09/03/2013
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+…
This is Google's cache of http://www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp?id=24. It is a snapshot of the page as it appeared on 28 Feb 2013 10:17:38 GMT. The current page could have changed in the meantime. Learn more Tip: To quickly find your search term on this page, press Ctrl+F or ⌘-F (Mac) and use the find bar. Text-only version
Pengurusan Banduan Hukuman Mati Rabu, 15 Disember 2004 00:12 | Admin Artikel ini telah dipetik dari buku yang bertajuk "Pengurusan Banduan Hukuman Mati" yang telah ditulis oleh Penguasa Kanan Penjara Ahmad Faudzi bin Awang. Pada masa ini, penulis bertugas sebagai Pengarah Penjara Alor Setar.
1. PENGENALAN Terdapat banyak negara di dunia yang memperuntukkan hukuman mati kepada pesalah sebagai jalan untuk melawan jenayah. Perubahan masa yang berlaku telah mengubah banyak perkara berkaitan dengan hukuman yang dianggap 'ultimate punishment' ini. Bermula dengan perubahan kaedah hukuman hinggalah timbul perdebatan hangat tentang keperluan peruntukan hukuman mati itu sendiri. Setiap penghujahan yang dikemukakan tetap mempunyai asasnya yang tersendiri. Walau apa pun pendirian yang dibawa, kita mendapati terdapat 106 buah negara di dunia yang masih memperuntukkan hukuman mati dalam sistem perundangan masing-masing. Terdapat negara tertentu yang menggunakan peruntukan itu secara agresif (kerap). Namun terdapat juga yang jarang digunakan dan hanya sekadar wujud tapi tidak pernah digunakan. Malaysia adalah di antara negara yang melaksanakan hukuman webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+gov+my…
1/8
09/03/2013
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+…
mati ini menerusi kaedah tunggal iaitu gantung berbanding beberapa negara yang memilih beberapa kombinasi kaedah pelaksanaan. Pelaksanaan hukuman mati di Malaysia tidaklah dianggap terlalu kerap tetapi tempoh menunggu hukuman dijalankan di Malaysia adalah lebih pendek berbanding negara lain. Peruntukan hukuman mati di Malaysia telah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Manakala Jabatan Penjara Malaysia merupakan institusi tunggal yang melaksanakan tugasan ini. Sebagai institusi yang memikul tanggungjawab ini, maka telah menjadi satu kewajiban kepada Ketua Pengarah Penjara untuk mengeluarkan satu garis panduan yang jelas dan difahami untuk pengurusan penjara terlibat supaya setiap tindakan untuk melaksanakan hukuman mati itu dapat dilaksanakan denganteratur dan lancar. Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, didapati proses pelaksanaan urusan penggantungan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak perkara yang perlu dibereskan. Ini melibatkan soal dokumentasi yang melibatkan pihak berkuasa lain seperti Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Polis Di Raja Malaysia, Mahkamah, Hospital, Jabatan Pendaftaran Negara dan keluarga banduan. Selain dokumentasi, Jabatan Penjara Malaysia perlu untuk menyediakan pegawai khas yang mahir bagi tugasan ini dengan kelengkapan yang diperlukan. Semua perkara yang terlibat ini adalah sebagai memenuhi syarat perundangan dan prosedur yang telah ditetapkan supaya hukuman ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. 1.1 Kaedah Perlaksanaan Hukuman Mati Bagi negara yang menguatkuasakan hukuman mati, masingmasing mempunyai kaedah dan alasan tersendiri bagi melaksanakan hukuman seperti gantung sampai mati, pancung, kerusi elektrik, tembak, suntika dan gas beracun. Kaedah atau teknik pelaksanaan hukuman mati mempunyai perkaitan dengan perkembangan sains dan perubahan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan tamadun. Walau apa pun teknik yang digunakan, adalah dipercayai semuanya memberi kesan yang pantas untuk webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+gov+my…
2/8
09/03/2013
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+…
mematikan seseorang. i) Hukuman Bakar Sampai Mati Kaedah in popular sebagai langkah deraan dan digunakan dengan meluas bagi kesalahan yang berkaitan dengan mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan orang ramai (hertics), mengamalkan ilmu sihir (witches) dan perempuan yang berprasangka buruk (suspicious women). Hukuman bakar sampai mati kali terakhir telah berlaku di Sepanyol pada tahun 1834. ii) Roda Kaedah ini merupakan teknik deraan yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Orang yang dihukum akan diikat pada bahagian luar rim roda dan kemudian digolek pada batu-batu yang tajam atau menuruni bukit sehingga orang yang dihukum itu mati. iii) 'Guillotine' Kaedah yang digunakan secara meluas semasa revolusi Perancis ini melibatkan penggunaan peralatan pemotong kepala yang menggunakan mata pisau (blade). iv) Gantung dan 'Garotte' Kaedah gantung melibatkan pesalah digantung dengan tali untuk mematahkan tengkoknya. Manakala kaedah 'Garotte' merupakan teknik deraan yangpopular mirip kepada hukuman gantung. Peralatan seperti rak atau gelung dimuatkan pada tengkok pesalah, dipulas perlahan-lahan hingga tegang dan menyekat pengaliran darah. Mulut pesalah disumbat ketat dan rantai digunakan untuk mengikat lehernya. v) Tembak Hukuman yang dijalankan secara tembakan akan dilakukan oleh lima orang penembak tepat. Sebahagian dari penembak tersebut akan diisikan senjata mereka dengan peluru kosong. Ini bermakna pembunuh sebenar adalah tidak diketahui. vi) Gas Beracun Menerusi kaedah ini banduan akan ditempatkan di dalam bilik yang berkunci dan tiada pengaliran udara. Gas hydrocyanic (asid hidroklorik + potassium cyanide@sodium cyanide) yang webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+gov+my…
3/8
09/03/2013
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+…
dibebaskan akan menyebabkan kemusnahan proses keupayaan badan untuk menghasilkan hemoglobin darah. vii) Kerusi Elektrik Hukuman ini dijalankan dengan menggunakan sebuah kerusi yang direka khas dimana banduan akan dekehendaki duduk atas kerusi dan badan serta kepala banduan akan dilekapkan dengan elektrod tembaga yang dihubungkan kepada bekalan elektrik. viii) Suntikan (Lethal Injection) Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan 3 kelas bahan kimia yang berbeza jenis dan kuantiti. Sodium Thiopental akan disuntik dan menyebabkan banduan tidur dengan nyenyak. Selepas itu, Pancuriom Bromide akan disuntik dan menyebabkan banduan berhenti bernafas dan pengsan. Akhir sekali Potassium Chloride akan disuntik dan jantung banduan akan terhenti. 1.2 Reaksi Pelaksanaan Hukuman Mati Terdapat pelbagai reaksi yang melahirkan pandangan yang pro dan kontra terhadap hukum yang dikenakan. Bagi mereka yang bersetuju dengan hukuman mati, menganggap ianya adalah satu bentuk deraan yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukuman mati akan memastikan mereka tidak terlibat semula dan mengulanginya. Sebagai satu pengajaran kepada umum, terdapat negara yang menjatuhkan hukuman mati di khalayak ramai dan di kawasan lapang atau tempat awam. Di negara kita, hukuman gantung dijalankan secara tertutup.
2. HUKUMAN GANTUNG DI MALAYSIA Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati adalah menerusi teknik gantung. Kesalahan membunuh dengan niat, mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan keslahan bersabit pemilikan senjatapi adalah di antara perbuatan yang boleh webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+gov+my…
4/8
09/03/2013
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+…
membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamh ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan terhadap kesalahan yang dilakukan dikemukakan kepada Yang Di Pertua Agong atau Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Yang Di Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Di Malaysia, bagi seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Pengalaman Penjara Taiping, di dapati purata seseorang itu menjalani hukumanmati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan. Setelah semua proses perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan, pihak penjara terlibat akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung berasaskan 5 fasa tindakan.
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+gov+my…
5/8
09/03/2013
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+…
3. PERUNDANGAN Sebagi satu hukuman yang maksima dalam sistem perundangan Malaysia, peruntukan undang-undang berkaitan hukuman mati dapat dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta dan Peraturan Penjara. Satu Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara dikeluarkan untuk mennjelaskan satu kaedah yang standard dan sistematik dari segi pelaksanaan hukuman gantung. Peruntukan undang-undang mengenai kuasa melaksnakan hukuman mati di dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dilihat di bawah Perkara 5(1) manakala Jabatan Penjara Malaysia dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan hukuman tersebut dan boleh dilaksanakan dimana-mana institusi penjara atas kuasa Ketua Pengarah Penjara (Seksyen 33, Akta Penjara 1995). Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara dibawah tajuk "Peraturan Lawatan dan Perjumpaan", menggariskan kepada perjumpaan terakhir yang diadakan sehari sebelum hukuman mati dilaksanakan atau dijalankan. Perjumpaan ini adalah sebagai peluang kepada keluarga terdekat banduan untuk berjumpa buat kali terakhir dan juga menyelesaikan sebarang wasiat atau penyerahan dokumen. Walau bagaimanapun, perjumpaan terakhir ini adalah dibawah pengawasan sepenuhnya oleh pegawai penjara yang ditugaskan.
4. KAJIAN KOS
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+gov+my…
6/8
09/03/2013
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+…
Banyak kajian yang boleh diperolehi untuk membuktikan kos untuk pelaksanaan hukuman mati adalah tinggi. Malangnya kajian yang dijalankan hanya melibatkan negar aluar khususnya Amerika Syarikat. Di Malaysia hingga kini belum terdapat satu kajian saintifik yang boleh menunjukkan berapa nilai untuk sesuatu hukuman mati dijalankan. Hukuman mati melibatkan kos yang tinggi berbanding hukuman alternatif, tetapi ia diharap dapat mendatangkan kesan deraan yang hebat untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
5. ISU DERMA ORGAN OLEH BANDUAN HUKUMAN MATI Pendermaan organ di kalangan banduan yang menanti hukuman mati pada masa sekarang masih belum menjadi amalan di Malaysia walaupun pernah dilaksanakan di Penjara Taiping pda masa lalu. Pekeliling dari Kementerian Kesihatan Malaysia juga menunjukkan pendermaan organ daripada kalangan banduan hukuman mati adalah tidak digalakkan disebabkan masalah etika berkaitan dengan pendermaan organ secara ini tidak dapat dijelas dengan memuaskan. Banduan dianggap telah hilang kebebasan mereka semasa dalam tahanan dan oleh itu tidak bebas membuat keputusan mengenai pendermaan organ.
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+gov+my…
7/8
09/03/2013
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+…
6. KESIMPULAN Perbincangan yang meyentuh peruntukan hukuman mati telah berlaku sejak beberapa lama dahulu selari dengan sejara hukuman itu sendiri. Sehingga hari ini, topik berkisar kepad perkara in masih mejadi isu terutamanya berkaitan soal perlu atau tidak hukuman mati, pendermaan organ dari mereka yang menjalani hukuman mati, kaedah hukuman mati yang dijalankan dan sebagainya. Walaupun hukuman mati yang dianggap sebagai 'ultimate punishment' diperuntukkan untuk melawan perlakuan jenayah berat, kita dapati kejadian seperti pembunuhan masih berlaku. Di Malaysia, hukuman mati secara gantung adalah pilihan pada masa sekarang. Kaedah ini adalah warisan yang dikekalkan sejak pemerintahan British. Berdasarkan kajian, didapati kaedah atau teknik gantung adalah kedua popular di belakang hukuman tembak di kalangan negara yang memperuntukkan hukuman mati di dunia. Pengurusan hukuman gantung yang dijalankan di Malaysia lihat sebagai satu aktiviti yang hanya terdapat di Jabatan Penjara Malaysia. Sebagai agensi tunggal yang melaksanakan hukuman mati, setiap urusan penggantungan akan diteliti secara halus supaya hukuman yang dijalankan memberi impak yang maksima dari segi kelancarannya. Banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk melaksanakan tugasa ini dari faktor manusia hinggalah pada peralatan.
webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Iz85gG1U2GEJ:www.prison.gov.my/Berita/htdocs/berita/ViewBeritaPrint.jsp%3Fid%3D24+prison+gov+my…
8/8