid itu satu mudarat, yang demikian hendaklah kamu menjauhkan diri daripada isteri-isteri kamu itu semasa haid. Janganlah kamu hampiri mereka sehingga bersih. Apabila mereka telah bersuci, bolehlah hampiri mereka itu sebagaimana yang Allah perintahkan pada kamu. Sesungguhnya Allah suka pada orang-orang yang bertaubat dan suka pada orang-orang yang bersih.” Jika suami melakukan hubungan di luar peraturan yang di tentukan Allah, dia telah melakukan satu dosa. Rasulullah s.a.w. menjelaskan : “Allah tidak mahu melihat orang lelaki yang mendatangi lelaki lain atau perempuan diduburnya.” Semoga dengan mengikut peraturan-peraturan yang diberikan Allah itu, anak yang lahir dari perkahwinan itu kelak akan menjadi anak-anak yang memenuhi kehendak agama dan menyenangkan hati ibubapa mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
15
Semasa Janin Dalam Kandungan Sehingga Lahirnya Semasa janin dalam kandungan, ibunya hendaklah memperbanyakkan membaca kitab suci Al-Quran dan senantiasa berzikir dan mengingati Allah. Dia hendaklah diajar suami menunaikan solat sewaktu hamil. Keluarga yang bertuah mendapat cahaya mata hendaklah bersyukur dengan kurniaan Allah itu. Mereka hendaklah menyedari bahawa anak yang comel itu merupakan amanah Allah kepada kedua ibu-bapa bayi tersebut. Anak itu perlu dididik dengan asuhan keIslaman. Kelahiran bayi itu hendaklah disambut dengan melahirkan rasa gembira dan bersyukur kepada Allah. Setelah bayi lahir dan dibersihkan, si ayah hendaklah mengazankan dengan suara perlahan di telinga kanan bayi dan mengiqamatkan ditelinga kirinya. Dimasukkan manisan (sebaik-baiknya sedikit madu) di mulut bayi tersebut. Jika anak yang lahir itu lelaki, sebagai tanda kesyukuran, sembelihlah dua ekor kambing untuk akiqah. Jika anak perempuan, maka disembelih seekor sahaja. Ini adalah amalan yang digalakkan agama. Berikan nama yang baik bagi anak tersebut kerana nama itulah yang akan digunakan sepanjang hayat dan akan dipanggil dengan nama itu juga bila di akhirat kelak. Jika kebetulan ibu atau bapa tidak menyedari bahawa nama yang telah diberi itu kurang baik, hendaklah tukar nama tersebut agar tidak berkekalan sehingga dewasa. Kita semua maklum bahawa anak yang lahir itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya: kalau elok, eloklah jadinya. Jika tidak, akan rosaklah anak itu dan kehidupannya. Walau bagaimanapun, ibubapa dipertanggungjawabkan di akhirat jika tidak menjaga amanah yang telah diserahkan kepada mereka.
Peranan Yang Bertambah Mereka yang dikurniakan anak hendaklah sedar bahawa peranan mereka mula bertambah; dari tanggungjawab melayani isteri atau suami, kini bertanggungjawab pula untuk membesar dan mendidik anakanak mereka. Anak manusia memerlukan masa untuk melengkapkan diri bagi memenuhi keperluan hidupnya di masa hadapan. Selain dari perlu meniru cara berjalan, cara makan dan minum, mandi dan membersihkan diri, banyak lagi perkara yang perlu mereka pelajari dari ibu dan bapa mereka.
Rumah Adalah Sekolah Pertama Rumah dimana anak itu membesar adalah ibarat sebuah sekolah pertama dan utama bagi kanak-kanak tersebut. Di rumah ibu dan bapalah yang menjadi guru terpenting. Dari anda dan orang-orang disekelilingnya, kanak-kanak itu belajar bercakap, berkomunikasi, melihat contoh amalan-amalan agama dan akhlak.
Ibu Bapa Sebagai Guru Sebagai guru pertama kepada anak-anak di rumah, suami isteri mestilah cermat dalam apa langkah dan tindakan yang diambil, terutama bila berhadapan dengan kanak-kanak. Ini disebabkan perkembangan anakanak itu semasa kecilnya mempunyai kuasa belajar yang amat cekap dan berkesan.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
16
Bahasa pertuturan ibubapa seharian di rumah akan menjadi contoh sebelum anak itu mempelajari bahasa lain diluar rumah. Jika ibubapa menggunakan bahasa yang kesat dan carut mencarut, anak-anak itu akan mempelajari juga bahasa yang didengar itu dan dimasukkan kedalam perbendaharaan kata-kata yang mungkin digunakan bila ada kesempatan. Begitu juga jika kekerasan tingkah laku dan kelakuan buruk di antara suami isteri, seperti pukul memukul, menutup pintu dengan kuat bila marah, meninggalkan rumah berhari-hari bila berlaku perselisihan dan lain-lain tindakan lagi, ianya akan memberikan kesan negatif kedalam jiwa anak-anak. Sebagai guru, ibubapa perlu menunjukkan contoh-contoh akhlak yang baik di hadapan anak-anak. Jangan anggap anak-anak itu sebagai makhluk yang tidak tahu apa-apa dan tidak mempelajari dari keadaan yang dilihat berlaku di sekeliling mereka.
Akhlak Rasulullah Dijadikan Contoh Akhlak yang mulia yang diajar Rasulullah s.a.w. hendaklah dijadikan pegangan dalam kehidupan berkeluarga. Jangan kita beza membezakan anak-anak. Pernah seorang sahabat berjumpa Rasulullah s.a.w. dan memberitahu keinginannya hendak memberikan sesuatu kepada anak yang disayanginya. Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya dan bila mengetahui bahawa dia mempunyai anak-anak yang lain, Rasulullah s.a.w. menyuruhnya memberikan kepada kesemua anak-anaknya dengan pemberian yang sama rata, tanpa membeza-bezakan di antara satu sama yang lain. Sangatlah banyak kalau hendak dijelaskan satu persatu nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan dalam kehidupan berkeluarga. Satu perkara yang perlu disebutkan di sini jika dapat di lakukan akan menimbulkan semangat kita di dalam jiwa semua anggota keluarga. Ambillah peluang untuk mengadakan sesuatu kegiatan yang dapat dikongsi sama atau dilakukan bersama-sama dengan anggota keluarga yang lain. Suami isteri hendaklah senantiasa mencari peluang-peluang seperti ini. Misalnya bersembahyang berjemaah di rumah. Begitu juga lain-lain kegiatan yang berfaedah dan tidak ditegah agama. Ada satu lagi pesanan Rasulullah s.a.w. yang jika diteliti mempunyai pengertian yang cukup mendalam dalam usaha mencapai ke arah kecermelangan hidup keluarga dan umat Islam di dunia dan akhirat. Pesanan Rasulullah S.A.W Untuk Mencapai Kemajuan Individu Dan Ummah Ada sebuah hadis yang menggesa setiap Muslimin dan Muslimah yang meninggal dunia seboleh-bolehnya mempunyai tiga perkara yang dapat memberikan pahala yang berpanjangan. Pertama ialah harta wakaf yang dapat dimanfaatkan umat Islam.Tentunya harta wakaf tidak dapat ditinggalkan kecuali jika seorang itu sudah mempunyai harta yang melebihi dari keperluan hidupnya sehariharian. Suruhan Nabi ini seolah-olah menyuruh umat Islam mencari harta kekayaan sebanyak mungkin, bukan untuk berseronok-seronok sendiri sahaja, tetapi untuk dijadikan modal yang akan dimanfaatkan si kaya dan masyarakat Islam lainnya baik semasa hidupnya mahupun sesudah dia meninggal dunia. Perkara kedua yang disuruh supaya umat Islam jadikan modal untuk mendapat pahala yang berpanjangan ialah ilmu yang memberi faedah pada diri dan masyarakat Islam semasa hidup dan sesudah dia meninggal dunia. Tentunya sesaorang itu tidak dapat menumpahkan ilmu untuk keperluan generasi masa depan jika ilmu yang dicari cukup untuk memenuhi keperluan dirinya sahaja. Suruhan Nabi ini seolah-olah menggesa umat Islam supaya mencari ilmu setinggi mungkin, kalau tidak masakan disuruhnya umat Islam meninggalkan ilmu yang bermanfaat sebagai sesuatu yang akan memberi ganjaran pahala yang berpanjangan, sesudah ilmuan itu meninggal dunia? Ketiga ialah suruhannya supaya membina generasi yang soleh. Ini memberikan isyarat bahawa jika setiap keluarga dapat membentuk dan membina generasi masa depan yang baik, ibubapanya yang dapat melaksanakan tugas ini akan beruntung. Di dunia mereka tidak hidup runsing dengan masalah-masalah yang Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
17
ditimbulkan anak-anak mereka. Sebaliknya hidup mereka akan tenteram dengan adanya anak-anak yang berbakti kepada mereka semada lanjut usia dan terus berbakti sesudah mereka meninggal dunia dengan doa pengampunan. Hadis tersebut ialah: “Sekiranya mati anak Adam, terputus amalannya kecuali dari tiga sumber: iaitu sedekah yang berpanjangan, ilmu yang dapat dimanfaatkan dan anak yang soleh yang akan mendoakannya.” Ketiga unsur ini jika dapat diterapkan dalam kehidupan berkeluarga, akan berjayalah pula masyarakat Islam. Ini dapat dilaksanakan jika kedua pasangan suami isteri menyedari peranan mereka untuk menyerapkan nilainilai Islam dari segi akhlak dan ajaran-ajaran agamanya kedalam suasana hidup berkeluarga. Insya Allah.
HARTA WAKAF
ILMU YANG BERFAEDAH
ANAK YANG SOLEH
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
18
Hak Dan Tanggungjawap Suami Isteri Pernikahan adalah satu ikatan perjanjian suci antara seorang lelaki dan seorang perempuan untuk mengendalikan kehidupan harian mereka. Islam mengharapkan ikatan pernikahan ini berkekalan di mana suami isteri dapat meraih nikmat kemesraan dan kasih sayang. Mengekalkan pernikahan dan mewujudkan suasana harmoni dalam rumahtangga hanya akan tercapai jika suami dan juga isteri dapat menikmati hak masing-masing dengan sempurna. Hak akan dapat dirasa jika pasangan berkenaan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan menunaikan tanggungjawab dengan baik, bererti dia telah memenuhi hak isterinya dan begitu juga jika isteri melaksanakan tanggungjawab bermakna dia telah menyediakan hak suaminya. Tegasnya, menunaikan tanggungjawab adalah syarat utama bagi mengukuhkan keharmonian rumahtangga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya.” Hak dan tanggungjawab dalam sebuah rumahtangga terbahagi kepada tiga: 1. Hak dan tanggungjawab bersama 2. Hak dan tanggungjawab yang mesti dilakukan suami 3. Hak dan tanggungjawab yang mesti dilakukan isteri
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
19
Hak bersama: 1. Dihalalkan bergaul 2. Diharamkan menikahi keluarga masing masing 3. Hak mewarisi pusaka
4. Pergaulan dan perlakuan yang baik Kewajipan Suami: 1. Wajib memberi maskahwin setelah pernikahan sah dilakukan 2. Mempergauli isteri dengan cara yang baik
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Pergauli mereka (isteri) dengan cara yang baik.” Hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud : “Orang yang paling sempurna imannya ialah mereka baik budi pekertinya dan melayan isteri dengan mesra.” 3. Jangan menyakiti isteri sama ada dengan
perbuatan atau tutur kata
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “…. Jangan kamu memukul di muka, jangan kamu mencerca.” 4. Mengajar isteri dengan hukum-hukum agama terutama yang berkaitan dengan fardhu ain; seperti sembahyang, berpuasa dan lain-lainnya. Jika suami kurang pengetahuan wajiblah ia membenarkan isterinya keluar belajar atau mengundang guru ke rumah. 5. Menjauhkan perasaan cemburu yang tebal. Untuk mengelakkan sifat tersebut hendaklah ada rasa saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Syaidina Ali pernah berkata, “Jangan terlalu banyak cemburu, kerana ia membawa keburukan.” 6. Suami wajib menjaga dan melindungi kehormatan isterinya.
Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Ada tiga golongan yang tidak akan masuk syurga: derhaka kepada ibu bapa, dayus dan orang perempuan yang menyerupai lelaki.” Dayus ialah mereka yang mendiamkan diri bila ada orang menggangu kehormatan isterinya, atau merelakan perbuatan maksiat isterinya. Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
20
7. Wajib memberikan nafkah kepada isteri sesuai dengan kemampuan yang ada pada dirinya. Nafkah meliputi makan dan minum, pakaian, perubatan dan menyediakan tempat tinggal. 8. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w. “Apakah kewajipan suami terhadap isterinya?”
Baginda lantas menjawab, “Berilah makan apa yang kamu makan dan berilah pakaian apa yang kamu pakai.” Seorang wanita mengadu kepada Nabi s.a.w. akan hal suaminya yang kikir, tidak memberinya dan anak anak nafkah kecuali apa yang diambil di luar pengetahuan suaminya. Nabi s.a.w. berkata kepadanya. “Ambil lah apa yang mencukupi dengan bijaksana.”
Hak isteri: Isteri hanya berhak menerima nafkah dari suami jika: 1. Pernikahan yang dilakukan itu sah 2. Telah menyerahkan diri pada suami
3. Suami boleh bersatu dengan isterinya Disamping nafkah yang berbentuk matabenda, menurut pendapat juhur ulamak, suami juga wajib memenuhi tuntutan batin isterinya mengikut kadar yang sesuai bagi kedua belah pihak. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“… bagi mu pahala jika kamu bersatu dengan isteri mu.” Seorang sahabat bertanya.
“Wahai Rasulullah, adakah seorang yang memuaskan nafsunya diberi pahala?” Nabi menjawab,
“Tidakkah nafsu dilepaskan pada benda yang haram mendatangkan dosa? Demikian juga, jika dilepaskandijalan yang halal, ia diberi pahala.”
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
21
Kewajipan isteri: 1. Setia dan taat kepada suami sama ada ketika senang atau susah. Iaitu isteri hendaklah patuh menuruti petunjuk-petunjuk dan langkah-langkah suami pada jalan yang benar dan berusaha menginsafkannya kalau suami menempuh jalan yang salah dan melakukan maksiat.
Maksud hadis: “Sebaik-baik perempuan ialah yang menggembirakan mu jika kamu melihatnya, yang patuh kepada perintah mu jika kamu suruh dan memelihara harta mu ketika engkau tidak ada dirumah.”
2. Mengasuh dan mendidik anak-anak serta mengurus rumahtangga dengan baik dan sempurna. 3. Memelihara harta benda suami didalam rumah dan menyimpan segala rahsianya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang solehah (baik) ialah taat menjaga perkara-perkara yang tersembunyi dengan cara yang diamanahkan Allah.” (Surah An-Nisa ayat 34)
4. Melayan suami dengan cara yang baik dan berlaku sederhana dalam kehidupan. Tidak meminta-minta lebiih dari kemampuan suami. 5. Mengadakan hubungan-hubungan keluarga haruslah dengan izin dan persetujuan suami. Jangan sekali-kali membenarkan orang-orang yang tidak disukai suami keluar masuk dalam rumah, terutama orang lelaki yang bukan muhrimnya. 6. Maksud hati: “Jangan saorang lelaki memasuki rumah saorang perempuan kecuali jika perempuan itu bersama-sama dengan muhrimnya.”
7. Memelihara hubungan kekeluargaan sama ada keluarga isteri dapat memainkan peranan penting dalam menjaga perhubungan persaudaraan. Dalam hal ini mereka hendaklah berlaku adil dalam melayan dan jangan berat sebelah.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
22
Cara Mengatur Kewangan Dalam Sebuah Rumahtangga Untuk mewujudkan rumahtangga bahagia dan sejahtera, banyak hal yang perlu diuruskan. Dari urusan peribadi dan pekerjaan suami isteri, urusan anak dan persekolahan mereka, urusan rumah tempat kediaman, makan minum dan lain-lain lagi, semuanya perlu diuruskan dengan sebaik-baiknya. Kewangan memegang peranan penting dalam kehidupan keluarga pada masa kini. Tanpa wang, banyak keperluan dan maksud tidak tercapai. Sering terjadi perselisihan, malah perceraian kerana masalah kewangan. Ini tidak berlaku hanya kepada keluarga berpendapatan rendah sahaja, malah berlaku juga kepada mereka yang berpendapatan tinggi. Itulah sebabnya masalah kewangan perlu diberi perhatian dengan teliti, terutama bagi mereka yang mempunyai penghasilan rendah. Rancangan kewangan mesti di atur dan benar-beanr dilaksanakan dengan jujur. Setiap pendapatan keluarga mesti dibuat catatan, begitu juga perbelanjaan yang dikeluarkan untuk keperluan keluarga dan lain-lainnya. Perbelanjaan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian: perkara yang penting setengah penting darurat dan tidak terduga dan sebagainya Dalam mengendalikan wang keluar masuk, perlu diperhatikan bahawa wang belanja (keluar) tidak boleh melebihi daripada wang pendapatan (masuk), setidak-tidaknya, perlu dibuat timbangan supaya tidak terjerumus kedalam dunia hutang yang mungkin menghantui kehidupan keluarga sepanjang hidup.
Dalam soal perbelanjanaan, jika sudah di bahagi-bahagikan kepada beberapa kelompok, mungkin tidak sama hal itu setiap bulan. Ada bahagian yang tidak digunakan pada bulan tersebut dan diperlukan pula pada bulan berikutnya. Ada pula bahagian yang tidak terpakai samasekali, atau ada pula bahagian yang tidak cukup. Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
23
Terserah kepada kebijaksanaan isteri yang lazimnya diberi tugas mengatur perbelanjaan rumahtangga atau suami jika ia yang lebih benyak memainkan peranan mengatur perbelanjaan.
Mengatur pendapatan dan perbelanjaan atau bajet, hendaklah berbentuk mudah dan dapat di sesuaikan mengikut keadaan. Jika ada bahagian yang kelebihan, bolehlah ia dipakai untuk menutup kekurangan atau keperluan yang lebih mendesak.
Galakan Untuk Menabung Walaupun sesaorang itu mungkin berpendapatan sederhana atau rendah, adalah sebaik-baiknya keluarga tersebut dibiasakan hidup berhemat atau berjimat cermat. Sedapat-dapatnya keluarga itu dapat menabung setiap bulan walaupun sedikit. Menabung sangat perlu untuk menghadapi hari-hari suram atau keperluan mendadak. Sering terjadi sesebuah keluarga itu merasa bingung bila menghadapi kesulitan-kesulitan yang mendesak. Dalam keadaan seperti ini terdapat keluarga yang terpaksa meminjam dan kemungkinan besar dari peminjam-peminjam wang yang tidak berlesen yang meminta faedah yang amat tinggi. Bukan sahaja perbuatan meminjan yang membayar faedah itu dilarang agama bahkan ia akan membawa pada kesusahan dan ketakutan yang tidak ada kesudahannya kepada semua anggota keluarganya. Jika keluarga mempunyai tabiat suka menabung, maka wang tabungan itu dapat digunakan bila diperlukan.
Pembahagian Perbelanjaan Seperti mana yang telah di jelaskan sebelum ini, pendapatan keluarga mestilah dipecahkan kepada beberapa bahagian : a) penting b) setengah penting d) tidak terduga
c) darurat dan
a) Perbelanjaan penting: i)
Bayaran untuk tempat tinggal
ii)
Bayaran air lampu dan khidmat kebersihan tempat itngggal
iii)
Tambang sekolah anak
iv)
Duit saku anak yang bersekolah
v)
Pembelian beras, gula dan barang-barang keperluan dapur dan sebagainya
vi)
Duit pasar
vii)
Tambang dan makan minum di tempat kerja
b) Perbelanjaan setengah penting seperti: i)
Membeli pakaian
ii)
Menziarahi keluarga suami dan keluarga isteri
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
24
iii)
Menghadiri dan sumbangan majlis perkahwinan
iv)
Membeli majalah dan buku bacaan
v)
Dan lain-lain lagi
Cara Mengatur Kewangan Dalam Sebuah Rumahtangga
c) Perbelanjaan darurat seperti: i)
Rawatan perubatan
ii)
Bantuan kepada keluarga yang menghadapi kesusahan
iii)
Dan lain-lain
c) Perbelanjaan yang tidak terduga seperti: Segala perbelanjaan yang tidak termasuk di bahagian yang tersebut, yang mungkin tiba-tiba diperlukan tanpa diduga.
Perbelanjaan Rumahtangga Memerlukan Kebijaksanaan Kedua pasangan suami isteri mestilah mengetahui mana yang perlu diutamakan, mana pula yang dapat ditangguhkan dan mana pula yang seharusnya ditiadakan. Keduanya atau salah seorang daripada mereka tidak boleh mendahulukan kepentingan diri sendiri dari kepentingan keluarga, dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Mereka juga tidak boleh mendahulukan perkara yang kurang penting dari perkara yang penting. Sebagai contoh, mereka tidak boleh membelanjakan wang untuk menziarahi keluarga suami atau isteri jika wang yang diperlukan untuk air lampu belum diketepikan. Apatah lagi jika suami mengutamakan wayang atau bola dari perbelanjaan membeli buku sekolah anaknya.
Cara-Cara Membuat Bajet Rumahtangga Dibulan pertama perkahwinan tiap pasangan hendaklah menyimpan buku kira-kira perbelanjaan untuk mengetahui bagaimana cara wang mereka dibelanjakan. Elakkan dari berbelanja yang tidak perlu seperti kerap makan di luar dan menonton. Sebaliknya hendaklah suami isteri bersepakat dalam semua hal yang melibatkan kewangan, dan hendaklah dapat membezakan antara barang perlu (necessity) dan barang mewah (luxury)
Semasa merancang kewangan hendaklah mengingat empat perkara berikut:
1) Selalu memanjangkan pendapatan minima 2) Pendapatan yang dikira tolakan CPF dan Income Tax (jika ada) 3) Jangan membut andaian dan berbelanja sebelumnya 4) Jangkakan perbelajaan yang tinggi Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
25
Beberapa Perkara Yang Menjejas Penyusunan Bajet Rumahtangga Ada beberapa perkara yang boleh menjejas bajet sesabuah rumahtangga. Pasangan suami isteri hendaklah senantiasa berhati-hati sebelum terjebak dengan hal-hal yang akan merosakkan bajet rumahtangga mereka. Perkara-perkara itu adalah sebagai berikut: 1. BERHUTANG Suami isteri yang kurang bijak mengatur perbelanjaan bajet rumahtangga akan terjebak kepada hutang. Sebaik-baiknya jauhilah diri dari berhutang kecuali pada keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti perumahan.
2. BOROS DALAM PERBELANJAAN Di bawah ini diberikan beberapa contoh tentang boros yang berlaku dalam sesabuah rumahtannga sehingga menimbulkan masalah kepada pasangan yang berkenaan seperti:
a) Suami yang gemar menukar-nukar motosikal atau kereta tiap-tiap tiga atau empat tahun sekali, pada hal kenderaan itu masih dalam keadaan baik. b) Suami isteri yang menukar perabut-perabut di rumah terutama menjelang hari-hari perayaan (Hari Raya) atau sering mengubah elok rumah (renovation). c) Isteri yang suka membeli pakaian setiap minggu yang hanya dipakai sekali dua kemudian disimpan. d) Isteri menggunakan wang perbelanjaan yang diberi oleh suami, sebahagiannya digunakan untuk membayar hutang kain, pinggan-mangkuk, periuk dan sebagainya yang di beli secara ansuran.
3. TIDAK MENGATUR BERSAMA Suami isteri sama-sama mempunyai pekerjaan tetapi tidak sepakat mengatur perbelanjaan atau tidak berbincang untuk melakukan sesuatu berbelanjaan. Isteri berbelanja sendiri dan suami begitu juga.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
26
4. BERJUDI/MINUM ARAK Suami yang suka berjudi atau minum arak, mengambil dadah atau sebagainya selalu lupa akan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Sebahagian besar daripada pendapatannya akan dihabiskan untuk melepaskan ketagihan judi/arak/dadah atau sebagainya, hingga menjejas teruk perbelanjaan rumahtangga. Dalam keadaan seperti ini ada suami yang mengambil jalan mudah seperti berhutang dengan ceti, menjadi pengedar dadah, melakukan jenayah dan ada pula setengahnya hingga menggadai maruah dan kehormatan isterinya semata-mata untuk menampung kekurangan perbelanjaan rumahtangga.
5. MEMBERI SUMBANGAN Ada setengah suami yang terlalu kasih kepada orang tuanya dan apabila mendirikan rumahtangga masih terikat dengan orang tuanya. Dihulur sumbangan yang berlebihan kepada mereka sehingga wang peruntukan rumahtangganya terjejas dan berkurangan. Keadaan seperti ini membuat isteri rumit untuk berbelanja kerana wang pemberian suami tidak mencukupi. Suami berpendapat biarlah beliau sekeluarga susah asalkan orang tuanya tidak menghadapi kepayahan. Pandangan yang kurang tepat ini disebabkan suami tidak faham akan peraturan-peraturan berkeluarga yang dikehendaki Islam.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
27
Masalah ekonomi rumahtangga tetap ada dan akan dihadapi dari masa ke semasa, walaupun pendapatan mereka bertambah. Suami isteri boleh mengurangkan masalah dengan senantiasa bermuafakat dan samasama menjaga supaya perbelanjaan tidak sampai melebihi pendapatan. Sebaiknya usahakan supaya ada baki untuk disimpan bagi masa kecemasan atau kejadian yang tidak terduga. Amalan membazirkan wang seperti yang berlaku semasa sebelum mendirikan rumahtangga hendaklah dikikis kerana orang yang boros dan membazir akan senantiasa menghadapi masalah kewangan. Terdapat juga orang yang bergaji besar tetapi mempunyai hutang sekeliling pinggang dan senantiasa dalam keresahan, manakala sebaliknya ada orang yang bergaji kecil tetapi tidak berhutang, hidupnya lebih tenteram, kerana pandai mengatur bajet wang pendapatannya setiap bulan. Kesimpulannya, bila sesaorang lelaki atau perempuan memasuki alam perkahwinan, mereka hendaklah segera memikirkan bersama bagaimana berbelanja dan hendaklah mengambil sikap berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.
Bak kata pepatah: ukurlah baju di badan sendiri
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
28
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
29
Pengenalan
Sebagaimana kita semua diingatkan Allah s.w.t. betapa pentingnya ilmu menerusi surah Al-Alaq atau surah yang bermula dengan ayat ‘Iqra, kita juga di ingatkan oleh Allah s.w.t tentang pentingnya menguruskan masa dengan baik agar kita berjaya meraih faedah daripadanya dalam surah ‘Al-Asri’ yang bermaksud: “Demi waktu asar, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang baik dan wasiat mewasiatkan dengan kebenaran dan wasiat-wasiatkan dengan kesabaran.” Secara ringkas, ayat di atas ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga waktu supaya kita tidak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan akhirat). Ayat ini juga mengingatkan kita betapa kita harus ingatmengingatkan satu sama lain tentang perlunya mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi larangannya dan usaha ingat-mengingat ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh kesabaran. Kita boleh meraih pengajaran dari ayat tersebut di atas ini bagi kita sebagai ibubapa kelak, untuk saling mendidik satu sama lain dan mendidik anak-anak kita agar menjadi orang yang berdisiplin, tahu membahagikan masa dengan baik dan tidak lalai daripada melaksanakan segala perintah Allah. Ayat di atas ini harus lebih kita hayati memandangkan keadaan hidup kita sebagai masyarakat bandar, di mana kita perlu mengisi pelbagai tuntutan agar kita tidak menjadi orang-orang yang ketinggalan – ketinggalan dalam memenuhi tanggungjawab kita terhadap keluarga (bukan sahaja terhadap pasangan kita malah ibubapa dan saudara mara kita sendiri, ketinggalan mempertingkatlan diri dengan ilmu pengetahuan terutama dalam memenuhi cabaran Ekonomi Berteraskan Ilmu (Knowledge Based Economy) yang sedang hebat diperkatakan hari ini dan berbagai tuntutan lain.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
30
Siapakah Kita Dalam Rumahtangga? Sebelum kita masuk ke dalam perbincangan mengenai pengurusan masa dan rumahtangga, ada baiknya jika kita jenguk dulu siapakah kita dan peranan kita sebagai suami atau isteri di dalam rumahtangga, Allah telah berfirman yang maksudnya:
“Kuam lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas kaum perempuan oleh kerana Allah telah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan di atas kaum perempuan dan kaum lelaki membelanjakan sebahagian daripada hartanya. (Surah An-Nisa : 4) Rasulullah s.a.w. pula bersabda yang maksudnya: “Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab di atas penjaganya. Lelaki (suami) adalah penjaga di atas anggota keluarga rumahnya dan dia bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri) bertanggungjawab menjaga rumahtangga suaminya dan bertanggungjawab di atas jagaannya.” Kedua-dua firman dan hadis yang di atas ini jelas menunjukkan kepada kita tentang peranan lelaki dan wanita di dalam rumahtangga. Kedua-duanya juga menerangkan tentang betapa besarnya peranan lelaki sebagai pemimpin ke atas kaum wanita dan keluarganya termasuk terhadap kedua-dua ibu bapa dan adik beradiknya. Tetapi dalam keadaan hidup di negara kita hari dan kebanyakan negara maju serta yang sedang membangun di mana peluang pendidikan dan pekerjaan dibuka sama luasnya kepada lelaki dan wanita, maka pembahagian peranan lelaki dan wanita semakin lama semakin kabur. Contohnya, lelaki diberi tanggungjawab untuk mencari nafkah bagi keluarganya. Tetapi apabila kian ramai wanita yang mahu memanfaatkan ilmu yang sudah diperolehinya dengan keluar bekerja maka semakin ramai lelaki yang mula mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada keluarganya – sama ada anak lelaki terhadap orangtuanya mahupun suami terhadap isteri dan anak-anaknya. Begitu juga terhadap wanita. Apabila kian ramai wanita masuk ke dalam pasaran buruh, maka peranan mereka menguruskan suami, mengasuh dan mendidik anak serta menguruskan rumahtangga, kian diabaikan. Malah kebelakangkan ini, kita mula pula mendengar wanita-wanita bertanya adakah tugas memasak dan menguruskan anak-anak, merupakan tugas mutlak isteri? Ramai juga wanita yang sudah menjadi ibu dan bekerja, kini menuntut hak mereka agar suami menyediakan pembantu di rumah. Imam Ghazali ada menyebut bahawa anak-anak adalah amanah Allah kepada kedua-dua ibu bapa. Ibu kandung khususnya, memainkan peranan penting memelihara dan mendidik anak-anaknya sejak lahir hingga remaja dan dewasa. Memang secara logik, ibulah orang yang paling rapat dengan anaknya kerana ibulah yang mengandung dan memberi makan kepada anaknya sejak di dalam kandungan. Ibu jugalah yang melahirkan anaknya dan kesihatan anak di dalam kandungan, banyak bergantung kepada ibunya. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa ibu adalah sekolah pertama kepada anak-anaknya. Jadi walaupun bapa merupakan ketua dalam rumahtangga, namun memandangkan hubungan psikologi yang erat di antara ibu dan anaknya, maka ibulah yang lebih layak mengasuh dan mendidik anaknya.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
31
Pengurusan Masa Setelah kita mengenal masa ringkas peranan ibu dan bapa di dalam rumahtangga, maka timbul soalan bagaimana ibu bapa hari ini yang kebanyakannya merupakan ibu bapa yang kedua-duanya aktif dari segi ekonomi, dapat melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab mereka dalam rumahtangga dengan berkesan? Di sinilah wujud relevannya kita memikirkan pula soal pengurusan masa. Ibu bapa tidak boleh tidak, perlu mempelajari serba sedikit kemahiran menguruskan masa dengan berkesan, sekiranya mereka mahu membina sebuah rumahtangga yang harmoni dan berjaya. Dalam hal ini sebagai bakal ibu dan bapa, anda berdua harus memikirkan dari sekarang tentang hakikathakikat hidup yang berikut: Pertama: Kehidupan zaman bujang atau anak dara memang jauh berbeza dengan kehidupan selesa berumahtangga. Hakikat ini perlu kita terima dahulu sebelum kita berusaha menyusunkan jadual masa bagi kelancaran kehidupan keluarga kita. Seorang yang masih bujang atau anak dara, mempunyai banyak masa untuk dirinya. Contohnya, seorang bujang boleh bebas berjalan-jalan dengan kawannya selepas waktu kerja, tanpa bimbangkan tentang soal membantu isteri di rumah atau mengambil anak dari rumah penjaga atau pusat jagaan kanak-kanak. Begitu juga dengan seorang gadis. Selepas waktu pejabat, beliau masih boleh pergi kemana-mana tanpa bimbangkan tentang urusan masak-memasak, menguruskan anak dan rumahtangga. Kedua: Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk keluarga kita. Ini memerlukan kita merancangkan kediaman kita dengan baik seperti menyediakan kelengkapan di dalamnya dan memastikan kebersihan dan keselesaannya. Lantas, kita perlu sediakan masa untuk menjaga rumahtangga kita agar bersih dan teratur. Kemudian, kita juga perlu memastikan kesihatan keluarga kita dengan memberi mereka makanan yang seimbang dan berkhasiat. Tentunya semua orang mahu anak-anak mereka menjadi anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat serta membesar sebagai orang dewasa yang berguna bukan saja untuk keluarga dan masyarakatnya malah bagi agama. Semua perkara di atas ini memerlukan menyediakan masa untuk mencapainya. Lantas sekali lagi kita perlu aturkan masa kita dengan baik dan berkesan. Ketiga: Walaupun sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak, kita juga perlu sediakan masa untuk diri kita dan pasangan kita. Ini penting agar kita berdua mempunyai masa untuk senantiasa melakukan ‘bedah siasat’ atau post-mortem tentang apa yang sudah kita laksanakan bagi keluarga kita dan membuat rancanganrancangan selanjutnya, di samping mengeratkan hubungan dengan pasangan kita. Dalam hal ini, kita perlukan masa yang cukup agar kita dapat berkomunikasi secara berterusan dengan pasangan kita dan diantara kita dengan anak-anak kita, agar tiap seorang diantara anggota keluarga kita faham akan hasrat dan matlamat hidup keluarga dan sama-sama berusaha mencapainya. Tanpa komunikasi, bukan hanya suami dan isteri malah anak-anak akan membawa hala hidup masing-masing hingga menyebabkan mereka menganggap rumah sebagai tempat tidur saja, sama seperti orang-orang yang berkongsi menyewa sebuah tempat kediaman. Mereka pulang ke rumah, bertegur sapa sebentar kemudian menghabiskan masa di bilik masing-masing kerana merasa tidak perlu duduk berkumpul dan berbual dengan ahli-ahli keluarganya.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
32
Keempat: Selepas berumahtangga dan mempunyai rumah sendiri, tidak bermakna kita boleh melepaskan tanggungjawab kita kepada keluarga asal iaitu ibu dan bapa serta adik-beradik. Malah selepas berumahtangga, kita kena melayan dua buah keluarga asal iaitu keluarga kita sendiri dan keluarga pasangan kita. Jadi bagaimanakah kita hendak menyediakan masa kita untuk mereka. Sekali lagi ia perlukan perancangan.
Rumahtangga Untuk memiliki rumahtangga yang aman dan selesa, pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan berkongsi tugas. Suami yang isterinya tidak bekerja, tidak harus meletakkan semua tugas menguruskan rumahtangga dan mengasuh serta mendidik anak, di atas bahu isteri semata-mata. Dan isteri yang bekerja pula, tidak harus menjadikan khidmat pembantu rumah sebagai satu-satunya jalan keluar untuk mengatasi masalah menguruskan rumahtangga terutama apabila ia boleh membawa kepada gejala-gejala berikut:
anak-anak tidak berpeluang belajar hidup berdikari. kehadiran orang asing dalam hidup suami isteri, boleh menjejas keharmonian hidup pasangan berkenaan, terutama apabila pembantu rumah lebih cekap melayan majikan lelakinya. Perbezaan nilai hidup di antara pembantu rumah dengan nilai hidup kita, akan menimbulkan kekeliruan kepada anak-anak. Apabila suami isteri melayan pembantu rumah sebagai orang suruhan semata-mata sehingga nilai ini ditiru oleh anak-anak menyebabkan mereka memandang rendah kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.
Kesihatan Keluarga Adalah penting bagi kita mengambil berat kesihatan diri dan ahli keluarga kita. Salah satu cara ialah dengan menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Hal ini akan dapat dicapai jika anda mengurangkan pergantungan kepada makanan yang dijual di luar rumah. Cara penyediaan makanan yang meragukan kebersihannya, bahan-bahan atau ramuan masakan yang kurang berkualiti adalah di antara sebab-sebab kenapa kita harus kurangkan memakan makanan yang dijual. Tambahan pula, dengan makan bersama-sama keluarga di rumah, akan menambahkan keakrapan ahli-ahli keluarga di samping menjimatkan masa dan belanja. Jadi adalah baik jika anda dapat pastikan yang keluarga anda makan di rumah, sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Tetapi sebenarnya anda boleh makan dengan keluarga, sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu waktu pagi (sarapan) dan malam. Beberapa saranan untuk memudahkan ibubapa bekerja menyediakan makanan di rumah setiap hari. *Siapkan menu sajian untuk kegunaan sepanjang minggu. Contohnya: ISNIN: Sayur bening, ikan goreng masak kicap, sambal belacan dan keropok ikan. Pencuci mulut buahbuahan. SELASA: Sayur masak lemak, ikan bakar dan sambal kicap. Pencuci mulut: buah-buahan. RABU: Sayur masak asam, sambal tumis ikan, rojak tahu. Pencuci mulut: buah-buahan. KHAMIS: Ayam masak lemak pedas dan rojak petis. Pencuci mulut: buah-buahan JUMAAT: Goreng campuran sayur, kari ikan, ulam timun dan sambal belacan. Pencuci mulut: rebusan kacang hijau dan halia Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
33
SABTU: Makanan sajian tunggal (single meal) sama ada mee siam, mee goreng laksa dan apa saja yang mudah disediakan. Sebulan sekali ajak keluarga makan di luar. AHAD : Bebas Gunakan hari Sabtu atau Ahad untuk ke pasar bagi membeli keperluan untuk seminggu. Di rumah, siapkan bahan-bahan yang hendak digunakan sepanjang minggu, bahagikan menurut keperluan dan simpan dalam petisejuk. Jika keadaan memungkinkan, anda boleh masak beberapa jenis lauk kemudian sejukan dan simpan dalam ruang beku petisejuk. Keluarkan lauk-lauk beku ini menurut jumlah yang diperlukan dan alihkan ke dalam ruang biasa petisejuk. Bila pulang dari kerja, anda cuma panaskan dan hidangkan kepada keluarga. Simpan beberapa jenis bahan makanan siap-segera seperti sambal kacang segera (boleh digunakan untuk dijadikan rojak tahu dan rojak petis selain dijadikan sambal janganan), kiub ikan bilis atau ayam (gunakan untk memasak sayur bening) dan sebagainya untuk membantu anda menyediakan lauk-pauk dalam masa yang pendek. (Lihat lampiran yang disediakan untuk resepi-resepi makanan yang mudah dimasak)
Peranan Suami Sementara isteri sibuk memasak selepas pulang dari kerja, suami bolehlah melayan dan menguruskan anakanak. Suami boleh gunakan kesempatan ini untuk mengajak anak-anak bermain atau menonton rancangan untuk kanak-kanak di televisyen. Gunakan kesempatan bersama anak, untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti membezakan perbuatan baik dan jahat, yang positif dan negatif dengan menggunakan cerita-cerita yang ditonton di televisyen. Gunakan anak-anak yang sudah besar sedikit, untuk membantu menjalankan kerja-kerja ringan di rumah seperti melayan adik-adik bermain atau membantu ibu di dapur. Sebaik-baiknya ajak isteri dan anak-anak makan malam sebelum waktu Maghrib. Selesai makan bersama-samalah menunaikan solat Maghrib dan gunakan masa sebelum Isyak untuk membantu anak-anak yang sudah bersekolah melakukan kerja-kerja sekolah yang dibawa pulang ke rumah. Jika anak-anak masih kecil, gunakan kesempatan sementara menunggu waktu Isyak, untuk menyemaikan minat membaca dan belajar kepada anak-anak. Adalah amat baik jika ibu atau bapa tahu mengaji. Sebab mereka boleh menggunakan waktu di antara Maghrib dan Isyak untuk mengajar anak-anak mengaji. Sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, ibu-bapa hendaklah pergi ke masjid untuk mengikuti kelas-kelas agama. Jika keadaan memerlukan bawa sekali anak-anak bersama agar anak-anak terbiasa dengan cara hidup seorang Islam. *(Lihat lampiran tentang kegiatan-kegiatan yang boleh dilakukan oleh ibu-bapa bersama anak-anak di rumah)
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
34
Penutup Sebuah rumahtangga akan menjadi syurga jika suami dan isteri saling bekerjasama dan saling menyokong satu sama lain untuk merancang kejayaan hidup (di dunia dan akhirat) bagi setiap anggota keluarga tersebut. Ibu dan bapa juga harus bijak menguruskan masa mereka dan membantu anak-anak belajar menguruskan masa agar semua tuntutan hidup ke atas mereka – BAIK YANG BERBENTUK DUNIAWI MAHUPUN UKHRAWI – dapat dipenuhi dengan sebaiknya.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
35
A. PENDAHULUAN Tidak seperti makhluk haiwan, manusia lebih bermasyarakat. Kita mempunyai akal untuk berfikir dan lebih pintar dan mempunyai matlamat hidup yang lebih tinggi. Keperluan-keperluan ‘fisiologikal’ seperti makan, minum dan tidur telah digandingkan dengn objektif-objektif yang lebih luas. Pergaulan kita dalam kehidupan bermasyarakat menimbulkan persaudaraan dan keselamatan bersama. Sesabuah keluarga itu adalah sebahagian dari masyarakat. Ahli sabuah keluarga harus saling sayangmenyayangi dan kasih-mengasihi antara satu sama lain. Dengan adanya kebahagian dalam keluarga tersebut, kehormatan diri pada tiap-tiap individu yang terlebih akan tercapai. Kejayaan dan kesenangan keluarga kerap kali menjadi kebanggaan setiap manusia dan juga menjadi kayu pengukur bagi menilai diri sesaorang. Tidak hairanlah jika keluarga menjadi pendorong dalam hidup. Untuk mendirikan sebuah keluarga yang sihat dan stabil, kita perlu merancang dan berusaha dari mula-mula lagi. Kita perlu mematang dan meluaskan fikiran dengan mengenali cabaran-cabaran yang akan muncul, seperti kata pepatah Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan.” B. BAHAGIAN-BAHAGIAN PERBINCANGAN 1. Masalah medikal 2. Masalah psikologi 3. Kehamilan ibu dan kesihatan anak Sebagai petua di dalam setiap perbincangan kita perlu memahami matlamat topik-topik yang akan dihuraikan. Syugia diperkatakan di sini, bahawa yang harus ditekankan di dalam ceramah ini adalah: a. b. c. d.
Mengenali dan menjangka masalah yang akan datang mencabar Menyedari kesan-kesan yang akan ditinggalkan pada keluarga itu Mencari cara pencegah, dan Membuat persiapan untuk menyelenggarakan masalah-masalah itu
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
36
1. Masalah medikal Kenali diri anda dan pasangan anda dari segi jasmani dan rohani. Penelitian terhdap keluarga masingmasing kerana terdapat berbagai masalah yang berkait rapat dengan aspek keluarga dan baka (genes).
Penyakit-penyakit yang berkait kuat dengan baka: 1. Penyakit darah : Thalassemia 2. Rabun pada warna merah - hijau 3. Penyakit urat-saraf : Neurofinbromatosis Penyakit yang berkait secara tidak langsung dengan baka 1. 2. 3. 4. 5.
Gemuk (obesity) Darah tinggi dan penyaki jantung Kencing manis Semput Penyakit-penyakit jiwa (schizophrenia)
Walaupun penyakit yang berasaskan baka menjadi persoalan yang rumit, ia tetap perlu dihadapi. Persoalan kemungkinan nya penyakit itu berlaku (chance) tetap akan menjelma, kerana kebanyakkan dari penyakitpenyakit itu akan muncul samada pada masa tua atau pada zuriat yang akan datang. Pilihan dalam menghadapi masalah yang berkaitan dengan baka selalunya melibatkan soal moral dan etika. Jawapan nya kerap menguji pendirian, nilai hidup dan pegangan setiap individu. Sebagai contoh, jika penyakit bayi sewaktu dalam kandungan dapat dikesan dengan cara-cara tertentu, apakah langkah-langkah yang harus diambil sebagai huraian dalam masalah ini. Pengguguran?
Putus asa?
Penyesalan?
Masalah yang tidak berkait dengan baka pula seperti penyakit darah tinggi dll., mungkin dapat diatasi dengan lebih mudah dengan mengambil langkah-langkah pencegahan, seperti menjalani pemeriksan dari masa ke semasa dan mengikuti rawatan dengan tekun dan teratur. Penyakit yang berjangkit 1. 2.
Hepatitis Penyakit yang disebabkan perhubungan jenis (sexually transmitted disease)
Hepatitis B Ujian untuk mengesan penyakit berjangkit seperti Hepatitis B perlu dijalani diperingkat awal untuk mendapat rawatan dan mencegah jangkitan. Penyakit Hepatitis B ini merosakkan limpa dan boleh menyebabkan barah. Sebagai permulaan usaha, pemeriksaan darah (sebaik secara keluarga) mesti dilakukan. Sekiranya didapati yang sesaorang individu itu bebas dari penyakit ini, suntikan akan dicadangkan. Sesiapa yang didapati membawa penyakit Hepatitis B, digalakkan mengambil langkah-langkah tertentu supaya mencegah dari berjangkit kepada orang lain. Ia juga dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan setiap setengah atau satu tahun untuk mengesan tanda-tanda penyakit itu melarat. Penyakit Puan Penyakit ini terbahagi kepada dua bahagian : 1. Kemandulan (Infertility) 2. Masalah ibu yang lanjut umur Kemandulan (Infertility) Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
37
Pada hakikatnya masalah sukar mendapat anak ini melibatkan kedua-dua suami dan isteri. Kemandulan boleh berpunca dari pihak lelaki atau perempuan. Seorang perempuan mungkin mempunyai “ovary’ atau telur yang tidak sihat, keadaan hormon yang tidak seimbang, struktur rahim yang rosak akibat kuman, gara-gara pengguguran (abortion), atau pengembangan semulajadi semasa sedang membesar. Bagi lelaki pula, kuman penyakit seperti darah tinggi, ubat-ubatan, dadah, arak dan tekanan perasaan (stress) boleh menjejas kesuburan dan mendatangkan kemandulan. Sekiranya ada tanda-tanda bahawa kesukaran mendapat zuriat sudah ketara, terutama sekali selepas dua tahun berumahtangga, maka rawatan dan penyelidikan perubatan perlu dilakukan. Lanjut Usia Ibu Ibu yang telah lanjut usianya boleh mendatang bahaya ketika hamil, seperti kelemahan dan kelesuan yang bertambah, kekurangan darah, darah tinggi, tumpah darah dll., Akibat kepada bayi yang dikandung ialah seperti cacat (Down Syndrome), songsang, dll., Cara-cara mencegah masalah-masalah tersebut: a. Cuba mengandung sebelum umur lanjut 35 tahun b. Mendapatkan nasihat doktor dengan segera c. Menjalani ujian tertentu untuk meninjau kesihatan bayi di dalam kandungan c. Bersalin di hospital yang lengkap 2. Masalah psikologi “Stress” atau tekanan perasaan membawa ketegangan yang merosakkan kesihatan dan juga meretakkan keharmonian keluarga. Ketegangan berpunca dari pergaulan di antara suami dan isteri, dari harapan dan aspirasi individu (expectation and standard), dari adanya pengaruh luar seperti kerjaya, teman-teman dan keadaan semasa, terutama sekali berkenaan kewangan, tempat tinggal dan desakan keluarga. Keadaan sewaktu bercinta dan berasmara yang serba manis kerap luntur setelah berumahtangga, kerana tanggungjawab dan berbagai kesulitan akan menjelma. Walaupun suami isteri itu telah berkenalan bertahuntahun sebelum bernikah, ketegangan akan tetap timbul. Ini disebabkan perlu penyesuaian diri dengan kehadiran pasangannya setiap waktu dan didalam setiap perkara. Berkongsi hidup bermakna membuat pengorbanan. Kepentingan keluarga perlu mengatasi kepentingan diri sendiri. Tidak hairanlah sekirannya cita-cita dan tabiat individu itu perlu diubahsesuai setelah berkeluarga. Walaupun penyesuaian untuk meninggalkan kegemaran dan amalan semasa sebelum berkahwin, di jangka sebagai sesuatu yang semulajadi atau otomatik, ia boleh membawa penyesalan, buruk sangka dan perasaan seolah-olah dirinya terkongkong (controlled). Persoalannya adalah samada dan sejauh mana faedah keluarga mengatasi faedah individu. Penyelesaian boleh tercapai dengan berlalunya masa, kesabaran, keinsafan, persefahaman dan perbincangan secara jujur dan prakmatik. Perlu disedari bahawa setiap individu harus berpeluang untuk berusaha memperkembangkan pemikirannya, kebolehannya dan minatnya asalkan tidak bercanggah dengan tatasusila, etika dan logika. Penyakit-penyakit yang boleh timbul disebabkab ketegangan adalah seperti pening-pening kepala – “migrane”, “tension headache”, risau, marah-marah, susah tidur (insomnia), kemandulan, sakit ulu-hati (gastritis), darah tinggi, sakit jantung dan juga penyaki jiwa (reactive depression, neurosis dan psychosis). Perlu diingat bahawa hidup berkeluarga harus menjadi sumber ketenangan, bukannya sumber kehancuran. Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
38
3. Kehamilan ibu dan kesihatan anak Persiapan sewaktu hamil Persiapan perlu diatur dengan doktor di klinik-klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau lebih dikenali sebagai MCHC Maternal and Child Health Clinic. Pemeriksaan dijalankan untuk menentukan kesihatan ibu dan mengesan tanda-tanda terjejasnya bayi yang di dalam kandungan itu. Bakal ibu itu perlu menjaga kesihatannya kerana segala apa yang dia lakukan ialah untuk kesihatan bayi sewaktu dalam rahim dan setelah lahir nanti. Ia menentukan mutu hidup di masa-masa yang akan datang. Menjaga makanan yang seimbang, bersenam untuk merasa segar dan riadah juga untuk memudahkan proses bersalin nanti, harus dipertimbangkan dengan nasihat doktor. Sayugia diingatkan bahawa setiap ubat-ubatan dan ramuan-ramuan boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan itu dan dari itu penentuan daripada para doktor sangat berguna. Tabiat-tabiat seperti merokok dan meminum arak, boleh merosakkan dan mencacatkan bayi dalam kandungan. Waktu yang paling penting semasa mengandung ialah pada lapan (8) minggu pertama. Ketika inilah sifat dan organ-organ ditubuh bayi itu mula berkembang dan kecacatan selalu bermula pada waktu itu. Jangkitan kuman-kuman seperti Rubella (German Measles), Varicella atau Chickenpox. Syphilis dan lain-lain lagi menambahkan bahaya kepada kandungan. Untuk mencegah bahaya tersebut wanita tadi digalakkan meminta suntikan untuk Rubella sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum bernikah (sekarang suntikan ini diberi secara terancang di peringkat persekolahann ketika di darjah enam untuk pelajar-pelajar perempuan). Menjauhkan diri dari mereka yang menghadapi penyakit-penyakit berjangkit yang lain, juga perlu dilakukan.
PENGLIBATAN SUAMI Suami adalah penggalak dan pendorong. Sungguh indah dan baik sekali jika suami dan isteri dapat berbincang bersama akan segala harapan dan cabaran sewaktu mendapatkan dan membela anak-anak nanti. Selalunya si ibu tidak dapat meluahkan perasaan takut dan kepayahannya sewaktu mangandung. Ia memikirkan akan sakit-susahnya untuk melahirkan kandungannya nanti; kesihatan bayi yang bakal lahir; harapan suami dan keluarga dan masa depan yang akan dihadapi nya nanti. Suami perlu bersimpati dan bertanya keadaan dan perasaan isteri. Langkah-langkah perlu diambil untuk meringankan isterinya dengan memberikan ketenangan serta kegembiraan kepadanya. Mengunjungi doktor dan membuat persiapan bersama-sama dapat menjalin kemesraan dan membina kasihsayang pada anak yang akan lahir kelak. Kehadiran suami sewaktu bersalin memberi semangat dan kekuatan pada isteri itu. Suami dapat juga menjadi saksi dan menilaikan pengorbanan dan kesusahan isteri di waktu “nyawa dihujung rambut” ketika melahirkan anak.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
39
Pendahuluan Setiap insan, berbeza diantara satu dengan yang lain. Perbezaan itu bukan sahaja dari segi paras rupa bahkan juga pada tabiat dan kelakuan. Sukar sekali untuk kita temui dua insan yang sama pada serbaserbinya. Perbezaan ini adalah disebabkan warisan dan lingkungan di mana manusia itu dilahirkan. 1) Warisan Sifat-sifat seperti berani, rajin, kecergasan akal fikiran, gemuk, kurus dan sebagainya yang terdapat pada diri seseorang biasanya adalah warisan daripada ibubapa mereka. Kajian ilmiah telah membuktikan bahawa manusia mewarisi sebahagian sifat-sifat yang ada pada keturunan mereka yang terdahulu. Sifat-sifat itu dapat hidup subur andainya keadaan hidup sekeliling mengizinkan ia berkembang. Perubahan boleh berlaku jika keadaan disekeliling tidak menggalakkan tabiat semulajadi itu berkembang. Anak itu tidak akan mewarisi sifat atau tabiat semulajadi ibubapanya. Ini menunjukkan bahawa benih-benih sifat semulajadi itu hanya boleh berkembang jika keadaan sekeliling menggalakkan ke arah tersebut. 2) Lingkungan (i)
Alam sekeliling
Para ahli kaji masyarakat telah membuktikan bahwa alam sekeliling boleh mempengaruhi peribadi dan pemikiran seseorang. Jika seseorang itu berada di tengah-tengah masyarakat yang gigih menari kekayaan melalui perniagaan, maka dia akan terikut dan terpengaruh dengan usaha-usaha tersebut.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
40
(ii)
Sosial
Lingkungan termasuk segala peraturan dalam masyarakat – kepercayaan agama, pendapat umum, bahasa kesusasteraan dan pengetahuan. Sekolah boleh membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Tempat tinggal dan jiran tetangga boleh juga membentuk tabiat dan akhlak manusia. Pemerintah yang menjalankan dasar kebendaan boleh membentuk rakyatnya berfahaman kebendaan dan begitu jugalah sebaliknya. Kesimpulan Dari keterangan tersebut, dapat diambil satu kesimpulan bahawa perbezaan di antara seorang dengan yang lain di sebabkan dua faktor di atas. Dengan adanya perbezaan itu maka sering terjadi masalah yang memerlukan manusia berusaha menyesuaikan diri dengan yang lain.
KESAN PERBEZAAN PADA PERKAHWINAN Perkahwinan merupakan perkongsian hidup di antara dua orang manusia yang datang dari latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Kerana itu ia tidak lari dari menemui berbagai masalah. Kadangkala jurang perbezaan ini terlalu besar sehingga boleh membahayakan kerukunan hidup pasangan suami isteri tersebut. Akan lebih mudah pasangan itu menyesuaikan diri mereka masing-masing jika perbezaan antara mereka tidak terlalu jauh. Sering berlaku lahirnya perasaan kecewa terhadap pasangan masing-masing ketika baru mendirikan rumahtangga. Mereka terkadang-kadang membuat jangkaan bahawa kehidupan berumahtangga itu senantiasa indah, seindah masa mereka baru berkenalan, bercinta dan bertunang. Kekecewaan ini seringkali terjadi di sebabkan mereka tidak memahami bahawa percantuman dua manusia yang berbeza latar belakang itu sebanyak sedikit akan menimbulkan masalah-masalah yang perlu di atasi bersama dengan sebaik-baiknya.
PERBEZAAN YANG BOLEH MENJEJAS KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA Dibawah ini dijelaskan secara ringkas perbezaan-perbezaan yang boleh menimbulkan masalah dalam sesabuah rumahtangga. i)
Perbezaan dididkan agama
Masalah ini timbul bila salah seorang dari pasangan suami isteri itu mempunyai pendidikan agama ataupun berpegangan teguh pada ajaran agama, sedangkan yang seorang lagi tidak langsung mempunyai pegangan agama dan jahil dari segi agama. Terdapat juga kejadian di mana suami mempelajari agama dari gurunya dan ajaran itu menyelewengkan dari ajaran Islam yang sebenarnya. Dia memaksa isterinya mengikut ajaran yang diterima dari gurunya itu. Isteri pula menyedari penyelewengan ajaran yang di terima si suami. Perbezaan pegangan agama seperti ini boleh menjejas keharmonian hidup suami isteri. Jika satu pihak pula enggan kembali ke arah ajaran islam yang sebenarnya dan pihak yang satu merasakan betapa pentingnya ajaran Islam yang sebenar itu di jadikan sebagai landasan hidup baginya, berbezaan ini akan menghancurkan kebahagian mereka dan rumahtangga itu tidak akan dapat bertahan lama. ii)
Perbezaan asuhan keluarga
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
41
Suami dan isteri selalunya datang dari latar belakang asuhan dan didikan keluarga yang berlainan. Didikan yang diterima dari keluarga itu memberi kesan kepada kehidupan-kehidupan berumahtangga. Sebagai contoh, seorang isteri yang telah biasa diberi manja yang berlebih-lebihan oleh kedua ibubapanya, di mana segala kehendaknya di tunaikan dan permintaannya di penuhi. Jika dia mendirikan rumahtangga, dia akan memintaminta dari suaminya apa sahaja yang dia ingini dan mengharapkan suami memenuhi segala permintaanya itu. Jika suami tidak dapat melayani kemahuannya, di akan merajuk. Suami yang tidak sabar, akan merasakan ini sebagai beban dan sering merasakan isterinya bersikap tidak bertimbangrasa dan tidak berterimakasih dengan apa yang diberikan kepadanya. Suami perlu banyak bersabar dan tenang dan cuba memahami isterinya dengan baik sehingga isterinya akan lebih bersikap realistik di satu masa nanti. iii)
Perbezaan taraf hidup
Perbezaan taraf hidup keluarga juga boleh menimbulkan masalah dalam kehidupan suami isteri. Sebagai contoh, seorang lelaki yang datangnya dari golongan mewah, bila berkahwin dengan gadis pilihannya dari golongan biasa atau lebih rendah taraf hidupnya, dia akan merasakan isterinya tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup keluarganya. Adakalanya si isteri pula tidak dapat bergaul dengan selesa dan mesra dengan keluarga suaminya. Keadaan ini akan lebih ketara jika suami membawa isterinya itu tinggal bersama keluarganya yang mempunyai cara hidup yang berlainan degan kebiasaan si isteri. Perbezaan ini akan lebih menekan jiwa dan perasaan isteri jika keluarga suami tidak dapat menerimanya sebagai salah satu anggota keluarga mereka disebabkan perkahwinan mereka tidak mendapat restu dari keluarga suami. Soal itu tidak akan menimbulkan masalah jika pasangan suami isteri/keluarga mereka tidak memandang darjat dan kedudukan sesaorang dan menerima pasangan/menantu mereka dengan ikhlas dan tangan terbuka. Satu lagi contoh perbezaan taraf ialah bila si isteri memegang jawatan tinggi dengan gaji yang melebihi pendapatan si suami. Ada sebahagian isteri seperti ini akan memandang rendah terhadap suami dan sering bersikap bongkak dan meninggi diri. Ada pula yang tidak menghormati suaminya di rumah. Sebaliknya terdapat isteri yang tidak menunjukkan sikap merendah-rendahkan suami seperti ini kerana telah terdidik dengan akhlak yang mulia dan mengikuti ajaran agama Islam yang murni.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
42
iv) Perbezaan budi pekerti Akhlak menjadi penentu kestabilan hidup berumahtangga. Jika kedua suami isteri tidak mempunyai atau salah seorang daripada mereka berbudi pekerti buruk, kehidupan mereka akan menghadapi krisis demi krisis sehingga menjejas keharmonian rumahtangga. Perbezaan budi pekerti di antara suami dan isteri boleh menimbulkan sengketa dalam sesabuah rumahtangga. Sebagai contoh, jika seorang suami itu bersikap jujur, sebaliknya si isteri curang terhadap suami nya, keduanya akan senantiasa bertengkar dan si suami akan melemparkan tuduhan demi tudahan terhadap isterinya sehingga akan merosakkan hubungan kasih sayang di antara keduanya. Begitu juga sebaliknya jika si suami pula rendah akhlak nya, padahal isterinya baik budi pekerti, kehidupan mereka sebagai suami isteri yang inginkan kebahagian hidup bersama akan terjejas. v) Perbezaan tabiat Manusia mempunyai tabiat yang berbeza. Perbezaan ini kadangkali menimbulkan salah faham dari satu pihak yang menganggap perbezaan itu boleh merosakkan kehidupan sebagai suami isteri yang bahagia. Sebagai contoh, seorang isteri yang terlalu peramah dan cepat mesra dengan sesiapa sahaja, sama ada lelaki atau perempuan, sering menjadi sebab pertelingkaran dalam sesabuah rumahtangganya. Ramai suami yang tidak suka isterinya terlalu melayan orang lain secara yang sedemikian. Sebaliknya begitu juga yang berlaku pada kaum lelaki. Beberapa tabiat lain yang sering di anggap satu pihak (isteri atau suami) sebagai tabiat yang tidak disukainya, menjadi tabiat semulajadi/biasa bagi pasangan mereka. Perbezaan tabiat seperti ini jika dapat dijelas dan difahamkan boleh di usahakan supaya berkurangan dan akhirnya tidak lagi menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
43
vi) Perbezaan umur Perbezaan umur di antara suami dan isteri pada permulaan nya tidaklah menimbulkan apa-apa masalah. Masalah selalunya timbul bila perkahwinan telah berjalan beberapa tahun kemudiannya. Jika isteri lebih tua dari suami, sehingga isterinya boleh di panggil ibu, seperti wanita yang berumur 40 tahun bernikah dengan pemuda belasan tahun, atau sebaliknya; lelaki yang berumur 60 tahun bernikah dengan anak dara berumur belasan tahun, mereka mungkin akan menghadapi masalah penyesuaian diri. Suami atau isteri tersebut akan merasa malu berjalan beriringan dengan pasangannya kerana ramai mata yang memandang mereka dengan pandangan yang menunjukkan rasa tidak berkenan atau cemuhan. Isteri yang berumur lebih tua dari suaminya, dengan perbezaan yang sangat nyata, selalunya bersikap terlalu cemburu kepada suami yang jauh lebih muda. MASALAH CAMPUR TANGAN Sebuah rumahtangga akan lebih selamat jika kedua suami isteri dapat mentadbirkan nya sendiri tanpa campur tangan dari mana-mana pihak. Campur tangan itu mungkin datangnya dari dalam seperti campur tangan mertua dan ipar duai ataupun dari luar seperti kawan-kawan dan jiran tetangga. Jika suami isteri tidak tabah hati, rumahtangga yang mereka bina boleh menghadapi kehancuran. Pasangan suami isteri seharusnya lebih berhati-hati dan hendaklah melakukan pertimbangan yang seadiladilnya terhadap pasangan masing-masing sebelum membenar atau termakan hasutan dari mana-mana pihak, sama ada dari keluarga sendiri atau orang luar. Adalah lebih baik jika keduanya bersikap padu dalam menghadapi apa juga percubaan yang datang menggugat keutuhan rumahtangga yang mereka telah bina bersama.
SEBAB-SEBAB LAIN YANG MENGGUGAT SEBUAH RUMAHTANGGA Banyak sebab-sebab yang boleh menggugat sesebuah rumahtangga. Jika di lihat dari rekod Mahkamah Syariah lebih lima belas sebab yang diberi dalam aduan mereka. Biasa juga keretakan rumahtangga berlaku di sebabkan soal-soal kewangan seperti suami yang tidak memberi nafkah dengan betul. Ini terjadi apabila suami mementingkan diri sendiri daripada kepentingan keluarga. Ada suami yang suka berjudi sehingga kebanyakan wang gajinya dihabiskan dengan berjudi. Ada pula yang suka berjoli dengan minum minuman keras di tempat-tempat hiburan dan ada pula yang berpacaran dengan wanita lain sehingga isteri dan keluarga di abaikan. Terdapat juga isteri yang terlibat dengan lelaki lain di tempat kerja atau berkenalan sewaktu di luar rumah ketika membeli belah atau sebagainya. Yang sering tidak di jelaskan secara terbuka ialah berkenaan hubungan kelamin suami isteri. Suami isteri hendaklah benar-benar berpengetahuan dalam hal ini dan banyak berbincang sesama sendiri. Mereka harus menambahkan ilmu hubungan suami isteri dengan banyak membaca buku-buku pengetahuan seks dan menemui doktor bila ada perkara yang mereka tidak faham. Hubungan seks yang baik antara suami dan isteri dapat menambahkan lagi kemesraan dan mempereratkan lagi hubungan jiwa antara keduanya.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
44
BAGAIMANA MENGATASI MASALAH RUMAHTANGGA Banyak cara yang boleh di lakukan bagi mengatasi masalah rumahtangga. Setiap pasangan mungkin memerlukan cara yang berbeza dari pasangan lain. Penasihat-penasihat keluarga yang bertugas di pejabatpejabat pemerintah ataupun swasta boleh membantu pasangan-pasangan yang bermasalah itu dengan menunjukkan cara-cara yang wajar, tetapi kejayaan mengatasi masalah itu terletak sepenuhnya di tangan pasangan yang berkenaan. Setiap masalah dalam sesabuah keluarga dapat di atasi dengan lebih mudah, jika kedua-dua nya benar-benar ikhlas dalam mencari huraian bagi masalah mereka. Untuk lebih berjaya, kedua pasangan yang mendirikan rumahtangga yang selalunya atas dasar cinta, perlu memahami semula pengertian cinta yang mereka jalin semasa berkenalan, bertunang dan semasa permulaan mendirikan rumahtangga. Cinta merupakan alat pendorong yang paling berkesan ketika menghadapi rintangan dan halangan berumahtangga. Hubungan mereka yang tetap rapat dan masih dapat berinteraksi dan berkominikasi dengan baik ialah satu tanda bahawa pasangan yang telah mendirikan rumahtangga itu menghargai dan menghayati cinta yang telah mereka padu bersama. Mereka tetap merasakan prihatin terhadap kepentingan satu sama lain. Mereka masih mengharapkan keperibadian pasangannya itu menuju ke arah kesempurnaan. Selain dari unsur cinta sebagai alat yang paling baik bagi menghuraikan segala masalah, satu lagi unsur yang amat penting ialah kematangan yang perlu wujud pada setiap diri pasangan yang berkenaan. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMATANGAN Yang dimaksudkan dengan kematangan ialah bila seseorang itu memiliki sekurang-kurangnya beberapa sifat dan sikap seperti berikut : 1) Dia senantiasa menghadapi apa juga masalah secara konstruktif. 2) Memahami perkembangan peribadi seorang insan dengan baik. 3) Boleh berfikir sendiri 4) Mempunyai penilaian yang seimbang tentang keinginan masa kini dengan matlamat masa depan 5) Sanggup berkorban untuk orang lain 6) Boleh menilai sendiri kadar kematangan dirinya
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
45
ELAKKAN PERCERAIAN YANG DIBENCI ALLAH Perceraian merupakan pembaziran bagi segala penat lelah dan wang ringgit. Pembaziran itu bukan sahaja telah dicurahkan pasangan yang berkahwin, bahkan ramai pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perkahwinan tersebut. Cuba kita bayangkan berapa jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk majlis jamuan dan berapa pula yang telah dihulurkan sebagai sumbangan dari kaum keluarga dan sahabat handai yang telah datang kerana meraikan majlis perkahwinan tersebut. Berapa pula tenaga yang telah dicurahkan oleh anggota keluarga dari kedua belah pihak kerana persiapan bagi mengadakan majlis tersebut. Akan terputus pula ikatan yang menjalinkan kedua belah keluarga. Hubungan berbaik-baik diantara mereka akhirnya berubah menjadi sikap benci membenci disebabkan perceraian yang sepatutnya tidak berlaku dikalangan kedua keluarga tersebut. Jalinan ipar duai, besan dan biras dan juga hubungan mertua-menantu akan hilang dan bertukar menjadi satu kenangan yang amat mengecewakan. Kerana itulah Islam sangatsangat membenci perceraian. Cuba kita lihat hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Salah satu hadis baginda bermaksud: “Sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah ialah talak.” Dan sabdanya lagi yang bermaksud : “Allah melaknat (mengutuk) setiap orang yang suka bertukar rasa dengan cara bercerai-berai.”
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
46
CARA MENGELAKKAN PERCERAIAN 1.
Perceraian jangan diambil mudah
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan suami isteri bila menghadapi masalah dalam rumahtangga. Jangan sesekali suami atau isteri memikirkan bahwa bercerai adalah satu-satunya jalan bagi menghuraikan masalah yang mereka hadapi. Suami jangan mudah melafazkan cerai dan sebaliknya isteri pula jangan mudah meminta cerai dari suaminya. 2.
Jangan menggunakan perceraian sebagai alat
Suami jangan menjadikan perceraian sebagai alat untuk menggertak isterinya, jika ada sesuatu perkara yang dia tidak berkenan berlaku dari isterinya. Sebagai contoh, jika isteri ingin ke rumah ibubapanya dihujung minggu, sebaliknya pula pihak suami inginkan isterinya berada bersamanya pada hari tersebut, janganlah suami menggertak isterinya dengan mengatakan, “Jika engkau keluar hari ini kerumah ibumu itu, jatuhlah talak satu!” Adalah lebih baik suami melihat keinginan isterinya dari sudut yang positif. Mungkin isterinya itu telah terlalu lama tidak ke rumah ibu bapanya. Mungkin pula dia rindu pada adik-beradiknya. Suami sepatutnya bertanya pada dirinya, bukankah menziarah ibu bapa dan adik beradik itu merapatkan hubungan siraturrahim yang digalakkan? Kenapakah aku sebagai suami mesti mengambil sikap keras melarangnya? Isteri pula perlu melihat dari sudut yang positif juga bila suaminya meminta beliau supaya jangan kerumah ibu bapanya pada hari cutinya. Mungkin suami ingin berdua-duaan bersamanya setelah sepanjang minggu di siang hari, sibuk menjalankan tugas masing-masing. Kalau setiap hujung minggu isteri kerumah ibu bapanya, bila pula suami dapat berehat dirumah di siang hari bersama isterinya? Melihat segala yang berlaku di rumah dengan pandangan yang positif dan dari perlbagai sudut, boleh menjadikan suami isteri itu lebih matang dalam cara mereka berfikir dan dapat pula menyelamatkan rumahtangga mereka dari menghadapi krisis. BILA TIMBUL PERASAAN BENCI Dalam menjalani kehidupan berumahtangga sering terjadi suami atau isteri merasa benci terhadap pasangannya. Segala yang dilihat tidak berkenan dihati. Pada hal jika ditinjau dengan saksama, perkara itu adalah terlalu kecil dan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk bercerai-berai. Perasaan manusia itu ibarat pantai yang senantiasa berubah-ubah. Di satu masa seseorang itu merasa terlalu suka pada sesuatu, tetapi dilain ketika barang yang dulu digemarinya itu menimbulkan rasa benci pula. Islam memahami tabiat manusia ini. Ia juga memahami bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Islam mengingatkan suami supaya jangan terlalu melayani perasaan benci itu sehingga membawa kepada perceraian. Kadang-kadang, seseorang itu sudah tidak dapat melihat apa juga kebaikan yang ada pada pasangannya kerana terlalu benci. Cuba kita renungkan firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Pergaulilah isteri kamu dengan cara yang baik, maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak suka itu, justeru Allah menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.”
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
47
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin (suami) tidak boleh membenci seorang mukminah (isteri), jika dia tidak menyukainya lantaran satu perangainya, maka dia akan senang pada perangainya yang lain.” (Hadis riwayat Muslim) Kadang-kadang perasaan benci itu berlaku sebaliknya, dari seorang isteri terhadap suaminya. Pihak isteri tidak lagi menghargai dan mengakui segala kebaikan yang telah dicurahkan suaminya di dalam kehidupan berumahtangga. Kepada isteri-isteri seperti ini, perlulah merenungkan ayat Al-Quran dan hadis yang disebutkan di atas, semoga dia senantiasa bersikap sabar sehingga apa yang dibencinya itu tidak akan menghilangkan kebaikan yang ada pada diri suaminya selama mereka hidup bersama. Janganlah kerana sikap keterlaluan membenci suami itu sehingga dia bertindak meminta cerai dari suaminya.
KENAPA PERCERAIAN DIBENCI ALLAH? Bila kita melihat sikap Islam yang tidak menyetujui berlakunya perceraian yang tidak perlu, tentulah ada sesuatu akibat yang kurang elok akan berlaku jika perceraian yang dibenci Allah itu di teruskan. Terdapat beberapa kesan buruk yang sering terjadi disebabkan perceraian. KESAN KEPADA ANAK-ANAK: Kehilangan kasih sayang Dari kajian yang dibuat tentang hal ehwal kemasyarakatan. Banyak kejadian buruk yang melanda masyarakat atau sesuatu kaum disebabkan terlalu banyak perceraian. Mangsa utama dalam setiap kejadian perceraian itu ialah anak-anak yang tidak bersalah. Kehidupan kanak-kanak yang masih kecil bergantung sepenuhnya kepada kedua ibubapa mereka. Anak-anak itu memerlukan kasih sayang dan perhatian. Hanya ibubapa yang bertanggungjawab sajalah yang dapat memberikan perhatian yang diperlukan anak-anak itu. Ketiadaan kasih sayang dari salah seorang ibubapa mereka boleh menyebabkan kanak-kanak itu merasakan sesuatu yang dimiliki dan dihargainya itu hilang. Kehilangan ini payah dapat gantinya. Kebingungan dan serba salah Ramai kanak-kanak menjadi bingung bila mengenangkan nasib mereka yang tidak menentu sebaik sahaja kedua ibu bapa mereka menunjukkan tanda akan berpisah. Pelajaran mereka disekolah akan terjejas. Mereka kadangkala bertukar menjadi murid yang muram dan pendiam. Hilang sudah sifat riang dan gembira yang dikenali sebelumnya. Kini anak itu bertukar menjadi murid yang suka bersendirian dan menjauhkan diri dari teman-temannya. Jika kanak-kanak itu menjadi rebutan ketika perceraian hendak didaftarkan, anak-anak yang masih kecil itu terutama yang sudah bersekolah akan berada dalam keadaan serba salah. Memilih ibu seolah-olah dipandang sudah tidak memerlukan ayah mereka, begitu juga sebaliknya, jika mereka memilih ayah. Pada hal mereka memerlukan kedua-duanya sekali dan tidak ingin melihat ibubapa mereka berpisah dan bercerai. Mereka tidak dapat melakukan apa-apa, kerana keputusan dibuat ibu dan bapa mereka. Anak-anak itu hanya menunggu saat yang mengancam masa depan mereka. Di saat perceraian, ibu atau bapa mereka atau keduanya sekali hanya mementingkan diri masing-masing sahaja. Kadang-kala, kedua ibubapa sama-sama membuat tuntutan untuk memelihara anak-anak tersebut. Perbuatan ini disebabkan adanya sikap tidak mahu beralah pada pihak yang lain. Adakalanya ia bukan disebabkan perasaan kasih sayang terhadap anak yang menjadi rebutan mereka. Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
48
Ada pula ayah yang membuat tuntutan anak kerana takut tidak mampu jika isterinya menuntut nafkah anak tersebut di mahkamah setelah mereka bercerai.
Anak kecil diminta menjadi hakim Dalam peringkat hampir menjelang hari perceraian dan disaat anak-anak itu perlu membuat pilihan, kedua ibubapa akan cuba mempengaruhi anak-anak tersebut supaya menyebelahi salah seorang dari mereka. Masing-masing akan cuba menceritakan keburukan pihak yang lain kepada kanak-kanak tersebut. Mereka seolah-olah meminta anak-anak itu menjadi hakim untuk menghukum pihak yang lain. Mereka akan cuba meletakkan pihak yang lain sebagai pihak yang bersalah di mata anak-anak yang masih kecil/muda dan tidak faham tentang masalah mereka. Anak-anak berpindah-randah Sering berlaku apabila ibu bapa bercerai, anak-anak yang memilih salah seorang dari ibubapa tersebut, terpaksa berpindah bersama pihak yang memelihara mereka. Anak-anak yang masih bersekolah akan terpaksa berpindah sekolah, jika tempat tinggal barunya itu jauh dari sekolah asal mereka. Bertukar kesekolah baru, akan menjejas cara kehidupan mereka yang lalu. Mereka akan kehilangan teman kejiranan, teman sekolah dan juga guru yang mereka kenali. Mereka terpaksa menyesuaikan diri kepada suasana baru. Jika gagal menyesuaikan diri dengan suasana yang baru di sekolah, sudah tentu akan terjejas kelakonan pelajaran mereka. Maka akan bertambah lagi bilangan pelajar-pelajar kita yang keciciran dalam pelajaran, akibat dari gejala-gejala yang kurang sihat ini. Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
49
KESANNYA KEPADA DIRI PASANGAN Selalunya perceraian berlaku kerana kegagalan pasangan atau salah seorang dari mereka melaksanakan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh setiap pasangan tersebut. Rasa kecewa bila terjadi perceraian Rasa kecewa tentunya akan terasa oleh pasangan yang benar-benar jujur dan sangat-sangat mengharapkan rumahtangga yang mereka bina itu berkekalan sepanjang hayat. Dia tentu merasakan dirinya tertipu dengan segala janji-janji manis yang dilafazkan oleh pasangannya semasa mula-mula bertemu. Ada suami yang melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan sempurna dan baik. Disediakan rumah yang layak untuk keluarganya. Harapannya agar dia dapat hidup bahagia di samping isteri dan anak-anak yang disayangi. Tanpa diduga, tiba-tiba pihak isteri bertukar haluan lalu menuntut cerai kerana sebab-sebab yang tidak munasabah. Segala usaha untuk menyedarkan isterinya dan melakukan tindakan yang merugikan itu tidak berhasil. Tekanan perasaan Kini dia menghadapai tekanan perasaan. Dia memang mengasihi isteri dan anak-anak mereka, tetapi kerana menurut permintaan isteri, akhirnya dia terpaksa berpisah. Kadangkala dia cuba mendapatkan bantuan dari keluarga isteri, tetapi seringkali terjadi keluarga isteri tidak dapat melakukan apa-apa. Sebaliknya, perkara yang sama sering juga terjadi kepada isteri yang taat setia terhadap suaminya. Suami bertukar haluan setelah mereka lama berumahtangga. Rasa kecewa ini, sama ada dari pihak suami atau isteri sering mempengaruhi masa depan hidup seseorang. Mereka yang pernah kecewa merasa susah untuk memulakan hidup baru. Ada yang beranggapan, jika perkahwinan pertama yang diasaskan dengan bermacam janji setia boleh menghadapi kegagalan, betapa yang diidamkan, yang mungkin tidak diikat dengan janji-janji semanis dahulu. Merana sepanjang hayat Mereka yang kecewa itu, jika tidak mendapat rawatan atau panduan akan menderita sepanjang hayat. Bila emosi dan fikiran terus terganggu dan menemui ajalnya. Suami isteri yang mempunyai ramai anak Seseorang isteri yang diceraikan dan mempunyai ramai anak dari perkahwinan nya itu, mungkin terhalang dan tidak berpeluang untuk berkahwin lagi. Suami yang menceraikan isterinya, mungkin tidak mampu berkahwin lagi kerana kewajipan menanggung anak-anak yang ramai itu.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
50
Hilang tempat bergantung Isteri yang diceraikan oleh suaminya mungkin tidak mempunyai keluarga lain yang dapat melindunginya. Selama ini dia mengharapkan perlindungan dari suaminya. Maka dengan perceraian dia kehilangan tempat perlindungan. Terdapat juga isteri berhenti dari pekerjaan tetap setelah berumahtangga. Mereka menuruti kemahuan suami ataupun kerana menguruskan rumah dan anak-anak. Tanpa diduga, setelah sekian lama berkahwin, suami menceraikannya. Amat sukar baginya untuk mendapatkan pekerjaan semula dan yang sesuai, kerana usianya yang lanjut ataupun kerana tiada kemahiran. Perceraian dengan suaminya bererti hilang tempat bergantung dan tempat meletakkan harapan masa depannya. Untuk meneruskan hidup, ada yang terjerumus kelembah yang tidak diingini.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
51
KESAN-KESAN LAIN: Rumah terjual Sering terjadi, rumah yang dibeli bersama, terpaksa di bahagi dan tidak menjadi hak milik bersama. Ianya menimbulkan kesulitan untuk mendapatkan sebuah rumah lain yang selesa untuk pasangan yang berpindah atau kedua-dua pasangan dan anak-anak mereka, jika rumah tersebut terpaksa dijual kepada orang lain. Penukaran Agama Seorang yang baru memeluk agama Islam, kemudian berkahwin dengan wanita atau lelaki yang berasal dari keturunan keluarga Islam, jika tidak mendalami ajaran Islam dengan sempurna akan mudah keluar dari agama Islam yang baru dianutinya itu dan kembali keagama asalnya sebaik sahaja berlaku perceraian. Jika pasangan yang bercerai ini mempunyai anak, anak itu mungkin akan mengikuti ibu atau bapa yang asalnya bukan beragama Islam. Sekiranya ibu atau bapa yang mereka ikut itu bertukar keagama asalnya, sepertimana yang sering berlaku, anak-anak (kalau ramai) itu akhirnya menjadi orang-orang yang bukan Islam akibat perceraian tersebut. Jika pasangan yang bercerai ini mempunyai anak, anak itu mungkin akan mengikut ibu atau ayah yang asalnya bukan beragama Islam. Sekiranya ibu atau bapa yang mereka ikuti itu bertukar ke agama asalnya, sepertimana yang sering berlaku, anak-anak itu akhirnya menjadi orang-orang (kalau ramai) yang bukan beragama Islam akibat perceraian tersebut.
PEREBUTAN HARTA Harta yang terkumpul semasa hidup berumahtangga, lazimnya menjadi rebutan apabila perceraian berlaku. Harta suami telah dipindahkan kepada isterinya dan sebaliknya ada pula isteri yang telah memberikan modal kepada pasangannya untuk menjalankan sesuatu perniagaan/usaha. Dakwa-dakwi yang berkaitan dengan harta seperti ini sering menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puashati dari pihak-pihak yang bersangkutan.
KESAN KEPADA MASYARAKAT Jika berlaku terlalu banyak perceraian dalam masyarakat, unit keluarga akan menjadi institusi yang tidak berfungsi lagi. Pengawasan terhadap akhlak anak-anak akan menjadi longgar dan akan berlakulah keruntuhan akhlak dikalangan muda mudi. Bila akhlak mereka telah rosak, harapan bagi membina generasi yang lebih baik dimasa hadapan akan tergugat dan sekaligus mereka tidak lagi akan menjadi tempat tumpuan bagi harapan masyarakatnya. Masyarakat tersebut akan menjadi sebuah masyarakat yang terumbang-ambing dan kehilangan pedoman dan matlamat masa depannya.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
52
MENURUNKAN ANGKA PERCERAIAN
Melihat angka perceraian yang amat tinggi dikalangan masyarakat Islam hari ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha menurunkan bilangannya. Golongan muda yang mendirikan rumahtangga tentunya dapat memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini dengan sebaikbaiknya. Kursus Bimbingan Rumahtangga ini, diharapkan dapat melahirkan kesedaran tersebut. Setiap rumahtangga Islam diharapkan dapat menjadi contoh bagi masyarakat lainnya sebagai rumahtangga yang melambangkan keagungan ajaran Islam. Segala ruang yang membawa kepada perceraian hendaklah ditutup jika boleh, atau disempitkan. Tempat menyemai segala kebaikan Setiap pasangan suami isteri haruslah memberikan perhatian yang penuh terhadap pengendalian rumahtangga masing-masing, sehingga rumahtangga itu dapat menjadi tempat semaian segala kebaikan. Cogan kata menjadi pegangan Ada beberapa cogan kata yang pernah diketengahkan untuk menjadi pegangan mereka yang melangkah kealam rumahtangga. Di antaranya ialah: “RUMAH KU SYURGAKU” HARAPAN MASYARAKAT Begitu juga harapan-harapan yang diabadikan dalam ucapan dihari perkahwinan, seperti:
“SEMOGA BERBAHAGIA KEAKHIR HAYAT”
“SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA”
dan sebagainya. Kesemua ini merupakan hasrat masyarakat yang ingin melihat pasangan-pasangan muda berusaha bersungguh-sungguh mencapai matlamat tersebut. Matlamat yang memang seharusnya menjadi cita-cita dan keinginan setiap insan yang beriman. Adalah diharapkan pasangan yang beriman kepada Allah dan Rasulnya dan beramal dengan ajaran-ajaran Islam, dapat memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baik mungkin. Segala pahit getir dan kerumitan yang dihadapi semasa menjalin hidup bersuami isteri, hendaklah dilihat sebagai suatu yang bersifat sementara dan boleh dihuraikan dengan kerjasama kedua pihak. Keduanya hendaklah berpadu dan bersatu dalam mencari huraian bagi apa jua masalah. Sikap mencari huraian bersama inilah yang sering memberikan sebesar-besar kejayaan bagi sebuah rumahtangga.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
53
SEDIKIT PANDUAN UNTUK MENGELAKKAN PERCERAIAN Beberapa panduan yang perlu diperhatikan setiap pasangan yang mempunyai masalah diringkaskan disini. Ia boleh juga digunakan mereka yang ingin memainkan peranan sebagai orang tengah untuk mencari penyelesaian bagi pasangan bermasalah: 1)
Jangan membuat keputusan untuk bercerai sebelum sedar bahawa perceraian itu amat dibenci Allah.
2)
Lakukan usaha mencari huraian bagi apa juga masalah yang timbul, dengan cara: a) rundingkan perkara yang menjadi masalah itu diantara suami isteri yang berkenaan atau b) rundingkan bersama keluarga atau c) rundingkan dihadapan pegawai penasihat keluarga
3)
Jangan lafazkan cerai diwaktu sedang marah
Kedua pihak hendaklah mengetahui akibat-akibat perceraian jika ianya terus dilakukan.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
54
BEBERAPA RESIPI HIDANGAN SEGERA SAMBAL TUMIS ASAS Bahan-bahannya: 200 gm lada kering (gunting dan buang bijinya kemudian rendam selama ½ jam) 400 gm bawang besar 40 gm bawang putih 50 gm belacan 2 cm kunyit hidup 4 sudu makan minyak untuk menumis Cara memasaknya Satukan semua bahan ke dalam mesin pengisar, bubuh kira-kira ½ cawan air dan kisar hingga lumat Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang kisar ini Masak sambal hingga garing dan sejukkan Simpan sambal di dalam bekas atau kotak plastik kemudian dibekukan Sambal tumis asas ini boleh dijadikan bahan utama untuk resepi berikut :
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
55
ASAM PEDAS Bahan-bahannya: 4-6 sudu makan penuh sambal tumis asas 4 keping ikan tenggiri (boleh juga gunakan lain-lain jenis ikan) 4 batang kacang bendi atau sebiji terung 2 batang serai (bersihkan dan dititk) Seiris lengkuas (bersihkan dan titik) Secukup air asam jawa dan garam Serbuk perasa (jika memasaknya) Dalam sebuah periuk kecil masukkan sambal tumis dan air asam secukupnya. Masukkan sekali serai dan lengkuas dan masak sambal hingga mendidih. Cuci kacang bendi dan buang tangkainya. Jika anda gunakan terung, cuci terung dan potong empat memanjang. Masukkan kacang bendi atau terung ke dalam kuah. Masukkan garam dan biarkan kuah mendidih sebentar. Akhir sekali masukkan ikan dan biarkan mendidih hingga ikan masak. (Nota : jika anda mahukan Asam Pedas yang lebih pekat, Cuma tambahkan sambal asasnya sahaja)
TERUNG GORENG BERSAMBAL Bahan-bahannya: Cuci terung, buang tangkainya dan belah 4 kemudian goring hingga masak. Angkat dan letakkan terung ke dalam pinggan. Tumbuk udang kering hingga lumat Keluarkan minyak yang digunakan untuk menggoreng terung tadi dan tinggalkan kira-kira 1 sudu teh saja. Tumis udang kering hingga agak kering. Masukkan sambal asas ke dalam kuali dan tuangkan air asam serta gula dan garam. Kacau hingga sambal dan udang kering sebati. Tuangkan sambal yang sudah siap, ke atas terung di dalam pinggan. SAMBAL TUMIS IKAN SARDIN Bahan-bahannya: 1 tin kecil ikan sardin 2 sudu makan sambal tumis asas 1 labu bawang besar (hiris bulat-bulat) Secukup garam dan air asam jawa Cara-cara memasaknya: 1. Panaskan sambal tumis di dalam kuali 2. Masukkan bawang besar yang dihiris, air suam dan sedikit garam 3. Tuangkan sardin bersama sos tomatonya sekali dalam sambal
(Nota : hidangan ini enak dimakan dengan roti) Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
56
SAMBAL TUMIS UDANG Bahan-bahannya: 250 gm udang hidup saiz sederhana (buang kulit dan urat belakangnya dan cuci) 2 labu bawang besar (hiris bulat-bulat) 4-5 sudu makan penuh sambal tumis asas Garam dan air asam jawa serta gula secukup rasa. Cara memasaknya 1. Panaskan sambal dan masukkan bawang yang dihiris 2. Tuangkan air asam, garam dan gula dan masak hingga bawang separuh layu. 3. Masukkan udang hidup dan biarkan sambal mendidih hingga udangnya masak.
SAMBAL KACANG DAN IKAN BILIS Bahan-bahannya 1 sudu makan sambal tumis asas 50 gm ikan bilis 30 gm kacang tanah 1 sudu teh air asam jawa 2 sudu teh gula Garam secukup rasa Cara memasaknya: 1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah 2. Panaskan sambal dan bubuhkan gula, garam dan asam 3. Masukkan ikan bilis dan kacang tanah dan kacau hingga semua bahan begaul rata. (Nota : Sambal ikan bilis dan kacang tanah ini boleh disimpan selama seminggu. Tetapi sejukan dulu sebelum dimasukkan kedalam bekas)
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
57
NASI GORENG KAMPUNG Bahan-bahannya: 2-3 tangkai lada hijau dan lada merah 1-2 tangkai lada kering 1 sudu makan udang kering 3-4 ulas bawang merah ½ ibujari belacan Garam secukup rasa Cara memasaknya: 1. Cuci lada dan kupas bawang lalu dihiris kasar-kasar 2. Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali dan tumis bawang. Lada merah dan hijau, belacan dan udang kering serta ikan bilis 3. Tumbuk lada kering dan bahan-bahan yang digoreng tadi hingga lumat kecuali ikan bilis 4. Masukkan ikan bilis ke dalam lesung dan tumbuk kasar-kasar bersama bahan-bahan tadi 5. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam secukup nasi, bubuhkan garam sekali 6. Panaskan secukup minyak dan gorenglah nasi yang sudah digaul dengan rempah tadi sehingga masak. 7. Jika suka, anda boleh pecahkan dua biji telur ke dalam nasi dan teruskan menggoreng hingga telurnya masak. 8. Hidangkan bersama hirisan timun yang dibubuh sedikit kicap (jika suka)
SUP BEBOLA IKAN Bahan-bahannya: 1 paket kecil bebola ikan 1 ulas bawang putih 2-3 biji bawang merah (tumbuk) Secukup garam dan serbuk putih ½ batang lobak merah 2 biji kentang (kupas kulitnya dan belah 4 atau 6) 20 sen daun sup dan bawang Secukup bawang goring Cara memasaknya: 1. Panaskan satu sudu teh minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing. Tuang secukup air di dalamnya. Masukkan garam dan serbuk lada putih 2. Masukkan bebola ikan dan biarkan kuah mendidih sebentar sebelum matikan api Hidangkan panas-panas bersama bawang goreng dan hirisan daun sup dan bawang.
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
58
TUMIS AIR TELUR Bahan-bahannya: 1 tangkai lada kering (cuci) 3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 sudu makan ikan bilis (cuci) secubit belacan ½ ikat su’un 2-3 biji telur garam secukupnya Cara memasaknya: 1. Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi tetapi jangan sampai lumat. 2.
Panaskan ½ sudu makan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga ia garing.
3. Tuang air secukupnya dan masukkan garam. Biarkan kuah mendidih kemudian baru pecahkan telur satu-persatu ke dalamnya. Masukkan su’un dan biarkan kuah terus mendidih hingga telur masak. (Nota : Anda boleh juga masukkan sedikit bunga pisang atau kincam dan cendawan telinga tikus ke dalam kuahnya tetapi semua bahan ini hendaklah direndam lebih dahulu.)
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
59
CONTOH JADUAL HARIAN KELUARGA Isnin : 5.30 – 6.30 ptg
Isteri menyiapkan makan malam sementara suami melayan anak-anak (menonton televisyen, bermain atau apa saja yang patut)
6.30 – 7.15 mlm Makan bersama keluarga 7.15 – 8.30 mlm Solat Maghrib dan mengaji 8.30 – 9.30 mlm Solat Isyak dan kegiatan umum secara bekeluarga. (Suami membaca akhbar dan isteri mengemas dan menyusun kain baju) sambil melayan anak-anak 9.30 – 10.00 mlm Bersiap-siap untuk menidurkan anak Kegiatan yang dicadangkan : bacakan buku cerita untuk anak bercerita kepada anak-anak ajar anak doa-doa dan bacaan- bacaan pendek dalam sembahyang. Ajar anak hafal ayat-ayat Quran yang pendek 10.00 – 10.30 mlm Masa untuk pasangan Selasa hingga Jumaat Ulang rutin Isnin dengan memusatkan kegiatan-kegiatan berikut bagi mempelbagaikan kegiatan selepas solat Isyak.
ajar anak membaca bermain permainan secara bekeluarga menonton rancangan TV berbentuk pendidikan (seperti dokumentari) mengikut kelas agama mengikuti kursus-kursus peningkatan diri melakukan hobi-hobi mudah (menjahit, membaca buku, menulis dan sebagainya)
SABTU Hari untuk ke pasar dan menyimpankan keperluan sepanjang minggu serta lain-lain urusan keluarga dan rumahtangga. AHAD Hari riadah bersama keluarga, Mengunjungi ibu bapa dan mertua Serta memenuhi berbagai undangan (majlis pernikahan, majlis, doa selamat dan sebagainya)
Copyright © 2009 APKIM RESOURCES 134 ARAB STREET S (199824) Tel: 6295 1011 Fax: 62932122 www.apkim.com E-mail:
[email protected]
60