Majalah Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (Bahasa Malaysia)
ISU Okt - Dis 2015 PP 18297/10/2013 (033646)
03
15
18
Meraih Kontrak Fabrikasi Bernilai RM527 Juta
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Melawat MMHE
Memberi Penghormatan Kepada Kakitangan Setia
Gambar oleh Hj Mohamad Yunos Abdul Ghani
Menghargai Nilai Diversiti & Perbezaan
KANDUNGAN KORPORAT
Wawancara MD & CEO dalam ‘Breakfast Grille’, BFM 89.9
08
01 EDITORIAL
SOROTAN PERNIAGAAN
02
Unit Perniagaan Baik Pulih Marin Menyiapkan 77 Projek pada 2015
09 MHB Mempamerkan Perkhidmatan & Keupayaan di ADIPEC
Pencapaian Perniagaan dan Operasi 2015
Kemajuan Positif Projek Bergading
03
Insight: Mohd Saad Yahaya, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, OBU
Meraih Kontrak Fabrikasi Bernilai RM527 Juta
04 Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman dengan Kementerian Belia dan Sukan
05 MHB Berada di Kedudukan ke-25 dalam Senarai 100 Syarikat Tersenarai Awam Terbaik 2015 MSWG MMHE menandatangani Perjanjian Bersama 2015 - 2017 dengan Kesatuan
06 Penutupan Kontrak bagi Projek F14 Pemotongan Keluli Pertama bagi CPP Baronia
07
10 Insight: Mohd Shakimy Mat Aris, Pengurus Besar, Pembelajaran & Pembangunan, HR
SEKITAR LIMBUNGAN
15 Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Melawat MMHE Menerima kunjungan Thierry Pilenko dari Technip
SOROTAN KOMUNITI
16 Menyokong Minggu Alam Sekitar DOE 2015 Kem Kelestarian untuk Remaja Tempatan
17
11-13 IEM Jurutera menampilkan MMHE sebagai Cerita Muka Depan November 2015
KESIHATAN, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN
14
Sorotan 3 tahun Projek CSR dengan orang Asal
18 Memberi Penghormatan Kepada Kakitangan Setia
19 Merangkul Diversiti, Meraih Perbezaan di PMU
‘Vendor & Subcontractors Engagement Day 2015’
GAYA HIDUP
Pencapaian Pertama EHS bagi FSO Bergading
20
Istana Kedah memberi penghormatan kepada Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif MHB
Menghargai Nilai Diversiti & Perbezaan oleh penerima Anugerah Khas MHB 2014, Bahar Onan Pasukan MHB meraih tempat ketiga dalam MISC Fitness Team Challenge 2015
MHB disahkan sebagai konstituen FTSE4Good
Perhubungan Korporat
Rekabentuk kreatif oleh:
Dicetak oleh:
Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad Aras 31, Menara Dayabumi Jalan Sultan Hishamuddin 50050 Kuala Lumpur, Malaysia www.mhb.com.my
Nova Fusion Sdn Bhd Aras 3, Unit 1-3, Cheras Plaza, 11, Jalan Manis 1, Taman Segar, 56100 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. T: +603 9131 8099 F: +603 9131 6099
Akitiara Corporation Sdn Bhd 1 & 3, Jalan TPP 1/3, Taman Industri Puchong, Batu 12, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
KORPORAT
Editorial
Rakan sekerja, Tinjauan bagi tahun 2016 adalah berdasarkan kemerosotan harga minyak yang berlarutan (sub-US40 setong) dan kelembapan industri yang berpanjangan dari tahun 2015 yang terus memberi kesan kepada pasaran global dan ekonomi. Dijangkakan bahawa pendapatan dan sentimen akan mencapai ke tahap yang paling rendah dan menjadi lebih buruk sebelum harga melonjak semula dan menjadi lebih baik dalam tempoh terdekat ini.
01
Dalam menghadapi senario tersebut, strategi diversifikasi dan tumpuan pada sektor hiliran MHB adalah pertimbangan perniagaan yang baik dan ini akan berterusan apabila kita menceburi projek-projek pembinaan di darat pada tahun ini. Kita mencari peluang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang mempunyai pengalaman luas dan seterusnya bakal meningkatkan kewibawaan kita sendiri. Pada tahun lepas, kita telah mengumumkan penganugerahan projek yang pada keseluruhannya bernilai lebih daripada RM900 juta. Walaupun keadaan ini lebih baik daripada kebanyakan pesaing kita, ia merupakan usaha konservatif untuk mengejar tempahan kerja yang agak berkurangan. Melihat secara optimis, MBU terus menguasai banyak penyerahan projek – mencapai sasaran yang ditetapkan dan mengatasi pesaing di rantau ini. 2016 akan menjadi lebih sukar untuk MBU tetapi mereka telah bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.
Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil Pengarah Urusan & Ketua Pengawai Eksekutif
MHB NewsWave
Isu NewsWave kali ini mengetengahkan nilai dan pengayaan diversiti dan perbezaan dalam barisan tenaga kerja, projek-projek serta fokus perniagaan. MHB berusaha untuk mencapai budaya berprestasi tinggi di mana kita boleh mengharapkan kecemerlangan profesional antara satu sama lain. Kita mahu memberikan nilai yang tinggi kepada pelanggan untuk kali pertama dan setiap kali berurusan. Di setiap peringkat, etika kerja, integriti dan pematuhan kita terhadap QSHE seharusnya memastikan tiada lost time injury, pembaziran sifar, ketirisan sifar dan tiada kerugian berlaku. Saya yakin kita akan bertahan dan berjaya sekiranya kita dapat mengatasi kekurangan tersebut.
SOROTAN PERNIAGAAN
Pencapaian Perniagaan dan
Operasi 2015 12 JAN
5 MEI
Menyiapkan Pengubahsuaian MAMPU 1 lebih awal daripada jadual
MHB telah dianugerahkan kontrak en bloc oleh sebuah syarikat Korea Selatan, Pan Ocean untuk kerja-kerja limbungan kering dan membaik pulih enam (6) buah kapal pengangkut “VLOC” sepanjang tahun 2015.
MHB berjaya menyiapkan projek pengubahsuaian keempat bagi tahun 2015 dengan penyerahan MAMPU 1 lebih awal dari yang dijadualkan. Projek ini turut merekodkan 320,000 jam kerja tanpa lost ‘lost time injury’ (LTI).
10 FEB Kapal Pengangkut Terbesar Dunia Berlabuh di MMHE West MMHE berjaya menyelesaikan kerja-kerja baik pulih sebuah kapal pengangkut bijih terbesar di dunia, Sea Beijing, semasa kapal tersebut berlabuh buat pertama kali di MMHE West.
16 FEB
Kapal kargo diubah suai kepada kepada konsep pangkalan laut pertama di Asia Tenggara MHB dan MISC telah menganjurkan majlis penyerahan dan penamaan pangkalan laut mudah alih, ‘Tun Azizan’. Kapal ini dinamakan bersempena nama bekas Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi PETRONAS (1988 – 2004). Kontrak MHB termasuklah dari segi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPIC).
6 MEI
02
10 OGOS
Baik Pulih Marin Mengikat Kontrak dengan Pan Ocean
Perasmian Pusat Kecemerlangan MMHE MHB melancarkan kemudahan latihan berintegrasi baru miliknya di Pasir Gudang Johor. Dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan (COE) MMHE, kemudahan yang pertama seumpamanya ini menyediakan latihan dan pembangunan keupayaan dalam suasana yang selamat dengan programprogram teknikal secara amali.
MBU Meraih Kontrak 2 Tahun & Komitmen untuk Kerja-kerja ‘Docking’ di masa hadapan MHB mencapai satu kejayaan apabila menandatangani kontrak en bloc pertama dengan sebuah syarikat perkapalan Kanada, Expedo Ship Management Company (Canada) Ltd. Syarikat turut mendapat komitmen bagi kerja-kerja ‘docking’ sepanjang tahun 2019-2020 dan peluang untuk menembusi sebuah pasaran sukar di wilayah Amerika Utara.
1 SEPT
Pelayaran Topside CPP SK316 Platform Pemprosesan Berpusat (CPP) SK316 mula berlayar daripada MMHE East, disaksikan oleh pasukan projek SK316, para pelanggan serta subkontraktor. Topside CPP seberat 13,696 tan metrik ini telah merekodkan 8,359,290 jam kerja tanpa ‘lost time injury’ (LTI).
7 SEPT MMHE & EPIC menandatangani MOU untuk kerjasama projek limbungan kering & fabrikasi MHB melalui subsidiarinya MMHE, menandatangani sebuah perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corp Bhd (EPIC) untuk bekerjasama dalam kerjakerja fabrikasi khusus.
11 SEPT
25 MEI 9 MAC ‘Load out’ Jaket WHP bagi Projek SK316 MHB menyelesaikan proses ‘Load out’ cerucuk dan jaket platform wellhead (WHP) SK316 untuk pembinaan dua buah lapangan gas di Blok SK316, terletak kira-kira 180km utara Bintulu, Sarawak pada kedalaman 104 meter.
MHB NewsWave
30 APR
Nautica Tembikai yang telah diubahsuai mula berlayar sebagai sebuah FOIS MHB menganjurkan majlis pelayaran untuk kapal pemasangan luar pesisir terapung atau Floating Offshore Installation Ship (FOIS) Nautica Tembikai di MMHE West, Pasir Gudang, Johor. Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
MHB Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 26 Mesyuarat Agung Tahunan ke 26 MHB telah diadakan di One World Hotel, Bandar Utama. Hampir 400 pemegang saham dan proksi hadir ke mesyuarat ini di mana para pemegang saham meninjau prestasi tahunan Kumpulan selain mencabut undi serta meluluskan resolusi.
15 JUN MHB Mengikat Kontrak Bernilai RM324 Juta MHB berjaya mengikat kontrak bernilai RM324 juta yang melibatkan kerjakerja fabrikasi komponen struktur luar pesisir; ‘hook up’ dan pentauliahan serta kerja-kerja pembinaan topside yang berkaitan dengan projek membaik pulih kemudahan dan kerja-kerja baik pulih marin dan pengubahsuaian.
16 JUN Kontrak En Bloc tempatan selama 2 tahun untuk MBU Limbungan fabrikasi dan baik pulih marin nasional mengikat kontrak en bloc selama 2 tahun bagi 4 buah kapal dengan sebuah syarikat perkapalan tempatan, Chong Fui Shipping & Forwarding Sdn Bhd sepanjang 2015 – 2016.
Kemajuan Besar Dicapai bagi Projek Air Dalam Malikai Usaha Sama Technip-MMHE (TMJV), bersama-sama PETRONAS dan Shell telah berjaya mengintegrasikan topside platform laut dalam Malikai pada bahagian badan kapal di MMHE West, Pasir Gudang. Teknik ‘superlift’ ini dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan dengan selamat dan merupakan proses jek dan ‘skidding’ pada skala terbesar di dunia. Kemajuan ini juga satu pencapaian besar bagi ‘Tension Leg Platform’ (TLP) pertama syarikat yang direka dan difabrikasikan di Malaysia.
22 DIS MHB Mengikat Kontrak Fabrikasi F12 Bernilai RM527 Juta Subsidiari MHB, MMHE berjaya mengikat kontrak bernilai RM527 juta bagi kerjakerja fabrikasi struktur luar pesisir dan kerja-kerja struktur, perpaipan dan elektro-mekanikal bagi projek Pembangunan Integrasi Petrokimia (RAPID).
Bernilai RM527 Juta Pada penghujung 2015, MHB telah mengumumkan subsidiari milik penuhnya, MMHE, telah berjaya meraih kontrak bernilai RM527 juta (berdasarkan nilai tukaran wang asing RM4.30/USD) bagi kerjakerja fabrikasi struktur luar pesisir dan kerja-kerja elektro-mekanikal, perpaipan dan penstrukturan Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID).
“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk terus mendapatkan tempahan kerja. Dengan adanya kontrak-kontrak baru ini, MHB telah berjaya mendapatkan keseluruhan projek yang bernilai sekitar RM975 juta sepanjang tahun 2015. Kami akan sentiasa mencari projek-projek di darat dan di luar pesisir termasuk kerja-kerja baik pulin marin di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.”
Kontrak pertama terdiri daripada Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) bahagian topside dan jaket WHP, sambungan sistem telekomunikasi dan instrumentasi bagi platform F12 baru dan pengubahsuaian sambungan sistem telekomunikasi dan instrumentasi bagi platform sedia ada. Fasiliti F12 terletak di lapangan gas Kumang Cluster, 180km arah barat laut Bintulu, Sarawak pada kedalaman air berukuran 101m. Projek yang diberikan oleh PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. ini dijadualkan untuk siap dalam masa 12 bulan selepas menandatangani Surat Tawaran Projek.
SOROTAN PERNIAGAAN
Meraih Kontrak Fabrikasi
Pada bulan Ogos yang lepas, MHB telah berjaya mendapatkan dua kontrak bagi projek RAPID dari Toyo Engineering Corporation. Kontrak pertama melibatkan fabrikasi perpaipan berpusat bagi kompleks perengkah stim (Steam Cracker) Pakej-5. Kerja-kerja fabrikasi utama dijangka berakhir pada Disember 2016 dan siap sepenuhnya pada April 2017. Kontrak kedua adalah bagi kerja-kerja perpaipan dan struktur keluli untuk kompleks perengkah stim di kawasan loji penapis gas (RoG). Kontrak keempat pula adalah di mana MHB bersama konsortium dari China Huanqiu Contracting & Engineering Corporation (HQC), telah diberikan kerja-kerja elektro-mekanikal bagi Pakej-3 RAPID. Projek ini melibatkan rak paip, menara gas, mekanikal, perpaipan elektrikal & instrumen dan insulasi. Kontrak tersebut diberikan oleh Technicas Reunidas dan dijangka bermula pada Januari 2016 dan selesai pada Julai 2017. MHB turut diberikan satu lagi kerja-kerja subkontrak RAPID oleh Punj Lloyd Sdn Bhd bagi Pakej-22 RAPID. Bidang tugasan melibatkan pra-fabrikasi, fabrikasi, mengecat, “rolling” dan melakukan pembagasan pada struktur plat. Kontrak ini dijangka bermula pada Disember 2015 dan selesai pada Disember 2016.
03
MHB NewsWave
Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif MHB
SOROTAN PERNIAGAAN
Majlis Tandatangan
Memorandum Persefahaman dengan Kementerian Belia dan Sukan Pada 22 Oktober 2015, MMHE telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bertempat di ibu pejabat Kementerian di Putrajaya. Penandatangan bagi pihak Kementerian Dato’ Harun bin Che Su Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) dan Tuan Haji Zainuddin bin Yahaya, Pengarah Pembangunan Kemahiran Belia. MMHE diwakili oleh Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil.
04
Dalam ucapannya, YB En Khairy berkata, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian kerana merealisasikan hubungan strategik ini dengan MMHE – sebuah peneraju dalam industri minyak dan gas Malaysia. Kerjasama ini menjangkaui tanggungjawab sosial kerana ia merupakan situasi menang menang bagi industri dan perkembangan belia di Malaysia.”
MHB NewsWave
Dato’ Haji Abu Fitri mengulas: “MMHE sentiasa memberi penekanan terhadap inovasi dan transformasi untuk kekal dan berjaya dalam industri global yang sangat kompetitif ini. Rakyat Malaysia adalah penjana pertumbuhan kami dan para belia kita merupakan bakal pemimpin dan tenaga kerja di MMHE. Oleh itu kita harus membuat pelaburan dalam membangunkan dan mengoptimumkan bakat serta kemahiran mereka.”
Dato’ Haji Abu Fitri (dua dari kanan) dan Dato’ Harun (tiga dari kiri) diapit oleh pegawai-pegawai Kementerian dan MMHE
Encik Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Sukan dan Belia ri Mente , luddin Jama Khairy
Melalui MoU ini, Kementerian akan mengenal pasti dan menyediakan bakat untuk dilatih di Pusat Kecemerlangan MMHE sementara MMH E akan memenuhi peranan, aspirasi strate gik serta tanggungjawabnya dalam membang unkan tenaga kerja teknikal negara.
MHB telah disenaraikan di kedudukan ke-25 dalam 100 Syarikat Tersenarai Awam Terbaik 2015 Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG). Lebih dari 850 buah syarikat tersenarai awam Malaysia telah dinilai berdasarkan pendedahan yang dibuat menggunakan Kaedah Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN. Pencapaian ini merupakan sesuatu yang signifikan bagi MHB kerana berjaya dinilai pada kedudukan tertinggi di kalangan syarikat-syarikat tersenarai awam PETRONAS.
MSWG telah ditubuhkan sebagai satu inisiatif kerajaan pada tahun 2000 dan sebahagian daripada rangka kerja pasaran modal yang lebih luas untuk melindungi kepentingan pemegang saham minoriti melalui aktivisme pemegang saham. Ia merupakan satu ruang dalam disiplin pasaran yang menggalakkan tadbir urus yang baik di kalangan syarikat tersenarai awam dengan objektif untuk meningkatkan nilai pemegang saham secara progresif.
SOROTAN PERNIAGAAN
MHB Berada di Kedudukan ke-25 dalam Senarai 100 Syarikat Tersenarai Awam Terbaik 2015 MSWG
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web MSWG: www.mswg.org.my
MMHE menandatangani Perjanjian Bersama 2015 - 2017 dengan Kesatuan
En Ausmal Kardin, Pengurus Besar Kanan, Hal Ehwal Undang-undang & Kesetiausahaan Korporat mewakili Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif sebagai penandatangan bagi pihak MMHE sementara En Wan Kamarulbaharin Wan Farid, Pengurus Besar, Operasi Pusat Sumber Manusia menurunkan tanda tangan sebagai saksi. Kesatuan MMHE diwakili oleh presidennya En Amzah Moiden Kutty dan setiausaha Kesatuan Pn Sabiha Suhairon menurunkan tanda tangan sebagai saksi. Dalam sebuah rakaman ucapan, Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil, berkata pihak Syarikat mengharapkan komitmen, disiplin dan kejujuran daripada seluruh kakitangan demi mencapai aspirasi Syarikat. En Amzah Moiden Kutty pula berkata pihak Kesatuan MMHE akan memberikan komitmen penuh untuk sama-sama berusaha mencapai matlamat Syarikat.
Dari kiri: En Wan Kamarulbaharin Wan Farid (Pengurus Besar, Operasi Pusat, Bahagian Sumber Manusia), En Ausmal Kardin (Pengurus Besar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang & Kesetiausahaan Korporat), En Amzah Moiden Kutty (Presiden, Kesatuan MMHE) dan Pn Sabiha Suhairon (Setiausaha, Kesatuan MMHE)
MHB NewsWave
Pada Disember 2015, MMHE telah menandatangani satu Perjanjian Bersama bagi tahun 2015 – 2017 dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja MMHE Sdn Bhd. Majlis tanda tangan ini telah diadakan di Heritage Corner, Pusat Kecemerlangan MMHE. Selain pihak pengurusan MMHE dan ahli-ahli jawatankuasa kesatuan, majlis ini telah disaksikan oleh En Sallehuddin Bin Jaffri, Pengarah Perhubungan Industri Johor, En Kamarolzaman bin Haji Muhid, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Johor, Tuan Haji Manan Bin Haji Salam, Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor dan wakil-wakil kesatuan dari pelbagai syarikat di Pasir Gudang.
05
SOROTAN PERNIAGAAN
Penutupan
Kontrak bagi Projek F14 Dari kiri: Mr Zhou Daixue (Pengurus Projek F14) dan En Amran Hashim (Pengurus Besar, Pembinaan, PSU) menurunkan tanda tangan bagi pihak syarikat masingmasing
Tahniah kerana menjalankan tuga s dengan cemerlang!
06
Satu majlis menandatangani penutupan kontrak projek F14 telah diadakan pada 9 November 2015 di MMHE West. Majlis tersebut dihadiri oleh Mr Zhaou Daixue (Pengurus Projek F14) dan En Affendy Ahmad Suut (CSR Fabrication) dari Sarawak Shell Berhad. MMHE pula diwakili oleh En Amran Hashim, Pengurus Besar Pembinaan PSU, En Othman Putit, Pengurus Besar Pasukan Pengurusan Projek dan En Azmi Abu Kassim, Pengurus Projek, Kumpulan Operasi Projek OBU. En Amran Hashim telah menurunkan tanda tangan bagi pihak MMHE dan Mr Zhou Daixue menurunkan tanda tangan bagi pihak Shell. Mr Zhou Daixue telah melahirkan penghargaannya terhadap pasukan projek atas sumbangan mereka dalam memastikan proses penghantaran F14 ke luar pesisir berjalan lancar. Beliau turut menambah bahawa MMHE mempunyai semua kemudahan untuk mencontohi kejayaan projek F14 di masa hadapan. En Affendy Ahmad Suut pula berkongsi pandangan tentang proses yang telus dalam menyelesaikan masalah antara pasukan projek F14 dan menasihatkan agar amalan yang baik tersebut dapat dikekalkan.
Pemotongan keluli pertama bagi CPP Baronia Majlis pemotongan keluli pertama bagi jaket, cerucuk dan jambatan CPP-B Baronia telah diadakan pada 27 Oktober 2015 di bengkel pemotongan & pemasangan MMHE West. Projek jaket, cerucuk dan jambatan CPP-B Baronia ini diberikan kepada MMHE pada 10 April 2015. Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah wakil-wakil pihak pengurusan dari PETRONAS Carigali, Hyundai Heavy Industries (HHI) dan Shell. MMHE diwakili oleh En Othman Putit, Pengurus Besar Pengurusan Projek, Unit Perniagaan Luar Pesisir, En Azmi Abu Kassim, Pengurus Projek Baronia dan pasukan projek MMHE.
MHB NewsWave
“
Dengan kerjasama yang utuh dari semua pihak, projek BNCPP-B akan berjaya disiapkan, mengikut masa dan dengan kualiti yang ditetapkan.
En Othman Putit Pengurus Besar Pengurusan Projek, Unit Perniagaan Luar Pesisir
”
Pemotongan keluli pertama merupakan simbol permulaan projek Baronia
Sorotan Projek Pemilik : Pelanggan : Lokasi Pemasangan : Jumlah Tan : Jaket CPP : Cerucuk CPP : Jambatan : Pelayaran : Pengurus Projek :
PETRONAS Hyundai Heavy Industries (HHI) Lapangan Baronia, Luar Pesisir Sarawak di Baram Delta, 47KM barat laut bandar Miri pada kedalaman kira-kira 76 meter 10, 735.50 tan metrik 8 kaki (7749 tan metrik) 8 skirt menegak (2483 tan metrik) 90 meter tinggi (503.5 tan metrik) 10 Februari 2017 En Azmi Abu Kassim
Bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Sultan Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 17 Januari 2016, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif MHB Tuan Haji Abu Fitri Abdul Jalil telah dianugerahkan Anugerah Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’.
SOROTAN PERNIAGAAN
Istana Kedah memberi penghormatan kepada Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif MHB
Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar dimana menyaksikan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif limbungan nasional bagi perkhidmatan fabrikasi dan kejuruteraan berat menerima anugerah DKSK – disamping penjawat awam, tentera, pemimpin masyarakat dan ketua-ketua industri yang lain.
MHB disahkan sebagai
konstituen FTSE4Good Bursa Malaysia telah mengumumkan bahawa MHB telah berjaya mencapai piawaian global untuk disenaraikan di dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia berkuat kuasa pada 21 Disember 2015. Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia diwujudkan untuk mengukur prestasi syarikat-syarikat tersenarai awam yang menunjukkan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang baik. MHB merupakan salah satu daripada 34 buah syarikat tersenarai awam di Malaysia (daripada 200 syarikat dipilih untuk diaudit) yang disahkan sebagai konstituen FTSE4Good. Barisan konstituen ini turut termasuk semua subsidiari tersenarai awam PETRONAS. Pencapaian ini adalah sesuatu yang penting bagi MHB kerana Syarikat telah berjaya melepasi tanda aras yang sangat tinggi dari segi kemampanan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan FTSE4Good. Tahniah kepada semua unit perniagaan dan perkhidmatan MHB yang telah sama-sama menyumbang ke arah amalan ESG yang baik.
07 Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www. bursamalaysia.com/market/ sustainability/ftse4good-bursamalaysia-index/overview
Wawancara MD & CEO dalam
‘Breakfast Grille’, BFM 89.9
'The Breakfast Grille' Dato’ Haji Abu Fitri berkongsi pandangan beliau tentang industri minyak & gas
MHB NewsWave
Pada 18 November 2015, Stesen Radio Perniagaan terkemuka di Malaysia (BFM89.9) telah mengadakan wawancara bersama Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, MHB iaitu Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil dalam rancangan bual bicara pagi, ‘The Breakfast Grille’. Dato’ Haji Abu Fitri berkongsi pandangan beliau tentang industri minyak & gas dan membicarakan tentang Syarikat semasa wawancara selama 30 minit ini yang dikendalikan oleh En Ibrahim Sani. Dengarkan siaran podcast wawancara ‘The Breakfast Grille’ dengan Dato’ Haji Abu Fitri di laman web BFM: http://www.bfm.my/bg-abufitriabduljalil-mmhe-makingmalaysia-hyper-on-energy.html
SOROTAN PERNIAGAAN
Unit Perniagaan Baik Pulih Marin Menyiapkan 77 Projek pada 2015 Setelah hampir empat dekad dalam industri, Unit Perniagaan Baik Pulih Marin (MBU) MMHE kini menerajui pelaksanaan projek mengikut masa dan kos yang ditetapkan dan mendukung kecemerlangan dalam kepuasan pelanggan. MBU berjaya menggabungkan pengalaman teknikal dengan perhubungan pelanggan yang baik setelah membaik pulih lebih daripada 3,739 buah kapal dan pelantar bagi pelanggan tempatan dan antarabangsa. Pada 2015, MBU meraih dan menyiapkan 77 projek untuk kesemua pelanggan antarabangsa. Antara projek-projek utama yang dilaksanakan adalah: No. Projek
08
Skop kerja
Pelanggan
Jenis
Tarikh Siap
1
Siri 4 Laut Limbungan kering dan (Beijing, baik pulih Qingdao, Espirito Santo, Tubarao)
Pan Ocean
Very Large Ore Carrier (VLOC)
Februari, Mac, September, Oktober 2015
2
Pangkalan Laut Tun Azizan
Pengubahsuaian daripada kapal kontena kepada Pangkalan Laut Mudah Alih
MISC
Pangkalan Laut Mudah Alih
April 2015
3
EP7
Pertukaran daripada MODU kepada MOPU
CEPSA
Unit Pengeluaran Luar Mei 2015 Pesisir Mudah Alih (MOPU)
4
3 Kapal Kelas (Intan Delima, Nilam)
Repair Life Extension
MISC
Liquefied Natural Gas (LNG)
5
NAGA 2
Baik pulih dan pengubahsuaian
UMW Offshore CJ46 Jack up Rig
Ogos 2015
6
MAMPU 1
Pengubahsuaian daripada kapal tangki kepada MAMPU
MISC
Unit Pengeluaran Marin Marginal (MAMPU)
September 2015
7
Bergading
Pertukaran daripada kapal EA Technique tangki kepada FSO
Floating Storage Offloading (FSO)
Dalam proses pertukaran
Jun, September 2015
MMHE juga menerima kerja-kerja pengubahsuaian dua buah LNG FSU pada Februari dan April 2016. Ini termasuk kerja pada kapal tangki termasuk kerja-kerja penaiktarafan pada dandang utama.
Sorotan FSO Bergading FSO Bergading adalah sebuah projek utama di mana kapal MT Shark diubahsuai kepada kemudahan Floating Storage & Offloading (FSO) untuk beroperasi di lapangan Malay Basin Utara. Kerja-kerja pengubahsuaian ini melibatkan: • •
MHB NewsWave
•
• • •
Fabrikasi dan pemasangan turet – 1046 metrik tan Fabrikasi dan pemasangan dek helikopter Kerja-kerja baik pulih dan pengubahsuaian – rangka keluli 20 tan Pemasangan baru dua generator utama ‘Demolition’ sistem dandang dan pemanas stim Baik pulih tempat penginapan untuk 30 orang
di ADIPEC Pada pertengahan November 2015, MHB telah mengambil bahagian dalam Persidangan & Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi 2015 (ADIPEC) anjuran MATRADE. Bertemakan ‘Inovasi dan Kemampanan dalam Dunia Tenaga Baru’, ADIPEC telah menggariskan cabaran untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dalam dunia yang sentiasa berubah pantas, melalui cara yang bertanggungjawab. Menteri Tenaga, Suhail Al Mazrouei berkata, “Industri minyak sedang melalui beberapa peralihan besar dalam sejarahnya dan hal ini memerlukan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta melakukan pengubahsuaian yang besar”. Walaupun berlaku kemerosotan harga minyak, ADIPEC berjaya mengatasi OTC 2015 di Houston sebagai perhimpunan Minyak & Gas terbesar di dunia yang melibatkan 2,050 peserta pameran.
para pelanggan sedia ada serta yang berpotensi dari ADNOC, ADGAS, ADCO (Abu Dhabi Company for Onshore Petroleum Operations Ltd), ADMA-OPCO (Abu Dhabi Marin Operating Company), GASCO (Abu Dhabi Gas Industries Limited), Statoil, ExxonMobil, Dragon Oil, TAQA, Maersk Oil, Emirates LNG, Saudi Aramco, INPEX, Petrofac, Dolphine Energy, Total, Shell, BP, Bahrain Petroleum Company dan Kuwait Oil Co. MHB merancang untuk mendaftar sebagai vendor dengan syarikat-syarikat tersebut bagi melayakkan diri untuk mendapatkan jemputan menyertai kaji selidik pasaran, pra-kelayakan (Pre-Qualified) dan jemputan untuk membida dan seterusnya menjemput mereka untuk melawat MMHE.
SOROTAN PERNIAGAAN
MHB Mempamerkan Perkhidmatan & Keupayaan
Pn Shahilah Musi (Ketua, Kumpulan Pemasaran) dan En Mohd Nadzri Zainol Rashid (Pengurus, Pembangunan Perniagaan Luar Persisir) telah bertemu dengan
Kemajuan Positif
09
Projek Bergading Pada November 2014, MMHE telah dianugerahkan kontrak Projek Bergading untuk kerja-kerja fabrikasi platform ‘wellhead’ dan jaket, jambatan perantara serta jaket yang lebih berat bagi platform pemprosesan pusat Kompleks Bergading Malay Basin Utara (NMB) di mana MHB akan menjadi subkontraktor Hyundai Heavy Industries Co Ltd. Jumlah berat bagi komponen-komponen struktur di bawah skop kerja MHB adalah sekitar 14,800 tan metrik dan dijadualkan untuk pelayaran dan penghantaran kepada pelanggan utama, Hess E&P Malaysia BV pada tahun 2016. Lokasi Kompleks Bergading NMB ini terletak di luar pesisir semenanjung Malaysia pada kedalaman antara 55 hingga 60 meter. Antara kejayaan yang telah dicapai termasuklah: Jaket Platform Pemprosesan Pusat (CPP)
Topside Bergading
Pembinaan Jaket CPP bermula pada April 2015 di kawasan fabrikasi no 4, MMHE West. Pasukan projek telah berjaya menegakkan panel pengangkatan pada bulan Oktober dan November 2015. Pada bulan Disember, pasukan projek melakukan fabrikasi dan mengecat dua panel pengangkatan di kawasan fabrikasi no 2 dan mengalihkannya ke kawasan fabrikasi no 4 di mana ia ditegakkan.
Pembinaan Topside Bergading bermula pada Mac 2015 di Bengkel Pemotongan & Pemasangan. Kerja-kerja fabrikasi dan pra-pentauliahan masih berlangsung dan dijangka selesai sebelum proses muatan keluar.
Jaket Platform Wellhead (WHA)
Jambatan Bergading
Pembinaan Jaket WHA bermula pada April 2015 di kawasan fabrikasi no 2. Pada bulan November dan Disember, pasukan projek telah memasang itemitem sekunder seperti pelantar pendaratan bot, susur tangan, tangga, pad-eye, pengapit, kaison, tangki apungan dan tokokan cerucuk.
Pembinaan jambatan Bergading bermula pada Julai 2015. Jambatan ini melalui proses pra-fabrikasi di Bengkel Pemotongan & Pemasangan dan dipindahkan ke kawasan fabrikasi no 2 bagi kerjakerja pemasangan akhir.
MHB NewsWave
WHA Jacket di kawasan fabrikasi
SOROTAN PERNIAGAAN
Insight - Mohd Saad Yahaya, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, OBU 1.
2.
10
Anda telah memulakan langkah dengan pantas sebaik sahaja menyertai MMHE – apakah pencapaian yang telah anda raih di dalam dan di luar negara? Pasukan Pembangunan Perniagaan sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada peluang yang tersedia. Kami kini sedang melibatkan diri secara aktif di pasaran India, Vietnam dan Indonesia. Dalam keadaan pasaran yang sangat mencabar, MMHE masih lagi berjaya menguasai perniagaan. Antaranya ini adalah menerima kontrak daripada projek RAPID di Pengerang. Kami turut meneliti sektor bukan minyak & gas yang memerlukan perkhidmatan kami. Apakah cabaran yang anda hadapi dalam senario harga minyak rendah ini? Bagaimana anda mengatasinya? Kini projek-projek besar semakin berkurangan di luar sana sejak syarikat-syarikat sumber minyak memotong bajet, menangguhkan perbelanjaan modal dan ada juga yang menjalankan perundingan semula tentang kontrak sedia ada. Kita perlu meningkatkan kecekapan, memperbaiki produktiviti, memacu pengurangan kos dan meminimumkan pembaziran untuk bersaing. Kita perlu meneliti bagaimana kita boleh memperkukuhkan lagi keupayaan dalaman seperti kejuruteraan, pengangkutan, pemasangan dan juga HUC.
Memberikan lebih banyak fokus terhadap perniagaan hiliran seperti projek-projek pembinaan dan sektor lain di darat.
3.
Nilai tambah atau proposisi unik MMHE: di mana kedudukan kita berbanding para pesaing? Keupayaan kejuruteraan serta kos pengeluaran kami telah berubah menjadi lebih baik sejak akhir-akhir ini berikutan pengenalan beberapa inisiatif. Ini perlukan untuk bersaing di pasaran terbuka. Kami harus memendekkan jadual projek dan menembusi ruang perniagaan di luar zon selesa.
4.
Apakah mantera kepimpinan anda dan bagaimana anda mengintegrasikan kerja dan kehidupan peribadi? Saya sentiasa percaya pada kerjasama berpasukan. Tiada sesiapa boleh melakukan sesuatu seorang diri atau menjadikan sesuatu berlaku dengan sendiri.
Saya gemar bermain golf bila ada masa terluang dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Saya bertuah kerana mempunyai ahli keluarga yang sangat memahami dan cuba menyesuaikan jadual mereka dengan saya. Dengan teknologi terkini, saya boleh berhubung dengan mereka di mana saja saya berada.
Insight: Mohd Shakimy Mat Aris, Pengurus Besar, Pembelajaran & Pembangunan, HR 1.
Bagaimanakah anda menguruskan cabaran dan menentukan keutamaan dalam tugasan anda? • Cabaran – Jika anda tidak tahu, anda perlu bertanya dan tanyalah orang yang betul; walaupun dia adalah kakitangan anda. Nabi Muhammad SAW sendiri turut meminta nasihat daripada sahabat-sahabat dalam halhal tertentu dan baginda akan memilih nasihat yang paling pintar. Memulakan sesuatu tugasan dengan mata yang terbuka. •
2.
MHB NewsWave
Keutamaan – Kami menentukan penciptaan nilai iaitu sebanyak mana nilai yang telah dihasilkan untuk syarikat dan para kakitangan; seterusnnya kami akan menentukan mana bakal menjadi keutamaan. Di Pusat Kecemerlangan, semuanya adalah tentang pembangunan insan dan pembelajaran. Ia adalah tentang mempengaruhi kakitangan untuk beretika semasa menjalankan tugas demi menyokong matlamat korporat. Ia merangkumi pengasahan bakat, penambahbaikan keupayaan (kepimpinan, teknikal, emosi dan rohani) untuk membantu pembentukan sahsiah individu yang berfikir dan bertindak sejajar dengan syarikat.
Apakah kualiti umum yang perlu dimiliki oleh pemimpin yang baik? • Integriti, adalah sangat bermakna. Bagi saya, integriti adalah melakukan kebaikan dengan konsisten tanpa diketahui. Ia adalah sesuatu kebiasaan. •
Memberi inspirasi kepada orang lain – orang lain mendapat inspirasi dari siapa diri kita, kemahiran kita yang terbaik, bagaimana melakukan sesuatu dengan betul dengan cara yang terbaik. Pastikan mereka mendapat inspirasi dari apa yang terkandung dalam diri kita dan bukan hanya dari luaran.
•
Lakukan seperti apa yang anda sampaikan dengan bersungguh-sungguh. Setiap masa.
3.
Apakah aspirasi anda untuk Pusat Kecemerlangan MMHE? • Untuk menyokong MMHE dalam merealisasikan matlamat korporatnya. Mencipta nilai yang cukup untuk pihak berkepentingan serta memberikan makna kepada kakitangan, pelatih dan pengurusan. Tanpa mereka, kita tidak akan berfungsi dengan efektif. komuniti disekitar juga harus mendapat manfaatnya juga bersama
4.
Apa yang boleh ditawarkan oleh MMHE untuk menarik minat serta mengekalkan bakat? • Minat Gen Z mungkin lebih kepada wang tapi golongan profesional berpengalaman mungkin mementingkan peningkatan dan kepuasan dalam kerjaya atau waktu anjal untuk mengimbangi kerjaya & kehidupan peribadi. Ini adalah perkara-perkara penting bagi pelbagai golongan yang boleh menarik bakat yang tepat Untuk mengekalkan seseorang itu, tawaran yang diberikan masa mula bekerja adalah menarik. Faktor yang mempengaruhi ialah perubahan dalam syarikat. Seringkali ia berkait rapat dengan pekerjaan dan pegawai atasan.
menampilkan MMHE sebagai Cerita Muka Depan November 2015
SOROTAN PERNIAGAAN
IEM Jurutera
Melakukan
Perubahan Dan
Penyesuaian
dari Tan Bee Hong
Dato’ Haji Abu Fitri bin Abdul Jalil, 50, adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB). Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden, Perniagaan Luar Pesisir di MISC Berhad dan terdahulu daripada itu, beliau bertugas di PETRONAS sebagai Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Operasi Petroleum. Dato’ Haji Abu Fitri merupakan graduan California State University, Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Kimia (Kepujian). Berapa besarkah impak kejatuhan harga minyak dunia kepada penyedia perkhidmatan dalam industri minyak dan gas seperti Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB)?
yang lebih pintar. Kami telah mengambil peluang untuk memperbaharui fokus terhadap objektif, projek dan prestasi berdasarkan suasana ekonomi terkini.
Dato’ Haji Abu Fitri: Penyedia perkhidmatan industri minyak dan gas kini beroperasi di bawah keadaan yang sukar dalam kapasiti yang rendah disebabkan kejatuhan harga minyak global yang berterusan. Pemegang sumber utama dan syarikat-syarikat minyak dan gas telah mengurangkan perbelanjaan dalam jumlah yang cukup besar dan turut mengadakan rundingan semula bagi kontrak-kontrak yang sudah ditandatangani. Tidak banyak projek baharu yang diperolehi dan jika ada, ia terhad kepada projek-projek bersaiz kecil dan sederhana. Para pelanggan yang menerima tekanan kos mengharapkan penyelesaian yang lebih murah tetapi dengan kualiti tinggi daripada para kontraktor dan vendor.
Dengan kemudahan dan sumber bertaraf dunia, kami telah berjaya menyiapkan projek-projek utama untuk pelanggan perniagaan luar pesisir dengan selamat dan menepati masa. Kami akan terus mengikat kontrak, walaupun pada saiz yang lebih kecil, untuk mengisi ruang tempahan kami. Perniagaan Baik Pulih Marin pula melaksanakan putaran kerja yang lebih pantas dan menempa sejarah apabila beroperasi pada kapasiti penuh, membaik pulih dan mengubah suai 15 kapal secara serentak. Terdapat banyak syarikat tempatan dan antarabangsa dalam industri yang telah melaksanakan tindakan pengurangan kos termasuk mengurangkan tenaga kerja dalam menangani pelbagai ketidakpastian ini. Dato’ Haji Abu Fitri: Dari semasa ke semasa, pihak organisasi mungkin menjalankan pensaizan wajar tenaga kerja dan proses rasionalisasi kakitangan sebagai sebahagian daripada kitaran perniagaan dan tinjauan portfolio biasa. MHB, seperti syarikat-syarikat lain, beroperasi Cerita Muka Depan / November 2015 / JURUTERA
MHB NewsWave
Dalam senario sebenar, inovasi, usaha sama dan kepantasan adalah sangat kritikal untuk kekal bertahan dan berjaya kerana perjalanan perniagaan tidak dapat lagi dijalankan seperti biasa. 2015 merupakan tahun perubahan dan transisi positif bagi MHB, di mana transformasi kami baru-baru ini telah memulakan proses-proses inovatif dan usaha sama
11
SOROTAN PERNIAGAAN
dalam industri yang sangat kompetitif dan di bawah keadaan ekonomi yang sangat sukar. Malangnya, hal ini selalu memberikan kesan yang tidak dapat dielakkan terhadap kakitangan. Sekiranya MHB terpaksa meninjau semula jumlah tenaga kerja serta membuat keputusan-keputusan perniagaan yang lain, segala terma dan syarat pengambilan pekerja dan kawal selia akan diambil kira. Kami komited untuk mengambil berat dan menghormati seluruh kakitangan sejajar dengan prinsip-prinsip pekerja kami. (Ketika temu bual diadakan, MHB tidak melakukan sebarang pengurangan tenaga kerja sama ada secara sukarela mahupun terkendali.) Apakah yang boleh dilakukan oleh penyedia industri yang sedang bergelut untuk mengatasi fasa sukar ini? Dato’ Haji Abu Fitri: Syarikat-syarikat yang sedang melalui saat-saat sukar dalam perniagaan perlu mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang dengan segera untuk menguruskan kos operasi, memperbaiki kecekapan dan menyingkirkan sebarang kerumitan agar menjadi lebih tangkas dan kompetitif. Tinjau semula portfolio dan buat pertimbangan untuk menghentikan pelaburan. Syarikat boleh memberi fokus terhadap perniagaan-perniagaan teras atau mempelbagaikan pelaburan dalam sektor yang berbeza/ tidak biasa.
12
Sesetengah syarikat mungkin ingin mengambil peluang ini untuk memberi keutamaan terhadap inisiatif-inisiatif memperbaiki produktiviti, memberi fokus terhadap latihan dan menambahkan kemahiran tenaga kerja secara berterusan serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat setara dan para pesaing sebagai rakan kongsi. Ini adalah satu tempoh ujian untuk melihat sejauh mana daya inovatif dan pertahanan pihak pengurusan. Oleh kerana banyak syarikat sedang mengurangkan perbelanjaan, adakah ia turut memberi kesan terhadap perbelanjaan MHB dalam aspek-aspek Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) termasuk keperluan untuk melabur demi masa hadapan?
MHB NewsWave
Dato’ Haji Abu Fitri: Industri minyak dan gas merupakan perniagaan berisiko tinggi dan rekod prestasi dibina berdasarkan reputasi pematuhan tanpa kompromi terhadap amalan-amalan HSE, dalam semua keadaan. Tindakan mengambil jalan singkat dari segi rantaian bekalan atau pengurusan projek dalam tempoh yang mencabar ini hanya akan menyerlahkan kelemahan pihak pengurusan. Kami lebih teliti dalam membuat penilaian risiko. Kami mematuhi 10 Peraturan Keselamatan MMHE yang sangat ketat dan menguatkuasakan amalan pengurusan industri serta kesihatan, keselamatan dan alam sekitar antarabangsa. Malah, kami akan Cerita Muka Depan / November 2015 / JURUTERA
meneruskan pelaburan untuk masa hadapan di mana pulangan pelaburan adalah berdasarkan senario pasaran semasa. Sebagai subsidiari syarikat perkapalan gergasi, MISC Berhad, yang juga mempunyai kaitan dengan PETRONAS, ada pihak yang beranggapan MHB tidak akan mempunyai kesukaran untuk mengisi ruang tempahan. Dato’ Haji Abu Fitri: Selain daripada peranan mereka sebagai syarikat induk korporat, MISC dan PETRONAS adalah rakan industri kami. Mereka juga adalah pelanggan kami. Industri minyak dan gas mempunyai peraturanperaturan yang sangat jelas, pematuhan piawaian yang ketat serta tadbir urus perniagaan yang bertanggungjawab yang dipantau di setiap peringkat perniagaan. Para pelanggan menganugerahkan kontrak berdasarkan tender terbuka yang kompetitif dan usaha sama TMJV (MMHE dan Technip) kami telah meraih beberapa projek mega seperti TLP Malikai dan SK316 berdasarkan gabungan kekuatan dan merit dari kerjasama strategik ini. Sebagai limbungan fabrikasi nasional dan juga satusatunya limbungan di rantau ini yang telah membina ketiga-tiga projek laut dalam Malaysia, MHB berada pada kedudukan yang sesuai untuk menyokong usaha-usaha PETRONAS dalam meletakkan kedudukan Malaysia sebagai hab laut dalam di Asia Pasifik. Sejauh manakah persaingan yang ada dalam industri kejuruteraan berat dan fabrikasi marin serantau? Selain menjadi limbungan terbesar negara dari segi saiz dan kapasiti, apakah kelebihan-kelebihan lain yang menjadikan MHB pilihan utama pelanggan? Dato’ Haji Abu Fitri: MHB adalah syarikat terkemuka dalam industri baik pulih dan pengubahsuaian marin dan fabrikasi luar pesisir tempatan dan antarabangsa. Kami mampu memberi keseimbangan dari segi kepakaran teknikal global rakan kongsi strategik. Kami mempunyai rekod operasi dan HSE yang diyakini sepanjang 42 tahun setelah berkembang dari hanya sebuah limbungan baik pulih kapal kepada limbungan baik pulih marin dan fabrikasi terbesar di Asia Tenggara. Kelebihan kami berbanding limbungan lain di Asia Tenggara adalah keupayaan dan pengalaman kami menguruskan kemudahan luar pesisir yang besar dan kompleks seperti SPAR, TLP dan CPP separa tenggelam. Kami telah banyak melabur untuk menaikkan taraf kedua-dua limbungan kami di Pasir Gudang untuk memaksimumkan automasi serta mengoptimumkan kecekapan dengan kemudahan dan peralatan bertaraf dunia, sebuah kampus latihan serantau dan tenaga kerja tempatan dan antarabangsa yang berkemahiran tinggi.
Pusat Kecemerlangan MMHE adalah sebuah kampus latihan teknikal terkini seluas 4 ekar di Pasir Gudang. Pusat latihan ini merupakan simbol tanggungjawab sosial korporat syarikat untuk membangunkan bakat bagi industri dan negara. Demi membina dan mengekalkan keupayaan ini, kami bekerjasama rapat dengan institusi-institusi teknikal tempatan untuk mempraktikkan sukatan pelajaran termasuk memberikan pendedahan dan latihan supaya para pelajar bersedia untuk memasuki industri sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.
Dato’ Haji Abu Fitri: Modal insan adalah aset terbesar sesebuah organisasi. Saya sangat menyokong pembelajaran yang berterusan dan pembangunan bakat dalam kemahiran pekerja termasuk kepakaran teknikal. Walaupun syarikat ini adalah sebuah syarikat “kejuruteraan berat” dan populasi kejuruteraan kami mencecah 23% daripada 3,700 orang tenaga kerja tetap dan kontrak, kebanyakan unit perkhidmatan bukan kejuruteraan tetap bekerja sama rapat untuk menggerakkan MHB. Kad skor kami bergantung kepada perkongsian KPI dan penyelesaian tugas antara satu sama lain. Memang sesuatu yang mencabar untuk memiliki sebuah pasukan pelbagai peringkat bersama-sama rakan kongsi, pelanggan dan subkontraktor tetapi hasilnya amat berbaloi. Saya menasihatkan pihak pengurusan supaya mengadakan sesi keterlibatan bersama kakitangan dengan kerap. Pada saat-saat genting dan sukar ini, penting untuk kita berkomunikasi dan sentiasa mengemas kini maklumat agar dapat memperkukuhkan moral dan keyakinan mereka. Libatkan mereka supaya mereka menyedari rancangan syarikat dan memahami setiap keputusan dan tindakan yang diambil demi masa depan. Adakah MHB mempunyai masalah untuk mendapatkan rakyat Malaysia yang kompeten dengan kepakaran kejuruteraan dan teknikal yang tepat? Bagaimanakah pihak syarikat memastikan daya kepakaran tempatan dibangunkan untuk menyokong industri minyak dan gas tempatan? Dato’ Haji Abu Fitri: Hal ini menjadi kebimbangan semua pihak, contohnya jurang kecekapan teknikal yang ada dalam bidang Rekaan Bidaan dan Kejuruteraan. Di
Ada sebarang nasihat untuk mereka yang ingin menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan? Dato’ Haji Abu Fitri: Pertumbuhan dalam industri minyak dan gas mungkin tidak akan sekukuh sebelum ini dalam masa lima tahun akan datang tetapi kita sudah melihat kitaran ini berlaku beberapa kali sepanjang beberapa dekad yang lalu. Industri ini akan pulih. Walau bagaimanapun, kali ini kita terpaksa menilai kembali cara kita bekerja dan melakukan perniagaan serta menjadi lebih inovatif, kompetitif dan cekap. Inilah masa yang tepat untuk kita meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan. Jangan takut untuk sama-sama turun padang sebagai seorang jurutera. Selain perlu berpengetahuan dan bersifat ingin tahu dalam melihat sesuatu menjangkaui struktur, saluran paip dan sistem, sikap positif juga sangat penting. Fahami dengan lebih mendalam, berkongsi nilai dan beri bantuan untuk menjadikan visi anda satu kenyataan!
13
Bagaimana IEM boleh memberi sokongan kepada MHB dan penyedia perkhidmatan lain dalam industri minyak dan gas negara? Dato’ Haji Abu Fitri: Berbeza dengan kebanyakan negara-negara maju, Malaysia memang kekurangan jurutera pakar. Walaupun kita tidak mengeluarkan peralatan atau komponen berteknologi tinggi, kita masih membeli dan menggunakannya. Oleh itu terdapat keperluan untuk menjalankan operasi serta penyenggaraan. IEM boleh memberi sumbangan dengan cara menyediakan “latihan khusus” dan pensijilan untuk jurutera-jurutera tempatan. Berikan pendapat dan cadangkan peluang-peluang latihan amali agar para jurutera ini mempunyai perspektif tentang suasana kerja sebenar. Kami juga boleh mendapat manfaat daripada maklum balas kumpulan fokus semasa perbincangan tentang isu-isu penting dalam industri. Saya berasa agak optimistik bahawa para jurutera muda kita boleh menawarkan penyelesaian yang inovatif dan boleh dilaksanakan. Cerita Muka Depan / November 2015 / JURUTERA
MHB NewsWave
Berapa peratus tenaga kerja di MHB yang terdiri daripada jurutera? Apakah nasihat anda berkenaan pengurusan keupayaan bakat semasa kemerosotan ini supaya kita boleh bersedia menghadapi pemulihan industri?
SOROTAN PERNIAGAAN
MMHE, kami mempunyai strategi dan panduan bagi mendekatkan jurang ini dengan cara meningkatkan latihan untuk rakyat Malaysia.
KESIHATAN, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN
‘Vendors & Subcontractors Engagement Day 2015’ Pada 2 Disember 2015, QSHE Korporat telah menganjurkan ‘Vendors & Subcontractors Engagement Day 2015’ yang telah diadakan di Pusat Latihan, MMHE West. Program ini telah dihadiri oleh vendor, subkontraktor dan peserta dari pihak Pengurusan MMHE.
Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil dalam sebuah rakaman video menyatakan “Prestasi keselamatan bukanlah satu pilihan tetapi suatu tuntutan. Semua pihak pengurusan di barisan hadapan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan diri sendiri serta kakitangan dan subkontraktor di bawah seliaan mereka.
Bertemakan ‘Towards Sustainable Partnership’ acara ini disasarkan untuk menjadikan MMHE tempat bekerja yang selamat serta persekitaran kerja yang boleh memperbaiki produktiviti kakitangan. Acara ini telah dilancarkan oleh Pengurus Besar QHSE, En Zaini Bin Abdul Rahman dengan kehadiran En Foo Kee Eng (Pengurus Besar Kanan, PSU), dan En Othman Bin Putit (Pengurus Besar, PMU).
Topik-topik penting yang dibincangkan pada acara ini telah diuruskan oleh pasukan pakar MMHE.
Topik
Wakil MMHE
Mempertingkatkan Budaya dan Kualiti HSE
En Zaini Bin Abdul Rahman
Tuntutan & Bayaran
En Mohd Parius bin Ahmad
Kualiti & Produktiviti
Mr Xavier @ David Krishnan
Keselamatan
En Akib Bin Abu Bakar
Pengurusan Kabin Kontraktor
Pn Wan Nor Asikin Bte Ahmad
14
Pencapaian Pertama EHS bagi FSO Bergading
MHB NewsWave
Pada 30 November 2015, seramai 800 orang pekerja projek FSO Bergading dan subkontraktor hadir ke Majlis Pencapaian EHS Pertama bagi FSO Bergading di Bangunan Kemudahan Rekreasi MMHE untuk meraikan pencapaian rekod 400,000 jam bekerja dengan selamat bagi projek mereka. Skop kerja MMHE bagi kapal-kapal (yang telah tiba di Pasir Gudang pada 29 Jun 2015) adalah termasuk fabrikasi/pemasangan struktur dek dan ‘pancake’ helikopter, turet luar, skid pemeteran, penjana baru, penempatan semula kren dek dan pengubahsuaian tempat penginapan. Antara orang-orang kenamaan yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Ir. Abdul Hak bin Md Amin (Pengarah Urusan, EA Technique), Mr Barry Cattanach (Pengurus Projek, Sofec), Mr David Atkins (Pengurus Projek, HESS) dan En Othman Putit (Pengurus Besar, Pasukan Pengurusan Projek, MMHE). En Othman Putit yang mewakili MMHE berkata, “Keselamatan adalah satu perjalanan yang berterusan ke arah memupuk dan menginstitusikan budaya keselamatan yang kukuh antara mereka yang terlibat dalam projek ini. Dengan iltizam dan sikap pemilikan yang utuh daripada setiap pekerja, kita boleh mencapai wawasan EHS
agar ‘Everyone, Everywhere, Every Day, Home Safe’ (Setiap kakitangan, di mana saja, setiap hari, berasa selamat). Para kenamaan seterusnya merasmikan majlis pelancaran tersebut serta bertukar cenderahati. Satu montaj video projek FSO Bergading turut ditayangkan dan beberapa anugerah disampaikan kepada para kakitangan dan kontraktor sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian keselamatan mereka. (Dari kiri) En Othman Putit, Dato’ Ir. Abdul Hak bin Md Amin, Mr David Atkins dan Mr Barry Cattanach meraikan kejayaan EHS pertama bagi FSO Bergading
Kumpulan PETRONAS Melawat MMHE
SEKITAR LIMBUNGAN
Presiden & Ketua Pengawai Eksekutif
Para tetamu diketuai oleh Datuk Wan Zulkiflee (8 dari kini) dan tuan rumah diketuai oleh Dato’ Haji Abu Fitri (8 dari kanan) di atas dek tinjau Bangunan Rekreasi MMHE
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin telah membuat kunjungan ke MMHE buat kali pertama pada 27 Oktober 2015 semasa mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Pasir Gudang sejak dilantik untuk memegang jawatan pada April 2015. Beliau diiringi oleh En Zamri Jusoh, Naib Presiden Malaysia Petroleum Management (MPM), pihak pengurusan dari MPM dan para eksekutif dari Pejabat Presiden. Kedatangan rombongan ini disambut oleh Pasukan Pengurusan MMHE yang diketuai oleh Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil. Mereka kemudiannya diberikan taklimat tentang perniagaan dan operasi MMHE sebelum dibawa melawat ke kawasan limbungan. Para tetamu dari PETRONAS ini telah membuat lawatan ke Projek Besar-A, kawasan Drydock 1, projek Jaket WHP Bergading, projek TLP Malikai dan bengkel
pemotongan & pemasangan. Mereka seterusnya menikmati pemandangan MMHE West dari dek tinjau Bangunan Rekreasi MMHE yang baru. En Mazuin bin Ismail, Naib Presiden PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) turut menyertai delegasi dan kemudian bersama-sama menuju ke Pusat Kecemerlangan (CoE) MMHE untuk menyaksikan pembentangan tentang kampus latihan. Di sana, mereka diberikan satu kejutan apabila sebuah montaj gambar mengenai majlis pemotongan keluli pertama bagi projek jaket Baronia, cerucuk dan jambatan (yang berlangsung pada sebelah pagi hari yang sama) telah ditayangkan. Selepas itu, para tetamu kenamaan beredar ke ‘Heritage Corner’ CoE untuk mendengar taklimat tentang evolusi dan kejayaan MMHE sepanjang 40 tahun lalu dan mereka seterusnya sama-sama menikmati makan tengah hari dengan sajian tradisi Johor.
15
Menerima kunjungan Thierry Pilenko dari Technip
Lawatan separuh hari tersebut dimulakan dengan pembentangan tentang projek Malikai oleh Mr Sebestien Rimbert (Pengurus Kejuruteraan, TMJV). Turut mengiringi Mr Pilenko adalah Mr K K Lim (Presiden Technip Asia Pacific) dan Ms Chow Mei Li
(Pengurus Pemerolehan Projek, TMJV). Mr Pilenko dan para delegasi dari Technip kemudiannya dibawa ke Projek Laut Dalam Malikai TLP untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kemajuan projek tersebut.
MHB NewsWave
MMHE baru-baru ini menerima kunjungan Mr Thiery Pilenko, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Technip semasa beliau berada di Pasir Gudang untuk melawat Projek Laut Dalam Malikai TLP. Beliau disambut oleh Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil (Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif MMHE), Mr Stephane Denoun (Pengurus Besar Kanan OBU), En Othman Putit (Pengurus Besar PMT, OBU), Mr Rainer Kersting (Pengurus Besar PSU) dan En Abdul Aziz Mohamed Dawi (Pengurus Projek Kanan, OBU).
SOROTAN KOMUNITI
Menyokong Minggu
Alam Sekitar DOE 2015 Pada 5 November 2015, Jabatan Alam Sekitar Johor (DOE) telah mengadakan pelancaran ‘Minggu Alam Sekitar’ tahunan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru. Dengan tema Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari, majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Datuk Ayub Rahmat dan pengarah DOE Johor, En Mokhtar Abdul Majid. Datuk Ayub menggesa semua yang hadir untuk lebih proaktif dalam mengekalkan pemuliharaan alam sekitar. “Setiap ahli masyarakat perlu mempertingkatkan tahap kesedaran tentang alam sekitar, adalah lebih penting untuk menjadi lebih bertanggungjawab. Tanpa sebarang tindakan, isu-isu
Teruskan
Gaya Hi du
p Lestar
i
Ter u
ska
nG
aya H
idu
pL
est
ari
seperti pencemaran dan pembuangan sampah meratarata akan berterusan.” Sebagai rakan pintar DOE, MMHE telah mengedarkan sumbangan sebanyak 1000 beg kitar semula kepada semua tetamu dan peserta semasa majlis pelancaran tersebut. Konsep beg kitar semula ini merupakan salah satu inisiatif untuk mendidik komuniti agar mengurangkan kebergantungan terhadap beg plastik tidak biodegradabel yang digunakan secara meluas ketika membeli barangan dapur dan juga sebagai bekas buangan sisa domestik.
Kem Kelestarian untuk remaja tempatan 16
Pada Disember 2015, MHB dan EcoKnights telah menganjurkan Kem Kelestarian ‘MHB Knights of Nature’ bersempena dengan Program komuniti ‘MHB Cares’. Kem khas untuk ahli keluarga kakitangan MHB dan remaja yang tinggal atau belajar di Johor ini bertujuan untuk memberi pendedahan para remaja Johor tentang kesukaran hidup Orang Asal Seletar. Dalam kem tahun 2015, para peserta menggunakan konsep pemikiran reka bentuk (design thinking) sebagai kaedah untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh komuniti Seletar seperti mendapatkan akses kepada air bersih, hak milik
tanah dan keusahawanan mampan. Kem ini direka untuk mendekatkan jurang antara kefahaman tentang isu-isu orang asli dan mengambil tindakan positif bagi pihak komuniti. Kem kelestarian ini turut menyediakan pendedahan kepada para peserta muda untuk mempertingkatkan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar dan membentuk kemahiran dalam kepimpinan, kerjasama berkumpulan, pengurusan masa dan penyelesaian masalah. Telah menjadi tanggungjawab moral dan obligasi sosial kita untuk menguruskan dan mengekalkan keseimbangan antara ekosistem asal dan pembangunan persekitaran. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, MHB memberi sumbangan besar terhadap penambahbaikan kualiti kehidupan di kalangan komuniti tempatan dan serantau di mana syarikat kita telah beroperasi selama lebih dari 40 tahun.
“
”
MHB NewsWave
Pihak pengurusan MHB mendengar pembentangan daripada pelajar berkenaan pelan cadangan sosioekonomik untuk komuniti Orang Asal Seletar di bawah program ‘MHB Cares’
En Zaini Abdul Rahman menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta
En Zaini Abdul Rahman Pengurus Besar QHSE
Sesi menyumbang idea
Projek CSR dengan orang Asal
Program MHB Cares ini membantu golongan komuniti dewasa untuk mendapatkan latihan dan lesen daripada pihak berkuasa tempatan untuk memulakan perniagaan restoran makanan laut. Dengan bantuan daripada rakan CSR kami, EcoKnights, kami telah berjaya menempatkan dua buah sistem akuaponik di kampung tersebut untuk mereka mengusahakan pembiakan ikan seperti Tilapia dan sayur-sayuran seperti kubis Cina (Bok Choy). Komuniti ini telah dilatih tentang penggunaan dan penyelenggaraaan sistem akuaponik. 23 buah sistem penapisan air turut disumbangkan kepada setiap isi rumah dan kami juga telah mengadakan beberapa ceramah tentang kebersihan air. Karya seni anak-anak Orang Asal yang berjaya dihasilkan di sepanjang 2015 turut dipamerkan di hari terbuka ‘MHB Cares’ En Ausmal, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Undangundang dan Kesetiausahaan Korporat MHB berkata, “Sebagai syarikat fabrikasi minyak dan gas terbesar di Malaysia serta majikan/pelabur terkemuka di wilayah selatan, kami yakin ‘MHB Cares’ akan menjadi satu inisiatif bernilai untuk memberi impak kepada komuniti Orang Asal di Johor. Kami akan terus kekal memberi sumbangan terhadap pembangunan bangsa, penghasilan kekayaan dan memperbaiki taraf hidup komuniti tempatan di Johor”
Sukarelawan dari kalangan kakitangan MHB telah mendedikasikan masa dan usaha untuk melaksanakan aktivitiaktiviti CSR yang dianjurkan pihak Syarikat. MHB menggalakkan kakitangannya untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan penyayang serta bertindak demi kesejahteraan komuniti di sekitar kawasan di mana MHB beroperasi. Semangat Sukarelawan dari kalangan kakitangan ini merupakan faktor utama yang menjamin kejayaan projek-projek komuniti MHB. Komitmen dan dedikasi mereka turut menerima maklum balas positif dan menggalakkan serta penyertaan yang baik dari Orang Asal Seletar.
Dilancarkan pada Disember 2013, ‘MHB Cares’ merupakan sebuah program kebajikan dan peningkatan keupayaan yang memberi fokus terhadap usaha untuk memenuhi keperluan asas pendidikan dan keadaaan kesihatan bagi komuniti nelayan di Kampung Pasir Putih. ‘MHB Cares’ merupakan hasil kerjasama antara MHB dan rakan NGO persekitaran tempatan, EcoKnights. Pada tahun 2013, ‘MHB Cares’ memberi fokus terhadap pembaikan dan pembinaan semula jeti kayu, pembersihan kawasan pantai yang terletak berhadapan dengan kawasan perumahan komuniti dan bengkel tentang kepentingan memiliki dan mengekalkan gaya hidup yang bersih dalam komuniti. Pada tahun 2014, MHB meneruskan program ini dengan memberi fokus terhadap keperluan asas nutrisi dan pendidikan bagi Orang Asal Seletar. Sebanyak 20 aktiviti komuniti telah dijalankan termasuk kelas-kelas pembelajaran bahasa Inggeris, motivasi diri, kesedaran tentang gaya hidup sihat serta kelas membuat kek untuk golongan dewasa. Kanak-kanak pula diajar komunikasi asas dalam bahasa Inggeris melalui aktiviti melukis, mewarna, menyanyi dan membentuk huruf menggunakan tanah liat. Pada tahun 2015, MHB memberikan fokus terhadap pembangunan keupayaan bagi kanak-kanak orang asli dan pembangunan kemahiran perniagaan bagi golongan dewasa Orang Asal Seletar. Sekitar 70 orang kanak-kanak dan dewasa telah terlibat dalam pelbagai aktiviti pada tahun ini termasuklah menggalakkan sesi dialog, bengkel pembelajaran (‘playsmart’) dan melawat Petrosains JB di bawah program ‘MHB Art of Science’.
17
Dari kiri: Mr Stephane Denoun (Pengurus Besar Kanan, Unit Perniagaan Luar Pesisir), En Ausmal Kardin (Pengurus Besar Kanan Undang-undang & Kesetiausahan Korporat), Cik Wan Mashitah Wan Abdullah Sani (Ketua Pegawai Kewangan) mendengar penerangan berkenaan sistem ‘Aquaponics’ daripada Pn Yasmin Rasyid (Presiden EcoKnights) En Ausmal Kardin (Pengurus Besar Kanan Undang-undang & Kesetiausahan Korporat) (kiri) menyerahkan projek ‘Aquaponics’ kepada Tok Batin Entel (tengah) diiringi oleh Pn Yasmin
MHB NewsWave
Pada akhir bulan Disember 2015, MHB telah tiba ke penghujung program ‘MHB Cares’, sebuah inisiatif utama CSR yang berlangsung selama tiga tahun khas untuk Orang Asal Seletar (komuniti orang asli) di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.
SOROTAN KOMUNITI
Sorotan 3 tahun
GAYA HIDUP
Memberi penghormatan kepada kakitangan setia
Pada 16 Oktober 2015, MMHE telah mengadakan acara tahunan ‘MHB Long Service Award’ (LSA). Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada 76 warga MMHE yang telah lama berkhidmat dengan Syarikat iaitu antara 20 - 35 tahun. Majlis penghargaan tahunan ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Nasarudin Md Idris, Pengerusi MHB dan isteri beliau, YBhg Datin Roi Hanah. Ahli Lembaga MHB termasuk Kapten Rajalingam Subramaniam, Mr Heng Hock Cheng, Mr Fred Yong, Mr Choy Khai Choon dan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Haji Abu Fitri Abdul Jalil turut mewakili pihak Pengurusan dan ahli-ahli Kesatuan dalam meraikan para penerima LSA pada malam tersebut. Dato’ Haji Abu Fitri dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan lelaki mahupun wanita yang telah berdekad lamanya menyumbang tenaga, masa dan usaha berkhidmat untuk MHB. Beliau turut menyeru para penerima anugerah LSA agar terus menunjukkan integriti yang tinggi dalam urusan perniagaan serta memberi penekanan yang tinggi terhadap ‘kecemerlangan setiap hari’ semasa di tempat kerja: “Anda adalah keluarga kami, memainkan peranan sebagai model dan sumber inspirasi kami. Tindakan kita hari ini akan menentukan masa depan MHB dan kakitangan kita. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan pencapaian di peringkat operasi dan penyelesaian projek ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.”
18
daripada terima kasih Syabas dan B, Datuk Nasarudin H Pengerusi M
MHB NewsWave
Dato’ Haji Abu Fitri mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penerima anugerah
usan dan 5 bersama pihak Pengur Penerima LSA MHB 201
Lembaga Pengarah
Meraih Perbezaan di PMU
GAYA HIDUP
Merangkul Diversiti, Unit Pengurusan Projek (PMU) telah melancarkan ‘PMU Staff Engagement Day’ pada 9 Januari 2016 bertempat di Bangunan Rekreasi MMHE. Sesi pertemuan ini adalah untuk lebih saling mengenali antara satu sama lain serta untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas berkaitan pelbagai Jabatan di PMU. En Othman Putit, Pengurus Besar PMU, dalam ucapannya menggesa semua Ketua Jabatan untuk mengambil berat tentang kebajikan para kakitangan agar Jabatan mereka dapat beroperasi dengan cekap dan berkesan. Beliau menjelaskan MMHE kini sedang berhadapan dengan waktu yang mencabar dan mengingatkan semua pihak tentang kepentingan pengurusan masa dan mengurangkan arahan perubahan/variasi kerja yang diberikan kepada subkontraktor. Program ini bermula dengan satu sesi ramah mesra yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti seperti ‘berjalan seiring’, ‘ maskot PMU’, permainan menguji ingatan’ dan ‘ satu hala tuju’. Pengurus projek dan ketua jabatan yang terpilih turut menjelaskan matlamat bagi setiap aktiviti dan kaitannya dengan tugasan harian kakitangan. Sesi pertemuan tersebut berakhir dengan kejutan sambutan hari jadi khas untuk kakitangan PMU yang lahir dalam bulan Januari. Kebanyakan kakitangan memberikan maklum balas positif dan berharap sesi pertemuan ini akan menjadi acara tahunan bagi PMU.
En Othman Putit sedang menyampaikan amanatnya
19
Warga PMU bersedia untuk melakukan aktiviti sepanjang hari
MHB NewsWave
Meningkatkan kemahiran kerjasama berpasukan
GAYA HIDUP
Sebuah poster yang dihasilkan oleh penerima Anugerah Khas MMHE 2014, En Bahar Onan
MHB meraih tempat ketiga
MHB NewsWave
20
dalam ‘MISC Fitness Team Challenge
Pasukan MHB telah meraih tempat ketiga dan menewaskan 14 pasukan lain dalam ‘MISC Fitness Team Challenge 2015’ yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran Korporat (CHSE), MISC Berhad. Majlis tersebut telah diadakan di Menara Dayabumi dengan objektif untuk memupuk dan mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan MISC dengan kakitangan subsidiari. Para peserta terdiri daripada semua unit perkhidmatan dan perniagaan termasuk subsidiarinya MHB. Pasukan Unit Perniagaan Luar Pesisir (OBU) MISC meraih tempat pertama manakala pasukan Pengurusan Sumber Manusia (HRM) MISC berada di tempat ke-2.
Empat orang wakil daripada setiap kumpulan telah ditugaskan untuk melakukan regangan badan (‘planking’), bangun tubi dan latihan lain yang mencabar. Pasukan MHB diwakili oleh En Ausmal Kardin (Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal UndangUndang & Kesetiausahaan Korporat), En Muhammad Zhafri Hazwan Zulkifli (Perancangan), En Ahmad Kadafi Muhammad (OBU) dan Pn Rossita Othman (Pejabat Pengurusan Program). En Ausmal dan En Ahmad Kadafi mendapat markah tertinggi dalam cabaran masingmasing, menewaskan 14 orang peserta lain. Setiap ahli pasukan MHB telah berjaya memenangi sebuah Ogawa BioScent Ultrasonic Aroma.
RAKAN YANG DIPERCAYAI
DALAM BAIK PULIH MARIN & MENYAMBUNG JANGKA HAYAT ASET Kami mempunyai rekod kejayaan membaik pulih lebih dari 3,700 buah kapal dan pelantar
www.mhb.com.my
MALAYSIA MARINE AND HEAVY ENGINEERING HOLDINGS BERHAD Aras 31, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603 2273 0266 Faks: +603 2273 8916 Laman Web: www.mhb.com.my