M24/7 Bahan doa untuk Ogos 2015 Minggu Pertama (1)Berdoa untuk Gereja Kita: 1.1 Berdoalah supaya melalui ‘Asas Kepercayaan Kristian’ Roh Kudus akan mengukuhkan iman semua umat yang percaya. Berdoalah untuk semua gereja supaya dapat giat melaksanakan peneguhan iman untuk jemaah-jemaah mereka. 1.2 Berdoalah agar Roh Kudus dapat membina iman jemaah BM supaya mereka boleh diutus untuk menjadi utusan Injil bagi suku-suku mereka sendiri. Berdoa untuk pemantapan dan perkembangan dalam pelayanan BM. (2)Berdoa untuk Sarawak: 2.1 Berdoalah agar Kerajaan akan menitikberatkan keharmonian rakyat di dalam negeri. Berdoalah supaya Ketua Menteri mempunyai integriti dan hati yang benar untuk berkhidmat secara ikhlas bagi rakyat. 2.2 Berdoalah untuk Kerajaan akan menghormati dan mengambil berat kebebasan beragama dan akan menghalang sebarangan penukaran agama berdasarkan wang atau tipu helah. (3)Berdoa untuk Gereja-gereja di Malaysia: 3.1 Berdoa untuk semua gereja supaya dapat bangun dan bersatu. Berdoa supaya semua denominasi gereja akan mengetepikan pandangan prejudis dan menopang tangan untuk berdoa bagi bangsa dalam satu suara. 3.2 Berdoa agar semua umat Kristian dapat bangun dan hidup suci supaya mereka boleh mempengaruhi orang untuk beriman kepada Tuhan Yesus. (4)Berdoa untuk Negara Kita Malaysia: 4.1 Media Awam:Berdoa agar Tuhan akan menyucikan media awam supaya tidak berterusan menjadi alat untuk berdosa. Berdoa dalam nama Tuhan Yesus Kristus, semua media yang diperbesarkan, fitnah, keganasan, pornografi, sihir dan lain-lain perlu disingkirkan. Malahan tidak lagi membelenggu hati rakyat. 4.2 Kestabilan Politik:Berdoa supaya cahaya Allah memancar semua extremis agama / perkauman. Biarlah rancangan mereka didedahkan dan diambil tindakan. Berdoa agar mereka menolak kejahatan dan menerima yang baik. 4.3 Keharmonian Etnik:Berdoa agar Allah akan memenuhi parti-parti politik dengan Roh kasih supaya hati mereka dipenuhi dengan kedamaian, sehingga mereka boleh mengendalikan orang secara matang tanpa membangkitkan perselisihan. (5)Berdoa untuk Misionari / Mubaligh: Jepun- Kathy dan Karen
Minggu ke-2 (1)Berdoa untuk Gereja Kita: 1.1 Berdoa untuk iman yang teguh bagi jemaah gereja kita, tidak mengira situasi yang dihadapi. Berdoa agar mereka akan mengalami kuasa hadirat Tuhan. 1.2 Berdoa agar lebih ramai jemaah dapat menitikberatkan persekutuan doa sehingga bilangan kehadiran dapat meningkat. (2)Berdoa untuk Sarawak: 2.1 Berdoa agar kaum pribumi sedar akan kepentingan pendidikan dan sekurang-kurangnya dapat menamatkan persekolahan di peringkat SPM. Berdoa agar mereka akan dididik supaya lebih berpengetahuan. 2.2 Berdoa agar kerajaan mempunyai strategi untuk benar-benar mengambil berat tentang orangorang tua dan yang miskin. Berdoa supaya golongan ini dapat memperbaiki taraf hidup dan pendidikan mereka. (3)Berdoa untuk Gereja-gereja di Malaysia: 3.1 Berdoa supaya umat Kristian hidup dalam integriti dan kebenaran, serta menjadi teladan untuk mempengaruhi bangsa sehingga dapat memulihkan kepimpinan Negara. 3.2 Berdoa agar Gereja setia kepada panggilan untuk menghasilkan Murid dan mengambil serius tentang pemuridan. (4)Berdoa untuk Negara Kita Malaysia: 4.1 Pendidikan : Berdoa supaya lebih ramai Kristian mahu menjadi guru sekolah. Berdoa agar lebih ramai orang muda Kristian yang cemerlang akan menyahut seruan untuk bekerja dalam bidang pendidikan supaya dapat mempengaruhi generasi baru. 4.2 Kestabilan Politik:Berdoa agar kekayaan Negara tidak dijarah, dirampas atau disia-siakan. Berdoa supaya Tuhan akan melindungi Negara kita daripada segala urusan haram atau rasuah. Berdoa agar Allah membuka jalan supaya Negara kita mengalami penembusan ekonomi 4.3 Keharmonian Etnik:Berdoa dalam nama Tuhan Yesus supaya tembok perkauman, segala prasangka dan prejudis akan dipecahkan. Berdoa untuk curahan kasih dan pengampunan ke atas tanah air kita. (5)Berdoa untuk Misionari / Mubaligh: England – Rev & Mrs Hii Kong Ching
Minggu ke-3
(1)Berdoa untuk Gereja Kita: 1.1 Berdoa supaya Tuhan akan membangkitkan lebih banyak gereja untuk mengangkat Rumah Panjang dan menggembalakan mereka. Berdoa supaya lebih ramai orang yang percaya sanggup untuk memberitakan Injil kepada penduduk di rumah panjang. 1.2 Berdoa agar lebih ramai bangsa Iban akan dipanggil dan bangkit untuk menerima pelengkapan teologi di Seminari dan menjadi pastor yang berpengaruh untuk menggembalakan sehingga menyelamatkan suku kaum mereka. (2)Berdoa untuk Sarawak: 2.1 Berdoa agar lebih ramai ahli politik yang mengasihi Negara dan rakyat itu, diangkat untuk memegang jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Berdoa agar Tuhan akan mengurniakan hikmat dan pengetahuan untuk mereka mentadbir. 2.2 Berdoa agar kaum pribumi yang muda untuk bangkit dan memperjuangkan hak mereka di dalam masyarakat. (3)Berdoa untuk Gereja-gereja di Malaysia: 3.1 Berdoa untuk pertumbuhan rohani bagi umat Kristian, supaya mereka boleh menjadi utusan Injil untuk menyelamatkan lebih ramai jiwa yang belum dimenangkan. 3.2 Berdoa untuk umat Christian agar bermurah hati dan tidak lupa pekerjaan kebajikan masyarakat; mengambil berat yang miskin dan yang memerlukan serta tidak mengabaikan warga emas yang hidup sebatang kara. (4)Berdoa untuk Negara Kita Malaysia: 4.1 Pendidikan:Berdoa untuk pelajar agar menghargai zaman persekolahan mereka. Berdoa supaya mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar. Berdoa supaya mereka tidak menyimpang malahan tetap berfokus dalam pelajaran. 4.2 Kestabilan politik:Berdoa untuk badan kehakiman menjadi hakim yang jujur dan mulia, bertindak tanpa takut atau pilih kasih. Berdoa agar hakim-hakim mempunyai hati nuraini yang bersih sehingga dapat menghakimi semua kes dengan adil. 4.3 Keharmonian Etnik:Berdoa agar umat Islam yang sederhana akan bangkit dan bersuara untuk menentang keradikalan Negara; berdoa agar mereka akan mempengaruhi orang lain untuk menolak sikap rasialis. (5)Berdoa untuk Misionari / Mubaligh: Afrika Selatan – Rev & Mrs Sia Bik Sing; Joanne Ling
Minggu ke-4
(1)Berdoa untuk Gereja Kita: 1.1 Berdoa agar semua pastor mempunyai saat teduh yang tetap supaya mereka mempunyai iman yang teguh untuk menggembalakan gereja, dan membina gereja yang boleh bertahan ketika menghadapi cabaran. 1.2 Berdoa agar pasangan suami isteri di gereja akan mementingkan kualiti perkahwinan mereka dan bersedia untuk menyertai Kursus Pengayaan Perkahwinan atau kursus lain yang berkaitan untuk memperkukuhkan hubungan mereka. (2)Berdoa untuk Sarawak: 2.1 Berdoa untuk gereja pribumi, supaya mereka terus bertumbuh menuju kematangan rohani dan menjadi berkat kepada Negara. Berdoalah untuk lebih pastor dan pemimpin yang akan dibangkitkan, teguh di dalam firman Tuhan, mampu untuk mengajar dan memimpin generasi akan datang. 2.2 Berdoa supaya Tuhan akan memenuhi Ketua Menteri dan kabinetnya dengan roh kebenaran untuk menjadikan mereka kerajaan yang baik dan bersih. (3)Berdoa untuk Gereja-gereja di Malaysia: 3.1 Berdoa untuk perkahwinan yang saleh dan kuat supaya hubungan perkahwinan akan diperdalam dan diperkukuhkan, sehingga pasangan Kristian menjadi contoh perkahwinan yang penuh kasih dan stabil. 3.2 Berdoa agar ahli perniagaan Kristian dan untuk hidup menurut prinsip Kerajaan Syurga dalam membuat keputusan dan tindakan. Berdoalah agar rasuah untuk merompak dana pembangunan yang bertujuan untuk membantu golongan miskin itu akan ditentang. (4)Berdoa untuk Negara Kita Malaysia: 4.1 Pendidikan :Berdoalah untuk mereka yang terlibat dalam memutuskan dasar di Kementerian Pendidikan supaya Allah akan memberi mereka kebijaksanaan dan integriti dalam melaksanakan program-program yang baik, memilih guru yang berkualiti, menangani isu-isu sensitif, dan akan menjadi pelayan yang baik. 4.2 Kestabilan Politik : Berdoalah agar lebih ramai ahli parlimen yang benar dipilih, yang mengutamakan kepentingan rakyat, dan yang menggalakkan kemakmuran dan kedamaian Negara. 4.3 Keharmonian Etnik:Berdoa agar lebih ramai rakyat Malaysia yang sederhana akan terus bersuara untuk mengelakkan peningkatan ekstremisme, kemerosotan hak, dan menuntut untuk kerajaan lebih baik dan bertanggungjawab. (5)Berdoa untuk Misionari / Mubaligh: Asia Selatan- Simon
Minggu ke-5
(1)Berdoa untuk Gereja Kita: 1.1 Berdoa agar semangat patriotik di kalangan jemaah dapat dinaikkan supaya lebih ramai yang akan mengambil bahagian dalam gerakan doa M24 / 7 untuk negara dengan setia. 1.2 Berdoalah bagi yang menderita agar mereka tidak berputus asa. Minta Tuhan berbelas kasihan dan berdoa agar mereka akan mengalami kasih karunia dan kuasa hadirat-Nya. (2)Berdoa untuk Sarawak: 2.1 Berdoalah untuk penjawat awam Kristian supaya boleh hidup menjadi kesaksian yang baik untuk Kristus. Berdoa agar Roh Kudus akan menguatkan mereka untuk bersinar bagi Yesus dan berkuasa untuk memberi pengaruh kepada orang di sekeliling mereka. 2.2 Berdoa untuk kewujudan 'Sarawak for Sarawakians' akan menjadi saluran untuk menyedarkan kerajaan tentang keperluan rakyat dan benar-benar akan melaksanakan dasar-dasar yang adil. (3)Berdoa untuk Gereja-gereja di Malaysia: 3.1 Berdoalah agar Tuhan akan mendedahkan dosa-dosa yang telah berlaku di dalam gereja dan dalam kehidupan pemimpin-pemimpin gereja, supaya pertaubatan yang benar dan pemulihan berlaku. 3.2 Berdoa agar masyarakat awam dan Gereja akan terus bersuara untuk kebebasan agama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dikekalkan dan dipertahankan. (4)Berdoa untuk Negara Kita Malaysia: 4.1 Pendidikan : Berdoa agar guru-guru sekolah mempunyai falsafah pendidikan yang tinggi, memahami bahawa pendidikan mempunyai makna yang besar kepada negara, bersedia untuk mendidik rakyat tanpa mengira kaum atau bakat. Biarlah Tuhan memberi mereka kesabaran dan kasih sayang untuk memulihkan pelajar yang kurang bermotivasi. 4.2 Kestabilan Politik:Berdoalah supaya Sambutan Hari Kebangsaan yang akan dilaksanakan dengan lancar. Berdoa agar rakyat akan menghargai keamanan dan kestabilan negara kita, dan menolak kekecohan dan gangguan. Berdoalah agar Perdana Menteri kita mempunyai kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang hati untuk memerintah negara ini. 4.3 Keharmonian Etnik:Berdoalah untuk polis supaya mereka tidak dapat diperalatkan oleh ahli-ahli politik yang berkuasa, tetapi berani untuk melindungi negara dari rasuah, aktiviti jenayah dan menjaga keselamatan negara. (5)Berdoa untuk Misionari / Mubaligh: Thailand – Dawn , Mr & Mrs Li Long