BAHAGIAN B FRASA (8 markah) ARAHAN :
Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di tempat kosong yang disediakan. (1) tugas seharian (2) berasa kurang selesa (3) mesra dapat dijalinkan (4) meneruskan kehidupan (5) peroleh banyak pengalaman (6) di sungai dan panjat pokok rambutan
Siti
:
Siti selalu berfikir bagaimana agaknya kehidupan di Singapura pada masa dahulu, Nek.
Nenek :
Oh, Nenek pasti kamu akan (26) ____! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.
Siti
Namun, Siti pasti ia seronok sekali. Siti boleh pancing ikan (27) ____.
:
Nenek :
Walaupun seronok, Siti harus ingat, di kampung tiada bekalan elektrik dan tiada paip air di dalam rumah.
Siti
:
Betulkah begitu, Nek? Tentu sukar untuk mereka melakukan (28) ____.
Nenek :
Walaupun hidup serba kekurangan, masyarakat kampung bersatu padu. Semangat gotong-royong di antara jiran sangat diutamakan. Nenek rasa itu adalah contoh yang baik bagi masyarakat zaman ini.
Siti
:
Siti setuju, Nek. Kita harus mengekalkan nilai murni itu sesama jiran supaya hubungan (29) ____ .
Nenek :
Pandai cucu Nenek. Kita juga harus mempunyai sikap bertanggungjawab dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah ) 2
Kefahaman 2: Rangsangan Grafik (10 markah) Arahan:
Teliti brosur yang berikut.
Lihat dunia dan timba ilmu melalui jendela buku 100 pengunjung pertama akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah!!! Datanglah bersama ahli keluarga anda! Ibu bapa jangan lepaskan peluang ini! Terdapat pelbagai jenis buku cerita dari negara-negara di seluruh dunia.Sertailah aktivitiaktiviti yang menyeronokkan dan peroleh pengalaman yang luar biasa. Tarikh: 31 Disember 2016 Tempat: Dewan Serbaguna Kelab Masyarakat Melati Masa: 11 pagi hingga 9 malam Tiada bayaran masuk yang dikenakan. Aktiviti-aktiviti menarik: Sesi Bercerita bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun. Kuiz mengenai buku-buku cerita klasik Melayu. Setiap pemenang akan menerima hadiah sebuah buku nota. Cara membuat penanda buku dan jaket buku. Semua peserta akan dapat membawa pulang penanda buku yang telah siap dibuat.
Potongan harga 50% bagi setiap pembelian kedua untuk semua buku cerita kanak-kanak.
Bengkel-bengkel khas terhad kepada 20 peserta sahaja: Pertuturan dan Drama Lakonan sketsa cerita pendek Setiap peserta bengkel akan menerima sebuah beg cenderahati berisi alat tulis dan buku catatan. Untuk menyertai bengkel-bengkel, sila daftar di pejabat Kelab Masyarakat Melati No 69, Jalan Setulang Empat Singapura 901234. Untuk keterangan lanjut, sila lungsuri lelaman www.kelabmasyarakatmelati.com atau hubungi talian 67890225 Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 20 Disember 2016 Anjuran bersama:Kelab Masyarakat Melati dan Persatuan Ulat Buku Sedunia
3
(lihat halaman sebelah )
Arahan:
30
Tujuan utama Pameran Buku Kanak-Kanak membolehkan para pengunjung_______________. (1) (2) (3) (4)
31
Sedunia
adalah
untuk
menimba ilmu membeli buku-buku menerima cenderahati membuat penanda buku
Sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel harus mendaftarkan diri dengan segera. Ini ialah kerana adanya_______________. (1) (2) (3) (4)
32
Berdasarkan brosur di halaman 3, pilih jawapan yang paling sesuai bagi Soalan 30 hingga Soalan 32. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat yang kosong yang disediakan. Bagi soalan 33, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di halaman 5.
cabutan bertuah aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan tarikh tutup pendaftaran bagi bengkel had bagi bilangan peserta yang boleh menyertai bengkel
Pameran ini terbuka kepada semua lapisan usia. Buktinya ialah _______________. (1) (2) (3) (4)
ibu bapa tidak lepas peluang ahli keluarga boleh turut serta sesi bercerita untuk kanak-kanak kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun
SOALAN
JAWAPAN
30 31 32
Markah yang diperoleh
(lihat halaman sebelah ) 4
33
Kamu mahu mengajak Ayah kamu ke pameran yang diadakan. Kamu ingin menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan. Untuk meyakinkan Ayah kamu itu, kamu harus menerangkan kepadanya dua faedah yang dapat diraih melalui lawatan ke pameran itu. Gunakan informasi dalam brosur pameran ini untuk melengkapkan pesanan ringkas di bawah ini. (4 markah)
Ayah, marilah ikut saya pergi ke pameran itu. Terdapat beberapa aktiviti di sana. Banyak faedah yang kita boleh perolehi di sana. Antaranya ialah
______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________ ______________________________________________________
Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah )
5
KEFAHAMAN 2 (22 markah) Arahan:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Amar duduk termenung di atas katil. Peristiwa yang terjadi masih segar di kotak fikirannya. “Amar, petang nanti kau boleh tolong ajar aku buat kerja sekolah?” tanya Razif. “Boleh. Kau datanglah ke rumah aku. Kita boleh belajar bersama-sama,” jawab Amar. Sudah sejam Amar menunggu tetapi Razif belum datang lagi. Dia cuba menelefon Razif tetapi tiada jawapan. “Dia hendak belajar atau tidak? Buang masa aku sahaja,” kata Amar pada dirinya sendiri. Perasaan marah mula bersarang di hatinya. Tiba-tiba, telefon rumahnya berdering. Amar mengangkat gagang telefon itu. “Amar, aku tidak dapat datang. Ada perkara penting yang harus aku buat di rumah,” kedengaran suara Razif. Belum sempat Amar bertanya, Razif meletakkan gagang telefon. Tanpa berlengah, Amar bergegas ke rumah Razif dengan perasaan yang amat marah sekali. Setibanya di hadapan pintu rumah Razif, kemarahannya semakin meruap apabila melihat Razif sedang menonton televisyen. “Kau biarkan aku tunggu kau berjam-jam sementara kau duduk senang-lenang di rumah. Ini bukan pertama kali kau buat begini. Kau bukan kawan yang baik!” herdik Amar kepada Razif. Razif cuba menjelaskan perkara yang sebenar tetapi Amar tidak mahu mendengarnya. Amar terus meninggalkan rumah Razif. Setelah kejadian itu, Razif tidak datang ke sekolah selama dua hari. Amar berasa hairan. Dia pun ke rumah Razif selepas waktu sekolah. Razif kelihatan penat dan dirinya tidak terurus. Mukanya juga pucat sekali. “Kenapa dengan kau, Razif? Kau sakitkah?” tanya Amar. Belum sempat Razif menjawab, kedengaran suara ibu Razif memanggilnya. Amar mengikut Razif ke dalam bilik. Amar terperanjat melihat ibu Razif terlantar di katil. Ibu Razif telah diserang sakit jantung ketika Razif hendak ke rumah Amar kelmarin. Razif terpaksa menjaga ibunya sehingga ayahnya pulang dari bertugas di luar negara. Amar mula sedar akan kesilapannya yang menuduh kawan baiknya itu tanpa usul periksa. Dia meminta maaf daripada Razif dan berjanji akan menolong Razif dengan kerja sekolahnya yang tertunggak. Amar begitu menyesal. Dia telah melukakan hati rakan baiknya, Razif.
(lihat halaman sebelah ) 6
Arahan:
34
Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
Nyatakan perasaan Amar ketika menunggu kawan baiknya yang belum datang. (2 markah)
Markah yang diperoleh 35
Berikan dua bukti yang menunjukkan Amar tidak percaya pada Razif.
(4 markah)
Markah yang diperoleh 36
Menurut Razif, apakah yang menyebabkan dia tidak dapat pergi ke rumah Amar untuk belajar? (2 markah)
Markah yang diperoleh 37
Menurut pendapat Amar, Razif bukan kawan yang baik. Berikan dua sebab mengapa Amar berpendapat sedemikian. (4 markah)
Markah yang diperoleh (lihat halaman sebelah ) 7
38
Berikan dua contoh yang menunjukkan Amar ialah seorang kawan yang prihatin. (4 markah)
Markah yang diperoleh
39
Razif ialah seorang anak yang bertanggungjawab. Nyatakan dua bukti yang menyokong pernyataan ini. (4 markah)
Markah yang diperoleh
40
Terdapat perkataan dalam petikan yang mempunyai maksud yang sama dengan frasa di bawah. Kenal pasti perkataan tersebut. Kemudian tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. (2 markah)
(a)
mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar ______________________________________________________________
(b)
terletak atau terbaring ______________________________________________________________
Markah yang diperoleh
Selesai
8
SEMESTRAL ASSESSMENT 1, 2016 PRIMARY 5 STANDARD MALAY ANSWER KEY (Booklet B) Q26-Q29 Q26 Q27 Q28 Q29
FRASA 2 6 1 3
Q30-Q32 Q30 Q31 Q32 Q33
RANGSANGAN GRAFIK 1 4 2 i)....ialah setiap pemenang kuiz akan menerima hadiah sebuah buku nota dan semua peserta akan dapat membawa pulang penanda buku yang telah siap dibuat.
Q34-Q41 Q34 Q35
KEFAHAMAN 2 Amar berasa marah (2m) Amar tidak mahu mendengar kata-kata/penerangan Razif(2m) dan Amar terus meninggalkan Razif(2m) Ada perkara penting yang harus dia buat di rumah(2m) Razif membiarkan Amar menunggunya berjam-jam dan Razif pula duduk senang-lenang di rumah(2m) dan itu bukan kali pertama Razif lakukan perkara sebegitu(2m) Melawat Razif di rumahnya selepas sekolah dan bertanyakan khabar Razif(2m) serta menolong Razif dengan kerja sekolahnya yang tertunggak(2m) Razif tidak pergi ke rumah Amar untuk membuat kerja sekolah kerana Ibunya sakit(2m) dan menjaga Ibunya sehingga ayahnya pulang dari bertugas di luar negara(2m) herdik terlantar
Q36 Q37
Q38
Q39
Q40a Q40b
9