CTU263
9/5/2013
1
PENGENALAN 2
KANDUNGAN
HASIL PEMBELAJARAN • Menghuraikan nilai dan etika komunikasi serta halangannya.
4. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5
Maruwiah Ahmat
CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 3
Komunikasi dalam Pengurusan Islam Definisi Komunikasi Fungsi Komunikasi Metod Komunikasi menurut Al-Quran Nilai dan Etika Komunikasi Halangan dalam Komunikasi
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 4
Allah Ta’ala berfirman: “Dan berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu,….” (Ali Imran ayat 159) Rasullullah SAW adalah komunikator yang hebat, setiap pesan yang baginda sampaikan pasti berkesan di hati para sahabat, bahkan di hati kaum kafir yang memusuhinya.
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 5
Dari firman Allah SWT tersebut, betapa besar kesannya komunikasi dalam hidup manusia sebagai mahluk sosial. Menurut pakar komunikasi, 70% dalam 24 jam, waktu manusia diisi dengan komunikasi. Begitu banyaknya waktu yang kita habiskan dalam komunikasi. Salah komunikasi atau misscommunication akan mengakibatkan salah tanggapan.
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 6
Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baiknya manusia adalah orang yang sangat baik dengan jiran tetangganya.” Banyak lagi hadis-hadis yang menyuruh kita untuk mencintai saudara kita sesama muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri. Semua ini membuktikan betapa kita harus mampu berkomunikasi dengan nilai-nilai Islam, hingga lidah kita tidak sampai menyakiti orang lain, bahkan sebaliknya setiap kata yang diucapkan dapat menyejukkan hati.
Maruwiah Ahmat
Allah SWT berfirman, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu sekalian dari seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu sekalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu sekalian di sisi Allah adalah yang paling takwa di antara kamu”. (Al Hujurat: 13)
1
CTU263
9/5/2013
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 7
8
Dari ayat ini, Allah SWT menyuruh kita untuk saling mengenal, mestipun berbeza suku, berbeza bangsa, berbeza budaya, berbeza warna kulit, sebagai manusia kita harus menjalin komunikasi yang baik. Selanjutnya Allah SWT juga menegaskan yang paling mulia di sisi Allah adalah manusia yang paling bertakwa kepada Allah SWT.
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 9
Allah SWT berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan yang maha penyayang itu adalah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Al-Furqan: 63) Rendah hati (tawaduk) dan mengucapkan kata-kata yang baik (qaulan salamah). Rendah hati adalah sifat yang sangat mulia, orang yang tawaduk akan tercermin dari sifat dan tingkah lakunya. Dalam pergaulan orang yang tawaduk pasti disenangi, bila berkata sewajarnya, kepada yang lebih tua kita menghormati, kepada yang lebih muda kita sayangi. Orang seperti ini bila ditakdirkan jadi pemimpin, ia akan tampil sebagai pemimpin yang amanah.
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 10
Aplikasi Komunikasi dalam Pengurusan Islam:
Bercakap benar
• Berbicara dengan bahasa yang lemah lembut (qawlan maysuran) • Menggunakan perkataan yang baik • Berhikmah/bijaksana • Menyesuaikan bahasa dan isi dengan tahap penerimaan akal pendengar • Berbahas dengan cara yang baik • Menyebut perkara penting berulang kali • Melaksanakan apa yang diperkatakan
Sabar
Amanah
Nilai Utama Dalam Komunikasi Islam 1. Benar Setiap amalan, perbuatan serta percakapan mestilah sentiasa benar dan tidak menyalahi tuntutan agama dan fitrah manusia. Siddiq atau benar dalam perkataan juga satu kewajipan agama yang perlu serta wajib dilaksanakan oleh setiap individu. Sikap benar dalam komunikasi juga membenarkan manusia sentiasa sanggup menerima teguran dan nasihat.
Maruwiah Ahmat
Jujur
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 11
Bijaksana
12
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api neraka. 2. Amanah Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tandatanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.
2
CTU263
9/5/2013
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 13
14
5. Sabar Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
3. Bijaksana Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara) (Al-Ahzab: 70). 4. Jujur Sabda Nabi SAW: Seseorang hamba tidak akan sempurna imannya sehingga meninggalkan dusta ketika bergurau (Riwayat Ahmad).
6. Bercakap dengan lemah lembut Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut.”
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 15
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 16
8. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal dan pandangan. Rasulullah SAW bersabda: “Berbicarakan kepada manusia menurut akal (kecerdasan) mereka masing-masing.”
7. Menggunakan perkataan yang baik-baik Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik..” Aku ada hal ni, mak ayah, lain kalilah aku pergi rumah nenek…!!!
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 17
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 18
9. Berbahas dengan cara yang lebih baik. Firman Allah SWT yang bermaksud: “… dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik….”
Aku dah kata, kau mesti bawak sebelum pukul 8. Ni kira dah mungkir janji. Kerja sempoi pun tak boleh buat. Aku tak nak terima lagi.
Maruwiah Ahmat
Bukan salah aku kalau jalan jem, kau ni dah melampau, langsung takde tolak ansur!!
10. Menggunakan bahasa yang betul dan mudah difahami. Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai penerima maklumat yang hendak disampaikannya. Dalam erti kata lain, penutur perlu tahu tahap penerima maklumat sama ada tahap sekolah, mahasiswa mahupun orang tua.
3
CTU263
9/5/2013
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 19
20
11. Menyebut perkara yang penting berulang kali. Ini bersandarkan kepada amalan Rasulullah SAW. Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata baginda mengulangi 3 kali sehingga kata-katanya difahami. 11. Mengotakan apa yang dikatakan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya?”
Sebelum kau tuduhtuduh aku baik kau siasat dulu, kau ingat aku takde henset!!
Aku tau kau yang curi henset aku!!
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 21
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 22
Empat Kemahiran Berkomunikasi
Bagaimana komunikasi dikaitkan dengan budaya? Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu dan kelompok. Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya objektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat resam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, kepercayaan dan nilai amalan.
Thinking (Fikir)
Nonverbal (Bukan percakapan)
Listening (Dengar)
Speaking (Tutur)
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 23
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 24
Budaya objektif
pengetahuan, kebiasaan
adat istiadat
kepercayaan,
Budaya adalah merangkumi aspek:
hukum,
Maruwiah Ahmat
seni,
moral,
4
CTU263
9/5/2013
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 25
26
Budaya subjektif
Fokus komunikasi ialah peranan dan pengaruh budaya ke atas komunikasi iaitu budaya menpengaruhi cara kita berkomunikasi. Budaya sama ada ialah perilaku atau sesuatu yang muncul semula jadi, dijaga dan diubah suai. Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa serta perilaku bukan verbal. Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat. Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi. Komunikasi terikat rapat dengan budaya. Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan berbeza. Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 27
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 28
Dang ada!
Bla … bla… bla…
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 29
Tumpuan komunikasi berkonteks tinggi adalah kandungan tersirat yang ingin disampaikan. Contohnya intonasi, isyarat badan dan persekitaran. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi berkonteks tinggi ialah Jepun, Malaysia dan Indonesia. Komunikasi berbudi bahasa diamalkan dalam kalangan orang Asia. Orang Melayu berbudi dan berbahasa adalah sangat penting. Ini ditujukkan menerusi kesan kepada cara komunikasi. Contohnya nilai bekerjasama umpamanya ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Nilai menjaga harmoni umpamanya ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 30
Budaya juga ditunjukkan menerusi komunikasi verbal dan bukan verbal. Contoh komunikasi verbal ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan status dan pertalian antara sumber dan penerima. Penggunan panggilan hormat seperti encik, pakcik, mak long dan sebagainya. Orang Asia lebih menjaga kedudukan hieraki, air muka orang lain dan teguran. Cakap kasar dan menyampuk adalah dilarang. Contoh komunikasi bukan verbal seperti penggunaan warna kuning oleh Sultan, pakaian kebangsaan dan sebagainya.
Maruwiah Ahmat
Dapur rumah wak tu kosong saja….
Laa…. Belilah perabot, wak…
5
CTU263
9/5/2013
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 31
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 32
Komunikasi berkonteks rendah diamalkan oleh masyarakat yang berbudaya konteks rendah. Ia fokus kepada apa yang dinyatakan secara lisan. Komunikasi adalah jelas, tepat dan terus terang. Mereka memaksudkan apa yang dikatkan dan menyatakan apa yang mereka maksudkan. Sekiranya tidak setuju dengan sesuatu, mereka akan menyatakan tidak. Contoh negara yang mengamalkan komunikasi konteks rendah ialah Amerika Syarikat, Australia dan German.
4.4 Nilai dan Etika Komunikasi 33
Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Budaya terdiri daripada sebahagian perilaku kita dan komunikasi akan menentukan, memelihara, mengembangkan dan mewariskan budaya kita. Culture is communication, communication is culture. Ini menunjukkan bahawa komunikasi adalah dua hala. Apabila budaya seseorang berbeza maka, sistem nilai yang dipegang akan turut berbeza.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 34
Cara komunikasi kita adalah bergantung kepada budaya kita iaitu bahasa yang digunakan, aturan serta norma. Contohnya, orang Amerika biasanya bertegur dengan orang yang tidak dikenali. Manakala, orang Malaysia hanya bertegur dengan orang yang dikenali sahaja. Perbezaan cara teguran mengambarkan budaya antara mereka berbeza.
Halangan sikap pengantar
Halangan bahasa
Halangan persekitaran
4.5 Halangan dalam Komunikasi
4.5 Halangan dalam Komunikasi 35
Halangan sikap penerima
36
Tidak dapat dinafikan, halangan dalam komunikasi tetap ada. Halangan-halangan inilah yang menyebabkan penerima maklumat tidak dapat menganalisis maklumat dengan baik dan pemberi maklumat tidak dapat menyampaikan dengan baik. Halangan komunikasi juga menyebabkan penerima tidak mendapat kesan dari hasil penyampainnya.
1. Halangan Sikap Pengantar Sikap pengantar adalah penting ketika berinteraksi atau berkomunikasi. Penghantar yang bersikap negatif akan menghalang kelancaran proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej. Bersikap Tidak ambil Andaian angkuh peduli Kawalan
Maruwiah Ahmat
Bebanan
Emosi
6
CTU263
9/5/2013
4.5 Halangan dalam Komunikasi 37
4.5 Halangan dalam Komunikasi 38
ANDAIAN Dalam setiap urusan, kita sukar untuk melepaskan diri daripada andaian. Manusia selalu menganggap mereka tahu tentang seseorang sehinggakan mereka cuba membuat keputusan bagi pihak orang lain. Semakin sedikit andaian yang dibuat, semakin sedikit kemungkinan berlakunya salah faham. Sebolehnya, cuba dapatkan kepastian daripada individu ataupun pihak yang berkenaan bagi memahami setiap perkara. Namun, ada kalanya seseorang itu lebih memilih untuk membuat andaian sendiri dan mempercayai andaiannya. Tindakan ini mungkin diambil apabila seseorang itu tidak bersedia untuk mengetahui kebenaran yang mungkin menyakitkan.
SIKAP ANGKUH Biasanya sikap angkuh ini dimiliki oleh orang atau pemimpin yang merasakan dirinya lebih tinggi berbanding orang lain. Orang yang memiliki sikap ini tidak memandang penting untuk mengambil tahu berkaitan orang lain. Mereka jarang mendapatkan pandangan orang lain terhadap diri mereka dan apa yang mereka lakukan. Sikap seperti ini perlu dikikis sekiranya kita ingin menjadi orang yang cemerlang dalam berkomunikasi dan juga kerja. Pandangan orang lain sangat penting bagi kita memperbaiki kelemahan diri, menambah baik idea yang ada dan merangka tindakan yang berkesan.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 39
4.5 Halangan dalam Komunikasi 40
TIDAK AMBIL PEDULI Sikap seperti tidak sepatutnya ada dalam berkomunikasi. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi dua hala. Maka, semua pihak yang terlibat dalam komunikasi tersebut perlu saling memahami. Apabila wujud persefahaman, fikiran, perasaan serta situasi setiap individu perlu diberi perhatian. Biasanya sikap tidak ambil peduli dimiliki oleh orang atau pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan apa yang ada di dalam fikirannya. Mereka tidak pedulikan orang lain melainkan perkara itu mendatangkan faedah kepada diri mereka sendiri. Sikap seperti ini juga perlu dikikis daripada diri kita.
Bila nak abis ni?
4.3 Metod Komunikasi Islam 41
4.3 Metod Komunikasi Islam 42
KAWALAN Kita tidak boleh menyembunyikan diri, tidak mahu orang tahu atau faham diri kita. Ini adalah konsep yang salah dalam perhubungan. Orang di sekeliling sukar untuk memahami kita. Hasilnya, komunikasi tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Malah perhubungan yang rapat juga sukar dibina. Orang yang berpegang kepada kawalan terhadap diri sendiri ini mempunyai egonya tinggi. Orang yang bijak menjadikan orang lain bergantung kepadanya, tetapi dia tidak bergantung kepada orang lain. Adalah bagus jika kita menganggap diri kita kurang penting berbanding orang lain. Ini menjadikan kita sentiasa bertindak matang dan suka melakukan kebaikan.
Maruwiah Ahmat
BEBANAN Halangan bebanan berlaku apabila seseorang yang telah pun mengetahui mengenai maklumat tersebut, diberitahu lagi mengenai perkara yang sama. Perkara ini akan membuatkan penerima maklumat berasa bosan kerana dia sudah tahu mengenai makumat yang disampaikan. Disebabkan itulah, penerima akan memberi perhatian kepada kerja lain kerana dia mendapat maklumat yang sama berulang kali dan tidak mendapat informasi yang baharu.
7
CTU263
9/5/2013
4.5 Halangan dalam Komunikasi
4.5 Halangan dalam Komunikasi 43
44
EMOSI Selain itu, sikap dan emosi seseorang individu mempengaruhi proses komunikasi. Seseorang yang murung dan bersifat negatif tidak dapat menyampaikan mesej yang baik kepada orang lain. Sebaliknya individu yang ceria dan cergas mampu memberi pengucapan yang baik dan mempengaruhi orang sekelilingnya untuk menjalani hidup dengan ceria, aktif dan bersikap positif.
2.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 45
Halangan Sikap Penerima penerima yang mempunyai sikap dan persepsi yang negatif terhadap penghantar dan mesej/maklumat yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan komunikasi.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 46
Status Status adalah tahap seseorang dalam sesuatu kumpulan. Status yang berbeza boleh menyebabkan komunikasi kurang berkesan kerana: • Pengurus berkuasa dan hanya memilih apa yang ia suka dengar. • Pengurus boleh mempengaruhi pekerja untuk menyatakan sesuatu yang ia suka dengar. • Penyalahgunaan maklumat oleh pengurus untuk mencapai cita-citanya. • Pengurus mungkin memikirkan maklumatnya jelas dan berkesan sedangkan hakikatnya adalah berbeza.
Kepakaran yang berbeza Penghantar dan penerima mesej yang mempunyai kepakaran yang berbeza mungkin menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan berkesan. Objektif yang berbeza Objektif yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej akan menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 47
Struktur Organisasi Semakin jauh jarak tahap jawatan antara penghantar dan penerima mesej, maka semakin susah untuk berkomunikasi dengan berkesan.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 48
3.
Halangan Bahasa penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar belakang, status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima mesej serta sebutan kurang jelas akan menjadi satu halangan komunikasi berkesan.
Pemesongan
Maruwiah Ahmat
Maklumat Tidak jelas
Semantik
PEMESONGAN Halangan pemesongan terjadi apabila bahasa yang digunakan oleh penyampai susah dan tidak difahami oleh penerima maklumat. Perkara ini merumitkan proses penerimaan maklumat dan kesan yang lebih buruk lagi, penerima tidak dapat memahami perkara yang disampaikan kepada mereka. Selain itu, penerima maklumat akan membuat penilaian terhadap penutur.
8
CTU263
9/5/2013
4.5 Halangan dalam Komunikasi
4.5 Halangan dalam Komunikasi 49
50
SEMANTIK Semantik ialah cara perkataan digunakan dan makna yang dimaksudkan. Kadang-kala semantik menimbulkan masalah dalam komunikasi. Ada satu perkataan tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya: Orang Semenanjung: Belon bermakna belon getah berisi udara Orang Sarawak: Belon bermakna kapal terbang. Kedah ‘gerek’ membawa maksud basikal namun di Sarawak ‘gerek’ membawa maksud teman lelaki atau teman wanita.
MAKLUMAT KURANG JELAS DAN TEPAT maklumat yang kurang jelas dan tidak tepat akan menjejaskan pemahaman serta mengelirukan penerima. Contohnya, dalam penghantaran mesej melalui sistem pesanan ringkas.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 51
4.5 Halangan dalam Komunikasi 52
4.
Halangan Persekitaran Komunikasi boleh terhalang sekiranya keadaan persekitaran tidak sesuai atau tidak tenang seperti bunyi bising, panas, jarak, keadaan fizikal yang tidak selesa atau selamat dan suasana yang tegang. Keadaan ini mampu mengganggu konsentrasi seorang pendengar. Keadaan yang sesak dan hingar bingar juga akan menjadikan penerima mesej hilang tumpuan. Selain itu, penerima mesej mungkin akan tersalah mentafsir mesej yang disampaikan kepada mereka kerana mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengucapan yang diberikan.
CARA-CARA MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI a. Pengaliran maklumat yang ditapis - Hanya maklumat yang terpenting perlu disampaikan. Maklumat yang tidak penting boleh diabaikan. b. Galakkan maklum balas - Pastikan setiap maklumat yang disampaikan dapat difahami. Maklum balas boleh didapati dalam bentuk lisan dan bukan lisan. c. Maklumat yang jelas dan mudah - Gunakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh pendengar. d. Mendengar secara aktif - Jadilah pendengar yang baik dengan memberi sepenuh perhatian e. Elakkan terlalu emosional - Dalam proses komunikasi elakkan dari terlalu sentimental. Lebih bersikap rasional. Gunakan bahasa badan atau isyarat.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 53
4.5 Halangan dalam Komunikasi 54
Ciri-ciri Komunikasi Berkesan Komunikasi yang berkesan merupakan komunikasi yang mencapai matlamatnya. Apabila tercapai matlamat maka selesailah tugas si penutur kepada si pendengar. Terdapat beberapa ciri yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah komunikasi boleh dianggap sebagai berkesan.
Maruwiah Ahmat
PERSONALITI Penutur perlulah mempunyai kemahiran berucap atau berpenampilan menarik untuk menarik perhatian pendengar. Kelebihan ini akan membuatkan pendengar mahu menerima apa yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut. Dengan ini, kerja penutur untuk menarik para pendengar akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, seorang penceramah motivasi pelajar sekolah perlulah mempunyai perwatakan yang santai dan pandai memancing perhatian pelajar sekolah. Penceramah motivasi tersebut tentunya mendapat sambutan jika dia berjaya menambat hati para pelajar
9
CTU263
9/5/2013
4.5 Halangan dalam Komunikasi 55
4.5 Halangan dalam Komunikasi 56
BAHASA BADAN Bahasa badan penutur mampu mempengaruhi sesebuah komunikasi kerana dengan menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan yang sederhana, seorang penutur akan kelihatan lebih berkeyakinan ketika berucap. Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi, seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik. Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang penting.
MENDENGAR DENGAN AKTIF Penerima maklumat hendaklah mendengar dengan teliti dan menjadi pendegar yang aktif. Jika seseorang individu menjadi pendengar yang teliti, dia akan memahami apa yang disampaikan oleh penutur. Dengan ini dia akan menjadi pendengar yang aktif dan boleh melontarkan soalan mahupun pandangannya terhadap topik yang dikemukakan oleh penutur. Dengan mendengar dengan aktif, penerima maklumat dapat mencerna informasi dengan betul dan tiada salah tafsiran berlaku. Tindak balas positif akan berlaku jika penerima mesej faham isi kandungan mesej dan memberi komen yang baik. Namun tindak balas negatif akan berlaku jika pendengar buat tidak endah dengan penyampaian isi maklumat.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 57
4.5 Halangan dalam Komunikasi 58
BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai penerima maklumat yang hendak disampaikannya. Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut umur, para penerima maklumat dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh penutur. Dengan ini, komunikasi yang berkesan akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara pengirim dan penerima mesej.
KEJELASAN MAKLUMAT Penutur haruslah menerangkan maklumat dengan jelas supaya penerima maklumat dapat mencerna maklumat dengan baik. Dengan ini, matlamat penutur akan tercapai untuk menyampaikan maklumat kepada penerima. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan mampu memberi pengaruh kepada penerima maklumat tersebut. Salah satu fungsi komunikasi adalah mengubah tingkah laku penerima menerusi perubahan sikap, nilai dan cara berfikir.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 59
Apa yang kamu buat ni, Sukumaru?
Ajar kucing ini memahami bahasa kita.
4.5 Halangan dalam Komunikasi 60
PANDUAN UNTUK BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN a. Menjelaskan idea sebelum berkomunikasi. Analisa masalah dan perjelaskan dalam fikiran anda sebelum menghantar maklumat. Rancanglah maklumat yang hendak dihantar. Perancangan yang yang baik ialah dengan mengambil kira objektif dan sikap penerima. b. Periksa tujuan sebenar komunikasi Sebelum anda menghantar maklumat, tanyalah diri anda apa sebenarnya yang anda hendak sampaikan. Putuskan samaada ingin mendapat maklumat, membuat keputusan, mendesak orang lain untuk mengambil tindakan.
Maruwiah Ahmat
c. Pilih tempat yang sesuai untuk berkomunikasi Pastikan tempat itu selesa dan jauh daripada ganguan orang lain. d. Minta pendapat orang lain Ada masanya orang yang lain dapat memberi cadangan yang mana anda sendiri tidak terfikir. e. Berhati-hati tentang bahasa badan Nada suara, memek muka, sahsiah anda serta keadaan sekeliling boleh mempengaruhi pendengar.
10
CTU263
9/5/2013
4.5 Halangan dalam Komunikasi 61
f. Bantu pendengar tersebut Apabila berkomunikasi, ambil kira tentang minat dan keperluan pendengar. Dengan ini maklumat yang disampaikan akan menjadi lebih jelas. Komunikasi yang bekesan boleh berlaku jika pengucap berusaha untuk melihat sesuatu maklumat itu dari segi pandangan pendengar. g. Dapatkan maklum balas tentang maklumat yang disampaikan Ini bertujuan untuk mengetahui samaada maklumat boleh difahami atau tidak. Pastikan apa yang anda tuturkan dipraktikkan.
Maruwiah Ahmat
11