Peperiksaan
11
Senat ke-197 pada 18 Jun 2009 Min. 2641[B][v] - Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] PEMERIKSA MEKANISME PEMERIKSAAN Mengikut peraturan 1. Tesis diperiksa yang sedia ada oleh Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalam; dan 2. viva voce
KAEDAH
DOKUMENTASI
Tesis Sahaja
Tesis
Tesis dan Penerbitan
1. Kandungan Tesis 1. Dokumen diperiksa oleh seorang yang diintegrasikan Pemeriksa Luar daripada himpunan dan seorang penerbitan yang Pemeriksa Dalam; diterbitkan; dan 2. Sekurang-kurang 2. viva voce tiga penerbitan berwasit dalam senarai yang ditetapkan oleh PTJ*; dan 3. Bidang Sastera, satu penerbitan dalam jurnal berwasit dan dua penerbitan seperti yang tersenarai dalam senarai PTJ.
CATATAN PERINCIAN DOKUMENTASI 1.Pemeriksa Luar Tempatan 50,000 hingga perlu mengembalikan 80,000 perkataan (sehingga 300 muka tesis bersama laporan. Perlu menghadiri viva surat) voce; 2.Pemeriksa Luar Antarabangsa perlu mengembalikan tesis bersama laporan. Tidak perlu dijemput untuk viva voce; 3.Laporan komprehensif perlu disertakan oleh Pemeriksa Luar Antarabangsa jika calon diminta menyerah semula tesis atau gagal; dan 4.Galakkan persidangan video.
25,000 hingga Panel Pemeriksa 40,000 perkataan viva voce: - Pengerusi; - Dekan/Wakil Dekan; - Seorang Pemeriksa Luar; - Seorang Pemeriksa Dalam; dan - Penyelia /dan Penyelia Bersama.
* Senarai penerbitan yang diberikan oleh PTJ kepada IPS akan diguna pakai untuk syarat pengijazahan dan juga untuk penilaian tesis.
1.Penerbitan dalam bentuk "Review" tidak boleh diterima. Dalam keadaan tertentu sekiranya PTJ mahu mempertimbangkan penerbitan dalam bentuk 'Review", PTJ perlu memberikan justifikasi yang kukuh; 2.Penerbitan perlu berkaitan dengan tesis yang diserahkan; 3.Hanya penerbitan yang dibuat semasa pencalonan boleh diterima; 4.Format tesis seperti yang sedia ada; 5.Hanya PTJ boleh menentukan sama ada seseorang calon boleh menggunakan kaedah ini melalui Panel Penilai Khas; dan 6. Perlu mendapatkan pengesahan MPSU.
Peperiksaan
12
Senat Ke-199 15 Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk Penyerahan: Penyerahan berlaku dalam dua tahap 1.1 Tahap Satu: Cadangan Penyerahan Calon mestilah menyerahkan satu notis menyatakan niatnya untuk mengikuti penilaian Doktor Falsafah melalui Kaedah Tesis dan Penerbitan, menggunakan Borang IPS/Exam-01:T&P, enam bulan sebelum menyerahkan 10 salinan tesis berkenaan. Prosedur bagi Penyerahan adalah seperti berikut: - Calon mengisi borang IPS/Exam-01: T&P dan menyerahkannya kepada penyelianya untuk diperakukan; -
Penyelia memperakukan dan menyerahkan Borang IPS/Exam-01 itu kepada Penolong Pendaftar Pusat Pengajian/Pusat;
-
Permohonan itu dibentangkan di Mesyuarat Majlis Pusat Pengajian/Pusat, yang akan melantik satu Jawatankuasa Penilaian Khas (JPK) untuk: - memutuskan tentang integriti permohonan berkenaan; - menilai karya-karya yang telah diterbitkan; dan - memutuskan tentang ketrampilan calon dari segi teknik-teknik yang diliputinya di dalam tesis berkenaan.
-
Calon boleh diminta untuk membuat satu pembentangan bagi membuktikan bahawa kandungan hasil kerjanya telah membuat satu sumbangan yang boleh diterima oleh bidang yang berkaitan dan metodologinya tepat.
-
Ahli-ahli dalam JPK terdiri daripada:i. Dekan (Pengerusi); ii. Ahli-ahli Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat Pengajian/Pusat; iii. Penyelia; iv. Dua ahli (dari dalam atau luar Pusat Pengajian/Pusat) yang dipilih oleh Majlis Pusat Pengajian/Pusat, yang merupakan pakar dalam bidang berkenaan.
-
Sebaik sahaja diluluskan oleh JPK, permohonan itu akan diserahkan kepada MPSU untuk diperakukan berasaskan kepada laporan dan sokongan yang dibuat oleh JPK.
1.2 Tahap Dua: Peperiksaan Seorang Pemeriksa Luar dan Seorang Pemeriksa Dalam; Panel Pemeriksa bagi viva voce termasuk:- Pengerusi [Timbalan Naib-Canselor (Akademik dan Hal-Ehwal Antarabangsa)/Dekan IPS/Profesor]; - Dekan Pusat Pengajian/Pusat atau wakilnya; - Pemeriksa Luar; - Pemeriksa Dalam; - Penyelia; - Penyelia Bersama; - Penolong Pendaftar. -
Panel tersebut juga sah diguna pakai bagi calon-calon yang merupakan staf USM; Calon juga boleh diminta untuk menyerahkan buku log penyelidikannya.
Peperiksaan
13
2. Garis Panduan tentang Dokumentasi 2.1 Tahap Satu: Penyerahan borang IPS/Exam-01: T&P kepada Jawatankuasa Khas Pusat Pengajian/Pusat mestilah disokong dengan dokumen-dokumen berikut: - Ulasan Kritis bagi penyerahan kaedah ini; - Penerbitan; Sekurang-kurangnya tiga penerbitan berwasit dalam senarai yang ditetapkan oleh PTJ*, dan untuk bidang sastera, satu penerbitan dalam jurnal berwasit dan dua penerbitan seperti yang disenaraikan dalam senarai PTJ. Dan - Satu Kenyataan tentang Pengarang Bersama. Tahap Dua: Dokumen terakhir yang hendak dihantar kepada Pemeriksa-pemeriksa mestilah mengandungi kesemua dokumen yang diperihalkan berikut, yang mesti dijilid bersama-sama. - Tesis/Disertasi; - Penerbitan; dan - Kenyataan tentang Pengarang Bersama. 2.2 Ulasan Dokumentasi a. Ulasan Kritis: Tahap Satu Sahaja Satu kenyataan (1000 patah perkataan) menyatakan sokongan bagi penyerahan Doktor Falsafah melalui Kaedah Tesis dan Penerbitan. Kenyataan itu mestilah menunjukkan saling perhubungan antara penerbitan-penerbitan dan kerja penyelidikan yang dijalankan dan bagaimana ia menyumbang kepada bidang kajian berkenaan. Justeru, kenyataan itu mestilah mengandungi/menunjukkan:- bahawa karya itu adalah kerja asli dan memberikan sumbangan yang bermakna kepada ilmu pengetahuan; - satu kronologi hasil kerja yang diterbitkan dan satu rumusan tentang setiap penerbitan yang diserahkan; - satu sintesis hasil kerja itu seperti yang ditunjukkan dalam penerbitan-penerbitan yang diserahkan termasuk satu rangka kasar saling perhubungan di antara setiap penerbitan dan isi kandungan teks dalam tesis berkenaan; justeru, membentangkan keseluruhan dokumen itu sebagai satu keseluruhan yang bersepadu; dan - satu rangka kasar untuk menunjukkan bagaimana karya-karya penerbitan itu berintegrasi untuk menyumbang kepada bidang kajian yang berkenaan. b.
Tesis Tesis yang akan diserahkan hendaklah mengandungi karya-karya yang diterbitkan dan satu teks yang mengandungi antara 25,000 hingga 40,000 patah perkataan. Teksnya mestilah menyepadukan koleksi karya yang telah diterbitkan dan yang belum (jika berkaitan), diasaskan kepada satu tema sama yang kukuh dan dikontekstualkan melalui penulisan naratif yang koheren, yang juga memberi satu penilaian kritis tentang penerbitan-penerbitan yang dikemukakan.
Peperiksaan c.
d.
14
Penerbitan Senarai Karya-karya yang Diterbitkan Satu senarai karya-karya yang telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal yang telah dikenal pasti oleh Pusat Pengajian/Pusat mestilah diserahkan bersama-sama dengan Borang IPS/Exam-01: T&P. Dokumen-dokumen yang mesti diserahkan kepada JPK Pusat Pengajian/Pusat adalah: -
Kriteria bagi penerbitan adalah seperti berikut: - Karya diterbitkan yang terbuka kepada umum dan tidak termasuk penerbitan yang sirkulasinya terhad; - Penerbitan atau bukti penerimaan untuk diterbitkan (contohnya: "dalam percetakan"); - Penerbitan mestilah berasaskan penyelidikan yang dijalankan semasa calon berdaftar dengan universiti; - Kertas ulasan dan kertas kerja/prosiding persidangan TIDAK boleh diterima; dan - Berasaskan senarai penerbitan untuk T & P Anugerah Doktor Falsafah, yang dibangunkan dan diperakukan oleh Majlis Pusat Pengajian/Pusat masing-masing;
-
Penyerahan daripada Pusat Pengajian/Pusat berasas Sains dan Teknologi (lihat Senarai 1) mestilah mengandungi sekurang-kurangnya tiga artikel jurnal yang saling berkait dan telah diulas oleh rakan sekerja, tentang kerja-kerja yang calon tersebut memainkan peranan yang utama;
-
Penyerahan daripada Pusat Pengajian/Pusat berasas Sastera (lihat Senarai 2) mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu artikel jurnal dan dua artikel utama yang saling berkaitan dengan kerja-kerja yang calon memainkan peranan yang utama;
-
Satu komen tentang taraf jurnal dan penerimaan bahan-bahan penerbitan itu seperti yang ditunjukkan oleh petikan-petikan dan ulasan buku jika berkaitan; dan
-
Satu perisytiharan bahawa bahan-bahan penerbitan itu belum pernah diserahkan sebelum ini sebagai sebahagian daripada sesuatu ijazah.
Kenyataan tentang Pengarang Bersama - Calon mestilah mengenal pasti pengarang utamanya dan memerihalkan sepenuhnya sumbangannya sendiri dalam setiap penerbitan yang kemukakan. Sumbangan oleh calon mestilah dinilai mengikut inputnya dalam: i. reka bentuk penyiasatan itu; ii. pengendalian penyelidikan itu; iii. analisis hasil kajian, dan iv. penyediaan manuskrip untuk penerbitan.
Persetujuan sebulat suara mestilah diperoleh daripada kesemua pengarang bersama tentang sumbangan oleh calon dan kenyataan tersebut mestilah diperakukan oleh penyelia dan semua pengarang bersama.
Peperiksaan
15
3. Format Tesis Abstrak: Bahasa Malaysia dan Inggeris Pengenalan dan Ulasan Karya: Bahagian ini seharusnya membentangkan karya yang telah diterbitkan itu dalam konteks hasilhasil karya yang sedia ada dan seharusnya menilai sumbangan penyelidikan dalam penerbitan yang dikemukakan itu kepada usaha memajukan bidang penyelidikan berkenaan. Ia harus juga mengandungi pernyataan masalah dan objektif karya yang dikemukakan itu pada keseluruhannya. -
Bahan-bahan dan Kaedah Karya yang Diterbitkan dan yang Tidak Diterbitkan: Salah satu daripada kerumitan yang dihadapi oleh Pemeriksa dalam proses menilai sesuatu penyerahan melalui kaedah ini ialah bahawa penerbitan-penerbitan yang dikemukakan mungkin tidak mengandungi perincian yang memadai untuk membolehkan satu penilaian kritis dilaksanakan. Justeru, bukti tentang kekuatan karya itu serta perincian tentang metodologi yang digunakan dalam pengendalian penyelidikan itu MESTI dibentangkan.
-
Keputusan dan Perbincangan: Karya tidak diterbitkan (jika berkaitan).
-
Kesimpulan Bersepadu: Bab ini mesti memperkenalkan tujuan dan hipotesis setiap penerbitan dan seterusnya mengaitkan berasaskan tema, karya yang tidak diterbitkan dengan karya yang diterbitkan, sehingga menjadi satu karya keseluruhan yang padu, diikuti dengan satu perbincangan dan kesimpulan tentang karya berkenaan.
-
Bibliografi
-
Lampiran
Mesti mengandungi kesemua data mentah penyelidikan. 4. Peranan Penyelia Seseorang calon Doktor Falsafah melalui Kaedah Tesis dan Penerbitan akan memerlukan sokongan Penyelia Utamanya semasa menulis tesis. Penyelia digalakkan untuk: membimbing calon tentang penerbitan untuk dimasukkan ke dalam penyerahannya; menasihati calon tentang penyediaan Ulasan Kritis dan Tesis; dan membimbing pelajarnya bagi memastikan kesepaduan lojik isi kandungan karya. 5. Peperiksaan 5.1 Proses Peperiksaan Akan ada seorang Pemeriksa Dalam dan seorang Pemeriksa Luar dan satu peperiksaan lisan wajib (viva voce) akan diadakan.
Peperiksaan 5.2 Peranan Pemeriksa Pemeriksa terdiri daripada seorang Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalam dan satu viva voce wajib. Tugas utama pemeriksa-pemeriksa adalah untuk: menilai kualiti hasil kerja yang terkandung dalam tesis dan penerbitan itu; mengesahkan bahawa teks dalam tesis itu bersepadu dengan penerbitan yang dikemukakan; menilai sumbangan tesis dan penerbitan itu kepada ilmu pengetahuan; menilai metodologi yang digunakan dalam penyelidikan itu; memastikan bahawa penerbitan itu boleh menepati lingkungan waktu dan dalam keupayaan kemudahan yang terdapat dalam tempoh pencalonan calon; dan menaksir sumbangan calon dalam kes hasil kerja berbilang pengarang. Dalam hal ini, Senat juga bersetuju bahawa tesis yang diserahkan semula tapi gagal hendaklah mengikut peraturan tesis sahaja.
16
Peperiksaan
17
TAHAP SATU: CADANGAN PENYERAHAN Calon mengisi borang IPS/Exam-01 T&P
Penyelia
Dokumentasi 1. Ulasan kritis bagi penyerahan kaedah ini 2. Penerbitan yang berkaitan 3. Kenyataan tentang Pengarang bersama Untuk pengesahan
Penolong Pendaftar Penolong Pendaftar di PTJ Majlis PTJ Pelantikan Jawatankuasa Pemilihan Khas
Ahli-ahli dalam JPK terdiri daripada: 1. Dekan / Pengerusi 2. Ahli-ahli Jawatankuasa Pengajian Siswazah Pusat Pengajian / Pusat 3. Penyelia 4. Dua ahli (dari dalam atau luar Pusat Pengajian/Pusat) yang dipilih oleh Majlis Pusat Pengajian / Pusat, yang merupakan pakar dalam bidang berkenaan.
Penilaian dan Perakuan kepada IPS MPSU
Untuk kelulusan
TAHAP DUA: PEPERIKSAAN Pelantikan seorang Pemeriksa Dalam dan seorang Pemeriksa Luar (sama untuk staf USM) Penyerahan Tesis ke IPS
Pemeriksaan Tesis
viva voce
Dokumentasi 1. Tesis 2. Penerbitan 3. Kenyataan tentang Pengarang Bersama Panel Pemeriksa untuk viva voce 1. Pengerusi /Timbalan Naib-Canselor (Akademik dan Hal-Ehwal Antarabangsa) /Dekan IPS/Profesor 2. Dekan Pusat Pengajian/Pusat atau wakilnya 3. Pemeriksa Luar 4. Pemeriksa Dalam 5. Penyelia 6. Penyelia Bersama 7. Penolong Pendaftar