BAB 4
MAKANAN, PEKERJAAN DAN PENGANGKUTAN
4.1
Pengenalan
Manusia memerlukan beberapa keperluan untuk hidup di dunia ini. Keperluan-keperluan ini merangkumi makanan, minuman, tempat tinggal, pekerjaan dan pengangkutan. Makanan merupakan salah satu keperluan asas yang menjamin penghidupan manusia di dunia ini. Pekerjaan dan pengangkutan pula merupakan keperluan-keperluan sosial. Pekerjaan memainkan peranan sebagai sumber asas bagi mendapatkan makanan dan kekayaan. Manakala, pengangkutan pula merupakan keperluan sosial yang menjamin interaksi sesama manusia. Ketiga-tiga keperluan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Antologi Akananuru memaparkan pelbagai maklumat tentang ketiga-tiga keperluan ini.
4.2
Amalan Makanan
Dalam kehidupan manusia makanan, minuman dan tempat tinggal merupakan keperluan asas. Antara ketiga-tiga keperluan ini, makanan dan minuman merupakan keperluan yang berkaitan dengan tumbesaran, tenaga dan kesihatan badan. Makanan seimbang menjamin pertumbuhan dan kesihatan badan. Manusia memperoleh makanan melalui kegiatan pertanian dan penternakan. Manakala, minuman didapati daripada sumber air seperti laut, sungai dan kolam.
190
Pada kebiasaannya, manusia makan tiga kali dalam sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Makanan merangkumi jenis pejal dan pepejal Makanan jenis pejal terdiri daripada nasi, roti, sayuran, buah-buahan dan daging. Manakala, makanan pepejal merupakan makanan berbentuk cair seperti air, kanji dan jus.
Masyarakat Tamil zaman cangam mempraktikkan amalan pemakanan yang bersistematik. Makanan dikenali sebagai unavu dan perlakuan makan disebut sebagai unnal. Amalan pemakanan dianggap sebagai suatu unsur budaya yang penting. Banyak maklumat tentang makanan, pemakanan dan masakan dibincangkan dalam kesusasteraan klasik Tamil. Antologi Purananuru membincangkan kepentingan makanan seperti berikut :
c˜Þ¡P ܬñò£ ò£‚¬è‚° â™ô£‥ à‡® ªè£´•«î£˜ àJ˜ªè£´• «î£«ó à‡® ºîŸ«ø àíM¡ H‡ì‥
(Purananuru,18:18-20)
neerindri amaiyaa kaikku yellam undi kodutthor uyir kodutthoreh undi mutarreh unavin pindam
air menjadi asas kehidupan memberi makanan bagaikan menghulur hidup makanan mendahului segala-galanya
Puisi ini membincangkan keperluan dan kepentingan makanan kepada semua hidupan di dunia ini. Tanpa makanan dan minuman hidupan di dunia ini tidak akan wujud. Baris neerindri yamaiyaatu menyatakan bahawa air menjadi asas bagi segala aktiviti di dunia ini dan undi koduttor uyir koduttere bermaksud pihak yang memberikan atau membekalkan makanan adalah bagaikan orang yang memberi nyawa. Secara amnya, pemberi atau pembekal makanan dianggap bagaikan Tuhan. Puisi ini memaparkan kepentingan makanan dan kelebihan memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan. Pemberian makanan dan minuman kepada manusia yang menderita kelaparan merupakan salah satu perbuatan yang amat mulia. Perbuatan ini disanjung tinggi oleh masyarakat Tamil. Karya 191
epik Tamil Manimekalai membincangkan amalan pemakanan masyarakat Tamil seperti berikut: ðC»‥ HE»‥ ð¬è»‥ cƒA õC»‥ õ÷Â‥ ²ó‚ªèù õ£›•F
(Manimekalai,164:2–3)
pasiyum piniyum pagaiyum neengi vasiyum valanum surakkena vaaltti
kelaparan, penyakit dan permusuhan halangan hidup manusia sejagat,dan perlu disingkirkan dari hidup manusia
Puisi epik Manimekalai menjelaskan bahawa kehidupan manusia tidak harus dijejaskan oleh kelaparan (pasi), penyakit (pini) dan permusuhan (pagai). Kehidupan tanpa ketiga-tiga unsur ini merupakan kehidupan yang berkualiti. Masyarakat dunia mengharapkan kehidupan yang berkualiti (valanum surakkena).
Kelaparan merupakan suatu penderitaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bahasa. Ia adalah penderitaan yang dihadapi oleh kehidupan di dunia ini. Pujangga Avvaiyaar menyatakan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh seseorang yang berada dalam keadaan lapar.
ñ£ùƒ °ôƒè™M õ‡¬ñ ÜP¾¬ì¬ñ î£ù‣ îõ‥àò˜„C î£÷£‡¬ñ «îQ¡ èCõ‣î ªê£™Lò˜ «ñ™ 裺Áî™ ð•¶‥ ðCõ‣ Fì․ðø‣¶ «ð£‥
(Nalvali:26)
maanang kulangkalvi vanmai arivudaimai taanan tavam uyarchi taalaanmai thenin kasivanta solliyar mhel kaamurutal pattun pasivan tidaparantu phom
maruah diri, kewibawaan kaum, keinginan menolong, ilmu, kesudian derma, kemuliaan, usaha, kemajuan diri, tarikan terhadap golongan perempuan dilupakan bila adanya kelaparan
Kelaparan membuatkan seseorang ketinggalan sepuluh jenis nilai diri. Orang berkenaan akan mengabaikan kehormatan diri (maanam), kewibawaan keluarga (kulam), ilmu (kalvi), 192
keinginan menolong (vanmai), kecerdikan (arivu), kesudian menderma (taanam), perbuatan mulia (tavam), usaha (muyarci), kemajuan dalam pekerjaan (taalaanmai), dan minat terhadap golongan perempuan (kasivanta solliyar mel kaamurutal). Keadaan ini disebut sebagai pasi vanthal pattum parantu pogum. Perkataan pasi dalam puisi ini membawa maksud kelaparan.
Apabila seseorang berada dalam keadaan lapar, orang berkenaan tidak dapat berfikir dan bertindak secara waras. Penyelesaian universal bagi masalah kebuluran ialah pembekalan bahan makanan yang mencukupi. Pertanian merupakan perlakuan yang ideal bagi mendapatkan bekalan makanan. Ia adalah sumber utama untuk mendapatkan bahan makanan.
Masyarakat Tamil mengamalkan sistem pemakanan yang sangat teratur dan ideal. Setiap hari seseorang harus makan sebanyak tiga kali. Pada awal pagi makanan sarapan yang dikenali sebagai sitrundi berperanan penting membekalkan tenaga bagi memulakan kerja harian. Makanan tengah hari dikenali sebagai matiya unavu ataupun pagal unavu. Makanan tersebut penting bagi perkembangan mental dan rohani. Makanan malam digelar sebagai iravu unavu yang penting untuk menyegarkan tubuh.
Dalam sesuatu masyarakat, makanan untuk semua orang adalah tidak terjamin. Sebilangan anggota masyarakat akan menghadapi masalah kebuluran. Pada hakikatnya, mereka mengharapkan bantuan bahan makanan daripada orang lain. Amalan memberikan makanan kepada mereka yang memerlukan adalah merupakan suatu perbuatan murni. Perbuatan ini dikenali sebagaai eetal dan perbuatan ini disanjung tinggi oleh masyarakat Tamil. Golongan raja dan orang atasan sering kali memberikan makanan dan wang kepada para pujangga (pulavar) dan pemain muzik (paanar). 193
Memenuhi keperluan orang lain merupakan amalan yang disanjungi dan dihormati oleh masyarakat Tamil. Mereka menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman kepada tetamu yang menziarahinya. Makanan beras dan bijian serta minuman jenis kal, theral dan matu disediakan.
«î†è´․¹ Ü¡ù 𴠫îø™ «è£‡e¡ Ü¡ù ªð£ôƒèô•¶ ܬ÷Þ á‡º¬ø ß•î™ Ü¡P»‥ «è£‡º¬ø M¼‣F¬ø ï™A «ò£«ù - Ü‣îó•¶ Ü¼‥ªðø™ ÜI›î ñ¡ù è¼‥¹Þõ‡ î‣«î£¡ ªð¼‥Høƒ è¬ì«ò
(Purananuru,392:16-20)
tehkaduppu anna naadpadu theral thonmeen anna polangkalattu alaii oonmurai eettal andriyum khonmurai viruntirai nalgi yhoneh – antarattu karumbu ivan tanthon perumpirang kadayhe
kehadiran pujangga ke istana Atiyamaan disambut mesra, pelbagai persiapan dilakukan air nira yang diproses khas, dan daging kambing dimasak teliti dihidangkan kepada pujangga Avvaiyaar
Pujangga Avvaiyaar mengenangkan jasa seorang raja yang bernama Atiyamaan Nedumaananji Magan Poguddelini. Semasa kehadirannya di istana, Raja Atiyamaan mengadakan majlis jamuan. Air nira (tedkaduppu anna naadpadu teral) yang bermutu tinggi dihidangkan dalam bekas besar. Daging kambing dimasak serta dihidangkan agar pujangga dapat menikmatinya.
Golongan raja dan golongan atasan seringkali mengadakan majlis keramaian untuk menyambut kemenangan dan upacara-upacara tertentu. Mereka juga menyediakan pelbagai jenis minuman dan mengeksport ke luar negara. Beberapa puisi klasik Tamil membuktikan kenyataan ini. Di samping itu, terdapat juga beberapa jenis minuman yang diimport dari luar negara. Madurai Kanakkaayanaar Maganaar Nakkeeranaar memuji perlakuan seorang raja yang bernama Paandian Ilavantigai Palli Tunjiya Nanmaaran seperti berikut : 194
òõù˜, ï¡èô‥ î‣î î‡èñ› «îø™ ªð£¡ªê… ¹¬ùèô•¶ ã‣F, ï£À‥ 凪 ñèO˜ ñ´․ð, ñA›Cø‣¶ ݃AQ¶ å¿°ñF 惰õ£œ ñ£ø
(Purananuru,56:18-21)
Yavanar, nankalam tanta tankamal theral Ponsey punaikalattu yhenti, naalum Onthodi magalir maduppa, magilsirantu Aangkinitu olukumati oongkuvaal maara
air nira yang harum dibawa oleh orang Greek dan Rom wanita berseri membawa air nira yang diisi dalam bekas besadur emas
Paandian Ilavantigai Palli Tunjiya Nanmaaran merupakan seorang raja yang berwibawa dan berjaya menguasai banyak negeri. Dia minum air nira (teral) yang diimport dari negara Greek dan Rom (yavanam). Minuman ini berbau harum (tankamal) dan para gadis menghidangkan air nira (ontodi magalir maduppa) yang diisi di dalam bekas bersadur emas (ponsei punaikalam).
Masyarakat Tamil dianggap sebagai masyarakat yang maju dalam unsur-unsur kebudayaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pelbagai perlakuan yang diamalkan oleh mereka. Salah satunya adalah tatacara masakan dan pemakanan. Mereka mengamalkan penggunaan pinggan dan daun pisang untuk menghidangkan makanan. Karya-karya kesusasteraan Tamil klasik, menyatakan bahawa golongan raja dan atasan menggunakan pinggan yang disadur emas untuk menghidangkan makanan. Karya-karya kesusasteraan Tamil zaman cangam seperti
Sirupaanaadruppadai,
Perumpaanaadruppadai
dan
Porunanaaddruppadai
membuktikan hakikat ini.
M÷ƒ°ªð£Ÿ èô•F™.......................
(Sirupaanaadruppadai:244)
vilanggupor kalattil.....................
bekas yang disadur emas 195
e¡Ì• î¡ù õ£¡èô‥ ðó․H
(Perumpaanaadruppadai:477)
meenpoot tanna vaankalam parappi
bekas minuman yang disadur emas ªðøô¼ƒ èô‥......
(Porunanaaddurppadai:156)
peralarung kalam......
pinggan disadur emas ð£êõ™ Þ®‚°‥ Þ¼ƒè£› àô‚¬è
(Akananuru,141:18)
paasaval idikkum irungkaal ulakkai
penumbuk yang bersadur emas
Aktiviti masakan merupakan suatu kemahiran yang penting dalam kehidupan manusia. Aktiviti ini melibatkan bahan makanan, perkakas masakan, makan dan minum. Sirupaanaadruppadai dan Perumpaanaadruppadai menyatakan bahawa pinggan emas (porkalam,
vaankalam)
digunakan
untuk
menghidang
makanan.
Karya
klasik
Porunanaaddruppadai pula memberikan maklumat tentang penggunaan perkakas emas (peralarung kalam) oleh masyarakat Tamil zaman cangam.
Puisi Akananuru:141 (paasaval idikkum irungkaal ulakkai) pula menyatakan bahawa masyarakat yang tinggal di negeri Idaiyaaru menggunakan lesung penumbuk beras (ulakkai) yang dibuat daripada kayu keras. Lesung digunakan untuk menumbuk dan mengisar padi. Padi yang masak dimasukkan ke dalam pengemping lesung dan ditumbuk. Dalam proses ini kulit dikupas dan beras diasingkan. Beras dikumpul untuk menyediakan makanan dan kulit padi digunakan sebagai makanan ternakan dan juga untuk membuat baja tanaman. Kesemua maklumat ini membuktikan penggunaan emas, kayu dan logam dalam pembuatan perkakas masakan dan makanan.
196
Antologi Akananuru memaparkan beberapa maklumat tentang perkakas masakan yang digunakan oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Pujangga Nakkeerar menyatakan tentang penggunaan dapur bersiri oleh masyarakat Tamil zaman cangam.
¹¶ñí ñèÇà ÜJQò è®ïè˜․ ð™«è£†´ Ü´․H™ ð£™à¬ô ÞgÞ
(Akananuru,141:14-15)
putumana magaduu ayiniya kadinagar palkhoddu aduppil paalulai eriee
majlis perkahwinan yang meriah makanan dimasak dalam dapur bersiri
Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran (putumana magadoo ayiniya kadinagar). Ramai tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan ini. Masyarakat tempatan memasak pelbagai jenis makanan dengan menggunakan dapur bersiri (palkoddu aduppil paalulai iree). Iaitu, pada suatu masa beberapa dapur yang disediakan secara bersisi untuk memasak pelbagai jenis makanan. Dapur bersiri juga digunakan untuk memasak makanan dalam kuantiti yang banyak. Fakta ini membuktikan kemahiran dan pencapaian masyarakat Tamil zaman cangam dalam bidang masakan dan penyediaan makanan. Mereka bukan sahaja memasak dalam kuantiti yang banyak malah mereka berjaya mereka bentuk dapur bersiri.
Corak pemakanan dan masakan masyarakat Tamil zaman cangam adalah berdasarkan tempat tinggal. Mereka memperoleh bahan makanan dari kawasan hutan iaitu kawasan hutan (Kurinchi), kawasan bukit (Mullai) dan kawasan perairan (Neytal). Barang-barang makanan dimasak bersama dengan pelbagai barang ramuan.
Ia menjamin kelazatan
masakan. Pelbagai barang rempah, herba dan sayur-sayuran digunakan untuk melazatkan manakanan.
197
Rajah 4.1: Jenis Makanan Mengikut Thinai (Ecological Zones) Bil.
Tanah Semulajadi
Bahan Makanan Daging kambing, rusa, babi biawak dan burung
Sayuran
1
Mullai (Kawasan hutan)
hutan beras, ubi, sagu (varagu), jagung, khelvaragu, buah dan bijian
2
Kurinchi (Kawasan pergunungan)
3
Marutham (Kawasan pertanian)
Rusa, kambing dan arnab
4
Neytal (Laut dan persisiran pantai)
ikan, ketam, sotong, udang, beras, sayuran dan bijian labi-labi, kerang dan ikan salai.
5
Paalai (Kawasan kering kontang)
kambing, arnab, rusa, ikan, beras, beras buluh, tinai, ubi, kura-kura, babi hutan, ayam buah dan bijian hutan dan burung beras, sayuran, buah dan bijian
biawak, arnab dan kambing
beras, bijian dan buah-buahan
Pada hakikatnya, terdapat dua jenis bahan makanan utama, iaitu, makanan sayuran (marakkari unavu, taavara unavu) dan makanan daging (iraici unavu, oon unavu). Masyarakat Tamil zaman cangam mengamalkan kedua-dua jenis makanan.
Makanan sayuran -
beras, beras buluh, sagu, biji-bijian, sayur-sayuran, buah-buahan,
ubi-ubian, kekacang, jagung, dedaun
dan madu.
Makanan daging -
kambing, rusa, babi hutan, biawak, arnab, tupai, ayam hutang, burung, kura-kura, ikan, udang, ketam, sotong dan labi-labi.
Secara umumnya, masyarakat Tamil zaman cangam meminati makanan daging. Golongan pemburu yang dikenali sebagai vhedar memburu binatang hutan untuk mendapatkan daging. Kebiasaannya, rusa, babi hutan, biawak, arnab dan ayam adalah pilihan mereka.
198
Walau bagaimanapun, Thiruvalluvar yang merupakan ahli falsafah teragung dalam kalangan masyarakat Tamil melarang sama sekali makanan daging. Teori Tholkaapiyam menyatakan pelbagai keburukan makanan daging. Thiruvalluvar mengungkapkan pendapatnya melalui kuplet-kuplet (Thirukkural) yang berikut : î¡Û¡ ªð¼‚蟰‚ HP¶ á¡à‡ð£ù âƒéù‥ ÝÀ‥ ܼœ
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:251)
tannul perukkarku taanpiritu oon unpaana yengganam aalum arul
orang yang memakan daging hidupan lain tidak akan memiliki nilai-nilai kemuliaan ܼ÷£†C ݃A™¬ô á¡F¡ ðõ˜‚°
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:252)
arulaadchi aangillai oon tinbavarkku
orang yang makan daging tidak akan mempunyai perasaan perikemanusiaan å¡ø¡ à왲¬õ à‡ì£˜ ñù‥
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:253)
ondran udalsuvai undaar manam
orang yang memakan daging hidupan lain adalah berhati kejam ܼ÷™ô¶ ò£ªîQ¡ ªè£™ô£¬ñ «è£ø™ ªð£¼÷™ô¶ ܚס Fù™
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:254)
arulallatu yaatenin kollaamai khoral porulallatu avvoon tinal
tidak membunuh haiwan dan memakan dagingnya adalah suatu perbuatan yang amat mulia á‡í Ü‡í£•î™ ªê…ò£¶ Ü÷Á
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:255)
oonunna annaattal seyyaatu alaru
amalan tidak memakan daging hidupan lain akan menjamin alam syurga 199
FùŸªð£¼†ì£™ ªè£™ô£¶ àôªèQ¡ ò£¼‥ M¬ô․ ªð£¼†ì£™ á¡î¼õ£˜ Þ™
(Thirukkural,Pulaal Maruttal :256)
Tinarporuddaal kollaatu ulagenin yaarum Vilai poruddaal oontaruvaar ill
sekiranya masyarakat makan makanan sayuran maka, penjualan daging tidak akan wujud HPªî£¡ø¡ ¹‡í¶ àí˜õ£˜․ ªðP¡
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:257)
Piritondran punnatu unarvaar perin
sekiranya sedar daging adalah tubuh badan hidupan lain maka, mereka tidak akan memakan daging. à‡í£˜ àJK¡ î¬ô․HK‣î á¡
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:258)
unnaar uyirin talaipirinta oon
orang yang berakal dan berhati mulia tidak akan memakan daging hidupan lain àJ˜ªê°• ¶‡í£¬ñ ï¡Á
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:259)
uyirsegu tunnaamai nandru
tidak memakan daging hidupan lain adalah lebih mulia daripada amalan keagamaan ªè£™ô£¡ ¹ô£¬ô ñÁ•î£¬ù‚ ¬èÃ․H â™ô£ àJ¼‥ ªî£¿‥
(Thirukkural,Pulaal Maruttal:260)
kollaan pulaalai maruttaanai kaikooppi yella uyirum tolum
senua hidupan dunia akan menghormati dan menyanjungi orang yang tidak memakan daging
Kesemua kuplet ini, melarang manusia makan daging haiwan (oon). Daging haiwan merupakan daging hidupan lain yang sama seperti daging manusia. Manusia tidak harus memotong, menghiris, memasak daging hidupan lain semata-mata untuk membela dan membesarkan tubuh sendiri (anoon perukkarku taanpiritu oonupaan:251). Penyeksaan terhadap hidupan lain adalah dilarang sama sekali oleh Teori
Tholkaapiyam. Sistem 200
makanan seimbang memberikan penekanan pada makanan sayuran yang kaya dengan pelbagai zat dan khasiat. Makanan jenis sayuran amat sesuai bagi tubuh manusia. Pada asasnya, konsep pemakanan masyarakat Tamil klasik merangkumi tiga bidang yang utama, iaitu penghasilan bahan makanan, pemilihan makanan, penyediaan makanan (masakan). Perinciannya adalah seperti berikut:
Rajah 4.2: Konsep Pemakanan Masyarakat Tamil Zaman Cangam
Penghasilan Bahan Makanan (Unavu Tiraddal)
Pemilihan Bahan Makanan (Unavu Terivu Seital)
Penyediaan Makanan (Unavu Samaittal)
Penghasilan Bahan Makanan (Unavu Tiraddal)
Kebanyakan makanan diperoleh melalui aktiviti pertanian, pemburuan dan ternakan. Kesemua aktiviti ini dilakukan secara meluas oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Mereka menganggap bidang pertanian sebagai pekerjaan yang mulia dan disanjung tinggi. Mereka menanam pelbagai tanaman seperti padi, ubi, buah, bijian dan sayuran. Golongan kovalar terlibat dalam aktiviti ternakan haiwan seperti lembu, kambing dan ayam. Makanan seperti daging, susu dan telur diperoleh daripada hasil ternakan. Manakala, golongan vhedar yang tinggal di kawasan hutan terlibat dalam aktiviti pemburuan. Mereka memburu pelbagai jenis haiwan seperti rusa, babi hutan, arnab dan burung untuk makanan. 201
Pemilihan Makanan (Unavu Terivu Seital)
Kesemua hidupan di dunia ini memerlukan makanan bagi pelbagai tujuan. Makanan menjadi asas bagi segala pergerakan dan perlakuan harian. Serta memberikan tenaga yang secukupnya kepada hidupan. Makanan yang sesuai perlu dipilih dengan teliti. Pada dasarnya, pemakanan menunaikan keperluan yang berikut:
1. Perasaan lapar 2. Proses tumbesaran 3. Kesihatan dan kekuatan badan 4. Membekalkan tenaga dan vitamin 5. Menghindari penyakit 6. Mengubati penyakit yang sedia ada
Penyediaan Makanan (Unavu Samaittal)
Memasak adalah kegiatan menyediakan makanan dengan menggunakan api, air dan bahanbahan yang lain. Masakan merupakan suatu kesenian yang memerlukan kemahiran khas. Masakan melambangkan kreativiti dan kemahiran sesuatu masyarakat. Dalam dunia ini, manusia sahaja yang memiliki kemahiran memasak. Hidupan lain tidak melakukan aktiviti masakan malah, ia memakan makanan yang mentah.
Memasak melibatkan proses memilih, mengatur dan mencampur bahan makanan dengan hitungan tertentu. Perlakuan ini bertujuan untuk mendapatkan keenakan. Masakan makanan dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial, ekonomi, agama, budaya dan nilai estetika sesuatu kaum. Pada kebiasaannya, golongan perempuan memiliki kemahiran khas dalam bidang masakan.
202
Perlakuan memasak terdiri daripada kombinasi bahan makanan dan tatacara masakan yang tertentu. Terdapat tatacara dan disiplin dalam proses penyediaan makanan. Setiap jenis makanan memerlukan proses penyediaan yang berbeza. Masakan sayuran adalah berbeza daripada masakan daging. Setipa masakan ini memerlukan campuran barang makanan seperti rempah dan tatacara masakan yang berlainan.
Masyarakat Tamil zaman cangam mengklasifikasikan makanan berdasarkan enam jenis rasa yang dikenali sebagai arusuvai iaitu enam jenis rasa. Manis, masam, pedas, masin, tawar dan pahit merupakan enam jenis rasa yang terdapat dalam masakan masyarakat Tamil. Set makanan yang mempunyai enam jenis rasa, menjamin kesihatan badan serta keenakan hidangan makanan.
Beberapa karya kesusasteraan Tamil seperti teks Nalavhenbaa dan Naaladiyar membincangkan enam jenis rasa ini. Teks Naaladiyaar membincangkan makanan arusuvai seperti berikut:
ÜÁ²¬õ »‡® Üñ˜‣F™ô£œ á†ì ñÁC¬è c‚A»‡ 주‥ - õPëó£…„ ªê¡Pó․ð˜ æK앶‚ êöQ™ ªê™õªñ£¡ Á‡ì£è ¬õ‚èŸð£Ÿ ø¡Á
(Naaladiyaar,1:1-5)
arusuvai undi amarntillaal oodda marusigai neekkiyun daarum varigaraai sendrirappar ooridattu koolenil selvamon rundaaga vaikkarpaar randru
hidangan makanan yang mempunyai enam rasa dihidang kemas dan cantik ia begitu enak dan lazat
Perkataan arusuvai undi dalam puisi ini mengklasifikasikan set makanan yang mempunyai enam jenis rasa. Enam jenis rasa dan makanan diperincikan seperti berikut:
203
Rajah 4.3: Arusuvai (Enam Jenis Rasa)
Bil.
Jenis Rasa
Pengertian Bahasa Melayu
Makanan
1
Inippu
Manis
Buah-buahan dan madu
2
Pulippu
Masam
Asam dan dadih
3
Kaaram
Pedas
Kaaravadai dan lada
4
Karippu
Masin
Garam
5
Tuvarppu
Tawar
Buah delima
6
Kasappu
Pahit
Buah peria
(Sumber: Naaladiyaar)
Setiap jenis rasa ini mempunyai selera makanan yang tersendiri yang bukan sahaja mengenakkan makanan tetapi turut menjamin kesihatan badan. Makanan jenis sayuran, buah dan bijian memiliki keenam-enam rasa ini. Secara umumnya, buaha-buahan kaya dengan rasa manis, asam dan dadih pula mempunyai rasa masa. Lada dan lada hitam mempunyai rasa pedas, manakala, garam mempunyai rasa masin. Rasa tawar didapati daripada buah delima dan juga buah pinang. Buah peria kaya dengan rasa pahit.
Masyarakat Tamil zaman cangam mengenali rasa dan sumbernya. Maka, mereka menggunakan sayuran, buahan dan kekacang yang sesuai dalam masakannya. Masyarakat Tamil zaman cangam mengamalkan 12 jenis cara pemakanan. Sistem pemakanan tersebut dirujuk dalam Rajah 4.4.
204
Rajah 4.4: Cara Pemakanan
Bil.
Cara Makan
Pengertian Bahasa Melayu
Makanan
1
Aruntal
makan secara sedikit
sarapan pagi
2
Unnal
makan dengan kenyang
makan tengahari
3
Urincal
sedut minuman
teh dan kopi
4
Kudittal
makan makanan cair
bubur
5
Tindral
makan makanan ringan
pisang goreng
6
Tuyttal
makan dengan puas
makan tengahari
7
Nakkal
minum secara menjliat
kanji
8
Nunggal
minum sekaligus
ubat cair
9
Parugal
makan makanan cair
jus
10
Maantal
makan secara gelojoh
-
11
Mellal
makan makanan keras
kekacang
12
Vilungal
makan secara menelan
ubat
(Sumber: Viyakka Vaikum Tamilar Ariviyal,2005)
Masyarakat Tamil zaman cangam kaya dengan pelbagai jenis makanan dan hampir kesemua bahan makanan diperoleh daripada tempat tinggalnya. Kebanyakan makanan sayuran diperoleh daripada kegiatan pertanian. Manakala, makanan daging diperoleh daripada aktiviti pemburuan dan ternakan.
Makanan bukan sahaja memberi tenaga kepada badan malah turut menggembirakan manusia. Perlakuan menyuap makanan kepada anak merupakan suatu peristiwa yang amat menarik. Kasih sayang antara ibu dan anak diperkukuhkan melalui perbuatan ini. 205
Hal ini merupakan suatu pengalaman yang indah. Walaupun perlakuan ini melibatkan sedikit kemarahan, ketegasan dan paksaan tetapi masih lagi dianggap sebagai suatu perbuatan yang menggembirakan hati.
Penyuapan makanan kepada seorang bayi digambarkan oleh pujangga Madurai Kaanjippulavar seperti berikut:
..........................................«î‥ªð…¶ Ü÷¾Á b‥𣙠ܬô․ð¾‥ à‡í£œ
(Akananuru,89:19-20)
........................................ tehmpeitu
adunan madu dan susu, walaupun enak rasanya tetapi anaknya enggan makan
Ibu wirawati mengenangkan perbuatan anaknya semasa kecil. Beliau maklumkan bahawa dia menyuapkan adunan madu dan susu (teempeiyu alavuru teempaal) yang sangat manis dan sedap. Walaupun begitu anaknya masih enggan (unnaam) untuk makan. Memandangkan kelazatannya, ibu memaksa anak supaya makan makanan ini. Peristiwa ini melambangkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Antologi Akananuru membincangkan pelbagai jenis masakan dan pemakanan masyarakat Tamil zaman cangam. Ianya adalah seperi berikut :
4.2.1
Kool (Bubur Kool)
Kool merupakan sejenis makanan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil. Makanan ini masih wujud dalam kalangan masyarakat Tamil. Kool disediakan dengan menggunakan bijirin seperti beras, khelvaragu, ubi kayu dan buah-buahan. Bahan-bahan ini dimasak dan dijadikan sebagai bubur. Perencah dan manisan (vellam, sarkkarai) 206
dicampurkan bagi menjamin keenakan. Antologi Akananuru mencatatkan maklumat tentang makanan ini. Kool juga disediakan dengan menggunakan ikan segar dan beras putih.
ð²e¡ ªï£´•î ªõ‣ªï™ ñ£Ü• îJ˜IF Iî¬õ ݘ•¶õ‥ Gù‚«è
(Akananuru,340:14-15)
pasumeen nodutta vennel maat tayirmiti mitavai aarttuvam ninaikkeh
ikan segar dan beras putih dimasak bersama, dan dijadikan bubur
Ikan segar (pasumeen) dan beras putih (vennel) dimasak bersama sehingga menjadi bubur. Masakan ini dipanggil sebagai kool ataupun mitavai yang merupakan salah satu jenis makanan masyarakat Tamil. Amalan menyediakan kool masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat Tamil. Tetapi bahan campurannya ialah beras, kelvaragu dan varagu. Gula dan garam menjadikan kool lebih enak.
Para pekerja tanah paalai menggali perigi dengan menggunakan sejenis cangkul (kuntali). Setelah menyempurnakan tugas, mereka makan kool. Melalui kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa kool merupakan sejenis makanan penting bagi masyarakat Tamil zaman cangam. Pernyataan tentang kool turut dibicarakan dalam puisi yang ke-21.
........Ãö£˜, «è£õô˜
(Akananuru,21:22)
.…koolaar, Kovalar
kaum Kovalar memakan ‘kool’
Baris ini menyatakan bahawa, golongan kovalar menggali perigi lalu memakan kool. Makanan ini memberikan tenaga untuk meneruskan kerja-kerjanya serta ia mudah untuk disediakan. 207
Kesemua maklumat ini membuktikan kewujudan amalan memakan kool dalam kalangan masyarakat Tamil. Ia merupakan salah satu amalan pemakanan yang penting dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam.
4.2.2
Pulitta Toppi (Adunan Buahan)
Masakan melambangkan budaya dan identiti sesuatu masyarakat. Pelbagai jenis masakan merupakan kekayaan budaya masyarakat berkenaan. Masyarakat Tamil klasik mahir dalam penyediaan pelbagai jenis makanan. Salah satu masakan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil ialah adunan buahan (pulitta toppi). Masakan ini disediakan dengan campuran buah mangga dan buah nangga bersama dengan madu tulin. Buah mangga dan buah nangga yang telah masak, dihiris nipis lalu dicampurkan dengan madu tulin. Madu tulin diperoleh dari hutan. Campuran ini dimasukkan ke dalam buluh besar dan disimpan bagi jangka masa panjang. Lama-kelamaan adunan ini menjadi masam dan sedia untuk dimakan. «è£¬ì‚° ᛕî èñ›ïÁ‣ bƒèQ․ ðJ˜․¹ø․ ðôM¡ âF˜„²¬÷ ܬ÷Þ Þø£ªô£´ èô‣î õ‡´Í² ÜKò™
(Akananuru,348:3-5)
kodaikku ooltta kamalnarun teengkanee payirppura palavin yetirsulai alaie iraalodu kalanta vandumoosu ariyal
dicampurkan buah mangga dan buah nangga bersama dengan madu campuran ini disimpan dalam bekas buluh bagi jangka masa yang panjang, akhirnya adunan ini menjadi masam dan sedia untuk dimakan
Makanan ini rasanya masam dan dikenali sebagai poolitta toppi dan lazimnya, makanan ini disukai oleh golongan perempuan. Makanan seperti ini masih lagi dibuat oleh masyarakat Tamil. Tetapi, kandungan dan tatacara pembuatannya telah berubah. 208
Buah mangga dan buah limau dipotong nipis dan dicampurkan dengan garam lalu diletakkan di tempat yang kering. Selepas beberapa hari campuran ini menjadi masam, campuran ini digaulkan dengan masakan lada dan minyak. Adunan ini diletakkan di bawa cahaya matahari. Hasilnya dikenali sebagai oorukaai ataupun acar. Acar sesuai dimakan bersama dengan masakan sayuran.
4.2.3
Shodru Aviyal (Bubur Nasi)
Kegiatan memasak, menghidang dan memakan adalah berdasarkan pada amalan budaya hidup sesuatu kaum. Masyarakat Tamil zaman cangam
menyediakan pelbagai jenis
makanan lazat. Sejenis masakan yang dikenali sebagai shodru aviyal (bubur nasi) yang dibuat daripada beras merupakan makanan penting bagi masyarakat Tamil. Pujangga Maamoolanar memperincikan tatacara pembuatan shodru aviyal oleh masyarakat Tamil zaman cangam. ð‡¬í ªõ‡ðö•¶ ÜKC ã…․ð„ ²ö™ñó‥ ªê£L•î ²÷°Ü¬ô ªõ‡è£› ªî£®ñ£‡ àô‚¬è áN¡ «ð£‚A àó™ºè‥ 裆®ò ²¬óF¬ø ªè£œ¬÷ Ýƒè‡ Þ¼…²¬ù cªó£´ ºèõ£‚ èOð´ °NC‚ è™ô´․¹ ãŸP Þí˜î¬î è´‚¬è ߇®ò î£FŸ °ìõ˜ ¹¿‚A․ ªð£ƒèM›․ ¹¡è‥
(Akananuru,393:9-16)
pannai venpalattu arisi yeippa sulalmaram solitta sulagualai venkaal todimaan ulakkai oolin phokki uralmugam kaaddiya suraitirai kollai aangkan irunsunai neerodu mugavaa kalipadu kulisi kalladuppu yedri inartatai kadukkai eendiya taatir kudavar pulukki ponggavil punkam
beras ditumbuk dan dijadikan tepung tepung beras digaul dengan air dan bunga ’aambal’ campuran ini dimasak dengan api kecil dijadikan bubur, lalu dihidang sebagai makan tengahari 209
Beras putih ditumbuk dan dijadikan tepung halus. Tepung itu dimasukkan ke dalam sebuah dulang dan dicampurkan dengan air. Campuran ini disebatikan dan dimasak dengan menggunakan api sederhana. Adunan masak ini dikenali sebagai shodru aviyal iaitu bubur nasi. Shoru bermaksud nasi manakala, aviyal pula merujuk pada kukus. Ia merupakan sejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras yang dikukus bersama bunga ’aambal’.
Penggunaan bunga ’aambal’ sebagai bahan makanan dipaparkan dalam antologi Akananuru. Beras putih dicampurkan bersama dengan bunga ’aambal’ dan campuran ini dimasak sehingga menjadi bubur. Pada lazimnya, bubur nasi ’aambal’ dijadikan sebagai makanan tengah hari. Proses pembuatan bubur nasi ’aambal’ dipertuturkan oleh pujangga Madurai Nakkeeranaar dalam puisi yang ke-78.
ªê½…ªê…‣ ªï™L¡ M¬÷èF˜ ªè£‡´ îì‣ Ý‥ð™ ñôªó£´ Æ®
(Akananuru,78:17-18)
seluncei nellin vilaikatir kondu tadantaal ’aambal’ malarodu kooddi
beras putih yang segar dimasak bersama bunga ’aambal’
Beras putih yang segar (selunsei nel) dan bunga aambal (aambal malar) digunakan untuk membuat masakan ini. Pada zaman kini sejenis masakan yang mirip seperti nasi aambal dimasak oleh masyarakat Tamil. Nasi putih dicampurkan dengan kelapa parut dan gula putih serta ketiga-tiga bahan ini digaul bersama. Masakan ini dikenali sebagai thengaai shoru ataupun nasi kelapa. Nasi ini disediakan semasa menyambut sesuatu perayaan.
210
4.2.4
Pulishoru (Nasi Masam)
Beras dan nasi memainkan peranan penting dalam proses penyediaan makanan oleh masyarakat Tamil. Nasi merupakan makanan utama masyarakat Tamil dan ia digunakan untuk membuat pelbagai jenis masakan.
CÁî¬ô• ¶¼M¡ ð¿․¹Á M¬÷îJ˜ Þ¬î․¹ù õóA¡ ܬõ․¹ñ£‡ ÜKCªò£´ 裘õ£…•¶ åN‣î ߘõ£…․ ¹Ÿø•¶ ßò™ªð…¶ ܆ì Þ¡¹O ªõ…«ê£Á
(Akananuru,394:2-5)
sirutalai turuvin palupuru vilaitayir itaippuna varakin avaippumaan arisiyodu kaarvaaittu olinta eervaai pudrattu eeyalpeitu adda inpuli venshoru
nasi, sagu dan dadih dicampur, serta digaul bersama campuran ini dienakan dengan ’eeyal’ lalu dimasak
Pujangga Nanbaloor Sirumhetaaviyaar memaparkan maklumat tentang penyediaan nasi masam iaitu puli shoru. Ia merupakan sejenis makanan yang diadun bersama tayiru (tayru, yogurt), sagu (varagu) dan beras putih (velarisi). Ketiga-tiga barang ini digaul sama rata dan dicampurkan sejenis serangga (eeyal) lalu dimasak. Lazimnya, masakan nasi masam ini disediakan pada musim hujan. Ini adalah kerana, serangga itu mudah didapati pada musim hujan.
Amalan masakan puli shoru terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil. Amalan ini dikekalkan sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, cara pembuatannya telah berubah. Pada zaman kini, serangga (eeyal) tidak dicampurkan dalam adunan tairu, varagu dan vellarisi. Puli shoru merupakan sejenis masakan yang tahan lasak dan disimpan bagi jangka masa panjang. Makanan jenis ini dibawa sebagai bekalan untuk perjalanan jauh. 211
4.2.5
Mooral Venshoru (Nasi Putih Manis)
Nasi putih digunakan untuk menyediakan pelbagai jenis masakan. Salah satunya ialah mooral ven shoru (nasi putih manis). Maklumat tentang masakan ini digambarkan dalam puisi yang ditulis oleh pujangga Kudavaayir Keerattanaar.
à․¹ªï£¬ì ªï™L¡ Íó™ ªõ‡«ê£Á
(Akananuru,60:4)
uppunodai nellin mooral venshoru
nasi putih diadunkan dengan gula
Puisi ini menggambarkan seorang gadis menyediakan nasi putih manis (mooral vensoru) bagi bapanya. Nasi putih diadunkan dengan gula manis (mooral). Makanan ini merupakan salah suatu masakan kegemaran masyarakat Tamil zaman cangam.
4.2.6
Venshoru (Nasi Putih)
Antologi Akananuru memaparkan banyak maklumat tentang makanan dan corak masakan masyarakat Tamil zaman cangam. Kebanyakan makanan utama mereka dibuat daripada beras putih ataupun nasi. Antaranya ialah sejenis masakan nasi yang dikenali sebagai ven shoru. ¬ñ․¹Üø․ ¹¿‚A¡ ªï…‚èQ ªõ‡«ê£Á
(Akananuru,136:1)
Maippuara pulukkin neikkanee venshoru
daging dimasak dengan minyak sapi
Menurut baris ini, daging dimasak dengan minyak sapi (maippu ara pulukkin neikkani). Masakan daging ini dimakan bersama nasi putih (venshoru). Masakan ini lebih mirip pada masakan nasi briyani pada zaman kini. Nasi briyani merupakan adunan nasi minyak dan daging. 212
4.2.7
Pul Arisi Unavu (Nasi Sarang Semut)
Masyarakat Tamil zaman cangam memasak sejenis makanan yang aneh. Makanan ini dikenali sebagai nasi sarang semut (pul arisi unavu). Semut di kawasan sawah mengutip beras dan menyimpan di dalam sarang sebagai persediaan awal menghadapi musim kemarau (kodai needalin vaadupulattu ukka). Pada musim ini sarang semut penuh dengan beras yang segar. Golongan pemburu yang sedar tentang perbuatan semut, mereka mencari dan menghapuskan sarang semut. Mereka mengutip beras yang ada di dalam sarang semut (sirupul unavu neripada marugi). Beras itu dibersihkan dan dimasak bersama dengan beberapa barang makanan yang lain. Makanan ini dianggap sebagai salah sejenis makanan yang enak. Maklumat ini digambarkan dalam puisi yang ke-377.
«è£¬ì cìL¡ õ£´¹ô•¶ à‚è CÁ¹™ àí¾ ªïPðì ñÁA ¸‡ð™ âÁ‥H ªè£‡ì¬÷„ ªêP•î M•î£ õ™C iƒ°C¬ô ñøõ˜ ð™Ö› ¹‚°․ ðò¡G¬ó èõó
(Akananuru,377:1-5)
kodai needalin vaadupulattu ukka sirupul unavu neripada marugi nunpal yerumbi kondalai seritta vittaa valsi veenggusilai maravar pallool pukku payannirai kavara
semut dari kawasan sawah mengutip beras, lalu menyimpan sebagai persediaan menghadapi musim kemarau pemburu mengesan sarang semut dan mengutip beras yang terdapat dalam sarang itu beras ini dibersihkan lalu dimasak bersama ramuan lain sebagai makanan khas
Masakan beras sarang semut (pul arisi unavu) dianggap sebagai masakan istimewa. Masyarakat Tamil zaman cangam
peka terhadap perlakuan di persekitaran, sehingga
mereka mengenali perbuatan semut. Masakan jenis ini tidak diamalkan pada zaman kini.
213
4.2.8
Kili Arisi (Beras Nuri)
Manusia mengamalkan perlakuan harian mengikut suasana hidup dan masyarakat Tamil turut terikat dengan hakikat ini. Mereka mengamalkan beberapa perlakuan yang bersesuaian dengan suasana hidup. Lazimnya, amalan-amalan seperti ini dapat menepati masa dan keadaan tertentu. Amalan seperti ini dipaparkan oleh pujangga Madurai Nakkeranaar.
Bukit Parambu yang dimiliki oleh Raja Paari kaya dengan pelbagai hasil hutan. Tiga orang raja iaitu Raja Cheran, Raja Cholan dan Raja Paandian berpakat menyerang Raja Paari. Mereka bertiga mengerumuni Bukit Parambu. Dalam suasana ini rakyat Bukit Parambu menghadapi masalah kebuluran. Bagi mengatasi masalah ini masyarakat Bukit Parambu melakukan suatu perbuatan yang aneh. Mereka menghantar burung nuri peliharaan supaya pergi ke tempat pertanian yang terletak di luar Bukit Parambu. Lalu mengutip butir-butir beras dari sawah padi dan terbang balik ke tempat asalnya. Beras yang dibawa oleh burungburung nuri dikutip dan dimasak bubur. Peristiwa menarik ini dipertuturkan oleh pujangga Madurai Nakkeeranaar seperti berikut: õ£…ªñ£N‚ èHô¡ Åö„ «ê…G¡Á ªê¿…ªê…‣ ªï™L¡ M¬÷èF˜ ªè£‡´ îì‣ Ý‥ð™ ñôªó£´ Æ®
(Akananuru,78:16-18)
vaaimoli kabilan soola seinindru selunsein nellin vilaikatir kondu tadantaal aambal malarodu kooddi
semasa perang berlangsung beberapa burung nuri dihantar ke kawasan pertanian burung-burung ini mengutip butiran beras, lalu menyampaikan kepada tuannya beras itu dimasak lalu dimakan
Rangkai kata vaai moli kabilan soola menggambarkan strategi pengerumunan tiga orang raja di Bukit Parambu. Manakala, beras yang dibawa oleh burung nuri digambarkan dalam baris selunsein nellin vilaikatir kondu. Peristiwa yang menarik ini melambangkan kemahiran masyarakat Parambu mengatasi sesuatu masalah. 214
4.2.9
Pulikkari (Lauk Asam)
Makanan masyarakat Tamil merangkumi beberapa jenis hidangan di antaranya adalah lauk (kari, kulambu). Mereka mahir menyediakan pelbagai jenis lauk seperti pulikkari. Asam, ikan dan beberapa jenis rempah digunakan untuk menyediakan lauk pulikkari.
Pada
lazimnya, lauk asam dimasak bersama ikan. Pernyataan ini dapat diketahui melalui puisi yang ke-60. ÜJ¬ô ¶ö‣î Ü‥¹O„ ªê£K‣î ªè£¿e¡ ò£´ °Áñèœ ªè£´‚°‥
(Akananuru,60:5-6)
ayilai tulanta ampuli sorinta anaknya memasak lauk ikan masin
memasak kari ikan, untuk ayah yang pergi ke laut untuk menangkap ikan
Pujangga Kudavaayir Keerattanaar menyatakan bahawa seorang gadis memasak lauk ikan masin (kolumeen) untuk ayah yang pergi ke laut menangkap ikan. Masakan lauk ikan masin terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil. Masakan jenis ini masih kekal sehingga zaman kini.
ªè£¿e¡ ò£´ °Áñèœ ªè£´‚°‥
(Akananuru,60:5)
kolumeen tadiyodu kurumagal kodukkum
anaknya memasak lauk ikan masin
Pujangga Pontai Pasalaiyaar turut menyatakan masakan lauk ikan masin. Sepasang kekasih mengadakan perjumpaan di tanah neiytal. Wirawati menyediakan masakan lauk ikan masin dan menghidangkan kepada kekasihnya. Peristiwa ini digambarkan dalam puisi yang berikut: ªè£¿e¡ õ™C......
(Akananuru,110:17)
kolumeen valsi
lauk ikan masin.... 215
Rumusannya, masakan lauk ikan masin terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Pada zaman kini, masakan ikan masin masih wujud dan dikenali sebagai karuvaaddu kari ataupun karuvaaddu kulambu yang bermaksud lauk ikan masin. Pembuatan ikan masin, melambangkan kemahiran masyarakat Tamil dalam persediaan dan pengstoran bahan makanan bagi jangka masa yang panjang.
4.2.10 Tinai (Sagu)
Tinai (sagu) merupakan sejenis bijian makanan bagi masyarakat Tamil. Mereka menyediakan pelbagai juadah dengan menggunakan tinai. Lazimnya, golongan perempuan menumbuk tinai dengan menggunakan lesung yang dikenali sebagai ural dan ulakkai. Tinai ditumbuk sehingga menjadi tepung lalu pelbagai juadah disediakan. Gambaran tentang penggunaan tinai dalam masakan dibentangkan oleh pujangga Kallaadanaar.
ªè£´¸‡ æF ñèO˜ æ‚Aò ªî£®ñ£‡ àô‚¬è• ´ó™ ð£E ªï´ñ£™ õ¬óò °®¬ë«ò£´ Þó†´‥
(Akananuru,9:11-13)
kodunun ohti magalir ohkkiya todimaan ulakkai taandural paani nedumaal varaiya kudigaiyodu iraddum
gadis-gadis yang berambut panjang mengisar tinai dengan lesung
Pujangga menggambarkan perlakuan sekumpulan gadis yang berambut panjang (kodunun oti magalir), mengisar tinai dengan menggunakan lesung (todimaan ulakkai toondural paani). Tepung tinai digunakan untuk membuat pelbagai juadah. Penggunaan tepung tinai masih wujud sehingga hari ini dalam kalangan masyarakat Tamil.
216
4.2.11 Uluntu Unavu (Makanan Kacang Hitam)
Masyarakat tanah marutham menyediakan sejenis masakan yang dibuat daripada uluntu (kacang hitam). Bijian ini direndam ke dalam air sehingga menjadi lembut dan kulitnya diasingkan. Bijian ini dimasak dan ditumbuk menjadi halus dan digentel seperti guli besar. Gentelan uluntu dimakan pada waktu petang. Peristiwa yang menarik ini digambarkan oleh pujangga Nallaavoor Kilaar : à¿‣¶î¬ô․ ªð…î ªè£¿ƒèQ Iî¬õ
(Akananuru,86:1)
uluntutalai peita kolunggani mitavai
gentelan kacang hitam
Baris, uluntutalai peita kolungkani mitavai merujuk kepada gentelan kacang hitam. Maklumat ini membuktikan kewujudan juadah yang dibuat daripada kacang hitam.
4.2.12 Suraa Meen Unavu (Masakan Ikan Yu)
Pada lazimnya, masyarakat Tamil zaman cangam menyediakan masakan dengan menggunakan sumber yang diperoleh dari tempat tinggalnya. Tempat tinggal memainkan peranan penting dalam menentukan corak makanan sesuatu masyarakat. Masyarakat tanah neytal tinggal di kawasan pantai dan mereka memperoleh makanan daripada kawasan perairan. Kebanyakan makanan mereka adalah merupakan hasilan daripada laut dan pantai seperti ikan, ketam, udang dan siput.
Seekor ikan yu terdampar di tepi pantai dan penduduk tempatan menangkap ikan itu dan memotongnya. Daging ikan yu dibahagi-bahagikan kepada penduduk kawasan berkenaan. Pujangga Ammovanaar menggambarkan peristiwa ini dalam puisi yang ke-10. 217
«ñ£†´ñí™ Ü¬ìè¬ó‚ «è£†´e¡ ªè£‡® ñíƒèñ› ð£‚蕶․ ð°‚°‥ õ÷ƒªè¿ ªî£‡® Ü¡ù Þõœïô«ù
(Akananuru,10:11-13)
mhoddumanal adaikarai khoddumeen kondi mananggamal paakkattu pugukkum valangelu tondi anna ivalnalaneh
seekor ikan yu terdampar di persisiran pantai masyarakat nelayan bergembira, dan membahagi-bahagikan daging ikan
Koddumeen bermaksud ikan yu yang segar dan rangkai kata
paakkattu pagukkum
membawa maksud dibahagi-bahagikan kepada orang kampung. Paakkam merujuk tempat tinggal masyarakat neytal.
Masyarakat Tamil juga membuat beberapa jenis masakan ikan seperti di bawah ini :
lauk ikan masin (meen vadral) - kolumeen
(Akananuru,20:2)
lauk ikan keli (ayilai) - kolungan ayilai pagukkum turaivan
(Akananuru,70:4)
Kesemua kenyataan ini menggambarkan perlakuan masyarakat Tamil zaman cangam dalam bidang masakan. Masakan ikan (ikan masin) merupakan salah satu masakan kegemaran masyarakat Tamil. Mereka menyediakan pelbagai hidangan dengan menggunakan ikan masin.
4.2.13 Tairu (Dadih)
Tairu ialah sejenis makanan sampingan yang dihasilkan daripada susu lembu ataupun susu kerbau. Susu lembu disimpan dalam suatu bekas khas dan dijadikan masam dan pekat. Ia dikenali sebagai tairu, dan dikenali sebagai dadih dalam bahasa Melayu. Tairu merupakan sejenis makanan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil.
218
Pujangga Madurai Pherhalavaayar menggambarkan proses pembuatan tairu. Susu lembu digaul (kadainta) dengan menggunakan sejenis alat yang digelar mattu.
b‣îJ˜ è¬ì‣î Fóœè£™ ñ•î‥
(Akananuru,87:1)
teentayir kadainta tiralkaal mattam
susu digaul dan dijadikan dadih
Baris teentayir kadainta tiral kaal mattam merujuk pada pembuatan dadih dengan menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai mattu.
Tairu digunakan dalam pelbagai masakan masyarakat Tamil. Di antaranya ialah tayiru vadai (kuih vadai yang direndam dalam dadih), tayiru soru (nasi putih yang digaulkan dengan dadih) tairu kari (lauk campuran dadih). Antologi Akananuru merakamkan masakan tairu soru (nasi dadih) seperti berikut:
åLè¬ö ªï™L¡ ÜKCªò£´ æ󣃰
(Akananuru,107:7)
olikalai nellin arisiyodu ohranggu
beras dimasak bersama dadih
Beras dimasak bersama dengan tairu dan masakan ini dihidangkan dengan daun. Makanan tairu masih lagi memainkan peranan penting dalam sistem pemakanan masyarakat Tamil. Makanan ini digunakan secara meluas oleh masyarakat Tamil zaman kini.
4.2.14 Pala Unavu (Makanan Buah)
Makanan buah-buhan adalah lazim bagi masyarakat Tamil zaman cangam. Pujangga Kabilar memaklumkan bahawa masyarakat yang tinggal di kawasan kurinchi memakan pelbagai jenis buah. Maklumat ini, dinyatakan dalam puisi yang ke-2. 219
«è£N¬ô õ£¬ö‚ «è£œºF˜ ªð¼ƒ°¬ô á¿Á bƒèQ, à‡µï˜• î´•î ê£óŸ ðôM¡ ²¬÷«ò£´ á›ð´ ð£¬ø ªï´…²¬ù M¬÷‣î «îø™
(Akananuru,2:1-4)
kholiyai vaalai kholmutir perunggulai oomuru teengkanee, unnunar tadutta saarar palavin sulaiyodu oolpadu paarai nedunchunai vilainta theral
daun dari pokok pisang yang segar ulas nangka manis dan madu tulin merupakan makanan yang amat lazat
Menurut puisi ini, adunan pisang (vaalai), nangka (palaa) dan madu (theral ) merupakan bahan makanan yang enak. Makanan jenis ini bukan sahaja enak malah ianya amat lazat. Masyarakat Tamil juga memberikan keutamaan pada tiga jenis buah, iaitu, maa (mangga), palaa (buah nangka) dan vaalai (pisang) digelar sebaga mukkani (tiga jenis buah).
4.2.15 Minuman: Pulippatan (Air Nira)
Masyarakat Tamil zaman cangam turut memiliki kemahiran khas dalam pembuatan beberapa jenis minuman. Jenis-jenis minuman yang dihasilkan oleh mereka dapat diperincikan seperti berikut:
Pulippatan (air nira), kal (todi), theral (tuak) dan pananggal merupakan jenis-jenis minuman masam yang dihasilkan oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Pada lazimnya, mereka meminum minuman jenis ini bagi menyambut sesuatu perkara yang mengembirakan hati. Sambutan perayaan, kemenangan dalam perang dan majlis perkahwinan disambut dengan hidangan minuman ini.
Masyarakat tanah Paalai mahir dalam pembuatan sejenis minuman dengan menggunakan beras. Beras ditumbuk dan digaul dengan air, campuran ini ditapis dan air diisikan ke dalam 220
periuk khas. Campuran ini dibiarkan sehingga menjadi masam. Minuman masam ini dikenali sebagai pulippatan (air nira). Perlakuan meminum pulippatan digambarkan oleh pujangga Viddroodru Mooteyinanaar dalam puisi yang ke-37.
¹O․ðî¡ Ü¬ñ‣î ¹¶‚°ì ñL˜G¬ø ªõJ™ªõK‣ GÁ•î ðJ™Þî›․ 𲃰¬ì‚ èòñ‡´ ð膮¡ ð¼A
(Akananuru,37:9-11)
pulippatan amanita putukkuda malirnirai veyilverin nirutta payilital pasungkudai kayamandu pagaddin parugi
beras ditumbuk dan digaul air campuran ini ditapis dan diisikan ke dalam periuk khas sehingga menjadi masam
Minuman todi (kal) terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Amalan meminum air nira digambarkan seperti berikut:
èœÝ˜ M¬ùë˜ è÷‣ªî£Á‥ ñÁ°‥
(Akananuru,84:13)
kalaar vinaighar kalantorum marugum
meminum air nira dan bergembira
Baris ini menggambarkan kegembiraan yang dialami oleh mereka yang meminum todi (kalaar vinaighar kalantorum marugum). Antologi Akananuru memberikan banyak maklumat tentang pelbagai perlakuan raja-raja Tamil. Antaranya, ialah, perlakuan seorang raja bernama Nannan telah mengadakan majlis kemeriahan. Dalam majlis ini, air nira dibekalkan lalu Raja Nanan meminum air nira (naravu). ïø¾ñA› Þ¼‚¬è, ï¡ù¡ «õ‡ñ£¡
(Akananuru,97:12)
naravumagil irukkai, nannan vhendumaan
Raja Nannan meminum air nira
Perkataan naravu dalam baris ini merujuk pada minuman air nira.
221
Pujangga Madurai Ilampaalaasiriyan Shengkoottan menggambarkan perlakuan seorang wira dari tanah Kurinchi. Wira yang berwibawa dan mempunyai kekuatan bagaikan seekor singa sedang meminum air nira.
è¿F™ è£ùõ¡ HNñA›‣¶ õF‣ªîù
(Akananuru,102:2)
kalutil kaanavan pilimagilntu vatintena
kekuatan wira bagaikan singa yang minum air nira
Yelini merupakan seorang raja yang terkenal dengan kewibawaan dalam perang. Para perajurit kontinjen Yelini meminum air nira (tempili) lalu menyerang musuh. Akhirnya, mereka
dapat
menewaskan
musuh.
Peristiwa
ini
dipaparkan
oleh
pujangga
Thayangkannanaar :
M¬ùõ™ Ü‥H¡ M¿•ªî£¬ì ñøõ˜ «î‥HN ïÁƒèœ ñAN¡, º¬ùèì‣¶
(Akananuru,105:13-14)
vinaival ambin viluttodai maravar tempili narungkal magilin, munaikadantu
pasukan Yelini meminum air nira, lalu ke medan berperang
Perkataan maravar merujuk pada askar dan tempili pula dikenali sebagai air nira. Mereka meminum air nira sebagai tanda kemenangan dalam perang.
Kaum Kohsalar merupakan golongan askar yang berwibawa dan berkebolehan menewaskan musuh. Perlakuan mereka digambarkan melalui puisi yang ke-113.
è£․¹‚ ¬è‣GÁ•î ð™«õŸ «è£ê˜ Þ÷ƒèœ èñ¿‥ ªï…î™Ü‥ ªêÁM¡
(Akananuru,113:5-6)
kaappu kainirutta palvehr kohsalar ilangal kamalum neithalam seruvin
semasa perang, Raja Agtai di tempatkan di kawasan terpencil supaya keselamatannya terjamin 222
Kaum ini menghormati dan menyanjungi pemerintahnya iaitu Raja Agtai. Mereka ingin menjaga keselamatan Raja Agtai dengan menempatkan baginda di tempat yang terpencil (kaappu kainirutta palvehr kohsalar). Kawasan itu dikawal rapi oleh para wira. Selepas menewaskan pasukan musuh, mereka meminum air nira yang segar dan harum (ilangal kamalum) sebagai tanda kemenangan.
Pujangga Paranar pula membincangkan amalan meminum air nira dalam kalangan golongan petani di tanah Marutam.
âKò¬è‣ î¡ù î£ñ¬ó Þ¬ìÞ¬ì ÜK‣¶è£™ °M•î ªê‣ªï™ M¬ùë˜ è†ªè£‡´ ñÁ°‥ ê£è£´ Ü÷ŸÁàP¡ Ý…è´‥¹ Ü´‚°‥ 𣅹ù™ áó
(Akananuru,116:1-4)
yeriyagai tanna taamarai yidaiyidai arintukaal kuvitta sennell vinaighar kadkondu marugum saagaadu aladru urin aaikadumbu adukkum paaipunal oora
para petani menuai padi air nira di bawa untuk mereda kehausan kereta beroda membawa air nira rodanya tersanggut di dalam lumpur, lalu potongan tebu dialas di bawa roda untuk mengerakkan kereta beroda
Para petani tanah Marutam terlibat dalam aktiviti menuai padi (arintukaal kuvitta sennel vinaigar), pada lazimnya, mereka meminum air nira untuk meredakan kehausan. Memandangkan keperluan yang banyak, maka, air nira dibawa dengan kereta beroda. Pada suatu hari kereta beroda yang membawa air nira tersangkut ke dalam lumpur (kadkondu marugum saagaadu aladru urin). Memandangkan keadaan ini, para petani memotong beberapa tebu dari kebun lalu menempatkan di bawah roda agar ia dapat bergerak semula (aaikadumbu adukkum paaipunal oora). Melalui puisi ini dapat dirumuskan beberapa perkara :
223
air nira bukan hanya diminum untuk tujuan kegembiraan, malahan, air nira juga diminum untuk menghilangkan kepenatan dan kehausan.
kereta beroda merupakan salah suatu pengangkutan darat yang penting dan digunakan untuk membawa air nira.
negeri marutam kaya dengan hasil pertanian sehingga para petani menggunakan tebu untuk mengerakkan semula roda yang tergelincir ke dalam lumpur.
Pananggal ialah sejenis minuman yang sama seperti tuak yang disediakan dengan campuran manisan dan air kelapa. Mereka yang minum air ini akan menjadi mabuk. Peristiwa berkaitan dengan pananggal dipaparkan oleh pujangga
Madurai Tamil Koottanaar
Kaduvan Mallanaar seperti berikut:
ð°õ£… G¬øò, ¸ƒA¡ èœO¡ ¸è˜õ£˜ ܼ‣î ñA›¹Þòƒ° ï¬ìªò£´
(Akananuru,256:4-5)
paguvaai niraiya nunggin kallin nugarvaar arunta magilbu iyanggu nadaiyodu
air tuak ditinggalkan di sawah, lalu kura-kura meminum tuak dan bergembira
Kura-kura yang hidup di sekitar kawasan pertanian meminum pananggal yang ditinggalkan oleh para petani (paguvaai niraiya). Kura-kura berkenaan menjadi mabuk lalu masuk ke kawasan semak.
Pujangga Madurai Maruthanilanaaganaar turut membicarakan perlakuan meminum tuak dalam kalangan masyarakat Tamil tanah kurinchi.
Ü‥ð¬ù M¬÷‣î «î‚è† «ìø™ õ‡´ð´ è‡Eò˜ ñA¿‥ YÚ˜
(Akananuru,368:14-15)
ambanai vilainta thekaderal vandupadu kanniyam magilum seeroor
madu yang dikutip dari buluh hutan, diminum lalu ia mendatangkan kegembiraan 224
Madu yang dikutip daripada buluh hutan (ampanai vilainta tekkad theral) dijadikan sebagai minuman. Lazimnya, minuman madu mendatangkan kegembiraan (vandupadu kanniyar magilum seeroor).
Pujangga Paranar menyatakan bahawa negeri Urantai Purangkaadu yang dimiliki oleh Raja Chola Tittan kaya dengan hasilan madu. Madu yang berkualiti tinggi dijadikan sebagai minuman oleh masyarakat Urantai Purangkaadu.
Þ¼‥HN ñè£ÜKš Ü¿ƒè™ Íɘ
(Akananuru,122:1)
irumpili magaariv alunggal mootoor
madu tulin dijadikan sebagai tuak
Baris ini memberikan maklumat tentang proses pembuatan tuak. Tuak bukan sahaja dihasilkan daripada air nira malah madu tulin juga diproses dan dijadikan sebagai minuman tuak. Ini merupakan salah suatu kemahiran unik yang dimiliki oleh masyarakat Tamil zaman cangam.
Tuak juga digunakan dalam kebanyakan upacara harian termasuk perang dan majlis perkahwinan. Pujangga Uraiyoor Mutukoottanaar menyatakan bahawa salah seorang Raja Cholan berperang dan selepas menewaskan musuh anggota kontinjen minum tuak.
Þ¡è´ƒ èœO¡ àø‣¬î Ý…è¡
(Akananuru,137:6)
inkadung kallin urantai aaykan
selepas menewaskan pasukan musuh, lalu ahli kontinjen minum tuak dan bergembira
Pada zaman cangam, tuak merupakan salah suatu minuman umum. Ia diminum oleh semua peringkat manusia. Serta, tuak menjadi minuman yang penting dalam majlis-majlis keramaian. 225
4.2.15 Kesimpulan
Makanan merupakan bahan asas bagi segala hidupan di dunia ini dan memainkan peranan yang amat penting dalam proses tumbesaran. Makanan seimbang membekalkan tenaga dan vitamin yang secukupnya bagi menjamin kesihatan badan. Makanan juga penting bagi melakukan sesuatu pergerakan atau pun perlakuan. Makanan yang berkualiti menjamin kesihatan dan keselamatan badan daripada serangan penyakit.
Masyarakat Tamil zaman cangam mengamalkan sistem pemakanan yang teratur. Mereka mengamalkan dua jenis makanan, iaitu, makanan sayuran dan juga makanan daging. Makanan sayuran terdiri daripada beras, beras buluh, kekacang, dedaun, buah-buahan, tebu dan madu hutan. Makanan daging pula terdiri daripada kambing, rusa, ayam hutan, burung, arnab, biawak, ikan, ketam, udang, sotong, kura-kura dan labi-labi.
Mereka juga mengamalkan tatacara pemakanan yang teratur dan bersistematik. Makanan dibersih dan dimasak dengan sebaiknya bagi menjamin kualiti makanan. Makanan yang dimasak dengan sempurna dimakan dengan serta merta supaya tidak basi. Memakan tiga kali sehari, iaitu, sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam akan menjamin kesihatan badan dan mental. Terdapat 12 jenis tatacara pemakanan yang berdasarkan kepada jenis makanan sama ada keras, lembut, cair atau pepejal.
Teori Tholkaapiyam memberikan keutamaan kepada makanan sayuran. Merurut teori ini makanan sayuran bukan sahaja menjamin kesihatan badan malah menjamin keseimbangan minda dan emosi manusia. Sepuluh kuplet
Thirukkural yang dibincangkan di atas
menyarankan makanan sayuran lebih elok daripada makanan daging. Memandangkan hal ini, sebilangan masyarakat Tamil mengamalkan amalan memakan makanan sayuran.
226
4.3
Amalan Pekerjaan
Pekerjaan merupakan suatu perlakuan untuk menyara hidup serta salah satu perlakuan yang amat penting dalam kehidupan manusia sejagat. Pekerjaan diperincikan dengan maksud melakukan sesuatu aktiviti demi mendapatkan pulangan samada dalam bentuk wang, barang ataupun perkhidmatan. Pada hakikatnya pekerjaan melibatkan tenaga badan, mental dan kemahiran. Memperoleh hasil atau pulangan yang lumayan di samping kepuasan diri me
Pekerjaan melambangkan corak dan tempat kehidupan sesuatu masyarakat. Contohnya, masyarakat yang tinggal di persisiran pantai terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan. Manusia melakukan pekerjaan untuk menunaikan beberapa keperluan dan tujuan seperti berikut : Rajah 4.5: Tujuan Pekerjaan
Mendapatkan Kekayaan
Mendapatkan Makanan
Mendapatkan Ganjaran
Mendapatkan Keselesaan
Mendapatkan Kepuasan
Tujuan utama pekerjaan adalah untuk mendapatkan hasil ataupun pulangan yang lumayan. Pada zaman kini wang merupakan hasilan utama yang diperoleh daripada
pekerjaan.
Hampir kesemua pekerjaan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan wang. Wang dianggap sebagai kekayaan yang penting untuk menyara hidup.
227
Kekayaan dikenali sebagai selvam ataupun porul dalam bahasa Tamil. Konsep kekayaan mempunyai status tinggi dalam kalangan masyarakat manusia. Pemilikan kekayaan mempunyai beberapa tujuan :
untuk kegunaan sendiri untuk kegunaan ahli keluarga untuk kegunaan saudara mara untuk kegunaan kawan untuk kegunaan orang yang memerlukan
Pada zaman cangam golongan lelaki dipertanggungjawabkan untuk mencari kekayaan. Ini adalah selaras dengan teori Tholkaapiyam yang menyatakan kaum lelaki merantau jauh untuk mencari rezeki manakala kaum perempuan dilarang merantau. Hakikat ini dimaklumkan dalam puisi yang berikut: º‣c˜ õö‚è‥ ñèÇà ñì¡«ñ™
(Tholkaapiyam, Porulatikaaram:37)
munneee valakkan magadoo madanmhel
semasa kaum lelaki pergi ke luar negeri unutk mencari kekayaan menggunakan jalan laut kaum perempuan dilarang pergi bersama
Golongan lelaki mencari kekayaan untuk menunaikan beberapa tujuan. Hal ini dapat diketahui melalui sebuah puisi antologi Akananuru:
«èœ«è´ á¡ø¾‥ A¬÷ë˜ Ýó¾‥ «èœÜ™ «èO˜ ªèjÞJù˜ å¿è¾‥ ÝœM¬ù‚° âFKò á‚èªñ£´ ¹è™Cø‣¶
(Akananuru,93:1-3)
khel khedu oondravum kilaighar aaravum khel al khelir keli iyanar olugavum aalvinaikku yetiriya ookkamodu pugalsirantu
saudara mara, orang muda, masyarakat umum dilanda kemiskinan kekayaan dicari untuk menolong mereka
228
Seorang wira dari tanah paalai merantau ke negeri lain untuk mencari kekayaan. Pencarian kekayaan ini adalah bertujuan untuk :
khel khedu oondravum
- untuk membantu saudara mara
kilaighar aaravum
- untuk menolong golongan muda
khel al khelir keli iyanar olugavum - untuk menolong orang yang miskin
Melalui fakta ini dapat dirumuskan bahawa pencarian kekayaan pada zaman cangam adalah untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Mereka saling menghormati keperluan diri sendiri dan juga keperluan orang lain. Teori Tholkappiyam memberikan keutamaan kepada isu ini.
Antologi Akananuru juga menekankan tatacara pencarian kekayaan. Cara dan perlakuan yang paling baik untuk mencari kekayaan adalah seperti berikut:
Üø¡è¬ì․ ðì£Ü õ£›‚¬è»‥, â¡Á‥ Hø¡è¬ì„ ªêô£Ü„ ªê™õº‥, Þó‡´‥ ªð£¼O¡ Ý°‥, ¹¬ùJ¬ö!.....................
(Akananuru,155:1-3)
arankadai padaa vaalkkaiyum, yendrum pirankadai selaa selvamum, irandum porulin aagum, punaiyilai!................
mencari kekayaan secara norma kemanusiaan meminta sedekah dihina dan dicaci seseorang tidak harus mengamalkannya!
Menurut puisi ini pencarian kekayaan perlu berlandaskan tatacara halal, iaitu, pencarian kekayaan yang berdasarkan norma-norma keTuhanan dan kemanusiaan (arankadai padaa vaalkkaiyum). Memiliki kekayaan melalui perbuatan mencuri, menyeleweng, berjudi dan rasuah merupakan perlakuan haram. Perbuatan seperti ini dilarang sama sekali dalam kalangan masyarakat sedunia.
229
Pencarian kekayaan yang melibatkan perlakuan sedekah turut dilarang. Manusia tidak harus meminta sedekah daripada orang lain untuk menyara hidup (pirankadai selaa selvamum). Perlakuan ini merupakan salah suatu perbuatan yang dipandang hina dan seseorang tidak harus mengamalkan perbuatan ini. Mencari kekayaan tanpa melibatkan kedua-dua perbuatan ini merupakan tatacara yang
dihalalkan dalam kalangan masyarakat Tamil.
Antologi Kuruntogai pula memaklumkan bahawa :
'ßî½‥ ¶…•î½‥ Þ™«ô£˜‚° Þ™' âù„ ªê… M¬ù ¬è‥Iè ⇵F; Üš M¬ù‚° Ü‥ ñ£ ÜK¬õ»‥ õ¼«ñ£? â‥¬ñ à…•F«ò£? à¬ó•FC¡- ªï…«ê!
(Kuruntogai:63)
‘eetalum tuittalum illorkku il’ yena seivinai kaimmiga yennuti; av vinaikku ammaa arivaiyum varumoh? yemmai uytiyoh? Uraittisin – nenjeh!
sekiranya mencukupi pendapatan maka, kemudaratan sosial tidak akan wujud kebanyakan keperluan diperoleh melalui kekayaan maka, manusia terburu-buru untuk mendapatkan kekayaan
Puisi ini menyatakan bahawa kemudaratan sosial tidak akan wujud sekiranya kekayaan yang diperoleh adalah mencukupi. Kebanyakan keperluan harian seseorang diperoleh dengan kekayaan yang dimilikinya. Manusia terburu-buru untuk mendapatkan kekayaan bagi kepentingan diri sendiri. Dalam usaha mendapatkan kekayaan manusia sanggup melakukan perbuatan yang baik dan buruk. Teks Thirukkural menyatakan bahawa: ܼO™ô£˜‚° Üš¾ôè‥ Þ™¬ô ªð£¼O™ô£˜‚° Þš¾ôè‥ Þ™ô£A ò£ƒ°
(Thirukkural,Aruludaimai:247)
arulillaarkku avvulagam illai porulillaarkku ivvulagam illaagi yaanggu
orang yang tidak mempunyai kekayaan, maka tidak akan memiliki kegembiraan di dunia ini, tetapi orang tidak mempunyai belas kasihan, maka tidak akan memiliki kebahagian di dunia kedewaan 230
Masyarakat Tamil mempercayai konsep keduniaan dan kedewaan. Menurut konsep hidup masyarakat Tamil, seseorang harus memiliki dua jenis bekalan hidup untuk dua jenis alam. Iaitu, di alam bumi masa kini serta alam selepas kematian. Kehidupan di alam dunia ini berasaskan kekayaan (selvam, porul) manakala kehidupan dunia keDewaan pula memerlukan kebaktian (arul). Kedua-dua unsur ini merupakan asas bagi kehidupan seseorang.
ßî™ Þ¬êðì õ£›î™ ܶõ™ô¶ áFò‥ Þ™¬ô àJ˜‚°
(Thirukkural,Pugal:231)
eetal isaipada vaaltal atuvallatu ootiyam illai uyirkku
menolong kepada yang memerlukan akan memberi kepuasan diri, tidak ada sesuatu yang lebih bernilai daripada kepuasan ini
Kuplet ini menyarankan kelebihan memperoleh kekayaan secara halal. Kekayaan yang diperoleh oleh seseorang bukan hanya untuk kepentingan dirinya sahaja. Malah, kekayaan yang dimiliki oleh seseorang perlu digunakan untuk menolong mereka yang memerlukan (eetal isaipada vaaltal). Perbuatan ini menjamin kehidupan yang mulia.
Pahala yang diperoleh daripada amalan menderma kekayaan akan digunakan dalam dunia keDewaan. Kekayaan yang terkumpul pada seseorang tidak akan membawa sebarang pengertian sekiranya tidak digunakan untuk kegunaan diri sendiri dan juga kegunaan orang lain.
Pekerjaan merupakan sumber kekayaan dan merupakan aktiviti harian yang tidak dapat disingkirkan daripada kehidupan manusia. Perlakuan pekerjaan dipengaruhi oleh beberapa faktor utama. Faktor-faktor ini memainkan peranan penting dalam memperlakukan sesuatu pekerjaan.
231
Kekuatan badan, kekuatan minda dan kemahiran diri adalah merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan sesuatu pekerjaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perlakuan pekerjaan dapat digolongkan seperti berikut:
Rajah 4.6: Faktor-faktor Pekerjaan
Faktor Kekuatan Badan
Faktor Kekuatan Minda
Faktor Kemahiran Diri
Reka bentuk sosial sesuatu kaum dicorakkan oleh pelbagai unsur, di antaranya, pekerjaan merupakan unsur yang paling penting. Keseluruhan struktur sosial masyarakat Tamil zaman cangam terdiri daripada beberapa golongan. Antaranya ialah:
Raja ataupun Pentadbir negara
- arasar
Barisan Pentadbir
- aadchiyaalar
Wakil-wakil Pentadbir
- nirvaaga poruppaalar
Kontinjen Pertahanan
- pohr padai
Golongan Pengawal
- kaavalar
Golongan Perubatan
- maruttuvar
Golongan Pendidik
- kalviyaalar
Golongan Keagamaan
- samaiya saandror
Golongan Peniaga
- vanigar
Golongan Petani
- ulavar
Kesemua mereka ini, dihormati dan disanjungi oleh masyarakat biasa. Kepakaran dan kemahiran mereka diperlukan sepanjang masa untuk menjamin kesejahteraan dan
232
keselamatan sesuatu masyarakat. Teks Tholkaappiyam menyarankan kedudukan golongan ini dalam noorpaa yang berikut:
Cø․H¡ ÝAò ªðò˜G¬ô‚ A÷M‚°‥ ÞòŸªðò˜‚ A÷M ºŸðì‚ A÷õ£˜
(Tholkaappiyam,Sollatikaaram:41)
sirappin aagiya peyarnilai kilavikkum iyarpeyar kilavi murpada kilavar
kelebihan seseorang berdasarkan kepada gelaran dan kemahiran yang dimilikinya
Menurut noorpaa ini, gelaran ataupun status seseorang diiringi dengan nama (sirappin aagiya peyarnilai kilavikkum). Gelaran di hadapan nama melambangkan status ataupun kedudukan seseorang dalam sesuatu masyarakat. Gelaran ini menjamin kehormatan serta kepentingan seseorang. Hakikat ini masih lagi wujud dalam kalangan manusia zaman kini.
Pada dasarnya, kebanyakan pekerjaan masyarakat Tamil zaman cangam melibatkan elemen-elemen alam semulajadi. Corak dan tatacara pekerjaan masyarakat Tamil zaman cangam dibincangkan secara meluas dalam karya-karya kesusasteraan Tamil klasik. Antologi Akananuru turut membentangkan banyak maklumat tentang corak pekerjaan masyarakat Tamil zaman cangam. Perinciannya adalah seperti berikut :
233
Rajah 4.7: Jenis-jenis Pekerjaan Bil.
Jenis Pekerjaan
Pengertian Bahasa Melayu
1
Arasu paniyaalar
kakitangan kerajaan
2
Idayyar tolil
pengembala ternakan
3
Jotidar
penilik nasib
4
Kaaval tolil
pengawal atau penjaga
5
Kaddumaanam
pekerja pembinaan
6
Kalai tolil
pencipta barangan seni
7
Kuyavar
pencipta barangan tanah liat
8
Mani ilaippu tolil
pencipta barangan perhiasan manik
9
Mara taccar
tukang kayu
10
Meenavar
nelayan
11
Muttu kulital
penyelam untuk mutiara dan siput
12
Naavitar tolil
tukang gunting rambut
13
Nesavu tolil
penenun kain
14
Paai pinnuvor
penganyam tikar
15
Paarpana tolil
pekerjaan berkaitan agama dan kuil
16
Padagu tolil
pembina kapal dan sampan
17
Payir tolil, ulavu
petani
18
Phor tolil
askar dan anggota pertahanan
19
Porkollar
pertukangan barangan emas
20
Sanggu tolil
pencipta barangan siput
21
Salavai tolil
pekerja dobi
22
Vaanigam
peniaga
23
Valarppu tolil
penternak lembu, kambing, ayam
24
Valavan
pemandu kereta kuda, lembu dan keldai
25
Vhedar
pemburu 234
Di samping itu, sebilangan kecil daripada masyarakat Tamil zaman cangam terlibat dalam beberapa aktiviti seperti menulis puisi (paavalar), pelakon drama (koottar), penari (nadanakkaarar), penyanyi (paanar), pengamal perubatan tradisional (siddha marutuvar), tokoh agama (samaya kurumaar) dan pelukis (ohviyar).
Secara umumnya, pekerjaan masyarakat Tamil dibahagi kepada dua kategori yang besar, iaitu, pekerjaan yang dilakukan oleh golongan lelaki dan perempuan. Lazimnya, golongan lelaki terlibat dalam pekerjaan tahan lasak yang memerlukan kekuatan badan seperti memburu, menangkap ikan dan kerja-kerja pembinaan. Golongan perempuan pula terlibat dalam pekerjaan menanam tanaman, menganyam dan membuat barangan perhiasan.
Masyarakat Tamil zaman cangam mempunyai tatacara dan peraturan yang sistematik dalam mengendalikan sesuatu pekerjaan. Di samping itu, mereka juga mempunyai prinsip dan disiplin terhadap bidang yang diceburi. Antologi Akananuru memaparkan pelbagai pekerjaan yang diamalkan oleh masyarakat Tamil zaman cangam.
4.3.1
Vanigam, Vhanigam (Perniagaan)
Perniagaan dan perdagangan merupakan kegiatan yang terpenting dalam kehidupan masyarakat Tamil klasik. Mereka mengamalkan perniagaan dalam dan luar negara. Pelabuhan-pelabuhan yang terletak di selatan negara India seperti Kavirippoompattinam, Korkai, Kumari, Tondhi, Musiri, Marungai, Arikkamedu, Yeyirpattinam, Alagankulam dan Kollatturai memainkan peranan utama dalam urusan perdagangan antarabangsa. Kesemua pelabuhan ini terkenal dan menjadi pusat perdagangan yang penting. Aktiviti perniagaan
235
dijalankan secara meluas di pelabuhan-pelabuhan ini. Kebanyakan pelabuhan ini memainkan peranan sebagai pelabuhan enterport.
Teks Paddinapaalai membentangkan banyak maklumat tentang aktiviti perdagangan antarabangsa. Terdapat golongan pedagang yang mengeksport dan mengimport pelbagai barangan. Aktiviti perdagangan antarabangsa dibincangkan dalam antologi Akananuru. Puisi yang ke-149 membincangkan aktiviti perdagangan yang diamalkan oleh Raja Cheran.
..............................................«êóô˜ ²œOò‥ «ðKò£ŸÁ ªõ‡¸¬ó èôƒè òõù˜ î‣î M¬ùñ£‡ ï¡èô‥ ªð£¡ªù£´ õ‣¶ èPªò£´ ªðò¼‥ õ÷˜ªè¿ ºCP ݘ․ªðö õ¬÷Þ
(Akananuru,149:7-11)
.................................................. Cheralar sulliyam pheriyaadru vennurai kalangga Yavanar tanta vinaimaan nankalam ponnodu vantu kariyodu peyarum valargelu musiri aarppela valaii
Raja Cheran memiliki pelabuhan Mursiri yang terkenal pedagang Barat membawa emas, dan menukar dengan lada hitam
Pelabuhan Musiri (India Selatan) dimiliki oleh Raja Cheran dan pelabuhan ini terkenal dengan perdagangan antarabangsa. Kapal-kapal besar dari negara Yavana (negara Barat) membawa pelbagai barangan antaranya, ialah, emas dan pelbagai jenis manik. Kapal-kapal mereka berlabuh di pelabuhan Musiri. Pedagang-pedagang barat menukarkan emas dengan lada hitam dan mutiara (ponnodu vantu kariyodu peyarum). Puisi ini membuktikan kewujudan perdagangan antarabangsa dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam.
Terdapat dua jenis perniagaan, iaitu, vanigam dan vhanigam. Kedua-dua jenis perniagaan ini mempunyai perbezaan yang unik. Vanigam bermaksud menjual sejenis barang sahaja seperti penjualan emas, beras dan bunga. Perniagaan yang melibatkan pelbagai jenis barang 236
digelar sebagai vhanigam seperti kedai runcit yang menjual pelbagai jenis barang merupakan vhanigam. Pada zaman moden kini kedua-dua jenis perniagaan wujud secara berleluasa. Pusat membeli belah seperti, supermarket dan hypermarket mengendalikan perniagaan vhanigam. Manakala, kedai emas dan kedai menjual barangan elektrik merupakan pusat vanigam.
Menurut Nakkeeran.A, Tholkaappiya Poongaavil Kalaigal,(2003) ”Vanigam adalah perniagaan yang melibatkan penjualan sejenis barang. Manakala, vhanigam pula adalah perniagaan yang melibatkan pelbagai jenis barang”.
Rajah 4.8: Kapal Perdagangan Luar Negara
Sumber: Viyakka Vaikkum Tamilar Ariviyal,(2005)
Pada hakikatnya, perdagangan antarabangsa dilakukan melalui laluan laut. Perjalanan perairan menjadi penting bagi aktiviti perdagangan antarabangsa. Masyarakat Tamil zaman cangam mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembuatan dan pengendalian pengangkutan air. Mereka menggunakan pelbagai jenis pengangkutan air seperti kapal besar (vallam dan kappal), sampan besar (marakalam), sampan kecil (padagu) dan rakit tertutup (thoni). 237
Jenis-jenis pengangkutan air ini membuktikan penglibatan masyarakat Tamil dalam bidang pengangkutan air.
Perniagaan dalam negeri pula melibatkan perjalanan darat. Perjalanan darat dikendalikan dengan bantuan pengangkutan darat seperi kereta lembu (maaddu vandi), kereta kuda (kutirai vandi) dan kereta keldai (kalutai vandi).
Pada zaman klasik, wujud beberapa pusat perniagaan di negara India Selatan (Tamilagam) yang memainkan peranan sebagai pelabuhan enterport. Aktiviti mengimport dan mengeksport barang-barang dilakukan di pelabuhan-pelabuhan ini. Kewujudan sebuah pusat perniagaan siang hari (naal angkaadi) dipaparkan dalam antologi Akananuru.
܃ 裮 ï£Á‥ ïÁ¸î™ cœÞ¼ƒ Ã‣î¡ ñ£Ü «ò£ª÷£´ õ¬ó°J¡ ø¡ù õ£¡«î£… ªï´ïè˜
(Akananuru,93:10-12)
naal anggaadi naarum narutal neel irung koontan maa ayholodu varaikuyin dranna vaanthoi nedunagar
pelbagai barang dijual di pasar siang pasangan kekasih ke pasar siang, lalu membeli barang-barang perhiasan diri untuk wirawati
Pujangga menggambarkan sebuah pusat perniagaan siang hari (naal angkaadi) yang menjual pelbagai barang di negeri Madurai (salah sebuah daerah di India Selatan). Pasangan kekasih pergi ke pusat perniagaan untuk membeli barang-barang perhiasan diri yang diminati oleh wirawati.
Teks Paddinapaalai pula menggambarkan kegiatan perniagaan yang laris di negeri Poombookar (sebuah daerah di India Selatan).
cK¡ õ‣î GI˜ðK․ ¹óM»ƒ è£L¡ õ‣î 較èP ͬì»‥ õìñ¬ô․ Hø‣î ñE»‥ ªð£¡Â‥ 238
°ìñ¬ô․ Hø‣î õ£óº ñA½‣ ªî¡èì¡ º•¶ƒ °í°ìŸ ÁA¼ƒ 胬è õ£Kòƒ è£M¼․ ðò eö• ¶í¾ƒ è£öè• î£‚èº ñKò¾‥ ªðKò¾ ªïOò i‡®
(Paddinapaalai:185-192)
neerin vanta nimir pari puraviyung kaalin vanta karunggari moodaiyum vadamalai piranta maniyum ponnum kudamalai piranta vaara magilum tenkadan muttung kunakudar drukirunta Ganggai vaariyang kaaviruppayanu Meela tunavuvung Kaalaga taakkamu Mariyavum periyavum neliya veendi
kapal laut membawa pelbagai barangan kuda dan lada hitam dibawa dari Poombookar pelbagai manik dan emas dibawa dari Gunung Vadamalai kayu cendana dan barang haruman dari Gunung Kudamalai berlian bermutu tinggi dibawa dari Daerah Selatan gajah dan emas didatangkan dari Daerah Gangai pelbagai bahan makanan dibawa dari negara Eelam (Sri Langka) manakala, barang-barang haruman didatangkan dari Kadaram (Malaya)
Menurut rangkap ini, kuda (puravi) dan lada hitam (karunkari) dibawa ke Poombookar dengan menggunakan kapal laut. Pelbagai manik (mani) dan emas (pon) pula dibawa dari Gunung Meru yang terletak di bahagian Utara India. Kayu cendana (magil) dan barang haruman (aaram) dibawa dari Gunung Potigai (Kudamalai). Di samping itu, berlian yang bermutu tinggi (muttu) didatangkan dari bahagian Selatan India. Gajah dan emas yang dibawa dari kawasan Gangai manakala bahan makanan dibawa dari negara Eelam (Sri Langka). Barang-barang haruman didatangkan dari negeri Kadaram (Malaya).
Kesemua barang ini disusun kemas untuk tujuan import dan eksport. Rangkap ini juga menyampaikan maklumat sejarah yang penting tentang perhubungan antara Malaya (Kadaram) dengan negara India pada zaman klasik. Perhubungan antara kedua-dua negara ini telah lama wujud semenjak zaman klasik. Pada zaman klasik Malaya (Malaysia) dikenali
239
dengan nama Kaalagam ataupun Kadaram. Barang-barang haruman, besi dan kayu agil merupakan barang-barang yang diperoleh dari Malaya (Malaysia).
Bukti kewujudan perdagangan antarabangsa turut dipaparkan oleh pujangga Madurai Marutanila Naaganaar dalam puisi yang ke-255.
àô°A÷˜‣ î¡ù à¼ªè¿ õƒè‥ ¹ô¾•F¬ó․ ªð¼ƒèì™ c˜Þ¬ì․ «ð£ö Þó¾‥ ♬ô»‥ ܬêM¡Á ÝA M¬óªêô™ ÞòŸ¬è õƒÃ› Ý†ì‚ «è£´àò˜ FEñí™ Ü衶¬ø c裡 ñ£ì åœâK ñ¼ƒ° ÜP‣¶ å…ò
(Akananuru,255:1-6)
ulagukilarn tanna urugelu vangam pulavuttirai perungkadal neeridai pola iravum yellaiyum asaivindru aagi viraiselal iyarkai vangkool aadda koduuyar tinimanal akanturai neekaan maada olyeri marunggu arintu ohiya
wira menjalankan perdagangan luar negara barang-barangnya di bawa dengan kapal laut kapalnya mengharungi laut bergelora, serta menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dari cuaca yang tidak menentu walaupun begitu, wira berjaya berlayar berpandukan rumah api
Wira terlibat dalam urusan perdagangan luar negara dan membawa barang dagangan dengan menggunakan kapal laut. Kapal laut dikenali sebagai vangam ataupun naavaai dalam bahasa Tamil. Pujangga menyatakan bahawa kapal dagang yang dipandu oleh wira mengharungi laut bergelora (pulavu tirai perungkadal).
Kapalnya menentang angin kencang yang bertiup tanpa berhenti (iravum yellaiyum asaivindru aagi, viraiselal iyarkai vangkool aadda). Walau bagaimanapun, nakhoda (neekaan) yang berpengalaman dan mahir dapat memandu kapal ini dengan selamat. Kapal ini berlayar berpandukan rumah api (maada olyeri, kalangarai vilakkan). Kenyataan ini 240
membuktikan kemahiran masyarakat Tamil zaman cangam dalam bidang perkapalan dan perdagangan antarabangsa. Mereka juga memiliki kemahiran menghasilkan kapal besar yang dapat menandingi kekuatan ombak besar dan dapat mengharungi laut dalam.
Perdagangan antarabangsa merupakan aktiviti perniagaan yang diminati oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Hal ini adalah kerana perdagangan antarabangsa melibatkan cabaran hidup dan pendapatan yang lumayan. Kekayaan yang diperoleh melalui perdagangan antarabangsa menjamin status tinggi dalam masyarakat Tamil. Golongan muda sedia menghadapi cabaran yang mendatangkan hasil lumayan. Antologi Akananuru memaparkan perlakuan seorang wira yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa. Wira dari negara Imayavaramban Neduncheralaatan merantau ke negara lain untuk tujuan berdagang. Hakikat ini diceritakan oleh pujangga Mamoolanaar.
õô‥ð® ºóC¡ «êó ô£î¡ º‣có 憮‚ èì‥¹ÜÁ•¶ Þñò•¶ º¡«ù£˜ ñ¼÷ õ탰MŸ ªð£P•¶
(Akananuru,127:3-5)
valampadi murasin Cheralaatan munneer ohddi kadambu aruttu imayattu munnhor marula vananguvir porittu
wira dari kerajaan Raja Cheran memandu kapal mengharungi laut luas berombak besar masyarakat umum kagum terhadap kewibawaan wira
Wira memandu kapal besar mengharungi laut luas yang berombak besar (munneer ohddi kadambu aruttu). Laut yang luas dan ombak besar tidak dapat menghalang usaha wira. Dia berjaya mengatasi segala cabaran sehingga memperoleh kehendaknya. Kejayaan wira dikagumi dan disanjungi oleh masyarakat tempatan (munnor marula vananguvir porittu). Puisi ini juga membuktikan penglibatan masyarakat Tamil dalam bidang perdagangan antarabangsa. 241
Antologi Akananuru turut memaparkan beberapa bukti tentang kewujudan pusat perniagaan pada zaman cangam. Tempat dan situasi perniagaan adalah sama seperti pada zaman kini.
ñ™ô™ Ýõí‥ ñÁ°ì¡ ñ®J¡
(Akananuru,122:3)
mallal aavanam marugudan madiyin
terdapat deretan kedai serta lorong
Urantai Puranggadu ialah sebuah negeri yang dimiliki oleh Raja Cholan Tittan dan negeri ini terkenal dengan pelbagai jenis pernigaan. Pusat perniagaan direka bentuk secara sistematik dengan menyediakan jalan dan lorong yang sesuai. Terdapat juga deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Perkataan aavanam merujuk deretan kedai manakala marugu pula ialah lorong. Baris ini memberikan maklumat tentang kemahiran masyarakat Tamil zaman cangam dalam pengurusan perniagaan. Di samping itu, mereka memiliki sistem perbandaran dan pentadbiran yang teratur.
4.3.1.1
Umanar (Peniaga Garam)
Garam ialah sejenis galian yang terdiri daripada natrium klorida. Garam berbentuk pepejal berwarna putih, rasa masin dan diperoleh daripada air laut. Garam penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam, masin, merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garam dikenali sebagai uppu dalam kalangan masyarakat Tamil. Ia merupakan bahan perasa dan pengawet bahan makanan yang amat penting. Antologi Akananuru memaparkan perlakuan menjual garam oleh golongan umanar.
Masyarakat Tamil memberikan kepentingan kepada garam. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa peribahasa yang terdapat dalam kalangan masyarakat Tamil. Peribahasa uppu illah 242
pandam kuppaiyileh (makanan tanpa garam adalah kurang sedap) dan uppiddavarai ullalavum ninai (sentiasa mengenangkan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh orang lain) membuktikan kepentingan garam dalam kalangan masyarakat Tamil. Memandangkan kegunaan dan kepentingan garam, maka galian ini memperoleh status ekonomi yang tinggi. Penghasilan dan perniagaan garam giat dilakukan oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Aktiviti perniagaan garam digambarkan dalam antologi Akananuru.
î裙 àñí˜ ðF«ð£° ªï´ªïP
(Akananuru,390:3)
tatarkhol umanar patiphogu neduneri
peniaga membawa garam untuk dijual
Menurut puisi ini, peniaga garam dikenali dengan nama umanar. Peniaga membawa garam dari satu tempat ke tempat yang lain untuk dijual. Puisi-puisi berikut membuktikan kewujudan perniagaan garam dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Peniaga garam menggunakan kereta keldai untuk mengangkut garam. ªè£´ƒ«è£™ àñí˜......
(Akananuru,17:13)
kodungkhol umanar……
peniaga garam menggunakan kayu kecil untuk memukul kerbau yang menarik kereta beroda à․¹æ… àñí˜ Ü¼‣¶¬ø «ð£‚°‥
(Akananuru,30:5)
uppuohi umanar arunturai phokkum
peniaga menjual garam di persisiran pantai
Üõíî£è․ ªð£¼œ â¡Á àñí˜ èíG¬ó Ü¡ù ð™è£Ÿ °Á‥ªð£¬ø
(Akananuru,337:5-6)
avanataaga porul yendru umanar gananirai anna palkaar kurumporai
peniaga membawa muatan garam yang banyak dengan menggunakan kereta keldai 243
ñó‥«è£œ àñ‡ñè¡ ªðò¼‥ ð¼F․ ¹¡î¬ô C¬î•î õ¡î¬ô ï´è™
(Akananuru,343:4-5)
maramkhol umanmagan peyarum paruti puntalai sitaitta vantalai nadugal
kereta keldai membawa garam kelihatan usang dan kotor
Kaum umanar bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk menjual garam. Semasa dalam
perjalanan,
mereka
seringkali
berehat
dan
memasak
makanan.
Selepas
menghilangkan kepenatan, mereka akan bergerak terus menuju destinasinya. Perkataan kana nirai dalam puisi 337 merujuk muatan yang banyak. Manakala, amanmagan dalam puisi 343, merujuk pada peniaga garam. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa golongan umanar turut dikenali dengan nama amanmagan.
Maklumat tentang tapak penghasilan garam turut dipaparkan dalam antologi Akananuru. Pujangga Nakkeeranaar menggambarkan keadaan tapak penghasilan garam dalam puisi yang ke-120.
èN„²ø£ âP‣î ¹‡î£œ Ü•FK ªï´c˜ Þ¼ƒèN․ ðKªñL‣¶ ܬêÞ
(Akananuru,120:10-11)
kaleechura yerinta puntaal attiri neduneer irungkali parimelintu asai
tapak garam dipenuhi ikan yu, dan ia sering menggigit kaki keldai
Puisi ini menyatakan tentang ikan yu (kaliccuraa) yang hidup berhampiran tapak penghasilan garam. Tapak penghasilan garam dikenali sebagai irunggali ataupun uppanggali. Ikan-ikan ini menyerang keldai (attiri) yang digunakan untuk menarik kereta garam (kaliccuraa yerinta puntaal attiri).
244
Perlakuan menjual garam turut dibincangkan oleh pujangga Avvaiyaar dalam antologi Akananuru. Puisi yang ke-303 memaparkan perlakuan ini.
õø¡ñó‥ ªð£¼‣Fò Cœi ´ñí˜ èíG¬ó ñEJ¡ ݘ‚°‥ ²óQø‣¶
(Akananuru,303:17-18)
varanmaram poruntiya silveedu umanar kananirai maniyin aarkkum suranirantu
garam dibawa untuk dijual, menggunakan kereta lembu kereta lembu dihias cantik, serta loceng kecil menghiasi leher lembu
Avvaiyaar menyatakan bahawa golongan umanar membawa garam dengan menggunakan kereta lembu. Mereka mengharungi hutan menuju ke pusat penjualan garam. Kereta lembu pula dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang menarik. Loceng-loceng kecil yang digantungkan pada leher lembu berbunyi nyaring dan menandakan kehadiran penjual garam (gana nirai maniyin aarkkum suranirantu).
Pujangga Uraiyoor Marutuvan Taamotaranaar menyatakan perlakuan umum para peniaga garam (umanar).
èOÁ²¬õ• F†ì «è£¶¬ì• îîó™ è™ô£ àñ혂°• b͆´ Ý°‥
(Akananuru,257:16-17)
kalirusuvai tidda khotudai tataral kallaa umanarkku teemooddu aagum
mengumpul kayu-kayu kecil yang ditinggalkan oleh gajah para peniaga garam yang tidak berpendidikan mengutip kayu-kayu kecil untuk menghasilkan api
Pada hakikatnya, para peniaga garam merupakan golongan yang tidak berpendidikan. Mereka tidak mempunyai peluang untuk belajar (kallaa umanar). Golongan ini menjual
245
garam untuk menyara hidup. Semasa mengharungi hutan, mereka mengumpulkan kayukayu kecil yang ditinggalkan oleh gajah (kalirusuvai tidda).
Kayu-kayu kecil yang kering ini digunakan untuk menghasilkan api bagi memasak makanan (teemooddu aagum) dan minuman. Melalui kenyataan ini, dapat dirumuskan bahawa perniagaan garam merupakan salah satu pekerjaan yang rumit dan melibatkan perjalanan jauh ke dalam hutan yang penuh dengan pelbagai cabaran.
Masyarakat Tamil zaman cangam mengenali keenakan garam dan permintaan terhadap garam adalah tinggi. Oleh yang demikian, usaha pengeluaran garam diadakan secara meluas. Penghasilan garam dilakukan di kawasan persisiran pantai (neythal). Kaum baratavar yang tinggal di kawasan ini mengusahakan penghasilan garam. Þ¼ƒèN„ ªêÁM¡ àö£Ü¶ ªê…î ªõ‡è™ à․H¡ ªè£œ¬÷ ꣟P
(Akananuru,140:2-3)
irunggali seruvin ulaatu seita venkal uppin kollai saadri
para pekerja di tapak penghasilan garam menghasilkan garam kasar
Kenyataan ini, membuktikan penglibatan masyarakat Tamil zaman cangam dalam bidang penghasilan garam kasar (venkal uppu). Hal ini membuktikan kewujudan dua jenis garam, iaitu, garam halus dan garam kasar. Kesemua kenyataan ini membuktikan kemahiran masyarakat Tamil zaman cangam dalam bidang penghasilan dan penggunaan garam. Amalan menggunakan garam masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat dunia. Garam mempunyai kepentingan yang tersendiri.
246
4.3.1.2
Malar Virpor (Peniaga Bunga)
Sesuatu perniagaan wujud apabila adanya permintaan dan penawaran. Barangan dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan dan penawaran membuka ruang untuk aktiviti perniagaan. Bunga digunakan untuk pelbagai tujuan oleh masyarakat dunia, maka, wujud permintaan dan penawaran bunga. Perniagaan bunga merupakan salah satu perniagaan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Bunga digunakan secara meluas oleh mesyarakat Tamil. Hampir kesemua aktiviti keagamaan dan aktiviti kebudayaan seperti perkahwinan dan perayaan menggunakan bunga. Oleh yang demikian, permintaan terhadap bunga adalah tinggi. Masyarakat Tamil menggunakan bunga untuk tujuan-tujuan yang berikut: Rajah 4.9: Penggunaan Bunga
Bil
Aktiviti
Penggunaan
1
Penyembahan Tuhan
Kalung bunga, bunga dalam upacara penyembahan Tuhan
2
Upacara kebudayaan
Kalung bunga dalam upacara perkahwinan dan perayaan
3
Perhiasan diri
4
Perubatan
Penggunaan bunga dalam bidang perubatan, penawar
5
Makanan
Penggunaan bunga dalam masakan seperti bunga murungai
Bunga pada perhiasan sanggul dan digunakan sebagai pewangi
Bunga merupakan sumber alam semulajadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan masyarakat Tamil. Tradisi penggunaan bunga dalam upacara kebudayaan masih dikekalkan. Buat masa kini perniagaan bunga dan kalung bunga merupakan perniagaan yang laris. Bunga dijadikan lambang tempat kehidupan (thinai-ecological zones) masyarakat Tamil zaman cangam. Setiap thinai mempunyai jenis bunga yang tertentu.
247
Rajah 4.10: Bunga Mengikut Thinai
Bil.
Thinai
Jenis Bunga
1
Kurinchi (Kawasan pergunungan)
Bunga kurinchi dan bunga venggai
2
Mullai (Kawasan hutan)
Bunga mullai
3
Marutham (Kawasan pertanian)
Bunga taamarai, kuvalai dan sengal
4
Neytal (Laut dan persisiran pantai)
Bunga punnai
5
Paalai (Kawasan kering kontang)
Bunga kuraa dan maraa
Teks-teks klasik Tamil membincangkan pelbagai maklumat tentang penggunaan bunga dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Antaranya, ialah, antologi Aingkurunuru memberikan maklumat tentang jenis-jenis bunga yang diperoleh di tempat kediaman masyarakat Tamil. Þ‣Fó MöM™ ÌM¡ Ü¡ù
(Ainkurunuru,62:1)
Indera vilavil poovin anna
membawa pelbagai bunga ke Indera vilah
Pada musim perayaan Indera vilah para pengunjung dari kawasan sekitar mengerumuni tapak perayaan. Mereka membawa pelbagai jenis bunga dari tempat tinggal masing-masing. Ini bermakna setiap tempat mempunyai jenis bunga yang berlainan, dan mereka membawa bunga dari tempat tinggalnya sebagai tanda penghotrmatan.
Pujangga Kaavan Mullai Pootanaar memaparkan aktiviti perniagaan bunga seperti berikut: ð£˜õ™ ªõ¼A¡ ØâJŸÁ Ü¡ù õKªñ¡ º¬èò ¸‡ªè£® ÜFó™ ñ™èè™ õ†®ò˜ ªè£œMì‥ ªðø£Ü˜ M¬ôë˜ åN•î î¬ô«õ… 裡ñô˜ «î‥𣅠º™¬ôªò£´ 룃è˜․ «ð£‚A
(Akananuru,391:1-5) 248
paarval verukin kooryeyidru anna varimen mugaiya noonkodi atiral malgagal vaddiyar kolvidam peraar vilaghar olitta talaivhey kaanmalar tempaai mullaiyodu gaangar pokki
di pasar siang pelbagai jenis bunga dijual bunga-bunganya dipamerkan dalam bekas yang cantik para peniaga bunga memanggil pembeli dengan suara yang lantang
Puisi ini menggambarkan suasana penjualan dan pembelian bunga melor (mugaiya noonkodi). Penjual mempamerkan bunga melor dalam dulang yang dikenali sebagai vaddiyar.
Kesemua kenyataan ini membuktikan kewujudan perniagaan bunga pada zaman cangam. Penggunaan dan perniagaan bunga masih lagi kekal dalam kalangan masyarakat Tamil. Bunga merupakan salah suatu unsur alam semulajadi yang dihormati oleh masyarakat Tamil.
4.3.1.3
Kal Virpor (Peniaga Air Nira atau Todi)
Minuman yang dibuat daripada perahan beras serta air kelapa muda adalah terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Minuman ini dikenali sebagai todi (kal), air nira (pulippatan) dan tuak (theral) dalam bahasa Tamil. Mereka meminum air nira untuk menyambut sesuatu peristiwa seperti kemenangan dalam perang, majlis perkahwinan dan sambutan perayaan. Di samping itu, air nira juga diminum untuk menghilangkan kepenatan yang disebabkan oleh kerja-kerja harian.
Pada zaman cangam perniagaan air nira dilakukan seperti mana penjualan minuman pada zaman kini. Kedai menjual minuman air nira terletak dalam deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Hal ini digambarkan oleh pujangga Kalladanaar. 249
ªï´ƒªè£® ¸ìƒ°‥ Gòñ Íɘ ïø¾ªï£¬ì ï™Þ™ ðî¾ºîŸ HE‚°‥
(Akananuru,83:7-8)
nedungkodi nudanggum niyama mootoor naravunodai nallil patavumutar pinikkum
deretan kedai di kampung wujudnya kedai todi di antara deretan kedai
Nedungkodi nudanggum niyama mootoor bermaksud deretan kedai yang terdapat dalam kampung berkenaan. Antara deretan kedai ini terdapat kedai yang menjual minuman todi.
Masyarakat tanah Paalai mahir dalam pembuatan air nira. Mereka membuat air nira dengan beras yang ditumbuk dan digaul bersama air. Campuran ini ditapis dan air diisikan ke dalam periuk khas. Campuran ini dibiarkan sehingga menjadi masam. Minuman masam ini dikenali
sebagai
pulippatan
(air
nira).
Pujangga
Viddroodru
Mooteyinanaar
menggambarkan amalan meminum air nira dalam puisi yang ke-37. ¹O․ðî¡ Ü¬ñ‣î ¹¶‚°ì ñL˜G¬ø ªõJ™ªõK‣ GÁ•î ðJ™Þî›․ 𲃰¬ì‚ èòñ‡´ ð膮¡ ð¼A
(Akananuru,37:9-11)
pulippatan amanita putukkuda malirnirai veyilverin nirutta payilital pasungkudai kayamandu pagaddin parugi
air nira dibuat dengan tepung beras tepung beras digaul bersama air dan ditapis campuran ini disimpan dalam periuk khas sehingga ia menjadi masam
Pujangga Paranar pula memaparkan amalan meminum air nira oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Peristiwa ini berlaku di tanah marutham. 膪裇´ ñÁ°‥ ê£è£´ Ü÷ŸÁàP¡ Ý…è´‥¹ Ü´‚°‥ 𣅹ù™ áó!
(Akananuru,116:3-4)
kadkondu marugum saagaadu aladrurin aaikadumbu adukkum paaipunal oora! kereta beroda membawa air nira ke tapak penuaian! 250
Masyarakat tanah marutham terlibat dalam aktiviti menuai padi dan pada masa itu sebuah kereta beroda membawa air nira. Air nira diminum untuk melegakan kehausan sepertimana meminum air pada zaman sekarang. Perkataan kadkondu marugum adalah merujuk kereta roda yang membawa air nira.
Amalan meminum air nira terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Mereka menukarkan barang-barang keperluan harian dengan air nira. Amalan meminum air nira digambarkan seperti berikut:
èœÝ˜ M¬ùë˜ è÷‣ªî£Á‥ ñÁ°‥
(Akananuru,84:13)
kalaar vinaighar kalantorum marugum
hati bergembira meminum air nira
Air nira turut diminum untuk kegembiraan hati. Kegembiraan yang dialami oleh peminum air nira digambarkan dalam rangkai kata kalaar vinaighar kalantorum marugum.
Antologi Akananuru membuktikan beberapa peristiwa tentang amalan meminum air nira oleh golongan raja dan pembesar. Antaranya ialah perlakuan tentang seorang raja yang bernama Nannan terlibat dalam aktiviti riadah dengan meminum air nira (naravu).
ïø¾ñA› Þ¼‚¬è, ï¡ù¡ «õ‡ñ£¡
(Akananuru,97:12)
naravumagil irukkai, Nannan vhenmaan
Raja Nannan gembira hati meminum air nira
Perkataan naravu dalam baris ini merujuk pada minuman air nira ataupun todi.
Pujangga Madurai Ilampaalaasiriyan Shengkoottan menggambarkan perlakuan seorang wira (kaanavan) tanah kurinci yang meminum air nira. 251
è¿F™ è£ùõ¡ HNñA›‣¶ õF‣ªîù
(Akananuru,102:2)
kalutil kaanavan pilimagintu vatintena
wira yang meminum air nira berperang
Yelini merupakan seorang raja yang terkenal dalam medan perang. Anggota tentera Yelini meminum air nira (tempili) lalu menyerang musuh. Peristiwa ini digambarkan oleh pujangga Thayangkannanaar :
M¬ùõ™ Ü‥H¡ M¿•ªî£¬ì ñøõ˜ «î‥HN ïÁƒèœ ñAN¡, º¬ùèì‣¶
(Akananuru,105:13-14)
vinaival ambin viluttodai maravar thempili narungkal magilin, munaikadantu
pasukan Raja Yelini meminum air nira sebelum berperang
Maravar ialah askar pertahanan dan thempili pula gelaran bagi air nira.
Kaum Kosalar merupakan askar pertahanan yang berwibawa. Kemahiran berperang oleh kaum Kosalar digambarkan dalam puisi yang ke-113.
è£․¹‚ ¬è‣GÁ•î ð™«õŸ «è£ê˜ Þ÷ƒèœ èñ¿‥ ªï…î™Ü‥ ªêÁM¡
(Akananuru,113:5-6)
kaappu kainnirutta palvher Kosalar ilangal kamalum neytalam seruvin
raja ditempatkan di kawasan terpencil dan selamatl mereka minum air nira yang harum menyambut kemenangan
Semasa berperang, kaum kosalar menempatkan raja mereka di tempat terpencil dan selamat (kaappu kainirutta palvehr kohsalar). Selepas menewaskan musuh, mereka minum air nira yang harum (ilangal kamalum) sebagai tanda kemenangan.
252
Pujangga Paranar pula membincangkan amalan meminum air nira dalam kalangan golongan petani tanah marutam. ÜK‣¶è£™ °M•î ªê‣ªï™ M¬ùë˜ è†ªè£‡´ ñÁ°‥ ê£è£´ Ü÷ŸÁàP¡ Ý…è´‥¹ Ü´‚°‥ 𣅹ù™ áó
(Akananuru,116:2-4)
Arintukaal kuvitta sennel vinaighar Kadkondu marugum saagaadu aladrurin Aaikadumbu adukkum paaipunal oora
para petani yang menuai padi kehausan kereta beroda membawa air nira barang makanan ditukar dengan air nira
Golongan petani tanah marutam melakukan aktiviti menuai padi dan pada masa ini tiba sebuah kereta beroda yang menjual air nira. Para petani menukar barangan makanan untuk mendapatkan air nira. Kenyataan ini membuktikan bahawa air nira bukan sahaja diminum untuk kegembiraan hati malah untuk menghilangkan kepenatan bekerja serta meredakan kehausan.
Pujangga Madurai Maruthanilanaaganaar turut membicarakan perlakuan meminum air nira dalam kalangan masyarakat tanah kurinci. Ü‥ð¬ù M¬÷‣î «î‚è† «ìø™ õ‡´ð´ è‡Eò˜ ñA¿‥ YÚ˜
(Akananuru,368:14-15)
ambanai vilainta thekaddheral vandupadu kanniyar magilum seeroor
air nira yang dibuat daripada madu tulin mereka yang minum air nira pasti akan bergembira hati
Puisi ini menyatakan bahawa, air nira turut dibuat daripada madu tulin yang dikutip daripada buluh hutan. Mereka yang meminum minuman ini pasti akan bergembira hati.
253
Pujangga Paranar memaparkan negeri Urantai Purangkaadu kaya dengan hasilan madu tulin. Madu yang berkualiti tinggi ini dijadikan sebagai minuman oleh masyarakat Urantai Purangkaadu.
Þ¼‥HN ñè£ÜKš Ü¿ƒè™ Íɘ
(Akananuru,122:1)
irumbili mahaariya alunggal mootoor
air nira yang dihasilkan daripada madu tulin
Baris ini memberikan maklumat tentang bahan yang digunakan untuk pembuatan air nira. Air nira bukan sahaja dihasilkan daripada air kelapa malahan madu tulin juga digunakan untuk mendapatkan air nira.
Air nira juga digunakan dalam kebanyakan upacara harian termasuk perang dan majlis perkahwinan. Pujangga Uraiyoor Mutukoottanaar memaklumkan bahawa salah seorang Raja Cholan berperang dengan musuh dan berjaya menewaskannya. Angkatan tenteranya menyambut kemenangan ini dengan meminum air nira. Þ¡è´ƒ èœO¡ àø‣¬î Ý…è¡
(Akananuru,137:6)
inkadung kallin urantai aaykan
angkatan tentera meminum air nira sebagai tanda kemenangan
Kesemua maklumat ini membuktikan amalan meminum air nira dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Perlakuan meminum air nira masih diamalkan oleh masyarakat Tamil. Tetapi tujuan meminum air nira telah berubah malahan pada zaman kini air nira diminum untuk mengembirakan hati. Sebaliknya, pada zaman cangam air nira diminum untuk melegakan kehausan dan menyambut sesuatu peristiwa yang mengembirakan hati.
254
4.3.1.4
Pandamaadru (Sistem Barter)
Sistem barter merupakan amalan perniagaan yang tidak melibatkan penggunaan wang. Secara ringkasnya, pertukaran dan pengagihan wang tidak wujud dalam sistem barter. Barangan yang diperoleh daripada sesuatu tempat ditukar dengan barangan yang diperoleh daripada tempat lain. Pada zaman klasik, kaum pengembala kambing (aadu idaiyar) memberikan susu kambing untuk mendapatkan bijian. Maklumat ini dibentangkan dalam antologi Kuruntogai : ð£ªô£´ õ‣¶ êö£´ ªðò¼‥ Ý´¬ì Þ¬ìñè¡ ªê¡Q
(Kuruntogai,221:3-4)
paalodu vantu koolodu peyarum aadudai idaimagan senni
pengembala kambing menukarkan susu dengan beras dan bijian
Para pengembala membawa susu kambing lalu menukarkannya dengan hasil pertanian seperti beras dan bijian (kelvaragu, varagu dan tinai). Kesemua ini ialah bijian makanan masyarakat Tamil zaman cangam. Amalan memakan bijian ini masih wujud dalam kalangan masyarakat Tamil zaman kini.
Antologi Purananuru pula menyatakan perlakuan sistem barter seperti berikut: 裡 à¬ø õ£›‚¬è‚ èî «õ†´õ¡ ñ£¡î¬ê ªê£K‣î õ†®»‥, Ý…ñèœ îJ˜ªè£´ õ‣î î²‥¹‥, G¬øò ãK¡ õ£›ï˜ «ðK™ ÜK¬õò˜ °÷‚W› M¬÷‣î è¬÷‚ªè£œ ªõ‡í™
(Purananuru,33:1-5)
kaan urai vaalkkai katanaai vhedduvan maantasai sorinta vaddiyum, aaimagal tayirkodu vanta tasumpum, niraiya yerin vaalnar pheril arivaiyar kulakkeel vilainta kalaikol vennel
pemburu berjaya memburu rusa menukarkan daging rusa dengan hasil pertanian daripada kaum petani 255
Menurut puisi ini, seorang pemburu (vhedan) menukarkan hasil pemburuan dengan seorang petani (ulavar). Daging rusa yang merupakan hasil pemburu (vedan) ditukarkan dengan beras yang merupakan hasil pertanian golongan petani (ulavar).
Kedua-dua puisi ini membuktikan kewujudan sistem barter dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Sistem barter dilakukan untuk penukaran barangan dan perkhidmatan. Ia boleh dilakukan di antara dua atau beberapa pihak. Melalui sistem ini mereka perlu membuat pilihan sesamanya untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang dikehendaki.
Antologi Akananuru membekalkan beberapa maklumat yang berkaitan dengan sistem barter dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Mereka menukarkan barang keperluan yang dikehendakinya dengan barang yang ada pada mereka.
ð²e¡ ªï£´•î ªõ‣ªï™ ñ£Ü• îJ˜IF Iî¬õ ݘ•¶õ‥ Gù‚«è
(Akananuru,340:14-15)
pasumeen nodutta vennel maat tayirmiti mitavai aarttuvam ninaikkhe
ikan segar yang baru ditangkap ditukarkan dengan beras putih
Pujangga Nakkeeranaar menyatakan bahawa ikan segar yang baru ditangkap ditukarkan dengan beras putih.
Puisi ini membuktikan kewujudan sistem barter dalam kalangan
masyarakat Tamil zaman cangam.
Pujangga Kudavaayir Keerattanaar (Akananuru:60), Paalai Paadiya Perungkadungoh (Akananuru:337) dan Ammoovanaar (Akananuru:140 dan 390) menyatakan bahawa garam digunakan sebagai bahan penukaran untuk mendapatkan beras padi . Kedua-dua barang ini ditukar dengan sukatan yang sama. 256
à․¹ªï£¬ì ªï™L¡ Íó™ ªõ‡«ê£Á
(Agananuru,60:4)
uppunodai nellin mooral venshoru
garam ditukar dengan beras putih
ªï™L¡ «ï«ó ªõ‡è™ à․¹
(Akananuru,140:7)
nellin nhereh venkal uppu
padi ditukar dengan garam
ªï™½‥ à․¹‥ «ï«ó ág˜!
(Akananuru,337:8)
nellum uppum nhereh ooreer!
padi dan garam mempunyai kepentingan yang sama
ªï™½‥ à․¹‥ «ï«ó ág˜!
(Akananuru,390:8)
nellum uppum nhereh ooreer!
padi dan garam ditukar sesama dengan nilai yang sama!
Kaum Umanar melakukan penjualan garam dengan menggunakan sistem barter. Mereka memberikan garam (uppu) untuk mendapatkan beras ataupun padi (nel). Uppunodai nell (Agananuru:60), nellin nereh venkal uppu (Akananuru:140) dan nellum uppum nereh (Akananuru:337 dan 390:8) membuktikan kepentingan beras, padi dan garam dalam kehidupan harian masyarakat Tamil zaman cangam. Di samping itu, pujangga juga memaklumkan bahawa garam yang digunakannya adalah garam kasar yang berwarna putih (venkal uppu).
Amalan sistem barter oleh masyarakat Tamil zaman cangam turut dibincangkan oleh pujangga Kallaadanaar dalam puisi yang ke-83.
è¬øÜ® ñì․H® è£ù•¶ Üôø‚ èOŸÁ‚ è¡ÁåN•î àõ¬èò˜,èLCø‣¶ 257
較裙 ñó£Ü•¶‚ ªè£¿ƒªè£‥¹ H÷‣¶ ªð¼‥ªð£N ªõ‡ï£˜ Ü¿‣¶ðì․ ̆® ªï´ƒªè£® ¸ìƒ°‥ Gòñ Íɘ ïø¾ªï£¬ì ï™Þ™ ðî¾ºîŸ HE‚°‥
(Akananuru,83:3-8)
karaiadi madappidi kaanattu alara kalidru kandruolitta uvagaiyar, kalisirantu karungkaal maraattu kolungkombu pilantu perumpoli vennaar aluntupada pooddi nedungkodi nudangum niyama mootoor naravunodai nalil patavumutar pinikkum
vhedar dari tanah Paalai berjaya menangkap seekor anak gajah anak gajah itu ditukarkan dengan seorang peniaga utnuk mendapatkan air nira
Seorang pemburu (vhedar) tanah paalai berjaya menangkap seekor anak gajah (kalidru kandru). Anak gajah itu diberikan kepada seorang peniaga untuk mendapatkan air nira. Puisi ini membuktikan kewujudan sistem barter yang melibatkan gajah dan air nira. Air nira dianggap sebagai bahan bernilai sehingga anak gajah dijadikan sebagai bahan penukaran.
4.3.2
Ulavu (Pertanian)
Makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan tiga elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Antara ketiga-tiga elemen ini, makanan memainkan peranan yang amat penting. Sejak zaman dahulu kehidupan manusia bergantung kepada usaha mencari makanan. Hampir segala aktiviti harian adalah untuk mendapatkan makanan.
Pertanian merupakan salah satu perlakuan asas untuk mendapatkan makanan. Manusia memperoleh kebanyakan makanan melalui penanaman sayuran dan buah-buahan serta pemburuan. Pertanian juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kemajuan masyarakat manusia. Perkataan ulavu merujuk bidang pertanian, golongan petani lelaki dikenali sebagai ulavar dan petani perempuan pula dikenali sebagai ulattiyar. 258
Barang-barang makanan seperti beras, gandum, bijian, sayuran dan buah-buahan diperoleh melalui aktiviti pertanian. Di samping itu, pertanian juga memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan ekonomi sesebuah negara. Oleh yang demikian, bidang pertanian dianggap sesuatu yang amat penting dalam kehidupan masyarakat dunia.
Pujangga Avvaiyaar menyatakan kelebihan dan kepentingan bidang pertanian dalam teks Nalvali. Masyarakat manusia menghormati dan menyanjungi bidang pertanian disebabkan oleh kepentingannya terhadap kehidupan manusia.
ÝŸøƒ è¬óJ¡ ñóº‥ ÜóêPò iŸP¼‣î õ£›¾‥ M¿‥ Ü¡«ø - ãŸø‥ ࿶‡´ õ£›õ å․H™¬ô 臯˜ 𿶇´ «õ«ø£˜ ðE‚°
(Nalvali:13)
aarrang karaiyin maramum arasariya veedrirunta vaalvum vilum andreh – yhedram ulutundu vaalvatarkku oppillai kandeer palutunddu vheror panikku
kerajaaan yang kukuh, boleh tumbang tanpa sebarang identiti, manakala tidak ada yang lebih mulia dari pertanian
Avvaiyaar menyatakan bahawa tidak ada pekerjaan ataupun perlakuan yang lebih mulia daripada bidang pertanian. Para petani merupakan golongan manusia yang amat disanjungi dibanding dengan golongan yang lain. Petani dan pertanian merupakan dua elemen yang tidak dapat disingkirkan daripada kemajuan manusia sejagat. Ia merupakan sumber makanan bagi masyarakat manusia, maka, kedua-dua elemen ini disanjungi dan dihormati oleh masyarakat dunia.
Teks Thirukkural turut membincangkan keagungan dan kepentingan bidang pertanian. Thiruvalluvar memperuntukkan satu bab khas (Thirukkural,Ulavu:104) untuk memaparkan kepentingan dan kelebihan bidang pertanian. 259
²ö¡Á‥ã˜․ H¡ù¶ àôè‥; Üîù£™ àö‣¶‥ àö«õ î¬ô sulandrumyher pinnatu ulagam atanaal ulantum ulaveh talai
pertanian merupakan pekerjaaan yang teragung dan terpenting di dunia ini. à¿õ£˜ àôè•î£˜‚° ÝEÜç¶ ÝŸø£¶ â¿õ£¬ó â™ô£‥ ªð£Á•¶ uluvaar ulagattaarkku aaniaktu aadraatu yeluvaarai yellaam poruttu
(Thirukkural:1035)
kaum petani tidak mengharapkan bantuan daripada orang lain malahan mereka yang menghulurkan bantuan kepada orang lain. àöMù£˜ ¬è‥ñìƒA¡ Þ™¬ô M¬öõÉà‥ M†«ì£‥⡠𣘂°‥ G¬ô ulavinaar kaimmadangin illai vilaivatoom viddohmyen paarkkum nilai
(Thirukkural:1034)
petani yang kaya dengan hasil penanaman merupakan lebih berwibawa jika dibanding dengan golongan raja Þóõ£˜ Þó․𣘂°å¡Á ßõ˜ èóõ£¶ ¬è¶ªê…¶á‡ ñ£¬ô òõ˜ iravaar irappaarkkuondru eevar karavaatu kaiseituoon maalai yavar
(Thirukkural:1033)
kaum petani yang membekalkan makanan kepada masyarakat manusia merupakan pemimpin yang ideal. ðô°¬ì cö½‥ î‥°¬ì‚W›‚ 裇ð˜ Üô°à¬ì cö ôõ˜ palakudai neelalum tamkudaikkeel kaanbar alaguudai neela lavar
(Thirukkural:1032)
kaum petani merupakan tunjang bagi kehidupan manusia di dunia ini. à¿¶à‡´ õ£›õ£«ó õ£›õ£˜; ñŸø¶ â™ô£‥ ªî£¿¶à‡´ H¡ªê™ ðõ˜ ulutundu vaalvaareh vaalvaar; madratu yellaam tolutundu pinsel pavar
(Thirukkural:1031)
(Thirukkural:1036)
sekiranya golongan petani tidak mengusahakan aktiviti pertanian maka masyarakat dunia akan menghadapi masalah kebuluran.
260
ªî£®․¹¿F èçê£ àí‚A¡ H®•¶â¼¾‥ «õ‡ì£ ê£ô․ ð´‥ todippuluti kaksaa unakkin pidituyeruvum vehndaa saala padum
sekiranya tanah digemburkan dengan proses penenggalaan yang baik maka hasilnya adalah lumayan. ãKÂ‥ ï¡ø£™ â¼Þ´î™; è†ìH¡ cKÂ‥ ï¡ÁÜî¡ è£․¹ yehrinum nadraal yeruidutal; kaddapin neerinum nandruatan kaappu
(Thirukkural:1039)
petani harus menjaga dan mengawasi tanah pertanian sepanjang masa, sekiranya gagal melakukan perkara ini maka aktiviti pertanian tidak akan berjaya. Þô‥â¡Á ܬêÞ Þ¼․ð£¬ó‚ è£E¡ Gô‥â¡Â‥ ï™ô£œ ï°‥ ilamyendru asai iruppaarai kaanin nilamyennum nallaal nagum
(Thirukkural:1038)
menaburkan membaja, membersihkan tapak penanaman, dan mengawal penanaman akan menjamin hasil pertanian yang banyak. ªê™ô£¡ Aöõ¡ Þ¼․H¡ Gô‥¹ô‣¶ Þ™ô£O¡ á® M´‥ sellaan kilavan iruppin nilampularntu illaalin oodi vidum
(Thirukkural:1037)
(Thirukkural:1040)
manusia tidak perlu risau tentang hasil kekayaan sekiranya mempunyai tanah pertanian.
Kesemua kuplet ini memaparkan keagungan golongan petani dan kepentingan bidang pertanian. Pertanian merupakan pekerjaan yang terunggul dan terpenting di dunia ini. Para petani dianggap sebagai golongan yang terpenting dalam masyarakat sejagat. Mereka adalah golongan yang amat disanjungi dan dihormati. Tanpa kewujudan mereka, masyarakat dunia tidak akan memperoleh makanan. Masyarakat manusia akan menghadapi kebuluran dan menderita di dunia ini.
Masyarakat Tamil zaman cangam menceburi bidang pertanian secara meluas. Mereka giat menanam padi, tebu, sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan. Barang-barang makanan 261
dijual ataupun ditukar dengan barangan lain. Antologi Akananuru membentangkan banyak maklumat tentang kegiatan pertanian masyarakat Tamil zaman cangam.
4.3.2.1
Nel Payiridal (Menanaman Padi)
Padi merupakan makanan asas bagi masyarakat Tamil. Kebanyakan penduduk negara Asia memberikan keutamaan terhadap beras dan pelbagai makanan dibuat daripadanya. Memandangkan kepentingan dan keperluannya maka, penanaman padi berkembang maju dalam kalangan masyarakat Tamil. Sejak zaman cangam penanaman padi dilakukan secara meluas.
Padi dikenali sebagai nel dan beras pula dikenali sebagai arisi dalam bahasa Tamil. Padi dan beras memainkan peranan penting dalam kebudayaan masyarakat Tamil. Selain sebagai barang makanan padi dan beras juga digunakan dalam aktiviti kebudayaan masyarakat Tamil.
Upacara kebudayaan seperti perkahwinan, perayaan keagamaan dan pengebumian dikendalikan dengan taburan padi dan beras. Semasa upacara perkahwinan, padi ditaburkan ke atas kepala pasangan pengantin sebagai lambang kehidupan yang ideal. Padi merupakan biji benih yang masih subur dan akan menghasilkan keturunannya. Para tetamu mendoakan agar pasangan pengantin dapat membina kehidupan baru dengan menghasilkan keturunan seperti mana padi. Padi digunakan sebagai lambang simbolik bagi kehidupan yang berterusan.
Manakala, beras merupakan bijirin yang tidak bernyawa serta tidak dapat menghasilkan keturunannya. Ia dijadikan sebagai lambang simpolik tentang sesuatu penghabisan. Maka, beras ditaburkan pada mayat (vaaikarisi) serta didoakan agar roh berkenaan mendapat 262
kehidupan yang baru. Kedua-dua perkara ini tidak dapat disingkirkan daripada kehidupan manusia. Kedua-dua amalan ini masih wujud dalam kalangan masyarakat Tamil.
Perayaan ponggal
merupakan salah satu perayaan kebudayaan yang penting bagi
masyarakat Tamil. Perayaan ini disambut selama tiga hari, iaitu, phogi ponggal (hari sebelum ponggal), veeddu ponggal
ataupun
perumponggal (hari pertama), maaddu
ponggal (hari kedua), dan kaanum ponggal (hari ketiga). Ponggal ialah nasi yang dimasak bersama gula hitam. Beras baru yang segar digunakan untuk membuat ponggal. Padi dan beras menjadi bahan utama dalam perayaan ponggal. Perayaan ponggal masih lagi disambut oleh masyarakat Tamil dan perayaan telah sebati dalam kehidupan masyarakat Tamil.
Secara keseluruhannya, penanaman padi membuktikan arus permodenan yang telah wujud dalam kalangan masyarakat Tamil klasik. Penanaman padi yang bersistematik dan teratur memerlukan penempatan masyarakat yang tetap. Titik permulaan permodenan manusia di dunia ini wujud melalui konsep pemastautinan tetap. Maka, amalan penanaman padi oleh masyarakat Tamil membuktikan perkembangan kemajuan masyarakat Tamil zaman cangam.
Kebanyakan aktiviti pertanian dilakukan di tanah kurinci dan marutham. Kedua-dua jenis kawasan ini amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Para petani (ulavar dan ulatiyar) memiliki kemahiran tinggi dan pengalaman yang luas dalam bidang pertanian. Kebanyakan petani terlibat dalam aktiviti mencangkul dan menyuburkan tanah, menabur baja, menanam biji benih, pengairan dan penjagaan tanaman. Tanah pertanian digemburkan dengan proses penenggalaan. Proses ini menjamin kesuburan tanah serta hasil yang banyak. Proses penenggalaan digambarkan dalam antologi Akananuru seperti di bawah ini:
.....................................àÁªðò™ O‚° ãŸø ðôà¿ ªê…ªê… ñ‡«ð£™ ªïA›‣¶, ÜõŸ è½›‣«î
(Akananuru,26:23-25) 263
.....................................urupeyal Tantulikku yedra palaulu sencey Manphol negilntu, avar kalulnthe
banyak hasil pertanian diperoleh dengan penenngalan tanah
Menurut rangkap ini, proses penenggalaan tanah menghasilkan pulangan lumayan. Tanah yang telah digemburkan menjadi lebih lembut dan dapat menyedut air yang banyak. Hal ini menjamin kesuburan tanah serta menghasilkan pulangan banyak dalam kawasan yang terhad. Aktiviti penyuburan tanah menjamin pulangan yang banyak digambarkan secara simbolik oleh pujangga Aavoor Moolangkilaar dalam antologi Purananuru.
å¼H® ð®»… YPì‥ â¿èJÁ ¹ó‚°‥ Aö «õ£«ò! orupidi padiyung seeridam yelukayiru purakkum naadukila vhoyeh!
(Purananuru,40:9-10)
tanah segenggam jika diusahakan dengan baik, maka hasilnya adalah lumayan!
Menurut antologi Akananuru:26 dan Purananuru:40, tanah segenggam jika diusahakan dengan cara yang baik, maka, tanah itu berupaya menghasilkan hasil yang secukupnya. Rangkap ini menyatakan bahawa, jika aktiviti pertanian diusahakan dengan tatacara yang betul, maka makanan untuk tujuh ekor gajah dapat dihasilkan. Ini merupakan lambang simbolik tentang hasil pertanian yang lumayan.
Pada hakikatnya, pujangga memaparkan kepentingan menyuburkan dan membaja tanah. Para petani menggunakan lembu jantan untuk aktiviti penenggalaan tanah. Penggunaan lembu jantan memudahkan proses pengisaran dan menjamin kesuburan tanah. ÜK裙 «ð£›‣¶ ªîKð膴 àöõ˜ arikaal pholntu teripagaddu ulavar
(Akananuru,41:6)
arikaal pholntu teripagaddu ulavar 264
á¡AN• î¡ù ªê…²õ™ ªï´…꣙ M•Fò ñ¼ƒA¡ M¬îðô ï£P
(Akananuru,194:4-5)
oonkili tanna sensuval nedunsaal vittiya marunggin vitaipala naari
oonkili tanna sensuval nedunsaal vittiya marunkin vitaipala naari
Puisi Akananuru:41 dan Akananuru:194 memaklumkan proses penyediaan tanah untuk penanaman padi. Pada awal subuh, para petani melakukan aktiviti penenggalaan. Tanah yang telah melalui proses penenggalaan berkelihatan seperti tanah merah dan sesuai untuk penaburan benih.
Pada zaman kini, proses penenggalaan tanah pertanian dilakukan dengan menggunakan jentera khas. Penggunaan lembu untuk proses penenggalaan telah berkurangan. Lembu diganti dengan jentera dalam bidang pertanian adalah merupakan perubahan zaman. Walau bagaimanapun, masyarakat Tamil masih lagi mengenangkan jasa lembu. Mereka masih lagi menyanjungi dan menghormati lembu. Perayaan ponggal hari kedua (maaddu ponggal) membuktikan penghormatan terhadap lembu. Perayaan ponggal disambut pada awal bulan thai (Januari) setiap tahun.
Perlakuan penyediaan tanah pertanian turut dibincangkan dalam antologi Akananuru. Suatu gambaran tentang kegiatan penyediaan tanah diperincikan oleh pujangga Kundriyanaar dalam puisi yang ke-41.
ªï´ªï™ ܬì„Cò èöQ㘠¹°•î °´I‚ 膮ò ðì․¬ðªò£´ IOó ÜK裙 «ð£›‣î ªîKð膴 àöõ˜ æ¬î• ªîœMO ¹ô‣ªî£Á‥ ðó․ð
(Akananuru,41:4-4)
nedunel adaiciya kalani yer pugutta kudumi kaddiya padapaiyodu milira arikaal pholnta teripagaddu ulavar ootai telvili pulantorum parappa 265
kayu penenggala yang kukuh digunakan untuk menenggala tanah lembu jantan yang sesuai dipilih untuk menenggala tanah padi
Proses penggemburan tanah dilakukan dengan menggunakan lembu yang mahir (teripagaddu) dan kayu penenggala (kalani yer) yang kukuh. Selepas proses penenggalaan, tanah diratakan dengan bantuan lembu jantan. Alat khas digunakan untuk meratakan tanah. Perlakuan ini digambarkan seperti berikut:
裫óÁ ªð£¼î è‡íè¡ ªêÁM Âö£Ü ¸‡ªì£O GóMò M¬ùë˜
(Perumpaanaadruppadai:210-211)
kaarheru poruta kannakan seruvi nulaa nundoli niraviya vinaighar
lembu bertanduk hitam beralaskan lumpur membantu petani meratakan tanah
Puisi ini menggambarkan perwatakan seekor lembu yang membantu meratakan tapak pertanian. Tanduk berwarna hitam dikotori dengan lumpur semasa melakukan kerja meratakan tanah. Puisi ini membuktikan perhubungan yang wujud antara petani dengan lembu.
Elemen- elemen yang menentukan hasil pulangan pertanian adalah seperti kesuburan tanah, kesesuaian musim, taburan baja, sistem pengairan dan kualiti biji benih. Setiap elemen diberikan perhatian teliti bagi menjamin pulangan.
Antologi Akananuru memaparkan suatu maklumat berkaitan dengan penggunaan bijih benih dalam kalangan para petani.
ªõ‡ªí™ M•F¡ ܬøI¬ê à탰‥
(Akananuru,211:6)
vennel vittin araimisai unangum
penyediaan bijih benih yang berkualiti 266
Kaum petani menggunakan bijih benih yang berkualiti tinggi untuk penanaman dan ia amat penting untuk menjamin hasilnya. Bijih benih berkualiti tinggi akan menghasilkan pulangan yang banyak. Oleh itu, bijih benih dihasilkan secara teliti dengan menjemurkan di atas batu-bata. Proses ini menjamin kualiti bijih benih serta hasil pertanian.
Sistem pengairan yang teratur dan bersistematik turut menjamin hasil pertanian. Tanpa sistem pengairan yang baik, tanaman tidak dapat hidup dengan subur. Oleh itu, masyarakat Tamil zaman cangam memberikan perhatian khas terhadap sistem pengairan. Mereka membuat alur dan menyediakan saliran yang sesuai bagi memastikan pengaliran air yang mencukupi di tapak penanaman. Di tebing alur pula tanaman sampingan seperti tebu dan kacang tanah diusahakan. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui puisi yang ke-346.
...............................èLñA› àöõ˜ 装CÜ‥ °Á‣îP °•F• b…²¬õ ªñ¡è¬ö‚ è¼‥H¡ ï¡ðô I¬ì‣¶ ªð¼…ªê… ªï™L¡ ð£êõ™ ªð£•F õ¼‣F‚ ªè£‡ì õ™õ£…‚ ªè£´…C¬ø e¶ÜN è´c˜ «ï£‚A․ ¬ð․ðò․
(Akananuru,346:5-10)
................................kalimagil ulavar kaanjiam kuruntari kutti teensuvai menkalai karumpin nanpala midaintu perunsei nellin paasaval potti varunti konda valvaai kodunsirai meetuali kaduneer nokki paippayap
sistem pengairan yang betul menjamin kesuburan tanah kesuburan tanah pula menentukan hasil pertanian alur, saliran yang baik dan bersistematik maka, disediakan oleh para petani
Kesuburan tanaman dikawal dengan sistem pembajaan yang baik. Baja merupakan salah satu bahan asas bagi menjamin kesuburan tanaman. Pada masa klasik, para petani hanya menggunakan baja semulajadi. Baja semulajadi diperoleh melalui bahan buangan (tahi dan kencing) binatang seperti lembu, kambing dan ayam. Dedaun yang rapuh juga digunakan sebagai baja. Binatang ternakan ditambat pada waktu malam di kawasan pertanian. 267
Pada keesokan harinya, petani memperoleh bahan buangan daripada binatang yang ditambat. Amalan ini dipanggil sebagai kidai kaddutal dan ianya digambarkan dalam antologi Patidruppattu seperti berikut :
ªî£Á•îõò™ Ýó™Hø›ï¾‥
(Patidruppattu,13:1)
torutta vayal aaral piralnavum ......
petani menggunakan sistem pembajaan semula jadi
Menurut puisi ini, petani mahir melakukan kegiatan pertanian tanpa menjejaskan ekosistem alam semulajadi. Mereka mengamalkan sistem pembajaan yang tidak menjejaskan alam semulajadi. Pada zaman kini, sistem tradisional diketepikan sebaliknya sistem moden diamalkan secara meluas. Penggunaan jentera moden dan pembajaan kimia menjejaskan kualiti tanah dan hasil pertanian. Keadaan ini turut menjejaskan ekosistem alam semulajadi.
Pujangga Madurai Tamil Koottanaar Kaduvan Mallanaar dari tanah marutham membentangkan maklumat berkenaan kesuburan negeri Kalloor. Negeri ini terkenal dengan penanaman padi dan tebu.
ªî£™¹è› G¬ø‣î ð™Ìƒ èöQ‚ è¼‥ðñ™ ðì․¬ð․ ªð¼‥ªðò˜‚ èœÙ˜
(Akananuru,256:14-15)
tolpugal nirainta palpoong kalani karumpamal padapai perumpeyar Kalloor
Kalloor, negeri tertua kaya dengan padi dan tebu
Pujangga menyatakan bahawa Kalloor (salah sebuah negeri di India Selatan) merupakan sebuah negeri yang tertua dan ia kaya dengan hasil tanaman padi dan tebu. Ini bermakna pertanian merupakan aktiviti utama di negeri ini.
268
Kesemua kenyataan ini membuktikan penanaman padi yang diamalkan oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang penanaman padi. Padi memainkan peranan penting dalam sistem pemakanan masyarakat Tamil. Di samping itu, padi juga mempunyai nilai kebudayaan yang tinggi dalam kehidupan masyarakat Tamil. Ini dapat dibuktikan melalui penggunaan padi dalam upacara seperti perayaan ponggal, perkahwinan dan juga pengebumian.
4.3.2.2
Karumbu Nadutal (Penanaman Tebu)
Tebu ialah sejenis tanaman daripada keluarga rumput (perennial grasses) dan mempunyai batang yang tebal dengan kandungan sukrose. Penanaman tebu merupakan salah satu pekerjaan utama bagi masyarakat Tamil zaman cangam. Tebu menjadi bahan utama dalam pembuatan gula dan manisan. Tebu dikenali sebagai karumbu dalam kalangan masyarakat Tamil. Tumbuhan ini ditanam secara meluas oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Tebu digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut:
minuman
– air tebu (karuppancharu, teencharu)
manisan
– gula (vellam, sakkarai)
lambang kebudayaan – perayaan ponggal
Tebu juga digunakan untuk membuat pelbagai jenis bahan makanan. Kebanyakan kuihmuih dibuat dengan menggunakan manisan (vellam) yang diperoleh daripada tebu. Pada hakikatnya, tebu mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Oleh itu, mereka giat melibatkan diri dalam penanaman tebu. Maklumat ini jelas kelihatan dalam antologi Aingkurunuru: è¼‥H¡ â‣Fó‥ èOŸÁâF˜ HOŸÁ‥ «î˜õ‡ «è£ñ£¡ «îÛó¡ù Þõœ ï™ôE ïò‣¶ c ¶ø•îL¡ ð™«ô£˜ ÜPò․ ðê‣î¡Á, ¸î«ô!
(Aingkurunuru,Marutham:55) 269
karumbin yentiram kalidrruyetir pilidrrum thervan khomaan thenooranna ival nallani nayantu nee turattalin pallhor ariya pasantandru, nutaleh!
tebu dimasuk ke dalam alat pemerah bunyi memerah bagaikan laga gajah
Menurut rangkap ini, tebu dimasukkan ke dalam alat pemerah lalu diperah untuk mendapatkan jus. Aktiviti ini dilakukan di pusat memerah tebu yang dikenali sebagai aalai. Bunyi dari pusat pemerah tebu diandaikan seperti bunyi yang dihasilkan semasa dua ekor gajah besar bertarung sesamanya. Rangkap ini juga memaklumkan tentang kemajuan masyarakat Tamil klasik dalam bidang pertanian. Mereka mengenal pasti kandungan tebu dan mereka bentuk suatu alat yang sesuai untuk memerah jus. Di samping itu, mereka juga mewujudkan pusat pemerahan air tebu. Teks Perumpaanaadrupadai membuktikan penanaman dan penggunaan tebu oleh masyarakat Tamil klasik seperti berikut: ªè‣Fó… C¬ô‚°‣ ¶…ꣂ è‥ð¬ô Mêò ñÇà‥ ¹¬èÅ ö£¬ôªî£Áƒ è¼‥H¡ l…ê£Á M¼‥HQ˜ I¬êI¡
(Perumpaanaadrupadai,260-262)
yentiran silaikkun tunjaak kambalai visaya madoom pugaisoo laalaitorum karumbin reensaaru virumbinir misaimin
tebu diperah menggunakan alat pemerah, lalu dijadikan sebagai jus tebu
Tebu diperah dengan menggunakan sejenis alat memerah untuk mendapatkan jus. Jus tebu dibekukan dan digunakan sebagai manisan. Manisan ini dikenali sebagai vellam dan jus pula dikenali dengan nama teencaru. Kenyataan ini membuktikan kemahiran masyarakat Tamil zaman cangam dalam menggunakan tebu dan air tebu. Maklumat ini juga mengenangkan perlakuan zaman kini iaitu kilang yang memproses tebu dan menghasilkan pelbagai manisan daripada jus tebu.
270
Pujangga Paranar pula menceritakan suatu peristiwa yang berlaku di tanah Marutham.
膪裇´ ñÁ°‥ ê£è£´ Ü÷ŸÁàP¡ Ý…è´‥¹ Ü´‚°‥ 𣅹ù™ áó!
(Akananuru,116:3-4)
kadkondu marugum saakaadu alardruurin aaikadumbu adukkum paaipunal oora!
kereta beroda yang membawa tuak tersanggut ke dalam lumpur, lalu tebu dipotong dan diletak di bawah roda
Masyarakat tanah Marutham terlibat dalam kerja menuai padi. Pada masa itu sebuah kereta beroda yang membawa minuman tuak tersangkut ke dalam lumpur. Para petani memotong tebu lalu meletakan di bawah roda supaya ia dapat bergerak terus. Peristiwa ini membuktikan kewujudan penanaman tebu di tanah marutham. Serta penanaman tebu diusahakan secara meluas sehingga mereka dapat menjadikan tebu sebagai alas untuk mengerakkan roda kereta.
Tebu merupakan salah satu tanaman penting bagi masyarakat Tamil zaman cangam. Tebu digunakan sebagai barang makanan seperti jus dan gula. Ia juga melambang kebudayaan masyarakat Tamil zaman cangam melalui penggunaannya dalam perayaan ponggal. Penggunaan tebu masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Tamil.
4.3.3
Baratar (Nelayan)
Masyarakat Tamil zaman cangam turut terlibat dalam bidang perikanan. Penangkapan dan penjualan ikan merupakan pekerjaan utama bagi masyarakat yang tinggal di kawasan Neytal. Para nelayan tanah Neytal dikenali sebagai baratar ataupun meenavar. Antologi Akananuru mengutarakan pelbagai maklumat tentang kegiatan perikanan masyarakat Tamil zaman cangam. Aktiviti penangkapan ikan diusahakan oleh golongan lelaki dan penjualan ikan dilakukan oleh golongan perempuan. Hakikat ini dipaparkan dalam puisi yang ke-320. 271
惰F¬ó․ ðó․H õ£ƒ°M¬ê‚ ªè£kÞ• FI«ô£¡ î‣î è´ƒè‡ õòe¡ î¬öÜE Ü™°™ ªê™õ• èò˜ Mö¾Üò˜ ñÁA¡ M¬ôâù․ ðè¼‥ è£ù™Ü‥ CÁ°®․ ªð¼c˜„ «ê˜․ð!
(Akananuru,320:1-5)
ohngkutirai parappi vaanguvisai kolee timilhon tanta kadungkan vayameen talaiani algul sella tangaiyar vilavuayar marugin vilaiyena pagarum kaanalam sirukudi peruneer sherpeh!
kaum lelaki ke laut dalam yang bergelora untuk menangkap ikan, hasil penangkapan diberikan kepda golongan perempuan mereka menjual hasil tangkapan di persisiran laut
Menurut rangkap ini, para nelayan golongan lelaki pergi ke laut dalam yang bergelora untuk menangkap ikan manakala golongan perempuan menjual hasil tangkapan laut di persisiran pantai. Penglibatan golongan baratar dalam bidang perikanan turut dipaparkan dalam puisi yang ke-340. ôN™ Þ÷ïô‥ ªî£¬ôò 噪ôù‚ èN«ò æî‥ ñ™A¡ø õN«ò õœª÷JŸÁ Üóªõ£´ õòe¡ ªè£†°‥ ªê¡«ø£˜ ñ¡ø ñ£¡ø¡Á ªð£¿¶
(Akananuru,340:8-11)
nallelil ilanalam tolaiya ollena kaliye otam malkindra valiye valleyidru aravodu vayameen kodkum sendror mandra maanrandru polutu
sampan yang kukuh dan kuat digunakan untuk menangkap ikan
Kaum baratar menggunakan sejenis sampan besar, sampan yang tahan lasak itu digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan.
Pujangga Ammoovanaar pula memaparkan keadaan sampan dan jala yang digunakan oleh golongan baratar.
°Ïà•F¬ó․ ¹íK à¬ìî¼‥ â‚è˜․ ðö‣FI™ ªè£¡ø ¹¶õ¬ô․ ðóîõ˜
(Akananuru,10:9-10) 272
kuroouttirai punari udaitarum yekkar palantimil kondra putuvalai baratavar
ombak yang bergelora, hentaman kuat sampannya rosak dan usang kaum baratar dengan jala baru
Sampan para nelayan sentiasa mengalami kerosakan disebabkan oleh hentaman ombak besar dan kuat. Mereka juga terpaksa menggantikan jala kerana mudah rosak disebabkan keadaan laut.
Pujangga Mudangi Kidanta Neduncheralaatan menceritakan tatacara menangkap ikan dalam kalangan baratar di tanah Neytal. Mereka menggunakan jala mata kecil untuk menangkap ikan di laut.
ªï´ƒèJÁ õô‣î °Áƒè‡ Üšõ¬ô èì™ð£´ ÜNò, Þùe¡ ºè‣¶
(Akananuru,30:1-2)
nedungkayiru valanta kurungan avvalai kadalpaadu aliya, inameen mugantu jala yang panjang bermata kecil menjamin hasil tangkapan yang banyak Jala mata kecil menjamin hasil tangkapan yang lumayan kerana ikan besar dan kecil tidak dapat melepaskan diri. Hal ini membuktikan kemahiran dan pengalaman kaum baratar dalam bidang penangkapan ikan. Malahan, mereka juga mempunyai kemahiran tinggi dalam pembuatan alat-alat penangkapan ikan.
Masyarakat tanah Marutham memancing ikan haruan di kawasan sawah padi. Aktiviti ini digambarkan oleh pujangga Madurai Nakkeeranaar dalam puisi yang ke-36.
ð°õ£… õó£Ü™ ð™õK Þ¼‥«ð£•¶‚ ªè£´õ£… Þ¼‥H¡ «è£œÞ¬ó ¶ŸP
(Akananuru,36:1-2)
paguvaai varaal palvari irumphottu koduvaai irumbin khol irai tudri 273
umpan mata kail ditelan oleh ikan haruan, yang bermulut besar dan berkulit belang mengalami kesakitan yang tidak terhingga
Seekor ikan haruan bermulut besar termakan umpan yang digantungkan pada mata kail. Ikan haruan itu tersangkut pada mata kail dan mengalami kesakitan yang tidak terhingga. Pujangga memaklumkan perlakuan memakan umpan oleh seekor ikan haruan berbelang yang mempunyai mulut besar. Gambaran ini membuktikan dua perkara yang penting, iaitu pewujudannya ikan haruan pada zaman klasik dan kemahiran menangkap ikan haruan.
Seorang anak perempuan menyediakan masakan nasi sebelum ayahnya membawa pulang hasil tangkapan. Peristiwa yang penuh dengan unsur-unsur kasih sayang digambarkan oleh pujangga Kudavaayir Keerattanaar dalam puisi yang ke-60. ªð¼ƒèìŸ ðó․H™ «êJø£ ï´ƒè‚ ªè£´‣ªî£N¡ ºè‣î ªêƒ«è£™ Üšõ¬ô ªï´‣FI™ ªî£Nªô£´ ¬õAò î‣¬î‚° perungkadar parappil seyiraa nadunga koduntolin muganta sengkol avvalai neduntimil tolilodu vaigiya tantaikku
(Akananuru,60:1-3)
Sajak ini membuktikan aktiviti penangkapan ikan bukan sahaja untuk tujuan perniagaan malahan hasil tangkapan digunakan untuk masakan rumah. Masyarakat Tamil zaman cangam turut memperoleh sumber makanan dari kawasan perairan seperti laut dan sungai. ñ£™è¬ö H¬ê‣î 裙õ£… ØâK e¡ªè£œ ðóîõ˜ ªè£´‣FI™ ïO²ì˜ õ£¡«î£… ¹íK I¬ê‚è‡ ì£ƒ°
geseran antara pokok buluh menghasilkan percikan api para nelayan yang berada di dalam sampan memerhatikan kebakaran hutan buluh
(Akananuru,65:10-12)
Pujangga Mamoolanaar mengisahkan pengalaman para nelayan semasa menangkap ikan di sungai menggunakan sampan. Apabila buluh-buluh panjang di lereng bukit bergeser terhasil percikan api dan ia mengakibatkan kebakaran. Kebakaran ini turut disaksikan oleh para nelayan yang sedang menangkap ikan. 274
Aktiviti penangkapan ikan kerab kali dibincangkan dalam antologi Akananuru. Kaum baratar menggunakan sejenis sampan melengkung dan jala bermata kecil untuk menangkap ikan. Hasil tangkapannya dibahagi-bahagi kepada penduduk kampung. Peristiwa ini dipaparkan oleh pujangga Madurai Tamil Koottanaar Kaduvan Mallanaar.
ªè£´‣FIŸ ðóîõ˜ «õ†ì‥ õ£…•ªîù Þ¼‥¹ô£‚ èñ¿‥ CÁ°®․ ð£‚蕶‚ °Áƒè‡ Üšõ¬ô․ ðò‥ð£ 󣆮 ªè£¿ƒè‡ ÜJ¬ô ð°‚°‥ ¶¬øõ¡
(Akananuru,70:1-4)
koduntimir Baratavar veddam vaaittena irumpulaa kamalum sirukudi paakkattu kurungkan avvalai payampaa raaddi kolungkan ayilai pagukkum turaivan
kaum Baratavar menangkap ikan di laut mereka menggunakan sejenis sampan melengkung dan jala bermata kecil untuk menangkap ikan
Puisi ini memaparkan maklumat tentang kegiatan penduduk kampung nelayan (sirukudi paakkattu) menangkap ikan. Mereka menangkap ikan di laut dengan menggunakan sejenis sampan melengkung dan jala bermata kecil.
Aktiviti penangkapan ikan bukan sahaja dilakukan pada waktu siang malahan turut dilakukan pada waktu malam. Sampan yang digunakan bagi penangkapan ikan sebelah malam dilengkapi dengan kelengkapan seperti obor dan parang. Suasana ini digambarkan oleh pujangga Ulochanaar seperti berikut:
ªè£‡ì™ ÞóM¡ Þ¼ƒèì¡ ñ´•î ªè£¿e¡ ªè£œðõ˜ Þ¼œcƒ° 凲ì˜
(Akananuru,100:6-7)
kondal iravin irungkadan madutta kolumeen kolpavar irulneenggu onsudar
menangkap ikan pada waktu malam obor dipasang di sudut tepi sampan
275
Puisi ini membuktikan kewujudan penggunaan obor oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Pada waktu malam obor dipasang di sudut tepi sampan. Perbuatan ini melambangkan kemahiran masyarakat Tamil zaman cangam dalam bidang perikanan. Mereka mahir dalam pembuatan alat-alat penangkapan ikan seperti sampan biasa dan sampan melengkung serta jala bermata kecil.
Pujangga Ammoovanaar membuktikan kemahiran kaum baratar dalam bidang perikanan.
ªð¼ƒèì™ «õ†ì•¶„ CÁ°®․ ðóîõ˜
(Akananuru,140:1)
perungkadal vheddattu sirukudi Batavar
kapal besar penangkapan ikan di laut dibuat oleh kaum nelayan yang berumah kecil
Kaum baratar yang memiliki rumah kecil bergiat dalam pembuatan kapal penangkapan ikan di laut dalam. Secara simbolik kenyataan ini menggambarkan corak kehidupan harian masyarakat nelayan. Walaupun mereka terlibat dalam usaha pembuatan kapal besar dan penangkapan ikan di laut dalam tetapi status kehidupannya adalah tidak terjamin. Mereka hanya dapat menjalankan kehidupan yang serba miskin dengan memiliki rumah kecil yang berupa seperti pondok atap. Keadaan ini melambangkan keadaan zaman sekarang yang mana golongan pekerja biasa masih menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Mereka berkerja keras untuk mendapatkan pulangan yang sedikit.
Secara umumnya, bidang perikanan merupakan salah satu pekerjaan yang penting bagi masyarakat Tamil zaman cangam. Mereka turut memperoleh sumber makanan melalui bidang perikanan. Di samping itu mereka juga mempunyai kemahiran tinggi dan pengalaman luas dalam bidang perikanan. Penggunaan sampan melengkung, kapal, jala bermata kecil dan obor oleh kaum baratar membuktikan hakikat ini.
276
4.3.4
Aayar (Pengembala)
Mengembala ternakan lembu dan kambing merupakan salah satu aktiviti harian bagi masyarakat Tamil zaman cangam. Aktiviti mengembala merangkumi membawa ternakan ke padang rumput dan memastikan ia memakan rumput. Di samping itu, menjaga keselamatan ternakan merupakan tanggungjawab utama para pengembala. Golongan pengembala dikenali sebagai aayar ataupun kovalar.
Golongan yang mempunyai ternakan banyak mengupah orang lain untuk mengembala ternakan. Aktiviti pengembala dipaparkan dalam antologi Akananuru.
õ£´¹ô‥ ¹‚ªèù‚ «è£´¶¬õ•¶ ÜèŸP å™°G¬ô‚ è´‚¬è Ü™°Gö™ ܬêÞ․ ð™ô£¡ «è£õô˜ è™ô£¶ á¶‥ CÁªõF˜‣ bƒ°öŸ ¹ô‥¹ªè£œ ªîœMO
(Akananuru,399:9-12)
vaadupulam pukkena kodutuvaittu agadri olkunilai kadukkai algunilal asai pallaan kovalar kallaatu ootum siruvetirn teengkular pulambukol telvili
pengembala berjalan jauh membawa ternakan mencari tempat yang mempunyai rumput dan air sambil berjalan mereka memainkan muzik seruling ia mencergaskan badan dan minda pengembala
Para pengembala berjalan jauh membawa ternakan ke tempat perairan bagi minum air sambil memainkan sejenis alat muzik seperti seruling (kulal). Perlakuan ini membuatkan para pengembala merasa cergas serta melupakan kepenatan dan menenangkan minda.
Kovalar (pengembala) yang mengembala lembu di tanah Mullai sambil memetik bunga di sekitar kawasan pergunungan. Lembu-lembu pula memakan sejenis rumput yang dikenali sebagai arugampul. Peristiwa ini digambarkan oleh pujangga Okkoor Maasaattanaar seperti berikut:
277
º™¬ô Mò¡¹ô‥ ðó․H‚ «è£õô˜
(Akananuru,14:7)
Mullai viyanpulam parappi Kovalar
pengembala tanah Mullai memetik bunga
Menurut puisi yang ke-94, para pengembala membawa sejenis tikar untuk dijadikan sebagai alas duduk dan berehat di lantai. Kenyataan ini dimaklumkan dalam sajak yang ke-94. ñP•¶Ïà• ªî£°•î ðP․¹ø Þ¬ìò¡
(Akananuru,94:4)
maritturoo toguttu parippuru idaiyan
para pengembala tanah Mullai membawa sejenis tikar dijadikan sebagai alas duduk
Pujangga Nakkeerar memaparkan satu peristiwa yang menarik tentang tugas dan tanggungjawab pengembala. Lembu-lembu ternakan mengenali suara pengembala dan ia mengikuti arahan mereka.
èí‥꣙ «è£õô˜ ªï´ MO․ ðJ˜ÜP‣¶ Þù‥î¬ô‚ îÏà‥ ¶÷ƒ°ÞI™ ï™ãŸÁ
(Akananuru,253:12-13)
kanamsaal Kovalar nedu vili payir arintu inamtalai taroom tulanggu imil nalhedru
mendengar suara panggilan pengembala lembu-lembu berkumpul di suatu tempat
Lembu-lembu ini berkumpul di satu tempat tertentu bila mendengar suara panggilan pengembala. Puisi ini membuktikan perhubungan mesra antara pengembala dengan lembu. Mereka saling mengenali dan memahami antara satu sama lain.
Ternakan merupakan salah satu pekerjaan yang penting dalam kehidupan masyarakat Tamil. Lembu betina diternak untuk mendapatkan susu manakala, lembu jantan digunakan berkerja di sawah padi. Lembu juga digunakan untuk menarik kereta beroda yang dikenali sebagai kereta lembu. Kambing pula diternak untuk susu dan daging. Di samping, makanan seperti minyak sapi dan tayiru turut diperoleh daripada ternakan lembu dan kambing. 278
4.3.5
Vhedar (Pemburu)
Memburu binatang untuk tujuan makanan dan perniagaan giat dilakukan oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Pemburu dikenali dengan nama vhedar. Mereka memburu gajah, harimau, babi hutan, rusa, arnab, ayam hutan dan burung.
Rajah 4.11: Haiwan Pemburuan dan Tujuan
Bil.
Haiwan Pemburuan
Tujuan
1
Gajah (Yaanai)
Gading gajah digunakan untuk tujuan perniagaan dan pembuatan barangan perhiasan. Gajah juga dieksport ke luar negara.
2
Harimau (Puli)
Gigi taring harimau digunakan untuk pembuatan barangan perhiasan diri seperti rantai leher dan thali. Harimau juga dieksport ke luar negara.
3
Babi hutan (Pandri)
4
Rusa (Maan)
Diburu untuk makanan dan peliharaan.
5
Arnab (Muyal)
Diburu untuk makanan dan haiwan peliharaan.
6
Ayam hutan (Kholi)
Diburu untuk makanan dan haiwan peliharaan.
7
Burung (Paravai)
Diburu untuk makanan.
Diburu untuk makanan dan peliharaan seperti burung nuri dan burung merak.
Salah suatu teks kesusasteraan klasik iaitu antologi Paddinapaalai menggambarkan kegiatan perniagaan yang laris di salah sebuah negeri di India Selatan (Poombukaar).
cK¡ õ‣î GI˜ðK․ ¹óM»ƒ è£L¡ õ‣î 較èP ͬì»‥ õìñ¬ô․ Hø‣î ñE»‥ ªð£¡Â‥ °ìñ¬ô․ Hø‣î õ£óº ñA½‣ ªî¡èì¡ º•¶ƒ °í°ìŸ ÁA¼ƒ 279
胬è õ£Kòƒ è£M¼․ ðò eö• ¶í¾ƒ è£öè• î£‚èº ñKò¾‥ ªðKò¾ ªïOò i‡®
(Paddinapaalai:185-192)
neerin vanta nimirpari puravi kaalin vanta karungari moodaiyum vadamalai piranta maniyum ponnum kudamalai piranta vaaramu magilun tenkadan muttung kunakadar drukirung gangai variyung kaaviri payanu meelat tunavung kaalaga taakkamu mariyavum periyavum neriya veendi
kapal laut membawa kuda gajah dibawa dari kawasan Gangai barang-barang manik pula didatangkan dari kawasan India utara batu-batu permata dan mutiara di bawah dari kawasan Gunakudar barang-barang rempah di bawa dari Kahlagam
Menurut puisi ini kegiatan perniagaan di negeri Poombukaar adalah merangkumi pelbagai barangan termasuk haiwan. Kuda dibawa ke Poombukaar dengan menggunakan kapal laut dan gajah pula dibawa dari kawasan Gangai (kawasan India Utara). Barang-barang manik dan perhiasan diri didatangkan dari kawasan India Utara. Di samping itu, batu-batu permata dan mutiara di bawa masuk ke Poombukaar. Barang-barang rempah seperti ratus pula Peristiwa ini membuktikan kewujudan perniagaan binatang seperti kuda, gajah dan harimau dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam.
Pujangga Kaavan Mullai Pootanaar menyatakan aktiviti pemburuan kaum vhedar seperti berikut :
áø£¶ Þ†ì àõ¬ô‚ Ãõ™ ªõ‡«è£´ ïò‣î Ü¡H™ è£ùõ˜
(Akananuru,21:23-24)
ooraatu idda uvalai kooval venkhodu nayanta anbil kaanavar
gajah dibunuh untuk gading, oleh vhedar yang tidak berperikemanusiaan 280
Golongan vhedar memburu seekor gajah untuk mendapatkan gading. Perbuatan mereka dinyatakan sebagai suatu perbuatan yang kejam dan golongan vhedar ini tidak mempunyai perasaan
perikemanusiaan.
Oleh
yang
demikian
dapat
dirumuskan bahawa
pemburuan binatang dilakukan sejak zaman klasik bagi tujuan perniagaan dan pembuatan barang perhiasan. Perbuatan ini dilarang sama sekali oleh masyarakat klasik sepertimana masyarakat zaman kini.
4.3.6
Phor Maravar dan Kaavalar (Askar Pertahanan dan Pengawal)
Pertahanan negara merupakan akar umbi bagi keselamatan dan kesejahteraan sesebuah negara. Bidang pertahanan yang kukuh dan stabil menjamin keselamatan dan ketenteraman masyarakat dan negara. Pertahanan yang kukuh menjamin suasana aman dan damai sesebuah negara. Pada zaman cangam raja-raja dan para pentadbir memberikan perhatian yang penting terhadap kontinjen pertahanan negara. Mereka menubuhkan angkatan tentera yang terdiri daripada askar-askar pertahanan. Askar-askar pertahanan dikenali sebagai Phor Maravar ataupun Phor Veerar. Mereka bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Golongan pengawal dikenali sebagai Kaavalar ataupun Oor Kaavalar dan mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan kawasan penempatan masyarakat seperti kampung, daerah dan negeri. Mereka dipilih dan diberikan latihan pertahanan. Golongan askar dan pengawal yang bertauliah dibayar gaji serta dianugerahkan pangkat seperti Jeneral (Talapati) dan Ketua Kontinjen (Padai talaivar, Senaatipati). Perkhidmatan Phor Maravar dianggap sebagai suatu pekerjaan yang mulia dan dihormati. Mereka mencurahkan bakti dan jasa demi menjaga keselamatan ibu pertiwi. Raja-raja Tamil berperang demi untuk menjaga keselamatan negara, memperluaskan kuasa dan menguasai negara lain. 281
Memandangkan kepentingan dan keperluan berperang, maka raja-raja Tamil mewujudkan sistem pertahanan yang teratur dan bersistematik. Thiruvalluvar menyarankan kepentingan dan keperluan kontinjen pertahanan kepada seorang raja:
ð¬ì°® Ûܬñ„² Üó‡ ÝÁ‥ à¬ìò£¡ Üó꼜 ãÁ
(Thirukkural,Iraimaadci:1)
padaikudi koolamaicu nadparan aarum udaiyaan arasarul yheru
raja yang mempunyai angkatan tentera, rakyat yang setia, sumber makanan yang mencukupi, barisan pentadbir yang mahir, persahabatan yang jujur dan benteng pertahanan yang kukuh merupakan faktor-faktor yang diperlukan untuk kejayaan sesuatu negara
Kontinjen pertahanan yang kukuh (padai), rakyat yang setia (kudi), sumber makanan yang mencukupi (kool), barisan pentadbir yang mahir (amaicu), persahabatan yang jujur dan kukuh (nadpu) serta benteng pertahanan semulajadi (aran) merupakan enam faktor utama yang menentukan kejayaan sesebuah negara. Raja yang memiliki keenam-enam faktor ini dianggap sebagai raja yang berwibawa (arasarul yeru). Dalam menjamin keselamatan dan keamanan sesebuah negara, kontinjen pertahanan dianggap faktor yang paling penting.
Bidang pertahanan merupakan salah satu jabatan kerajaan yang amat penting dan bertanggungjawab menguruskan sistem pertahanan, keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara. Negara yang memiliki benteng pertahanan kuat dianggap sebagai syurga bagi kehidupan manusia. Pekerjaan yang berkaitan dengan pertahanan negara dianggap sebagai suatu perkhidmatan yang amat mulia. Kewibawaan sesuatu kerajaan bergantung kepada
bidang ketenteraan
negara
berkenaan.
Memandangkan
kepentingan
dan
keperluannya, maka raja-raja Tamil memberikan keutamaan kepada bidang ketenteraan. Dalam konteks pertahanan negara, terdapat lima jenis tentera yang utama. Kelima-lima jenis
282
tentera ini berganding bahu untuk menjaga keselamatan negara. Antologi Purananuru menyarankan perincian kelima-lima jenis kontinjen tentera.
Puisi berikut, memaklumkan beberapa perkara penting tentang unit tentera yang terdapat pada zaman klasik:
â¬ù․ð™ ò£¬ù»‥ Ü‥ªð£´ ¶÷ƒA M¬÷‚°‥ M¬ùJ¡P․ ð¬ìåN‣ îù«õ MøŸ¹è› ñ£‡ì ¹óM â™ô£‥ ñø•î¬è ¬ñ‣îªó£´ ݇´․ð† ìù«õ «î˜îó õ‣î ꣡«ø£˜ â™ô£‥
(Purananuru,63:1-5)
yenaippal yaanaiyum ampodu tulanggi vilaikkum vinaiyindri padaiyolin tanave virarpugal maanda puravi yellaam marattagai maintarodu aanduppad danave tertara vanta saandror yellaam
tumpasnya kedua-dua pasukan tentera pasukan gajah, pasukan memanah, pasukan kuda, pasukan kereta beroda tentera darat, serta menghadapi pelbagai kerosakan
Pujangga Paranar menggambarkan suasana perang antara Raja Cholan Verpakdradakkai Peruvir Killi dan Raja Cheramaan Kudakko Neduncheralaatan. Mereka bertembung sesamanya serta menghadapi kekalahan. Kedua-dua kerajaan ini tewas dan menghadapi pelbagai kerosakan dan kehilangan seperti kontinjen tentera unit gajah (pal yaanaiyum), kontinjen tentera unit memanah (ambodu tulanggi), kontinjen tentera unit kuda (virarpugal maanda puravi), kontinjen tentera unit darat (marattagai maintarodu) dan kontinjen tentera unit kereta beroda (tertara vanta). Puisi ini membuktikan unit-unit tentera yang dimiliki oleh raja-raja Tamil zaman klasik.
Perincian tentang kontinjen yang dimiliki oleh raja-raja Tamil dapat dirumuskan seperti di bawah ini: 283
Rajah 4.12: Jenis-jenis Ketenteraan Bil.
Jenis Tentera
Istilah Bahasa Tamil
1
Tentera Unit Gajah
Yaanaipadai
2
Tentera Unit Kuda
Kutiraipadai
3
Tentera Unit Memanah
Virpadai
4
Tentera Unit Darat
Kaalaarpadai
5
Tentera Unit Kereta Beroda
Therpadai
Puisi Purananuru,63:1-5, melambangkan pencapaian raja-raja Tamil dalam bidang pertahanan. Seseorang raja perlu memiliki pasukan tentera yang kukuh dan utuh. Pasukan tentera merupakan keperluan asas bagi seorang pemerintah dalam usaha menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Kawalan dan pengawasan dari sudut darat, laut dan udara perlu ada bagi menjamin keselamatan negara.
Kawalan keselamatan yang teratur melibatkan lima jenis unit tentera. Maklumat tentang kontinjen tentera Raja Cheran dipaparkan secara terperinci oleh pujangga Kanakkaayanaar Maganaar Nakkeeranaar : õò‥F蛹 ÞNî¼‥ õ£…¹° èì£Ü•¶ eO ªñ£…‥ªð£´ Gô¡âPò£‚ °ÁA Ýœ«è£œ H¬öò£ Ü…²õ¼ îì‚¬è‚ è´‥ð膴 ò£¬ù ªï´‣«î˜‚ «è£¬î
(Akananuru,93:17-20)
vayamtigalpu ilitarum vaaipugu kadaattu meeli moimpodu nilanyeriyaa kuruki aalkol pilaiyaa ancuvaru tadakkai kadumpagaddu yaanai nedunter kotai
Raja Cheran memiliki angkatan tentera gajah yang kukuh, serta angkatan tentera beroda yang amat mahir
Raja Cheran memiliki kontinjen Tentera Gajah yang kukuh dan Tentera kereta beroda yang mahir. Kedua-dua kontinjen ini amat gagah dan berani, puisi yang ke-93 membuktikan kenyataan ini. 284
Karya-karya kesusasteraan Tamil zaman cangam seperti Akananuru, Purananuru dan Silapatikaaram membicarakan pelbagai maklumat tentang sistem pertahanan yang dimiliki oleh raja-raja Tamil. Malahan, sebilangan besar puisi Akananuru membincangkan aktiviti perang yang dilakukan oleh raja-raja Tamil.
Hakikat ini, membuktikan kepentingan dan keperluan bidang ketenteraan dalam menjamin keselamatan dan keamanan sesebuah negara. Dalam kehidupan masyarakat Tamil perkhidmatan Phor Maravar (perajurit, askar) amat disanjungi dan dihormati. Pujangga Okkoor Maasaattiyaar menyatakan bahawa perjuangan demi keselamatan tanah air merupakan pekerjaan yang amat mulia. Þ¼‣î «õ‣î¡ Ü¼‣ªî£N™ º®•ªîù
(Akananuru,384:1)
irunta vhentan aruntolil mudittena
raja saling menyertai perang yang mulia
Wira pergi ke medan pertempuran bersama kontinjen dan raja pula mengetuai kontinjen perang tersebut. Hal ini membuktikan kewibawaan seorang raja yang turut terlibat dalam peperangan. Raja dan anggota tenteranya sanggup berkorban demi keselamatan tanah air. Baris ini menyatakan bahawa berperang merupakan suatu pekerjaan yang mulia (aruntolil).
Antologi Akananuru turut memaparkan pelbagai gambaran tentang perkhidmatan kawalan negara dan kawasan perkampungan. Sistem kawalan disediakan untuk memenuhi beberapa tujuan:
menjaga keselamatan negara dan masyarakat
menjaga kampung pada waktu malam
menjaga sempadan negara dan kampung
menjaga tanaman pada waktu malam
menjaga rumah supaya pasangan kekasih tidak keluar dari rumah 285
Pujangga Kabilar menggambarkan jasa seorang bapa yang tinggal di kawasan tanah Kurinchi: ܼƒè®‚ è£õô˜ «ê£˜ðî¡ åŸP‚ 胰™ õ¼î½‥ àK¬ò; ¬ð‥¹î™
(Akananuru,2:14-15)
arungkadi kaavalar shorpatan odri kanggul varutalum uriyai; paimputal
wirawati di tempatkan dalam rumah lalu diadakan kawalan ketat
Perhubungan pasangan kekasih diketahui oleh ahli keluarga dan mereka tidak suka dengan perhubungan ini. Oleh yang demikian, ahli keluarga berusaha untuk menghalang perjumpaan pasangan kekasih ini. Wirawati ditempatkan dalam rumah dan diawasi oleh para pengawal. Kawasan rumah wirawati sentiasa diawasi oleh para pengawal yang berwibawa. Bapa wirawati turut terlibat dalam perlakuan ini. Kawalan ini bukan sahaja untuk menjaga wirawati malahan juga untuk menjaga keselamatan kampung. Kabilar menyatakan bahawa perkerjaan kawalan merupakan suatu pekerjaan yang disanjungi.
Dalam suasana yang berlainan pula, seorang wirawati teringin sangat mengikuti kekasih. Ahli keluarga dan masyarakat setempatnya sedar tentang keinginan wirawati. Mereka mengawasi rumah wirawati dan kampung supaya dia tidak dapat keluar berjumpa dengan kekasih. Para pengawal yang mahir terlibat dalam urusan pengawalan. Walau bagaimanapun, wirawati berjaya melepaskan diri daripada kawalan ketat dan mengikuti kekasihnya. Peristiwa menarik ini digambarkan dalam puisi yang berikut: ð£N Ü¡ù è®»¬ì Mò¡ï蘄 ªêP‣î è£․¹ Þè‣¶, Üõªù£´ «ð£A
(Akananuru,15:11-12)
paali anna kadiyudai viyannagar serinta kaappu igantu, avanodu pogi
perhubungan pasangan kekasih diketahui oleh ahli keluarga dan mereka tidak merestui perhubungan ini serta wirawati dikawal agar tidak keluar berjumpa dengan paangannya 286
Puisi ini hasil nukilan pujangga Maamoolanaar yang tinggal di negara Pali yang merupakan sebuah negara yang cantik.
Perhubungan pasangan kekasih diketahui oleh keluarga dan perhubungan ini tidak direstui oleh mereka. Oleh yang demikian, mereka mengurungkan wirawati di dalam rumah agar dia tidak dapat keluar dari rumah dan berjumpa dengan kekasih. Rumah wirawati dikawal oleh para pengawal (kavalar) yang berdedikasi.
î£ó¡ è‡Eò¡, âç°¬ì õô•î¡ è£õô˜ ÜPî™ æ‥H․, ¬ðªòù iö£‚ èîõ‥ ܬêJù¡ ¹°î‣¶
(Akananuru,102:11-13)
taaran kanniyan, yegkudai valattan kaavalar arital ombi, paiyena veelaak katavam asaiyinan pugutantu
walaupun perhubungan pasangan kekasih tidak direstui, dan kawalan ketat diadakan terhadap wirawati tetapi wira berjaya memasuki rumah kekasih
Walau bagaimanapun, wira dapat melepasi kawalan dan berjaya memasuki rumah kekasihnya.
Keselamatan dan kemakmuran sebuah negara bergantung kepada beberapa unsur. Antaranya ialah sistem pengawalan dan pengawasan yang rapi. Pengawalan yang kukuh memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan negara dan masyarakat. Negeri Urantai Puranggaadu dimiliki oleh Raja Chola Tittan. Negeri ini mempunyai pengawal yang amat berdedikasi dan bertanggungjawab. Hal ini dinyatakan oleh pujangga Paranar : ñ™ô™ Ýõí‥ ñÁ°ì¡ ñ®J¡ õ™½¬ó‚ è´…ªê£™ Ü¡¬ù ¶…꣜ HE«è£œ ܼ…C¬ø Ü¡¬ù ¶…C¡ ¶…ꣂ è‡í˜ è£õô˜ è´°õ˜
(Akananuru,122:3-6)
mallal aavanam marugudan madiyin vallurai kadunsol annai tuncaal pinikol aruncirai annai tuncin tuncaa kannaar kaavalar kadukuvar 287
keselamatan dan kemakmuran negara bergantung kepada sistem pengawalan dan pengawasan yang disediakan oleh negara berkenaan
Penduduk negeri Urantai Puranggaadu sibuk dengan tugas masing-masing. Para petugas dengan setia melaksanakan tanggungjawab dengan mengawasi kawasan sekitarnya. Puisi ini membentangkan maklumat tentang kesetiaan para pengawal terhadap keselamatan negeri. Di samping itu, maklumat tentang anjing kawalan juga dibincangkan dalam puisi ini : Üóõõ£… ëñL ñAö£¶ ñ®J¡
(Akananuru,122:9)
aravavaai yamali magilaatu madiyin
anjing mengawasi keadaan tanpa menyalak
Anjing merupakan haiwan yang suka menyalak dan membuat bising. Tetapi, anjing-anjing kawalan di negara Urantai Puranggaadu pula memiliki sifat berlainan. Anjing-anjing ini tidak menyalak dan mengawasi keadaan tempat kawalan dengan senyap. Amalan memelihara anjing bagi tujuan pengawasan rumah masih lagi dikekalkan oleh masyarakat Tamil zaman kini. Anjing telah lama menjadi teman manusia sejak dahulu kala. Masyarakat Tamil zaman cangam memiliki sistem pengurusan yang teratur dalam bidang pengawalan. Tugas para pengawal ditentukan mengikut masa. Pada zaman kini waktu berkerja ditentukan selama lapan jam sehari. Para pekerja di kilang bekerja mengikut giliran, iaitu setiap lapan jam pekerja diganti dengan petugas yang lain. Sistem yang sama seperti ini wujud pada zaman cangam. ..................................................ñ£¬ô Ü‣F‚ è£õô˜ Ü‥ð¬í ÞI›Þ¬ê ÜóIò Mòô蕶 Þò‥¹‥ G¬óG¬ô ë£J™ ªï´ñF™ á«ó
(Akananuru,124:13-16)
.......................................maalai anti kaavalar ambanai imilisai aramiya viyalagattu iyambum nirainilai yaayil nedumatil oorhe
pengawal siang diganti dengan pengawal malam bunyi menandakan pertukaran petugas 288
Menurut puisi ini, pengawal siang diganti dengan pengawal malam dan pertukaran giliran dimaklumkan melalui bunyian sejenis alat muzik (murasu- imil isai). Pada zaman kini, alat siren dibunyikan bagi menandakan pertukaran giliran.
Menjaga keselamatan kampung merangkumi keselamatan penanaman. Kawasan penanaman sentiasa diancaman oleh binatang buas seperti gajah, babi hutan dan musang. Rusa, lembu, kambing dan burung juga merupakan perosak utama bagi tanaman. Kawalan ketat diperlukan untuk menjaga keselamatan tanaman. Pada waktu malam tanaman dikawal dan diawasi melalui pelantar kawalan. Pada lazimnya, pelantar kawalan dibina di atas pokok. Para pengawal menyalakan obor dan ditempatkan di sudut tepi pelantar. Gambaran ini dihuraikan oleh pujangga Eelattu Pootanthevanaar dalam puisi yang ke-88. è´ƒ¬è‚ è£ùõ¡ 迶I¬ê‚ ªè£kÞò ªï´…²ì˜ M÷‚è‥ «ï£‚A õ‣¶, ï‥
(Akananuru,88:5-6)
kadungkai kaanavan kalutumisai koleeiya neduncudar vilakkam nokki vantu, nam
menjaga tanaman pada waktu malam petugas mengawal tanaman dari atas pelantar
Pelantar ini digelar sebagai kalutu ataupun paran oleh masyarakat Tamil. Tujuannya adalah untuk menjaga dan mengawasi tanaman daripada perosak. Di samping itu, keselamatan para pengawal juga terjamin. Binatang buas tidak dapat menyerang pengawal yang berada di atas pelantar. Pengawal yang berada di atas pelantar dapat melakukan tugas pengawasan secara terperinci tanpa perasaan takut.
Pengawasan tanaman menjamin hasil pulangan yang banyak dan dapat menunaikan keperluan rakyat. Pujangga Maamoolanaar menyatakan bahawa masyarakat tanah Neytal tidak pernah terasa penderitaan kebuluran kerana hasil pertanian adalah sentiasa melebihi keperluan masyarakat. 289
è´ƒè‡ ñöõ˜ è÷¾àö¾ â¿‣î ªï´ƒè£™ ÝCQ 洃裆´ à‥ð˜ MCHE ºöM¡ °†´õ¡ è£․ð․
(Akananuru,91:11-13)
kadungkan Malavar kalavu ulavu yelunta nedungkaal aasini ohdungkaaddu umbar visipini mulavin kudduvan kaappa
tanaman dikawal rapi oleh petugas menjamin pulangan yang banyak, maka tidak wujud kebuluran di kampung
Mereka memiliki hasil pertanian yang banyak kerana tanamannya dikawal rapi oleh pengawal yang berdedikasi. Para pengawal memainkan sejenis alat muzik yang dikenali sebagai mulavu dan kadi. Binatang perosak takut menghampiri tanaman kerana bunyi mulavu yang kuat. Jasa dan bakti kaum pengawal sentiasa dikenang oleh pujangga.
Pujangga Nanbaloor Sirumetaaviyaar menggambarkan pengawalan tanaman oleh seorang pengawal tanah Mullai. CÁè† ð¡P․ ªð¼G¬ó è®ò º¬î․¹ù‥ è£õô˜ G¬ù•F¼‣¶ á¶‥
(Akananuru,94:9-10)
sirukad pandri perunirai kadiya mutaipunam kaavalar ninaittiruntu ootum
babi hutan bermata kecil takut pada bunyi kuat yang ditiup oleh pengawal
Para pengawal menggunakan sejenis alat muzik (kadi) bagi menakutkan perosak tanaman seperti babi hutan. Babi hutan merupakan salah satu perosak tanaman yang utama. Puisi ini memaparkan kepentingan dan keperluan para pengawal dalam menentukan kesuburan dan hasil pertanian.
Kesemua maklumat ini membuktikan peranan yang dimainkan oleh golongan askar pertahanan dan pengawal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Kepentingan dan keperluan bidang ketenteraan tidak dapat dinafikan oleh masyarakat manusia. Askar
290
dan pengawal merupakan golongan yang amat disanjungi oleh masyarakat dunia. Jasa dan bakti mereka masih lagi diperlukan untuk mengekalkan keamanan sesebuah negara.
4.3.7
Kalaipporul Vinaijar (Pembuat Barang Kesenian)
Pemakaian barang-barang perhiasan diri merupakan suatu amalan universal yang tertua di dunia ini. Masyarakat Tamil zaman cangam memakai pelbagai jenis barang perhiasan. Barang-barang perhiasan ini dibuat daripada pelbagai barang yang diperoleh dari alam sekitar. Permintaan terhadap barangan perhiasan adalah tinggi, oleh yang demikian pembuatan dan penjualan barang perhiasan berkembang pesat dan menjadi perniagaan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam.
Siput laut, mutiara dan manik merupakan bahan utama dalam pembuatan barang-barang perhiasan. Pembuatan barang-barang perhiasan merupakan pekerjaan yang unik dan penting. Golongan masyarakat yang tinggal di persisiran pantai menggunakan pelbagai bahan seperti siput, batu karang dan kayu untuk membuat barangan perhiasan diri. Golongan lelaki dan perempuan turut terlibat dalam proses pembuatan barang-barang perhiasan diri.
Golongan penyelam masuk ke dalam laut untuk mendapatkan siput dan mutiara yang bermutu tinggi. Menyelam ke dasar laut merupakan pekerjaan yang amat berbahaya. Para penyelam perlu menghadapi serangan ikan besar dan hidupan laut yang lain. Penyelaman sebegini adalah semata-mata untuk mendapatkan mutiara yang bermutu tinggi. Mutiara jenis ini mempunyai
permintaan tinggi serta dapat dijual dengan harga yang tinggi.
Golongan penyelam dikenali sebagai golongan mukkulipor ataupun baratavar. Siput dan mutiara yang dikutip dari dasar laut diproses dan menjadi barang perhiasan diri.
291
Pelbagai barangan perhiasan yang cantik seperti anting-anting, gelang tangan dan rantai leher dibuat dengan menggunakan siput laut.
Rajah 4.13: Siput dan Barang Perhiasan Diri
Sumber: Viyakka Vaikkum Tamilar Ariviyal,(2005) Golongan yang terlibat dalam pembuatan barang perhiasan dari siput dikenali sebagai velapaarpaan dan sangarupor. Mereka memiliki kemahiran kerja tangan yang unik dalam menghasilkan barang-barang perhiasan diri. Maklumat ini dipaparkan oleh pujangga Aavoor Moolangkilaar seperti berikut:
«õ÷£․ ð£˜․𣡠õ£÷ó‣ ¶I•î õ¬÷è¬÷‣¶ åN‣î ªè£¿‣F¡ Ü¡ù
(Akananuru,24:1-2)
velah paarpaan vaalaran tumita valaigalaintu olintha koluntin anna
siput laut diukir dan dijadikan gelang tangan pelbagai corak dan perhiasan dibuat pada gelang tangan
292
Siput laut diukir untuk dijadikan gelang tangan dengan pelbagai corak yang menarik. Pembuatan barang perhiasan siput dan mutiara terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Kegiatan ini menjadi suatu pekerjaan yang penting pada zaman cangam.
Negara India Selatan (Tamilagam) terkenal dengan mutiara yang diperoleh daripada siput laut. Pada zaman cangam, perolehan mutiara adalah banyak. Mereka mempunyai kemahiran tinggi dalam memperoleh mutiara siput laut. Menurut teks-teks klasik Tamil, mutiara yang dikutip daripada siput laut dieksport ke luar negara. Aktiviti pengumpulan mutiara daripada dasar laut digambarkan dalam antologi Akananuru:
Þôƒ°Þ¼‥ ðó․H¡ âP²ø£ c‚A õô‥¹K Í›Aò õ£¡FIŸ ðóîõ˜ åLî¬ô․ ðEô‥ ݘ․ð‚ 虪ôù‚ èLªè¿ ªè£Ÿ¬è âF˜ªè£÷ ÞNî¼‥ °õ¾ñí™ ªï´ƒ«è£†´ Ýƒè‡ àõ‚裇 «î£¡Á‥â‥ CÁï™ á«ó!
(Akananuru,350:10-15)
iIlankuirum parapin yerisura neekki valampuri moolkiya vaantimir baratavar olitalai panilam aarpa kallena kalikelu korkai yetirkola ilitarum kulavumanal nedungkoddu aangan uvakkaan tondrumen sirunal oore! mutiara bermutu tinggi diperoleh dari Korkai para penyelam menyelam ke dasar laut untuk mengutip mutiara ini, sebelum menyelam mereka meniupkan sejenis siput besar ’sangoli’ menandakan aktiviti menyelam bermula
Puisi ini menyatakan bahawa mutiara bermutu tinggi diperoleh dari daerah Korkai (sebuah daerah di India Selatan). Dasar laut daerah ini kaya dengan mutiara siput laut. Sebelum menyelam ke dasar laut mereka memaklumkan perkara ini kepada orang ramai dengan meniupkan sejenis siput besar yang dikenali sebagai sangoli. Bunyi ini memaklumkan bahawa aktiviti penyelaman dimulakan. Golongan baratavar membuat barang perhiasan diri dengan menggunakan siput laut dan mutiara bermutu tinggi. Perkataan valampuri (350:11) dalam puisi ini merujuk kepada siput yang mempunyai 293
pembukaan (mulut) di bahagian kanan. Siput valampuri dianggap sebagai siput yang bermutu tinggi dan dapat menghasilkan bunyi merdu.
Pada hakikatnya, barang-barang perhiasan diri amat diminati oleh golongan perempuan masyarakat Tamil. Mereka menggunakan sumber alam semulajadi untuk membuat barangbarang perhiasan diri. Golongan pembuat perhiasan diri mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan barang-barang perhiasan diri.
4.3.7.1
Porkollar (Tukang Emas)
Mengukir barang-barang perhiasan diri daripada emas adalah suatu pekerjaan yang penting dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Tukang emas (Porkollar) merupakan golongan yang terlibat dalam pengukiran barang-barang perhiasan. Mereka memiliki kemahiran yang unik dalam menghasilkan pelbagai barang perhiasan diri. Permintaan terhadap barang-barang perhiasan diri adalah tinggi. Oleh yang demikian, barang-barang ini dihasilkan dengan banyak. Golongan porkollar mempunyai status tinggi dalam kalangan masyarakat Tamil. Teks Silappatikaaram menggambarkan perlakuan tentang golongan porkollar.
臵œ M¬ùë˜ ¬èM¬ù ºŸPò ¸‡M¬ù‚ ªè£™ô˜ ËŸÁõ˜ H¡õó ªñ…․¬ð ¹‚° Môƒ°ï¬ì„ ªêôM¡ ¬è‚«è£™ ªè£™ô¬ù‚ è‡ìù ù£A ªî¡ùõ¡ ªðòªó£´ Cø․¹․ ªðŸø ªð£¡M¬ù‚ ªè£™ô¡ Þõªùù․ ªð£¼‣F‚ (Silappatikaaram,Madurai Kaandam,Kolaikalakaatai:105-110) kannul vinaigar kaivinai muddriya nunvinai kollar noodruvar pinvara meippai pukku vilangunadai selavin kaikkol kollanai kandana naagi tennavan peyarodu sirappu pedra ponvinai kollan ivanena porunti 294
tukang emas menghasilkan pelbagai jenis barang perhiasan mereka mempunyai kemahiran tinggi dalam pembuatan barang emas
Perkataan, nunvinai kollar, kaikkol kollan dan ponvinai kollan dalam puisi ini merujuk kemahiran tukang emas. Tukang emas ini memainkan peranan penting dalam tema cerita Silappatikaaram.
Pujangga
Marutham
Paadiya
Ilangkadungo
menyatakan
bahawa
tukang
emas
menghasilkan barang-barang perhiasannya digudang dengan menggunakan dapur khas yang dikenali sebagai ootulai. Ootu bermaksud tiup dan ulai merujuk pada dapur. Tukang emas menggunakan api untuk mencairkan emas dan cairan emas dituangkan ke dalam acuan bagi membentukkan barang perhiasan. Gambaran ini dipaparkan dalam puisi yang ke-96.
ܬêõó™ õ£¬ì É‚èL¡, á¶à¬ô
(Akananuru,96:6)
asaivaral vaadai tookkalin, ootulai
tukang emas membuat pelbagai barang perhiasan dengan menggunakan sejenis dapur Penggunaan barang-barang perhiasan diri terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil. Tukang emas menghasilkan barang-barang perhiasan emas di gudang khas yang dikenali sebagai ulaikkalam. Ini digambarkan dalam puisi yang ke-142. Þò™âP ªð£¡Q¡ ªè£ƒ°«ê£˜¹ à¬ø․𕠪‚è¡ õ´‚ªè£÷
(Agananuru,142:24-25)
iyalyeri ponnin konggusorbu uraippa todikkan vadukkola
tukang emas menghasilkan pelbagai barang perhiasan di gudang pembuatan barang emas
Pada umumnya, segelintir masyarakat Tamil zaman cangam menggunakan barang-barang perhiasan diri yang dibuat daripada emas. Emas mempunyai nilai yang tinggi sepertimana zaman kini. Maka, masyarakat umum tidak dapat menggunakan barang-barang perhiasan 295
yang dibuat daripada emas. Walau bagaimanapun, golongan berada seperti raja, pedagang dan orang kaya memiliki barang-barang perhiasan emas. Penggunaan barang-barang perhiasan yang dibuat daripada emas melambangkan kedudukan mereka dalam masyarakat Tamil.
4.3.8
Then Tiradduvor (Pengumpul Madu)
Madu ialah cairan yang menyerupai sirup, madu lebih kental dan berasa amat manis. Madu dihasilkan oleh lebah dan serangga daripada nektar bunga. Madu merupakan salah satu makanan penting bagi masyarakat Tamil zaman cangam. Di samping itu, madu juga mempunyai nilai komersial dan digunakan dalam urusan penukaran barang, sistem barter. Oleh yang demikian, mencari dan mengutip madu merupakan pekerjaan penting bagi kaum Kuravar yang tinggal di tanah Kurinchi dan Neytal. «î‥HN ïøM¡ °øõ˜ º¡P™ Thempili naravin kuravar mundril
(Akananuru,78:7)
kaum Kuravar mengumpul madu asli
Baris ini membuktikan kewujudan pekerjaan mencari dan mengutip madu. Golongan yang melakukan kerja ini dikenali dengan nama kuravar. Kaum kuravar dari tanah Kurinchi mengutip sarang lebah yang mengandungi madu. Mengutip madu merupakan pekerjaan yang bahaya dan mempunyai banyak cabaran.
4.3.9
Valavan (Pemandu Kereta Beroda, Kereta Kuda dan Kereta Lembu)
Kenderaan beroda merupakan salah satu titik permulaan dalam perkembangan pengangkutan bagi manusia sejagat. Secara umum, kenderaan dikenali sebagai oorti ataupun vandi dalam kalangan masyarakat Tamil. Kenderaan mengeratkan serta menjalinkan perhubungan sesama manusia. Di samping itu, kenderaan beroda juga 296
digunakan untuk pelbagai tujuan. Pengangkutan darat, perniagaan dan peperangan bergantung kepada kereta beroda. Kereta lembu, kereta keldai dan kereta kuda merupakan kenderaan yang penting kepada masyarakat Tamil zaman cangam. Antara kesemua kenderaan ini, kereta kuda (ther) merupakan kenderaan khas yang digunakan oleh golongan raja dan kaum atasan.
Ther dikenali sebagai kereta kuda beroda dalam bahasa Melayu. Ther memainkan peranan utama dalam bidang pertahanan negara. Penggunaan ther masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat Tamil. Semasa perayaan tahunan kuil (kovil thiruvilah) perlakuan membawa ther masih diamalkan. Patung utama kuil berkenaan (Moolavar, Thiruvuruvam) diletakkan dalam ther yang dihiasi cantik dan menarik. Ther berkenaan dibawa sekeliling kawasan penempatan penduduk supaya masyarakat umum dapat melakukan upacara penyembahan Tuhan.
Pada zaman klasik pemandu ther dikenali sebagai valavan atau paagan dalam kalangan masyarakat Tamil. Memandu ther merupakan pekerjaan yang memerlukan kemahiran khas dan kekuatan tubuh badan. Pekerjaan ini juga merupakan salah satu kerja yang bahaya dan memerlukan penelitian yang tinggi. Peranan dan jasa pemandu ther dibicarakan dalam antologi Akananuru seperti berikut:
õ£¡õöƒ° ÞòŸ¬è õŎ ®¬ù«ò£? ñ£Â¼ ÝèG¡ ñù‥̆ ®¬ù«ò£ à¬óñF - õ£N«ò£ õôõ! - âù•î¡ õ¬óñ¼œ ñ£˜H¡ ÜO․ðù¡ ºòƒA ñ¬ù‚ªè£‡´ ¹‚èù¡ ªï´‣î¬è M¼‣«î˜ ªðŸøùœ F¼‣F¬ö «ò£«÷!
(Akananuru,384:10-15)
vaanvalanggu iyarkai valipood dinaiyo? maanuru aaganin manampood dinaiyo uraimati – vaaliyo valava! - yenattan varaimarul maarbin alippanan muyanggi manaikkondu pukkanan neduntagai virunter pedranan tiruntilai yoleh! 297
selepas tamat perang, wira pulang ke tanah air bersama dengan ’ther paagan’ wira memandu kereta laju dan sampai ke destinasi dengan cepat wira memuji kemahiran pemandu, lalu menyatakan bahawa wira memandu kereta bagaikan angin
Selepas perang tamat, wira pulang ke tanah air bersama dengan ther paagan. Semasa dalam perjalanan, wira mengenangkan kekasihnya. Di samping itu, pada masa yang singkat ther tiba di rumah. Wira merasa amat gembira pulang ke pangkuan kekasih dan memuji kepakaran ther paagan yang memandu ther dengan laju dan selamat. Memandangkan kepakaran paagan, wira memuji ther paagan seperti berikut:
“Wahai! Paagaa kau memandu ther dengan laju bagaikan angin kencang”, pujian ini menggembirakan ther paagan. Peristiwa yang menarik ini melambangkan perhubungan mesra antara majikan dengan pekerja. Rangkai kata manaikkondu pukkanan neduntagai, virunter pedranan tiruntilai yone!, memaklumkan bahawa wira menjemput ther paagan ke dalam rumah lalu menyajikan makanan. Di samping itu, antologi Akananuru juga memaparkan beberapa peristiwa tentang ther paagan. à¼õ‚ °F¬ó ñöõ˜ 憮ò
(Akananuru,1:2)
uruva kutirai malavar ohdiya
kereta kuda yang dipandu oleh ’malavar’
Perkataan Malavar dalam puisi ini merujuk kepada pemandu kereta kuda yang mahir dan berwibawa. Pada hakikatnya, kenderaan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia sejagat. Kenderaan menjadi salah satu unsur penting dalam menjamin pencapaian permodenan manusia. Masyarakat Tamil zaman cangam mengamalkan penggunaan kenderaan-kenderaan seperti ther, kurirai vandi (kereta kuda), maaddu vandi (kereta lembu) dan kalutai vandi (kereta keldai).
298
4.3.10
Kesimpulan
Pada hakikatnya, masyarakat Tamil zaman cangam mengamalkan pelbagai jenis pekerjaan. Kebanyakan pekerjaan adalah berdasarkan kepada alam semulajadi dan kawasan kehidupan (ecological zones) mereka. Hampir segala pekerjaan yang mereka lakukan adalah bertujuan menunaikan keperluan harian. Antologi Akananuru mengemukakan pelbagai maklumat tentang pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Vanigam (perniagaan), ulavu (pertanian), nel payiridal (menanam padi), karumbu nadutal (menanam tebu), por maravar dan kaavalar (askar pertahanan dan pengawal), kalaipporul vinaijar (pembuat barang perhiasan diri), baratar (nelayan), then tiradduvor (pengumpul madu), valavan (penunggang kereta), umanar (peniaga garam), malar virphor (peniaga bunga), kal virphor (peniaga air nira), aayar (pengembala), vhedar (pemburu), porkollar (tukang emas) dan pandamaadru (sistem barter) adalah merupakan beberapa pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat Tamil zaman cangam.
4.4 Pengangkutan
Kenderaan merupakan sesuatu benda atau mesin yang digunakan untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain. Kenderaan merupakan alat pengangkutan dan perhubungan yang amat penting. Kenderaan boleh digerakkan dengan menggunakan tenaga badan manusia, haiwan dan jentera. Kenderaan seperti kereta kuda, kereta lembu, kereta gajah dan kereta keldai menggunakan tenaga haiwan. Manakala, kereta beca menggunakan tenaga badan manusia. Pada zaman klasik kenderaan yang menggunakan motor ataupun enjin tidak wujud. Kebanyakan kenderaan digerakkan dengan menggunakan kuasa tenaga manusia dan haiwan.
299
Secara umumnya, kenderaan dikenali sebagai vaaganam, oorti ataupun vandi dalam bahasa Tamil. Masyarakat Tamil zaman klasik memiliki dua kategori kenderaan iaitu kenderaan darat dan kenderaan air. Di samping itu, epik
Ramayana dan Mahabaratha
menggambarkan penggunaan kenderaan udara yang dikenali sebagai puspaga vaaganam. Walau bagaimanapun, kebanyakan karya kesusasteraan Tamil zaman cangam
hanya
membincangkan kenderaan darat dan air sahaja.
Masyarakat Tamil zaman cangam menggunakan kenderaan untuk pelbagai tujuan.
membawa manusia dari satu lokasi ke lokasi lain
mengangkut barang-barang perniagaan dan pertanian
tujuan berperang Jadual 4.14: Kenderaan Masyarakat Tamil Zaman Cangam
Jenis Kenderaan Bil.
Kategori Kenderaan
1
Bahasa Tamil
Istilah Bahasa Malaysia
Ther
Kereta kuda beroda
Kutirai vandi
Kereta kuda
Maaddu vandi
Kereta lembu
Kalutai vandi
Kereta keldai
Kappal, Naavaai
Kapal laut
Paaimara kappal
Kapal layar
Padagu
Sampan
Toddi
Rakit
Darat
2
Air
300
Pengangkutan darat ialah jenis pengangkutan yang paling biasa digunakan oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Pengangkutan darat merangkumi kenderaan empat roda seperti kereta kuda dan kereta gajah. Manakala, kereta dua roda terdiri daripada kereta lembu dan kereta keldai.
Kebanyakan kenderaan darat digerakkan dengan menggunakan haiwan. Kenderaan seperti kereta kuda (kutirai vandi), kereta gajah (yaanai vandi), kereta lembu (maaddu vandi) dan kereta keldai (kalutai vandi) ialah kenderaan yang ditarik oleh haiwan. Manakala, kenderaan air terdiri daripada kapal laut (kappal), kapal layar (paaimarakkappal), kapal besar (naavaai), sampan (padagu) dan rakit (toddi). Antologi Akananuru memaparkan banyak maklumat tentang kenderaan yang digunakan oleh masyarakat Tamil zaman cangam.
4.4.1
Ther (Kereta Kuda Beroda)
Ther merupakan kenderaan utama bagi golongan raja dan golongan atasan. Kereta kuda jenis ini digelar sebagai kereta kuda beroda dalam bahasa Melayu. Ther digunakan untuk pelbagai tujuan. Penggunaan ther adalah seperti berikut: Jadual 4.15: Ther dan Pengguna
Bil.
Tujuan
Golongan Pengguna
1
Perang
golongan pemerintah dan askar
2
Perjumpaan rakyat
golongan pemerintah dan orang atasan
3
Perdagangan dan perniagaan
golongan pedagang dan peniaga
4
Mengangkut barang
golongan pedagang, peniaga dan orang awam
5
Memburu
golongan pemerintah dan golongan atasan
6
Permainan dan aktiviti riadah
golongan pemerintah dan golongan atasan 301
Pada lazimnya, ther (rata) dihiasi dengan pelbagai barangan perhiasan. Perhiasan yang menarik melambangkan status pemilik. Pemandu khas ditugaskan untuk memandu ther. Theroddi, ther paagan, paagan dan valavan merupakan beberapa nama pemandu kenderaan darat. Pemandu kenderaan bukan sahaja bertanggungjawab untuk memandu kereta beroda tetapi seringkali menjadi teman iringan kepada majikan seperti pemerintah, peniaga dan wira. Pada umumnya, theroddi merupakan teman baik wira dan kekadang theroddi juga memberikan pandangan tentang sesutau perkara pada wira. Terutama sekali dalam hal percintaan antara pasangan kekasih.
Kaum moriyar menggunakan ther yang tahan lasak dan berupaya merentasi bukit tinggi yang mempunyai pelbagai halangan serta cabaran. Pada lazimnya, roda kereta dibuat daripada besi dan kayu keras yang tahan lasak. Pujangga Umaddoorkilaar Maganaar Parangkodranaar menyatakan bahawa ther kaum moriyar dapat bergerak tanpa sebarang kesukaran merentasi jalan bukit. Maklumat ini dipaparkan dalam puisi yang ke-69.
M‡ªð£¼ ªï´ƒ°¬ì Þò™«î˜ «ñ£Kò˜ ªð£¡¹¬ù FAK FKîó‚ °¬ø•î ܬøÞø‣¶ Üè¡øù˜ ÝJÂ‥............
(Akananuru,69:10-12)
vinporu nedungudai iyalther mohriyar ponpunai tigiri tiritara kuraintu arai irantu agandranar aayinum.........
jalan laluan adalah tidak rata dan sukar dilalui tetapi ther ini dapat bergerak laju merentasi segala halangan..........
)
Pujangga menyatakan bahawa, walaupun, tapak jalan bukit adalah tidak rata dan sukar dilalui tetapi ther mereka dapat merentasi segala halangan dan bergerak maju ke destinasinya.
302
4.4.2
Kutirai Vandi (Kereta Kuda)
Kuda ialah sejenis mamalia yang besar dan kuat serta berupaya lari pantas. Haiwan ini telah lama
dibela
jinak
untuk
pelbagai
tujuan.
Kuda
memainkan
peranan
penting
dalam pengangkutan orang dan barang muatan. Pengangkutan kuda menjadi salah satu punca perkembangan ekonomi masyarakat dunia. Pada zaman klasik kuda digunakan untuk pelbagai tujuan seperti perang, pengangkutan, mengangkut barang dan juga bagi aktiviti permainan. Kuda digelar sebagai kutirai, puravi ataupun pari dalam bahasa Tamil. Pada umumnya, kereta kuda dikenali sebagai kutirai vandi. Kuda dilatih dengan teliti supaya ia dapat ditunggang oleh manusia. Haiwan ini juga boleh dikenakan abah-abah untuk menarik objek-objek seperti kereta roda atau bajak. Kereta kuda merupakan salah satu alat perhubungan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Tamil zaman cangam. Pada lazimnya, kereta kuda dimiliki oleh golongan raja dan golongan atasan. Ini adalah kerana pemilikan dan penjagaan kuda melibatkan perbelanjaan yang besar. Penunggang atau pemandu yang terlatih dan mahir ditugaskan untuk membawa kereta kuda. Penunggang kereta kuda dikenali sebagai theroddi ataupun vandiyoddi dalam bahasa Tamil.
Golongan raja dan atasan membeli kuda bermutu tinggi dari luar negara. Mereka menggunakan kuda bermutu tinggi untuk urusan perang, pemburuan dan juga perniagaan. Maklumat pembelian kuda bermutu tinggi dipaparkan dalam teks Paddinappaalai.
cK¡ õ‣î GI˜ðK․ ¹óM»ƒ
(Paddinappaalai:185)
neerin vanta nimirpari puraviyung
kuda dibawa dengan menggunakan kapal laut
303
Puisi ini membuktikan pembelian kuda dari luar negara oleh masyarakat Tamil zaman cangam. Penggunaan kuda sebagai pengangkutan turut dibincangkan dalam teks Purananuru.
GI˜ ðK
(Purananuru,14:7)
nimir pari kuda yang gagah
Baris ini merujuk kepada kuda yang gagah dan kuat. Pujangga Ulochanaar memberikan maklumat tentang pemilikan kereta kuda oleh seorang raja yang bernama Purantai Periyan. ð£´ï˜• ªî£´•î ¬èõ‡ «è£ñ£¡ ðK»¬ì ø˜․ ªðKò¡
(Akananuru,100:11-12)
paadunar todutta kaivan khomaan pariyudai narrher periyavan
Raja Periyan berhati mulia memiliki kereta kuda yang bermutu tinggi
Purantai Periyan ialah seorang raja yang berhati mulia. Baginda sentiasa menolong kepada golongan yang memerlukan bantuan. Para pujangga yang mengunjungi Purantai Periyan pasti memperoleh keperluan yang dikehendakinya. Raja ini memiliki kereta kuda yang bermutu tinggi. Melalui puisi ini dapat dirumuskan bahawa pemilikan kereta kuda melambangkan status pemiliknya.
Di samping itu, pujangga Madurai Maruthanilanaaganaar turut memaparkan kewibawaan seorang raja yang memiliki kereta kuda. Beliau menggunakan kereta kuda untuk berperang. Pujangga menyatakan bahawa kereta kuda dipandu laju bagaikan angin.
ï¡ù£™° ̇ì è´‥ðK ªï´‣«î˜ õ£ƒ°C¬ù ªð£Lò ãP
(Akananuru,104:6-7)
nanaalgu poonda kadumbari nedunther vanggusinai poliya yheri 304
kereta beroda ditarik oleh empat ekor kuda bergerak laju bagaikan angin
Menurut puisi ini, kereta beroda yang ditarik oleh empat ekor kuda bergerak pantas bagaikan angin. Empat ekor kuda melambangkan kekuatan dan kuasa ther berkenaan.
Selepas menyelesaikan tugas, wira pulang ke kampung asal untuk berjumpa dengan kekasih. Wira menaiki kereta kuda ditunggang oleh paagan (pemandu) yang mahir dan berpengalaman. Kuda bermutu tinggi bergerak pantas bagaikan angin. Pujangga menyatakan bahawa alas duduk kereta kuda dibuat daripada emas.
ªðô‥ð¬ì‚ èLñ£․ Ì‡ì «î«ó!
(Akananuru,114: 16)
pelambadai kalimah poonda thereh!
alas duduk dibuat daripada emas
Wira pergi ke medan perang atas arahan raja. Selepas tamat perang beliau pulang ke tanah air dengan menaiki kereta kuda. Gambaran ini dicatatkan oleh Pujangga Madurai Aruvai Vhanigan Ilavheddanaar seperti berikut:
........................M¬ùïM™ ¹óM Þ¬öÜE ªï´‣«î˜ ÝN àÁ․ð
(Akananuru,254:12-13)
....................vinainavil puravi Ilaiani nedunther aali uruppa
kuda yang gagah dan berwibawa dihias cantik dipandu oleh pemandu yang mahir
Kereta kuda yang dihias cantik ditunggang oleh pemandu yang amat berpengalaman. Kereta ini ditarik oleh kuda yang gagah dan berkuasa.
305
4.4.3
Neer Vaaganam (Pengangkutan Air)
Arus permodenan manusia dipercepatkan dengan kewujudan sistem pengangkutan. Pengangkutan darat dan air memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Tamil zaman cangam. Mereka menggunakan pelbagai jenis pengangkutan air seperti kapal (naavaai, kappal dan vangam), kapal layar (paaimarakkappal), sampan (padagu) dan rakit (toddi). Kelasi kapal dikenali sebagai kappaloddi ataupun padagoddi. Pengangkutan air seringkali digunakan untuk penangkapan ikan, mengangkut barangan perdagangan dan peperangan.
Aktiviti penangkapan ikan dipaparkan dalam antologi Akananuru. Kaum baratar melakukan kegiatan menangkap ikan dengan menggunakan sejenis sampan melengkung. Peristiwa ini digambarkan dalam puisi yang ke-70 dan 100.
ªè£´‣FIŸ ðóîõ˜ «õ†ì‥ õ£…•ªîù Þ¼‥¹ô£‚ èñ¿‥ CÁ°®․ ð£‚蕶
(Akananuru,70:1-2)
koduntimir baratavar vheddam vaaittena irumpulaa kamalum sirukudi paakkattu
kaum baratar menggunakan sampan melengkung untuk menangkap ikan di laut ªè£‡ì™ ÞóM¡ Þ¼ƒèì¡ ñ´•î ªè£¿e¡ ªè£œðõ˜ Þ¼œcƒ° 凲ì˜
(Akananuru,100:6-7)
kondal iravin irungkadan madutta kolumeen kolbavar irulneenggu onsudar
menangkap ikan pada waktu malam obor dipasang di penghujung sampan
Kedua-dua puisi ini membuktikan penggunaan sampan sebagai pengangkutan air. Mereka menggunakan sampan untuk menangkap ikan pada waktu siang dan juga malam. Sampan yang digunakan bagi aktiviti penangkapan ikan sebelah malam dilengkapi dengan obor api. 306
Pada zaman klasik masyarakat Tamil terlibat dalam perniagaan dalaman dan perdagangan luar negara. Perniagaan dalaman melibatkan pengangkutan darat seperi kereta lembu, kereta kuda dan kereta keldai. Manakala, perdagangan luar negara melibatkan pengangkutan air seperti kapal, kapal layar dan sampan besar. Secara umumnya, masyarakat Tamil zaman cangam meminati perdagangan luar negara yang menjamin pendapatan lumayan. Golongan muda sedia untuk menghadapi cabaran yang mendatangkan hasil lumayan. Wira dari negara Imayavaramban Neduncheralaatan merantau ke negara lain untuk tujuan berdagang. Kenyataan ini dipaparkan oleh pujangga Mamoolanaar:
õô‥ð® ºóC¡ «êóô£î¡ º‣c˜ 憮‚ èì‥¹ÜÁ•¶, Þñò•¶ º¡«ù£˜ ñ¼÷ õ탰MŸ ªð£P•¶
(Akananuru,127:3-5)
valampadi murasin cheralaatan munneer oddi kadambuaruttu, imayattu munnor marula vananguvir porittu wira membawa kapal besar mengharungi laut yang bergelora, masyarakat kampung mengkagumi kebolehan wira yang luar biasa
Wira membawa kapal besar mengharungi laut dalam yang berombak besar, kebolehan dan kejayaan wira amat dikagumi oleh masyarakat tempatan. Peristiwa ini membuktikan kemahiran mereka dalam menghasilkan kapal laut yang dapat menandingi ombak besar. Pujangga Mamoolanaar menyampaikan maklumat penting tentang penglibatan masyarakat Tamil zaman cangam dalam bidang perdagangan.
Wira terlibat dalam perdagangan luar negara dan membawa barangan dengan menggunakan kapal laut. Pujangga Madurai Marutanila Naaganaar memaklumkan kenyataan ini dalam puisi yang ke- 255.
àô°A÷˜‣ î¡ù à¼ªè¿ õƒè‥ ¹ô¾•F¬ó․ ªð¼ƒèì™ c˜Þ¬ì․ «ð£ö
(Akananuru,255:1-2) 307
ulagukilarn tanna urugelu vangam pulavuttirai perungkadal neeridai pola
kapal perdagangan dipandu oleh wira yang berwibawa mengharungi laut yang bergelora
Pujangga menyatakan bahawa kapal perdagangan yang dipandu oleh wira mengharungi laut bergelora. Kenyataan ini membuktikan kemahiran masyarakat Tamil klasik dalam bidang perdagangan antarabangsa yang melibatkan laluan air.
4.4.4
Kesimpulan
Pengangkutan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Manusia melakukan pelbagai perlakuan dengan menggunakan kenderaan. Pada zaman cangam, masyarakat Tamil menggunakan kenderaan darat dan air secara berleluasa. Antologi Akananuru memaparkan pelbagai maklumat tentang sistem perhubungan masyarakat Tamil zaman cangam. Ther (kereta kuda), kutirai vandi (kereta kuda), maaddu vandi (kereta lembu), kappal (kapal) dan
padagu (sampan) merupakan beberapa kenderaan yang
digunakan oleh masyarakat Tamil zaman cangam.
308
309