Disusun Oleh : Ustaz Safaee b. Zakaria SMK Jelawat, 16370 Bachok, Kelantan
DOADOA KEJAYAAN
KANDUNGAN
MUKASURAT
Kandungan
i
Secangkir bicara dari penyusun
1
1. Persediaan menghadapi peperiksaan
2
A. Persediaan Sebelum Peperiksaan
2
B. Persediaan Pada Malam Sebelum Peperiksaan
2
C. Tindakan Pada Pagi Hari Peperiksaan
3
D. Tindakan Pada Hari Peperiksaan
3
2. Cara Menghadapi Tekanan
4
A. Buntu Fikiran
4
B. Keletihan Fizikal
5
3. Masalah Semasa Peperiksaan dan Cara Mengatasinya
5
A. Menghilangkan perasaan Gementar
5
b. Sentiasa Berdoa dan Solat Hajat
5
4. Petua Cemerlang Menghadapi Pembelajaran
5
5. Teknik Menjawab
6
A. Panduan Umum
6
B. Ujian Objektif
6
C. Ujian Subjektif
7
D. Ujian Kuantitatif
8
6. DoaDoa Yang Berkaitan Untuk Menghadapi Peperiksaan i. Doa Kecergasan
9
ii. Doa Menghilangkan Darah Gemuruh
9
iii. Doa Tetapkan Hati
9
iv. Doa Mahu Tidur
9
v. Doa Bangun Tidur
10
vi. Doa Memasuki Ujian
10
7. Petua Semasa Menjawab Soalan
2i
9
10
i. Doa Penerang Hati
10
ii. Doa Bila Terlupa
10
iii. Doa Minta Tambah Ilmu
11
iv. Doa Minta Dapat Petunjuk
11
v. Doa Mudah Faham / Hafal
11
vi. Doa Ketika Menemui Kesukaran
11
vii. Doa Mendapat Idea Yang Baik
11
viii. Doa Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
12
ix. Doa Memohon Kejayaan Cemerlang
12
8. Adab Berdoa
12
9. Khaifiat Solat Hajat
13
10. Zikir Harian
14
3 ii
SECANGKIR BICARA
DARI PENYUSUN
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Penyusunan buku kecil ini adalah bertujuan untuk membantu para pelajar bagi menguatkan mental dan keyakinan kepada Allah sebagai tempat untuk meminta pertolongan dan tumpuan ketika menghadapi sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka. Sebenarnya tiada teknik dan petuapetua tertentu untuk menghadapi peperiksaan, tetapi penyusun telah mengambil beberapa petua yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan dan situasi semasa para pelajar. Apa yang ada dalam buku kecil ini merupakan sebahagian kecil sahaja dan diharapkan pelajar dapat mengamal dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Buku ini mengandungi beberapa teknik, petua dan caracara menghadapi peperiksaan dan doadoa yang ringkas tetapi amat berguna kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga penyusun telah memuatkan caracara mengerjakan solat sunat hajat secara ringkas dan zikirzikir harian yang perlu diamalkan oleh para pelajar. Mudahmudahan buku kecil yang tak seberapa ini boleh menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan khasnya dan dalam kehidupan amnya. Amin ……….. Sekian,
Salam dari penyusun Ustaz Safaee b. Zakaria Makmal Komputer SMKJ. 18 Mei 2008 / 12 Jamadil Awal 1429
1 4
1. PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN A. Persediaan sebelum peperiksaan. 1. Belajar dengan bersungguhsungguh dan membuat ulangkaji semua matapelajaran yang diambil dalalam peperiksaan dengan konsisten. Anggaplah peperiksaan ini merupakan peperiksaan terakhir dalam hidup anda. Anggaplah jika anda gagal dalam peperiksaan ini anda akan gagal dan kecewa sepanjang hayat anda. 2. Tanamkan azam dan semangat untuk berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal tahun. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Aku Boleh Berjaya’ atau ‘I Can Do It’. 3. Kurangkan meminum minuman teh dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills’ yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan. 4. Hadkan aktiviti anda hanya kepada perkaraperkara yang penting sahaja. Menonton TV hanya untuk melepaskan tekanan perasaan sahaja. Jangan menonton drama bersiri kerana anda akan terikat untuk mengetahui kesudahan cerita tersebut sehingga akhir, sedangkan masa anda adalah untuk mengulangkaji pelajaran. 5. Pastikan anda mengetahui maklumat mengenai peperiksaan yang akan dihadapi seperti : a. Maklumat umum peperiksaan. i. Nama pusat peperiksaan ii. Nombor pusat iii. Angka giliran iv. Lokasi tempat, keadaan fizikal bilik/kawasan v. Kenderaan untuk sampai ke tempat peperiksaan vi. Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus) vii.Jadual Peperiksaan b. Maklumat Kertas peperiksaan i. Nombor kertas ii. Bilangan kertas iii. Syarat lulus iv. Tarikh 25
v. Masa vi. Sesi/Bahagian kertas vii.Arahan spesifik viii.
Format kertas peperiksaan
B. Persediaan pada malam sebelum peperiksaan. 1. Ulangkaji pelajaran yang akan anda hadapi esok hari 2. Tidur awal agar anda dapat bangun awal dan mendapat rehat yang secukupnya 3. Semak jadual waktu peperiksaan pastikan kertas apa yang akan anda hadapi esok. 4. Solat sunat hajat dan berdoa semoga Allah memberi ketenangan sebelum tidur 5. Membaca doa sebelum tidur 6. Sembahyang fardu subuh / sunat selepas bangun 7. Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat. C. Tindakan pada pagi hari peperiksaan Berikut beberapa panduan sebelum anda pergi periksa: 1. Bangun awalawal pagi supaya sempat menunaikan solat subuh dan berdoa. 2. Berdoalah kepada Allah (swt) untuk memohon pertunjuk dan kekuatan. 3. Ambillah sarapan pagi yang sederhana. 4. Ambillah makan tengah hari yang sederhana, terutama jika ada kertas lagi di sebelah petang. 5. Jangan ada rasa gugup, takut dan gelisah, tenteramkan jiwa. 6. Tiba awal sebelum peperiksaan dimulakan. 7. Hindarkan daripada perkaraperkara yang boleh mengganggu fikiran dan ingatan anda. 8. Jangan terlalu terpikat dengan soalansoalan lama dan soalansoalan ramalan. 9. Bawa keperluankeperluan peperiksaan yang cukup seperti pen, getah pemadam, pembaris, pensil, gam, kad pengenalan, slip peperiksaan dan sebagainya. 10. Pastikan anda sampai awal di pusat peperiksaan.
3 6
D. Tindakan pada hari peperiksaan Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan 1. Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Perkara ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja. 2. Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas. 3. Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburuburu. 4. Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek notanota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan. 5. Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai? 6. Baca dengan teliti format dan arahan pada kertas soalan peperiksaan. 7. Pilih soalan yang terbaik untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab. 8. Tulis dengan jelas dan cepat 9. Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal. 10. Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya. 11. Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.
2. CARA MENGHADAPI TEKANAN A. Buntu fikiran. a. Keadaan ini boleh disebabkan oleh kurang persediaan yang lakukan seperti kurang membuat ulangkaji atau latih tubi, oleh itu sentiasalah membuat ulangkaji dan latih tubi setiap hari dan minggu walaupun peperiksaan masih jauh lagi. b. Jika keadaan buntu fikiran berlaku semasa dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah bertenang dan jangan gementar atau gelabah. Anda boleh mencuba cara ini bagi menenangkan fikiran, iaitu : 74
i. Bernafas panjang dan dalamdalam beberapa kali ii. Bersantai iaitu berehat sekejap lebih kurang 2 – 3 minit. iii. Cuba ingatkan semula fakta, dengan cara mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya. iv. Baca selawat keatas rasul beberapa kali. v. Baca doa no 2 di muka surat 12 berulang kali B. Keletihan Fizikal a. Jaga masa tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. b. Rehatkan tangan, mata dan otototot semasa menjawab soalan sekali sekala. c. Ambil angin sebentar d. Basuh muka dengan air sejuk jika perlu. 3. MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN DAN CARA MENGATASINYA A Menghilangkan perasaan gementar o o o o o o o
Buatlah persediaan awal secara menyeluruh sebelum menghadapi peperiksaan Latih mental untuk menghadapi situasi yang mendesak dan tertekan Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas. Rehatkan fikiran Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik
B. Sentiasa berdoa dan mendirikan solat sunat hajat o o o o o
Dirikan Solat sunat hajat sebelum tidur pada setiap malam Sentiasa membaca doa sebelum keluar rumah Sentiasa membaca doa apabila menemui sesuatu yang sukar Sentiasa membaca doa apabila hati menghadapi kesedihan Sentiasa membaca doa apabila terkena kesedihan hati
4. PETUA CEMERLANG DALAM MENGHADAPI PEMBELAJARAN i. Sediakan jadual waktu belajar yang sistematik. ii. Mengetahui sukatan pelajaran. iii. Mempunyai tempat belajar (bermutalaah) yang sesuai dan selesa. Belajar bermula daripada awal tahun lagi 5 8
iv. Membuat catatan dan nota kecil / poket semasa membaca. v. Pastikan jiwa sentiasa tenteram dan tenang dengan sentiasa berzikir kepada Allah. ( Anda boleh mengamalkan zikir pada mukasurat 18 ) vi. Membaca pada waktu tengah malam dan pada waktu pagi atau pada masa yang sesuai dengan keadaan anda. vii. Mempunyai bahan rujukan yang sesuai seperti buku nota, peta minda dan sebagainya. viii. Banyakkan latihan menjawab soalan ix. Rajin serta selalu bertanya guru jika ada masalah mengenai pelajaran. x. Sentiasa mengadakan perbincangan melalui kumpulan. xi. Berdoa serta bertawakkal kepada Allah (SWT) setelah berusaha dengan bersungguhsungguh. 5. TEKNIK MENJAWAB A. Panduan Umum · Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu · Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu · Tinggal dahulu soalan yang sukar · Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh · Rancang jawapan (lakar jawapan) dengan mencatat isiisi penting sebelum menjawab. B. .Ujian Objektif · Baca arahan dengan teliti · Baca soalan dan fahami kehendak soalan terlebih dahulu, baca beberapa kali supaya anda dapat memahami kehendak soalan · Analisa soalansoalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue) · Tandakan jawapan bila anda pasti betul jawapannya · Tinggalkan dahulu soalan yang anda belum pasti jawapannya. Setelah anda habis menjawab, balik semula kepada soalansoalan yang anda tinggal tadi. · Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
6 9
· Ambil perhatian kepada perkaraperkara yang boleh mengelirukan anda dalam soalan seperti tidak benar, bukan, kecuali atau gambarajah dalam soalan. Gariskan perkataan tersebut agar anda tidak terkeliru. · Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja. · Olah balik soalan supaya senang difahami. Cari contohcontoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin. · Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain · Cuba teka adalah usaha terakhir · Semak semula semua jawapan setelah anda selesai menjawab sehingga anda berpuas hati
C. Ujian Subjektif i. Sebelum Menulis · Baca arahan dengan teliti · Baca semua soalan dengan pantas dahulu · Analisa dan tanda bahagianbahagian atau pokok soalan yang hendak dijawab. · Gariskan perkataan kunci dalam soalan dan fahamkan maksudnya. · Catat isiisi penting di tepi soalan. · Susun isiisi penting (panduan jawapan) Semasa Menulis · Awasi penggunaan masa · Jawab semua bahagian soalan (jangan tertinggal) · Jawab tepat kepada kehendak soalan terutama ayat pertama. · Ikut garis panduan jawapan · Urutan jawapan secara perenggan dan nombor. Perlu ada kesinambungan. · Tulis isi yang relevan saja. · Pastikan setiap jawapan anda mempunyai fakta / isi anda mempunyai huraian 7 10
· Jangan menyeleweng atau cuba meniru. · Baca sekali lagi jawapan sebelum menyerahkan kepada pengawas peperiksaan. D. Ujian Kuantitatif ( Mata pelajaran matematik, sains dan teknikal) · Baca arahan dengan teliti · Jawab soalan yang boleh dijawab lebih dahulu. · Balik kepada soalan yang sukar dan analisa supaya dapat sedikit isi jawapan sekurangkurangnya. · Gunakan masa dengan baik. · Tunjukkan cara atau mendapat jawapan selain daripada jawapan akhir. · Susun atur jawapan dengan jelas. · Semak jawapan. · Tambah/betulkan apabila perlu.
6. DOADOA YANG BERKAITAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
i.
8 11
ii.
iii.
iv.
5.v.
9 12
vi.
7. PETUA SEMASA MENJAWAB SOALAN
i.
ii.
iii.
10 13
iv.
v.
vi.
11 14
vii.
viii.
.
ix.
Doa memohon kejayaan cemerlang dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan
Ertinya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orangorang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
12 15
8. ADAB BERDOA
13 16
14 17
15 18
Selepas salam sujud sekali lagi dan baca zikir dibawah
5.
6.
7.
16 19
17 20
Catatan
1821
Catatan
1922
Catatan
20 23
24