BID`AH : ANTARA DUA PENDEKATAN Oleh: Mohd Aizam bin Mas'od Cawangan `Aqidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Abstrak Polemik berkenaan persoalan adakah sesuatu amalan itu bid' ah atau tidak sering kelihatan tenggelam timbul di negara kita. Memang tidak dinafikan ia cuba dibangkitkan oleh pihak tertentu dan ditentang pula oleh satu pihak yang lain. Akhirnya isu ini hampir dilihat tiada kesudahannya. Setiap pihak bertegas dengan hujah masing-masing. Apakah sebenarnya punca masalah ini tidak pernah selesai? Kertas ini digarap dalam rangka cuba mencari titik penyelesaian antara kedua-dua pihak yang bertelagah. Perbincangan dibuat secara terbuka dengan membawa hujah kedua-dua belah pihak, sama ada golongan yang bertegas dan berkeras mahupun golongan yang mengambil pendekatan sederhana. Definisi Bid`ah Bid`ah dari sudut bahasa iaitu apa yang dilakukan tanpa mempunyai misal sebelumnya, antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah aku bukanlah rasul yang pertama"' Adapun dari segi istilah ia mempunyai pelbagai takrifan hasil daripada perbezaan pendapat di kalangan para ulama yang mentakrifkannya. Berkata Ibnu Daqiq dalam Ihkam al-Ahkam: "Kami telah menegah perkara-perkara baru yang dijadikan syiar dalam agama, contohnya apa yang direka oleh golongan Rawafidh iaitu perayaan ketiga yang dinamakan sebagai perayaan al-Ghadir"2. Berkata al-Munawi: "(Bid`ah itu ialah) perkara baru dalam agama selepas sempurnanya agama dan apa yang direka-reka mengikut hawa nafsu selepas Nabi Muhammad SAW. Dan dikatakan: la kata nama bagi sesiapa yang mereka-reka sesuatu: (iaitu) mencipta atau membuat perkara baru (ikhtara' ahu aw andathahu), kemudian ia tersebar dengan ' Surah al-Ahqaf: 9 Ihkam al-Ahkam, jld. 1, hal. 159
23
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
meluas bagi mereka yang tidak memahami hukum syara' bahawa ianya perkara yang baik. Dan (juga ditakrifkan bid`ah itu) ia adalah perkara yang menyalahi dasar Ahli Sunnah Wal Jama'ah dalam `agidah sebagairnana yang dimaksudkan dalam hadith (tentang bid'ah)"3. Berkata Mustafa 'Imarah dalam nota kaki kepada kitab al-Targhib: "Ia adalah setiap apa yang muncul tanpa mempunyai dalil nas atau ijma' atau qiyas"4. Berkata pengarang al-Mannar dalam nota kaki kitab TahqiqMa'na al-Sunnah': "Tidak disyaratkan untuk mensabitkan atau menetapkan (maksud) bid`ah, meninggalkan sesuatu daripada Sunnah. Bahkan setiap perkara baru dalam agama dan syiar-syiarnya yang direka oleh manusia, sama ada percakapan mahupun perbuatan, yang tidak mempunyai sandaran daripada Nabi Muhammad SAW atau para Sahabatnya maka ia bid`ah dan kesesatan"5. Sulayman al-Nadawi telah meletakkan kaedah untuk kita membe:akan antara Sunnah dan bid`ah seperti berikut: "Setiap perkara yang kita dapati diamalkan pada zaman tersebut (zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' al-Rasyidin) maka kita maklumi bahawa ia daripada agama dan diiktiraf sebagai Sunnah. Manakala setiap perkara baru yang dicipta selepasnya, kita maklumi bahawa ia dibawa masuk ke dalam agama, maka ia digelar bid`ah'''. Berkata 'Anal al-Fasi: "Di sana terdapat perkara-perkara yang tidak di lakukan oleh Nabi SAW kerana ia tidak wujud pada zamannya dan sehab-sebab untuk mendorong ia wujud juga tiada. Namun kewujudannya pada hari ini adalah antara tanda-tanda perkembangan dalam bidang ilmu dan ketamadunan. Oleh itu tidak mungkin untuk kita me ngatakan ia terkeluar daripada Sunnah, tetapi ia hendaklah dinilai terlebih dahulu menerusi qawa'id al-Syariah. Apa-apa yang selari dangannya maka ia diterima dan apa-apa yang menyalahinya maka in ditolak. Demikian itu adalah bidang ijtihad yang selamalamanyn tidak tertutup, kerana ia hanya mempraktikkan al-qawa'id al-Syar' yyah kepada perkara-perkara cabang agama yang baru yang sememangnya tidak pernah selesaf7. Faydh jld. 1, hal. 73-74 wa al-Tarhib, jld. 1, hal. 78 ' Tahqic Mann al-Sunnah, hal. 22 Ibid , h al. 24 Maqa:id al-Syari'ah ai-Islamlyyah, hal. 182
24
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Kedua: Meletakkan ikatan-ikatan bagi apa yang dinamakan bid`ah, ia kesemuanya kembali kepada ikatan-ikatan yang disebut oleh al-Syatibi. Takrif Lanjut Bici`ah Buat Golongan Yang Bertegas (Mutasyaddidin) Untuk menjelaskan lagi maksud bid`ah menurut golongan yang bertegas, dibentangkan di sini dua takrif tambahan yang diletakkan oleh ulama beraliran tersebut dalam memahami konsep bid`ah. Pertama: Al-Syatibi berpandangan bahawa wujudnya maksud yang mengisyaratkan (kepada bid`ah), tetapi (bid`ah itu) tidak disyariatkan. Ini menunjukkan kepada maksud pembuat syariat (al-syari') yang tidak membenarkan penambahan dilakukan terhadap perkara yang sudah sedia ada sebelumnya, sekiranya ditambah sesuatu tambahan maka jelas ia menyalahi tujuan pembuat syariat (al-syari')9. Kedua: Ibnu Taimiyyah menganggap bid`ah adalah setiap apa yang direka dalam `ibadah yang disyariatkan dengan tambahan-tambahan yang tidak disyariatkan. Melakukan tambahan-tambahan ini dan melazimi dalam mengamalkannya adalah bid`ah dan kesesatan berdasarkan dua alasan: Pertama, dari sudut dia beri'tiqad bahawa perkara demikian adalah disyariatkan dan disunatkan. Kedua, dari sudut dia melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi SAW1°. Daripada dua pandangan di atas, jelas menunjukkan bahawa golongan yang bertegas tidak menerima sebarang tambahan baru di dalam urusan agama berdasarkan kepada tiga alasan berikut:a) Sebarang tambahan tersebut sekiranya ia perlu sudah tentu syara' pada awal lagi akan mensyariatkan perkara tersebut. Namun apa yang pasti pembuat syara` tidak berbuat demikian menunjukkan ia sesuatu yang tercela kerana menyalahi kehendak pembuat syara', b) Setiap tambahan yang dilazimi sentiasa akan membawa kepada anggapan bahawa ianya Sunnah dan disyariatkan, dan c) Melazimi sesuatu yang tidak dilazimi oleh Nabi SAW juga jelas menunjukkan ia merupakan satu perkara yang bid`ah. al-Muwafaqat, N. 2, hal. 306 I° Majmu'at al-Rasa'il al-Kubra, hal. 247
26
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Antara takrif bid`ah yang termasyhur adalah apa yang ditakrifkan oleh al-Syatibi. Beliau mengatakan bahawa bid`ah ialah jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah. Tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWTM. Berdasarkan kepada takrifan bid`ah di atas, dapat diringkaskan bahawa bid`ah itu kembali kepada beberapa maksud seperti di bawah:a) Perkara-perkara baru yang dijadikan syiar dalam agama, b) Perkara-perkara Baru yang dicetuskan mengikut hawa nafsu selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, c) Perkara yang tidak diakui oleh syara' tentang kebaikannya, d) Apa yang menyanggahi dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam `aqidah, e) Sesuatu yang tidak wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW, f) Apa-apa yang menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya, g) Sesuatu yang tiada dalilnya daripada nas atau ijma' atau qiyas, h) Setiap apa yang baru dalam agama sama ada perkataan mahupun perbuatan yang tidak ada sandaran daripada Rasulullah SAW dan para Sahabat, i) Setiap perkara baru yang direka selepas zaman Rasulullah dan Khulafa' al-Rasyidin, j) Apa yang direka yang tidak berasaskan sebarang bukti atau dalil, dan k) Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. Pada umumnya, takrifan-takrifan yang dijelaskan di atas terbahagi kepada dua perkara utama iaitu:Pertama: Menyandarkan maksud bid`ah kepada makna dari sudut bahasa dan istilah syar`i iaitu; setiap apa yang direka selepas zaman Nabi SAW sama ada dari segi `aqidah, `ibadah mahupun adat.
' al-Ptisam, hal. 27
25
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Sebahagian Perkara Bid`ah Menurut Golongan Yang Bertegas Di sini dibentangkan beberapa contoh perkara yang dianggap bid`ah oleh golongan yang bertegas, antaranya adalah seperti berikut:a) Al-Syatibi menganggap bahawa perbahasan dalam ilmu falsafah serta mendalaminya secara serius tanpa mempunyai sebarang manfaat dari sudut amalan merupakan sesuatu yang bid`ah". b) Ibnu `Umar r.a. menganggap solat Dhuha sebagai bid`ah, kerana baginya tidak sabit sebarang dalil tentang solat Dhuha. Beliau juga berpandangan bahawa solat tersebut tidak boleh dimasukkan di bawah keumuman solat. Demikian juga beliau berpendapat doa qunut tidak disunatkan". c) Abdullah ibn al-Mughaffal telah berkata kepada anaknya ketika mendengar anaknya membaca basmalah secara kuat (jahr): "Awas daripada mereka-reka"". d) Daripada Sa`id ibn al-Musayyib r.a., bahawa beliau telah melihat seorang lelaki yang solat sunat dengan banyak selepas azan Subuh. Lalu beliau melontarnya dengan batu kelikir sambil berkata: "Sesungguhnya tiada solat selepas azan Subuh melainkan dua rakaat, maka berhentilah!". Berkata lelaki tersebut: "Wahai Abu Muhammad, adakah kamu bimbang aku diazab oleh Allah disebabkan banyaknya solat?". Lalu Sa`id menjawab: "Tidak, bahkan aku bimbang kamu diazab oleh Allah kerana meninggalkan Sunnah". e) Sesungguhnya Sunnah telah mengakui tentang kemakruhan mengkhususkan bulan Rejab untuk berpuasa. Begitu juga mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa serta melakukan qiyam pada malamnya. Ini bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang menjurus kepada syariat yang tidak diizinkan Allah iaitu dengan mengkhususkan masa tertentu atau tempat tertentu yang tidak dikhususkan oleh Allah dan RasulNya". " al-Muwafaqat, N. 1, hal. 22
12 al-Ihkam, N. 1, hal. 159
" Ibid., jld. 1, hal 16 " al-Faqih wa al-Mutafaqqih, N. 1, hal. 147 " Nam al-Muwaqqi`in, jld. 3, hal. 145
27
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
f) Imam Malik mengatakan tentang kemakruhan sujud syukur. Berkata Ibnu Rusyd: "Kerana beliau berpandangan ia tidak bersumber daripada hukum syara', tidak fardhu dan tidak sunat"16. g) Antara perkara-perkara bid`ah iaitu berdoa dalam bentuk beramairamai selepas selesai solat dengan satu suara17. h) Antara perkara bid`ah iaitu apa yang dikatakan oleh sesetengah ahli tasawuf dan golongan batiniyah bahawa hukum-hakam syara` merupakan sesuatu yang dikhususkan untuk golongan awam'8. Al-Syatibi berkata lagi: "Dan antara perkara bid`ah itu bahawa Ibn Mas'ud telah memarahi golongan yang bertasbih di dalam masjid dengan menggunakan batu tasbih dan beliau menganggapnya sebagai golongan ahli bid`ah, antaranya juga Imam Malik membenci menyusuli Ramadhan dengan puasa enam Syawal dan ia dipersetujui oleh Imam Abu Hanifah. Ini kerana takutkan bid`ah serta bimbang orang akan menganggapnya satu kefardhuan atau menganggapnya sebahagian daripada puasa Ramadhan"'`'. j) Berkata Dr. Muhammad Muhammad Abu Syahbah: "Apa yang dilakukan oleh sesetengah orang dalam menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan membaca surah Yaa Siin kemudian berdoa dengan doa yang masyhur, kemudian solat enam rakaat dengan niat panjang umur, dijauhi bala dan memohon pelepasan daripada kebergantungan kepada manusia. Perbuatan ini merupakan bid`ah yang buruk yang tidak ada asalnya dalam hadis-hadis serta athar daripada para Sahabat dan Tabi , in »zo. Justifikasi Golongan Yang Bertegas Dalam Soal Bici`ah Beberapa justifikasi boleh diambil daripada contoh yang dibuat oleh golongan yang bertegas dalam memahami konsep bid`ah. Ia dapat dirumuskan seperti berikut:a) Berpegang kepada zahir riwayat hadis-hadis tentang bid`ah dan berpandangan ianya mutlak daripada sebarang ikatan. Ia juga al-Mui.vafaqat, jld. 2, hal. 306 a Ibid., j1d. 1, hal. 305 al-I` tisam, jld. 2, hal. 44 19 Ibid., j A. 2, hal. 27,32 " Majalah Rabitah al-`Alam al-Islami, Bit. 7, Tahun 7/1389H, hal. 11
28
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
meliputi kesemua perkara baru yang direka-reka selari dengan lafaz umumnya. Seperti hadith (man andatha) bermaksud `sesiapa yang mereka-reka', lafaznya adalah umum, serta (wa kullu muhdithatin bid`ah) bermaksud `dan setiap yang baru direka-reka itu bid`ah', lafaznya juga umum seperti sebelumnya. syariatb) Perkhabaran daripada Allah SWT tentang kesempurnaan Nya sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Pada han ini aku Maka setiap perkara baru sempurnakan buat kamu agama kamu". yang direka-reka adalah menafikan sifat kesempurnaan agama seperti yang digambarkan ayat ini. Al-Syatibi berkata: "Bid`ah itu hasilnya adalah menyalahi i'tiqad tentang kesempurnaan syariat"21 . c) Perbuatan bid`ah juga boleh membawa kepada tohmahan ke atas Rasulullah SAW serta Salafus Soleh. Mereka juga mungkin ditohmah sebagai lalai dalam menyampaikan syariat. Bahkan mungkin juga dianggap pengkhianatan Nabi SAW terhadap agama dan amanah22. d) Berhati-hati dalam memelihara agama. lni memandangkan banyak agama lain mula terpesong apabila ia ditokok tambah dengan perkara-perkara baru di dalamnya. Lantaran itu, Imam Malik membenci perkara-perkara bid`ah walaupun pada perkara yang baik sebagaimana dinyatakan sebelum ini. la bertujuan untuk menyekat jalan-jalan yang boleh mengubah keaslian agama23. e) Perbuatan bid`ah dianggap perosak agama sebagaimana yang disebut oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah: "Bahawa rosaknya agama itu dengan terj ebak ke dalam `aqidah yang batil serta membahaskannya, ini ialah bid`ah. Atau terlibat dalam melakukan sesuatu amalan j1d. 2, hal. 62 Berkata Imam Malik: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang barn dalam ummah ini yang tidak pernah dibuat oleh golongan Salaf sebelumnya, maka ia telah menganggap bahawa Nabi SAW telah mengkhianati agamanya". (al-I 'tisam,
21
2
N. 2, hal. 53) ' Berkata al-Syatibi: "Setiap perbuatan yang asalnya sabit dari sudut syara' melainkan pada menzahirkan amalannya dan sentiasa melaziminya sehingga ditakuti ia dianggap sebagai Sunnah, maka ia dituntut supaya meninggalkannya secara keseluruhan bertujuan untuk menyekat jalan-jalan bid`ah". (al-Prisam, N. 2, hal. 32)
29
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
yang menyalahi kebenaran, ini adalah mengikut nafsu. Yang pertama adalah dari sudut syubhah (perkara yang meragukan) dan kedua adalah dari segi syahawat (nafsu syahwat)"24. f) Perbuatan bid`ah menjadi punca penyebab perpecahan, perbalahan dan perselisihan yang tercela di kalangan ummah. Ia sebagaimana yang diriwayatkan dalam banyak hadith-hadith berkenaan bid`ah. g) Kesungguhan Nabi SAW memberi amaran supaya umatnya menghindarkan diri daripada perkara bid`ah. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang sentiasa mengingatkannya setiap kali baginda memulakan ucapan. Bid`ah Menurut Golongan Sederhana (Mu`tadilin) Hakikatnya, kesederhanaan dalam persoalan bid`ah tidak terhad kepada zaman mutakhir sahaja sebagaimana sangkaan sebahagian orang. Namun ia juga masyhur di kalangan para ulama terdahulu yang terkenal. Bahkan pada semua zaman, hatta pada sebaik-baik zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW iaitu zaman Sahabah. Di sini dinyatakan sebahagian pandangan, dalil-dalil serta praktis-praktis terhadap aliran sederhana ini supaya kita mendapat gambaran yang lengkap tentang kedua-dua aliran. Seterusnya supaya perkara yang serius ini dapat ditangani dengan maklumat yang sempurna dan meyakinkan. Ia adalah seperti berikut:a) Ibnu Jaziyy al-Maliki berkata: "Suatu ketika dahulu, para ulama terdahulu mencela bid`ah secara mutlak, manakala para ulama terkemudian pula mengatakan bid`ah itu di atas lima bahagian: wajib, sunat, haram, makruh dan harus"". Ia mengisyaratkan dengan pandangannya itu kepada Imam al-Izz ibn `Abd alSalam tentang pembahagian bid`ah kepada lima bahagian yang disebutkan. telah berk.ata: Jalan (kaedah) untuk mengenali bid`ah: "Hendaklah dikemukakan perkara bid`ah itu menurut pertimbangan Qawa'id al-Syariah, sekiranya ia termasuk ke dalam qatua'ici al-ijab maka ia wajib, atau tahrim maka ia haram... dan seterusnya"''. Plant al-Muwaggi'in, jld. 1, hal. 136 Qawa'id al-Ahkam al-SNar'iyyah, hal. 19 Qawa'id al-Ahkani, jld. 2, hal. 205
30
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
b) Imam al-Munawi berkata: "Dan adapun apa yang dipuji oleh akal dan tidak dimungkiri oleh Usul al-Syariah maka ia baik (diamalkan)"". c) Al-Khattabi pula berkata: "Apa yang terbina di atas Qacwa' id al-Usul, ia bukan bid`ah dan tidak juga sesat. Terdapat dalam Lisan al-`Arab pandangan Ibnu al-Athir iaitu: "Bid`ah itu dua; bid`ah huda (petunjuk) dan bid`ah dhalalah (sesat)... maka apa yang berlaku di bawah keumuman apa yang diharuskan oleh Allah atau RasulNya dan ia tidak mempunyai misal sebelumnya maka ia terpuji. Dan ia berkata lagi: Dan antara jenis (bid`ah huda) ini iaitu ucapan Umar r.a.: Senikmat-nikmat bid`ah adalah ini (mengerjakan tarawih 20 raka'at secara berjemaah)"28. d) Al-Munawi berkata: "Yang sebenar (al-tahqiq), bid`ah itu sekiranya ia terletak di bawah perkara yang ditolak oleh syara` maka ia tertolak, dan sekiranya termasuk di bawah perkara yang diterima baik oleh syara` maka ia sesuatu yang baik, sekiranya tidak (di bawah kedua-duanya) ia kekal harus". e) Al-N awawi berkata: "Perkara-perkara baru itu dua bentuk: Pertama; perkara baru yang menyalahi al-Qur'an dan al-Sunnah atau athar atau ijma', maka ini merupakan kesesatan. Kedua; perkara baru yang baik, tiada khilaf di kalangan ulama dalam perkara ini, maka ini merupakan perkara baru yang tidak dicela"30. la juga dipegang oleh Imam al-Syafi'i. f) Ibn Daqiq berkata: "Apa yang kami sebut tentang tegahan, kadang-kadang ia membawa makna tegahan haram dan kadangkadang membawa makna tegahan makruh. Yang demikian itu berbeza memandangkan ia bergantung kepada nas-nas syara` sendiri yang amat tegas dalam perkara-perkara bid`ah. Tidakkah sekiranya kita melihat kepada perkara-perkara bid`ah yang berkaitan urusan duniawi, ia tidak sama dengan bid`ah dalam perkara berkaitan hukum-hakam far'iyyah dalam syariat. Yang pertama mungkin kita " Faydh al-Qadir, N. I, hal. 84 Lihat Lisan ah`Arab madah bid`ah / lihat juga Faydh al-Qadir, jld. 1, hal. 84 nukilannya tentang pendapat Ihnu al-Athir daripada al-Nihayah Ibid., hal. 83 '" Ibid., hal. 83
31
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
boleh katakan ia memang pada asalnya langsung tidak makruh. Jika kita meninjau pula bid`ah dalam perkara-perkara cabang ia juga tidak sama dengan bid`ah dalam perkara-perkara berkaitan usul `aqidah". g) Ibnu Hajar al-Haitami pula berpandangan tentang hadith: "Setiap yang bid`ah itu resat" . Ia membawa maksud kepada perkara-perkara yang diharamkan, tidak selainnya. Juga telah dinukilkan pendapat ini daripada al-Izz bin `Abd al-Salam32. h) Berkata al-Nawawi: "Sek iranya seseorang itu berkata selepas keluar daripada tandas, `Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepadamu kenikmatan secara kelembutan', dan doa-doa selainnya, maka ia tidak mengapa". Dan berkata lagi Imam al-Nawawi: "Adapun yang selalu dibuat oleh orang iaitu bersalaman selepas solat Subuh dan solat Asar, ia tidak ada asalnya dalam hukum syara` dalam bentuk ini, namun ia tidak mengapa, kerana asal bersalaman itu adalah Sunnah... kemudian beliau (al-Nawawi) mengambil dalil daripada pandangan al-Izz ibn `Abd al Salam"34 i)
Ibn 'Allan telah berkata dalam komentar (hamisy) kitab alAzkar: "Makruh duduk untuk mengucapkan takziah di sisi ulama Syafi'iyyah kerana ianya perkara baru dan ia bid`ah. Berkata Imam al-Nawawi: "Ini merupakan karahah tanzih (makruh sahaja tidak haram), sekiranya tidak ada bersamanya perkara baru lain yang haram, sekiranya ada maka ia berubah menjadi haram"".
j)
Kata Imam al-Nawawi: "Diriwayatkan begitu banyak daripada ulama Syafi'iyyah tentang pendapat bahawa talqin mayat itu adalah digalakkan (istihbab) selepas pengebumian dan ia tidak diingkari. Bahkan zahir perkataannya bahawa ianya (pendapat membolehkan ini) disokong, walaupun ia bid`ah, dan ia juga dinukilkan daripada Ibnu al-Solah bahawa dia mengakuinya"".
k) Imam al-Nawawi berkata lagi: "Berdoa di atas anggota-anggota wudhu' itu tidak ada sebarang dalil daripada Nabi SAW, namun al - Ihkam, O. 1, hal. 159 ' al-Fatawa al-HadithiNNah, hal. 150, 151 al - Azkar, hal. 237 ' 4 al - Azkar, hal. 237 Ibid., hal. 136 a Ibid., hal. 148
32
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
ia disebut oleh (sebahagian) fuqaha' bahawa disunatkan (istihbab) padanya doa-doa yang datang daripada (sebahagian) Salar". I) Dan telah berkata al-Nawawi: "Telah berpandangan para sabahat kita (Imam-imam dalam Mazhab al-Syafi'i) bagi sesiapa yang masuk ke dalam masjid dan tidak berkesempatan untuk solat tahiyyatul masjid disebabkan oleh berhadas atau kesibukan, disunatkan (istihbab) baginya untuk membaca zikir ini sebanyak empat kali: Subhanallah Walhamdulillah Wa Lailahaillallah Wallahu Akbar. Ianya telah diperkatakan oleh sebahagian Salaf. Kata alNawawi: Amalan ini tidak mengapa dengannya"". m) Dan berkata al-Nawawi: "Telah berpandangan sebahagian sahabat kita, disunatkan (istihbab) bagi orang yang berwudhu' untuk membaca pada awal wudhu'nya selepas basmalah: Asyhadu an Lailahaillallah wa asyhadu anna Muhammadan 'Abduhu wa rasuluh. Kemudian berkata al-Nawawi: Ini tidak mengapa, melainkan ia tidak mempunyai asalnya dari sudut Sunnah dan kita tidak mengetahui seorang pun berpandangan sedemikian". n) Berkata Ibn Hazm: "Antara bid`ah-bichh, ada yang tidak diberi pahala kepada pelakunya, dan dimaafkan kerana niatnya yang mahukan kebaikan. Dan antaranya bid`ah yang diberikan pahala, ianya adalah baik, iaitu sesuatu yang asalnya adalah harus. Dalam erti apa-apa perbuatan yang baik yang terdapat nas tentang kesunatannya secara umum, walaupun tidak terdapat amalannya di dalam nas (secara khusus). Dan antaranya yang mazmum (dikeji)"40 o) Berkata 'Allal al-Fasi: "Dan tidak termasuk bid`ah, fatwa-fatwa para ulama mujtahid, walaupun mereka mengeluarkan pandangan yang belum pernah didahului sebelumnya dengan syarat bersandarkan dalil-dalil syar`i."41. p) Berkata Ibn Taimiyyah: "Adapun adat, ia adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh orang di dunia dan mereka memerlukannya. " Ibid., hal. 30 3" Ibid., hal. 34 39 Ibid., hal. 29 al-Ihkam, jld.1, hal. 43 4' Maqasid al-Syari'ah, hal. 184
33
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Maka asal sesuatu adat itu adalah dimaafkan dan tidak Karam"4'. q) Al-Qarrafi juga mengikut al-'Izz ibn `Abd al-Salam tentang pandangan terhadap pembahagian bid`ah". Dan antara mereka yang juga berpandangan tentang pembahagian bid`ah kepada bid`ah hasanah (baik) dan hicrah qabihah (buruk) ialah al-Ghazali, Ibn al-Jauzi dan ramai lagi di kalangan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. r)
Berkata Syaikh Abu al-Faraj ibn al-Jauzi: "Telah terbukti wujud perkara-perkara baru yang tidak bertentangan dengan syariat, mereka tidak memandang ia sebagai sesuatu yang perlu dikhuatiri jika dilakukan. Dan ia sebagaimana yang disebut oleh al-Hasan alBasri tentang bid`ah cerita-cerita di dalam masjid. Beliau berkata: "Betapa ramai orang yang mendapat manfaat, dan dakwah yang diterima. Ini kerana memberi peringatan itu adalah dituntut oleh syara`, oleh itu selagimana seseorang (yang mereka-reka itu) berpegang kepada asas yang disyariatkan, ia tidak dicela"".
Meninjau Pandangan al-Syatibi Tentang Bid`ah Al-Syatibi telah menerima pembahagian bid`ah kepada 2 bahagian: a) Bid`ah al-Idhafiyyah: Iaitu bid`ah yang disyariatkan dari satu sudut, namun dari sudut yang lain tidak, seperti meletakkan mashaf-mashaf al-Qur'an di masjid untuk bacaan selepas solat Subuh dan pada hari Jumaat. Membaca al-Qur'an di masjid memang disyariatkan pada umumnya, namun mengkhususkan masjid sebagai tempat untuk membacanya adalah sesuatu perkara yang baru direka. h) Bid`ah al-Haqiqiyyah: laitu bid`ah yang tidak mempunyai sebarang sandaran dalil syar'i45. Al-Syatibi juga mengatakan tidak menjadi tradisi para ulama memutlakkan lafaz bid`ah kepada perkara cabang yang diijtihadkan. Demikian itu, tidak disebut bid`ah kepada perkara-perkara cabang " Daripada artikel Lista:. Abdul Salam al-Rasvuni dalam Majalah Mannar al-Islam bil.11/10/1405H. 4' al-itisarn, j1d. 1, hal. 190 44 Talhis Iblis, hal. 27-28 jld. 1, hal. 172
14
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
yang terperinci dalam ilmu akhlaq, kerana semuanya kembali kepada usul yang disyariatkan, antaranya adalah ilmu tasawwuf". Kata al-Syatibi lagi: "Kadang-kadang sesuatu amalan itu mempunyai asas yang disyariatkan tetapi ia dimasukkan ke dalam perkara bid`ah dengan tujuan untuk menyekat jalan-jalan kerosakan. Misalnya: Melazimi berkumpul untuk menunaikan solat sunat secara berjemaah dalam satu bentuk yang tertentu di dalam masjid (seperti solat hajatpenulis )"". Al-Syatibi juga berpendapat antara lain bahawa ilmu Usul telah menetapkan bahawa hukum-hakam syar'i itu ada lima. Dikeluarkan tiga daripadanya dan bakinya adalah hukum makruh dan haram. Oleh itu terdapat dua kemungkinan bahawa bid`ah itu ada dua bahagian; makruh dan haram". Namun pembahagian ini terdapat kemusykilan sekiranya mahu diselaraskan dengan hadith Rasulullah SAW yang mengatakan (setiap yang bid`ah itu sesat). Untuk keluar daripada permasalahan ini maka digunapakai pembahagian makruh yang disebut oleh ulama Usul iaitu pembahagian makruh kepada tahrimiyyah dan tanzihiyyah. Lalu dikuatkan maksud bid`ah makruh iaitu makruh tahrim supaya ia sesuai diletakkan di bawah makna sesat (sebagaimana dalam hadith). Al-Syatibi juga mengatakan, untuk menentukan bahawa maksud bid`ah itu sebagai bid`ah makruh yang membawa makna menafikan dosa adalah suatu penentuan yang tidak ditentukan dengan sebarang dalil syar'i". Seterusnya al-Syatibi juga menyebut bahawa bid`ah yang haram terbahagi kepada dua pembahagian dosa. Dosa kecil dan dosa besar. Bid`ah membabitkan dosa besar iaitu apa-apa yang mencacatkan mana-mana asas yang menjadi dharuriyat dalam agama (perkara yang wajib diketahui dalam agama). Manakala yang selainnya termasuk dosa-dosa kecil, tetapi ia termasuk dalam perlakuan sama ada haram ataupun makruh. Kemudian al-Syatibi juga membahagikan bid`ah kepada dua. Pertama: apa yang termasuk ke dalam bid`ah yang menyeluruh dalam syariat seperti bid`ah membaik dan memburukkan dengan akal. Kedua: al-Ptisam, jld. 1, hal. 208 Ibid., N. 1, hal. 344 48 Ibid., jld. 2, hal. 36 49 Ibid., jld. 2, hal. 50-51 5° Ibid., jld. 2, hal. 57-59
46
47
35
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
bid`ah juz'iyyah iaitu bid`ah pada bahagian tertentu seperti bid`ah melakukan iqamah untuk solat dua hari raya, dan ia dianggap sebagai dosa kecil yang diharapkan keampunan''. Dapat difahami daripada pembahagian ini, terdapat percanggahan untuk memasukkan bid`ah juz'iyyah di bawah mafhum hadith yang mengatakan hukuman buat pelaku bid`ah itu adalah neraka. Oleh itu boleh dikatakan bahawa apabila terkumpul dua sifat dalam bid`ah itu iaitu juz'iyyah (sebahagian) dan ta'wil, maka ia dihukumkan sebagai bid`ah dosa kecil, seperti orang yang bernazar puasa berdiri atau bernazar untuk mengharamkan buat dirinya sebarang kenikmatan dunia yang harus. Dengan itu para ulama telah menetapkan beberapa syarat untuk mengatakan sesuatu bid`ah adalah dosa kecil selagimana ianya menepati syarat-syarat berikut:a) Tidak sentiasa dilazimi, b) Tidak menyeru orang lain melakukannya, c) Tidak menzahirkannya di khalayak orang ramai, dan d) Tidak memandangnya sebagai sesuatu yang remeh Kesimpulan daripada apa yang dikemukakan oleh al-Syatibi, kita dapati bahawa al-Syatibi mengakui bahawa bid`ah itu juga terbahagi kepada bahagian tertentu. Namun begitu beliau tetap tidak mengiktiraf pengertian bid`ah kepada baik atau buruk memandangkan hadith Rasulullah SAW yang memutlakkan Iafaz kesemua bid`ah itu adalah sesat dan sesat itu tempatnya di dalam neraka. Oleh itu beliau mengambil pendekatan tawarru" (berhati-hati) dan memilih bahawa kesemua bid`ah adalah tercela dan tidak diterima di dalam agama. Konsep Bid`ah Berasaskan Metod Salafiyyah Manhajiyyah Dr. Raj ih Abdul Hamid al-Kurdi, Ketua Jabatan `Aqidah dan Dakwah, Universiti Jordan, dalam bukunya berjudul "Aliran Salafi: Antara Tulen dan Masakini", telah membicarakan apakah maksud Salafiyyah yang sebenar. Beliau telah membahagikan Salafiyyah kepada tiga golongan. Ibid., jld. 2, hal. 59 al-Ittijah al-Salafi Baina al-Asalah Wa al-Mdasarah, hal. 12-17
36
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Pertama, golongan yang dinamakan Salafiyyah Zamaniyyah. Mereka ialah kalangan Sahabah, Tabi'in dan Tabi' al-Tabi'in pada tiga kurun yang pertama. Dalil tentang keutamaan golongan ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Sebaikbaik kurun adalah kurunku, kemudian mereka yang menyusuli selepas mereka, kemudian mereka yang menyusuli selepas mereka...". Walau bagaimana pun golongan ini telah pun berakhir dengan berakhirnya tiga kurun pertama sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW. Kedua, Salafiyyah Manhajiyyah, iaitu golongan yang mengikuti jejak langkah golongan Salaf yang berada dalam tiga kurun pertama secara manhaj. Penyandaran kalimah `manhaj' kepada Salafiyyah jenis ini memandangkan mereka mengekalkan manhaj yang telah dirintis oleh golongan terdahulu dalam menjadikan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama. Mereka berpegang kuat kepada disiplin Qawa'idUsuliyyah (kaedahkaedah dalam ilmu usul al-fiqh) dalam memahami segala perintah dan larangan yang termaktub di dalam al-Kitab dan al-Sunnah. Mereka adalah golongan usuliyyun (ahli usul) dan manhajiyyun (ahli manhaj) dalam berpegang teguh kepada sumber-sumber hukum dan kaedahkaedah memahaminya. Ketiga, iaitu golongan Salafiyyah Madhmuniyyah atau Fikriyyah yang mengambil pendapat dan pendekatan golongan Salafiyyah Manhajiyyah yang terdahulu dan mempratikkannya dalam kehidupan mereka tanpa sebarang penilaian semula atau penyesuaian. Pemahaman Salafiyyah jenis ini agak sempit dan rigid berbanding Salafiyyah Manhajiyyah. Bagi Salafiyyah Manhajiyyah, mereka telah mengekalkan manhaj yang digunakan oleh golongan Salaf terdahulu tetapi melalui pendekatan yang berbeza sesuai dengan situasi semasa, keadaan manusia dan perubahan zaman. Dengan pendekatan yang meraikan keadaan sekeliling maka Salafiyyah Manhajiyyah cenderung untuk menghasilkan suatu pemikiran atau fiqh baru sesuai dengan keadaan semasa tanpa mencabuli asas-asas manhaj golongan Salaf. Salafiyyah jenis yang ketiga inilah akhirnya menjadi metod utama dalam banyak gerakan-gerakan Islam yang wujud di dunia Islam pada hari ini. Salah satu gerakan Islam tersebut adalah Ikhwan al-Muslimin yang diasaskan oleh tokoh Islam tersohor al-Syahid Hasan al-Banna. (usul dua puluh) yang digariskan oleh Dalam al-Usul al-Banna di bawah rukun bai`ah Ikhwan al-Muslimin yang pertama 37
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
iaitu kefahaman, beliau antara lain telah menyebut beberapa perkara penting seperti berikut:a) Pendapat seorang ketua dan naibnya yang tidak mempunyai sebarang nas, memiliki pelbagai bentuk dan berkaitan dengan al-masalih al-mursalah, boleh diamalkan selagimana tidak bercanggah dengan qawa'id Syar'iyyah. la boleh jadi berubah berdasarkan keadaan, budaya dan adat. Sedangkan asal pada `ibadah adalah untuk pengabdian tanpa melihat kepada makna manakala asal pada perkara kebiasaan yang lain adalah melihat kepada rahsia-rahsia, hikmah-hikmah dan maksud-maksudnya. b) Perbezaan pendapat fiqh dalam perkara cabang tidak boleh dijadikan alasan untuk berpecah belah dalam agama. la juga tidak sepatutnya membawa kepada permusuhan bahkan setiap mujtahid baginya satu pahala. Malah tiada tegahan untuk membuat kajian ilmiyah secara terperinci dalam masalah khilaf. la hendaklah atas dasar cinta kepada Allah SWT dan saling membantu untuk mencapai kepada hakikat sebenar tanpa terselit rasa sombong dan ta'assub". c) Setiap bid`ah dalam agama Allah yang tidak mempunyai sebarang asas tetapi dipandang baik oleh manusia dengan hawa nafsu mereka (sama ada dengan menambah atau mengurangkan sesuatu) adalah sesat. Wajib memeranginya dan menghapuskannya dengan cara terbaik yang tidak menyebabkan berlaku apa yang lebih buruk daripadanya". d) Adapun bid`ah idhafiyyah, bid`ah tarkiyyah dan beriltizam dengan `ibadah-'ibadah mutlaq, is adalah perselisihan pendapat fiqh. Setiap orang mempunyai dalil masing-masing dan tidak mengapa untuk mencari hakikat sebenar berasaskan dalil dan bukti56. Pandangan al-Banna pada perkara (d) jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang amat sederhana dalam menangani persoalan bid`ah. Bagi beliau ketiga-tiga jenis bid`ah iaitu bid`ah idhafiyyah, bid`ah tarkiyyah" dan beriltizam dengan `ibadah-'ibadah mutlaq " Majmu'at al-Rasa' il, hal. 12 " Ibid., hal. 13 " Ibid., hal. 14 56 Ibid. laitu seperti seseorang yang meninggalkan sesuatu yang dihalalkan oleh syara` atas dasar memelihara agama. Contohnya, seseorang tidak herkahwin hanya kerana mahu menekuni `iliadahnya kepada Allah SWT.
38
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
adalah termasuk dalam masalah-masalah ijtihadiyyah. Ia boleh berkisar soal yang mana rajih atau marjuh. Oleh itu saudara sesama Islam perlu berhemah dan berpada-pada dalam membincangkan perkara tersebut untuk mengelakkan sebarang mudarat yang lebih besar seperti perbalahan dan perpecahan. Pandangan al-Qaradawi Tentang Bid`ah Dr. Yusof al-Qaradawi juga adalah salah seorang yang mempratikkan kesederhanaan dalam memahami konsep bid`ah. Beliau dilihat berpegang kepada manhaj golongan Salafiyyah Manhajiyyah dalam kegiatan dakwahnya. Dalam bukunya Tigh Keutamaan' beliau telah menggariskan bahawa bid`ah itu mempunyai tingkatan tertentu dan tidak boleh disamaratakan kesemua sekali. Beliau berkata: "Bahawa bid`ah itu bukanlah semua sekali berada dalam satu tingkatan, di sana terdapat bid`ah mughallazah (sangat berat), bid`ah mukhaffafah (ringan), bid`ah muttafaq `alaiha (disepakati ulama) dan bid`ah mukhtalaf fiha (diperselisih ulama)" . Bid`ah-bid`ah tersebut diringkaskan seperti berikut:a) Bid`ah mughallazah (sangat berat): Iaitu bid`ah yang membawa kepada kekufuran seperti kumpulan-kumpulan yang menyanggahi usul al-'agidah termasuk antaranya kumpulan Nusairiyah, Duruz dan Isma`iliyyah Batiniyyah. b) Bid`ah ghalizah (berat): laitu bid`ah yang berat tetapi tidak mengeluarkan pelakunya daripada Islam. Ia sekadar menyebabkan pelakunya menjadi fasiq dan berdosa. Kefasigan itu pula berlaku pada `agidah bukan pada amalan. Boleh jadi ia banyak melakukan solat tetapi `agidahnya disaluti dosa, ia termasuk kumpulan Khawarij dan Muctazilah. c) Bid`ah ringan: laitu bid`ah yang berlaku disebabkan kesilapan dalam berijtihad, atau kekeliruan dalam mengambil hukum daripada nas. Ia dikira termasuk dosa-dosa kecil dalam bab ma`siat. d) Bid`ah yang diperselisihi ulama: laitu bid`ah yang diakui oleh satu puak dan dimungkiri oleh puak yang lain. Contohnya seperti hukum tawassul dengan Nabi SAW. Ia sebenarnya bukan termasuk Fi al-Fiqh al-Awwaliyyat, hal. 196-197.
39
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
perkara `aqidah sebaliknya hanya merupakan soal cabang fiqh. Begitu juga tentang masalah melazimi sesuatu `ibadah tertentu. Berlaku khilaf di kalangan ulama', ini menunjukkan ia hanyalah perbezaan pendapat dalam masalah cabang hukum syara` yang dibenarkan. Pendekatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dalam Persoalan Bid`ah Dalam menangani isu-isu bid`ah, JAKIM telah mengambil pendekatan dengan mengkaji secara teliti dan mendalam setiap perkara yang dikatakan bid`ah tersebut. JAKIM juga membezakan antara bid`ah pada perkara usul atau asas `aqidah dan `ibadah serta bid`ah yang herlaku kepada cabang `ibadah dan adat atau kebudayaan. Sebagai contoh dalam menangani perkara bid`ah pada usul `aqidah, JAKIM telah mengambil pendekatan menolak sebarang konsep tasawuf teosofi yang menyeleweng yang ditambah di dalam `acjidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah. Justeru itu JAKIM menolak konsep Wandat al-Wujud, Martabat Tujuh dan Nur Muhammad, dengan tujuan untuk menyekat jalan-jalan yang boleh merosakkan `aqidah umat Islam secara umum". Dalam perkara cabang `ibadat seperti membaca talqin ke atas mayat, tahlil arwah, upah membaca al-Quean°°, wirid berjemaah selepas solat dan sebagainya, itu semua dianggap sebagai tidak termasuk perkara bid`ah bahkan diharuskan untuk melakukannya. Manakala perkara-perkara adat seperti bersalaman selepas solat lima waktu, mengadakan upacara sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya ia juga tidak termasuk perkara bid`ah selagimana kandungan majlis tersebut tidak menyalahi mana-mana hukum syara`. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan di atas, boleh disimpulkan bahawa untuk mentakrifkan setiap perkara bid`ah itu sebagai resat adalah merupakan sesuatu yang amat sukar. la menjadi sedemikian kerana definisi bid`ah " Berlandaskan keputusan Muzakarah Ja tankuasa FatwaKebangsaan dan keputusan Panel Kajian `Agidah JAKIM. Lihat huku : Penjelasan Hukum, JAKIM, 1998.
40
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
itu sendiri sering dirujuk kepada dua manhaj atau pendekatan utama. Pertama, iaitu golongan ulama yang mentakrifkan bid`ah dari sudut bahasa yang am. Kedua, golongan ulama yang melihat bid`ah dari sudut istilah yang lebih khusus. Bagi golongan yang menggunakan manhaj bahasa, mereka berpandangan bid`ah iaitu setiap perkara yang direka-reka yang tidak mempunyai misal sebelumnya. Dalam erti kata lain ia adalah perkara baru selepas zaman Nabi SAW dan kurun-kurun yang diakui kebaikannya. Takrifan ini secara amnya, memasukkan apa-apa sahaja yang baik mahupun tidak baik atau pun berbentuk `ibadah mahupun bukan `ibadah. Punca kesemua unsur-unsur tersebut dimasukkan adalah kerana terdapat lafaz bid`ah yang terkadang menunjukkan makna celaan dan terkadang menunjukkan makna pujian. Oleh yang demikian maka bid`ah membawa dua pengertian sekaligus, sama ada yang tercela atau pun yang terpuji. Imam al-Syafi'i berkata: "Perkara-kara baru itu terbahagi kepada dua. Pertama, perkara baru yang menyalahi alQur'an, al-Sunnah, athar atau ijma` ulama, maka ini adalah bid`ah yang sesat. Kedua, perkara baru yang baik, maka ia perkara baru yang tidak dicela". Melalui manhaj pertama ini yang meliputi makna perkara baru yang tercela dan terpuji, maka Izz al-Din ibn `Abd al-Salam telah membahagikan bid`ah kepada lima hukum syarac. Wajib, seperti menyusun disiplin ilmu bahasa Arab. Sunat, seperti mendirikan sekolah-sekolah. Haram, seperti melagukan al-Qur'an sehingga mengubah lafaz-lafaz bahasa Arab. Makruh, seperti keterlaluan menghiasi masj id. Harus, seperti menyediakan makanan yang pelbagai jenis untuk hidangan. Golongan yang berpegang kepada manhaj kedua mentakrifkan bid`ah sebagai satu jalan yang direka-reka atas dasar ia adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia langsung tiada kaitan dengan agama. Atau sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Syatibi: "Bid`ah iaitu jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya sebagaimana tujuan mengamalkan apa yang mengikut jalan syara`". Termasuk dalam pengertian ini ialah segala jenis perbuatan sama ada `ibadah atau bukan `ibadah. Sebahagian ulama hanya menghadkan kepada jenis `ibadah sahaja. Berdasarkan takrifan ini maka kesemua 41
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
bid`ah adalah tercela dalam apa jua keadaan dan ia tidak terikat dengan pembahagian lima hukum syara`. Dengan pengertian al-Syatibi ini juga, ia menepati hadith Rasulullah SAW yang menyebut: "Setiap bid`ah itu resat". Ia juga menepati kata-kata Imam Malik: "Sesiapa yang mereka-reka sesuatu bid`ah dalam Islam yang dilihat baik oleh dirinya, maka (seolah-olah) dia mendakwa Muhammad SAW telah mengkhianati (amanah dalam menyampaikan) risalahnya". Golongan ini juga menganggap hadith yang diriwayatkan oleh Umar tentang bid`ah solat tarawih tidak lain hanya membawa makna dari sudut bahasa sahaja. Sekiranya diteliti apa yang menjadi permasalahan adalah kesukaran para ulama dalam membezakan antara apa yang dikatakan dengan urusan agama dan urusan dunia. Ini mungkin disebabkan oleh kesyumulan hukum-hakam Islam yang meliputi segenap urusan manusia. Berpunca dari sini ada sebahagian ulama yang menganggap bid`ah hanya berlaku kepada perkara `ibadah sahaja sedangkan sebahagian yang lain menganggap ia berlaku kepada segenap bidang kehidupan manusia sama ada `ibadah mahupun bukan `ibadah. Oleh itu, jalan yang terbaik adalah berada di tengah-tengah antara golongan yang bertegas dan golongan yang mengambil ringan terhadap perkara bid`ah. Dalam perkara `agidah dan `ibadat, yang terbaik adalah apa yang telah digariskan oleh syara` tanpa sebarang penambahan dan pengurangan. Ini kerana soal `actidah dan `ibadat adalah perkara yang tidak diketahui `illah (tujuan dan sebab) pekerjaan tersebut melainkan ia dilakukan sebagai kepatuhan dan perhambaan kita kepada Allah SWT. Manakala perkara-perkara selain `agidah dan `ibadat, iaitu perkaraperkara harus yang tidak disebut oleh syara` sama ada dituntut atau ditegah, maka ia terbuka luas untuk sebarang penambahan selagimana tidak bercanggah dengan mana-mana hukum syara`. Baki yang tinggal, hanyalah perkara-perkara yang dilihat bercampur aduk antara adat dan `ibadat hingga mengelirukan sesetengah orang. Oleh itu, perkara ini perlu dirujuk kepada kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama yang mahir sebagaimana yang telah disebut dan dibentangkan oleh penulis dalam kertas ini. Apa yang penting setiap orang berhak untuk memilih menjadi tegas (inutusvaddid) atau sederhana (mu`tadil) dalam soal bid`ah, tetapi yang penting jangan sampai salah menyalahi antara satu sama lain. 42
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Rujukan al-Azkar, al-Nawawi. al-Faqih wa al-Mutafaqqih, Ibn al-Khatib al-Baghdadi al-Fatawa al-Hadithiyyah, Ibnu Hajar al-Haithami, Dar al-Ma`rifat, Beyrut. al-Ptisam, Abu Ishaq al-Syatibi, Dar al-Ma`rifat, Beyrut. al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Abu Muhammad 'Ali ibn Hazm alAndalusi. al-Ittijah al-Salafi Baina al-Asalah Wa al-Mu' asarah, Rajih `Abd alHamid al-Kurdi, Dar 'Ammar, 1989. al-Muwafaqat, Abu Ishaq al-Syatibi. al-Targhib wa al-Tarhib, al-Hafiz al-Munzari, cet. 2, 1373H. Faydh al-Qadir, `Abd al-Ra'uf al-Munawi Fi al-Fiqh al-Awwaliyyat, Yusof al-Qaradawi, Maktabat Wahbah, 1995. al-Muwaqqi`in, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, 1968. Ihkam al-Ahkam Syarh rUmdat al-Ahkam, Ibn Daqiq cet. 1, 1976. Majmu'at al-Rasa' al-Kubra, Ibn Taimiyyah, Beyrut. Majmu'at al-Rasa'il, al-Syahid Hasan al-Banna. Maqasid al-Syan'ah al-Islamiyyah 'Altai al-Fasi, al-Dar al-Baydha'. Penjelasan Hukum, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, cet. 1, 1998. Qawa'id al-Ahkam al-Syar`iyyah, `Ibnu Jaziyy al-Maliki. Qawavid al-Ahkam fi Masalih al-Anam, al-Izz ibn `Abd al-Salam, 1968. Tahqiq Ma`na al-Sunnah wa Bayan al-Hajat Ilayh, Sulayman al-Nadawi, al-Qahirah, 1377H. Talbis Iblis, Ibn al-Jawzi.
43