LAMPIRAN A
GARIS PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA BAGI BAKAL GRADUAN PROGRAM B. Ed TESOL AMBILAN JULAI 2008 (TANGGUH/SAMBUNG), KPLI PPC (SM) AMBILAN SEPTEMBER 2012 (TANGGUH/TAMAT), KPLI PPC (SM) AMBILAN JANUARI 2013, DPLI j-QAF AMBILAN JANUARI 2013, DPLI INTERIM (SR) AMBILAN DISEMBER 2012, KPLI KDC SABK (SM) AMBILAN JUN 2012, KDPM-KDC KEMAS AMBILAN JUN 2009 (TANGGUH/TAMAT) KDPM-KDC KEMAS AMBILAN NOVEMBER 2010 PADA 22-27 NOVEMBER 2014 DI DEWAN UTAMA, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU (IPGK BM). 1.
ISTIADAT KONVOKESYEN (TARIKH & TEMPAT) 1.1
Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan mengikut maklumat berikut: 1.1.1 Taklimat dan Raptai pada 22 dan 23 November 2014 di Dewan ZAABA, IPGK BM 1.1.2 Pendaftaran pada 22 dan 23 November 2014 di Dewan Utama, IPGK BM 1.1.3 Istiadat Konvokesyen pada 24 - 27 November 2014 di Dewan ZAABA, IPGK BM Lihat lampiran D untuk maklumat lebih lanjut.
2.
BORANG PENYERTAAN DAN BAYARAN 2.1.
Setelah tuan/puan meneliti Garis Panduan ini, sila hantar dengan segera Lampiran C (Borang Penyertaan Istiadat Konvokesyen) yang lengkap ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim sebelum atau pada 30 Oktober 2014. Semua surat menyurat hendaklah dihantar kepada : Pengarah, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (u.p. Jabatan Hal Ehwal Pelajar).
2.3
Bayaran penyertaan konvokesyen yang diwajibkan adalah sebanyak RM 250.00 bagi graduan yang hadir dan RM170.00 bagi yang tidak hadir. Maklumat pembayaran menyertai konvokesyen pada Lampiran C (Rujuk Borang Penyertaan Istiadat Konvokesyen para 11 dan 11.1). Sila simpan slip pendua wang pos/kiriman wang sebagai bukti penghantaran pos atau serahan tangan.
2.4
Wang pos /kiriman wang perlu ditulis dengan nama penerima ‘Pengarah, Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim’.
3.
4.
2.4
Tuan/puan tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini jika tidak menjelaskan bayaran sebelum atau pada 30 Oktober 2014.
2.5
Sila bawa bersama salinan slip / resit bayaran / dokumen pengesahan bayaran dari Institut ini sewaktu mengambil pakaian akademik.
PENGESAHAN KEHADIRAN 3.1.
Tuan/puan diminta untuk menghubungi segera pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Temenggong Ibrahim untuk pengesahan.
3.2.
Tuan/puan diwajibkan membuat pengesahan konvokesyen dengan melayari Portal Konvokesyen, www.Imsipda.net/konvo2014 bermula pada 30 September hingga 20 November 2014.
TATACARA ISTIADAT KONVOKESYEN 4.1
Tuan/ puan dikehendaki berkumpul satu jam lebih awal di tempat yang ditetapkan oleh petugas konvokesyen dengan pakaian rasmi dan jubah konvokesyen.
4.2
Perarakan masuk graduan dijalankan mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh petugas dan duduk di tempat yang telah ditetapkan.
4.3.
Perarakan masuk ahli akademik, semua tetamu termasuk graduan diminta berdiri.
4.4
Perarakan VVIP dan Senat, semua tetamu termasuk graduan di minta berdiri.
4.5
Ucapan Penghulu Istiadat dan VVIP
4.6
Istiadat pengurniaan diploma, graduan beratur di sebelah sisi dewan mengikut arahan petugas. tag nama (yang di berikan semasa pendaftaran) perlu di serahkan kepada petugas sebelum nama dibaca. Graduan tidak dibenarkan mengubah kedudukan di dalam barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.
4.7
Apabila nama graduan diumumkan; graduan diminta berjalan terus ke arah Tetamu Kehormat (VVIP). tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas). terima diploma dengan kedua belah tangan. beri ucapan "Terima kasih" kepada Tetamu Kehormat. (pandang muka beliau) undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal mengikut laluan yang ditetapkan bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima diploma dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan dan akan dimaklumkan kelak.
4.8
Tag nama hendaklah dipakai.
5.
4.9
Beg tangan tidak dibenarkan untuk dibawa naik ke pentas ketika penerimaan diploma.
4.10
Tuan/ puan dilarang keluar meninggalkan penyampaian diploma sedang berlangsung.
4.11
Tuan/ puan dilarang merokok dan berbual-bual sehingga mengganggu Istiadat yang sedang berlangsung.
4.12
Tuan/puan mestilah memastikan telefon bimbit berada dalam keadaan mod senyap atau tidak aktif ketika berada di dalam dewan.
8.
Istiadat
Pihak institut tidak menyediakan kemudahan penginapan. Oleh itu tuan/puan perlu menguruskan sendiri tempat penginapan semasa menghadiri Istiadat Konvokesyen.
TATATERTIB 6.1.
7.
ketika
PENGINAPAN 5.1
6.
dewan
Pihak IPGM amat memandang berat tata tertib semasa upacara penyampaian diploma berlangsung. Semua peraturan dan tata tertib Institut perlu dipatuhi oleh tuan/puan semasa berada di Dewan Konvokesyen.
PAKAIAN GRADUAN 7.1
Pakaian Graduan Lelaki : Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPGKTI semasa pendaftaran). Hendaklah berpakaian kemas iaitu lounge suit (lengkap dengan kemeja berlengan panjang dan bertali leher) ATAU pakaian kebangsaan. Berkasut kulit dan berstoking warna hitam.
7.2
Pakaian Graduan Perempuan : Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPGKTI semasa pendaftaran). Baju kurung atau kebaya atau pakaian lain yang sopan, tidak terlalu ketat dan haruslah labuh ke bawah paras lutut. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian. Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali. Berkasut sarung (bukan tumit tinggi dan bukan selipar) dan berwarna hitam.
RUPADIRI GRADUAN 8.1
Sahsiah Graduan Lelakl:Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas,tidak menjejaki kolar baju.
8.2
Sahsiah Graduan Perempuan:Kenipisan dan reka bentuk pakaian hendaklah tidak ‘mencolok mata’.
*
PENTING ! Graduan yang tidak memakai pakaian akademik yang lengkap dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen. Semua graduan dibenarkan keluar dewan sehingga Istiadat Konvokesyen selesai. Tuan/ puan dikehendaki berpakaian formal (pakaian pejabat) semasa pada hari pendaftaran dan raptai. Pihak urusetia mungkin tidak membenarkan bakal graduan mendaftar sekiranya tidak mematuhi berpakaian seorang GURU.
9.
10.
11.
tidak tidak hadir akan etika
PAKAIAN TETAMU Ibubapa tetamu (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) diminta berpakaian rasmi seperti berikut:9.2
Pakaian Tetamu Lelaki :9.1.1 Batik (sangat digalakan) atau 9.1.2 Kebangsaan atau 9.1.3 Lounge Suit atau 9.1.4 Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T tidak dibenarkan).
9.2
Pakaian Tetamu Perempuan :9.2.1 Kebangsaan atau 9.2.1 Pakaian formal dan sopan (pakaian gaun atau 'skirt' melebihi paras lutut., 'blouse' tanpa lengan, kemeja-T dan seluar adalah tidak sesuai dan tidak dibenarkan)
TAKLIMAT & RAPTAI DAN PENDAFTARAN 10.1
Taklimat, raptai dan pendaftaran diadakan pada 22 dan 23 November 2014. (Semak lampiran D).
10.2
Tuan/ puan dikehendaki berada di dewan pada masa yang ditetapkan untuk mengikuti latihan, memahami prosedur dan protokol Istiadat.
10.3
Tuan/ puan hendaklah berpakaian formal / pejabat semasa pendaftaran. Para graduan yang berpakaian tidak formal dan lewat mendaftar tanpa sebab yang munasabah TIDAK dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen ini.
10.4
Tuan/ Puan diwajibkan hadir semasa raptai, kenderaan tidak disediakan.
PENERIMAAN DAN PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK (JUBAH) 11.1
Tuan/ puan DIWAJIBKAN memakai pakaian akademik.
11.2
Pengambilan pakaian akademik dilakukan semasa pendaftaran (22 dan 23 November 2014) (lampiran D) di kaunter pendaftaran IPG Kampus Temenggong Ibrahim
11.3
Tuan/ puan dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambil Pakaian Akademik.
12.
11.4
Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan mengambil pakaian akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan kenyataan.
11.5
Tuan/ puan yang tidak memulangkan pakaian akademik tidak dibenarkan mengambil transkrip dan diploma masing-masing.
11.6
Pemulangan pakaian akademik bermula selepas Istiadat konvokesyen tamat sehingga pada waktu yang telah ditetapkan (rujuk para 12).
11.7
Tuan/puan adalah bertanggungjawab sepenuhnya akademik yang telah diambil.
menjaga pakaian
PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK (JUBAH) 12.1. Tuan/ puan hendaklah memulangkan pakaian akademik selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang pada hari yang sama selepas Istiadat .
13.
PENGAMBILAN TRANSKRIP DAN IJAZAH 13.1. Transkrip akademik dan diploma juga boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik. 13.2. Tuan/ puan yang tidak dapat hadir diIstiadat Konvokesven boleh mengambil diploma dan transkrip IPG Kampus Temenggong Ibrahim selepas 2 minggu konvokesyen dengan slip bayaran konvokesyen. 13.3. Graduan yang tidak memulangkan pakaian akademik dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip dan diploma. Graduan yang masih berhutang dengan IPG Kampus juga tidak dibenar mengambil transkrip akademik dan diploma masing-masing. 13.4. Transkrip akademik dan diploma hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak IPG tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas Diploma dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut / dituntut melalui pos / dituntut melalui wakil yang mengambilnya. 13.5. Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut (tertakluk kepada perubahan semasa)
14.
CUTI 14.1. Tuan/ puan hendaklah memohon Cuti Rehat Khas bagi membolehkan tuan/puan hadir dalam upacara ini mengikut pertimbangan Pengetua / Guru Besar masing-masing. (Rujuk Pekeliling terkini yang berkuatkuasa).
15.
GAMBAR KONVOKESYEN 15.1 Gambar-gambar graduan semasa menerima diploma akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh IPGM. Syarikat ini akan berurusan terus dengan graduan selepas Istiadat konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung.
16.
17.
JEMPUTAN DAN PENYERTAAN IBUBAPA/ WARIS/ SAUDARA MARA 16.1
Tuan/ puan dibenarkan membawa tetamu tidak lebih dari dua (2) orang sahaja ke dalam dewan. Para tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam dewan boleh menyaksikan Istiadat melalui paparan skrin di luar dewan (tempat akan ditentukan kemudian).
16.2
Tuan/ puan hanya diberi dua (2) Pas Masuk untuk 2 orang ahli keluarga / waris / saudara mara sahaja.
KETEPATAN MASA 17.1
18.
KESELAMATAN 18.1
19.
Menepati masa hendaklah diberi keutamaan supaya perjalanan upacara yang bersejarah ini dapat berlangsung dengan lancar.
Tuan/ puan adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan diri dan harta benda masing-masing sepanjang Istiadat konvokesyen berlangsung.
HAL-HAL LAIN 19.1
Sebarang pertanyaan berhubung dengan Istiadat Konvokesyen November 2014 bolehlah diajukan kepada Institut ini melalui Jabatan HEP berdasarkan nombor telefon dibawah.
19.2
Pohon kerjasama semua bakal graduan agar dapat memanjangkan maklumat ini pada rakan-rakan yang lain.
19.3
Maklumat yang dihantar / pos oleh tuan/puan ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim adalah seperti berikut: 19.3.1 Borang Bayaran Istiadat Konvokesyen 2014 (Lampiran C) 19.3.2 Kiriman Wang/ Wang Pos di atas nama “Pengarah, Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim”. 19.3.3 Rekod Penempatan Pelajar IPGKTI JB( Lampiran E)
RUJUKAN Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Pejabat Am) No. Tel : 07-2364788 / 2364624 – Ext : 238/240 No. Faks : 07-2379736/07-2382996/07-2326329 Laman Web Rasmi : www.ipgkti.edu.my (Sila rujuk untuk maklumat lanjut di Laman Web rasmi ini )
PORTAL KONVOKESYEN IPGM (E-KONVO)
www.Imsipda.net/konvo2014