JomPAY & Win (“Promosi”) Terma-terma & Syarat-syarat A.
Penganjur 1. Promosi ini dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 836743-D) ("MyClear") dan Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 11547-M) (“Syarikat”) (yang dirujuk sebagai "Penganjur").
B.
Tempoh Promosi 1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8). 2. Pihak Penganjur berhak membuat pindaan kepada Tempoh Promosi pada bila-bila masa. Pihak Penganjur juga berhak membatalkan, menamatkan atau menangguh Promosi atas apa-apa alasan sekalipun tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Pelanggan dan Peserta tidak akan diberikan sebarang pampasan atau bayaran oleh Penganjur untuk sebarang kerugian kesusahan yang dialami akibat daripada pembatalan, penamatan atau penangguhan tersebut.
C.
Kelayakan Peserta 1. Promosi ini terbuka kepada: a) Pelanggan Syarikat yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah (contoh: kad pengenalan atau pasport) layak untuk mengambil bahagian dalam Promosi ini (“Peserta”); dan b) Pelanggan Syarikat yang memiliki akaun yang sah dengan status pembayaran yang baik di mana-mana Institusi Kewangan dan membuat bayaran PENUH bagi ansuran bulanan mereka melalui JomPAY dalam Tempoh Promosi. 2. Pengarah, pegawai, kakitangan Pihak dan ahli keluarga mereka yang terdekat (suami/isteri, anak-anak, ibu-bapa, adik-beradik) tidak layak menyertai Promosi ini.
D.
Kriteria Kelayakan 1. Bayaran yang dilakukan oleh pelanggan melalui JomPAY mestilah bersamaan dengan jumlah PENUH ansuran bulanan bagi kenderaan tersebut untuk bulan tersebut dalam satu transaksi. Tiada had bayaran yang dilakukan sepanjang Tempoh Promosi. 2. Pembayaran melalui transaksi JomPAY mesti dilakukan dalam Tempoh Promosi dan mematuhi kelayakan dan kriteria kelayakan yang dinyatakan di sini, untuk dianggap sebagai Penyertaan Sah. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan dibatalkan. 3. Peserta yang mempunyai lebih dari satu akaun layak untuk membuat lebih dari satu penyertaan. Setiap pembayaran bagi setiap akaun layak dianggap sebagai satu Penyertaan Sah. 4. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta yang kelayakan dipersoalkan atau yang selainnya tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Promosi sekiranya terdapat Peserta yang melanggar terma dan syarat, mengganggu operasi Promosi, penipuan atau penyalahgunaan, atau melibatkan diri dalam apa-apa tingkah laku yang dianggap memudaratkan atau tidak adil kepada Penganjur atau mana-mana pihak yang lain (dalam setiap kes ditentukan pada budi bicara mutlak Penganjur adalah tertakluk kepada kehilangan kelayakan untuk kemasukan atau penyertaan dalam Promosi. 5. Peserta dianggap hilang kelayakan secara automatik sekiranya akaun peserta tidak aktif, tertunggak 2 bulan atau dimansuhkan semasa Tempoh Promosi.
E.
F.
Senarai Pendek dan Pengumuman Pemenang 1.
Peserta yang layak akan dipilih melalui pencaruman rawak berkomputer (“Peserta Terpilih”) daripada jumlah terkumpul penyertaan yang layak di penghujung Tempoh Promosi bagi bulan tersebut. Pencaruman rawak yang pertama bagi lima (5) Hadiah yang pertama akan dilakukan di penghujung March 2016 dalam Tempoh Promosi, diikuti dengan lima (5) Hadiah lagi di penghujung April 2016 selepas tamat Tempoh Promosi.
2.
Peserta Terpilih akan dihubungi oleh Syarikat untuk menjawab beberapa soalan sebelum diumumkan sebagai pemenang. Peserta Terpilih mesti menjawab semua soalan dengan tepat sebelum dipilih sebagai pemenang. Proses yang dinyatakan di sini tergunapakai untuk mengenalpasti kesemua sepuluh (10) pemenang.
3.
Sekiranya Peserta Terpilih tidak dapat dihubungi atau tidak dapat menjawab dengan tepat, Hadiah akan diunjurkan untuk Peserta Terpilih yang berikutnya seperti yang tertakluk di dalam terma dan syarat Promosi.
4.
Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah di sepanjang Tempoh Promosi, dengan tidak mengambilkira jumlah Penyertaan Sah yang diterima.
5.
Syarikat akan memaklumkan Pemenang dengan menghubungi mereka melalui telefon atau email yang diberikan kepada Syarikat, dalam tempoh satu (1) bulan selepas Tempoh Promosi tamat bagi bulan tersebut. Peserta yang diumumkan sebagai Pemenang pada bulan tersebut tidak layak untuk menjadi Pemenang pada bulan yang berikutnya.
6.
Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan sebarang suratmenyurat atau rayuan tidak akan dilayan. Penganjur berhak atas budi bicara mutlak untuk menolak sebarang penyertaan yang tidak sah, membatalkan, memansuhkan, mengubah dan menghentikan Promosi atau menukar Promosi dan Hadiah-hadiah tanpa sebarang notis.
7.
Senarai nama pemenang mungkin akan disiarkan dan diumumkan di laman web Penganjur. Hadiah
1. Hadiah bagi Promosi ini adalah seperti berikut: a. Lima (5) pemenang cabutan bertuah bagi bulan March 2016: iPad Mini 4 16GB b. Lima (5) pemenang cabutan bertuah bagi bulan April 2016: iPad Mini 4 16GB 2. Hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Tertakluk kepada peruntukan undang-undang, Penganjur dan ejen-ejen mereka tidak bertanggungjawab ke atas segala liabiliti yang timbul atau liabiliti akibat daripada sebarang penangguhan, pembatalan, kelewatan atau perubahan kepada butir-butir Hadiah atau timbul akibat dari sebarang keadaan yang tidak dijangkakan, di luar kawalan pihak Penganjur dan bagi sebarang perbuatan atau keingkaran mana-mana pihak ketiga pembekal atau vendor. Pemenang tidak dibenarkan untuk menukar Hadiah kepada wang tunai. 3. Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, Penganjur tidak menawarkan sebarang jaminan atau sebarang pernyataan berkaitan Promosi, Hadiah, samada secara nyata, tersirat atau statutori, termasuk dan tidak had kepada, kualiti dan kesesuaian Hadiah dan had penjagaan dan skil untuk perkhidmatan yang terdapat dalam Hadiah-hadiah. 4. Penganjur tidak akan menanggung sebarang liabiliti menggunakan Hadiah untuk sebarang sebab, termasuk perlanggaran terma yang ditetapkan. Pemenang yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam semua pihak Penganjur. 5. Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik.
sekiranya pemenang tidak dapat sebab-sebab yang timbul daripada telah menerima Hadiah, dianggap acara publisiti yang dianjurkan oleh
6. Penganjur berhak untuk menggantikan Hadiah dengan Hadiah lain yang sama nilainya tanpa notis terlebih dahulu. G.
Penebusan Hadiah 1. Para Pemenang perlu menebus Hadiah-hadiah dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh makluman melalui email atau panggilan telefon. Sekiranya pemenang tidak bersetuju atau gagal untuk menebus hadiah dalam tempoh yang ditetapkan, Penganjur berhak untuk menarik balik kelayakan para Pemenang dan membatalkan Hadiah-hadiah yang diberikan. Semua Hadiah yang tidak ditebus akan dibatalkan dan sebarang pertanyaan selepas tempoh tersebut tidak akan di layan. Tiada sebarang pampasan akan diberikan bagi Hadiahhadiah yang tidak ditebus. 2. Kecuali dimaklumkan secara jelas di dalam terma dan syarat yang tertera, Peserta tidak dibenarkan untuk meminta penukaran, penggantian atau pengubahsuaian kepada Hadiahhadiah yang disediakan. 3. Dalam situsai-situasi yang khusus dan atas budi bicara mutlak Penganjur, Pemenang mungkin dibenarkan untuk menamakan seorang wakil bagi tujuan penebusan Hadiah. Kebenaran bertulis dan kad pengenalan bagi Pemenang dan wakil adalah diperlukan. 4. Para Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menebus dan mengambil Hadiahhadiah yang diberikan di lokasi penebusan yang ditetapkan oleh Penganjur. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos pengangkutan berkait dengan pengambilan dan/atau penghantaran Hadiah-hadiah. Sebarang cukai, caj dan kos berkaitan ditanggung sepenuhnya oleh para Pemenang. 5. Para Pemenang perlu melengkapkan dan melepasi proses pengesahan oleh Penganjur ketika hadir untuk menebus Hadiah-hadiah yang diberikan. Hadiah-hadiah akan terbatal sekiranya para Pemenang gagal melengkapkan dan melepasi proses pengesahan atau sekiranya dokumen-dokumen yang diberikan berbeza dalam sebarang bentuk berbanding dengan maklumat yang diberikan oleh Syarikat. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengesahan adalah kad pengenalan asal yang sah dan/atau pasport. 6. Penganjur berhak untuk menarik balik kelayakan para Pemenang dan membatalkan Hadiahhadiah yang diberikan sekiranya dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan tidak lengkap atau gagal diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Para Pemengang mungkin perlu melengkapkan dan menandatangani perjanjian yang berkaitan dengan penebusan Hadiah jika diminta oleh Penganjur. 7. Sekiranya Pemenang memutuskan untuk tidak menerima Hadiah yang diberikan, situasi ini akan ditangani dengan budi bicara mutlak Penganjur berdasarkan peruntukan undangundang.
H.
Tanggungjawab dan Liabiliti 1. Pemenang akan menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan, kerugian atau tuntutan akibat daripada penyertaan di dalam Promosi, penebusan dan/atau penggunaan Hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang dialami, dalam sebarang situasi, oleh pihak ketiga atau Peserta, semasa dan selepas Promosi. 2. Dengan menyertai dan menerima Hadiah yang ditawarkan oleh Penganjur, Peserta dan pemenang dengan ini telah memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menerbitkan, memaparkan nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan gambar Peserta dan pemenang bagi tujuan pengiklanan dan publisiti yang berkaitan dengan Promosi, dalam apa-apa cara penerbitan, pengedaran atau paparan dari semasa ke semasa tanpa sebarang royalti atau pampasan yang perlu dibayar kepada Peserta dan pemenang dan tanpa
sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang atau peserta. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kegagalan teknikal dalam apa jua bentuk, gangguan manusia atau elektronik/kesilapan manusia di dalam pentadbiran dan pemprosesan Promosi. 3. Penganjur, promoter dan ejen-ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam sebarang perkara berikut: a. Apa-apa kos, perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh Peserta untuk mengambil bahagian dalam Promosi; b. Apa-apa bentuk gangguan teknikal; c. Campurtangan pihak yang tidak diiktiraf oleh Penganjur dalam Tempoh Promosi; d. Kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran Promosi dan pemprosesan penyertaan; e. Apa-apa kemasukan data yang hilang, dicuri, rosak, disalah hantar atau tidak diterima yang bukan disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja Penganjur. 4. Penganjur atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang digunakan oleh Penganjur untuk tujuan Promosi) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan Promosi, walaupun Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi sedemikian adalah dikecualikan. I.
Perlindungan Data 1. Dengan menyertai Promosi ini dan pendedahan maklumat peribadi kepada Penganjur, Peserta dan pemenang bersetuju Penganjur memproses maklumat peribadi Peserta dan Penganjur bersetuju untuk hanya menggunakannya bagi tujuan Promosi ini dan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta mengenai perlindungan data, dan penerangan kepada peserta bagi tujuan untuk menghubungi Penganjur. 2. Penganjur mungkin menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses data peribadi Peserta, dimana pihak ketiga tersebut dengan kontrak wajib haruslah tidak menggunakan data peribadi Peserta di dalam sebarang cara selain daripada apa yang dinyatakan di sini. 3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk: a. Hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan data peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi penganjur di alamat e-mel yang dinyatakan di bawah yang disediakan Penganjur dengan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan data peribadi tersebut; b. Hak untuk mendapatkan salinan data peribadi yang dimiliki oleh Penganjur; dan c. Hak untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat. 4. Sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktiviti berkenaan hak undang-undang bagi peserta, sila hubungi Penganjur di
[email protected] dan
[email protected]. 5. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemproses data dari pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan data peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang, waran geledah, sepina atau perintah mahkamah. 6. Penganjur mungkin akan memberikan sebahagian maklumat peribadi (nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan nombor kad pengenalan) kepada para pembekal perkhidmatan untuk tujuan pentadbiran Promosi dan menghubungi para pemenang. Para pembekal perkhidmatan adalah termasuk vendor yang menyelaras dan mentadbir Promosi.
J.
Hak Penganjur 1. Penganjur berhak untuk meminda, mengubah, atau memadam Terma dan Syarat yang terkandung di sini mengikut budi bicara mutlak mereka. 2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada kerugian kewangan mana-mana Peserta yang timbul daripada keengganan, pembatalan atau penarikan balik Promosi. 3. Penganjur boleh menyerahhak semua hak yang diberikan oleh Peserta dkepada mana-mana pihak di atas budi bicara Penganjur. 4. Penganjur berhak untuk melanjutkan, membatalkan, menamatkan atau menggantung Promosi bagi sebarang sebab sekalipun, tanpa notis terlebih dahulu. Pengembangan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Promosi ini oleh Penganjur tidak membolehkan Peserta menuntut sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Penganjur terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami atau ditanggung secara langsung dan tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. 5. Dengan menyertai Promosi, Peserta bersetuju Penganjur menggunakan, menyiarkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar Pemenang (jika ada) bagi tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua Saluran penerbitan, pengedaran atau paparan tanpa sebarang bayaran royalty atau pampasan kepada pemenang.
K.
Umum 1. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jompay.com.my atau menghubungi Syarikat melalui
[email protected] pada bila-bila masa semasa Tempoh Promosi. 2. Terma dan Syarat ini dipantau dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan dalam bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia. 3. Masa adalah intipati Promosi ini. 4. Terma-terma & syarat-syarat ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat percanggahan di antara kedua-dua versi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
[TAMAT]