11 Cerita Sosial Adab Siri Akhlaq oleh Izaida Ibrahim
Dedikasi khas untuk anak-anak Autism Spectrum Disorder Direka dengan Visual Sokongan
Tahun penerbitan: 2015. Cetakan pertama. Hakcipta terpelihara © Ditulis dan diterbitkan oleh: Izaida Ibrahim Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian penulisan, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, dan lain-lain yang bertujuan komersial sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. ISBN: 978-967-13306-1-6 Dicetak di Ireland.
PANDUAN MENGGUNAKAN BUKU INI * IBU BAPA DAN GURU: SILA BACA PANDUAN INI DAHULU. Cerita sosial digunakan sebagai salah satu cara intervensi perilaku untuk meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak melalui kombinasi isyarat visual dan lisan. Walaupun kaedah cerita sosial kebanyakannya menjurus ke arah keperluan khusus kanak-kanak secara individual dan unik untuknya, saya percaya bahawa apa-apa cerita sosial boleh dikongsi dengan kanakkanak lain untuk membantu mereka membina kesedaran tentang konsep perbezaan individu, terutamanya jika ia melibatkan pengajaran konsep adab sosial umum. Tujuan bahan ini adalah untuk mengajar kanak-kanak Muslim yang mengalami masalah sosial dan perilaku, disasarkan terutamanya untuk kanak-kanak Muslim yang didiagnosis dengan Autism Spectrum Disorder (ASD), dari umur 3 tahun dan seterusnya, bergantung kepada tahap intelek kanak-kanak dan kecekapan sosial mereka. Ia memberi tumpuan kepada adab sosial mengikut Syariah (mengandungi beberapa pesan dari Nabi dan Al-Quran) yang dijelaskan dengan cara yang lebih mudah untuk difahami kanak-kanak, In shaa Allah. Gunakan buku ini mengikut tahap kecekapan bacaan kanak-kanak dan kefahaman. Berikut adalah cadangan untuk ibu bapa/guru bagi menggunakan buku ini dengan berkesan: Kecekapan membaca Belum boleh membaca Belum boleh membaca
Tahap kefahaman bahasa Belum dapat memahami Kefahaman tahap rendah
Boleh membaca, tetapi belum cekap
Kefahaman tahap sederhana
Boleh membaca dengan baik
Memahami bahasa dan interaksi gambar dengan baik
Cadangan metod penggunaan buku ini Bercerita dan gunakan kandungan visual dalam buku untuk mengajar kemahiran adab sosial Ibu bapa/guru bacakan dan tunjukkan ilustrasi dalam buku dan menjelaskan lagi kepada kanakkanak. Ini boleh dilakukan semasa waktu khas membaca, atau menjadikan ia sebagai bacaan sebelum tidur. Ibu bapa/guru dan kanak-kanak boleh membaca bersama-sama, bergilir-gilir atau membetulkan kesilapan pada bacaan kanak-kanak, di mana perlu. Bincangkan kandungan dan ilustrasi visual. Metod ini juga boleh dilakukan semasa waktu khas membaca, atau menjadikan buku ini sebagai bahan bacaan sebelum tidur. Untuk kali pertama, ibu bapa/guru harus bersamasama duduk dengan kanak-kanak dan membincangkan cerita sosial itu. Apabila kanakkanak sudah dapat memahami konsep cerita, mereka boleh membaca buku ini sendiri. 1
Diharapkan selepas membaca buku ini, ibu bapa/guru boleh mempraktikkan disiplin adab di rumah dan di sekolah seiring dengan konsep cerita. Sebagai contoh, apabila seorang kanakkanak menunjukkkan satu tindak balas sosial yang tidak sesuai, kandungan visual dan lisan dalam buku ini boleh ditunjukkan kepada kanak-kanak itu untuk mengingatkannya tentang kepentingan adab dan pengajaran Islam mengenainya. Ibu bapa boleh mengambil gambar imejimej visual sokongan dalam buku ini, dan mencetaknya untuk digantung pada dinding seperti poster peringatan, dan lain-lain. Pendekatan pelbagai dan berulang-ulang dalam menggunakan buku ini adalah sangat disyorkan untuk memastikan kanak-kanak dapat memahami konsep adab dan mempraktik adab yang sesuai, In shaa Allah. Adab Islami boleh difahami kebanyakan kanak-kanak ASD (berdasarkan tahap intelek mereka). Adalah penting bagi ibu bapa dan guru Muslim untuk mengajar sekurang-kurangnya asas aqidah seperti siapa Allah dan Nabi Muhammad sebelum atau semasa membaca buku ini bagi memastikan keberkesanan menggunakan cerita sosial dalam buku ini. Contohnya, berceritalah tentang siapa Allah dengan selalu menimbulkan persoalan siapa menciptakan dunia ini dan semua makhluk-Nya. Ceritakan Nabi Muhammad sebagai seorang pemimpin dan guru bagi seluruh manusia, dan pentingnya untuk menjadi Muslim yang baik jika mahu ganjaran besar dari Allah. Ajarkan selalu secara lisan dan visual (gunakan gambar, video atau demonstrasi) mengikut tahap intelektual dan kefahaman mereka. Berceritalah walau anak itu non-verbal. Gunakan kreativiti anda untuk menyampaikan maklumat anda kepada mereka! Kesimpulannya, ibu bapa dan guru Muslim harus mengajar dan menanamkan adab dalam kanak-kanak autisme mereka dengan cara yang mereka dapat fahami. Gunakan buku ini: a) ketika masa khas membaca b) Sebagai bahan bacaan sebelum tidur c) Berulang kali: 'Ulang, ulang, ulang' adalah kunci d) Satu syarat yang penting: ibu bapa dan guru Muslim MESTI menunjukkan dan menjadi contoh yang baik kepada mereka (menunjukkan adab yang baik) e) Doa: Ibu bapa tidak boleh berputus asa dan sentiasa beringat untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak. Saya berharap buku ini akan memberi manfaat kepada semua ibu bapa, guru dan anak-anak Muslim ASD. Semoga Allah memberkati keluarga Muslim yang punya kanak-kanak ASD dan memberi kita kesabaran yang kuat dalam mendidik dan membesarkan anak-anak ASD, Ameen. Assalamualaikum wbt. Izaida Ibrahim, The Muslim Psych. & Ibu kepada kanak-kanak ASD.
2
Saya boleh baca Bismillah
BISMILLAH
3
Saya boleh baca Bismillah.
َّللا ِ ِبسْ ِم هBismillah
4
Sebelum melakukan sesuatu, saya ucapkan Bismillah.
KEMUDIAN
MULA
makan
minum
BISMILLAH baca
ke tandas
keluar
tidur
5
Makna Bismillah ialah Dengan Nama Allah.
6
Setiap Muslim mesti ingat baca Bismillah. Saya seorang Muslim. Oleh itu, saya mesti ingat baca Bismillah.
BISMILLAH
7
Dengan membaca Bismillah, setiap kebaikan yang saya buat adalah kerana Allah. Allah sayangkan orang yang suka baca Bismillah.
َّللاه
8
Saya boleh ucapkan Alhamdulillah
ALHAMDULILLAH
9
Saya boleh ucapkan Alhamdulillah. Makna Alhamdulillah ialah “segala puji bagi Allah”.
ِ ْا َح ْ ُد ِ ه Alhamdulillah
10
Apabila selesai melakukan sesuatu, saya ucapkan Alhamdulillah.
MULA
makan
KEMUDIAN
minum
ALHAMDULILLAH
baca
ke luar
ke tandas
bangun tidur
11
Apabila mendapat hadiah, saya ucapkan terima kasih dan Alhamdulillah.
MULA
KEMUDIAN
Terima Kasih
ALHAMDULILLAH
12
Saya bersyukur kerana mendapat keluarga bahagia. Alhamdulillah.
ALHAMDULILLAH
Keluarga saya
13
Saya ucapkan Alhamdulillah sebagai tanda puji dan terima kasih kepada Allah.
Terima kasih Allah!
َّللاه Nabi Muhammad berpesan untuk sentiasa bersyukur kepada Allah.
14
Saya boleh berbuat baik
15
Saya boleh berbuat baik kepada semua.
keluarga
haiwan
tumbuhan
kawan-kawan
16
Saya boleh berbual dengan baik.
Saya berkata yang baik agar tidak sakitkan hati orang berkata yang baik
Saya bercakap dengan lembut agar tidak menganggu orang lain
jangan menjerit
tangan pada diri sendiri
Tangan saya tidak boleh memukul, menolak, mencubit atau menyentuh bahagian peribadi orang lain
17
Saya boleh berbuat baik dengan keluarga dan kawan-kawan.
bergilir-gilir
kongsi permainan
kongsi makanan
TUNGGU
tunggu, sabar 18
Berbuat baik membuatkan saya gembira.
Saya gembira
19
Allah mengingatkan kita untuk sentiasa berbuat baik. saya baik hati
َّللاه Jika kita berbuat baik, Allah akan membalas kebaikan kita. 20
Saya suka berbuat baik kerana saya sayang semua.
21
Saya boleh membantu
22
Bantu-membantu adalah amalan mulia. Saya boleh membantu orang lain. Saya boleh membantu membuat kerja rumah.
bantu
kemaskan permainan
siram pokok
cuci kereta
susun kasut di rak
23
Apabila kawan-kawan saya perlukan bantuan, saya boleh bantu.
24
Jika saya tidak dapat bantu kawan, saya beritahu orang dewasa. Mereka boleh membantu kawan saya.
25
Jika saya perlukan bantuan, saya akan beritahu kawan atau orang dewasa.
TOLONG… TERIMA KASIH!
Apabila meminta bantuan, saya bertanya dengan baik dan ucapkan terima kasih.
26
Muslim yang baik suka membantu orang memerlukan.
َّللاه
Allah sayangkan orang yang suka membantu.
27
Saya boleh berbual dengan baik
28
Apabila mulakan perbualan dengan Muslim lain, saya berikan salam, “Assalamualaikum”. Apabila mulakan perbualan dengan yang bukan Muslim, saya katakan, “Selamat sejahtera”. ASSALAMUALAIKUM
beri salam
WAALAIKUMSALAM
jawab salam
Jika orang memberikan salam, saya perlu jawab, “Waalaikumsalam”. 29
Apabila orang bercakap dengan saya, saya beri perhatian.
dengar, beri perhatian
orang bercakap
TUNGGU
tunggu, sabar
Saya tunggu mereka habis bercakap sebelum membalas percakapan mereka 30
Saya boleh berbual dengan baik.
Saya berkata yang baik agar tidak sakitkan hati orang katakan yang baik
Saya bercakap dengan lembut agar tidak menganggu orang lain jangan menjerit
tangan pada diri sendiri
Tangan saya tidak boleh memukul, menolak, mencubit atau menyentuh bahagian peribadi orang lain
31
Nabi Muhammad berpesan untuk berkata yang baik-baik. Jika tidak, lebih baik kita diam. Bercakap kata-kata kesat adalah tidak dibenarkan.
PILIH
…
berkata yang baik
… diamkan diri
32
Apabila berbuat kesalahan atau tersilap, saya minta maaf dan beritahu yang sebenar. Berbohong adalah perbuatan tidak baik.
SAYA MINTA MAAF. SEBENARNYA…
33
Saya suka berbual dengan keluarga dan kawankawan.
Saya gembira
Berbual dengan mereka membuatkan saya gembira.
34
Saya boleh jaga kebersihan
35
Saya boleh jaga kebersihan diri dan persekitaran.
home
earth
36
Selepas aktiviti bermain dan belajar, saya boleh bersihkan ruang permainan.
kemaskan permainan
buang sampah dalam tong
37
Saya boleh jaga kebersihan badan.
berus gigi
cuci tangan
mandi
38
Apabila tangan kotor, saya cuci tangan. tangan kotor
MULA
makan
ke luar
ke tandas
n
KEMUDIAN
cuci tangan
39
Dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian dari iman.
َّللاه 40
Saya sukakan kebersihan. Kebersihan yang baik membuatkan saya sihat.
41
Saya boleh berdoa
42
Saya boleh membaca doa. Saya berdoa kepada Allah untuk memberi kehidupan gembira kepada semua.
berdoa
keluarga
kawan-kawan
43
Saya boleh berdoa SEBELUM dan SELEPAS: WAKTU BERDOA SEBELUM & SELEPAS
bersiar-siar
makan
ABC
belajar
ke tandas
ke luar
tidur
44
Saya boleh berdoa pada bila-bila masa.
berdoa
Nabi Muhammad mengajar banyak doa untuk aktiviti harian kita.
45
Saya boleh minta ibu dan ayah untuk mengajarkan doa-doa harian.
BOLEH AJARKAN DOA UNTUK BELAJAR?
46
Allah menyukai orang-orang yang berdoa kepadaNya.
berdoa
َّللاه 47
Saya boleh bersabar
48
Sabar adalah perbuatan baik. Saya boleh bersabar. Apabila menunggu, saya cuba bersabar.
TUNGGU
tunggu, sabar
49
Apabila susah menunggu dengan sabar, saya cuba bertenang.
JIKA
marah
sedih
CUBA
tenang 50
Kadangkala saya tidak dapat apa yang saya mahu. Saya cuba bersabar.
tenang
51
Apabila bergilir-gilir bermain dengan kawan, saya tunggu dengan sabar.
TUNGGU
tunggu, sabar
bergilir-gilir
52
Jika saya amalkan bersabar, saya akan mendapat ganjaran besar di dunia dan di syurga. Allah sayangkan orang-orang yang bersabar.
TUNGGU
tunggu, sabar
َّللاه 53
Saya boleh meminta maaf
54
Saya boleh meminta maaf apabila melakukan kesalahan.
SAYA MINTA MAAF… SEBENARNYA…
55
Apabila tidak sengaja melakukan kesilapan, ianya tidak mengapa.
Tidak mengapa
56
Apabila meminta maaf, saya mesti benar-benar maksudkannya.
SAYA MINTA MAAF… SEBENARNYA minta maaf
57
Meminta maaf adalah kelakuan terpuji. Ia menunjukkan saya berani mengakui kesilapan saya.
SAYA MINTA MAAF. SEBENARNYA…
berani
minta maaf
58
Jika orang lain meminta maaf pada saya, saya maafkan mereka.
SAYA MINTA MAAF… SEBENARNYA…
Tidak mengapa
59
Allah sayangkan orang yang suka memohon ampun kepadaNya dan memaafkan orang lain.
berdoa
َّللاه 60
Saya boleh menjaga badan saya
61
Saya boleh menjaga badan saya.
62
Saya perlu banyak bersenam dan makan makanan yang sihat.
senaman
buah-buahan dan sayur-sayuran
63
Apabila makan:
MULA
KEMUDIAN
makan Gunakan:
BISMILLAH
tangan kanan
64
Saya perlu jaga keselamatan diri dan elak dari perkara bahaya.
jauhkan
BAHAYA
65
Apabila jumpa benda kecil dari permaidani, lantai atau tanah, saya tidak letak dalam mulut.
Apabila terjumpa benda tajam, saya jauhkan diri dan beritahu orang dewasa.
66
Apabila lantai licin, saya berjalan perlahan-lahan.
jangan berlari
Apabila keluar ke tempat awam, saya pegang tangan ibu atau ayah. Saya tidak merayau seorang diri.
pegang tangan
67
Sebagai Muslim, menjaga keselamatan dan kesihatan badan adalah penting. Saya seorang Muslim. Oleh itu, saya mesti cuba menjaga badan saya dengan baik.
68
Saya boleh bertenang
69
Apabila rasa marah atau sedih, saya boleh cuba bertenang.
JIKA
marah
sedih
CUBA
tenang 70
Menyakitkan diri sendiri dan orang lain adalah tidak baik.
jangan memukul
jangan menggigit
71
Setelah bertenang, saya tidak lagi rasa marah atau sedih.
saya gembira tenang
72
Apabila marah, Nabi ajarkan beberapa cara untuk bertenang. Saya boleh:
marah
PILIH & CUBA 1. Saya ucapkan A'uzubillah
أعوذ باهلل (Aku berlindung dengan Allah)
2. Jika berdiri, saya cuba duduk. Jika masih marah, saya baring.
berdiri
duduk
baring
73
Apabila marah, Nabi ajarkan beberapa cara untuk bertenang. Saya boleh: marah
PILIH & CUBA 3. Cuba diamkan diri sehingga rasa tenang
4. Ambil wudhu’
… … … diamkan diri
74
Perasaan marah datang dari bisikan syaitan,
oleh itu, lebih baik elak rasa marah.
75
Nabi Muhammad berkata orang yang benar-benar kuat adalah orang yang mampu kawal perasaan marahnya.
tenang
Apabila saya bertenang, saya rasa lega dan gembira.
76
77
‘11 cerita sosial adab’ untuk kanak-kanak Muslim yang mendapat diagnosis Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah satu bahan bantuan pengajaran kemahiran perilaku sosial dan adab sebagai seorang anak Muslim. Kandungan buku ini sesuai diserapkan sebagai sebahagian kokurikulum dalam program intervensi awal kanak-kanak ASD. Buku ini disasarkan terutamanya untuk kanak-kanak dari umur 3 tahun dan seterusnya, bergantung kepada tahap intelek kanak-kanak dan kecekapan sosial mereka. Ia memberi tumpuan kepada adab (mengajar adab sosial) mengikut Syariah (mengandungi beberapa pesan dari Nabi dan Al-Quran) yang dijelaskan dengan cara yang sangat mudah untuk difahami kanakkanak, In shaa Allah. Buku ini disertai dengan sokongan visual yang boleh membantu meningkatkan kefahaman kanak-kanak ASD. Pendahuluan buku disertakan dengan panduan penggunaan untuk ibu bapa dan guru bagi memastikan penggunaan visual sokongan yang efektif. Cerita 1: Saya boleh baca Bismillah Cerita 2: Saya boleh ucapkan Alhamdulillah Cerita 3: Saya boleh berbuat baik Cerita 4: Saya boleh membantu Cerita 5: Saya boleh berbual dengan baik Cerita 6: Saya boleh jaga kebersihan Cerita 7: Saya boleh berdoa Cerita 8: Saya boleh bersabar Cerita 9: Saya boleh meminta maaf Cerita 10: Saya boleh menjaga badan saya Cerita 11: Saya boleh bertenang Penulis mempunyai dua ijazah sarjana dalam bidang psikologi. Beliau merupakan seorang ibu yang mempunyai anak-anak autism. Dengan bantuan ibu bapa dan guru, penulis berharap buku cerita sosial ini dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial dan adab di kalangan kanakkanak Muslim ASD.
Disediakan oleh: Izaida Ibrahim. © Hakcipta Terpelihara, 2015. Jangan lupa doakan saya