AGAMA KRISTIAN DI ASIA
Seni Sakral dan Keindahan Visual
Cat. 3
1 Empress Place, Singapore 179555 www.acm.org.sg
Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis Jumaat Sabtu dan Ahad
10pg hingga 7mlm 10pg hingga 9mlm 10pg hingga 7mlm
1
Agama Kristian di Asia Seni Sakral dan Keindahan Visual Semasa agama Kristian disebarkan secara meluas di Asia, karya-karya seni baharu diciptakan untuk menceritakan kisah-kisah Kristian, menghiasi gereja dan sebagai perangsang kepada penganut baharu. Seni Kristian Asia biasanya menggabungkan citraan Eropah yang telah mantap dengan tradisi kesenian Asia.
Para pedagang dan mubaligh 1
Agama Kristian sudah lama wujud di Asia. Para pedagang telah membawa bersama kepercayaan mereka semasa mereka berhijrah ke Asia Tengah, China dan India menjelang abad ke-7.
2
7
5
PELAN GALERI
4
Pada abad ke-16, para pedagang Portugis membuka laluan laut ke Asia untuk berdagang barangan yang jarang diperoleh. Pedagangpedagang Portugis dan Sepanyol telah membawa mubaligh Katolik bersama mereka. Goa, Macau, Manila dan Nagasaki menjadi pangkalan perdagangan dan mubaligh Kristian. Pada abad ke-17, penganut Protestan Belanda juga mula mencari pemeluk agama Kristian yang baharu di Asia Tenggara dengan tumpuan pada Batavia (Jakarta).
3
6
2 10
14 11
8+9 12
13
Kesenian Asia bertema Kristian Banyak objek Kristian telah ditempah di Asia, meskipun hanya segelintir daripada tukang seninya beragama Kristian. Tukang seni tempatan menggunakan media dalam gaya yang merupakan kepakaran mereka sambil menambah unsur-unsur mereka sendiri kepada subjek Eropah. Contohnya, para seniman di Goa, Sri Lanka dan China sangat mahir mengukir gading. Mereka dapat beralih dengan mudah daripada subjek Hindu dan Buddha kepada tema-tema Kristian. Tukang tembikar di China menghasilkan patung porselin Madonna dan Anak dengan ciri-ciri yang disadurkan daripada patung-patung Guanyin dalam agama Buddha.
Minat masyarakat bukan Kristian terhadap kesenian Kristian Seni Kristian yang dihasilkan di Asia diminati oleh golongan-golongan yang berbeza-beza. Gereja dan pemeluk agama Kristian yang baharu memerlukan patung-patung untuk upacara sembahyang sementara kebanyakan karya seni Asia yang lebih halus dieksport ke Eropah dan benua Amerika.
Di samping itu, terdapat juga beberapa penaung yang bukan Kristian. Ramai pemerintah Asia memberi perhatian kepada agama dan mengumpul imej-imej Kristian meskipun mereka tidak memeluk agama Kristian. Mereka terdiri daripada kerajaan-kerajaan Islam di Syria, Iran dan India pada zaman Mughal; serta negara-negara lain seperti China dan Jepun.
3
5
India Masyarakat Kristian Santo Thomas Agama Kristian sudah bertapak seawal abad ke-7, kemungkinan melalui penyebaran oleh para pedagang dari Teluk Persia. Digelar sebagai Kristian Santo Thomas, masyarakat ini berkembang di India selatan.
Permintaan serata dunia untuk seni Asia Perutusan Katolik di bawah pemerintahan Portugis
Bahan mentah eksotik
Selepas Goa menjadi tanah jajahan Portugis pada tahun 1510, penganutan agama Kristian dan pembinaan gereja secara meluas sangat mengagumkan sehingga bandar tersebut dipanggil “Rom Timur”. Seniman-seniman yang beragama berbeza-beza telah menghasilkan patung-patung Kristian yang diperlukan oleh pelbagai tarikat Katolik. Tukang seni Sri Lanka terkenal sebagai pengukir gading yang berbakat dan tukang seni dari Gujarat menghasilkan perabot bertatah dan objekobjek perak. Kebanyakan objek tersebut sangatlah bermutu tinggi lalu mereka telah dieksport ke merata dunia.
Bahan-bahan mentah yang hanya boleh didapati di Asia seperti gading, indung mutiara, kulit penyu dan batu-batu permata, digunakan untuk menghasilkan seni Kristian dengan menggunakan pelbagai teknik yang tidak dikenali oleh negara-negara Barat pada masa itu. Maka tidak menghairankanlah bahawa objek-objek ini dianggap oleh golongan istana Eropah sebagai barangan mewah dan seterusnya, diedar ke seluruh dunia.
Variasi Walaupun kebanyakan objek Kristian di Asia berdasarkan contoh rekaan Eropah, variasi yang kreatif sering diperkenalkan dan subjek-subjek diolah dalam pelbagai bentuk inovatif. Misalnya, subjek Bayi Jesus dan Gembala yang Baik diberikan bentuk baharu dalam seni Asia.
4
Kawalan dan pihak berkuasa Meskipun penganut baharu semakin bertambah, paderi-paderi bangsa Eropah khuatir bahawa para penganut baharu ini masih mengamalkan adat Hindu atau Islam. Pada tahun 1560, sebuah pejabat Pasitan telah didirikan di Goa untuk mencegah kegiatan-kegiatan ini. Masyarakatmasyarakat Kristian yang awal di India diselenggarakan di bawah kawalan pihak Katolik. Pada tahun 1599, majlis Synod di Diamper mengutuk adat masyarakat Kristian India ini dan mengarahkan bahawa doktrin Roman Katolik harus dipegang teguh. Akibatnya, masyarakat Kristian Santo Thomas mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada pihak berkuasa Katolik pada tahun 1653, suatu tindakan yang digalakkan oleh pihak Belanda yang telah berjaya menyingkirkan pihak Portugis di India Selatan.
Santo Francis Xavier: India, Jepun, Melaka Francis Xavier (1506-1552) dilahirkan di daerah Basque di Sepanyol dan merupakan salah seorang mubaligh Kristian yang utama ke Asia. Beliau membantu menubuhkan Persatuan Jesus dengan ahli-ahli yang dikenali sebagai Jesuit. Pada tahun 1542, beliau tiba di Goa, India, dan kemudian berkunjung ke Melaka, Kepulauan Maluku dan Jepun di mana beliau berjaya memperoleh ramai penganut baharu. Pada tahun 1552, beliau melalui Selat Singapura dalam perjalanannya ke China. Akan tetapi, beliau tidak dibenarkan berkhutbah di negara China dan akhirnya meninggal dunia di Pulau Shangchuan, berhampiran pantai China selatan. Francis berpendirian bahawa adat dan kepercayaan tempatan harus digabungkan ke dalam khutbah agama Kristian. Pendekatan ini ternyata sangat mempengaruhi pengikut beliau. Mereka menyerapkan unsur-unsur ajaran Konfusianisme dan penyembahan nenek moyang ke dalam khutbah mereka, malah penampilan mereka juga menyerupai sami Buddha. Selepas beliau diangkat sebagai santo pada tahun 1622, sebuah kultus yang taat kepadanya muncul setelah imej dan objek yang berkaitan dengan beliau dihasilkan dengan cepat.
6
Minat Kerajaan Mughal terhadap agama Kristian Maharaja Akbar (bertakhta pada tahun 1556-1605) daripada kerajaan Mughal dan anak baginda, Jahangir (bertakhta pada tahun 1605-27) mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat Jesuit di India. Maharaja Akbar berminat kepada berbagai-bagai agama, malah baginda sering mengadakan perbahasan agama dalam kalangan istana baginda. Pemerintah-pemerintah Mughal gemar mengumpul gambar dan lukisan dari Eropah yang mengandungi subjek Kristian dan mereka juga menempah lukisan yang serupa. Oleh itu, terdapat banyak imejan Kristian yang dihasilkan oleh pelukis Islam khas untuk kerajaan Mughal. Meskipun kesemua maharaja tersebut tidak pernah memeluk
agama Kristian seperti yang diharapkan oleh pihak Jesuit, pihak Jesuit tetap dialu-alukan dalam kalangan diraja.
7
China Permulaan di dinasti Tang, abad ke-7 Bukti terawal agama Kristian di China wujud pada abad ke-7, semasa maharaja Tang mengiktirafkan Gereja Timur. Toleransi ini dihidupkan kembali pada abad ke-13 semasa dinasti Yuan dan pada abad ke-18 di bawah pemerintahan Maharaja Qianlong. Maharaja-maharaja dinasti Ming yang berselang tidak begitu mesra terhadap orang asing atau agama Kristian.
Matteo Ricci, seorang sarjana Kristian Matteo Ricci (1552-1610) yang berkarisma dan mubaligh-mubaligh Jesuit yang lain tiba pada akhir abad ke-16. Ricci berpakaian seperti sarjana Confucius dan menggunakan pengetahuan sains beliau yang luas untuk memenangi hati dalam kalangan istana maharaja. Beliau juga cuba menggabungkan amalan penyembahan nenek moyang Cina ke dalam khutbah beliau. Kaedah bertolak ansur ini telah ditolak oleh tarikat-tarikat Franciscan dan Dominican.
Cat. 91
China menghasilkan porselin dan ukiran gading yang bersubjek Kristian, kebanyakannya untuk dieksport ke Barat melalui Macau dan Guangzhou.
8
Jepun Agama Kristian di Jepun berkembang daripada simbioasis perdagangan dan evangelisme. Para mubaligh Jesuit tiba bersama pedagang Portugis pada tahun 1549 yang kemudian diikuti oleh tarikat lain. Sehingga sekitar tahun 1600, mubaligh Katolik telah mencapai kejayaan besar. Namun, perbalahan perdagangan dan perkembangan politik dalaman Jepun menyebabkan kejayaan tersebut terurai. Beberapa penindasan dan sekatan yang berturut-turutan akhirnya menyebabkan penganut Katolik (kebanyakannya warga Jepun) dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1597 dan kemasukan orang asing ke negara Jepun diharamkan pada tahun 1643. Selepas hampir 300 tahun, pengharaman agama Kristian telah dimansuh. Beberapa penganut agama Kristian yang tersembunyi muncul semula untuk kembali mendekati kepercayaan Katolik tetapi ada yang masih menyembah secara rahsia. Kini, masyarakat Kristian adalah minoriti yang sangat kecil di Jepun di mana sesetengah daripada mereka menggabungkan unsur-unsur Shinto dan Buddha ke dalam amalan agama Kristian. Cat. 73
9
Akademi Lukisan Kristian di Jepun
11
Para Jesuit telah menubuhkan Akademi Lukisan untuk mengajar seni kepada pelajar-pelajar Jepun yang akan menghasilkan imej Kristian untuk gereja dan penganut agama Kristian di Jepun yang semakin bertambah. Mereka juga menghasilkan karya seni untuk dieksport ke Asia, Eropah dan Amerika Latin.
Arca gading halus yang sangat dihargai di seluruh dunia diukir di Goa, Sri Lanka, Macau, Manila dan mungkin Ayutthaya dan Nagasaki serta pusat-pusat lain yang belum dikenal pastikan. Meskipun subjek Kristian mempunyai akar dalam seni Eropah sejak seawal Zaman Pertengahan, namun barang gading Asia dari akhir abad ke-16 dan 17 menunjukkan bentuk yang tersendiri dan sangat imaginatif.
Para Jesuit menggunakan seni untuk mengarah, menghibur dan mengagumi khalayak ramai. Malah buat seketika, budaya Eropah menjadi ikutan ramai-ramai di Jepun. Sesetengah syogun memakai tasbih dan patung salib atau menambahkan motif Kristian kepada hiasan pedang dan pakaian mereka. Pemelukan agama Kristian oleh para hulubalang telah membantu menyebarkan agama ini di Jepun.
10
Para sarjana berpendapat bahawa ukiran gading yang dijumpai di gereja dan koleksi lama di Sepanyol dan Mexico semestinya diukir oleh seniman Cina yang menetap di Filipina manakala barang gading yang berkaitan dengan Portugis berasal dari Macau. Kehadiran corak Cina yang menyerupai awan yang diolah dalam gaya bulatan-bulatan yang digaris secara jelas serta bentuk mata yang menyerupai orang Asia merupakan dasar utama teori tersebut.
Filipina Pihak Sepanyol telah mendirikan koloni di Filipina pada tahun 1564. Sama seperti pihak Portugis, mereka juga sangat giat menyebarkan Katolikisme dan menggabungkan kerja-kerja mubaligh dengan perdagangan dan penaklukan. Agama tersebut tersebar dengan pesat, tetapi disepadukan dengan unsur-unsur idiosinkratik termasuk dewa tempatan dan penggunaan tangkal dan pengantara roh. Akan tetapi sesetengah masyarakat asli menolak pemelukan agama Kristian dan penentangan Sepanyol terhadap agama Islam telah mencetuskan pergolakan dengan masyarakat Islam di bahagian selatan. Kini, Filipina mempunyai populasi Katolik yang ketiga besar di dunia. Pasaran tempatan untuk seni Kristian didorong oleh penduduk tempatan, mestizo dan keluarga Sepanyol yang dilahirkan setempat. Kebanyakan keluarga ini membina tempat penyembahan peribadi dan menempah lukisan untuk kediaman mereka. Gambar Kristian untuk penyembahan peribadi memang menjadi fesyen pada waktu itu. Tambahan pula, karya seni Kristian yang dihasilkan di Manila telah dieksport ke Sepanyol, Mexico, Amerika Latin dan rantau-rantau lain.
Gading Kristian Asia
Akan tetapi permintaan yang tinggi telah menggalakkan pembukaan bengkel di beberapa daerah dan mungkin bengkel-bengkel ini meniru gaya pengukiran gading Cina, terutamanya bengkel milik masyarakat asli Filipina dan masyarakat berdarah campuran pada abad ke-18. Kumpulan objek bersifat antarabangsa ini sukar diklasifikasikan dari segi bandar, daerah mahupun rangkaian penjajahan Eropah dan telah menjadi bentuk seni yang benar-benar lintas budaya.
12
Asia Tenggara Selain Filipina, Timor Timur dan Singapura, Asia Tenggara hanya mempunyai masyarakat-masyarakat Kristian dalam bilangan minoriti. Para mubaligh mencapai kejayaan di Flores, dan dalam kalangan puak Karen di Myanmar, Batak di Sumatra dan Minahassa di Sulawesi. Francis Xavier mengetuai utusan ke Kepulauan Maluku pada tahun 1546-47. Mubaligh Protestan datang bersama angkatan tentera penjajah Belanda dan British tetapi kerana khuatir akan menjejaskan perdagangan, telah menghadkan kegiatan mereka. Di Vietnam, kejayaan mubaligh Katolik mendahului penjajahan Perancis. Pada tahun 1862, mereka memaksa pihak Vietnam agar menyerahkan Vietnam selatan dengan alasan untuk melindungi penduduk Vietnam Perancis yang baharu menganut agama Kristian daripada penindasan. Menjelang tahun 1900, pemelukan agama Kristian dianggap sebagai pendorong perubahan sosial dengan membawa kemodenan dan kawalan negeri yang lebih ketat kepada masyarakat pedalaman yang masih mengamalkan kepercayaan asli berasaskan animisme dan penyembahan nenek moyang.
13
Protestan di Hindia Belanda Para mubaligh Protestan Belanda dan British juga telah berkunjung ke Asia tetapi tidak menerima sokongan daripada negara asal mereka yang sepadu dengan sokongan untuk pihak Katolik Kedua-dua Syarikat Hindia Timur Belanda dan Syarikat Hindia Timur England khuatir bahawa kegiatan mubaligh yang terlalu taksub mungkin akan menjejaskan hubungan perdagangan dan oleh demikian, mereka tidak giat menggalakkan penyebaran agama Kristian. Gambar Christ dan Madonna tidak digunakan dalam amalan Protestan tetapi beberapa kisah Wasiat Lama seperti Adam dan Hawa agak popular. Para mubaligh Belanda tiba di Batavia (Jakarta) pada awal abad ke-17 dan mula mengkristiankan penduduk tempatan. Mereka berpendapat bahawa agama Kristian merupakan cara yang lebih baik untuk menghubungkan pendatang asing Cina kepada masyarakat kolonial setempat.
14
Singapura Utusan Kristian yang pertama ke Singapura tiba pada tahun 1819, iaitu tahun yang sama dengan pendaratan Stamford Raffles di pulau tersebut. Pada tahun 1836, masyarakat Armenia membuka gereja Kristian yang pertama di Singapura dengan menujukan gereja tersebut kepada Santo Gregory the Illuminator. Kedua-dua pihak Protestan dan Katolik menubuhkan sekolah, menguruskan rumah anak yatim dan tempat perlindungan untuk orang miskin dan memperjuangkan reformasi sosial. Mubaligh-mubaligh wanita menyokong pendidikan dan kemajuan sosial bagi wanita. Di seluruh Asia, pendidikan merupakan strategi yang penting untuk memperoleh penganut baharu. Pendatang asing dan penduduk tempatan mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah sedemikian untuk mendapatkan pendidikan yang diharap akan meraih peluang yang lebih baik di bawah kerajaan British.
Cat. 95