CTU101
12/7/2013
1
PENDAHULUAN 2
BAB 3
Hasil Pembelajaran
Syariah dalam Kehidupan Muslim
Maruwiah Ahmat
Menghuraikan pengertian syariah Menjelaskan maqasid syariah Menjelaskan skop syariah Menjelaskan peranan syariah dalam pembangunan ummah
Kandungan 3. Syariah dalam Kehidupan Muslim 3.1 Pengertian Syariah 3.2 Maqasid Syariah 3.3 Skop Syariah 3.4 Peranan Syariah dalam Pembangunan Ummah
CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
3
4
Istilah lain yang berkaitan Syariah DEFINISI - Keilmuan atau kefahaman mengenai hukumhakam syariah yang bersifat amali yang difahami melalui dalilnya yang terperinci FIQH 4 bidang besar: Fiqh Ibadat, Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat dan Fiqh Jinayat [Jenayah]
PENGERTIAN SYARIAH
PENGERTIAN SYARIAH
5
6
Istilah lain yang berkaitan Syariah Mesej itu disampaikan kepada manusia melalui kaedah wahyu (terkandung dalam alQuran & al-Sunnah)
Khitab atau mesej Allah S.W.T. yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf.
HUKUM
Maruwiah Ahmat
Undang-undang
Ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan
Segala hukum iaitu syariah Islam datang daripada Allah S.W.T.
1
CTU101
12/7/2013
PENGERTIAN SYARIAH
PENGERTIAN SYARIAH
7
8
CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM BERORIENTASIKAN WAHYU bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah
GANJARAN BERSIFAT DUNIAWI & UKHRAWI
UNIVERSAL - meliputi semua tempat dan masa
SYUMUL / LENGKAP merangkumi segenap aspek hidup manusia mengatur hubungan dengan Allah, sesama manusia serta alam sekeliling
SEPADU & SEIMBANG - setiap satu bahagian saling berkaitan antara satu sama lain & sama berat dari sudut rohani dan jasmani serta dunia dan akhirat
TETAP & ANJAL – prinsip dan dasar Islam bersifat tetap tetapi pelaksanaannya bersifat fleksibel
Keistimewaan syariat Islam berbanding undang-undang ciptaan manusia Segala prinsip dan hukum-hakamnya terpelihara daripada kelemahan, kesilapan dan kekurangan. Ia didorong oleh sifat pencipta-Nya yang suci dari sebarang kelemahan - undangundang ciptaan manusia tidak sunyi dari sebarang kelemahan kerana ia lahir dari pemikiran insan. Ia bersifat adil serta berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia di hadapan hukum Allah S.W.T. - keadilan sebenar sukar ditemui dalam undang-undang ciptaan manusia kerana masing-masing mempunyai kecenderungan serta kepentingan tertentu.
PENGERTIAN SYARIAH 9
PENGERTIAN SYARIAH 10
Segala hukum mempunyai roh keagamaan yang bersifat muqaddas melahirkan rasa taqwa, patuh dan hormat pada diri undang-undang ciptaan manusia tiada roh agama, ia hanya dipatuhi kerana takutkan hukuman atau denda, bukannya dosa. Memberi kelonggaran atau rukhsah dalam pelaksanaan hukum Islam apabila ada kesukaran atau darurat. Sumber-sumber perundangan Islam selain daripada Al-Quran dan al-Sunnah juga menerima ijma', qias dan lain-lain sebagai rujukan hukum menjadikan ia bersifat alami, ideal dan realistik berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia yang bersifat setempat, masa tertentu serta kelompok atau bangsa tertentu.
PENGERTIAN SYARIAH
NAS [DALIL SYARIAH]
Ayat Al-Quran atau Hadis Rasulullah SAW yang digunakan sebagai hujah dalam menentukan sesuatu hukum.
PENGERTIAN SYARIAH
11
12
S U M B E R
S U M B E R
S Y A R I A H
SUMBER PRIMER
Al-Quran
Allah SWT menjelaskan ayatayat berkaitan dengan pengurusan dalam al-Quran sebagai ikhtibar dan panduan
Maruwiah Ahmat
As-Sunnah Melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi Muhammad SAW yang sarat dengan panduan dalam pengurusan
S Y A R I A H
SUMBER SEKUNDER
Ijma’ Ulama
Persepakatan para ulama dalam menetapkan sesuatu hukum yang tiada nas dalam Al-Quran dan Sunnah.
Qias
Melalui perbandingan perbuatan atau kes-kes yang terdahulu dengan mengambil kira persamaan illahnya.
2
CTU101
12/7/2013
PENGERTIAN SYARIAH
PENGERTIAN SYARIAH
13
14
1. Rabbani
Rabbani Keadilan (AlAdalah)
Persamaan (Musawwah)
Prinsip Perundangan Islam
Syura (Musyawwarah)
Insaniyah
Kebebasan (AlHurriyah)
PENGERTIAN SYARIAH 15
Syariah adalah daripada Allah SWT. Syariah bukan ciptaan manusia. Sumber syariah adalah wahyu – Al-Quran dan Sunnah Menunjukkan kekuasaan Allah meliputi semua aspek kehidupan manusia (al-Baqarah: 208) Kesan prinsip Rabbani: a. Syariah bebas dari kezaliman, kelemahan dan dorongan hawa nafsu b. Syariah dihormati oleh pemerintah dan yang diperintah.
PENGERTIAN SYARIAH 16
2. Persamaan (al-Musawwah)
Semua mempunyai hak dan tanggungjawab berdasarkan kemampuan masing-masing Semua tertaluk kepada undang-undang, peraturan dan hukum yang sama. Rasullah SAW pernah menyatakan jikalau Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya baginda akan memotong tangannya. (Riwayat al-Nasai) Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya antara kamu, (al-Hujurat: 13)
PENGERTIAN SYARIAH 17
3. Syura (Musyawwarah)
Perbincangan dan permuafakatan terutama dengan golongan yang mahir dalam bidang yang dibincangkan. Menerima pendapat majoriti. Menerima pendapat minoriti jika dalil (bukti) lebih kuat daripada pendapat majoriti. ... dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah ... (Ali Imran: 159)
PENGERTIAN SYARIAH 18
5. Insaniyah
4. Kebebasan (al-Hurriyah)
Syariah memberi semua jenis kebebasan yang diperlukan oleh manusia. Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara di samping mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang dikuatkuasakan. Kebebasan syariah adalah berpanduan – Al-Quran, Sunnah, undang-undang pemerintah dan kebajikan masyarakat. Tidak ada paksaan dalam agama (Islam).. (Al-Baqarah: 256)
Maruwiah Ahmat
Memudahkan urusan kehidupan manusia. Memelihara kebajikan manusia. Membuat/menyuruh sesuatu mengikut kemampuan. Membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain. Kebolehan seseorang menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan persekitaran, khususnya melalui aktiviti komunikasi. “Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”. (Surah al-Qasas: 77)
3
CTU101
12/7/2013
PENGERTIAN SYARIAH 19
MAQASID SYARIAH 20
6. Keadilan (al-Adalah)
KONSEP MAQASID SYARIAH:
Maksud Al-‘Adalah ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar, jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan dosa atau bersubahat dengannya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat…” (Surah al-Nahl: 90) “... dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". (Surah al-An’am: 152)
Menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan menghindarkan kemudharatan atau keburukan yang mungkin menimpa manusia.
MAQASID SYARIAH 21
Menjaga akidah Menjaga harta
Menjaga keturunan
Melindungi nyawa
Melindungi akal
MAQASID SYARIAH 22
Melindungi akidah- syariat Islam sangat tegas dalam mempertahankan akidah- mati syahid bagi yang mati mempertahankan agama. Melindungi nyawa- Allah mewajibkan manusia menjaga nyawanya dan melarang melakukan kecederaan ke atas diri sendiri atau mana-mana pihak.
Melindungi akal - Allah menuntut manusia menjaga akal supaya tidak rosak dan dipesongkan dari kebenaran. Maka Islam mengharamkan meminum arak, mempercayai perkara khurafat dan mewajibkan menuntut ilmu.
MAQASID SYARIAH 23
MEMELIHARA KESUCIAN DAN KEPERCAYAAN BERAGAMA
MAQASID SYARIAH 24
Membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, munafik dan syirik. Mengajak manusia beriman kepada Allah S.W.T., melaksanakan ketaatan kepada-Nya di samping tidak melupakan prinsip dakwah dan jihad dalam Islam.
Maruwiah Ahmat
Melindungi keturunan - dengan mewujudkan sistem keluarga melalui perkahwinan yang sah dan mengharamkan zina. Melindungi harta - Islam menggalakkan manusia supaya mereka mencari harta secara halal dan melarang mereka mengumpul harta secara haram seperti mencuri dan menipu.
4
CTU101
12/7/2013
MAQASID SYARIAH
MAQASID SYARIAH
25
26
DALIL MENGENAI MEMELIHARA KESUCIAN DAN KEPERCAYAAN BERAGAMA Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kamu semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kamu tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kamu mengambil akan sebahagian dari kamu mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka; saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam”. (Ali Imran (3): 64)
MENJAMIN KEHORMATAN DAN MARUAH DIRI
Membentuk peribadi dan tidak mengaibkan diri sendiri serta keturunan kepada orang lain untuk menghindarkan manusia jatuh ke lembah kehinaan.
MAQASID SYARIAH
MAQASID SYARIAH
27
28
DALIL MENGENAI MEMELIHARA KESELAMATAN NYAWA DAN ANGGOTA TUBUH BADAN MANUSIA Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya”. (Al-Furqan (25): 68)
DALIL MENGENAI MENJAMIN USAHA PEMILIKAN & PENGUASAAN HARTA Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.....”. (Al-Qasas (28): 77)
SKOP SYARIAH
SKOP SYARIAH
29
30
Ibadah
Menjaga hubungan manusia dengan Allah -Pengabdian diri kepada Allah SWT semata-mata dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.
Maruwiah Ahmat
Menjaga hubungan baik sesama manusia - Peraturan dalam membina hubungan tersebut dengan menghayati segala sifat terpuji dan menjauhi sifat tercela.
Menjaga hubungan antara makhluk dan alam - Meliputi hubungan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala dan alam seluruhnya
• Perbuatan yang dilaksanakan bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengingati keagungan-Nya, menjadi tanda bukti keimanan terhadapNya dan tanda penyerahan diri kepada Allah SWT.
Muamalat • Perbuatan yg dikerjakan sebagai cara atau jln utk menjaga kemaslahatan dan mencegah kemudaratan sama ada antara sesama manusia atau dgn makhluk lain.
5
CTU101
12/7/2013
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
SKOP SYARIAH 31
32
PERLAKSANAAN KEPADA PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH SWT Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di peringkat individu cth: solat, puasa dll. Perintah di mana perlaksanaannya dianjurkan dilakukan secara kolektif atau jemaah, cth: berdakwah, menegakkan amr makruf nahy anil mungkar. Perintah yang tidak mampu dilaksanakan di peringkat individu atau kolektif tetapi menjadi kewajipan pemerintah. Cth: mengenakan hudud, qisas dan takzir.
PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM Meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan.
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 33
Ditumpukan kepada mengoptimumkan kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan, kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial yang tidak terpisah.
Mewujudkan kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi manusia.
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 34
Pendekatan Pembangunan Menurut Islam
Skop Pembangunan Islam Pembangunan fizikal dan jasmani – merujuk kepada kematangan sistem organ utama seperti otak, saraf, berat badan dll. Amalan ibadah juga menjadi alat untuk penjagaan kesihatan. Pembangunan kognitif – perkembangan pengetahuan dan keupayaan untuk berfikir. Islam banyak menganjurkan menuntut ilmu. Pembangunan emosi – perkembangan perasaan dalam konteks hubungan dengan orang lain. Pembangunan sosial – proses perkembangan dalam hubungan antara manusia dan persekitaran. Pembangunan kerohanian – satu proses yang bertujuan melahirkan jiwa bertaqwa. Jiwa yang pincang mengakibatkan akal dan fizikal terbantut.
PEMBANGUNAN BERLANDASKAN PRINSIP TAUHID • keesaan dan kekuasaan Allah S.W.T. - mengatur peraturan tertentu tentang hubungan manusia dengan tuhan dan sesama manusia. PEMBANGUNAN BERLANDASKAN RUBUBIYYAH • menekankan Allah S.W.T. sebagai penguasa yang membuat peraturan bagi menjaga serta mengarahkan kehidupan makhluk ke arah kesempurnaannya. PERANAN MANUSIA SEBAGAI UTUSAN ALLAH • menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai khalifah, sebagai muslim dan sebagai ummah secara umum PEMBANGUNAN BERTERASKAN PRINSIP PENYUCIAN DIRI • dari segala kekotoran sama ada kekotoran hakiki dan maknawi
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 35
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 36
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
Pendidikan
Maqasid Syariah
Peraturan/Hukum
Keadilan
Maruwiah Ahmat
Mendidik Manusia - membimbing manusia menghadapi ujian dan dugaan drpd Allah SWT - bukti keimanan - Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah antaranya yang lebih baik amalnya". (Surah al-Kahfi: 7) Memelihara Maqasid Syariah
Menegakkan Keadilan - mendidik, mengasuh dan membangunkan manusia supaya mereka selamat di dunia dan di akhirat - merangkumi hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekitar - melalui ibadat, kekeluargaan, memakmurkan bumi dsb.
Mengajar Manusia Hidup Menurut Hukum dan Peraturan kehidupan lebih teratur - hukum dan peraturan perlu berlandaskan AlQuran dan al-Sunnah.
6
CTU101
12/7/2013
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 37
PERANAN SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 38
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai orang yang beriman! Hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah kamu kerana adil itu lebih dekat kepada Allah.” (Surah al-Maidah: 8)
Keperluan Manusia kepada Syariah 1. Syariah sebagai panduan dalam menempuh kehidupan di dunia kerana manusia dicipta serba kekurangan. 2. Syariah adalah peraturan agar manusia memperoleh kejayaan dan kebahagiaan. 3. Untuk memelihara kepentingan manusia kerana kadang-kadang manusia menjadi pelupa, mementingkan diri sendiri dan digoda oleh nafsu dan syaitan. 4. Menjadikan seorang hamba yang sentiasa dekat dengan Allah. 5. Menghasilkan pembangunan yang seimbang antara fizikal dan spiritual. 6. Mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan diredhai Allah SWT.
AKTIVITI BERTULIS 3 39
Mana soalan ni?
- Berkumpulan - 20 minit sahaja
Maruwiah Ahmat
7