6.0 TERAS 5: PENGURUSAN PEMBANGUNAN BERKESAN 6.1
PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan merupakan sektor yang penting di dalam menilai pembangunan di Kawasan Rancangan Tempatan Jajahan Machang. Selain itu, ianya juga menjadi alat untuk mengukur tahap kemampuan dan keupayaan Majlis Daerah Machang (MDM) dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk tempatan. Pengurusan yang teratur serta sumber kewangan yang kukuh akan memberi jaminan terhadap kejayaan pelaksanaan projek pembangunan di sesuatu kawasan. Penumpuan akan diberikan kepada penilaian keupayaan sistem organisasi dan tenaga kerja, mengenalpasti pencapaian agensi-agensi pelaksana yang terlibat bagi projek-projek yang dicadangkan serta pematuhan agensi-agensi pembangunan di dalam melaksanakan projek yang dicadangkan. Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan berharap agar Rancangan Tempatan Jajahan Machang ini dapat diterimapakai sebagai panduan utama di dalam merancang dan meluluskan pembangunan oleh semua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan daerah.
6.1.1
Profil Majlis Daerah Machang bertanggungjawab dalam segala aspek pembangunan di Jajahan Machang seperti mewujudkan perkhidmatan asas Kerajaan Tempatan dalam aspek perancangan, pembangunan ekonomi dan sosial, pembangunan fizikal dan keperluan asas seperti infrastruktur dan utiliti, kawasan rekreasi dan pembangunan insan. Keupayaan jabatan-jabatan di MDM menjadi penanda aras kepada mutu perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk setempat. Secara amnya, dasar-dasar yang dirangka dalam Draf RSN Kelantan 2003-2020 kurang memberi impak kepada pembangunan jajahan Machang. Kekurangan projek-projek pembangunan terutamanya yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Machang memberikan kesan kepada pendapatan dan hasil cukai yang diperolehi. Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan juga akan melihat kepada aspek pengurusan dan pemakaian Rancangan Tempatan sebagai rujukan utama di peringkat negeri dan pihak berkuasa perancangan tempatan (PBPT) di dalam proses kawalan dan kelulusan sesuatu projek pembangunan. Selain itu juga, pengurusan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan di dalam Rancangan Tempatan akan dilihat dari aspek pematuhan dan rujukan agensi terhadap RT Machang.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-1
6.1.2
Keadaan Semasa
6.1.2.1 Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Machang Kawasan Rancangan Tempatan Jajahan Machang meliputi keseluruhan Jajahan Machang dengan keluasan sebanyak 527 km persegi. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Machang setakat ini merangkumi hanya kawasan seluas lebih kurang 130 km persegi iaitu 24.62 peratus daripada keluasan daerah secara keseluruhannya. Cadangan perluasan kawasan pentadbiran kepada keseluruhan jajahan Machang dilakukan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk tempatan. Asas pembentukan pentadbiran Majlis Daerah Machang (MDM) bermula di mana ketiga-tiga Majlis Tempatan di dalam Jajahan Machang iaitu Lembaga Bandaran Machang, Majlis Tempatan Temangan dan Majlis Tempatan Pulai Chondong bergabung. Seterusnya pada 1 Januari 1979, Majlis Daerah Machang telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) secara rasminya sebagai Majlis Daerah.
PENTADBIRAN Majlis Daerah Machang
Kawasan Pentadbiran Sediada
130 km persegi (13,000 hektar)
Cadangan Perluasan Kawasan Tadbir
527 km persegi (52,791 hektar) 1 Januari 1979 Pengisytiharan Majlis Daerah Machang dengan penggabungan tiga (3) Majlis Tempatan • Lembaga Bandaran Machang • Majlis Tempatan Temangan • Majlis Tempatan Pulai Chondong
Majlis Daerah Machang (MDM) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir Bandar Machang dan tujuh (7) petempatan utama di Jajahan Machang iaitu Pulai Chondong, Temangan, Labok, Kampung Pek, Banggol Judah, Bukit Tiu dan Batu 30/ Batu Lawar. Majlis Daerah Machang menjalankan fungsi pentadbiran sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. MDM bertanggungjawab dalam segala aspek pembangunan penduduk seperti ekonomi, politik dan sosial tempatan.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-2
Rajah 6.1: Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Machang Tahun 2010
PELAN WARTA PELAN CADANG AN PERLUASAN SEMPADAN MELIPUTI KES ELURUHAN MUKIM/DAERAH DIBAWA H PENTADB IRAN MAJLIS DAERAH MACHA NG
PETUNJUK : Kawasan Sediada (130 km persegi) Cadangan Perluasan Kawasan (527 km persegi) Sempadan Daerah Jalan Raya Landasan Kereta Api
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-3
6.1.2.2 Strategi Pembangunan RSN Kelantan Di Dalam Jajahan Machang •
Pembangunan Wilayah Kelantan Utara sebagai kawasan pertumbuhan dan perbandaran yang dinamik di peringkat nasional melalui konsep “Membawa Pembangunan Kepada Penduduk”.
•
Mengintegrasikan pembangunan antara sebahagian Wilayah Kelantan Selatan yang terletak hampir dengan Wilayah Kelantan Utara bagi mewujudkan wilayah pertumbuhan yang lebih luas dan saling menyokong.
•
Mengeksploitasi secara bijaksana dan berhemah untuk membangunkan Wilayah Kelantan Selatan sebagai kawasan pertanian, pelancongan, perindustrian, berasaskan sumber asli, mineral dan pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
•
Mencapai ciri-ciri pembangunan seimbang melalui penyebaran dan penekanan pembangunan di kawasan atau pusat yang strategic secara bersepadu. Setiap pusat dan kawasan pertumbuhan ‘Polycentric’ digalakkan membangun mengikut aset dan potensi masing-masing dengan pergantungan yang minimum dari kesan limpahan pembangunan konurbasi Kota Bharu dan kawasan sekitarnya.
6.1.2.3 Strategi Pembangunan Majlis Daerah Machang Strategi Pembangunan yang dibentuk di dalam Rancangan Tempatan Machang, 2010 adalah Strategi Pembangunan Pemusatan Bersepadu. Tujuan utamanya adalah meningkatkan daya saing bandar Machang sebagai Pusat Perniagaan, Perindustrian dan Pendidikan. Dengan strategi ini, pembangunan adalah ditumpukan di dalam kawasan Jajahan Machang dengan pemangkin utamanya di Bandar Machang (Nodus Pertumbuhan Utama) yang disokong oleh tiga Nodus Pertumbuhan Sokongan iaitu di Bukit Tiu, Labok dan Batu 30 (Nodus Pertumbuhan Sokongan Utama) manakala Banggol Judah, Pulai Chondong, Kampung Pek dan Temangan merupakan empat Nodus Pertumbuhan Sokongan Sekunder yang menyokong kepada tiga Nodus Pertumbuhan Sokongan Utama. Strategi pembangunan majlis yang dibentuk melalui visi, misi dan objektif pembangunan bertujuan meneraju perancangan pembangunan Jajahan Machang ke arah mencapai matlamat pembangunan yang ditetapkan.
i.
Visi Majlis Daerah Machang “Menjadikan Bandar Machang sebagai Bandar Sejahtera”
ii.
Misi Majlis Daerah Machang “Memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk terutamanya dari segi kesihatan dan keselesaan hidup”
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-4
iii.
Objektif Majlis Daerah Machang
• Untuk menepati dasar Kerajaan Tempatan yang memerlukan bahawa kelaknya setiap inci tanah di Semenanjung Malaysia ini diletakkan di bawah pentadbiran yang cekap. • Untuk meningkatkan taraf organisasi penguasa-penguasa tempatan yang ada sekarang ke taraf yang lebih baik. • Meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan tempatan kepada orang ramai dalam ertikata yang lebih memuaskan dan lebih meluas. • Menambah keupayaan dan membolehkan penguasa-penguasa tempatan membuat, mengatur, menyusun dan melaksanakan perancangan-perancangan yang sesuai mengikut keperluan dan desakan kehendak semasa. • Mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat serta viable organisasi dan agensi pentadbiran dan pembangunan.
6.1.2.3 Pengurusan Dan Struktur Organisasi i.
Sistem Pengurusan Machang
Majlis
Daerah
Sistem pengurusan yang diamalkan oleh Majlis Daerah Machang adalah berasaskan sistem jawatankuasa yang mempunyai tiga (3) peringkat pembuat keputusan. Tiga peringkat yang dimaksudkan adalah bermula dari Ahli Majlis sebagai penggubal dasar, jawatankuasajawatankuasa kecil yang menjadi penasihat kepada majlis serta pihak pengurusan Majlis Daerah Machang yang melaksanakan tugas pentadbiran serta memberikan perkhidmatan berdasarkan keperluan masyarakat. Setiap peringkat mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk membuat keputusan berdasarkan kepada aktaakta yang diterimapakai. Walau bagaimanapun, keputusan tertinggi adalah di peringkat Mesyuarat Ahli Majlis.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-5
a. Ahli Majlis Daerah Machang Peringkat pembuat dasar dan keputusan tertinggi di Majlis Daerah Machang dikenali sebagai Mesyuarat Majlis Penuh. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Machang dan terdiri daripada 24 orang Ahli Majlis yang dilantik di peringkat negeri dan merupakan wakil masyarakat setempat di peringkat jajahan Machang. Pada lazimnya, Mesyuarat Majlis Penuh diadakan sebulan sekali. Rajah 6.2 menunjukkan struktur Ahli Majlis MDM.
Rajah 6.2 : Struktur Ahli Majlis MDM
PENGERUSI Yang Di Pertua Majlis Daerah Machang
AHLI MAJLIS 24 Orang Ahli Majlis Yang Dilantik Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
b. Jawatankuasa Kecil Seksyen 28 Akta 171 memperuntukan bahawa sesebuah PBT boleh melantik dan menubuhkan jawatankuasa kecil mengikut keperluan. Di MDM terdapat lima belas (15) jawatankuasa yang terdiri daripada tiga belas (13) jawatankuasa dan dua (2) jawatankuasa kecil yang berperanan sebagai penasihat kepada Majlis Daerah Machang. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Penuh untuk kelulusan dan pelaksanaan. Jawatankuasa Kecil dipengerusikan oleh Ahli Majlis dan ahli-ahlinya yang dilantik oleh Mesyuarat Majlis Penuh. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan Harta Jawatankuasa Perkhidmatan, Kenaikan Pangkat dan Tatatertib Jawatankuasa Perlesenan, Peniaga Kecil dan Pembangunan Usahawan Jawatankuasa Kebersihan, Keindahan Bandar dan Alam Sekitar Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan Jawatankuasa Buka Tender Jawatankuasa Tender dan Sebut Harga Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dan Tatatertib Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Jawatankuasa Pembangunan, Pelaburan dan Projek-Projek Khas Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan dan Pelancongan Jawatankuasa Undang-Undang, Penguatkuasaan dan Lalulintas Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Jawatankuasa Kecil Tunggakan Cukai Jawatankuasa Kecil Rayuan Cukai Taksiran
c. Struktur Organisasi Majlis Daerah Machang Pengurusan dan sistem pentadbiran di Majlis Daerah Machang (MDM) diterajui oleh Yang DiPertua dan dibantu oleh Setiausaha serta lapan (8) jabatan. Setiap jabatan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri di dalam memperkemaskan sistem pentadbiran di MDM. Peranan yang dipertanggungjawab dan yang perlu dilaksanakan adalah mengikut keperluan bagi memenuhi arus pembangunan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada penduduk tempatan.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-6
Rajah 6.3 : Struktur Organisasi Majlis Daerah Machang
YANG DIPETUA N48
JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PERBENDAHARAAN
JABATAN PERUNDANGAN
SETIAUSAHA N41
JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA
BAHAGIAN PENTADBIRAN & SUMBER
JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN
JABATAN PEMBANGUNAN & KEJURUTERAAN
UNIT PUSAT SEHENTI (OSC)
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
JABATAN PERLESENAN & KESIHATAN AWAM
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
ii.
Tenaga Kerja Majlis Daerah Machang
Tenaga kerja di dalam pentadbiran Majlis Daerah Machang terletak di bawah pengawasan Yang Dipertua dan dibantu oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. Setiap jabatan mempunyai kakitangan sendiri yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada penduduk. a. Pengisian Jawatan 2010 Jadual 6.1 menunjukkan jumlah keseluruhan penjawatan yang telah diluluskan di dalam Majlis Daerah Machang iaitu sebanyak 124 jawatan merangkumi empat (4) peringkat skim perkhidmatan. Sebanyak 74 jawatan telah diisi secara jawatan tetap iaitu 59.68 peratus daripada keseluruhan penjawatan yang telah diluluskan dan sebanyak 50 jawatan iaitu 40.32 peratus kekosongan pelbagai jawatan di Majlis Daerah Machang.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-7
Jadual 6.1 : Kakitangan Majlis Daerah Machang Mengikut Pengisian Jawatan, 2010 Skim Perkhidmatan A Pengurusan dan Ikhtisas B Pengurusan dan Separa Ikhtisas C Perkeranian dan Teknik D Perusahaan dan Buruh Jumlah
Bilangan Dilulus 2 12 42 68 124
Pengisian Tetap Kontrak 1 5 1 19 3 49 74 4
Kekosongan 1 6 20 19 46
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
b. Taraf Pengisian Jawatan Jadual 6.2 menunjukkan sebanyak 74 jawatan telah diisi secara tetap manakala 4 jawatan diisi secara kontrak diikuti 32 jawatan secara sambilan telah diambil. Ini bermakna terdapat 50 kekosongan yang belum diisi secara tetap di Majlis Daerah Machang. Kekosongan jawatan di dalam struktur pentadbiran Majlis Daerah Machang perlu disi dengan segera sekiranya kawasan pentadbiran majlis ingin diperluaskan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap kepada penduduk. Jadual 6.2 : Taraf Jawatan Mengikut Pengisian Kakitangan di Majlis Daerah Machang, 2010 Taraf Jawatan Skim Perkhidmatan Tetap Kontrak Sambilan A
Pengurusan dan Ikhtisas
1
-
-
B
Pengurusan dan Separa Ikhtisas
5
1
-
C
Perkeranian dan Teknik
19
3
5
D
Perusahaan dan Buruh
49
-
27
74
4
32
Jumlah Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
c. Kakitangan Yang Dilulus Mengikut Jabatan Jadual 6.3 menunjukkan jumlah kakitangan yang diluluskan mengikut jabatan di MDM. Sebanyak 124 jawatan telah diperuntukkan untuk keseluruhan jabatan di mana Jabatan Khidmat Pengurusan mendapat kelulusan jawatan paling tinggi iaitu sebanyak 36 jawatan diikuti oleh Jabatan Perlesenan dan Kesihatan Awam sebanyak 34 jawatan. Penjawatan bagi Jabatan Perancangan Pembangunan dan Unit Pusat Setempat (OSC), bilangan kakitangan perlu penambahan terutamanya melibatkan Gred C (Kumpulan Perkeranian dan Teknik).
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-8
Jadual 6.3 : Kakitangan Yang Dilulus Mengikut Jabatan di Majlis Daerah Machang, 2010 Jabatan 1. Jabatan Khidmat Pengurusan 2. Jabatan Perbendaharaan 3. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta 4. Jabatan Perancangan Pembangunan 5. Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan 6. Jabatan Perlesenan dan Kesihatan Awam 7. Jabatan Perhubungan Awam 8. Jabatan Perundangan 9. Unit Pusat Setempat (OSC) Jumlah
Jumlah Dilulus 36 8 5 18 15 34 3 3 2 124
A 2 2
Kumpulan Jawatan B C 3 18 1 5 1 3 1 4 1 3 2 4 1 2 1 2 1 1 12 42
D 13 2 1 13 11 28 68
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Pengisian kakitangan secara amnya berdasarkan keperluan semasa dan sumber kewangan majlis bagi pembayaran gaji kakitangan (emolumen). Jika dilihat pada kekosongan jawatan yang terdapat di struktur pentadbiran Majlis Daerah Machang ianya menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu 40.32 peratus berbanding penjawatan yang diluluskan (rujuk Jadual 6.4). Jadual 6.4 : Senarai Penjawatan Kakitangan Majlis Daerah Machang, 2010 Bil 1. 2.
Skim Perkhidmatan Tadbir Yang Dipertua Setiausaha
1.
Pertanian Pembantu Pertanian
Gred
Penjawatan
Pengisian
Kekosongan
N41 N41
1 1 2
1 1
1 1
G22
1 1
1 1
-
F29 FT17
1 1 2
1 1
1 1
J29 J29 J29 J22 J17 J17 J17
2 1 1 1 1 1 7
1 1 1 3
1 1 1 1 4
L29
1 1
1 1
-
N32 N27 N27 N22 N22 N17 N17 Gred N17 N12 N11 N3
1 1 1 1 16 11 Penjawatan 1 1 3
1 1 11 9 Pengisian 1 1
1 1 5 2 Kekosongan 1 2
Jumlah
Jumlah 1. 2.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
1.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bil 8. 9. 10. 11.
Sistem Maklumat Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Juruteknik Komputer Jumlah Kejuruteraan Penolong Jurutera Penolong Arkitek Pen. Pegawai Perancang Bandar dan Desa Juruteknik Juruteknik Perancangan Bandar dan Desa Juruteknik Pelukis Pelan Jumlah Perundangan dan Kehakiman Pen. Pegawai Undang-Undang Jumlah Pentadbiran dan Sokongan Penolong Pegawai Tadbir Penolong Pegawai Penguatkuasa Penolong Pegawai Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir (P/O) Pembantu Tadbir (P/O) Pembantu Penguatkuasa Skim Perkhidmatan Pegawai Khidmat Pelanggan Pembantu Tadbir Rendah Pembantu Tadbir Rendah Penghantar Notis
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-9
12.
Pembantu Am Pejabat
N1
1 37
1 25
12
U32 U29 U17
1 1 2 4
-
1 1 2 4
R11 R9 R6 R4 R3 R3 R1
1 2 3 1 15 1 41 64
1 2 1 15 41 60
1 1 1 1 4
W27 W17 W17 W17
1 1 2 2 6 124
1 1 2 4 96
2 2 28
Jumlah 1. 2. 3.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
1. 2. 3. 4.
Perkhidmatan Sokongan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pembantu Kesihatan Awam Jumlah Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir Tukang K2 Tukang K3 Pemandu Kenderaan Pekerja Awam Pemandu Kenderaan Pekerja Awam Khas Pekerja Awam Jumlah Kewangan Penolong Akauntan Penolong Pegawai Penilaian Pembantu Tadbir Kewangan Pembantu Penilaian Jumlah Jumlah Keseluruhan Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
d. Analisa Keperluan Kakitangan Jadual 6.5 menunjukkan jumlah keperluan kakitangan berdasarkan penduduk pada tahun 2010 mengikut kumpulan skim perkhidmatan. Pertambahan kakitangan di Majlis Daerah Machang perlu bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk tempatan. Keperluan kakitangan ini dibuat mengikut kaedah pengukuran yang digunakan oleh Petunjuk Bandar Malaysia (MURNInet) bagi mengukur bandar mampan di Malaysia. Berdasarkan analisis, bilangan kakitangan bagi setiap kumpulan belum diisi sepenuhnya iaitu mengikut bilangan yang diluluskan semasa namun keperluan kumpulan B dan C perlu diisi segera bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk tempatan. Jadual 6.5 : Keperluan Kakitangan Berdasarkan Penduduk Tahun 2010 Keperluan Kakitangan Bilangan Pengisian Mengikut Penduduk Skim Perkhidmatan Dilulus Semasa Jajahan Machang, Semasa (Tetap) 2010 (96,300) A Pengurusan dan Ikhtisas 2 1 9 B Pengurusan dan Separa Ikhtisas 12 5 18 C Perkeranian dan Teknik 41 19 36 D Perusahaan dan Buruh 69 49 72 Jumlah 124 74 135 Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-10
6.1.2.4 Kewangan Majlis Daerah Machang Kedudukan kewangan Majlis Daerah Machang keadaan yang MDM tidak Rajah 6.4menunjukkan : Graf Perbelanjaan dan Pendapatan seimbang di mana terdapat peningkatan pendapatan pada tahun 2008 dan penurunan pendapatan yang diperolehi pada tahun 2009. Pendapatan MDM menurun daripada 6.53 juta pada tahun 2008 kepada 4.23 juta pada tahun 2009 sebanyak RM 2.3 juta iaitu 35.27 peratus. Bagi perbelanjaan pula, berlaku tren penurunan perbelanjaan oleh MDM dari tahun 2007 sehingga 2009 sebanyak 4.70 peratus. Walau pun peratusan perbelanjaan ini adalah kecil, tetapi jumlah pendapatan yang diperolehi oleh MDM dijangka tidak dapat menampung jumlah perbelanjaan yang semakin meningkat setiap tahun sekiranya hasil pendapatan tidak bertambah (rujuk Rajah 6.4 dan Jadual 6.6). Berdasarkan tahap kemampanan bandar dengan menggunakan pengukuran MURNInet, perbelanjaan mengurus kepada hasil yang diperolehi MDM pada tahun 2009 menunjukkan peratusan melebihi 80 peratus iaitu 83.71 peratus berbanding 52.81 peratus pada tahun 2008. Ini menunjukkan hasil bukan cukai yang diperolehi MDM menurun dengan ketara terutamanya daripada hasil perkhidmatan, bayaran perkhidmatan dan perolehan daripada jualan barangbarang (rujuk Jadual 6.7). Jadual 6.6 : Indeks Prestasi Kewangan Majlis Daerah Machang, 2007-2009 (RM Juta) Keterangan 2007
2008
2009
1.
Pendapatan
4,462,877.58
6,527,747.63
4,225,621.18
2.
Perbelanjaan
3,774,918.54
3,967,884.75
3,588,310.07
3.
Lebihan / (Kurangan) Tahunan
687,959.04
2,559,862.88
637,311.11
4.
Aset Bersih
5,110,795.28
8,687,081.68
8,947,614.48
5.
Simpanan Tetap
1,500,000.00
1,600,000.00
4,000,000.00
6.
Aset Tetap
2,527,738.25
1,410,336.87
2,894,240.49
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
i.
Pendapatan Majlis Daerah Machang Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-11
Berdasarkan Jadual 6.7 menunjukkan pendapatan Majlis Daerah Machang bagi tahun 2007 sehingga 2009. Secara keseluruhannya, hasil pendapatan MDM diperolehi daripada tiga sumber iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan cukai. Hasil Cukai terdiri daripada pendapatan yang diperolehi daripada cukai taksiran yang dikenakan. Hasil Bukan Cukai diterima daripada perkhidmatan, lesen dan permit, sewaan dan lain-lain manakala Terimaan Bukan Cukai merujuk kepada pendapatan yang diterima daripada geran keseimbangan. Pendapatan terbesar yang diperolehi oleh MDM adalah Hasil Bukan Cukai iaitu sebanyak RM4.43 juta pada tahun 2008. Jumlah kutipan Hasil Bukan Cukai ini didapati menurun dengan ketara iaitu sebanyak 2.34 juta pada tahun 2009 (52.8 peratus). Walaupun peningkatan Hasil Bukan Cukai bagi Sewaan meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya (2008), ianya masih tidak dapat menampung hasil yang diperolehi daripada bayaran perkhidmatan dan perolehan daripada jualan barang-barang. Pihak pengurusan Majlis Daerah Machang seharusnya mencari kaedah bagi meningkatkan pendapatan tahunan terutamanya daripada hasil sewaan dan perkhidmatan yang diberikan. Jadual 6.7 : Pendapatan Majlis Daerah Machang, 2007-2009 Jenis Hasil
(RM Juta) 2008
2007
2009
Hasil Cukai 1.
Cukai Taksiran (Cukai Langsung) Jumlah Kecil
360,676.96 360,676.96
479,590.47 479,590.47
488,341.71 488,341.71
290,454.50 700,925.60 700,157.00 505,679.80
310,143.10 1,262,471.50 2,392,707.00 372,716.80
330,231.87 678,137.70 49,245.00 952,924.00
25,593.96
75,721.47
67,687.93
24,382.00 2,247,192.86
20,634.00 4,434,393.87
17,497.00 2,095,723.50
1,739,507.76 115,500.00 1,855,007.76 4,462,877.58
1,370,665.92 243,097.37 1,613,763.29 6,527,747.63
1,377,874.00 263,681.97 1,641,555.97 4,225,621.18
Hasil Bukan Cukai 1. 2. 3. 4.
Lesen dan Permit Perkhidmatan dan Bayaran Perkhidmatan Perolehan Daripada Jualan Barang-Barang Sewaan Hibah Akaun Semasa/Simpanan Tetap/ 5. Perkhidmatan 6. Denda dan Hukuman 7. Pelarasan Pendapatan Jumlah Kecil Terimaan Bukan Cukai 1. Bantuan Tahunan Kerajaan Persekutuan 2. Lain-lain Pemberian Jumlah Kecil Jumlah Keseluruhan Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-12
ii.
Perbelanjaan Majlis Daerah Machang
Jadual 6.8 menunjukkan perbelanjaan Majlis Daerah Machang bagi tahun 2007 sehingga 2009. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh MDM melibatkan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus melibatkan pembayaran emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta lain-lain perbelanjaan yang berkaitan (rujuk Jadual 6.8). Perbelanjaan MDM mencatatkan penurunan bagi tahun 2009 sebanyak 9.6 peratus berbanding tahun 2008. Ini menunjukkan pihak pengurusan MDM mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak 10 kali ganda pada tahun 2009. Perbelanjaan emolumen merupakan perbelanjaan terbesar iaitu sebanyak 56.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus diikuti perkhidmatan dan bekalan sebanyak 38.7 peratus.
PERBELANJAAN 2009 Majlis Daerah Machang EMOLUMEN
56.8 %
PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
38.7 %
PEMBERIAN DAN KENAAN BAYAR
0.8 %
LAIN-LAIN PERBELANJAAN
3.7 %
Jadual 6.8 : Perbelanjaan Majlis Daerah Machang, 2007-2009 Keterangan
2007
(RM Juta) 2008
2009
Perbelanjaan Mengurus a. Emolumen
1,723,657.98
1,920,644.34
2,012,110.28
b. Perkhidmatan dan Bekalan
1,129,355.89
1,375,541.02
1,368,250.51
c. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap
85,533.00
42,074.00
27,000.00
d. Lain-lain Perbelanjaan
96,042.67
109,029.39
129,894.52
3,034,589.54
3,447,288.75
3,537,255.31
740,329.00
520,596.00
51,054.76
3,774,918.54
3,967,884.75
3,588,310.07
Jumlah Kecil Perbelanjaan Pembangunan Jumlah Keseluruhan Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-13
iii.
Kunci Kira-Kira
Kunci kira-kira dibuat bertujuan menilai tahap keupayaan kewangan Majlis Daerah Machang. Kredibiliti MDM sebagai Pihak Berkuasa Tempatan akan dinilai berdasarkan jumlah aset sedia ada. Jadual 6.9 menunjukkan kunci kira-kira bagi tahun 2007 sehingga 2009 dan didapati kedudukan kewangan MDM berada pada kedudukan yang baik. Aset bersih MDM telah bertambah daripada 5.11 juta pada tahun 2007 kepada 8.94 juta pada tahun 2009. Pertambahan ini dilihat semakin baik terutamanya aset semasa (Pelbagai Belum Terima) dalam jumlah yang tinggi pada tahun 2009 iaitu sebanyak 4.24 juta. Pihak pentadbir MDM perlu mencari alternatif bagi memudahkan kutipan cukai dan sebagainya dibuat seperti bayaran cukai secara online dan pemberian diskaun dapat dilaksanakan. Jadual 6.9 : Kunci Kira-Kira Majlis Daerah Machang, 2007-2009 Keterangan ASET TETAP (Termasuk Pelaburan) ASET SEMASA Kerja Dalam Perlaksanaan Pelbagai Belum Terima Pinjaman Kenderaan Pinjaman Komputer Pelbagai Pendahuluan Simpanan Tetap/Repo Wang di Bank dan di Tangan Jumlah Aset Semasa Tolak (-) Liabiliti Semasa Pelbagai Belum Bayar Pelbagai Amanah dan Deposit Lain-lain Pemiutang & Terakru Liabiliti Semasa Bersih Aset Bersih Pinjaman Kumpulan Wang Hasil Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Kumpulan Wang Pinjaman Komputer Kumpulan Wang Penjelasan Kumpulan Wang Pembangunan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri Kepada Perunding/Pemborong JUMLAH KUMPULAN WANG
2007 2,527,738.25
(RM Juta) 2008 1,410,336.87
2009 2,894,240.49
3,639,714.73 38,616.27 1,500,000.00 578,656.72 5,756,987.72
3,932,540.00 39,199.50 61,042.89 1,600,000.00 3,396,495.39 9,029,277.78
4,248,364.43 26,847.20 2,562.50 1,094.49 4,000,000.00 1,604,737.30 9,883,605.92
448,566.44 197,626.00 5,110,795.28
185,592.00 156,604.10 342,196.10 8,687,081.68
234,264.00 701,727.44 935,991.44 8,947,614.48
-
-
44,781.57 20,164.13 64,945.70
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
iv.
Unjuran Kewangan Majlis Daerah Machang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempunyai pendapatan yang diperolehi setiap tahun hasil kutipan cukai dan bukan cukai di dalam kawasan pentadbirannya. Berdasarkan senario semasa, pendapatan yang diperolehi oleh Majlis Daerah Machang sehingga tahun 2020 dianggarkan meningkat dengan kadar asas sebanyak 1.45 peratus setiap tahun. Merujuk kepada unjuran yang dibuat sehingga tahun 2020, MDM dijangka memperolehi pendapatan RM36.54 juta pada tahun 2020. Sekiranya pendapatan dan lebihan yang diperolehi meningkat setiap tahun, MDM dijangka mencapai status Majlis Perbandaran lebih awal iaitu pada tahun 2017 dengan pendapatan tahunan melebihi RM 20 juta setahun.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-14
Jadual 6.10 : Unjuran Kewangan Majlis Daerah Machang
Tahun
Kadar Peningkatan (1.45 % Setahun)
Jumlah Peningkatan (RM)
Anggaran Pendapatan Tahunan
Jangkaan Perbelanjaan (75.00% Setahun)
Lebihan Semasa
2009
4.25
-
4,225,621.18
3,588,310.07
637,311.11
2010
5.7
61,271.51
4,862,932.29
3,647,199.28
1,215,733.07
2011
7.15
70,512.52
6,149,177.88
4,611,883.41
1,537,294.47
2012
8.6
89,163.08
7,775,635.43
5,831,726.57
1,943,908.86
2013
10.05
112,746.71
9,425,676,61
7,069,257.46
2,356,419.15
2014
11.5
136,672.31
11,918,768.07
8,939,076.05
2,979,692.02
2015
12.95
172,822.14
15,071,282.23
11,303,461.67
3,767,820.56
2016
14.4
218,533.59
19,057,636.38
14,293,461.67
4,764,409.10
2017
15.85
276,335.73
24,098,381.21
18,073,785.91
6,024,595.30
2018
17.3
349,426.53
30,472,403.04
22,854,302.28
7,618,100.76
2019
18.75
441,849.84
38,532,353.64
28,899,265.23
9,633,088.41
2020
20.2
558,719.13
48,724,161.18
36,543,120.88
12,181,040.30
Majlis Daerah Machang dijangka melaksanakan Rajah 6.5 : Graf Unjuran Kewangan MDM, 2009-2020 perbelanjaan secara berhemah bagi meminima dan mengurangkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan setiap tahun. Ini bagi memastikan unjuran perbelanjaan terutamanya perbelanjaan mengurus tidak melebihi pendapatan yang diperolehi setiap tahun (rujuk Jadual 6.10 dan Rajah 6.5).
6.1.2.5 Program-Program dan Projek Pembangunan Di bawah Program Pembangunan RMKe-10, Majlis Daerah Machang merencana pelbagai program pembangunan melalui peruntukan Persekutuan, Negeri dan Majlis yang telah dirancang untuk memajukan kawasan pentadbirannya. i.
Projek Pembangunan Peruntukan Majlis Daerah Machang
Sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukkan oleh Majlis Daerah Machang pada tahun 2009 untuk melaksanakan projek pembangunan di Jajahan Machang. Selain itu juga, terdapat dua projek pembangunan yang dibuat oleh Majlis Daerah Machang pada tahun 2009 dan siap pada tahun 2010 iaitu menaiktaraf Pasar Temangan dan menaiktaraf saliran air buangan di Pasar Borong Machang. Buat masa ini, terdapat 35 cadangan projek pembangunan baru yang dipohon oleh Majlis Daerah Machang untuk tahun 2011 kepada kerajaan Persekutuan melibatkan kos projek RM 3.63 juta untuk projek menaiktaraf jalan dan kemudahan asas penduduk. Ini menunjukkan Majlis Daerah Machang komited dalam menyediakan kemudahan Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-15
yang lebih baik dan dapat membantu penduduk tempatan hidup dalam persekitaran yang lebih selesa dan terjamin. Jadual 6.11: Anggaran Perbelanjaan Projek Pembangunan Majlis Daerah Machang, 2009 Peruntukan Projek Pembangunan (RM) 1. Menaiktaraf Jalan Taman Sri Machang 15,000.00 2.
Menaiktaraf Longkang di Wakaf Bata
20,000.00
3.
Menaiktaraf Gerai di Batu 30 (4 unit)
20,000.00
4.
Menaiktaraf Jalan Kampung Bandar, Pulai Chondong
25,000.00
5.
25,000.00
7.
Menaiktaraf Jalan Pak Da Che Lah, Lepan Rambutan Menaiktaraf Jalan Kampung Bandar ke Kampung Laha, Pulai Chondong Menaiktaraf Jalan Taman Sri Kuin, Kampung Kubang Katak
15,000.00
8.
Menaiktaraf Jalan Taman Sri Makmur
15,000.00
9.
Menaiktaraf Jalan Taman Desa Arif
20,000.00
10.
Menaiktaraf Jalan Taman Osman, Kampung Bakat
20,000.00
11.
Menaiktaraf Jalan Kampung Surau, Pulai Chondong
20,000.00
12.
Menaiktaraf Jalan Kampung Lalang Luas, Labok
20,000.00
13.
20,000.00
15.
Menaiktaraf Jalan Belakang Kedai, Pulai Chondong Menaiktaraf Jalan Hadapan SK Bandar ke Pengkalan Nangka, Pulai Chondong Menaiktaraf Longkang di Taman Sri Machang, Padang Selising
16.
Menaiktaraf Longkang Tepi Jalan di Kampung Gertak Pak Esah
20,000.00
17.
Menaiktaraf Pasar Temangan
50,000.00
18.
Menaiktaraf Saliran Air Buangan di Pasar Borong Machang
6.
14.
Jumlah Perbelanjaan
30,000.00
20,000.00 20,000.00
25,000.00 400,000.00
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
ii.
Projek Pembangunan Peruntukan Kerajaan Negeri
Bagi projek pembangunan peruntukan Kerajaan Negeri pula sebanyak 26 projek pembangunan telah disiapkan pada tahun 2009 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM507,434.57.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-16
Jadual 6.12 : Peruntukan Kerajaan Negeri Bagi Jajahan Machang, 2009 Projek Pembangunan 1.
Peruntukan (RM) 10,000.00
3.
Membaiki Jalan Belakang Masjid Kampung Tengah Membaiki Jalan Kampung Air Hijau, Gosong ke Pangkal Pak Amin, Batu 30 Membaiki Jalan-jalan Kampung Homestay, Labok
4.
Membaiki Jalan Lepan Peringkat Kerilla
10,000.00
5.
Membaiki Jalan Kampung Baru Pertok ke Kampung Buncit
10,000.00
6.
Membatu dan Mengetar Bahu Jalan Tok Janggut, Pangkal Binjai
20,000.00
7.
Membaiki Jalan Kampung Pauh ke Sungai Bedal, Temangan
30,000.00
8.
Menaiktaraf Jalan Pangkal Kuang, Limau Hantu
20,000.00
9.
Menaiktaraf Jalan Endok ke Pangkal Jentik
10,000.00
10.
Membaiki / Menampung Tar Jalan Gelong Gajah
10,000.00
11.
Menaiktaraf Jalan Hutan Kweng ke Pangkal Changgung Luar
10,000.00
12.
Menaiktaraf Jalan Kampung Sungai Hala
10,000.00
13.
Menaiktaraf Jalan Kampung Padang Gerek
30,000.00
14.
10,000.00 10,000.00
16.
Menaiktaraf Jalan Muka Bukit ke Kampung Selimbar Guntong Menaiktaraf Jalan Kampung Takel Luar, Lepan Rambutan ke Buluh Peleting Menaiktaraf Jalan Tok Kaya melalui Estet (Tok Bok)
17.
Menaiktaraf Jalan Tok Ajil ke Banggol Pak Awang
10,000.00
18.
Menaiktaraf Jalan Lalang Luas ke Kampung Banggol Chantik
10,000.00
19.
Menaiktaraf Jalan Lubok Mak Udang, Pulai Chondong
20,000.00
20.
Menaiktaraf Jalan Seri Aman, Pulai Chondong
30,000.00
21.
Menaiktaraf Jalan Pangkal Meleret
40,000.00
22.
Menaiktaraf Jalan Utang Panjang
40,000.00
23.
Menaiktaraf Jalan Penempatan Kampung Kepas
38,000.00
24.
Menaiktaraf Jalan Kampung Banggol Chantik Hulu
30,000.00
25.
Menaiktaraf Jalan Kampung Pak Roman Tengah
32,000.00
26.
Mengetar Jalan di Pusat Latihan Kemahiran KESDEC
2.
15.
Jumlah Perbelanjaan
10,000.00 10,000.00
10,000.00
37,434.57 507,434.57
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
Projek pembangunan bagi peruntukan Kerajaan Negeri ini disalur dan diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Machang untuk diuruskan. Jabatan ini akan bertanggungjawab memastikan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dapat disalurkan mengikut peruntukan yang telah diluluskan. iii.
Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan
Sebanyak RM 58.347 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek pembangunan di Jajahan Machang. Projek-projek ini diurus dan dikawalselia melalui Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan kelancaran projek pembangunan ini. Kebanyakan projek pembangunan ini disiapkan pada tahun 2009 dan sebahagiannya disambung ke tahun 2010. Projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Jajahan Machang banyak menumpukan kepada penyediaan kemudahan asas di sektor pendidikan dan selebihnya kepada penyediaan kemudahan asas untuk keperluan rakyat seperti jambatan dan pelebaran sungai. Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-17
Jadual 6.13 : Anggaran Peruntukan Kerajaan Persekutuan Bagi Jajahan Machang, 2009 Peruntukan Projek Pembangunan (RM) 1. Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2 4,500,000.00 2.
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad
4,400,000.00
3.
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah
3,700,000.00
4.
Pejabat Tanah dan Jajahan Machang
4,500,000.00
5.
Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Hamzah 1
3,260,000.00
6.
Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong
2,590,000.00
7.
Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Temangan
4,460,000.00
8.
Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Kelaweh
3,810,000.00
9.
Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Belukar
3,650,000.00
10.
Blok Tambahan Sekolah Kebangsaan Machang 1
2,860,000.00
11.
Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan
5,670,000.00
12.
Blok Tambahan Asrama Anak Yatim
1,500,000.00
13.
Kompleks Islam Jajahan Machang
2,290,000.00
14.
Pembinaan Jambatan Sungai Sat
5,000,000.00
15.
Pembinaan Jambatan Kweng Hitam
2,800,000.00
16.
Kerja menggali, melebar dan mendalam Sungai Sat, Machang Membina dan menyiapkan Satu Blok Bangunan TAC Zon Kelantan (JPH) Jumlah Perbelanjaan
2,610,000.00
17.
747,000.00 58,347,000.00
Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
6.1.2.6 Penyampaian Perkhidmatan Majlis Daerah Machang i.
Perundangan
Fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Majlis Daerah Machang adalah berdasarkan beberapa akta yang digunapakai iaitu: i. 1. 2. 3. 4. ii. 1. 2.
Akta Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) Akta Pengangkutan Jalan, 1987 (Akta 333) Undang-Undang Kecil Undang-Undang Kecil (Pengendalian Makanan) Majlis Daerah Machang 1995 Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Majlis Daerah Machang 1991 3. Undang-Undang Kecil (Pasar) Majlis Daerah Machang 1995 4. Undang-Undang Kecil (Iklan) Majlis Daerah Machang 1995 5. Undang-Undang Kecil (Mencegah Kekotoran) Majlis Daerah Machang 1983 6. Undang-Undang Kecil (Haiwan Merayau-rayau) Majlis Daerah Machang 1983 7. Undang-Undang Kecil (Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap) Majlis Daerah Machang 1986 8. Undang-Undang Kecil (Iklan Pilihanraya) Majlis Daerah Machang 1990 9. Undang-Undang Kecil (Penjaja) Majlis Daerah Machang 1995 10. Undang-Undang Kecil (Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian) Majlis Daerah Machang 1995 11. Undang-Undang Kecil (Kerja Tanah) Majlis Daerah Machang 1996 12. Undang-Undang Kecil (Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut) Majlis Daerah Machang 1996 Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-18
13. 14. 15. 16.
Undang-Undang Kecil (Taman) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Vandalisme) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Perlesenan Anjing) Majlis Daerah Machang 1996 Undang-Undang Kecil (Pengawalan dan Penyeliaan Establisyen Makanan) Majlis Daerah Machang 1995 17. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan Jalan, Parit dan Bangunan) Majlis Daerah Machang 1996 18. Undang-Undang Kecil (Tandas Awam) Majlis Daerah Machang 1996 19. Undang-Undang Kecil (Bangunan Seragam) Majlis Daerah Machang 1984 iii. Enakmen 1. Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 1998 iv. Perintah dan Peraturan Tetap 1. Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) Majlis Daerah Machang 1985 2. Peraturan Tetap dan Perintah Majlis 1991 3. Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) Majlis Daerah Machang 2001 4. Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 Sumber : Majlis Daerah Machang, 2010
ii.
Permohonan Pembangunan
Permohonan pembangunan memberikan maklumat keadaan pembangunan semasa di Jajahan Machang. Ia juga menjadi penanda aras kepada tren pembangunan fizikal di jajahan Machang. Terdapat satu jenis permohonan yang dijalankan di bawah Majlis Daerah Machang buat masa ini iaitu permohonan pembangunan yang melibatkan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan. Bagi Kebenaran Merancang, permohonan pembangunan terdiri daripada permohonan pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman lot, serah balik / pemberi milikan semula dan tukar syarat secara serentak. Permohonan pembangunan yang dibuat kepada Majlis Daerah Machang turut menambah pendapatan Majlis bagi menampung perbelanjaan dalam memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. (Rujuk Jadual 6.14) Jadual 6.14 : Permohonan Yang Diterima Oleh Majlis Daerah Machang Permohonan
2007
2008
2009
2010
a. Pecah sempadan
8
19
26
13
b. Pecah bahagian
1
-
17
17
c. Cantuman lot
-
-
-
1
d. Serah balik / pemberi milikan semula
7
22
20
17
e. Pecah sempadan / tukar syarat serentak
8
31
60
56
2. Pelan Bangunan
149
154
147
144
Jumlah
173
226
270
248
Permohonan Pembangunan 1. Kebenaran Merancang
Sumber: Majlis Daerah Machang, 2010
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-19
Rajah 6.6 : Graf Permohonan Pembangunan Bagi Kebenaran Merancang 2007-2010
Permohonan pembangunan yang diterima oleh Majlis Daerah Machang menunjukkan ada peningkatan pada tahun 2007 hingga 2009. Hanya pada tahun 2010 ada sedikit penurunan permohonan pembangunan yang diterima oleh Unit Pusat Setempat (OSC). Ini menunjukkan berlakunya pengurangan pelaburan dari segi ekonomi dan hartanah oleh para pelabur. Walau bagaimanapun, pembangunan fizikal di Jajahan Machang dijangka meningkat sekiranya projek-projek pembangunan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
iii.
Aduan Awam
Aduan awam memainkan peranan penting di dalam menilai tahap perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis Daerah Machang kepada penduduk. Setiap aduan yang diterima akan dikategorikan oleh Jabatan Perhubungan Awam dan tindakan penyelesaian akan diambil bagi menyelesaikan aduan yang diterima. Fail aduan ini telah dikategorikan kepada Fail Borang Aduan Awam/Surat/ Telefon, Fail E-Aduan, Fail Keratan Akhbar dan Fail Biro Pengaduan Awam. Jadual 6.15 menunjukkan jumlah dan kategori aduan awam yang diterima oleh Majlis Daerah Machang. Jumlah aduan tertinggi yang diterima oleh Jabatan Perhubungan Awam adalah melalui Borang Aduan Awam / Surat / Telefon iaitu sebanyak 44 aduan atau 81 peratus. Jadual 6.15 : Rekod Pelaksanaan Aduan Awam Kepada Majlis Daerah Machang, 2010 Fail Aduan
Jumlah Aduan
Peratus (%)
Fail Borang Aduan Awam / Surat / Telefon
44
81.00
Fail E-Aduan
3
6.00
Fail Keratan Akhbar
3
6.00
Fail Biro Pengaduan Awam
4
7.00
Jumlah
54
100.00
Sumber: Majlis Daerah Machang, 2010
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-20
Berdasarkan Rajah 6.7 dan Jadual 6.16, kebanyakan aduan awam yang diterima
Rajah 6.7 : Rekod Pelaksanaan Aduan Diterima Oleh Majlis Daerah Machang, 2010
adalah mengenai masalah parit dan longkang serta masalah berkaitan alam sekitar. Masalah ini menjadi semakin ketara apabila tibanya musim hujan dan banjir pada setiap tahun di Jajahan Machang. Majlis Daerah Machang sebagai pihak berkuasa tempatan terutamanya perlu memainkan peranan bagi memastikan penyelenggaraan secara berkala dapat dilakukan di kawasan yang berpotensi banjir. Mutu perkhidmatan yang diberikan juga mampu memberikan impak positif kepada pandangan penduduk setempat mengenai keberkesanan sesuatu program yang dilaksanakan.
Jadual 6.16 : Kategori Aduan Awam Terhadap Majlis Daerah Machang, 2010
1. Aduan diterima berkaitan parit dan longkang 2. Aduan diterima berkaitan pungutan dan pengurusan sampah 3. Aduan diterima berkaitan penyelenggaraan rumput/semak/pokok 4. Aduan diterima berkaitan lampu jalan 5. Aduan diterima berkaitan kerosakan jalan raya 6. Aduan diterima berkaitan alam sekitar 7. Aduan diterima berkaitan kes bunyi bising 8. Aduan diterima berkaitan pengangkutan dan aksessibiliti 9. Aduan diterima berkaitan binatang peliharaan 10. Aduan diterima berkaitan lain-lain perkara Jumlah
13
1
Sebab Tidak Dapat Diselesaikan
14
1
1
1
1
1 3 7 2
1 3 7 3
1
1 3 12 44
Dalam Tindakan / Dalam Proses Tidak Diselesaikan / Tiada Maklum Balas
Fail Biro Pengaduan Awam (
Fail Keratan Akhbar
Fail E-Aduan
Fail Borang Aduan / Surat/ Telefon
Kategori Aduan
Diselesaikan
Tindakan Susulan / Status Aduan
Saluran Aduan
1 1 2 3
1 3
4 4
4 9 54
Sumber: Majlis Daerah Machang, 2010
iv.
Sistem Aplikasi
Majlis Daerah Machang tidak ketinggalan di dalam menyediakan sistem aplikasi kepada pengguna yang dapat dicapai melalui laman sesawang Majlis. Sistem aplikasi ini telah dibangunkan untuk memudahkan sesuatu maklumat dan maklumbalas diberi oleh pihak Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-21
pengguna manakala bagi pihak MDM pula dapat memberi maklumbalas dan tindakan pencegahan dengan lebih awal dan berkesan. Jadual 6.17 : Sistem Aplikasi Yang Digunakan Oleh Majlis Daerah Machang, 2010 Bil Nama Sistem Status Jabatan Pengguna 1. Sistem Bersepadu PBT Beroperasi sepenuhnya Unit Perlesenan Perlesenan 2. Sistem Bersepadu PBT Beroperasi sepenuhnya Unit Hasil dan Sewaan Sewaan 3. Sistem Bersepadu PBT – Hasil Beroperasi sepenuhnya Unit Hasil dan Sewaan dan Kutipan Pelbagai 4. Sistem Bersepadu PBT Beroperasi sepenuhnya Unit Kewangan Perakaunan 5. Sistem Bersepadu PBT Beroperasi sepenuhnya Unit Penilaian Penilaian 6. Sistem Bersepadu PBTBeroperasi sepenuhnya Unit Penguatkuasaan dan Kompauan Parking 7. Sistem Pengurusan Beroperasi sepenuhnya Unit Pentadbiran Kakitangan (SISPEN) 8. Sistem Maklumat Rujukan Satu Beroperasi sepenuhnya Unit OSC, Unit Hasil, Unit ID (MyID) Perlesenan, Unit Pentadbiran, Unit Penguatkuasaan 9. Sistem Maklumat Pengurusan Beroperasi sepenuhnya Unit Pentadbiran Sumber Manusia (HRMIS) 10. Portal OSC Beroperasi sepenuhnya Unit OSC 11. Jaringan Petunjuk-petunjuk Beroperasi sepenuhnya Unit Pembangunan Bandar Malaysia (Murni Net) 12. My GDI Beroperasi sepenuhnya Unit Penilaian 13. OSC Online Sistem akan datang Unit OSC 14. ePBT – Pihak Berkuasa Sistem akan datang Semua Unit terlibat Tempatan 15. eJKT – Jabatan Kerajaan Sistem akan datang Unit Pembangunan, Unit Tempatan Penilaian, Unit OSC, Unit Teknologi Maklumat 6.1.3
Semakan Cadangan Rancangan Tempatan Machang 2010 Bagi Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan, cadangan di dalam RT Machang 2010 sediada tidak dinyatakan secara sektoral. Walau bagaimanapun, objektif kajian RT Machang sediada ada menyentuh berkaitan pengurusan dan pelaksanaan berkaitan projek awam dan usahasama antara agensi awam, swasta dan pemilik tanah bagi projek swasta. Perkara ini diperjelaskan lagi di dalam dasar-dasar pembangunan setiap sektoral antaranya :-
Jadual 6.17: Semakan Cadangan Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan RT Machang 2010 Dasar Pembangunan Guna Tanah Perkara 11 Majlis akan mengkaji semula sempadan pentadbiran untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dan memperkemaskan penyelarasan kawalan pembangunan. Dasar Pembangunan Pusat Bandar Perkara 30 Majlis akan bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti PKINK untuk memajukan kawasan pembesaran pusat bandar. Dasar Pembangunan Perumahan Perkara 14 Majlis akan menyelaras dan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengadakan program pembaikan kawasan kampung. Perkara 15
Majlis akan berusaha menggalakkan penglibatan pemaju swasta menyediakan insentif-insentif untuk membangunkan projek perumahan.
dengan
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-22
Perkara 18
Majlis akan mengawasi projek-projek perumahan yang telah diluluskan agar dapat dilaksanakan mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
Dasar Kemudahan Sosial dan Masyarakat Perkara 36 Menyelaras dan meningkatkan kerjasama dengan pihak yang terlibat bagi memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan projek kemudahan sosial. Dasar Pembangunan Infrastruktur dan Utiliti Perkara 41 Majlis akan mempertingkatkan kerjasama dengan agensi / jabatan yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan program-program infrastruktur yang selaras. Sumber : Rancangan Tempatan Machang, 2010
6.1.4
Isu dan Potensi Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, terdapat beberapa penemuan yang telah dikenalpasti bagi memperkukuhkan urustadbir bandar yang efisien melalui pengurusan dan pelaksanaan yang sistematik. Beberapa isu sektor Pengurusan dan Pelaksanaan telah dikenalpasti antaranya : i.
Tenaga Kerja Majlis Daerah Machang
Masalah kekurangan tenaga kerja tetap di Majlis Daerah Machang adalah tinggi iaitu 40.32 peratus yang melibatkan tenaga kerja di kategori Perkeranian dan Teknik terutamanya kakitangan di skim perkhidmatan kejuruteraan, pentadbiran dan sokongan. Jabatan-jabatan yang terlibat adalah Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan, serta Jabatan Perlesenan dan Kesihatan Awam. ii.
Sistem Pembangunan Pangkalan Data
Pembangunan sistem aplikasi pangkalan data yang berkaitan dengan rancangan pemajuan seperti GIS dan EIS perlu disediakan dan dipertingkatkan sistemnya dari masa ke semasa untuk memberikan maklumat yang terkini kepada pelabur dan penduduk setempat berkaitan guna tanah kawasan yang ingin dibangunkan. Sistem aplikasi yang dibangunkan bagi memproses data dan maklumat di setiap jabatan perlu dikemaskini dari masa ke semasa untuk memudahkan maklumbalas diberikan dan mutu perkhidmatan kepada penduduk Jajahan Machang juga dapat ditingkatkan semasa ke semasa. iii.
Projek Pembangunan Berimpak Tinggi
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Majlis Daerah Machang, kekurangan projek pembangunan berimpak tinggi memberi kesan kepada unjuran pembangunan fizikal di Jajahan Machang. Bagi projek pembangunan yang memerlukan kelulusan Kebenaran Merancang daripada Majlis Daerah Machang, kebanyakkannya melibatkan projek berskala kecil dan sederhana sahaja. Ini menunjukkan kurangnya projek-projek pembangunan fizikal yang telah dilaksanakan di Jajahan Machang kebelakangan ini. Kebanyakan projek-projek pembangunan yang dipohon oleh Majlis Daerah Machang dipohon daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan. Kerjasama antara Majlis Daerah Machang, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah perlu bagi menyediakan peruntukan projek pembangunan secara bersama untuk pembangunan di Jajahan Machang.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-23
6.1.5
Cadangan Awal i.
Penambahan Pegawai Profesional dan Teknikal
Penambahan pegawai dan kakitangan adalah perlu bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk setempat. Setiap jabatan perlu memberikan penekanan khusus dalam memperkukuhkan keupayaan MDM untuk melaksanakan pentadbiran dan pengurusan lebih cekap dan berkesan. Memperkukuhkan peranan dan fungsi Jabatan Perancangan Pembangunan melalui peningkatan kecekapan sumber manusia dan kelengkapan pejabat dapat memberikan penduduk perkhidmatan lebih baik dan cepat terutamanya aspek khidmat nasihat perancangan dan permohonan pembangunan. ii.
Mewujudkan Sistem Maklumat Perancangan Yang Efisien
Sistem perancangan yang efisien di peringkat Majlis Daerah Machang memerlukan kepada sistem maklumat guna tanah yang terkini dengan penggunaan perisian berkaitan perancangan seperti GIS dan EIS. Dengan adanya maklumat ini, perancangan guna tanah di jajahan Machang akan lebih tersusun dan terancang. iii.
Peruntukan Projek Pembangunan
Peranan Majlis Daerah Machang antaranya mendapatkan peruntukan untuk projek-projek pembangunan terutamanya daripada Kerajaan Persekutuan. Cadangan projek-projek pembangunan di jajahan Machang yang dinyatakan di dalam Rancangan Tempatan Machang nanti perlulah menumpukan kepada projek yang dapat dilaksanakan dalam fasa pembangunan yang ditetapkan. Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri bersama PBT merupakan agensi pelaksana utama. Kerjasama, penyelarasan dan toleransi adalah penting semasa melaksanakan sesuatu projek. Satu pasukan penyelarasan projek (Task Force) perlu diwujudkan untuk memastikan projekprojek RT dilaksanakan dengan lebih efisien. Selain itu juga, penglibatan masyarakat digalakkan dalam proses perancangan dan pengurusan bandar terutamanya penyertaan mereka di dalam aktiviti seperti publisiti bagi mendapatkan maklumbalas mereka.
Pengurusan dan Pelaksanaan
6.1-24