20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
Dasar Pegangan Seorang Muslim
1
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR PERTAMA
اﻹﺳﻼم ﻧﻈﺎم ﺷﺎﻣﻞ ﻳﺘﻨﺎول ﻣﻈﺎهﺮ اﻟﺤﻴﺎة ﺟﻤﻴﻌﺎ ﻓﻬﻮ دوﻟﺔ ووﻃﻦ أو ﺡﻜﻮﻣﺔ وأﻣﺔ وهﻮ ﺧﻠﻖ وﻗﻮة أو رﺡﻤﺔ وﻋﺪاﻟﺔ وهﻮ ﺛﻘﺎﻓﺔ وﻗﺎﻧﻮن أو ﻋﻠﻢ وﻗﻀﺎء وهﻮ ﻣﺎدة وﺛﺮوة أو آﺴﺐ وﻏﻨﻰ وهﻮ ﺟﻬﺎد ودﻋﻮة أو ﺟﻴﺶ وﻓﻜﺮة آﻤﺎ هﻮ ﻋﻘﻴﺪة ﺻﺎدﻗﺔ وﻋﺒﺎدة ﺻﺤﻴﺤﺔ ﺳﻮاء ﺑﺴﻮاء Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita. · · · · · · ·
Isi-isi Kepentingan memahami Islam yang syumul Dalil-dalil kesyumulan Islam dari Al-Quran. Bahaya memahami Islam secara silap (orang buta dengan gajah) Bentuk-bentuk penyelewengan dalam memahami Islam dalam masyarakat dan kesannya. Sekularisma dan bahayanya. Mutakamil Islam. Kesemua bahagian Islam tersebut telah disebut oleh Al-Quran.
2
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KEDUA
واﻟﻘﺮﺁن اﻟﻜﺮﻳﻢ واﻟﺴﻨﺔ اﻟﻤﻄﻬﺮة ﻣﺮﺟﻊ آﻞ ﻣﺴﻠﻢ ﻓﻰ ﺕﻌﺮف أﺡﻜﺎم وﻳﻔﻬﻢ اﻟﻘﺮﺁن ﻃﺒﻘﺎ ﻟﻘﻮاﻋﺪ اﻟﻠﻐﺔ اﻟﻌﺮﺑﻴﺔ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺕﻜﻠﻒ وﻻ.اﻹﺳﻼم ﺕﻌﺴﻒ وﻳﺮﺟﻊ ﻓﻰ ﻓﻬﻢ اﻟﺴﻨﺔ اﻟﻤﻄﻬﺮة اﻟﻰ رﺟﺎل اﻟﺤﺪﻳﺚ اﻟﺜﻘﺎت Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa Arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan terlalu memudahkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan merujuk kepada rijal-rijal hadis yang thiqah. · · · · · ·
Isi-isi: Betul dan ikhlas adalah syarat amalan diterima. Penentu kepada betul dan salah ialah Al-Quran dan Hadis. Jaminan tidak akan sesat siapa yang berpegang dengan keduanya. Bahaya terlalu menyukarkan/membincangkan suatu yang tidak perlu atau terlalu mempermudahkan dalam memahami Al-Quran. Umar pernah menghukum Sabigh kerana banyak tanya tentang makna 'Mursalat'. Kepentingan memahami Al-Quran dalam bahasa Arab. Kepentingan rijal hadis dalam memahami hadis dan kepentingan memastikan kesahihan hadis.
3
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KETIGA
وﻟﻺﻳﻤﺎن اﻟﺼﺎدق واﻟﻌﺒﺎدة اﻟﺼﺤﻴﺤﺔ واﻟﻤﺠﺎهﺪة ﻧﻮر وﺡﻼوة ﻳﻘﺬﻓﻬﺎ اﷲ ﻓﻰ ﻗﻠﺐ ﻣﻦ ﻳﺸﺎء ﻣﻦ ﻋﺒﺎدﻩ وﻟﻜﻦ اﻹﻟﻬﺎم واﻟﺨﻮاﻃﺮ واﻟﻜﺸﻒ .واﻟﺮؤى ﻟﻴﺴﺖ ﻣﻦ أدﻟﺔ اﻷﺡﻜﺎم اﻟﺸﺮﻋﻴﺔ Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil hukum syariah.
Isi-isi: · Kelebihan Allah diberikan kepada: · iman yang benar dan bersih, · ibadah yang betul dari bebas dari bid'ah serta · mujahadah yang lurus tanpa kurang dan melampau (firasat, kemanisan, kesah Othman kesan Umar dengan tenteranya). · Hadis 3 perkara - akan diberi kemanisan iman. · Ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi boleh digunakan sebagai tambahan untuk pengukuhan (tathabbut) jika tidak bertentangan dengan syarak dan ianya tidak ditolak secara mutlak. · Sumber hukum syarak mestilah bersih dan tidak bercampur aduk dengan perkara zann dan khurafat.
4
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KEEMPAT
واﻟﺘﻤﺎﺋﻢ واﻟﺮﻗﻰ واﻟﻮدع واﻟﻤﻌﺮﻓﺔ واﻟﻜﻬﺎﻧﺔ وادﻋﺎء ﻣﻌﺮﻓﺔ اﻟﻐﻴﺐ وآﻞ ﻣﺎ آﺎن ﻣﻦ هﺬا اﻟﺒﺎب ﻣﻨﻜﺮ ﺕﺠﺐ ﻣﺤﺎرﺑﺘﻪ اﻻ ﻣﺎ آﺎن ﺁﻳﺔ ﻣﻦ ﻗﺮﺁن أو رﻗﻴﺔ ﻣﺄﺛﻮرة Setiap tangkal, jampi, pelindung, tilikan (tahu dimana barang tersembunyi), tenung, pengakuan mengetahui perkara ghaib dan semua yang seumpama dengan perkara ini adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi; kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran atau jampi yang ma'thur. · · · · · · ·
Isi-Isi:
Semuanya haram dengan dalil Quran (Yunus:17), (Furqan:3), Hadis Ahmad. Kenapa diharamkan? Hanya Allah yang berkuasa dan tahu perkara ghaib/ membersihkan akidah dan fikiran. Jampi dengan ayat Quran harus dengan 3 syarat: Quran atau Nama-nama Allah. Dengan bahasa Arab dan difahami ertinya. Tidak mempercayai jampi itu boleh memberi kesan. Tangkal dengan ayat Quran - khilaf ulama.
5
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KELIMA
ورأى اﻹﻣﺎم وﻧﺎﺋﺒﻪ ﻓﻴﻤﺎ ﻻ ﻧﺺ ﻓﻴﻪ وﻓﻴﻤﺎ ﻳﺤﺘﻤﻞ وﺟﻮهﺎ ﻋﺪة وﻓﻰ اﻟﻤﺼﺎﻟﺢ اﻟﻤﺮﺳﻠﺔ ﻣﻌﻤﻮل ﺑﻪ ﻣﺎ ﻟﻢ ﻳﺼﻄﺪم ﺑﻘﺎﻋﺪة ﺷﺮﻋﻴﺔ وﻗﺪ ﻳﺘﻐﻴﺮ واﻷﺻﻞ ﻓﻰ اﻟﻌﺒﺎدات اﻟﺘﻌﺒﺪ دون.ﺑﺤﺴﺐ اﻟﻈﺮوف واﻟﻌﺮف واﻟﻌﺎدات اﻹﻟﺘﻔﺎت اﻟﻰ اﻟﻤﻌﺎﻧﻰ وﻓﻰ اﻟﻌﺎدﻳﺎت اﻹﻟﺘﻔﺎت اﻟﻰ اﻷﺳﺮار واﻟﺤﻜﻢ .واﻟﻤﻘﺎﺻﺪ Pendapat Imam(ketua) dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas atau pada perkara yang mempunyai banyak andaian dan pada masalah 'masolih mursalah'; hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa melihat kepada rahsianya. Sedangkan asal dalam perkara adat pula hendaklah dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.
Isi-isi:
· · · · · · ·
Siapakah imam dan siapa naibnya./ Apakah hak-hak imam dan naibnya./ Apakah sifat dan ciri-ciri seorang imam. Apakah lapangan yang perlu dipakai pendapat imam: tiada nas (ummul-walad) perkara yang mempunyai banyak andaian / pilihan (tawanan perang) masolih mursalah Mengapa perlu dipakai pendapat imam dalam masalah di atas ? Mengelakkan pertelingkahan dan perpecahan saf ummat/ jamaah. Ditolak pendapat imam jika bertentangan dengan nas. Imam boleh menukar pandangannya berdasarkan zuruf, masa dan keadaan. Asal dan ibadah dan asal dan adat.
6
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KEENAM
وآﻞ أﺡﺪ ﻳﺆﺧﺬ ﻣﻦ آﻼﻣﻪ وﻳﺘﺮك اﻻ اﻟﻤﻌﺼﻮم ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ وآﻞ ﻣﺎ ﺟﺎء ﻋﻦ اﻟﺴﻠﻒ رﺽﻮان اﷲ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﻣﻮاﻓﻘﺎ ﻟﻠﻜﺘﺎب واﻟﺴﻨﺔ ﻗﺒﻠﻨﺎﻩ واﻻ ﻓﻜﺘﺎب اﷲ وﺳﻨﺔ رﺳﻮﻟﻪ أوﻟﻰ ﺑﺎﻹﺕﺒﺎع وﻟﻜﻨﺎ ﻻ ﻧﻌﺮض ﺑﻄﻌﻦ أو ﺕﺠﺮﻳﺢ وﻧﻜﻠﻬﻢ اﻟﻰ ﻧﻴﺎﺕﻬﻢ- ﻓﻴﻤﺎ اﺧﺘﻠﻒ ﻓﻴﻪ- ﻟﻸﺷﺨﺎص .وﻗﺪ أﻓﻀﻮا اﻟﻰ ﻣﺎ ﻗﺪﻣﻮا Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata orang yang maksum iaitu Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunnah hendaklah diterima. Jika tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka kerana perbezaan pandangan mereka. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah memberi saham dengan apa yang telah mereka lakukan.
Isi-isi: · · ·
Semua manusia melakukan kesilapan kecuali Rasul saw.(Najm:2) Sikap kita terhadap pandangan ulama-ulama salaf - diperiksa dengan Al-Quran dan Hadis untuk diterima atau ditolak. Ulama-ulama besar sendiri menyuruh menolak kata-kata mereka. Adab dengan ulama Waris Nabi-nabi/ Tidak boleh memburuk-kan ulama kerana pandangan mereka./ Boleh mencari kebenaran dan menyatakan kesilapan mereka secara baik.
7
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KETUJUH
وﻟﻜﻞ ﻣﺴﻠﻢ ﻟﻢ ﻳﺒﻠﻎ درﺟﺔ اﻟﻨﻈﺮ ﻓﻰ ادﻟﺔ اﻷﺡﻜﺎم اﻟﻔﺮﻋﻴﺔ أن ﻳﺘﺒﻊ اﻣﺎﻣﺎ ﻣﻦ أﺋﻤﺔ اﻟﺪﻳﻦ وﻳﺤﺴﻦ ﺑﻪ ﻣﻊ هﺬا اﻹﺕﺒﺎع أن ﻳﺠﺘﻬﺪ ﻣﺎ اﺳﺘﻄﺎع ﻓﻰ ﺕﻌﺮف أدﻟﺘﻪ وأن ﻳﺘﻘﺒﻞ آﻞ ارﺷﺎد ﻣﺼﺤﻮب ﺑﺎﻟﺪﻟﻴﻞ ﻣﺘﻰ ﺻﺢ ﻋﻨﺪﻩ ﺻﻼح ﻣﻦ أرﺷﺪﻩ وآﻔﺎﻳﺘﻪ وأن ﻳﺴﺘﻜﻤﻞ ﻧﻘﺼﻪ اﻟﻌﻠﻤﻰ إن آﺎن ﻣﻦ أهﻞ اﻟﻌﻠﻢ ﺡﺘﻰ ﻳﺒﻠﻎ درﺟﺔ اﻟﻨﻈﺮ Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furu' hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang disertai dengan dalil jika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilmu yang ada pada dirinya sekiranya dia dari kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada peringkat Ahli-Nazar (mampu memahami hukum dari sumbernya).
Isi-isi:
· · ·
Ijtihad hanya harus bagi yang mampu dan taqlid harus bagi yang tidak mampu. Keperluan mengetahui dalil setiap dari amalan yang dilakukan agar merasai hubungan dengan Allah dan RasulNya saw. Perlu menerima nasihat untuk beramal jika nasihat disertai dalil walaupun kadangkala bercanggah dengan amalan biasa.
8
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KELAPAN
واﻟﺨﻼف اﻟﻔﻘﻬﻰ ﻓﻰ اﻟﻔﺮوع ﻻ ﻳﻜﻮن ﺳﺒﺒﺎ ﻟﻠﺘﻔﺮق ﻓﻰ اﻟﺪﻳﻦ وﻻ ﻳﺆدى اﻟﻰ ﺧﺼﻮﻣﺔ أو ﺑﻐﻀﺎء وﻟﻜﻞ ﻣﺠﺘﻬﺪ أﺟﺮﻩ وﻻ ﻣﺎﻧﻊ ﻣﻦ اﻟﺘﺤﻘﻴﻖ اﻟﻌﻠﻤﻰ اﻟﻨﺰﻳﻪ ﻓﻰ ﻣﺴﺎﺋﻞ اﻟﺨﻼف ﻓﻰ ﻇﻞ اﻟﺤﺐ ﻓﻰ اﷲ واﻟﺘﻌﺎون ﻋﻠﻰ اﻟﻮﺻﻮل اﻟﻰ اﻟﺤﻘﻴﻘﺔ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ أن ﻳﺠﺮ ذﻟﻚ اﻟﻰ اﻟﻤﺮاء اﻟﻤﺬﻣﻮم .واﻟﺘﻌﺼﺐ Perselisihan pendapat dalam perkara furu' fekah tidak sepatutnya menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan dan kemarahan antara satu sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah secara bersih dalam masalah yang diperselisihkan ini jika dilakukan dalam suasana kasih mengasihi kerana Allah dan bantu membantu untuk sampai kepada suatu hakikat dengan syarat tidak membawa kepada perbahasan cara buruk dan perasaan taasub.
Isi-isi: · · · ·
Tujuan : sikap yang betul dalam menghadapi masalah perbezaan pendapat. Perselisihan mesti akan berlaku tetapi Kasih sayang sesama Islam lebih penting dari berada atas satu pendapat. Sesiapa boleh mengikut mana-mana pendapat Imam selagi tujuannya untuk mematuhi perintah Allah. Bahaya penyakit ta 'asub (apa yang dikatakan ta'asub/ bila perlu taasub). Perbezaan pendapat dalam masalah dakwah & timbul pelbagai cara. Penyelesaiannya ialah kaedah Ulama: Kita bertolong menolong dalam perkara yang kita sepakat dan kita bermaafmaafan dalam perkara yang diperselisihkan.
9
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KESEMBILAN
وآﻞ ﻣﺴﺌﻠﺔ ﻻ ﻳﻨﺒﻨﻰ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻋﻤﻞ ﻓﺎﻟﺨﻮض ﻓﻴﻬﺎ ﻣﻦ اﻟﺘﻜﻠﻒ اﻟﺬى ﻧﻬﻴﻨﺎ ﻋﻨﻪ ﺷﺮﻋﺎ وﻣﻦ ذﻟﻚ آﺜﺮة اﻟﺘﻔﺮﻳﻌﺎت ﻟﻸﺡﻜﺎم اﻟﺘﻰ ﻟﻢ ﺕﻘﻊ واﻟﺨﻮض ﻓﻰ ﻣﻌﺎﻧﻰ اﻵﻳﺎت اﻟﻘﺮﺁﻧﻴﺔ اﻟﺘﻰ ﻟﻢ ﻳﺼﻞ اﻟﻴﻬﺎ اﻟﻌﻠﻢ ﺑﻌﺪ واﻟﻜﻼم ﻓﻰ اﻟﻤﻔﺎﺽﻠﺔ ﺑﻴﻦ اﻷﺻﺤﺎب رﺽﻮان اﷲ ﻋﻠﻴﻬﻢ وﻣﺎ ﺷﺠﺮ ﺑﻴﻨﻬﻢ ﻣﻦ ﺧﻼف وﻟﻜﻞ ﻣﻨﻬﻢ ﻓﻀﻞ ﺻﺤﺒﺘﻪ وﺟﺰاء ﻧﻴﺘﻪ وﻓﻰ اﻟﺘﺄول ﻣﻨﺪوﺡﺔ Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam hukum-hukum yang belum berlaku, membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.
Isi-isi: · · · · · · · · · · · · · · ·
Kepentingan waktu terutama bagi muslim(Wal-'Asr). Muslim mesti menjaga waktu pada perkara yang bermanfaat saja dan mempelajari ilmu yang bermanfaat. Pembahagian ilmu: (1. Ilmu yang disuruh dan digalakkan (fardhu 'Ain & kifayah) /2. Ilmu yang diperselisihi (mantiq dsb) /3. Ilmu yang diharamkan (sihir, jampi mentera, nujum dsb). Larangan duduk bersama orang berbincang kosong (6:68). Bani Israel dikutuk Allah kerana banyak berbahas:(Kesah lembu 2:67-73) Allah bawa cerita lain bila ditanya perkara tak berfaedah (Kesah anak bulan 2:189) Contoh perkara tak membawa kepada amal (detail Orang gua, apa bahasa Nabi Sulaiman as bercakap dengan Hud-hud, apa nama pokok Nabi Adam as., Di mana kedua ibubapa Nabi Saw- syurga atau neraka.... dll) Adab berjidal (berbahas): Jidal asal dilarang (Hadis: Tidak sesat umat selepasku setelah mendapat hidayah melainkan kerana mereka suka berbahas). Boleh dengan syarat: Untuk belajar/ Menghidupkan ilmul untuk beramal/ jauh dari riya' Tidak membicarakan mengenai Qadar: Kesah Nabi Isa as dengan iblis Kesah Umar dengan pencuri Tidak memperkatakan perbezaan antara sahabat Nabi saw. Allah telah membersihkan tangan kita dari darah mereka maka jangan mengotorkan lidah kita.
10
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KESEPULUH
ﻣﻌﺮﻓﺔ اﷲ ﺕﺒﺎرك وﺕﻌﺎﻟﻰ وﺕﻮﺡﻴﺪﻩ وﺕﻨﺰﻳﻬﻪ أﺳﻤﻰ ﻋﻘﺎﺋﺪ اﻹﺳﻼم وﺁﻳﺎت اﻟﺼﻔﺎت وأﺡﺎدﻳﺜﻬﺎ اﻟﺼﺤﻴﺤﺔ وﻣﺎ ﻳﻠﻴﻖ ﺑﺬﻟﻚ ﻣﻦ اﻟﺘﺸﺎﺑﻪ ﻧﺆﻣﻦ ﺑﻬﺎ آﻤﺎ ﺟﺎءت ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺕﺄوﻳﻞ وﻻ ﺕﻌﻄﻴﻞ وﻻ ﻧﺘﻌﺮض ﻟﻤﺎ ﺟﺎء ﻓﻴﻬﺎ ﻣﻦ ﺧﻼف ﺑﻴﻦ اﻟﻌﻠﻤﺎء وﻳﺴﻌﻨﺎ ﻣﺎ وﺳﻊ رﺳﻮل اﷲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ { وأﺻﺤﺎﺑﻪ } واﻟﺮاﺳﺨﻮن ﻓﻰ اﻟﻌﻠﻢ ﻳﻘﻮﻟﻮن ﺁﻣﻨﺎ ﺑﻪ آﻞ ﻣﻦ ﻋﻨﺪ رﺑﻨﺎ Mengenal Allah Taala, bertauhid kepadaNya dan membersihkanNya dari sebarang kekurangan adalah akidah Islam yang paling mulia. Mana-mana ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan penyerupaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan ta'til. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (AlImran).
Isi-isi: · · · · · · · ·
Semua amal solih diterima bergantung kepada usul aqidah yang betul. Aqidah adalah sebagai pembina/perubah hidup bukan ilmu istilah yang dihafal. Iman hendaklah teguh tidak berganjak (49: 15) dan dituruti dengan kepatuhan (4:65). Asal kelahiran ilmu tauhid secara istilahi/mantiqi/falsafi - adalah hanya untuk menolak golongan ahli Falsafah yang menyeleweng (Qadariah, Jabariah, Mu'tazilah, Juhmiyyah dll.) Sifat-sifat Allah yang menyebutkan bahawa Allah menyerupai makhluk hendaklah diserahkan kepada Allah dengan keyakinan: Tidak ada yang menyerupainya (42:1) dan ilmu makhluk tidak boleh mencapai hakikat sifat Allah (20:110). Aqidah mempunyai usul yang tidak boleh diperselisihi -(wujud Tuhan, sifat2 di dalam Quran) dan furu' (cabang yang boleh diperselisihi- Nabi saw melihat Allah, orang mati mendengar doa orang hidup, Mi'raj dengan roh dan jasad dll).
11
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KESEBELAS
اﺳﺘﺤﺴﻨﻬﺎ اﻟﻨﺎس ﺑﺄهﻮاءهﻢ- وآﻞ ﺑﺪﻋﺔ ﻓﻰ دﻳﻦ اﷲ ﻻ أﺻﻞ ﻟﻬﺎ ﺽﻼﻟﺔ ﺕﺠﺐ ﻣﺤﺎرﺑﺘﻬﺎ واﻟﻘﻀﺎء- ﺳﻮاء ﺑﺎﻟﺰﻳﺎدة ﻓﻴﻪ أو ﺑﺎﻟﻨﻘﺺ ﻓﻴﻪ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﺑﺄﻓﻀﻞ اﻟﻮﺳﺎﺋﻞ اﻟﺘﻰ ﻻ ﺕﺆدى اﻟﻰ ﻣﺎ هﻮ ﺷﺮ ﻣﻨﻬﺎ Setiap perkara bid'aah dalam Agama Allah yang tidak ada asalnya walaupun dipandang elok oleh orang ramai dengan nafsu mereka tidak kira samada dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, semuanya adalah perkara sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari itu.
Isi-isi: · · · · · ·
Makna bid'ah: Cara yang direka dalam agama... Hadis melarang bid'ah - haram dan dosa besar. Syarat bid'ah yang ditegah: Dalam agama (boleh bid'ah dalam perkara dunia) Tiada asal langsung dari syarak (jika ada - khilaf ulamak). Cara menegah sesuatu bid'ah: tidak membawa kepada perkara lebih buruk (Ibnu Taimiyyah dengan orang Tatar).
12
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KEDUA BELAS
واﻟﺒﺪﻋﺔ اﻹﺽﺎﻓﻴﺔ واﻟﺘﺮآﻴﺔ واﻹﻟﺘﺰام ﺑﺎﻟﻌﺒﺎدات اﻟﻤﻄﻠﻘﺔ ﺧﻼف ﻓﻘﻬﻰ ﻟﻜﻞ ﻓﻴﻪ رأﻳﻪ وﻻ ﺑﺄس ﺑﺘﻤﺤﻴﺺ اﻟﺤﻘﻴﻘﺔ ﺑﺎﻟﺪﻟﻴﻞ واﻟﺒﺮهﺎن Perkara bid'ah tambahan dan pengurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti. · · · · · ·
Isi-isi:
Jenis-jenis bid'ah: Bid'ah hakiki - perkara dalam agama yang tiada asal langsung. Bid'ah tambahan - ada asalnya atau disyarakkan tetapi dibuat penambahan padanya.(Solawat selepas azan, baca Kahfi kuat hari jumaat, zikir bersama-sama selepas solat). Bid'ah tarkiyyah - meninggalkan sesuatu yang halal dan menganggap ianya kebaikan dalam agama (tak kahwin, tak makan daging). Iltizam dengan ibadah yang mutlak - wajibkan ibadah dengan bilangan dan pada waktu tertentu. Paling baik - ikut Sunnah.
13
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KETIGA BELAS
وﻣﺤﺒﺔ اﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦ واﺡﺘﺮاﻣﻬﻢ واﻟﺜﻨﺎء ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺑﻤﺎ ﻋﺮف ﻣﻦ ﻃﻴﺐ أﻋﻤﺎﻟﻬﻢ ﻗﺮﺑﺔ اﻟﻰ اﷲ ﺕﺒﺎرك وﺕﻌﺎﻟﻰ واﻷوﻟﻴﺎء هﻢ اﻟﻤﺬآﻮرون ﻓﻰ ﻗﻮﻟﻪ ﺕﻌﺎﻟﻰ } اﻟﺬﻳﻦ ﺁﻣﻨﻮا وآﺎﻧﻮا ﻳﺘﻘﻮن{ واﻟﻜﺮاﻣﺔ ﺛﺎﺑﺘﺔ ﻟﻬﻢ ﺑﺸﺮاﺋﻄﻬﺎ اﻟﺸﺮﻋﻴﺔ ﻣﻊ اﻋﺘﻘﺎد اﻧﻬﻢ رﺽﻮان اﷲ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﻻ ﻳﻤﻠﻜﻮن ﻷﻧﻔﺴﻬﻢ ﻧﻔﻌﺎ وﻻ ﺽﺮا ﻓﻰ ﺡﻴﺎﺕﻬﻢ أو ﺑﻌﺪ ﻣﻤﺎﺕﻬﻢ ﻓﻀﻼ ﻋﻦ أن ﻳﻬﺒﻮا ﺷﻴﺌﺎ ﻣﻦ ذﻟﻚ .ﻟﻐﻴﺮهﻢ Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah ialah orang-orang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat untuk diri mereka sendiri di kala hidup atau mati apatahlagi dapat memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.
Isi-isi: · · · ·
Allah memuji orang yang baik (Ansar dll) Hadis 3 kemanisan iman. Siapakah wali? Surah Yunus:62-63. Keramat : usul akidah ahli sunnah wajib percaya ada keramat untuk wali.
14
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KEEMPAT BELAS
وزﻳﺎرة اﻟﻘﺒﻮر أﻳﺎ آﺎﻧﺖ ﺳﻨﺔ ﻣﺸﺮوﻋﺔ ﺑﺎﻟﻜﻴﻔﻴﺔ اﻟﻤﺄﺛﻮرة وﻟﻜﻦ اﻹﺳﺘﻌﺎﻧﺔ ﺑﺎﻟﻤﻘﺒﻮرﻳﻦ أﻳﺎ آﺎﻧﻮا وﻧﺪاﺋﻬﻢ ﻟﺬﻟﻚ وﻃﻠﺐ ﻗﻀﺎء اﻟﺤﺎﺟﺎت ﻣﻨﻬﻢ ﻋﻦ ﻗﺮب أو ﺑﻌﺪ واﻟﻨﺬر ﻟﻬﻢ وﺕﺸﻴﻴﺪ اﻟﻘﺒﻮر وﺳﺘﺮهﺎ وإﺽﺎﺋﺘﻬﺎ وﺕﻤﺴﺢ ﺑﻬﺎ واﻟﺤﻠﻒ ﺑﻐﻴﺮ اﷲ وﻣﺎ ﻳﻠﺤﻖ ﺑﺬﻟﻚ ﻣﻦ اﻟﻤﺒﺘﺪﻋﺎت آﺒﺎﺋﺮ ﺕﺠﺐ ﻣﺤﺎرﺑﺘﻬﺎ وﻻ ﻧﺘﺄول ﺑﻬﺬﻩ اﻷﻋﻤﺎل ﺳﺪا ﻟﻠﺬرﻳﻌﺔ Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi hendaklah dengan caranya yang ma'thur. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya darinya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, membina perkuburan dan menerangkan kubur mereka, menyapu-nyapunya, bersumpah dengan selain dari nama Allah dan sebagainya adalah perkara bid'aah yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan perkara-perkara ini bagi menyekat daripada keburukan (Saddu al-Zara'i).
Isi-isi: · · · · ·
Ziarah kubur adalah digalakkan kerana faedah: ingatkan akhirat/ kematian/ menjauhi kemungkaran. Sama saja kubur sesiapa - baik dan jahat - sunat menangis bila lalui kubur orang zalim (hadis lalui kaum thamud) Adab ziarah - beri salam dan berdoa. Meminta tolong - hanya boleh kepada Allah. Perkara yang haram berkaitan kubur: Meninggikan kubur / memasang tirai / menyalakan lampu / menyapu-nyapu.
15
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KELIMA BELAS
واﻟﺪﻋﺎء اذا ﻗﺮن ﺑﺎﻟﺘﻮﺳﻞ اﻟﻰ اﷲ ﻷﺡﺪ ﻣﻦ ﺧﻠﻘﻪ ﺧﻼف ﻓﺮﻋﻰ ﻓﻰ آﻴﻔﻴﺔ اﻟﺪﻋﺎء وﻟﻴﺲ ﻣﻦ ﻣﺴﺎﺋﻞ اﻟﻌﻘﻴﺪة Doa kepada Allah yang disertai dengan tawassul dengan seseorang dari makhluk adalah termasuk dalam masalah khilaf furu' dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah. · ·
Isi-isi:
Maksud tawassul Boleh bertawassul dengan Al-Quran, amalan baik dan nama-nama Allah.
16
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KEENAM BELAS
واﻟﻌﺮف اﻟﺨﺎﻃﺊ ﻻ ﻳﻐﻴﺮ ﺡﻘﺎﺋﻖ اﻷﻟﻔﺎظ اﻟﺸﺮﻋﻴﺔ ﺑﻞ ﻳﺠﺐ اﻟﺘﺄآﺪ ﻣﻦ ﺡﺪود اﻟﻤﻌﺎﻧﻰ اﻟﻤﻘﺼﻮد ﺑﻬﺎ واﻟﻮﻗﻮف ﻋﻨﺪهﺎ آﻤﺎ ﻳﺠﺐ اﻹﺡﺘﺮاز ﻣﻦ اﻟﺨﺪاع اﻟﻠﻔﻈﻰ ﻓﻰ آﻞ ﻧﻮاﺡﻰ اﻟﺪﻧﻴﺎ واﻟﺪﻳﻦ ﻓﺎﻟﻌﺒﺮة ﺑﺎﻟﻤﺴﻤﻴﺎت ﻻ ﺑﺎﻷﺳﻤﺎء Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita berjaga-jaga dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek perkara dunia dan juga agama. Yang diambil kira pada sesuatu ialah apa yang dinamakan dan bukan nama-nama yang diberikan.
Isi-isi: · · · ·
Syariat adalah rujukan dan bukannya adat dan uruf. Uruf dan adat yang betul boleh diterima. Setiap orang mesti mengetahui hakikat sesuatu dan bukan terpengaruh dengan nama. Hadis (.. akan ada orang menghalalkan arak dan menamakan dengan nama lain..) Istilah-istilah - kemajuan, budaya, seni, faedah bank, persaudaraan dll.
17
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KETUJUH BELAS
واﻟﻌﻘﻴﺪة أﺳﺎس اﻟﻌﻤﻞ وﻋﻤﻞ اﻟﻘﻠﺐ أهﻢ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ اﻟﺠﺎرﺡﺔ وﺕﺤﺼﻴﻞ اﻟﻜﻤﺎل ﻓﻰ آﻠﻴﻬﻤﺎ ﻣﻄﻠﻮب ﺷﺮﻋﺎ وإن اﺧﺘﻠﻔﺖ ﻣﺮﺕﺒﺘﺎ اﻟﻄﻠﺐ Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih penting dari amalan anggota luar. Mencari kesempumaan dalam keduanya (amalan zahir dan hati) adalah dituntut oleh syarak walaupun terdapat perbezaan derjat tuntutan ini. · · ·
Isi-isi:
Iman dan akidah penentu penerimaan amalan. Hadis hati Amalan hati lebih afdhal. Maksiat hati juga adalah sebaliknya.
18
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KELAPAN BELAS
اﻹﺳﻼم ﻳﺤﺮر اﻟﻌﻘﻞ وﻳﺤﺚ ﻋﻠﻰ اﻟﻨﻈﺮ ﻓﻰ اﻟﻜﻮن وﻳﺮﻓﻊ ﻗﺪر اﻟﻌﻠﻢ واﻟﻌﻠﻤﺎء وﻳﺮﺡﺐ ﺑﺎﻟﺼﺎﻟﺢ اﻟﻨﺎﻓﻊ ﻣﻦ آﻞ ﺷﻲء واﻟﺤﻜﻤﺔ ﺽﺎﻟﺔ اﻟﻤﺆﻣﻦ أﻧﻰ وﺟﺪهﺎ ﻓﻬﻮ أﺡﻖ اﻟﻨﺎس ﺑﻬﺎ Islam telah membebaskan akal dan menggalakkan supaya memerhatikan alam ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat (wisdom) itu adalah barang yang hilang dari mukmin dan sekiranya dia menjumpainya, maka dialah orang yang paling berhak dengannya.' · · · · ·
Isi-isi:
Islam bebaskan akal dari khurafat dan karut marut. Islam menolak taqlid buta (2:170) dan mengikut hawa nafsu. Nas syarak banyak menyuruh memerhati alam. Islam menggalakkan ilmu dan menuntutnya. Hikmat - maksudnya dan tugas kita.
19
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KESEMBILAN BELAS
وﻗﺪ ﻳﺘﻨﺎول آﻞ ﻣﻦ اﻟﻨﻈﺮ اﻟﺸﺮﻋﻰ واﻟﻨﻈﺮ اﻟﻌﻘﻞ ﻣﺎ ﻻ ﻳﺪﺧﻞ ﻓﻰ داﺋﺮة اﻵﺧﺮ وﻟﻜﻨﻬﻤﺎ ﻟﻦ ﻳﺨﺘﻠﻔﺎ ﻓﻰ اﻟﻘﻄﻌﻰ ﻓﻠﻦ ﺕﺼﻄﺪم ﺡﻘﻴﻘﺔ ﻋﻠﻤﻴﺔ .ﺻﺤﻴﺤﺔ ﺑﻘﺎﻋﺪة ﺷﺮﻋﻴﺔ ﺛﺎﺑﺘﺔ وﻳﺆول اﻟﻈﻨﻰ ﻣﻨﻬﻤﺎ ﻟﻴﺘﻔﻖ ﻣﻊ اﻟﻘﻄﻌﻰ ﻓﺈن آﺎﻧﺎ ﻇﻨﻴﻴﻦ ﻓﺎﻟﻨﻈﺮ اﻟﺸﺮﻋﻰ أوﻟﻰ ﺑﺎﻹﺕﺒﺎع ﺡﺘﻰ ﻳﺜﺒﺖ اﻟﻌﻘﻠﻰ أو ﻳﻨﻬﺎر Kadang-kala pandangan syarak dan pandangan akal membicarakan bidang yang sama tetapi keduanya ini tidak mungkin akan berselisih dalam perkara yang pasti(qat'ie). Hakikat ilmiah (sains) yang sahih tidak sekali-kali akan bertembung dengan kaedah syarak yang telah tetap. Perkara yang dzan (belum sampai tahap pasti 100%) pada keduanya perlu ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih patut dipakai hinggalah perkara aqli tersebut bertukar menjadi thabit atau akan terbubar.
Isi-isi: · · · ·
Maksud pandangan syarak dan pandangan akal (aqli). Ada perkara-perkara yang biasanya tidak dibincang oleh akal kadang-kadang disentuhnya. Cara penyelesaian bila berlaku pertentangan antara pandangan akal dan pandangan syarak. Erti Zanni dan Qat'ie.
20
20 Dasar Islam_________________________________________________________________________
DASAR KEDUA PULUH
ﻻ ﻧﻜﻔﺮ ﻣﺴﻠﻤﺎ أﻗﺮ ﺑﺎﻟﺸﻬﺎدﺕﻴﻦ وﻋﻤﻞ ﺑﻤﻘﺘﻀﺎهﻤﺎ وأدى اﻟﻔﺮاﺋﺾ ﺑﺮأى أو ﻣﻌﺼﻴﺔ إﻻ إن أﻗﺮ ﺑﻜﻠﻤﺔ اﻟﻜﻔﺮ أو أﻧﻜﺮ ﻣﻌﻠﻮﻣﺎ ﻣﻦ اﻟﺪﻳﻦ ﺑﺎﻟﻀﺮورة أو آﺬب ﺻﺮﻳﺢ اﻟﻘﺮﺁن أو ﻓﺴﺮﻩ ﻋﻠﻰ وﺟﻪ ﻻ ﺕﺤﺘﻤﻠﻪ .أﺳﺎﻟﻴﺐ اﻟﻠﻐﺔ اﻟﻌﺮﺑﻴﺔ ﺑﺤﺎل أو ﻋﻤﻞ ﻋﻤﻼ ﻻ ﺕﺤﺘﻤﻞ ﺕﺄوﻳﻼ ﻏﻴﺮ اﻟﻜﻔﺮ Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya semata-mata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukannya kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang tersangat maklum asas agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang tidak dapat diterima oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.
Isi-isi: · · · ·
Mengkafirkan seseorang peribadi tanpa pasti adalah bahaya kepada pelaku dan dakwah. Ibnu Taimiyyah: "..Sesiapa yang yakin Islamnya, tidak akan kufur dengan syak.." Sebab-sebab boleh bawa kepada kufur --> 5 "..Kita dai (pendakwah) bukan penghukum.." Hassan Hudhaibi.
21