Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
BINTANG FALAK KELANTAN- PAPARAN AWAL INTIPATI PEMIKIRAN TOKOH PM Zakaria Mustaffa 1
Abstrak Falak atau astronomi memainkan peranan penting dalam sosio-budaya orang Melayu sejak kedatangan. Kehidupan harian untuk beribadah menuntut mereka mengetahui ilmu tersebut untuk mempastikan ibadah dapat memenohi syarat seperti mengetahui masuknya waktu. Suasana seperti ini tidak terkecuali bagi masyarakat Kelantan yang dikenali dengan serambi Mekah. Ulama tempatan yang mendalami hukum-hukum Fiqh merasa terpanggil untuk mendalami ilmu tersebut, menulisnya kembali dalam bahasa ibunda dan tak kurang juga yang mengajar kepada generasi baru seperti usaha yang dilangsungkan oleh Sekolah Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang mana kebanyakan lepasan sekolah ini lebih mengenali peralatan rubu’ mujayyab. Dalam tulisan ini, beberapa orang tokoh dari Kelantan akan dipaparkan bersama dengan bidang tumpuan kajian mereka iaitu Abd. Rahman Mohd Salleh, Abdul Rahman Husin, Umar al Kaladiyah, Ismail Abd. Majid dan Mufti Hj. Nor, Sy. Abd. Rahim al Kalantani dan Syeikh Muhammad Daud al Duriani. Katakunci: Rubu’ Mujayyab, Kelantan, Waktu Solat, Takwim, Kiblat, Hilal
Pendahuluan Perintah allah SWT kepada manusia beriman sebagai tanda ketundukan kepadanya bukan sahaja melaksanakan ibadah bahkan mereka perlu sempurnakannya dengan mempelajari ilmu. Ibadah khususiah seperti sembahyang, zakat, puasa, haji tidak pula dapat dilaksanakan seperti dikehendaki pencipta tanpa ilmu fardu kifayah seperti Astronomi, Sains, Akauntan, Matematik, Pengurusan dan lain-lain. Keadaan yang sama tetap tidak terkecuali bagi umat Islam termasuk Asia Tenggara. Ramai tokoh-tokoh Falak muncul dipelbagai tempat di Alam Melayu termasuk dibumi yang terkenal dengan serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Mereka memberanikan diri menerjah ilmu yang bukan mudah untuk dikuasai kalau tiada kesungguhan dan komitmen yang kuat. Hasil didikan guru dalam luar Negara (Mekah) lahirlah tokoh yang mampu menyelesaikan masalah ibadah tempatan bahkan di Malaysia khususnya pada abad ke 20 M. Tokoh-tokoh Falak di Kelantan Dato’ Haji Mohd Nor bin Ibrahim (1905-1987) Salah seorang ulama’ Kelantan yang terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok Kenali. Dilahirkan pada 20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau adalah anak kepada Haji Ibrahim Yusuff, Mufti Kerajaan Kelantan antara 1928-1941.Setelah menamatkan persekolahan awalnya di Madrasah Muhammadiah Majlis Agama Islam Kelantan, beliau melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun 1923. Bidang ilmu yang beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama tradisional seperti usuluddin, fiqh, hadith, qiraat dan tafsir, tetapi juga ilmu-ilmu falak . Guru-guru beliau di Mekah antara lain ialah Tok Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani. Jawatan beliau yang pertama selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada tahun 1937. Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941 hingga 28hb. Oktober 1944, iaitu sehingga jawatan berkenaan dihapuskan. Antara 1949 hingga pertengahan 1965, beliau menjadi guru termasuk mengajar Ilmu Falak) di Jami’ Merbau al-Ismail (kemudiannya Maahad Muhammadi) dan sekaligus mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu antara pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau habiskan di Masjid Negara Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Qur’an yang baru ditubuhkan sekarang (Dar-alQur’an) dan menyusun tafsir pimpinan ar-Rahman yang terkenal itu. Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei 1968 berikutan kematian sahabatnya Dato’ Haji Ahmad Maher. Jawatan ini beliau sandang sehingga ke akhir
86
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
hayatnya pada 13hb. Februari 1987. Lebih dari seorang ulama’, beliau adalah seorang hafiz dan ahli falak yang terkenal,penulis dan orang mampu berbahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak terserlah dalam bidang-bidang qiraat, falak, tafsir dan usuluddin, ketimbang bidang fiqh sebagaimana layaknya seorang Mufti.2. Sumbangan pemikiran beliau dalam Ilmu Falak boleh ditatap melalui buku berjodol “ Pilihan Mustika Pada menerangkan Kiblat dan Ketika” pada tahun 1931.3 Haji Ab.Rahman Haji Hussain (1945-2006) Haji Ab. Rahaman Hussain telah dilahirkan pada 11 September 1945, di Kg. Padang Pak Amat Pasir Putih, Kelantan. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Hjh Halijah bt. Mohd.Nor dan telah dikurniakan seramai 12 orang cahayamata yang terdiri dari 6 orang puteri dan 6 orang putera. Beliau telah terdidik sejak kecil dengan suasana agama yang kukuh menerusi didikan kedua ibubapa pondok masjid al-Muhammadi Kota Bharu. Beliau meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi sehingga tamat darjah 9 pada tahun 1966. Kegigihan beliau dalam meningkatkan ilmu pengetahuan membawa kejayaan diperingkat SPM dan HSC sebagai calon persendirian. Beliau menuntut ilmu Falak sejak tahun 1961 hingga 1980an bermula di peringkat awal pengajian ketika di Maahad Muhammadi sehingga masuk ke alam pekerjaan. Beliau telah mendapat bimbingan dari beberapa orang tokoh ulama dan falak di antaranya ialah Hj. Mohd. Saleh b. Hj. Daud, Dato’ Hj. Mohd. Nor b Hj. Ibrahim (Mufti Kerajaan Kelantan), Dato’ Hj. Ismail Yusof (Mufti Kerajaan Kelantan), Hj. Mohd. Khair Taib dan Hj. Ab Rahman Hj. Salleh.4 Beberapa jawatan beliau sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan bermula pada tahun 1967 sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab (Sekolah Agama Rakyat), kemudian di Maahad Muhammadi Kota Bharu, Penyelia Agama di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negari Kelantan, Pegawai Dakwah Negeri Kelantan dan jawatan terakhir di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai Ketua Penolong Pengarah Dakwah negeri Kelantan pada tahun 1997 sehingga bersara pada 1 Oktober 2000. Selepas beliau bersara terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sebagai pendakwah bebas dan memimpin Persatuan Falak Syar’ie Malaysia sehingga ke akhir hayatnya. Abd. Rahaman Hussain merupakan tokoh falak terkenal terutamanya di Kelantan kerana nama beliau sering terpapar di kalendar dan diari agensi kerajaan negeri Kelantan kerana menghitung waktu solat dan taqwim Hijrah. Selain itu beliau sering diundang menyampaikan ceramah berkaitan agama dan falak. Beliau berjasa dalam memimpin Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) sebagai Yang DiPertua selama 14 tahun sejak dari Oktober 1992 hingga ke akhir hayatnya, September 2006. Beliau mengambil alih tampok kepimpinan PFSM selepas Dr. Abdullah Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua yang pertama. Beberapa kursus dan seminar Falak diadakan sepanjang pimpinan beliau bagi mengembangkan ilmu Falak dalam masyarakat. Di antara seminar yang dianjurkan oleh PFSM atau bersama dengan agensi lain ialah ; Seminar Falak Syarie Negeri Kelantan pada 9 RabiulAwal 1418H / 14 Julai 1997M di Balai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Seminar Penghayatan Ilmu Falak Menjelang Alaf Baru Negeri Kelantan, pada 25 - 27 RabiuAkhir 1420H / 7 - 9 Ogos 1999 M di B alai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Seminar Penghayatan Ilmu Falak Syar’ie Pada Era Teknologi Maklumat pada 18 - 19 Safar 1422 H / 12 -13 Mei 2001 M, di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Seminar Penghayatan Ilmu Falak Syar’i Pada Era Teknologi Maklumat : Peluang dan Cabaran pada 2425 Muharam 1423 H / 7 – 8 April 2002 M di Air Keroh d’Village Resort, Ayer Keroh Melaka, anjuran Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Mufti Melaka dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Seminar Penghayatan Ilmu Falak, “Kaedah Istinbat Hukum mengenai Rukyah dan Hisab” anjuran Jabatan Mufti Kedah, Darul Aman pada 28 Ogos 2003
87
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
Seminar Falak Syarie, Ilmu Falak dan Pemantapan Aqidah, pada 24 Rejab 1425 H / 9 September 2004 M di Bilik Senat UKM Bangi Selangor, anjuran Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Beliau juga turut membentangkan beberapa kertas kerja di seminar yang dianjurkan oleh PFSM atau agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. Di antara kertas kerja yang penah dibentangkan seperti : Ilmu Falak Menjelang Alaf Baru; di Seminar Falak Syarie Negeri Kelantan pada 9 RabiulAwal 1418H / 14 Julai 1997M di Balai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Istilah Falak Syar’I Dalam Penentuan Waktu Ibadat ; di Seminar Falak Syari di zaman penerokaan angkasa lepas pada 4 – 5 JamadilAkhir 1411 H / 22 – 23 Disember 1990 di Pusat Islam Kuala Lumpur, anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Persatuan Falak Syari Malaysia dan Persatuan Al-Quran Universiti Islam Antarabangsa. Ilmu Falak Syarie Di Malaysia: Penyesuaian Antara Tuntutan Moden Dan Tradisional, di Seminar Falak Syarie pada 19 September 2005, di Dewan Muktamar 1, Pusat Islam UiTM Shah Alam, Selangor, anjuran Pusat Pemikiran Islam (CITU), UiTM Shah Alam. Taqwim Menurut Justifikasi Syara’ ; di Seminar Keunggulan Taqwin Islam pada 13 – 14 Ogos 2005 di Kompleks Taman Seni Islam anjuran Jabatan Mufti Selangor. Kepentingan Arah Kiblat Dalam Kehidupan Umat Islam: pada 19 – 20 JamadilAkhir 1427 H / 15-16 Julai 2006, di Pusat Konvensyen Kolej Islam Antarabangsa Selangor, anjuran Jabatan Mufti Selangor dan Konvensyen Kolej Islam Antarabangsa Selangor. Asas Penetapan Idul Adha Dari Sudut Syariah, pada 29 RabiulAkhir 1424 H / 30 Jun – 2 Julai 2003, di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Usaha mengembangkan ilmu falak ke dalam masyarakat adalah salah satu perjuangan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Penglibatan beliau dalam usaha mengembangkan ilmu falak, boleh dilihat melalui penglibatan beliau dalam kerja-kerja sukarela di antaranya ialah; Yang DiPertua Persatuan Falak Syarie Negeri Kelantan (1998-2006) Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, JAKIM (1991 – 2006) Ahli Majlis Penasihat Planetarium Negara (1999 – 2006) Ahli Jawatankuasa Penubuhan Balai Cerap Negara Langkawi (2003) Amat mahir dalam penggunaan Rubu’ Mujayyab sejenis alat yang dijalankan dalam masyarakat Islam suatu masa dahulu untuk menentukan waktu solat fardhu, arah kiblat, mengukur ketinggian objek, mengetahui zodiak dan hitungan trigonomeri. Oleh itu, beliau sering dijemput mengajar penggunaan alat tersebut di Jabatan Mufti Selangor dan Akademi Pengajian Islam Nilam Puri. Akhirnya Ab. Rahaman bin Hussein telah pulang menemui Yang Maha Esa pada tanggal selasa 3 Ramadhan 1427 H / 26 September 2006 jam 4.00 petang di Hospital Machang, Kelantan.5 Haji Ab.Rahman Salleh (1930-2010) Dilahirkan pada tahun 1930, dan mendapat pendidikan agama yang awal di Mekah dan di Kelantan sendiri. Beliau merupakan tenaga pengajar ilmu falak semasa ilmu falak menjadi sebahagian kurikulum dalam sekolah agama di Kelantan. Pernah dilantik sebagai penasihat bahasa Arab bagi buku teks yang diterbitkan bagi kegunaan sekolah-sekolah agama di Kelantan. Jawatan terakhirnya ialah pengelola peperiksaan sekolah agama di Kelantan. Namun Ustaz Abd. Rahman Salleh sering merendah diri, tidak suka menonjolkan diri yang menjadikan beliau kurang dikenali di luar negeri Kelantan. Beliau juga terkenal sebagai pakar penulisan khat. Antara nama samaran dan gelaran bagi setiap tulisan khatnya ialah Abu Faiz dan al-Khatat. Beliau pernah memenangi tempat ketiga Pertandingan Seni Khat ASEAN tahun 1989. Menurut Haji Abd. Rahaman Hussien ( anak saudara serta anak murid kepada Ustaz Abd. Rahman Salleh), kebanyakan tulisan khat di Masjid Sultan Hassanal Bolkiah, Negara Brunei Darussalam merupakan hasil seni Ustaz Abd. Rahman Salleh. Antara buku ilmu falak ialah a) Qawaidul Miqat dalam tiga jilid. Jilid pertama terbitan tahun 1959 M, kedua tahun 1961 dan ketiga tahun 1963. Ketiga-tiga buku ini dalam bahasa Arab dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Kandungannya mengenai ilmu miqat dengan tumpuan kepada
88
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
kaedah hitungan waktu solat dan arah kiblat menggunakan sukuan sinus dan jilid ketiga berkaitan hitungan takwim Islam. Sebuah buku terbitan Tinta Publisher yang bertajuk Ilmu Miqat: Hitungan Waktu dan Takwim dan pengarangnya Abdul Rahman Salleh @ Al-Khatat keluaran 2012 menepati apa yang diulaskan oleh Dr. Baharuddin Zainal. b) Jadwal Istikhraj as-Sa’ah bil Rubu’ Mujayyab tahun 1960. Jadual ini sebenarnya maklumat parameter hitungan sudut jam Matahari yang terdiri daripada nilai badc qutr, asal mutlak, nisf al-fadlah dan mail matahari mengikut tarikh Afranji (Miladi) dan tarikh buruj. Maklumat ini dipaparkan khusus bagi kegunaan negeri Kelantan, pengguna hanya perlu melakukan operasi aritmetik dengan sukuan sinus untuk mendapatkan waktu solat bagi negeri Kelantan. c) Jadwal al-Mirathil as-Syar’i. Jadual ini mengandungi 30 jalur waris dengan nisbah faraid masing-masing. Kedua-dua jadual ini (Jadwal Istiqraj dan Jadwal al-Mirathil) menjadi hiasan di ruang tamu rumahnya, di Banggol Kulim, Machang Kelantan.6
Syeikh Umar Nuruddin (1867-1946) Lahir di Kampung Atas Banggol, Kota Bharu pada 18 J. Awal 1284 bersamaan 17 Seprtember 1867. Bapanya berkebolehan sebagai tukang emas, lalu Sultan memilihnya untuk mengukir Bunga Emas untuk dihantar ke Siam kerana Kelantan ketika ini berada dibawah pengaruh Siam . Bapanya sendiri yang kuat berpegang kepada ajaran Islam dan berdarah satria meluangkan masa untuk mendidik anaknya mengaji al Quran disamping guru-guru lain seperti Hj. Abdul Manan Atas Banggol. Ketika berumur 10 tahun beliau berjaya mengkhatam al Quran. Oleh keinginan yang tebal terhadap pendidikan agama sianak dihantar ke Pondok Haji Awang Gemok atau Haji Awang Alim (Haji Awang Muhammad Zain) atau dkenali juga tempat tersebut sebagai Surau Kemboja untuk mempelajari Bahasa Arab. Beliau meneruskan pengajian agamanya dengan Tuan Guru Haji Ismail HajiMahmud Atas Banggol, Kota Bharu sehingga umurnya mencapai 18 tahun.7 Haji Omar mengambil keputusan mendirikan rumahtangga semasa 18 tahun (1885) dengan Che Aishah binti Abdullah. Beliau memilih pekerjaan untuk saraan keluarga dengan bekerja sebagai peniaga kain dari Singapura. Beliau berulang alik antara Singapura dan Kota Bharu. Namun kepuasan terhadap ilmu belum tercapai lalu pada 1887 (1305H) dan secara kebetulan isterinya meninggal dunia pada 1304H beliau mengambil keputusan untuk pergi mendalami ilmu ke Mekah. Sekembali dari Mekah pada Rabu 18 Safar 1317H dan pada 27 R. Awwal 1317 beliau sekali berkahwin dengan Khadijah binti Muhammad Taib. Beliau mendapat 3 orang iaitu Fatimah, Ibrahim (Imam Tumpat) dan Aishah. Oleh kerana isterinya meninggal, beliau berkahwin lagi dengan Cik Wook/ Aishah binti Yusuf dari Kubang Pasu, Kota Bharu pada malam Jumaat 15 R. Akhir 1325H. Perkahwinan kali ini dianugerahkan 6 orang anak iaitu Muhammad (ayah Abdullah Nakula), Haji Mahmod Sungai Keladi, Abdullah, Ahmad Fadhil, Mustafa dan Hafsah. Di Mekah beliau berguru selama 12 tahun dengan Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al Fatani8, Haji Wan Ali Kutan, Tuan Abd. Mutalib Tuan Faqih Kota, Syeikh Ahmad bi As’ad al Dahhan, Syeikh Muhammad Khayyat, Syeikh Said Yamani , Syeikh Hasbullah, Syeikh Umar Bajunid, Syeikh Nik Mat Kecik al Fatani, Tok Senggora, Daud al Fatani dan lain-lain. Hasilnya beliau mahir dalam ilmu Falak, Fiqh, Usul Fiqh, Nahu, Saraf, Balaghah dan Qiraat. Sezaman dan pernah bersahabat dengan tokoh Falak Pulau Pinang, Abdullah Pahim.9. Guru-guru Falak beliau semasa menuntut di Mekah ialah Syeikh Ahmad Khatib, Syeikh Muhammad bin Yusof al Khayyat dan Syeikh Abu Bakr Syatta10 Dari segi pekerjaan beliau mulai mengajar di Masjid Besar Kota Bharu pada hari Isnin 3 Zulkaedah 1322H dengan perintah Sultan Muhammad ke 4. Rekod kehadiran pelajar turut dicatit yang secara tidak langsung diketahui murid datang dari pelbagai negara seperti Patani, Palembang, Pahang, Legor, Minangkabau, Jawa dan lain-lain. Beliau mengajar tafsir, Hisab, kitab Iqna’, Minhaj al Abidin dan lain-lain. Pada hari Khamis 20 Syaaban 1331 beliau memilih untuk menetap di Kampung Sungai Keladi dan mendirikan surau dan pondok serta melaksanakan pengajaran agama disana. Pada 7 R. Akhir 1335 bersamaan 30 Januari 1917 beliau dilantik sebagai pengarang dan penterjemah kitab di Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
89
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
Karya beliau ialah: 1) al Durr al Naqiy fi makrifat al Arqam al Hindi (1909) 2) Jalan Sejahtera (1917) 3) Jambangan Melayu (1917) 4) Pengenal Kesucian (1921) 5) ‘Aqd al Falah (1922), 6) Tazkirat al ‘Awwam (1923) 7) Pelajaran membahagi pesaka (1923) 8) Miftah al Ta’lim (1924) 9) Shams al Fathiah (1926). 10) Zahratul Waridiyah dan Terjemahan Tafsir al-Khazin (belum cetak)11 Antara muridnya Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan, seorang ulama yang terkenal di Rembau Negeri Sembilan (1907-1997) yang pernah menghasilkan Taqwim Solat (1954)12. Di Melaka, Abdul Wahid bin Osman dari Sungai Udang pernah menjadi salah seorang murid Haji Umar Sg.Keladi.13 Dato’ Haji Ismail Yusoff (1915-1988) Di antara kehebatan beliau ialah mampu mencipta takwim Masihi yang unik yang boleh digunakan selama 41 tahun mulai tahun 1963 hingga tahun 2004. Takwim ini berbentuk bulat dan dicetak di atas dua helai kertas kad dan dijual dengan harga 50 sen sebuah. Wang hasil jualan takwim digunakan untuk membina Maktab Pengajian Islam.14. Ketika memegang jawatan Mufti ke 10 antara lain tugasnya: i) Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan ii) Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Waktu Solat
Wan Musa bin Daud dikatakan pakar dalam ilmu Falak iaitu generasi pertama dari keluarga Wan Nuh dari Kampong Pauh Kumbang, Kutan, Pasir Pekan.15 Namun tidak disebut sudut kepakarannya. a) Haji Ismail al Hamidi seorang guru agama Madrasah Hamidiah, Padang Lepai, Kadok, Kota Bharu pernah mengarang kitab ‘Bantuan Anak Bangsa pada Menyatakan Kiblat dan Masa’. Kitab ini di cetak oleh Percetakan al Ahliah. Siap di tulis pada 5 Shawal 1377H/25 Februari 1958 dan pernah diberi pendahuluan oleh Ismail Yusof (Mufti Kelantan). Kitab ini membincangkan tentang Rubu’ Mujayyab. Mengandungi 33 muka surat bertulisan jawi yang diakhiri dengan isi kandungan kitab. Kitab di bahagikan kepada 13 pelajaran. Penumpuan utama dalam kitab Shams al Fathiah Ciri-ciri umum kitab 1. Nama kitab: Shams al Fathiah: Berkenaan dengan A’mal Jaibiyah (selepas ini disebut Shams al Fathiah) boleh diterjemahkan sebagai Matahari Pembukaan berhubungan operasi Jaibiyyah (Sain) 2. Dimulakan dengan Bismillah,pujian bagi Allah dan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.. 3. Sebuah kitab yang membicarakan ilmu Miqat dan Qiblat dengan menggunakan peralatan Rubu’ Mujayyab untuk negeri Kelantan (hal.102). Namun begitu tidak disertakan gambar/lakaran peralatan tersebut 4. Mengandungi pendahuluan, 20 tajuk kecil dan penutup. 5. Muka suratnya dicatit bersambung dari kitab Miftah al Ta’lim yang dibicarakan sebelum ini iaitu dimuka pertamanya dicatit sebagai mukasurat 34. Namun pada halaman 35 (jawi) terdapat permulaan halaman bertulisan latin dibahagian atas dengan angka 3.
90
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
6. Kitab ini ditulis semasa pemerintahan Sultan Ismail Ibn al Marhum al Sultan Muhammad yang ke 4 dan bahagian akhirnya dicatit tarikh selesai disusun pada hari Khamis 18 Zulhijjah pada waktu Zohor tahun 1343H. serta ditutup dengan pujian dan doa hidayah kesejahteraan untuk pelbagai pihak. 7. Kitab ini masih bertulisan tangan dan mengandungi 78 halaman. Kitab ini siap ditulis pada 1925 dan dicetak pada 1926. Lebih tepat lagi ianya dicetak (cetakan yang pertama) oleh Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan pada 6 Rejab 1344H/19 Januari 192616. Ustaz Ismail Awang menyatakan pada 19 Julai 1925.17 Dalam kitab yang digunakan penulis kitab ini disiapkan penyusunannya pada hari Khamis 18 Zulhijjah 1343H/ 9 Jun 1925, bersamaan tahun Hijrah tetapi lebih kemudian dari kitab Miftah al-Ta’lim. Kandungan kitab 1. Pada bahagian pendahuluan dibincangkan tentang ilmu Miqat 2. Pada bahagian pengenalan dibicarakan tentang alat Rubu’ Mujayyab (Sukuan Sinus) 3. Dibawah tajuk kenyataan pengarang membahagikan kepada 20 huraian a. Kaedah mendapatkan ketinggian atau Irtifa’ matahari b. Kaedah mendapatkan kadar Qaws Irtifa’ c. Kaedah mendapatkan mail (deklanasi) matahari dan ghayah al irtifa’ d. Kaedah mendapatkan latitude/ urd al balad e. Kaedah mendapatkan bu’d al qutr f. Kaedah mendapatkan asl haqiqi g. Kaedah mendapatkan nisf al fudlah h. Kaedah mendapatkan asl al muaddal, al dair dan fadl al dair i. Kaedah mendapatkan irtifa’ melalui maklumat fadl al dair j. Kaedah mendapatkan mendapatkan zill daripada irtifa’ dan sebaliknya k. Kaedah mendapatkan al dair antara Zohor dan Asar dan al Dair antara Asar dan jatuh matahari l. Kaedah mendapatkan kadar masa Syafak dan Fajr m. Kaedah mendapatkan kadar masa matahari di bahagian timur dan barat n. Kaedah mendapatkan irtifa’ yang tiada simt o. Kaedah mendapatkan hissah bagi simt dan ta’dilnya p. Kaedah mendapatkan simt bagi tipa-tiap irtifa’ q. Kaedah mendapatkan simt al qiblah r. Kaedah mendapatkan arah mata angin s. Kaedah mendapatkan matali’ al Falakiyah, al Baladiyah dan al Waktu. t. Kaedah mendapatkan segala planet 4. Penutup 5. Dimasukkan jadual garisan latitud dan longtitud bagi negeri di Timur seperti Mekah, Madinah, Mesir dan beberapa negeri di Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Tanah Melayu sendiri 6. Dibahagian akhir dimasukkan waktu sembahyang Fardu (Isya’, Subuh, Zuhur, Asar), Imsak dan Syuruk yang sebanyak 6 halaman didasarkan kepada Buruj Hamal (1) di selarikan dengan Sunbulah (6), Thawr (2) dengan Asad (5), Jawza’(3) dengan Saratan (4), Mizan(1) dengan Hut (6), ‘Aqrab (2) dengan Dalwu(5) serta Qaws (3) dengan Jadiy(4). 7. Dimasukkan juga jadual untuk memudahkan operasi al Dair (di Kelantan) bagi yang ingin membetulkan jam berdasarkan Buruj Hamal (1) dan Mizan(7) yang setara dengan Sunbulah (6) dan Hut (12)
i)
Penggunaa Bahasa dan Tulisan Penggunaan istilah Arab. Contohnya Markaz (hal.41) Jaib al-tamam (hal. 41)
91
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
Khat al-mashriq (hal.41) ghayat al irtifa’ (hal. 63), nisf qaws al-nahar (hal.63), tamkin (hal.63), al-dair (hal.63), urud (hal.64), buruj shamaliah (hal.64), qamat (hal.64), hissat al-fajr (hal.66), khit (hal. 66), murri (hal.66) dan lain istilah Falak yang sering digunakan pengarang sepanjang penulisannya. ii)
Perkataan yang memberi makna lain pada hari ini. Contohnya Dihantarkan (hal.43) dicabutkan (hal. 65)
iii)
Ejaan jawi samada digabungkan. Contohnya dengandialah (hal. 63) atau berbeza dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Contohnya minit (min, nun, ya, ta’ marbutah) (hal.63), bulatan (ba’, waw, lam,ta’, nun-hal. 65), itu (alif, ya, ta’ marbutah-hal.43)
iv)
Bahasa tempatan (loghat Kelantan). Contohnya Juring (hal. 43) sanya (hal.63) bermaksud bahawasanya, jatuh matahari (hal.65), naik matahari (hal.66) Salah ejaan Terakas (sebaliknya) (hal. 49) Kesalahan bahasa Pada mengetahuikan (hal. 49)18
v) vi)
Analisa terhadap pemikiran tokoh Taqwim- Abdul Rahman Salleh, Ismail Yusuf, Ab. Rahaman Hussain Abdul Rahman Salleh menumpukan penulisan pada takwim Hijri dan Miladi. Pada dasarnya beliau memulakan tulisannya dengan perkara am berkaitan takwim seperti bila bermula, bilangan hari dalam setahun dan bulan pada kedua-dua kalendar seperti berikut:a)Bulan Hijrah Bilangan hari/tahun basitah= 345 hari Bilangan hari/tahun kabisah= 355 hari Bilangan hari/ bulan= 30 hari hitungan tunggal/29 hari hitungan berpasangan kecuali bulan Zulhijjah pada hitungan kabisah b)Bilangan hari dalam tahun Miladi = 365 (B- Basitah) dan 366 hari bagi tahun Kabisah (K). Dalam sebulan terdapat 30 dan 31 kecuali bulan Februari 28 hari (B) atau 29 hari (K). Jadual Bilangan Hari Sebulan Dalam setahun Tahun Hijri dan Miladi Hari dlm Nama Bulan Jumlah hari dr Hari dlm Nama Bulan Jumlah hari dr sebulan awal tahun sebulan awal tahun 30 Muharram 30 31 Januari 31
92
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
29 30 29 30 29 30 29 30 29 30 29
Safar R.Awwal R.Akhir J.Awwal J.Akhir Rejab Shaaban Ramadhan Shawal Zulkaedah Zulhijjah
59 89 118 148 177 207 236 266 295 325 354
28 31 30 31 30 31 31 30 31 30 31
Jadual Tahun dan Bulan Hijri-Miladi Tahun Hijri Bulan Hijri Tahun Miladi B
K
B
8 16
15 13 29 21
6 17 23
2 10 18 26 7 23 15 4 12 20 28 1 9 17 25 6 14 22 30 3 11 19 27
Muharram
Bulan (K)
K
Miladi
59 90 120 151 181 212 243 273 304 334 365
1234567 0 90 180 60 150 30 120
12
Januari
Shawal
J. Akhir
Bulan Miladi(B)
Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember
2013
Januari April Julai
1234567
Oktober 1 7 18
24
Mei
Okt
2345671
8
Ogos
Mei
3456712
20
Februari Mac Nov
Februari Ogos
4567123
Mac Nov
5671234
Z.Kaedah Safar Rejab R. Awal
2 3 19 3 14 25
Z. Hijjah 4
Shaaban
9 15 26
R. Akhir Ramadhan
10 21 27
16
Sept Dis
Jun
6712345
28
April Julai
Sept Dis
7 1 2 3 4 5 619
J. Awwal
5 11 22
Jun
Rubu’ Mujayyab -Penulisan oleh Abdul Rahman Salleh, Umar Nuruddin, Ab. Rahaman Hussain dan Ismail al Hamidi Dalam buku ‘Ilmu Miqat’ Abdul Rahman Salleh menjelaskan fizikal alatan Rubu’ Mujayyab yang mengandungi:
93
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
a)Pusat: Lubang yang merupakan pusat sukuan, benang dipasangkan untuk hitungan dan pengukuran sudut. b)Lingkungan: Dibahagikan kepada 90 darjah di kanan dan di kiri. Di Awal lingkungan kecil 30 darjah (Awal Qaus) terletak buruj Aries atau Libra, pada kedudukan 30 hingga 60 darjah tempat buruj Taurus atau Kanser dan pada kedudukan 60 hingga 90 darjah tempat buruj Virgo atau Sagitarius. Sementara lingkungan dibawahnya terletak buruj Kancer atau Kaprikon pada 90 hingga 60 darjah, 60 hingga 30 darjah terletak Leo atau Aquarius dan seterusnya diikuti oleh buruj Virgo atau Pisces pada 30 darjah berikutnya. c)Sittin: garisan lurus yang turun dari pusat hingga keakhir pusingan yang dibahagi kepada 60 darjah, dinamakan jaib al mabsut. d)Jaib alTamam: garisan lurus yang turun dari pusat hingga awal lingkungan yang dibahagikan kepada 60 darjah, dinamakan jaib al-mankusah. e)Dairah al Mail: Lingkungan dengan jejari 24 unit Sittini dan Jaib al Tamam. f)al Hadafatan: Tempat digunakan untuk mengukur baying atau sasaran sesuatu objek. Peralatan lain untuk membuat pengukuran perlu pada benang yang diletakkan pada pusat, Muri (simpulan) diikat pada benang dan juga shakul yang digantung pada hujung benang.20 Ab. Rahman Hussain mahir dalam penggunaan Rubu’ Mujayyab yang boleh menghasilkan waktu solat fardu dan arah kiblat. Alat ini juga digunakan untuk mengukur ketinggian objek seperti gunung, mengetahui waktu, mengetahui zodiak dan hitungan trigonometri. Kemahiran itu beliau pernah manafaatkan dalam kuliah berkaitan Rubu’ di Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Akademi Pengajian Islam Nilam Puri21
Waktu Solat- Abdul Rahman Salleh, Umar Nuruddin, Ismail Yusuf Abdul Rahman Salleh menggunakan rubu’ mujayyab sebagai asas untuk mendapat waktu solat22. Jadual garisbujur dan garislintang disediakan untuk mengetahui kedudukan bandar-bandar dan pekan di Malaysia (35 tempat) termasuk Kota Bharu, Kelantan. Jadual perbezaan garisbujur bandar dan pekan mengikut sistem wasatiyah turut disediakan untuk 5 bandar dan pekan. Tempoh tamkin bagi setiap waktu adalah 2 minit23 untuk Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’ sebagai ihtiat. Lima waktu sembahyang disamping waktu syuruk. Waktu maghrib dan Fajar Syeikh Nuruddin ada menukilkan dalam kitabnya berhubung masa syafak dan Fajar
94
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
“ Berkata Nabtini ghaib syafak yang merah (mega merah) pada rasad yang aimmah bagi ini ilmu dengan turun matahari kebawah ufuk kadar tujuh belas darjah. Dan naik Fajar Sadiq apabila ada antara matahari dan ufuk itu sembilan belas darjah intaha daripada syarah Abrashi.” (hal.66) Jadual Latitud dan Longtitud Syeikh Umar Nuruddin Ismail menyenaraikan kedudukan negeri dan Negara tertentu khususnya negeri yang berada di Utara Khatulistiwa Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25
Negeri Mekah Madinah Taif Jeddah Mesir Suez Kelantan Terengganu Pahang Perak Pulau Pinang Kedah Patani Senggora Bangkok Kemboja Singapura Melaka Johor Selangor Palembang Bentan Ceribon Semarang Surabaya
Longtitud 76 40 77 20 76 10 65 25 70 00 136 00 136 50 137 00 133 05 130 35 133 10 135 00 134 10 133 40 143 00 138 00 139 40 141 00 134 35 141 50 143 30 145 35 148 30 150 50
Latitud 21 30 24 40 21 20 21 25 30 00 30 00 06 00 05 35 03 15 05 35 05 25 06 35 06 45 07 00 14 10 22 00 02 00 02 30 02 00 03 45 02 35 06 50 06 45 07 45 04 5024
Kaedah Munajjimin- Ab.Rahaman Salleh Penggunaan jadual Falak berdasarkan rujukan buruj boleh dikenal pasti melalui penggunaan tatanda unit buruj ( ) ﭼatau darjah ( ) pada nilai koordinat pada unsur pergerakan yang dijadualkan. Nilai koordinat menggunakan rujukan buruj tidak melebihi angka 30, buruj akan memasuki buruj berikutnya. Setiap buruj juga mempunyai angka yang menunjukkan turutannya dari buruj Hamal. Dalam naskhah Sullam an-Nayiraini, susunan turutan ini dan angka buruj mengikut angka jummal al-hawwaz, sebagaimana berikut; Hamal ditulis dengan (– ) حsimbol bagi sifar atau ditandakan sebagai titik (.) Thur ( = ) ا1, Jauza ( =) ݒ2, Saratan ( =) ﭼ3, Asad ( =) ﺪ4, Sunbulah ( =) ﻤ5, Mizan ( =) ﯡ6, Aqrab ( =) ﮍ7, Qaus ( =) ح8, Jadi ( =) ط9, Dalwu ( =) ى10, dan Hut ( )= 11. Data kedudukan cakerawala menggunakan epok pula boleh memberikan nilai koordinat atau unsur pergerakan antara angka sehingga 36 . 25 Buruj- Abdul Rahman Salleh, Umar Nuruddin Matahari merentasi 12 laluan meliputi buruj-buruj yang berjarak 30 darjah. Enam buruj berada di Utara iaitu Hamal, Thur, Jauza, Sharaton, Asad, Sunbulah. Enam lagi berada di bahagian langit Selatan iaitu Mizan, Aqrab,
95
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
2013
Qaus, Jadi, Dalwu dan Hut26. Abdul Rahman Salleh turut menyesuaikan buruj ini dengan bulan Masihi (Miladi) seperti berikut: Bulan Masihi US Buruj Februari 9 Dalwu (Aquarius) Mac 9 Hut (Pisces) April 9 Hamal (Aries) Mei 9 Thur (Taurus) Jun 9 Jawza (Gemini) Julai 9 Sharaton (Kanser) Ogos 8 Asad (Leo) September 8 Sunbulat (Virgo) Oktober 8 Mizan (Libra) November 8 Aqrab (Scorpion) Disember 8 Qaws (Sagitarius) Januari 8 Jadi (Capricorn) Contoh mendapatkan kedudukan darjah hari 28 April: Us April = 9 burujnya ialah hamal Tarikh 28 haribulan Jumlah 37 Jumlah hari bulan sebulan 30 Baki 7 yang lalu dari buruj hamal iaitu Thur Oleh itu 28 April darjah burujnya 7 Thur27 Kesimpulan Bidang yang diceburi oleh beberapa tokoh dari negeri Kelantan ini bukan sahaja mampu melengkapkan tuntutan syariah rumpun umat Islam dalam lingkungannya namun akhir-akhir ini berdaya mengembangkan sayapnya ke negeri sekitar negara Malaysia. Usaha demi usaha dilakukan oleh individu, institusi pendidikan dan dakwah yang digembelingkan untuk menarik masyarakat menceburkan diri dalam bidang Falak. Transformasi pendidikan ilmu ini giat dikembangkan dengan menggunakan kaedah saintifik termasuk kalkulator, computer, software tertentu yang lebih tepat perhitungan, kenampakan dan mudah disebarkan. Sokongan untuk mendirikan sebuah balaicerap oleh pemerintah turut menjadi keutamaan dalam meletakkan ilmu ini cemerlang seperti catatan sejarah silam disamping setara dengan negeri lain di Malaysia.
Catatan Akhir 1 Universiti Teknologi MARA Puncak Alam 2 www.jpn.edu.my, lihat juga Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, (2003) Sumbangan Dato’ Haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim Kepada Bidang Tafsir dan Pengajian Al-Qur’an. Al-Bayan Journal of Al-Quran & al-Hadith, 1 . pp. 81-106. lihat Mohamad Kamil Hj Ab Majid, “Dato’ Haji Muhamad Nor Ibrahim”dlm. Ismail Che Daud (1996), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung (2). 3 Hj. Ab.Rahaman bin Hj Hussain, “ Ilmu Falak Syarie di Malaysia: penyesuaian Antara Tuntutan Moden dan Tradisional, di Dewan Muktamar 1, Pusat Islam, UiTM, Shah Alam dalam Seminar Ilmu Falak Syarie pada 19 September 2005/ 15 Syaaban 1426H anjuran CITU, UiTM. Hal. 11 4 Kassim bin Hj. Bahali, “Sumbangan Mohd. Khair Taib dan Ab. Rahaman Hussain dalam perkembangan Ilmu Falak di Malaysia”, Seminar Falak Sempena sambutan dua dekad Persatuan Falak Syarie Malaysia, 13-14 Julai 2007, UNITEN, Kajang, Selangor 5 Tulisan Nur Izzati Binti Abu Bakar , Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya, http;//mufti.penang.gov.com.my, lihat juga Kassim Bahali (2006), Sumbangan Mohd. Khair Taib Dan Ab. Rahaman Hussain Dalam Perkembangan Ilmu Falak Di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan 20 Tahun Persatuan Falak Syarie Malaysia. Universiti Tenaga Nasional, Bangi. 6 baharzai.blogspot.com.
96
Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan
7
2013
Ismail Che Daud, (1988),Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung(1), cetakan pertama, Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Kelantan. Hal. 278 8 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak ‘Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim’-perintis Ilmu Falak Moden Anjuran Jabatan Mufti Negeri pulau Pinang dan Unit Penyelidikan Falak & Sains atmosfera, USM, Pusat Islam, USM 9 Sila lihat www.semanggol.com 10 Dr. Baharuddin Zainal, “Menggelintar Budaya Intelek Ilmuan Falak Alam Melayu” Kertas kerja dalam Seminar Penghayatan Ilmu Falak 2008M, Auditorium Kompleks Falak al-Khawarizmi Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka pada 26 Julai 2008M/23 Rejab 1429H. 11 Ismail Awang dalam majalah Pengasuh bilangan 420 keluaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Disember 1976 12 http://madrasahbongek.blogspot.com, http://www.yadim.com.my dan Wan Muhammad Saghir Abdullah, dalam kertas kerja memantau 70 tahun aktiviti tuan guru haji Ibrahim Bongek Acheh-hubungan Keilmuan dengan Syeikh Ahmad al-Fatani pada 17 Feb. 2007/29 Muharram 1428H 13 http://almaturidiyyyah.blogspot.com 14 Ahmad Faisal Abdul Hamid, Dato’ Haji Ismail Yusof: Sumbangannya terhadap perkembangan Islam di Kelantan, Tesis Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, 2 2. Hal. 1 5. Lihat juga Abdul Razak Mahmod (1996), Dato’ Haji Ismail dalam kenangan. 15 www.wannuh.com 16 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak ‘Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim’-perintis Ilmu Falak Moden 17 Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung, cetakan pertama 1988, Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Kelantan. Hal. 289 18 Hj. Umar bin Ismail Nuruddin, Shams al Fathiah 19 Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal. 70 20 Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal 6-7 21 Kassim Hj. Bahali, ‘Sumbangan Mohd. Khair dan Ab. Rahaman Hussain dalam perkembangan ilmu Falak di Malaysia’, Seminar Falak, UNITEN, Kajang pada 13-14 Julai 2007 22 Dimaklumkan ukuran yang diperolihi melalui Rubu’ untuk mengira Bu’d al Qutr, Asl al Mutlaq, Nisf al Fudlah, Ketinggian matahari dan lain-lain sila lihat Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal. 17-20 23 Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal.18-20 24 Hj. Umar bin Ismail Nuruddin, Shams al Fathiah, hal. 83-84 25 Abdul Rahman Husin, (2012) Ilmu Miqat-Hitungan Waktu dan Takwim, K. Lumpur, Tinta Publisher, hal. xvii-xviii 26 Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal. 8 27 Abdul Rahman Salleh, Ilmu Miqat, hal. 9
97