PROSEDUR PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR SEMESTER I SESI 2009/2010
PENDAFTARAN SECARA ONLINE KURSUS FAKULTI, ELEKTIF LUAR FAKULTI DAN UNIVERSITI (8 – 28 Jun 2009) 1.
Kategori Pelajar Yang Dibenarkan Mendaftar
2.
Kaedah Mendaftar
3.
Had Jam Kredit
4.
Prosedur Pendaftaran Kursus
5.
Kaedah Jika Terlupa Password
6.
Peringatan Penting
KATEGORI PELAJAR/KURSUS YANG DIBENARKAN MENDAFTAR Semua pelajar berstatus Aktif. Pelajar/kursus berikut akan dihalang daripada pendaftaran (sebarang kemusykilan sila hubungi SKR 03-79673502/3440/3441) : (i)
pelajar yang berhutang melebihi RM500 dengan Universiti sehingga pada Semester II Sesi 2008/2009 dan/atau tidak mematuhi jadual pembayaran ansuran yang ditetapkan;
(ii)
pelajar tidak membuat semester sebelum;
(iii)
pelajar tidak mendaftar pada Semester sebelum tanpa menarik diri secara rasmi;
(iv)
kursus yang telah lulus dengan Gred C;
(v)
pelajar tidak aktif seperti kes gagal keluar, luput, tamat tempoh pengajian dan tindakan tatatertib (gantung pengajian);
(vi)
pelajar yang belum memenuhi syarat keperluan masuk MUET (kecuali pelajar bukan warganegara);
pengesahan
pendaftaran
(vii) pelajar yang belum melengkapkan Penilaian Kursus dan Pengajaran untuk Semester II Sesi 2008/2009.
KAEDAH MENDAFTAR Di mana-mana tempat yang boleh akses internet. Kemudahan perkhidmatan komputer turut disediakan di makmal komputer, perpustakaan dan Akademi/Fakulti/Pusat masing-masing pada waktu pejabat.
HAD JAM KREDIT MAKSIMUM PNG < 2.00 : 12 jam kredit PNG ≥ 2.00 : 18 jam kredit
HAD JAM KREDIT MINIMUM Jika kurang daripada 12 jam kredit, perlu kebenaran Dekan/Pengarah, Akademi/Fakulti/Pusat. Tidak boleh kurang daripada 6 jam kredit (kecuali pada semester terakhir pengajian dengan kebenaran Dekan/ Pengarah).
PROSEDUR PENDAFTARAN AWAL KURSUS Mula
Masuk ke laman http://umisisweb.um.edu.my
Jangan daftar kursus berkenaan
bertembung
Semak jadual waktu kuliah & exam
ok Jangan daftar kursus berkenaan
tidak memenuhi
Semak prasyarat atau syarat lain yang perlu
syarat
ok Masuk ke laman http://register.um.edu.my
Klik pada “Pendaftaran Kursus Online Sem I Sesi 2009/2010
Masukkan username & password
Lengkapkan http://umctes.um.edu.my
Tidak
Peringatan Penilaian Kursus Pengajaran (PKP)
Ya Pendaftaran akan dihalang. Sila rujuk dengan pihak Bendahari untuk urusan pembayaran.
Selesai
Lengkap
Berhutang >RM500 dan tidak memenuhi jadual pembayaran
Peringatan hutang Tidak berhutang/hutang
Masuk ke laman “Perjanjian Pendaftaran” Fahamkan dan klik pada butang “Saya Setuju”
Masuk ke laman “Pendaftaran Kursus”
Masukkan kod dan tekan butang “Submit”
Untuk gugur,tandakan pada kolum kod pada kursus yang berkenaan dan tekan butang gugur
Selepas selesai pastikan buat semakan semula
Klik butang logout untuk tamatkan proses pendaftaran
Tamat
KAEDAH JIKA TERLUPA PASSWORD Sila hubungi SKR. Talian 79673502/3440/3441
PERINGATAN PENTING Pendaftaran semula kursus wajib yang telah lulus dengan Gred C ke atas adalah dilarang. Pengesahan pendaftaran bagi kursus sedemikian tidak akan berjaya. Pendaftaran kursus yang tidak memenuhi prasyarat tidak dibenarkan. Kursus yang tidak memenuhi prasyarat tidak akan berjaya didaftarkan semasa proses pengesahan dibuat dan akan mengakibatkan kerugian jam kredit keseluruhan. Sila berhubung dengan Akademi/Fakulti/Pusat masing-masing jika anda telah lulus kursus prasyarat. Pelajar yang tidak memenuhi sebarang syarat yang ditetapkan oleh sesuatu kursus, boleh digugurkan daripada kursus berkenaan. Sila rancang dan pilih kursus yang perlu didaftarkan dengan teliti dan bijak bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit. Sila pastikan anda mendaftar kursus yang betul mengikut Struktur Pengajian Ijazah (SPI) yang telah ditetapkan bagi program pengajian anda. Sila klik pada ruangan Semak Penyempurnaan dalam skrin Pendaftaran Online untuk mendapatkan maklumat SPI anda. Kesilapan dalam pendaftaran kursus akan menjejaskan urusan pengijazahan anda kelak. Pelajar wajib mendaftar dan mengesahkan sendiri kursus secara online termasuk kursus Latihan Industri, Latihan Mengajar, Internship dan seumpamanya. Pelajar diingatkan untuk menyempurnakan pendaftaran kursus dengan mengesahkan pendaftaran ataupun menggugurkan kursus sebelum minggu ketujuh kuliah. Sekiranya tiada pengesahan dibuat selepas minggu ketujuh kuliah, tindakan berikut akan diambil oleh pihak pentadbiran iaitu : o Kursus berdaftar akan digugurkan; o Gred W akan diberi; o Yuran pengajian akan dikenakan. Sekiranya pelajar gagal menarik diri secara rasmi daripada Semester selepas tempoh tersebut, status pengajian pelajar juga boleh diluputkan.