Cadangan Balas POASM berkenaan dengan CADANGAN JHEOA MENGENAI DASAR DAN KAEDAH PEMILIKAN TANAH ORANG ASLI
Disediakan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Disampaikan kepada JHEOA dalam satu majlis dialog pada 27 Julai 2006 di Ibu Pejabat JHEOA, Kuala Lumpur.
Pengenalan
• Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli (MPKPMOA) bil. 1/2006 – 21 Mac 2006 – Cadangan Dasar dan Kaedah Pemilikan Tanah Orang Asli
• Majlis perbincangan cadangan JHEOA berkaitan dengan Dasar Dan Kaedah Pemilikan Tanah Kepada Orang Asli di Universiti Malaya (UM) - 8 April 2006
• Mesyuarat batin-batin dan pemimpin masyarakat Orang Asli di peringkat Negeri Selangor – 25 Jun 2006
• Majlis perbincangan cadangan JHEOA berkaitan dengan dasar dan kaedah pemilikan tanah kepada Orang Asli peringkat Negeri Johor di Kampung Kudong, Bekok – 15 julai 2006
Tujuan
•
Mengemukakan dan merumuskan cadangan balas POASM kepada JHEOA berdasarkan maklum balas di peringkat akar umbi.
CADANGAN JHEOA
SARANAN ORANG ASLI Cadangan 1
Pemberian hak milik tanah kepada Orang Asli dilaksanakan melalui rancangan tanah kelompok khas.
Setuju sekiranya: Kawasan yang terlibat dalam rancangan tanah kelompok khas hendaklah tanah atau kawasan baru. Semua peserta adalah Orang Asli. Kawasan tradisi yang sedia ada dan kawasan yang telah diusahakan adalah kekal menjadi hak milik Orang Asli dan tidak terlibat dalam rancangan tanah kelompok khas.
Cadangan 3 Bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk memberikan tanah tetapi hendaklah tanah baru dengan kadar yang lebih luas, seperti yang dinyatakan di slide yang berikutnya:
Keluasan tanah yang dicadangkan: A) tanah untuk ladang/pertanian - 6 ekar B) tanah untuk dusun - 1 ekar
Tanah untuk ladang pertanian seluas 14 ekar seperti rancangan tanah di Sabah. Keluasan ini dijangka dapat menjana pendapatan melepasi garis kemiskinan desa Semenanjung Malaysia RM657.00 dan bandar RM663.00
C) tapak rumah – 1/4 ekar
Tanah dusun 3 ekar (teRMasuk kebun sayur, tanaman kontan dan kandang haiwan ternakan). Tapak rumah 1 ekar (reban ayam itik, setor perkakas pertanian, pondok rehat). Wilayah tradisi yang menjadi kawasan rayau (roaming area) hendaklah dikekalkan.
Cadangan 4 Tertakluk kepada keluasan tanah yang ada di sesuatu kawasan.
Perlu diadakan kawasan baru sekiranya tidak mencukupi 18 ekar sekeluarga.
Cadangan (5) Diberi berasaskan keluarga.
Bersetuju dengan cadangan di atas tetapi hak tersebut juga diberikan kepada individu dewasa yang belum berkeluarga.
Cadangan (6) Pemberian hakmilik hanya sekali seumur hidup.
Tidak bersetuju kerana Orang Asli hendaklah juga diberikan hak untuk memiliki tanah-tanah lain mengikut prosedur biasa, selaras dengan perlembagaan Malaysia.
Cadangan (7) Orang Asli di galakan/diarah berpindah dari kawasan yang tidak dapat diberi hak milik seperti: a) hutan simpan kekal b) kawasan tadahan hujan c) rizab Melayu dll.
Tidak bersetuju dengan cadangan ini. Hak Orang Asli ke atas rizab hutan, kawasan tadahan hujan, rizab mergastua, rizab melayu dan rizab-rizab lain hendaklah dikekalkan mengikut seksyen 6(1)(2) akta 134-akta Orang Asli 1954 (disemak-1974). Poasm dan Orang Asli menggesa rizab-rizab di atas hendaklah dibatalkan sekiranya terdapat kawasan Orang Asli di dalamnya.
Cadangan (8) Tanah yang akan diberi hak milik dibangunkan terlebih dahulu oleh kerajaan melalui agensi atau syarikat yang dilantik.
Bersetuju dengan cadangan di atas tetapi tertumpu kepada tanah baru dan tanah milik Orang Asli yang belum diusahakan. Tidak setuju dengan konsep perladangan seperti yang diuruskan secara mini estate (RISDA, anak syarikat RISDA (RSSB) & FELCRA). Bersetuju dengan konsep pemilikan individu tanpa memikul beban hutang serta karenah birokrasi.
Cadangan (9) Sekiranya keluasan tanah terhad untuk dibahagi kepada keluarga mengikut keluasan yang dicadangkan, pemberian hak milik akan dibuat mengikut nisbah yang lebih kecil atau sebahagian penduduk perlu berpindah ke kawasan lain.
Dalam situasi begini:
– Kekalkan kawasan tradisi. – Berikan kawasan baru di bawah rancangan tanah kelompok khas.
Cadangan (10) Sekiranya keluasan tanah adalah lebih besar dari jumlah keluarga, tanah lebihan akan dipulangkan kepada kerajaan negeri atau dibangunkan untuk keluarga lain yang berhampiran.
Tidak setuju samasekali. Kawasan yang lebih itu perlu direzab sebagai rezab Orang Asli kerana : Untuk simpanan generasi baru. Mengandungi nilai sejarah, jatidiri dan budaya kepada penduduk tempatan (kawasan keramat, moyang, kawasan buang halak atau bala, tapak upacara keagamaan).
Cadangan (11) Bayaran premium setuju – tapi dikenakan bayaran nominal.
Syarat-syarat hakmilik tanah. Bayaran premium bagi kelulusan tanah dicadangkan pada kadar nominal
Bayaran cukai tahunan tidak melebihi RM5 sehektar.
a) RM10 - tapak rumah b) RM30/hektar - dusun c) RM10/hektar - tanah ladang.
Cadangan (12) Hanya Orang Asli mengikut takrif seksyen 3 Akta Orang Asli 1954 layak mendapat tanah hak milik.
Setuju.
Cadangan (13) Tanah yang diberi milik adalah pajakan 99 tahun selaras dengan Kanun Tanah Negara.
Tidak setuju. Hak milik yang diberi hendaklah berbentuk pegangan selama-lamanya/pegangan bebas.
Cadangan (14) Tanah yang diberi milik tidak boleh digadai, dipajak atau dipindah milik kecuali dengan kebenaran pbn selepas berunding dengan JHEOA.
Setuju dengan syarat sekiranya tanah berkenaan dari segi keselamatan tidak terjamin. Tetapi dalam keadaan tertentu yang boleh membawa manafaat kepada pemilik syarat berkenaan hendaklah dilonggarkan.
Implikasi ke atas cadangan balas Keluasan yang diminta ekonomikal dan meningkatkan sumber ekonomi seterusnya membebaskan Orang Asli dari kemiskinan.
• Mewujudkan sistem pemilikan tanah yang adil dan saksama. • Orang Asli turut menyumbang ke atas ekonomi negara melalui pembayaran cukai. • Mengwartakan tanah Orang Asli dengan segera oleh kerajaan negeri. • Mengelak pengambilan tanah oleh pihak-pihak tertentu, yang pada ketika ini semakin serius. • Hak tanah sebagai elemen sejarah, jati diri dan budaya terpelihara.
Kesan positif jangka panjang •
Membasmi kemiskinan tegar.
•
Sumber ekonomi yang tetap.
•
Mengurangkan jurang kemiskinan.
•
Meningkatkan tahap pendidikan.
•
Mengurangkan jenayah dan keruntuhan moral
•
Mampu berdikari dan bersaing.
•
Mengurangkan kos pentadbiran kerajaan dalam pembangunan Orang Asli.
•
Melahirkan golongan cerdik pandai dan professional.
•
Eksploitasi oleh pihak luar terhadap tanah, ekonomi dan politik Orang Asli dapat dibendung.
Cadangan komprehensif Cadangan komprehensif telah dikemukakan melalui dokumen-dokumen berikut: •
memorandum mengenai cadangan:
– Meminda perkara 45(2), perkara 153, perkara 160(2), dan senarai bersama jadual 9, perlembagaan malaysia – Meminda akta Orang Asli (akta 134); dan – Mengusul penggubalan akta perizaban Orang Asli. •
dikemukakan kepada YB Dato’ Seri Abdul Aziz bin Shamsuddin, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, 7 Ogos 2005.
•
Laporan Suhakam Mengenai Hak Asasi Orang Asal, 2003.
•
Memorandum penuh akan akan dikemukakan kepada kementerian mengikut keperluan sekiranya maklumbalas ini tidak dapat dipenuhi.