KPDNKK
( Agensi di bawah KPDNKK )
PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010
PENUBUHAN
TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA OLEH MAJIKAN SEKTOR KORPORAT DAN PERNIAGAAN USAHASAMA ANTARA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DENGAN TABUNG KANAK-KANAK PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNICEF)
Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Di Tempat Kerja oleh Majikan Sektor Korporat dan Perniagaan
Objektif 1.
Objektif Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 1/2010 (BBPC 1/2010) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah: Untuk memberi panduan kepada para majikan di sektor swasta mengenai penubuhan taman asuhan kanak-kanak bagi pekerja-pekerja mereka. Untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi yang menyeluruh dan mapan dari segi sosial dengan menggalakkan persekitaran kerja yang mesra keluarga. Untuk memastikan keperluan bagi asuhan dan perkembangan awal kanak-kanak dalam persekitaran sektor korporat dipenuhi.
Latar Belakang 2.
Dengan pembangunan ekonomi, asuhan bagi kanak-kanak di luar rumah telah menjadi suatu realiti di negara-negara maju dan membangun di mana kanak-kanak terpaksa menghabiskan masa yang lebih lama di taman asuhan kanak-kanak
.
Dalam menuju ke taraf negara maju pada tahun 2020 dengan hasrat untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, penyediaan taman asuhan kanakkanak yang berkualiti tinggi menjadi suatu keutamaan kepada Malaysia. Pada tahun 2008, jumlah tenaga kerja wanita yang berumur dari 25-34 tahun ialah sebanyak 62.5%, iaitu peningkatan sebanyak 58% berbanding dengan tahun 2001
. Pada
tahun yang sama, jumlah bilangan kanak-kanak di bawah 5 tahun mencecah hampir 3 juta orang, bersamaan dengan 11% daripada jumlah penduduk Malaysia. 3.
Kajian Kajian antarabangsa telah mengesahkan kepentingan pembelajaran dan asuhan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi adalah pelaburan dalam pembangunan sosial dan ekonomi yang menyeluruh bagi sesebuah negara. Analisis kos faedah ke atas penglibatan awal kanak-kanak telah menunjukkan bahawa dalam pelbagai persekitaran yang berbeza, pulangan ke atas pembelajaran dan asuhan awal kanak-kanak boleh meningkat setinggi USD8 bagi setiap USD1 yang dilaburkan
4.
.
Selaras dengan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara, pekeliling ini memberikan tumpuan kepada penubuhan taman asuhan kanak-kanak dalam atau berdekatan dengan premis perniagaan yang beroperasi sepanjang waktu kerja biasa ke arah penyediaan asuhan kepada kanak-kanak yang berumur antara 0 dan 4 tahun, sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Garis Panduan Pelaksanaan Prinsip panduan 5.
Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, yang diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995, mengiktiraf hak setiap kanak-kanak untuk berkembang dengan sepenuhnya dan dilindungi daripada pengaruh yang memudaratkan, penderaan dan eksploitasi. Perkara 18 Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak memperuntukkan langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan bahawa kanak-kanak yang ibu bapanya bekerja mempunyai hak untuk memperoleh faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan asuhan kanak-kanak yang layak bagi mereka.
Rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan secara am 6.
Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah Akta. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak terpakai jika taman asuhan tersebut dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Taman asuhan kanak-kanak juga perlu mematuhi peraturan-peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan berhubung dengan penubuhan taman asuhan kanak-kanak.
7.
Terdapat empat jenis taman asuhan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berumur antara 0 dan 4 tahun di bawah Akta iaitu: (i)
Taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja;
(ii)
Taman asuhan kanak-kanak komuniti;
(iii) Taman asuhan kanak-kanak di institusi; dan (iv) Taman asuhan kanak-kanak di rumah. Penubuhan taman asuhan kanak-kanak oleh majikan sektor swasta termasuk di bawah kategori taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja.
Tatacara am bagi pendaftaran taman asuhan kanak-kanak Memperoleh Buku Garis Panduan bagi Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Borang Permohonan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Memperoleh kelulusan daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba & Penyelamat dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan
Mengemukakan borang Permohonan berserta dokumen yang berkaitan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat
Pilihan bagi penubuhan taman asuhan kanak-kanak oleh majikan 8.
Cadangan pilihan bagi penubuhan taman asuhan kanak-kanak termasuklah: (i)
Majikan/syarikat/perniagaan memulakan inisiatif sendiri.
(ii)
Majikan/syarikat/perniagaan yang berada dalam satu bangunan/premis pejabat bersama-sama menubuhkan suatu taman asuhan umum bagi kanak-kanak.
(iii) Majikan/syarikat/perniagaan sama ada dengan sendiri atau bersama, menubuhkan suatu pusat, sama ada berdekatan dengan tempat kerja atau berdekatan dengan kawasan perumahan pekerja. Walau bagaimanapun, pusat ini tidak dianggap sebagai taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja. Pusat ini termasuk di bawah kategori taman asuhan kanak-kanak di institusi. Pusat ini boleh dijalankan oleh majikan/syarikat/perniagaan itu dengan sendiri atau oleh individu/agensi melalui kontrak di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama. 9.
Jika majikan/syarikat/perniagaan tidak boleh menubuhkan taman asuhan kanakkanak yang sesuai dan mampu memenuhi kepentingan terbaik kanak-kanak, majikan/syarikat/perniagaan perlu mempertimbangkan peruntukan insentif bagi asuhan kanak-kanak. Ini termasuklah peruntukan subsidi bagi asuhan kanak-kanak yang diberikan kepada pekerja secara langsung dan menjadi sebahagian daripada skim pakej faedah.
Dinamik kewangan 10.
Kos bagi mengendalikan taman asuhan kanak-kanak bergantung kepada kos pengendalian setiap taman asuhan — lokasi, bilangan kanak-kanak, jumlah kakitangan, pembelajaran dan pengalaman pengasuh, perabot dan alat yang disediakan, latihan yang diberikan dan lain-lain.
11.
Insentif kewangan semasa bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak oleh majikan termasuklah: (i)
Elaun Bangunan Industri dan potongan cukai ke atas perbelanjaan penyelenggaraan; dan
(ii)
Pengurangan cukai sebanyak 10% setahun ke atas kos penubuhan taman asuhan kanak-kanak selama tempoh 10 tahun bagi majikan yang menubuhkan taman asuhan kanak-kanak.
Prinsip-prinsip utama asuhan 12.
Asuhan yang diberikan kepada kanak-kanak mestilah menyokong prinsip-prinsip mengenai kepentingan terbaik, kesaksamaan dan penyertaan kanak-kanak. Di bawah prinsip Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, penubuhan sesebuah taman asuhan kanak-kanak perlu berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut : (i)
Tiada diskriminasi.
(ii)
Kepentingan terbaik kanak-kanak.
(iii) Penyertaan kanak-kanak. (iv) Kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. (v)
Kebertanggungjawaban kanak-kanak.
(vi) Hak kanak-kanak yang tidak boleh dibahagikan. 13.
Program yang diadakan di taman asuhan kanak-kanak di atau berdekatan dengan tempat kerja perlu: (i)
Memberi tumpuan kepada kepentingan terbaik kanak-kanak Membangunkan program dan aktiviti yang mengiktiraf sifat kanak-kanak yang unik dan tersendiri, keutamaan dan pendapat mereka.
(ii)
Berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersepadu Program ini haruslah mampu menyatupadukan berbagai-bagai kemahiran ke dalam budaya dan pembelajaran mereka yang pelbagai, melalui pengalaman masyarakat dan kehidupan kekeluargaan.
(iii) Menggalakkan hubungan erat dan ikatan Program ini perlu memastikan perkembangan melalui hubungan erat dan ikatan antara kanak-kanak dengan pengasuh utama yang tetap. Tanpa hubungan erat dan ikatan ini, kanak-kanak akan mengalami keciciran dalam perkembangan mereka yang akan meninggalkan kesan sepanjang hidup.
(iv) Mengurangkan stigma dan diskriminasi Kanak-kanak daripada keluarga yang taraf sosio-ekonominya lebih rendah dan masyarakat etnik yang berlainan mungkin berhadapan dengan diskriminasi. Oleh itu, taman asuhan kanak-kanak perlu menyediakan suatu persekitaran tanpa diskriminasi yang boleh menawarkan perlindungan, mewujudkan persefahaman dan memberikan pembelaan terhadap penyisihan dan diskriminasi. (v)
Menggalakkan keupayaan untuk mewujudkan hubungan Program ini mestilah menggalakkan kanak-kanak supaya bertemu dan berkawan dengan kanak-kanak yang lain.
(vi) Mengadakan peluang bagi kemahiran hidup dan penglibatan kebudayaan Program ini perlu memupuk semangat di kalangan kanak-kanak supaya mempelajari kemahiran hidup dan juga mengenai warisan kebudayaan mereka melalui proses pengalaman hidup dan dengan tanggungjawab dan peranan yang berlainan dalam lingkungan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat. (vii) Perlindungan dan penyeliaan Program ini mestilah mengandungi polisi perlindungan yang mencukupi bagi kanak-kanak dan kakitangan. 14.
Taman asuhan kanak-kanak perlu mempunyai suatu program menyeluruh yang memastikan keperluan perkembangan dan bersesuaian dengan kebudayaan bagi kanak-kanak yang menekankan penglibatan ibu bapa.
15.
Akta (termasuk peraturan-peraturan yang dikeluarkan di bawahnya) dan dasar Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai kehendak yang khusus yang menggariskan standard minimum bagi asuhan di taman asuhan kanak-kanak.
16.
Tahap minimum bagi asuhan yang diperlukan termasuk: (i)
Penyediaan suatu program dan jadual yang lengkap mengenai aktiviti kanakkanak di bawah asuhannya.
(ii)
Penyediaan suatu set menu yang berkhasiat bagi pengambilan makanan kanak-kanak. Makanan yang disediakan mestilah termasuk susu, makanan yang mengandungi protein, sayur-sayuran segar dan buah-buahan segar.
(iii) Pembinaan taman asuhan kanak-kanak hendaklah mengikut kehendak minimum yang dinyatakan dalam undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan. (iv) Taman asuhan kanak-kanak hendaklah mempunyai seorang penyelia, pengasuh kanak-kanak yang mencukupi, tukang masak dan pekerja lain. Bilangan minimum pengasuh kanak-kanak adalah seperti yang berikut: Minimum 1 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 3 orang bayi/kanakkanak yang berumur di bawah 1 tahun (atau 2 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 3 orang bayi/kanak-kanak yang kelainan upaya berumur di bawah 1 tahun). Minimum 1 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 5 orang kanak-kanak yang berumur antara 1-3 tahun (atau 2 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 5 orang kanak-kanak yang kelainan upaya berumur antara 1-3 tahun). Minimum 1 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 10 kanak-kanak yang berumur antara 3-4 tahun (atau 3 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 10 orang kanak-kanak yang kelainan upaya berumur antara 3-4 tahun). (v)
Pengasuh kanak-kanak hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan menghadiri Kursus Asuhan Permata (kelulusan Kursus Asas Asuhan KanakKanak [KAAK] sebelum 2012 adalah juga diterima pakai) yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tempoh kursus ialah 137 jam dan yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM800.00 (terdapat subsidi yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atas permohonan).
(vi) Aspek kesihatan dan keselamatan di taman asuhan kanak-kanak: Latihan kebakaran dan pengosongan
Mempunyai suatu skim yang praktikal bagi tujuan pengosongan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan kebakaran perlu dijalankan sekali dalam tiga bulan. Semua laluan keluar hendaklah dikosongkan daripada halangan pada setiap masa.
Kesihatan kanak-kanak
Kesihatan kanak-kanak perlu diperiksa setiap hari apabila mereka tiba di taman asuhan kanak-kanak. Suatu bilik yang sesuai perlu diadakan untuk mengasingkan dan memberikan jagaan sementara bagi sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang sakit dan ibu bapa kepada kanak-kanak yang sakit perlu dimaklumkan dengan serta-merta apabila kanak-kanak jatuh sakit.
Kit pertolongan cemas
Sekurang-kurangnya satu kit pertolongan cemas yang disenggarakan dengan baik dan lengkap dengan bekalan bahan-bahan/perubatan hendaklah disediakan.
Penyakit berjangkit
Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah diberitahu jika disyaki terdapat penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak atau pekerja.
Merokok
Merokok (dan meludah) adalah dilarang di taman asuhan kanak-kanak.
(vii) Ruang di taman asuhan kanak-kanak: Luas lantai
Keluasan minimum lantai bagi tiap-tiap kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi.
Dapur
Diasingkan daripada bilik-bilik yang digunakan bagi aktiviti kanak-kanak.
Tandas
Satu tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak.
Kemudahan mencuci dan mandi
Taman asuhan kanak-kanak perlu dilengkapi dengan kemudahan untuk mencuci pakaian, bilik persalinan dan bilik mandi.
(viii) Permainan kanak-kanak yang mencukupi disediakan dan adalah dalam keadaan baik. Jenis dan bentuk katil, buaian dan kelengkapan untuk tidur bagi kanakkanak mestilah juga sesuai, boleh dibasuh dan bersih. (ix) Pengurusan taman asuhan kanak-kanak mestilah sentiasa berhubungan dengan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak melalui pelbagai program dan aktiviti yang dirancang.
Faedah Pelaksanaan Pembangunan modal insan dan ekonomi makro Program berkualiti tinggi yang disediakan di taman asuhan kanak-kanak akan meningkatkan pencapaian pendidikan dan akhirnya menyumbang kepada ekonomi kanak-kanak. Kewujudan taman asuhan kanak-kanak membolehkan tenaga kerja berkembang dan menjadi lebih produktif yang boleh menyumbang kepada pertambahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, peningkatan hasil awam, pengurangan kadar kemiskinan dan perbelanjaan kebajikan, dan peningkatan pulangan bagi pelaburan awam dalam bidang pendidikan.
Majikan Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di tempat kerja membolehkan ibu bapa yang bekerja memberikan tumpuan kepada kerja mereka dan menghasilkan produktiviti dan kualiti kerja yang lebih baik dengan pengetahuan bahawa anakanak mereka dijaga dengan baik, Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan oleh majikan akan meningkatkan reputasi dan nama baik syarikat/perniagaan.
Pekerja Keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan yang lebih baik dan kebarangkalian yang tinggi untuk kembali bekerja walaupun masih memberikan pemakanan optimal kepada anak mereka melalui penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan pertama selepas kelahiran. Membolehkan hubungan erat antara ibu bapa dan anak dikekalkan melalui waktu lawatan semasa waktu makan tengah hari.
Kanak-Kanak Perkembangan fizikal, kognitif, linguistik, emosi dan sosial boleh ditingkatkan melalui penglibatan dalam program yang dijalankan di taman asuhan kanak-kanak. Kanak-kanak menikmati faedah berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan pengasuh profesional, dan boleh dipantau sekiranya berpotensi memerlukan sokongan tambahan.
Maklumat Perhubungan Utama Jabatan Kebajikan Masyarakat Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. Tel: +603-8000 8000 Faks: +603-8323 2045 E-mel:
[email protected]
Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia No. 53A-G, Block E, Zenith Corporate Park, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Tel: +603-7880 1367 Faks: +603-7880 2941 E-mel:
[email protected]
PENDAFTAR SYARIKAT/PERNIAGAAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 28 Januari 2010 Edisi Pertama 2010 Edisi Kedua 2015
NOTA: Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini menjadi panduan umum berkenaan dengan penubuhan taman asuhan kanak-kanak. Butir-butir maklumat selanjutnya terdapat dalam Kit Peralatan kepada Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 1/2010. Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini tidak mewujudkan apa-apa obligasi di sisi undang-undang untuk dipatuhi oleh syarikat dan perniagaan dan hanya menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai mengikut pilihan syarikat/perniagaan. SSM dan UNICEF menggalakkan supaya Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini diterima pakai untuk mencapai kemampanan perniagaan dan menyokong tanggungjawab sosial korporat.
Kebenaran telah diperolehi untuk penggunaan gambar dalam penerbitan ini.
( Agensi di bawah KPDNKK )
Ibu Pejabat Menara SSM @ Sentral No. 7, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50623, Kuala Lumpur T (+6.03) 2299 4400 F (+6.03) 2299 4411
United Nations Children’s Fund (Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Malaysia Country Office (Pejabat Negara Malaysia) Kompleks Pejabat Damansara Jalan Dungun, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur, MALAYSIA T (+6.03) 2095 9154 F (+6.03) 2093 0582
E-mail:
[email protected]
E-mail:
[email protected]
w w w.ssm.com.my
w w w. u n i c e f. o r g / m a l ays i a
Dicetak atas 100% kertas kitar semula