BUKU PANDUAN KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR
MAC 2005
Kandungan
Mukasurat PENDAHULUAN
3
(I)
(II)
A.
PRINSIP-PRINSIP UMUM Kandungan dan Pengkuantifikasian Kualiti Ketelusan dan Keadilan
3 3 4 5
B.
PENJELASAN BUTIRAN Kriteria Penilaian Penyelidikan dan Penerbitan Pengajaran dan Penyeliaan Sanjungan dan Kepimpinan Akademik Perundingan Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat
6 6 7 7 7 7 7
C.
PRINSIP-PRINSIP UMUM JAWATAN PROFESOR
8
PROSEDUR Panduan Umum Permohonan dan Pelantikan Kriteria Kenaikan Pangkat Jawatan Profesor
(III) PANDUAN MENGISI BORANG Borang USM P1/2005 Borang USM P2/2005
8 9 11-14 15 15 15
Lampiran A – Rangka Tugas dan Keanggotaan Jawatankuasa Profesor
2
PENDAHULUAN Tujuan panduan ini adalah untuk menerangkan prinsip-prinsip umum dalam eksesais kenaikan pangkat Profesor dan juga perkara-perkara yang diambil kira. Selain itu, panduan ini juga mempermudahkan serta menerangkan proses-proses permohonan. Ia mengandungi 3 bahagian besar: I. II. III.
Prinsip-prinsip umum Prosedur Panduan mengisi borang
(I) A. PRINSIP-PRINSIP UMUM Kandungan dan Pengkuantifikasian 1.
USM merupakan sebuah institusi akademik yang bertanggungjawab memperluaskan bidang pengetahuan di samping menyebarkannya. Selaras dengan fungsi ini, kategori-kategori berikut dititikberatkan dan menjadi asas penilaian bagi staf akademik. Aktiviti/Kategori (i) Penyelidikan dan Penerbitan
Justifikasi Penilaian dibuat khususnya bagi aktiviti-aktiviti akademik utama ini.
(ii) Pengajaran dan Penyeliaan (iii) Sanjungan dan Kepimpinan Akademik
Bagi mengambil kira tanggapan masyarakat terhadap kebolehan akademik calon.
(iv) Perundingan
Calon juga perlu membawa kewangan kepada Universiti demi menjayakan serta memperkembangkan aktiviti-aktiviti akademik Universiti dan sekaligus menyumbang kepada usaha pengkorporatan Universiti di samping meningkatkan moral staf.
(v) Khidmat (Universiti/ Masyarakat)
Penilaian juga merangkumi aktiviti pentadbiran demi menjayakan aktiviti-aktiviti akademik tersebut. Calon juga diharapkan dapat memberi sumbangan bukan akademik kepada masyarakat bagi mengharumi nama baik Universiti dan mendidik calon ke arah mempunyai suatu personaliti menyeluruh.
3
2.
Penyelidikan dan Penerbitan diberikan keutamaan tertinggi kerana aktiviti ini bukan sahaja dapat memperluaskan bidang pengetahuan tetapi juga menyumbang kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan (lebih terkini, lebih hands-on, dsb.). Malah, aktiviti ini akan menyumbang kepada semua aktiviti lain yang disenaraikan.
3.
Kesemua penilaian di bawah setiap kategori dikuantifikasikan dengan menggunakan markah supaya pengiraan dapat dibuat oleh pihak penilai dan juga pihak calon. Bagaimanapun, julat markah digunakan bagi mengambil kira perbezaan kualiti yang mungkin timbul.
4.
Penilaian dibuat pada hasil dan bukan proses yang dijalankan. Sebagai contoh, usaha penyelidikan perlu menghasilkan penerbitan, dan oleh itu hanya penerbitan diambil kira. Begitu juga, penyeliaan pelajar adalah berdasarkan pelajar yang tamat dan bukan yang sedang diselia.
5.
Bagi perkara-perkara yang tidak melibatkan hasil, khususnya yang melibatkan sesuatu pelantikan, markah diberikan kepada tahap akademik/sanjungan yang dicapai bagi memperolehi pelantikan tersebut dan bukan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan ekoran pelantikan itu. Sebagai contoh, markah diberikan kepada pelantikan sebagai Dekan dan dengan itu tiada markah diberikan kepada semua aktiviti yang memerlukan penglibatan calon sebagai seorang Dekan (iaitu yang melibatkan semua Dekan). Dalam kes yang serupa, markah diberikan bagi pelantikan sebagai seorang perunding/pemegang paten sama ada calon menerima ganjaran atau tidak. Seterusnya, markah tambahan diberikan mengikut kuantum kewangan yang diterima sekiranya ada.
6.
Semua tugas rasmi diambil kira (umpamanya pengajaran, aktiviti klinikal, penyeliaan latihan industri/projek/pengajaran, dsb.) dan tugas ini diberikan markah sewajarnya supaya calon dapat memenuhi syarat minimum sekiranya beliau menjalankan tugas seperti yang diharapkan. Oleh itu, seseorang calon akan mendapat markah tambahan sekiranya beliau membuat kerja tambahan yang berlainan jenis. Bagaimanapun, hanya nilai tambahan diambil kira (seperti penerbitan dll.) dan dengan itu adalah tanggungjawab calon untuk menterjemahkan aktiviti-aktiviti tersebut kepada aktiviti/hasil lain yang memberikan markah tambahan.
7.
Aktiviti perundingan dan sanjungan dan kepimpinan akademik diberi penghargaan yang tinggi.
8.
Khidmat kepada Universiti dan Masyarakat diambil kira kerana universiti merupakan sebuah institusi penggerak masyarakat.
Kualiti 1.
Had maksimum ditetapkan untuk pengumpulan markah bagi aktiviti/hasil yang tidak begitu cemerlang dari segi akademik dan yang merupakan sebahagian daripada tugas seseorang staf akademik. Ini bermakna hasil yang berperingkat tinggi sahaja yang membezakan seseorang calon dari yang lain.
2.
Prinsip keperluan memenuhi Markah Minimum bagi membuat permohonan diadakan.
4
3.
Aktiviti pada peringkat antarabangsa diutamakan dan diberikan markah yang lebih tinggi. Akan tetapi, taraf atau peringkat aktiviti/hasil tidaklah merujuk kepada lokasi/geografi tetapi kandungannya.
4.
Calon telah mencapai taraf antarabangsa yang sekurang-kurang meliputi manamana TIGA (3) yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)
telah menerbitkan dalam jurnal antarabangsa telah menyandang jawatan akademik kunjungan antarabangsa telah menerima anugerah akademik antarabangsa telah dilantik sebagai penilai/pemeriksa luar antarabangsa pernah bertugas sebagai penilai artikel/jurnal antarabangsa pernah memberi syarahan jemputan antarabangsa telah berjaya bertindak sebagai ‘ketua projek’ bagi geran antarabangsa.
Ketelusan dan Keadilan 1.
Penilaian adalah pada amnya berdasarkan disiplin dan tidak secara piawai bagi semua disiplin.
2.
Calon yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan Universiti akan dimaklumkan secara bertulis terus kepada beliau dan disalinkan kepada Ketua Jabatan.
3.
Calon dibenarkan menamakan tiga Penilai Luar terdiri daripada Profesor dalam/luar negara dalam bidang berkaitan dan sekurang-kurangnya seorang akan dipilih. Profesor tersebut mestilah bukan bekas penyelia calon.
4.
Seseorang calon yang memohon dinilaikan berdasarkan pencapaian keseluruhan dan bukan dalam sesuatu kategori sahaja (umpamanya pentadbiran).
5.
Penilaian dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih yang dibantu oleh Jawatankuasa Kelompok untuk tujuan penilaian awal. Calon boleh memilih Jawatankuasa Kelompok yang bersesuaian dengan bidang beliau.
B. PENJELASAN BUTIRAN 5
Kriteria Penilaian A.
Penilaian Dalam Kelompok Istilah markah digunakan bagi pengiraan setiap aktiviti/hasil. Calon perlu memperolehi markah minimum bagi setiap kategori yang ditetapkan.
B.
Pelarasan Antara Kelompok Prosedur berikut akan digunakan untuk tujuan pelarasan antara kelompok:(i) Jumlah markah berpemberat, Ma, untuk kategori: 1. Penyelidikan dan Penerbitan (markah = M1), 2. Pengajaran dan Penyeliaan (markah = M2) serta 3. Sanjungan dan Kepimpinan Akademik (markah = M3) diberikan sebagai: Ma = 0.4 M1 + 0.2 M2 + 0.2 M3 (ii) Jumlah markah berpemberat, Mb, untuk kategori: 4. Perundingan (markah = M4), dan 5. Khidmat [Masyarakat/Universiti] (markah = M5) diberikan sebagai: Mb = 0.1 M4 + 0.1 M5 (iii) Faktor pelarasan, Fi, bagi setiap kelompok ditetapkan berdasarkan disiplin. Jawatankuasa Kelompok akan mencadangkan faktor pelarasan Fi. (iv) Jumlah markah terlaras, MT diberikan sebagai: MT = Fi Ma + Mb (v) Calon dipangkatkan berdasarkan MT.
.
Penyelidikan dan Penerbitan Kategori ini mencerminkan keunggulan calon. 6
Empat jenis aktiviti/hasil diambil kira: -
Penerbitan Penyelidikan, Penerbitan Pengajaran, Geran Penyelidikan, Hasil Penyelidikan dan Penerbitan yang lain.
Pengajaran dan Penyeliaan Kategori ini mengukur tugas rasmi calon. Walaupun pengajaran diutamakan, penyeliaan projek tahun akhir/latihan amali dan perkhidmatan klinikal turut dipertimbangkan. Calon seharusnya mencapai markah minimum melalui aktiviti-aktiviti ini. Keunggulan calon digambarkan oleh bilangan siswazah yang diselia dengan jayanya (tamat pengajian ijazah). Sanjungan dan Kepimpinan Akademik Kategori ini mengukur tanggapan masyarakat terhadap calon dari segi akademik. Markah diberi bagi setiap pelantikan dan tidak mengikut beban kerja setelah dilantik kecuali bagi pemeriksaan tesis dan penilaian kertas kerja yang diberikan mengikut beban. Perundingan Kategori ini mengukur tanggapan orang ramai terhadap calon dari segi akademik tetapi ia lebih tertumpu kepada peningkatan nama baik universiti sebagai penyelesai masalah dalam bidang-bidang tertentu. Oleh yang demikian, pemberian markah akan berdasarkan projek dan calon perlulah dilantik sebagai perunding. Pada asasnya, dua jenis perundingan dikenalpasti, iaitu yang mempunyai ganjaran kewangan dan yang tidak. Perbezaan asas antara kedua-duanya ialah ganjaran kewangan yang diperolehi oleh calon (tidak termasuk honorarium, per diem, dsb.), dan sama ada projek ini melibatkan pembayaran kepada Universiti atau tidak. Perundingan yang membawa kewangan digalakkan dalam era pengkorporatan. Akan tetapi, projek-projek yang berbentuk khidmat kepada masyarakat (tanpa caj) terus digalakkan dengan syarat klien tidak akan mengambil keuntungan dari projek tersebut. Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat Kategori ini mengukur sumbangan calon dalam pentadbiran universiti dan kekananan di USM. Calon dapat mencapai markah minimum dengan mudah sekiranya beliau aktif di Pusat Pengajian. Dari segi pentadbiran, terdapat dua jenis penglibatan: (a) (b)
secara pelantikan (Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor, Dekan/Pengarah, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah, Pengerusi/Penyelaras), ahli atas nama.
Berbeza daripada bahagian-bahagian lain yang mengukur sumbangan akademik calon, bahagian Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat mengukur sumbangan calon dalam
7
bidang bukan akademik. Markah diberikan kepada sesuatu pelantikan tanpa mengambil kira beban tugas yang terlibat. Markah diberikan hanya sekali bagi sesuatu pelantikan dan dengan itu tiada markah tambahan akan diberikan bagi tugas-tugas yang dikaitkan kepada jawatan yang dipegangnya. Bagaimanapun, markah tambahan diberikan sekiranya beliau dilantik sebagai ahli sesuatu jawatankuasa atas nama sendiri.
C. PRINSIP-PRINSIP UMUM JAWATAN PROFESOR Seseorang Profesor dianggap sebagai pemimpin akademik yang unggul dalam bidangnya. Peratusan pemberat bagi jawatan Profesor adalah sebanyak 40 untuk sumbangan dari segi Penyelidikan dan Penerbitan, masing-masing 20 untuk Pengajaran dan Penyeliaan serta Sanjungan dan Kepimpinan Akademik, 10 untuk Perundingan dan akhirnya 10 untuk Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat. Agihan pemberat sebegini dapat mencerminkan keunggulan, kesarjanaan dan kepimpinan seseorang calon dalam sesuatu bidang tertentu. Calon-calon yang berwibawa boleh memohon kenaikan pangkat ke jawatan Profesor setelah lulus Peperiksaan Tahap Kecekapan 6 (Akademik). Kebiasaannya seseorang layak memohon kenaikan pangkat selepas 3-5 tahun berjawatan Profesor Madya.
(II) PROSEDUR Prosedur merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam keseluruhan eksesais kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, satu sistem telah dikemukakan bagi meringkaskan prosedur permohonan kenaikan pangkat di samping memudahkan proses pemilihan calon seperti di dalam rajah di bawah. Selain itu, sistem yang dikemukakan ini dapat memastikan bahawa cara pelantikan adalah telus (adil dan saksama). Perwakilan Universiti
Perwakilan Calon
Lembaga Pengarah Universiti
Jawatankuasa Penyelarasan (External Committee)
Jawatankuasa Pemilih Pengerusi : Naib Canselor
Jawatankuasa Kelompok Profesor 1. Sains 2. Sastera Calon Prosedur Kenaikan Pangkat Profesor
8
Jawatankuasa Penyelarasan ditubuhkan di peringkat Universiti bagi menjamin ketelusan dalam proses permohonan dan pemilihan. Rangka tugas dan keanggotaan untuk Jawatankuasa Penyelarasan dirumuskan di dalam Lampiran A. Proses keseluruhan eksesais kenaikan pangkat jawatan Profesor dijelaskan dalam jadual di bawah. Tarikh mula proses ditetapkan pada setiap tahun. Calon boleh memohon pada bila-bila masa, tetapi proses penilaian akan bermula pada tarikh yang ditetapkan. Proses Keseluruhan Eksesais Kenaikan Pangkat Jawatan Profesor Bil.
Proses Penilaian
1.
a. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan
Tindakan Naib Canselor
b. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyelarasan
Majlis Pusat Pengajian
2.
Iklan dibuka kepada calon
BPSM&P (Pendaftar)
3.
Jawatankuasa Penyelarasan bermesyuarat
4.
Ketua Jabatan menyemak borang permohonan
5.
Borang diproses oleh Jabatan Pendaftar
BPSM&P
6.
Jawatankuasa Kelompok (Penilai Awal)
Jawatankuasa Kelompok
7.
Mesyuarat Jawatankuasa Kelompok dengan Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
BPSM&P
8.
Penilai Luar
BPSM&P
9.
Jawatankuasa Pemilih – Temuduga
BPSM&P
10.
Lembaga Pengarah Universiti
11.
Keputusan dikeluarkan
Pengerusi dilantik oleh Naib Canselor Naib Canselor/ Dekan/Pengarah
LPU BPSM&P
Panduan Umum Permohonan dan Pelantikan 1.
Garis panduan lengkap diberikan kepada semua staf.
2.
Borang Permohonan: (i) (ii)
3.
Ruang disediakan untuk calon memberi keterangan tentang kelayakannya memegang jawatan yang dipohon. Naib Canselor/Dekan/Pengarah perlu mengesahkan butiran maklumat borang permohonan.
Penilai Luar 9
• 3 Penilai bertaraf Profesor (bukan bekas penyelia calon) dalam bidang berkaitan dinamakan oleh calon. • Sekurang-kurangnya 1 Penilai yang dicalonkan akan dipilih. • Pusat Pengajian/Pusat juga diminta menamakan tiga penilai luar bertaraf Profesor dalam bidang berkaitan. Di bawah sistem ini juga, kepentingan calon dapat dijamin menerusi: • Sebaran garis panduan penilaian. • Ruang tersedia untuk calon memberi keterangan tentang kelayakannya memegang jawatan yang dipohon. • Calon dibenarkan mencalonkan 3 Penilai Luar dan sekurang-kurangnya seorang Penilai akan dipilih.
KRITERIA KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR Jadual Pemberat dan Markah 10
1.0
Pemberat
Markah Minimum
Markah Maksimum
1. Penyelidikan dan Penerbitan
40
70
2. Pengajaran dan Penyeliaan
20
35
3. Sanjungan dan Kepimpinan Akademik
20
20
4. Perundingan
10
5
28
5. Khidmat (Universiti / Masyarakat)
10
10
43
100
140
Penyelidikan dan Penerbitan 1.1
Penerbitan Sebagai Hasil Penyelidikan Hasil
A. Buku Penyelidikan / Monograf / Thesis PhD • Antarabangsa • Kebangsaan • Thesis PhD B. Antarabangsa • Jurnal/E-Jurnal/Prosiding Bertaraf Jurnal • Prosiding/Bab Dalam Buku C. Kebangsaan • Jurnal/E-Jurnal/Prosiding Bertaraf Jurnal • Prosiding/Bab Dalam Buku D. Abstrak / Persembahan Persidangan dan Poster (tidak diterbitkan) / Ulasan Buku / Laporan Klinikal / Teknikal/ Prosiding Persidangan / Artikel yang sedang dinilai E. Paten • Antarabangsa • Kebangsaan 1.2
Penerbitan Pengajaran Hasil
A. B. C. D.
Buku Teks Universiti Edisi Awal, Terjemahan Modul Terancang Karya Kreatif Profesional / Studio / Lukisan / Tulisan Muzik E. Modul Ad Hoc Panduan Perkakasan Kursus / Protokol Perawatan Pesakit
Markah Setiap Hasil 6-8 4–6 12 4–8 4 2 atau 3 2
60
1 atau 2
12
3 2
12
Markah Jumlah Setiap Hasil Maksimum 4 atau 5 3 atau 4 2 atau 3 1 atau 2 12
1
KRITERIA KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR 1.3
Geran Penyelidikan 11
Jumlah Maksimum
6
Hasil A. Antarabangsa (bersaing di peringkat antarabangsa) B. Kebangsaan (bersaing di peringkat kebangsaan) C. Universiti 1.4
2.0
Buku Teks Pra-Universiti Kerja Penyuntingan Buku / Video dan Lain-Lain CAI / Multimedia Video / Audio Novel / Antologi Cerpen / Antologi Puisi Media Massa
Pengajaran dan Penyeliaan Hasil A. B.
C.
D.
Jumlah Maksimum 12 12 8
Markah Setiap Hasil 1-4 1-4 1-3 1 atau 2 1 atau 2 1
Jumlah Maksimum 6 6 6 6 6 3
Markah Setiap Hasil 1
Jumlah Maksimum 35
Penerbitan Lain Hasil
A. B. C. D. E. F.
Markah Setiap Hasil 2 atau 3 1 atau 2 1
Pengajaran Siswazah / Pengajaran Prasiswazah (setiap kursus) Penyeliaan Siswazah (setiap pelajar yang berijazah) (a) PhD • Penyelia Utama • Penyelia Bersama
8 4
(b)
Sarjana (Penyelidikan) • Penyelia Utama • Penyelia Bersama
4 2
(c)
Disertasi Kedoktoran (Mod Campuran) / MMed (Mod Campuran) • Penyelia Utama • Penyelia Bersama
3 1
(d) Disertasi Sarjana (Mod Campuran) (e) Projek (Mod Kerjakursus) Penyeliaan Prasiswazah (setiap projek yang selesai) (a) Tahun Akhir (b) Lain-lain Tahun (c) Latihan Industri / Amali Perkhidmatan Profesional (a) Pendidikan Berterusan (per persembahan) (b) Praktis (per tahun) • Klinikal • Kejuruteraan • Seni Bina • dan lain-lain (c) Penyeliaan • Houseman • Chambering • dan lain-lain
12
2 1 1 1 1
30
1 1 1 1 1 1 1 1
25
KRITERIA KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR 3.0
Sanjungan dan Kepimpinan Akademik Hasil A. Anugerah Akademik • Antarabangsa • Kebangsaan
Markah Setiap Hasil
Jumlah Maksimum
3-5 1-3
B. Penilai / Pemeriksa (a) Penilai Akademik / Pemeriksa Luar / Pemeriksa Tesis Ph.D (b) Pemeriksa Tesis Sarjana/Penilai Kenaikan Pangkat (c) Pemeriksa Dalam Tesis • PhD • Sarjana
5 3
3 2
C. Profesor Kunjungan / Fellowship • Antarabangsa • Kebangsaan
2-5 1 atau 2
D. Penilai Artikel Jurnal Akademik / Penilai Kertas Kerja / AJK Penilai Teknikal / Saintifik/Pembincang • Antarabangsa • Kebangsaan
2-3 1 atau 2
E. Sidang Editorial • Antarabangsa • Kebangsaan
2-4 1 atau 2
F. Syarahan Jemputan • Antarabangsa • Kebangsaan
2-3 1
G. Persatuan Profesional / Akademik (a) Exco • Antarabangsa • Kebangsaan
2 1
(b) Ahli • Antarabangsa • Kebangsaan
2 1
(c) AJK Persidangan / Seminar / Bengkel
1
13
20
KRITERIA KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PROFESOR 4.0
Perundingan Hasil
Markah Setiap Hasil
Jumlah Maksimum
3 2
12
A. Perundingan Dengan Ganjaran Kewangan Universiti / Pusat Pengajian / Personal
5.0
(a) Bertanggungjawab memperolehi perundingan • Bercorak Akademik - Antarabangsa (per RM300,000) - Kebangsaan (per RM200,000) • Bercorak Penyelidikan - Antarabangsa (per RM80,000) - Kebangsaan (per RM50,000) (b) Terlibat di dalam perundingan - per RM10,000 / per kontrak (> RM10,000)
1
B. Perundingan Tanpa Ganjaran Kewangan Universiti / Pusat Pengajian / Perbelanjaan / Bukan Personal (dengan surat pelantikan / laporan perundingan) - Antarabangsa - Kebangsaan
3 2
16
Markah Setiap Hasil
Jumlah Maksimum
Khidmat Kepada Universiti/Masyarakat Hasil 5.1
Khidmat Kepada Universiti
5.2
A. Pentadbiran: - Naib Canselor - Timbalan Naib Canselor - Dekan / Pengarah - Timbalan Dekan / Timbalan Pengarah / Penyelaras Unit / Penggawa - Pengerusi Rancangan / Penolong Penggawa / Felo B. Jawatankuasa Universiti - Ahli Atas Dasar Peribadi C. Jawatankuasa Pusat Pengajian - Ahli Atas Dasar Peribadi D. Mewakili Universiti, Sukan dan Kegiatan Bukan Akademik Lain Khidmat Kepada Masyarakat A. Peringkat Antarabangsa B. Peringkat Kebangsaan C. Peringkat Negeri D. Peringkat Daerah / Universiti / Sekolah / Kampung (contoh: PIBG)
14
3 2
10 8 6 4
10
2 1 atau 2
3
1
3
1
2
2 atau 3
10
1-3
7
1 atau 2
5
1
3
(III) PANDUAN MENGISI BORANG Semua calon mesti mengisi borang yang telah disediakan iaitu Borang USM P1/2005. Calon juga dikehendaki menyediakan kurikulum vitae sendiri mengikut format Borang USM P2/2005. Borang USM P1/2005 Format Borang USM P1/2005 mempunyai lima bahagian iaitu A, B, C, D dan E. Bahagian A ialah butir-butir peribadi, B ialah ulasan jaya diri, C ialah ringkasan justifikasi untuk kenaikan pangkat, D ialah ulasan ketua jabatan dan E ialah pencalonan penilai luar. Calon hanya perlu mengisi bahagian A, B, D dan E sahaja dan mukasurat pertama borang tersebut merupakan suatu senarai semakan (checklist). Bahagian A adalah mudah dan tidak memerlukan sebarang penjelasan manakala bagi bahagian B pula, calon perlu merumuskan pencapaian bagi setiap bidang berasaskan maklumat di kurikulum vitae. Oleh yang demikian, calon dinasihati supaya menyediakan kurikulum vitae terlebih dahulu. Calon juga dinasihati supaya menonjolkan keunggulan diri dalam rumusan ini. Oleh kerana ruang yang disediakan bagi setiap bidang ini adalah terhad, calon dinasihati supaya tidak menyenaraikan maklumat yang terkandung di dalam kurikulum vitae. Rumusan bagi setiap bidang itu mesti menggambarkan prestasi dan pencapaian dan seterusnya menunjukkan sebab-sebab calon layak dinaikkan pangkat. Ulasan jaya diri adalah penting bagi penilai membuat penilaian yang wajar berasaskan maklumat dalam kurikulum vitae. Rumusan dan kurikulum vitae akan dihantar kepada penilai luar. Bagi bahagian E, calon digalak menamakan tiga penilai luar (bertaraf Profesor penuh) yang dianggap oleh calon boleh memberikan penilaian yang wajar dan adil. Daripada ketiga-tiga nama ini, sekurang-kurangnya satu akan dipilih oleh pihak Universiti. Borang USM P2/2005 Borang kedua sebenarnya merupakan suatu kurikulum vitae berpandu (guided CV). Pada sebelah kanan setiap aktiviti/hasil, terdapat satu lajur ‘markah yang diberi oleh anda’. Calon dikehendaki menghitung markah bagi setiap bahagian atau kategori pada ruang yang disediakan secara jujur. Setiap Pusat Pengajian telah menghasilkan senarai penerbitan dan markah berkaitan yang calon boleh rujuk. Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menyertakan salinan penerbitan dan dokumen lain yang berkaitan dengan hasil dan aktiviti yang disenaraikan di dalam kurikulum vitae anda.
15
LAMPIRAN A
RANGKA TUGAS DAN KEANGGOTAAN JAWATANKUASA PROFESOR Perwakilan Universiti Jawatankuasa
Rangka tugas Jawatankuasa
Pusat Tanggungjawab
Lembaga Pengarah
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Jawatankuasa
Universiti (LPU)
Pemilih
Kelompok (Penilai Awal)
Penyelarasan
1. Meluluskan perakuan Jawatankuasa Pemilih.
1.
Menerima perakuan dari Jawatankuasa Kelompok (satu senarai keutamaan)
2. Mempertimbangkan rayuan pemohon.
2.
Temuduga calon.
3. Selaraskan perakuan dari Jawatankuasa Kelompok berdasarkan: • • 4.
Temuduga Laporan Penilai Luar
1. Pengiraan markah (dengan rujukan kepada Jawatankuasa Majlis Pusat
Pengajian). 2. Mencadangkan faktor pelarasan, Fi.
1.
Menyelaras aktiviti Jawatankuasa Majlis Pusat Pengajian.
2.
Menyelaraskan keseimbangan bidang.
3. Sediakan senarai calon yang tidak mencapai markah minimum (kepada BPSM&P). 4. Sediakan perakuan Jawatankuasa Pemilih: y Senarai Keutamaan y Tahap Sesuai
kepada
Sediakan perakuan kepada LPU: y Senarai keutamaan muktamad
Naib Canselor
Dilantik oleh Naib Canselor.
Dilantik oleh Naib Canselor.
Ahli LPU seperti yang ditetapkan oleh Akta dan dilantik oleh Menteri Pendidikan.
Seperti yang ditetapkan oleh Statut Universiti.
Dilantik oleh Naib Canselor.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pusat Pengajian.
Sekretariat
Pendaftar
Pendaftar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran
Catatan
Badan Tertinggi Universiti
Jawatankuasa yang ditetapkan oleh Statut Universiti.
Terdapat 2 Jawatankuasa Kelompok: y Sains • Sastera
Pengerusi Jawatankuasa
Pengerusi LPU dilantik Menteri Pendidikan.
Ahli Jawatankuasa
oleh
AZ/NHMA/Sgy....Lampiran A Buku Panduan Profesor Mac 2005