PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Norazuin Binti Abu
Alamat : Banda Hilir,Melaka. Pencapaian : UPSR (3A 2B), PMR (7A), SPM (8A1) Institusi : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, johor. Cita-cita : Jurutera
‘keseimbangan dari segi kurikulum juga dititik beratkan ’ Saya berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah dipilih menjadi salah seorang penerima pakej Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Bantuan yang diberikan ini sekurang-kurangnya telah meringankan beban kewangan sewaktu pengajian saya di institusi pengajian tinggi. Pada pendapat saya, cemerlang dari segi akademik sememangnya satu pencapaian yang membanggakan dan akan lebih bermakna jika keseimbangan dari segi kurikulum juga dititik beratkan. Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kurikulum juga secara tidak langsung akan membuktikan sejauh mana kredibiliti seseorang pelajar tersebut.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Nama sebenar saya ialah Norazuin Binti Abu 20 tahun, atau lebih dikenali dengan panggilan Azuin di kalangan keluarga serta rakan-rakan dan telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit China Melaka, seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka. Sebaik sahaja menamatkan zaman persekolahan, saya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam bidang Sains Fizikal dan kini berada di tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai Johor. Keluarga saya dari golongan berpendapatan rendah kerana ayah saya Abu b. Nekmat 61, hanya seorang pemandu lori manakala ibu saya Zubaidah bt Endut 54, seorang suri rumah sepenuh masa. Mereka telah bersusah payah untuk membesarkan kami enam beradik dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna sehingga kami telah
172
berjaya seperti sekarang. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, kejayaan 2 orang kakak dan 2 orang abang saya dalam bidang masing-masing merupakan inspirasi kepada saya untuk bersaing dan setanding dengan mereka. Kakak sulung saya, Norashikin 26, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perbankan Antarabangsa daripada UMS. Manakala yang kedua, Noraini 25, telah bekerjaya sejak lepasan SPM lagi. Pada masa yang sama abang saya, Mohd Faizi 23, baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UTM, dan Mohd Fareez 22, masih berada di UMP dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Akhir sekali adik lelaki bongsu saya, Mohd Shafiq 13, turut membanggakan keluarga dengan menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang apabila memperoleh 5A dalam UPSR. Sejak di bangku sekolah lagi saya telah berusaha gigih untuk mencapai keputusan cemerlang bagi setiap mata pelajaran yang diambil dan oleh sebab itulah saya telah ditempatkan di antara pelajar yang sering mendapat anugerah cemerlang. Pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan adalah apabila saya berjaya memperoleh 7A dalam peperiksaan PMR manakala 8A1 dalam SPM sekaligus meletakkan saya antara pelajar terbaik sekolah bagi tahun 2006. Pencapaian tersebut bukan alasan bagi saya untuk menghentikan langkah atau mendongak ke langit, tetapi menjadikan pengiktirafan itu sebagai pencetus untuk saya menjadi lebih baik antara yang terbaik dan semangat ini akan terus saya kekalkan biarpun tamat pengajian di masa hadapan.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Walaupun saya agak sibuk dalam bidang akademik, namun penglibatan dalam kegiatan kokurikulum tidak pernah diabaikan kerana menganggap keduaduanya haruslah bergerak seiringan. Selain memegang jawatan sebagai penolong ketua pengawas, saya juga pernah memikul tanggungjawab sebagai Drum Major atau ketua pasukan pancaragam sekolah, menjadi kenangan terindah bagi diri saya apabila berpeluang mengetuai pasukan ini dalam perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Pahlawan Melaka selama beberapa tahun. Sebenarnya, muzik merupakan minat saya sejak kecil lagi dan bermain alat muzik terutamanya trombone dan violin telah menjadi hobi utama saya di waktu lapang. Pengalaman manis apabila saya berpeluang menjadi peserta Wind Ochestra Philharmonic anjuran Akademik Seni Kebangsaan Malaysia 2006 di Melaka. Tanpa mensia-siakan bakat yang didedahkan semasa di
173
sekolah menengah, saya juga telah menyertai kumpulan Orkestra UTM yang turut aktif mengadakan persembahan di sekitar Johor Bahru selain meyertai pertandingan Wind Orkestra Antara Institusi Pengajian Tinggi Malaysia barubaru ini. Tidak ketinggalan, sukan bola jaring juga menjadi sebahagian daripada aktiviti yang sering saya sertai dan hasilnya, pasukan saya telah beberapa kali menggondol tempat pertama dalam pelbagai kejohanan sukan di sekitar kolej. Selain itu, saya turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti program pertukaran anak angkat antara Melaka-Sarawak, menjadi fasilitator di rumah anak-anak yatim Kluang, serta kegiatan gotong- royong anjuran belia Melaka. Bagi saya, semua yang dilakukan ini bukan sesuatu yang sia-sia tetapi ianya sangat berharga kerana dapat mengajar erti sebenar bekerjasama dan saling membantu apabila berada dalam satu pasukan selain mematangkan saya dengan kehidupan dunia luar yang kian mencabar.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Walaupun keluarga saya kadang kala mengalami kesusahan hidup tidak kira dari segi kewangan ataupun pembelajaran, namun pengorbanan serta sokongan padu setiap daripada mereka amat tidak ternilai terutamanya ibubapa saya yang mendorong saya untuk terus belajar dan belajar sehingga ke tahap ini. Selain itu, para guru dan rakan-rakan turut menyumbang ke arah yang sama. Saya akui saya bukanlah jenis yang rajin menelaah pelajaran di rumah kerana saya seorang yang aktif dengan aktiviti luar namun fokus serta pemahaman semasa di dalam kelas itu yang paling penting. Saya juga belajar mengikut mood dan mengelakkan tekanan tanpa memaksa diri sendiri. Tambahan pula, kita seharusnya bijak memilih rakan sebaya dalam usaha meningkatkan prestasi diri sendiri.
174
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Nor Atika Binti Mohd Top
Pencapaian : UPSR (4A1B), PMR (9A), SPM (8A 1B 2C) Institusi Pengajian : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
‘Menuntut Ilmu Tiada Penghujung’ “Abah dan mak tiada harta yang hendak ditinggalkan, hanya ilmu sahaja yang dapat kami berikan.” Kata-kata inilah yang sering kali diungkapkan oleh ibubapa saya kepada saya. Saya mengerti bahawa ibubapa saya tidak mampu memberi saya kemewahan harta, tetapi mereka mampu untuk memberi pendidikan yang cukup sempurna kepada saya. Secara tidak langsung, semangat mereka untuk menyekolahkan saya merupakan motivasi kepada saya untuk terus menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi. Pendidikan formal saya bermula di Sekolah Rendah Peserian Semerah, Batu Pahat, Johor. Hanya setahun sahaja di sekolah tersebut dan kemudian, saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali Muar Johor, ketika itu saya berada di darjah 2. Sebagai pelajar baru, tiada apa yang terlalu istimewa pada diri saya untuk menarik perhatian warga pendidik di sekolah itu. Saya seperti pelajar lain, datang ke sekolah untuk belajar dan pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, saya sering kali dipilih untuk mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan. Antaranya, pertandingan matematik, pertandingan catur, pertandingan reka bentuk dan sebagainya. Saya juga aktif dalam bersukan. Saban tahun, saya mewakili rumah sukan saya dalam sukan tahunan sekolah. Mungkin kerana saya agak aktif memasuki pertandingan akademik dan sukan, guru-guru mudah untuk mengenali saya. Pada tahun 2002, saya menduduki peperiksaan UPSR dan saya berjaya memperoleh 4A 1B. Pada tahun itu juga pihak sekolah telah memilih saya sebagai Tokoh Pelajar Akademik. Ia merupakan satu penghargaan besar kepada saya ketika itu. Saya terus melangkah dengan penuh keyakinan ke alam sekolah menengah. Sekolah pilihan saya Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alamat : Muar, Johor
175
ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru Muar, Johor. Melihat di kalangan rakan sekelas yang memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar. Sebenarnya, saya suka bersaing. Saya ingin buktikan bahawa saya juga boleh berjaya seperti mereka. Azam terus ditanam dan disiram dengan usaha agar mendapat hasil tuaian yang baik. Pada tahun 2005, saya manduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya sungguh beruntung kerana semua guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru sangat dedikasi dan memberi seratus peratus komitmen dalam menjalankan tugas. Mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan anak didik mereka berjaya dalam peperiksaan. Mereka sanggup pulang lewat untuk mengadakan kelas tambahan, hadir pada hujung minggu untuk mengajar saya dan rakan-rakan yang lain dan mengadakan beberapa program kecemerlangan akademik untuk memastikan pelajar mendapat input yang secukupnya sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Sungguh besar jasa guru-guru di sekolah itu kepada saya. Mereka juga pembakar semangat saya untuk terus belajar. Alhamdulillah, saya memperoleh 9A dalam PMR. Rasa bersyukur dan gembira apabila melihat abah dan mak serta ahli keluarga yang lain tersenyum gembira atas kejayaan saya. Apa yang penting bagi saya adalah kegembiraan mak dan abah saya.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Saya ditawarkan untuk melanjutkan tingkatan empat di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor. Bagaimanapun, saya menolak tawaran tersebut. Saya meneruskan pelajaran di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Muar, Johor. Saya memilih untuk belajar dalam aliran sains tulen. Kebanyakan pelajar mengatakan bahawa tingkatan empat adalah masa untuk “honeymoon”. Saya juga telah terikut-ikut budaya itu dan akibatnya, pelajaran saya merosot. Apabila saya mendapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 4 yang agak teruk, barulah saya sedar dan kembali fokus dalam pelajaran. Mak dan abah banyak memberi semangat untuk saya terus belajar.
176
Segalanya berubah di penghujung tahun 2006. Tanpa disangka, abah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Perginya abah, tidak kembali lagi.
Terasa gelap dunia ini, hilang semua semangat saya, seolah-olah ia pergi bersama-sama abah. Saya melangkah masuk tingkatan 5 pada tahun 2007 dengan longlai. Tiada langsung rasa ingin meneruskan perjuangan untuk menghadapi peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia. Kemudian, saya tersedar semasa hayat abah, kejayaan dari saya yang abah harapkan, saya juga masih ada mak dan ahli keluarga yang lain dan perjalanan hidup saya masih lagi jauh. Saya bangkit kembali dan teruskan usaha dengan sedaya mungkin. Dorongan mak, adik-beradik, rakan-rakan dan guru-guru membolehkan saya untuk terus belajar dan akhirnya menduduki peperiksaan SPM pada penghujung 2007. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat semua A, saya bersyukur dengan keputusan yang saya peroleh iaitu, 8A 1B 2C. Saya meneruskan pelajaran di peringkat Asasi pada tahun 2008 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Saya mengikuti program Asasi Undang-Undang Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) selama setahun. Sekarang, saya mengikuti progam Sains Politik di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Dalam merencana kehidupan kita, kita perlu berfikiran jauh ke hadapan agar kehidupan kita teratur dan jelas dalam usaha mencapai matlamat hidup. Ilmu sangat penting untuk membentuk sebuah kehidupan yang sempurna. Carilah ilmu setiap masa kerana pencarian ilmu itu tiada penghujungnya.
177
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Nurul Husna bt Abdullah
Alamat : Taman Kesumba 9, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Pencapaian : UPSR(4A 1B), PMR(8A 1C), SPM(8A 4B) Institusi Pendidikan : Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, jurusan Sains Hayat.
‘jangan sesekali menyerah kalah’ Tanggal 29 Ogos 1991, saya Nurul Husna binti Abdullah telah dilahirkan di Air Itam, Pulau Pinang. Saya telah dibesarkan di Bukit Mertajam, dan Parit Buntar, Perak. Kini saya meneruskan kehidupan saya di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Sekolah pertama saya ialah Sekolah Kebangsaan Methodist di Parit Buntar, hanya setahun sahaja di sekolah tersebut. Kemudian saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, ketika itu saya berada di darjah 2. Saya merupakan seorang pelajar yang aktif, tetapi keputusan peperiksaan saya kurang memberangsangkan. Oleh itu, ayah, arwah ibu dan ahli keluarga saya yang lain sentiasa memberi dorongan kepada saya supaya terus mencuba untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan dan jangan sesekali menyerah kalah.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Nasihat yang diberi saya ikuti. Alhamdulillah, sewaktu saya berada di darjah 3, saya telah mendapat tempat kedua dalam kelas, saya amat bersyukur kerana saya tidak pernah mendapat keputusan sebaik itu sebelum ini. Dengan bimbingan dari keluarga, guru-guru dan rakan-rakan yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berusaha, dan akhirnya saya memperolehi 4A 1B dalam UPSR 2003. Walaupun saya tidak berjaya mendapatkan 5A dalam UPSR, saya tetap bersyukur ke hadrat Ilahi. Saya berkata kepada diri sendiri bahawa perjalanan hidup saya masih jauh dan banyak lagi perkara yang perlu saya lakukan untuk menempa kejayaan pada masa hadapan, oleh itu, saya perlu semangat!.
178
Saya telah ditawarkan untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal. Bagaimanapun, saya hanya sempat belajar di sana untuk sebulan sahaja kerana saya tidak
dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Kemudian, saya telah berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Syeikh Barakbah iaitu sekolah menengah harian biasa yang berhampiran rumah. Di SMKTSSB, pelbagai dugaan dan cabaran yang saya hadapi, ada kenangan manis dan ada juga kenangan pahit, tetapi ke dua-duanya terpahat kemas di dalam hati. Di sekolah inilah, guru-guru telah bertungkus-lumus mencurahkan ilmu kepada anak-anak murid mereka, demi masa depan nusa dan bangsa. Perkara yang tidak diduga telah berlaku. Arwah ibu, Azizah binti Abdullah Aziz yang selama ini merupakan individu yang selalu berada di sisi saya mencurahkan kasihnya dan memberi sepenuh perhatian kepada saya telah jatuh sakit sewaktu saya masih di tingkatan 3. Sewaktu saya menduduki peperiksaan PMR, ibu tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya. Walaupun dalam keadaan ibu yang masih sakit dan PMR yang sedang berlangsung, saya kuatkan semangat dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang pelajar. Tanggal 28 November 2006, ibu telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Hancur harapan saya untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan kerana hanya sebulan sahaja lagi keputusan PMR akan diumumkan. Alhamdulillah, saya telah mendapat 8A 1C dan juga dianugerahkan sebagai salah seorang pelajar terbaik PMR 2006. Kata-kata arwah ibu masih terngiang-ngiang, bahawa ibu tidak kisah mengenai keputusan PMR samada saya memperoleh banyak A atau tidak, tetapi yang paling penting ialah saya telah berusaha dan harus sentiasa bertawakal.
Bagi mengubat kesedihan di hati, saya mula aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti syarahan, pantun, choral speaking, public speaking, bahas ala parlimen, drama dan lain-lain lagi. Keadaan ini saya teruskan sehingga memasuki tingkatan 5. Memang adakalanya saya terlepas pelajaran di dalam
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Setelah ibu pergi meninggalkan kami, kesedihan yang saya alami menjadikan saya tidak bersemangat untuk menjejakkan kaki ke sekolah untuk meneruskan pengajian dalam tingkatan 4. Tetapi, lama-kelamaan saya memotivasikan diri bahawa yang pergi tetap pergi dan yang masih hidup harus terus meneruskan kehidupan.
179
kelas, namun saya tidak pernah lupa untuk mengulangkaji di rumah dan bertanyakan soalan kepada guru-guru sekiranya terdapat sebarang masalah. Jangan malu bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Itulah kata-kata yang sering saya bawa ke mana-mana. Hubungan yang baik dengan semua guruguru ada manfaat dan kebaikannya. Restu daripada keluarga dan juga guru amatlah penting sebelum menduduki sesuatu peperiksaan yang penting. Pada 12 April 2009, tarikh keramat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar yang menduduki SPM 2008. Tarikh itulah yang mengumumkan saya sebagai pelajar terbaik sekolah yang telah memperoleh 8A 4B. Saya tidak mampu untuk berkata-kata selain dari menitiskan air mata sebaik sahaja melihat keputusan. Ayah saya, Iskandar, serta kakak saya, Azlinda, berasa bangga dengan pencapaian yang saya miliki walaupun ibu telah tiada untuk bersama-sama memberi sokongan dan berkongsi kegembiraan dengan kejayaan yang saya kecapi ini.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Sekarang, saya sedang menuntut ilmu di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam jurusan Sains Hayat untuk mengejar cita-cita saya sebagai seorang doktor perubatan pada satu hari nanti. Insya-Allah. Ingin saya tekankan di sini bahawa ketiadaan ayah, ibu atau kedua-duanya sekalipun bukanlah satu alasan untuk tidak berjaya menempa kejayaan pada masa depan.
180
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Nurul Sazwani Binti Mohd Nor Aldin
Pencapaian : UPSR(5A), PMR(8A), SPM(12A) Institut Pendidikan : Medical University of Warsaw, Poland.
‘dorongan ibu sebagai pembakar semangat’ Sebagai seorang penerima Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin/Anak Yatim Nasional (SANTUN), oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), saya berasa amat berbesar hati dan bertuah atas penghargaan ini. Setelah sekian lama, kini saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kerana titik peluh dan usaha gigih saya telah diberi perhatian. Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tetapi cukup bahagia dengan seorang ayah yang bertugas sebagai Pegawai MARA Daerah dan seorang ibu yang bertugas sebagai seorang guru. Saya merupakan anak keempat dan satu-satunya anak perempuan. Namun, sejak pemergian ayah ke rahmatullah pada 20 Jun 2003, ibu telah mengambil alih tanggungjawab menyara kehidupan kami serta mendidik kami. Tugas sebagai seorang ibu tunggal amat besar dan mencabar. Atas kesedaran itu dan bermula dari titik tolak itu jugalah, kami telah mengenal erti kesusahan dan belajar untuk menempuh segala rintangan dan cabaran yang mendatang dengan penuh tabah, bersamasama. Saya telah menerima pendidikan awal di peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang, Pulau Pinang dari tahun 1996 hingga 2001. Sejak darjah 3 lagi, saya telah memegang jawatan sebagai seorang pengawas sekolah. Saya juga telah dilantik sebagai Pengerusi Pergerakan Puteri Islam. Saya merasakan tanggungjawab ini menjadikan saya seorang pelajar yang berdisiplin dan komited kepada setiap tugasan saya. Dan kepercayaan ini telah saya jadikan sebagai salah satu prinsip hidup saya hingga sekarang. Antara pencapaian saya sepanjang di bangku sekolah rendah ialah mewakili Zon Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Alamat (keluarga) : 21, Taman Gemilang, Kota Sarang Semut, 06800 Alor Star, Kedah.
181
Timur Laut dalam Pertandingan Nasyid di peringkat negeri, mewakili sekolah dalam Pertandingan Pidato kategori Bahasa Melayu di peringkat zon, Johan Pertandingan Memasak di peringkat sekolah dan tercalon sebagai wakil Malaysia ke Festival Kebudayaan Kanak-kanak Antarabangsa ke Fukouko, Jepun. Walaubagai- manapun, kenangan terindah saya di sekolah tersebut ialah dinobatkan sebagai seorang pelajar cemerlang yang berjaya mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2001. Kemudian, saya ditawarkan masuk ke SMK(P) St. George, Pulau Pinang, salah sebuah sekolah terkawal dalam negeri tersebut. Saya sempat menimba ilmu di sekolah terkemuka itu selama 2 tahun. Namun, pelbagai kejayaan berjaya saya raih. Antaranya ialah memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas bagi sesi petang, Johan Pertandingan Bahas antara kelas tingkatan dua serta menggondol gelaran pemidato terbaik, Naib Johan Pertandingan Memasak peringkat sekolah menengah tajaan Maggi/Nestlé Products Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, dan menyertai Kem Kecemerlangan Anak-Anak Warga MARA Negeri Pulau Pinang.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Persekitaran sekolah ini yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi telah mempengaruhi kehidupan saya. Saya telah belajar untuk menguasai penggunaan bahasa ini dengan baik sehingga membolehkan saya menyertai pasukan sekolah dalam Projek Warga. Projek ini merupakan satu kajian hal ehwal kewarganegaraan dalam masyarakat dan merupakan satu projek pendidikan sivik yang dikendalikan oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Pasukan kami telah dinobatkan sebagai Naib Johan kategori Bahasa Inggeris.
182
Setelah ayah saya meninggal dunia, kami terpaksa berpindah ke negeri Kedah. Kami terpaksa menyewa di sebuah rumah yang saya anggap kecil jika dibandingkan dengan Kuarters MARA yang selama ini kami huni. Di sini saya telah menerima pendidikan di SMK Pendang, Kedah. Pada mulanya, amat sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat luar bandar. Persekitaran yang tidak menekankan pencapaian akademik, masalah sosial yang menjadi-jadi dan serba kekurangan dari segi kemudahan pengangkutan dan bermacam - macam lagi yang tidak dapat saya ungkapkan telah
membuatkan saya menangis memujuk ibu saya untuk membenarkan saya menetap di asrama SMKP St. George. Namun, atas dorongan dan sokongan keluarga, saya telah memberi peluang kepada diri saya sendiri untuk menerima perubahan. Hasilnya, antara jawatan yang saya sandang sepanjang di sekolah ini ialah Naib Setiausaha Persatuan Pendidikan Islam, Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris, Pengawas Perpustakaan, Setiausaha Rumah Sukan, dan Setiausaha Pengawas Sekolah dengan anugerah Khidmat Bakti Cemerlang sebagai pengawas sekolah. Antara pencapaian ko-kurikulum yang berjaya saya raih ialah dengan mewakili daerah dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen kategori Bahasa Inggeris peringkat negeri Kedah tahun 2004, Johan Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris Pusat Sumber negeri Kedah, mewakili daerah dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen kategori Bahasa Melayu peringkat negeri Kedah tahun 2005, mengikuti Kursus Pendidikan Kepelbagaian Biologi anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), menerima Anugerah Pelajar Contoh tingkatan 5, mewakili daerah dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen kategori Bahasa Melayu peringkat negeri Kedah tahun 2006, mewakili sekolah dalam Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme peringkat daerah Padang Terap Pendang serta mewakili sekolah dalam Pertandingan Kuiz Agama Peringkat daerah Padang Terap Pendang.
Sementara menantikan keputusan SPM, saya telah terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 Siri 4/2007 di kem PLKN Lagenda Seri Negeri, Pulau Langkawi. Saya sebenarnya amat berbangga kerana diberi peluang untuk menjalani program ini. Saya merasakan inilah peluang untuk saya berkhidmat untuk negara di samping memastikan masa lapang saya diisi dengan perkara yang berfaedah.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Antara bukti kejayaan akademik saya ialah pencapaian 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2004, dianugerahi Anugerah Tunas Harapan dalam Majlis Anugerah Cemerlang Pendidikan Daerah Padang Terap Pendang, dan yang paling bermakna ialah pencapaian 10 A1 dan 2A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.
183
Sepanjang mengikuti program ini, antara pencapaian saya ialah Johan Pertandingan Kayak antara kompeni, mewakili kompeni dalam Pertandingan Kembara Halangan, mewakili kompeni dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen, terpilih untuk menjadi pengacara pada Malam Sastera Budaya, Majlis Salam Perpisahan, dan yang terutama sekali ialah diberi penghormatan untuk mengetuai seramai kira-kira 1000 orang pelatih dalam bacaan ikrar semasa Majlis Perasmian Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 Siri 4/2007 peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak. Saya juga diberi tugasan yang sama semasa Majlis Penutupan Program Latihan Khidmat Negara Kumpulan 1 Siri 4/2007 peringkat negeri Kedah. Setelah menerima keputusan SPM 2006, saya dihujani dengan tawaran melanjutkan pelajaran. Antaranya ialah mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan mengikuti Diploma Sains Aktuari di Amerika Syarikat/United Kingdom tajaan Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Namun, tawaran tersebut terpaksa saya tolak demi mengejar cita-cita sebagai seorang doktor seperti yang ditawarkan oleh MARA beserta dengan tawaran bantuan pinjaman pelajarannya di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) bagi mengikuti kursus Persediaan Perubatan dan bidang Perubatan ke Czech/Poland, Indonesia atau India.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Kursus persediaan tersebut saya jalani di Management & Science University (MSU) atau nama lamanya Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM) di Shah Alam, Selangor. Antara pencapai ko-kurikulum saya sepanjang di MSU ialah dengan memegang jawatan sebagai Bendahari semasa Projek Hari Sukan KUTPM 2007 dan memegang jawatan sebagai Biro Penajaan semasa Projek Homestay MSU 2008. Saya telah berjaya mendapatkan bantuan sebanyak RM10,000 dari Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menaja projek tersebut. Antara pencapaian akademik saya pula ialah mencapai GPA 3.94 pada semester pertama, GPA 4.00 pada semester kedua dan GPA 3.92 pada semester ketiga. CPGA keseluruhan saya ialah 3.95. Kemuncak kepada semua pencapaian saya selama di MSU ialah semasa Centre For Foundation Studies Conferment Ceremony 2008, saya telah dianugerahkan dengan anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan.
184
Sekarang, saya sedang menuntut di Medical University of Warsaw, Poland, di bawah tajaan MARA untuk mengikuti program Medical Degree (M.D.) selama 6 tahun. Pengalaman di negeri orang ternyata membuka mata saya tentang dunia dan kehidupan dari perspektif yang berlainan. Banyak yang ditimba, dan kerana ini juga, banyak yang tidak sabar-sabar ingin saya curahkan. Baru sahaja selesai tahun pertama, saya kini mengambil kesempatan bercuti musim panas sambil menabur semula bakti dan jasa baik YaPEIM dengan mengikuti program-program serta membantu dari segi urusan pentadbiran.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Segala kejayaan yang saya capai selama ini adalah berkat usaha, sokongan dan doa daripada semua pihak terutamanya bonda tercinta dan keluarga saya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga saya kalungkan kepada semua pihak. Saya menjadikan setiap kegagalan sebagai pengajaran untuk meniti hari-hari muka. Saya percaya dengan penerimaan anugerah SANTUN ini akan membakar semangat saya untuk meneruskan perjuangan dan berusaha mencapai lebih banyak kejayaan untuk merealisasikan cita-cita saya serta member sumbangan sebaik mungkin kepada masyarakat. Kerana sesungguhnya, tanpa mereka, saya tidak mungkin menjadi seperti saya sekarang. Sekali lagi, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak YaPEIM dan semua pihak yang terlibat.
185
PENERIMA SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MISKIN / ANAK YATIM NASIONAL YaPEIM (SANTUN)
Mohd Ubaidillah bin Abu Zakaria
Alamat : Kampung Geting, Tumpat, Kelantan
‘belajar bersungguh-sungguh agar boleh membalas jasa ahli keluarga’
Pencapaian : UPSR (4A 1B), PMR (5A 3B), SPM (3A, 3B, 1C, 2D)
Saya Mohd Ubaidillah bin Abu Zakaria. Saya dilahirkan di Kampung Tanjong Che Mas Tumpat, Kelantan pada 3 Disember 1990. Pada 1991, keluarga saya telah berpindah ke Kampung Geting, juga di Tumpat. Saya mempunyai seorang kakak yang berlainan ayah. Saya tinggal dengan keluarga saudara sejak lahir kerana penceraian ibu dengan ayah. Ibu kandung saya turut tinggal bersama saya dan menjadi kekuatan untuk saya terus hidup. Saya juga menganggap ibu bapa saudara saya seperti ibu bapa kandung saya sendiri, dan kehidupan kami sekeluarga cukup bahagia.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Institusi Pengajian : UiTM Kelantan (Kursus Diploma Statistik)
186
Ketika umur 6 tahun (1996), saya telah belajar di Taski Al-Jalal, Tumpat. Saya mempunyai kehidupan yang bahagia sewaktu membesar dan belajar di Taski tersebut. Pada umur 7 tahun (1997), saya telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Geting, Tumpat. Sewaktu saya belajar di sana, saya mula mengenali dunia ini sedikit demi sedikit. Saya tiada masalah dalam pembelajaran, prestasi pembelajaran agak cemerlang. Saya amat mengemari subjek Matematik memandangkan ayah kandung saya merupakan Guru matematik dan dia juga berbangsa Cina dan beragama Islam. Lagipun, guru matematik saya tinggal bersebelahan rumah ayah kandung saya. Hal ini amat mendorong saya untuk semakin meminati subjek matematik. Dalam pemilihan untuk peperiksaan Penilaian Tahap Satu ( PTS ), saya telah terpilih untuk menduduki peperiksaan ini tetapi malangnya saya tidak berjaya untuk melangkau tahun. Saya bersekolah di situ sehingga darjah 6 dan memperoleh keputusan UPSR dengan 4A 1B. Saya amat terkenal di kalangan guru-guru terutamanya guru disiplin garagara sifat degil dan nakal saya. Melalui keputusan UPSR yang itulah saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra di Kota Bharu,
Kelantan. Pada umur 13 tahun (2003), saya memasuki SMK Ismail Petra dan ini merupakan hidup baru bagi saya kerana berjauhan dengan ibu dan keluarga saudara. Sekolah ini adalah antara sekolah elit dan cemerlang dalam negeri Kelantan. Saya meneruskan persekolahan ini atas dorongan ibu dan juga keluarga saudara walaupun tanpa ayah di sisi. Pada awal persekolahan, saya tidak mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama tetapi berkat keluarga di samping, saya mampu untuk terus belajar. Kehidupan di asrama sebenarnya seronok dan saya mempunyai ramai kawan yang sering membantu saya. Hal ini telah menjadikan saya matang dan mengajar saya itu erti setiakawan. Di sekolah itu, saya terlibat dengan sukan bola tampar, sepak takraw, ragbi, hoki dan olahraga tetapi sukan yang paling saya minati adalah sepak takraw dan bola tampar. Saya juga telah terpilih untuk menyandang jawatan exco kesukanan. Dengan jawatan itu, saya telah belajar untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Saya telah memperolehi keputusan PMR 5A 3B. Subjek yang bergred B ialah subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Sudah tentunya subjek Matematik saya bergred A. Sewaktu saya tingkatan 4, saya telah dibuang asrama kerana terlibat dalam pergaduhan. Kejadian itu berlaku kerana salah faham sematamata.
Saya amat bersyukur kerana ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM Kelantan dalam kursus Diploma Statistik dan kursus ini merupakan kursus yang saya minati. Saya mampu untuk ke menara gading ini dengan sokongan ibu kandung dan keluarga saudara saya walaupun saya hidup tanpa ayah kandung saya sejak dari kecil lagi. Saya berjanji akan belajar bersungguhsungguh agar saya boleh membalas jasa ahli keluarga terutama ibu kandung saya walaupun saya berperangai buruk sebelum ini.
Himpunan Kisah Anak-anak Santun
Keluarga saya akhirnya mengambil keputusan untuk memindahkan saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Kelantan. Walaupun ke sekolah baru, saya masih dengan perangai lama saya. Masih degil dan nakal. Saya sering ponteng kelas dan bilik kaunseling sekolah itu bagaikan kelas rutin saya. Walaupun begitu, prestasi pembelajaran saya masih terjaga kerana pembelajaran itu keutamaan saya. Sehinggalah SPM, saya mampu menjawab dengan tenang tanpa masalah. Saya keluar dengan keputusan yang agak baik iaitu 3A, 3B, 1C, dan 2D. Sudah tentunya sekali lagi Matematik saya bergred A.
187