Isi Kandungan 1. Pengenalan............2 2. Zikir Agung..............5 3. Ayat Lima..............16 4. Ayat Laqadja.........25 5. Zikir Ayat Kursi......34 6. Tahlil......................45 7. Maulid....................70 8. Doa Keselamatan..89
Pengenalan: Zikir agung merupakan satu pakej yang terkandung di dalamnya ayat-ayat Quran, salawat, doa serta syahadat. Ia merupakan satu pakej yang mana susunan ayat-ayatnya berhubung kait di antara satu sama lain. Hikmah: 1. Ia merupakan ibadah tambahan untuk umat Islam di akhir zaman. Mengapa ianya tidak berbentuk himpunan zikir sahaja sedangkan kebanyakan tarekat banyak mengamalkan zikir. Ini adalah kerana di akhir zaman banyak orang yang lalai hatinya. Tetapi kalau membaca Al Quran dan salawat, kalau lalai pun tetap dapat pahala manakala jika khusyuk lagi besarlah pahalanya. Kalau zikir pula jika dihayati dapat pahala manakala yang lalai tidak dapat pahala. Itulah kelebihan ayat Quran dan salawat. Sebab itulah ia sesuai untuk dijadikan amalan tambahan bagi mereka yang sibuk dan aktif . Umat di zaman dahulu tidaklah sesibuk sekarang, sebab itulah mereka boleh berwirid dan zikir sambil duduk-duduk , manakala membaca ayat-ayat Al Quran jika sambil berjalan dan tidak khusyuk sekalipun tetap dapat pahala. Itulah hikmahnya Tuhan menghadiahkan ayatayat ini bagi umat Islam akhir zaman.
2. Kalau digabungkan semua huraian atau makna ayat-ayat tadi, kehendak-kehendaknya mengandungi keseluruhan tuntutan Al Quran dan hadis. Sengaja Tuhan pilih ayat yang besarbesar. Apabila digabungkan kehendak isinya, itulah merupakan seluruh tuntutan Quran dan Sunnah . Jadi kalau begitulah maksud ayat itu, munasabahlah di akhir zaman ada janji dari Tuhan , Islam akan kembali gemilang, menawan dunia menjadi empire kali ke 2 untuk mengamalkan semula seluruh isi Al-Quran dan Sunnah. 3. Sebahagian ayat yang terkandung di dalam zikir agung ini ada hubungan dengan sejarah. terutama sejarah Tholut. Mengapa di ambil sejarah Tholut sedangkan dia bukannya seorang Rasul atau Nabi, mengapa tidak dibaca ayat tentang Nabi Sulaiman atau nabi Nuh yang mana perjuangan mereka lebih hebat. Apakah maksud dan isyarat dari Tuhan? Ia membawa erti bahawa Islam akan menjadi empayar kali ke dua bukan ditegakkan oleh pemimpin bertaraf Rasul dan Nabi tapi pemimpin bertaraf wali seperti Tholut. Tholut ke dua akan lahir di akhir zaman yang akan menjadikan Islam bangun semula bertaraf dunia.
Zikir Agung
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kehadapan paduka Nabi Muhammad alMusthafa Rasulullah SAW, dan kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian, dan kepada sekelian Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan kepada sekelian waliwali dan orang-orang soleh, dan kepada sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan dan orang muslim lelaki dan perempuan yang masih hidup dan yang telah mati, dan kepada ibu bapaku dan kepada Abuya as- Syeikh al- Imam Ashaari bin Muhammad at- Tamimi, dan kepada Lebai Ibrahim, dan khasnya kepada Saiyidi Syeikh Muhammad as- Suhaimi Imamul Mahdi, moga-moga Allah Taala curahkan rahmat kepada mereka sekelian, al-Fatihah. *(Kita merasa kuat kerana diperjuangkan oleh rangkaian orang-orang rohani. Bagi mereka yang menguasai dan menghayatinya akan mendapat respon daripada orang yang disenaraikan itu.)
Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat. *(Merupakan sebesar-besar hadiah dan semahalmahal bekalan kerana kita mendoakan ketaqwaan dan siratul mustaqim kepada para penerimanya).
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Abu Bakar yang sangat kuat membenarkan Islam, Umar yang dapat membezakan diantara baik dan jahat, Uthman yang sangat taat kepada Tuhan yang Maha Penyayang, Ali yang menjadi pendukung agama, Muhammad Imamul Mahdi, kesemuanya khalifah-khalifah Rasulullah SAW *(Menyuntik kekuatan kepada kita apabila mendapat TUJUH pemimpin besar yang sentiasa memantau dan membantu dalam setiap pekerjaan dan keperluan kita)
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arash yang agung. (At Taubah :128-129) *(Mendapat Allah, Rasul dan imam Mahdi untuk bertanggung jawab kepada kita dan menjadi pembela kita. Allah berkata kalau ada masalah katakan cukuplah Allah bagiku.)
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim. (Al Anbiya' : 87) *(Bila kita menginsafi kezaliman kita sebanyak 50 jenis, ia akan mendatangkan rasa hamba. Orang yang mendapat rasa hamba dalam miskin dia rasa kaya, dia tidak sombong, dalam sakit dia rasa sihat, dia mampu untuk merendah diri dan sentiasa takut dengan Allah. Inilah dia sekuat manusia).
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Katakanlah : Dialah Allah yang maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya. (Surah Al Ikhlas) *(Menguatkan perasaan harap dan takut pada Allah. Dalam ayat ini di senaraikan empat sifat Tuhan yang hebat. Kalau kita faham akan datang perasaan harap dan takutkan Tuhan.)
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang " Dan apabila kamu membaca al-Quran nescaya kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat suatu dinding yang tertutup. (Al Isra' : 45) " Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. (Al Baqarah : 171) " Dan kami adakan dihadapan mereka dinding dan dibelakang mereka dinding (pula), maka kami kaburkan mereka sehingga mereka tidak melihat. (Yaasin : 9) *(Menanamkan rasa gerun dengan Allah. Kita tidak boleh buat silap dengan Allah. Kita sepatutnya rasa takut, gerun dan tidak berani membuat dosa. Orangorang yang kecilkan Al Quran , tawarannya ialah dia menjadi tuli, bisu dan buta. Bila Allah marah kita patut rasa takut dan bertaubat di atas segala kebutaan kita selama ini.)
Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepda penghulu kami Muhammad Nabi yang tidak membaca dan menulis. Dan demikian juga kepada sekelian keluarganya dan sahabat-sahabat seberapa banyak bilangan yang Engkau tahu dan seberapa berat timbangan yang engkau tahu dan sepenuh apa jua yang Engkau tahu. *(Rasulullah sebenarnya sentiasa bersama kita walaupun kita tidak nampak. Apabila kita berselawat ke atasnya membuatkan kita di dekatkan dengan Baginda dan kita merasa kuat apabila Rasulullah sentiasa mendoakan kita.)
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada Daud kurnia dari kami. (Kami berfirman) : Hai gunung-gunung dan burung-burung bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan kami telah melunakkan besi untuknya. (Yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan tentukan ukuran dengan tepat, dan kerjakanlah amalan yang soleh, sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan. (Saba' : 10) *(Allah nak hadiahkan akhlak yang mulia hingga terbinanya peribadi agung. Allah tawarkan pada hambaNya kalau kau mahu menang terhadap nafsumu, kau akan dapat seperti yang diberikan pada Nabi Daud iaitu binatang, gunung dan besi dapat cair dan taatkannya. Itulah tawaran istimewa dari Tuhan kepada hamba yang bertaqwa.)
Ayat Lima
1- Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang, (kisah) ketua-ketua dari Bani Israil selepas (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka : "Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah". Nabi mereka menjawab : "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?". Mereka berkata : "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?". Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajiban itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. - (Al Baqarah : 246) l Allah Maha Berkuasa atas apa yang dikehendakiNya (3x). *(Tuhan berkata Aku Maha berkuasa terhadap apa yang dikehendakiNya, jangan main-main dengan Allah, Dia maha berkuasa ke atas apa-apa pun kehendakNya.)
2- Sesungguhnya Allah telah medengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan : "Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orangorang kaya". Kami (Allah) akan akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan kami akan katakan kepada mereka : "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar".- (Aali Imran : 181) l Allah Maha Perkasa tidak memerlukan pembantu (3x). *(Allah itu kuat, ada orang kata Allah miskin tapi Allah kata Aku kuat , Aku boleh buat apa sahaja.)
3- Tidakkah engkau (wahai Muhammad, hairan) melihat akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka : "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba segolongan mereka merasa takut kepada manusia sama seperti mereka merasa takut kepada (azab) Allah atau lebih takut lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata : "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini) ?. Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga akhir hayat kami ?". Katakanlah (wahai Muhammad) : "matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, dan (balasan) hari Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa, dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun - (An Nisa' : 77). l Allah Maha Berkuasa terhadap sesiapa yang melampau dan engkar (3x) *(Maha kerasnya Allah ke atas orang-orang yang derhaka)
4 - Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), kisah mengenai dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang diantaranya (Haabiil), dan ditolak dari yang kedua (Qabil). (Qabil) berkata : "Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab : "Hanyasanya Allah menerima dari orang-orang yang bertaqwa,. - (Al Maidah : 27) l Allah Maha Suci memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya (3x). *(Maha suci Tuhan di atas apa yg Dia inginkan, bagi siapa yang tidak di beri petunjuk dia tidak akan dapat.)
Katakanlah (wahai Muhammad) : "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi ?". Jawablah : "Allah". Bertanyalah lagi : "Kalau demikian, patutkah engkau menjadikan selain Allah sebagai pelindung dan penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya ?" Katakanlah lagi : "Apakah sama orang yang buta dengan orang yang celik ? Atau apakah sama gelap gelita dengan cahaya (terang) ? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta seperti ciptaan Allah, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran bagi mereka ?". Katakanlah : "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan dialah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".- (Ar Ra'd : 16) l Allah Maha Kekal Selama-lamanya mengurniakan kekuatan kepada sesiapa yang dikehendakiNya (3x). *(Allah itu kuat dan memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia menghukum dengan setegas-tegasnya dan dia tidak perlukan pertolongan sesiapa.)
Ayat Laqadja
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Kehadapan paduka Nabi Muhammad al- Musthafa Rasulullah SAW, dan kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian, dan kepada sekelian Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan kepada sekelian wali-wali dan orang-orang soleh, dan kepada sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan dan orang muslim lelaki dan perempuan yang masih hidup dan yang telah mati, dan kepada ibu bapaku dan kepada Abuya as- Syeikh al- Imam Ashaari bin Muhammad at- Tamimi, dan kepada Syeikh Muhammad Abdullah bin Muhammad Khairillah As Suhaimi ,dan kepada Syeikh Muhammad Khairillah As Suhaimi dan khasnya kepada Saiyidi Syeikh Muhammad as- Suhaimi Imamul Mahdi, moga-moga Allah Taala curahkan rahmat kepada mereka sekelian, al-Fatihah.
Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat. *(Merupakan sebesar-besar hadiah dan semahalmahal bekalan kerana kita mendoakan ketaqwaan dan siratul mustaqim kepada para penerimanya).
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arash yang agung.(At Taubah : 128-129)
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang “ Dan apabila kamu membaca al-Quran nescaya kami adakan antara kamu dan orangorang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat suatu dinding yang tertutup. (Al Isra' : 45) " Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. (Al Baqarah : 171) " Dan kami adakan dihadapan mereka dinding dan dibelakang mereka dinding (pula), maka kami kaburkan mereka sehingga mereka tidak melihat. (Yaasin : 9)
Sesungguhnya perintahNya itu apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadi!. Maka terjadilah ia. (Yaasin : 82)
Ya Allah, sejahterakanlah keatas junjungan kami Saidina Muhammad, dan keatas kaum keluarga junjungan kami, Saidina Muhammad
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu dengan berkat dan haq ayat-ayat yang mulia ini agar Engkau memelihara aku dari kecederaan, senjata dan selainnya. Dan ditundukkan padaku khadam-khadam ayat-ayat yang mulia ini, dan mereka memenuhi kehendakku, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.
Semoga Allah mengurniakan selawat dan salam buat Junjungan kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya
Zikir Ayat Kursi
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Kehadapan paduka Nabi Muhammad alMusthafa Rasulullah SAW, dan kepada keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian, dan kepada sekelian Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan kepada sekelian wali-wali dan orang-orang soleh, dan kepada sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan dan orang muslim lelaki dan perempuan yang masih hidup dan yang telah mati, dan kepada ibu bapaku dan kepada Abuya as- Syeikh al- Imam Ashaari bin Muhammad atTamimi, dan kepada Syeikh Muhammad Abdullah bin Muhammad Khairillah As Suhaimi ,dan kepada Syeikh Muhammad Khairillah As Suhaimi dan khasnya kepada Saiyidi Syeikh Muhammad as- Suhaimi Imamul Mahdi, mogamoga Allah Taala curahkan rahmat kepada mereka sekelian, al-Fatihah.
Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orangorang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat. *(Merupakan sebesar-besar hadiah dan semahalmahal bekalan kerana kita mendoakan ketaqwaan dan siratul mustaqim kepada para penerimanya).
Aku memohon perlindungan Allah dari Syaitan yang direjam Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 3- Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang Hidup dan mencukupi dengan sendiriNya. Dia tidak mengantuk atau tidur. Dia menguasai segala yang ada di langit dan bumi. Tidak boleh menolong ( memberi syafaat) disisinya (di padang mahsyar) melainkan dengan izinNya. Dia tahu apa yang dihadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak boleh tahu apa-apa dari ilmuNya melainkan dengan kehendakNya. Tahta kerajaanNya seluas langit dan bumi. Dia tidak penat memelihara keduanya itu kerana Dia Maha Kuasa lagi Maha Besar. (Al Baqarah : 255)
Aku memohon keampunan dari Allah yang maha Agung.
5
Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orangorang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Katakanlah : Dialah Allah yang maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya. (Surah Al Ikhlas)
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Katakanlah (wahai Muhammad) : "Aku berlindung kepda Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". (Surah Al Alaq)
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Katakanlah (wahai Muhammad) :"Aku berlindung kepada Allah Pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisiskan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) Dari kalangan jin dan manusia. (Surah An Nas)
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Aku naik saksi Bahawa tiada Tuhan meainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
10
(X 3) Ya Allah sejahterakanlah keatas penghulu k a m i M u h a m m a d d a n k e a ta s a h l i keluarganya.
Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka al- Kitab dan keterangan yang menjadi neraca (keadilan), supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami telah menciptakan besi yang padanya mengandungi kekuatan yang hebat serta berbagai faedah bagi manusia , dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya serta menolong rasul-rasulNya, padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al Hadid : 25)
Tahlil
Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Al Fatihah (sekali), Al- Ikhlas (11 kali) Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Al- Falaq (sekali),Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, An- Nas (sekali), Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar. Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Yaitu) jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat. Dengan menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Alif Laam Miim. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya ; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,
dan mereka yang beriman kepada kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung. Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan melainan Dia ; yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia ; yang Hidup dan mencukupi dengan sendiriNya. Dia tidak mengantuk atau tidur. Dia menguasai segala yang ada di langit dan bumi. Tidak boleh menolong (memberi syafaat) disisinya (di padang mahsyar) melainkan dengan izinNya. Dia tahu apa yang dihadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak boleh tahu apaapa dari ilmuNya melainkan dengan kehendakNya. Tahta kerajaanNya seluas langit dan bumi. Dia tidak penat memelihara keduanya itu kerana Dia Maha Kuasa lagi Maha Besar. Kepunyaan Allah -lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitunganNya dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakinya ; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhan-nya demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya,
kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. (Mereka mengatakan) :"Kami dengar dan kami taat. (Mereka berdoa) : "Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kamu apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunkanlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Mengasihani, kasihanilah kami (3x). Rahmat Allah dan keberkatanNya ke atas kamu wahai keluarga Rasulullah, sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Sesungguhnya Allah mahu menghapuskan kecemaran dari kamu wahai keluarga Rasulullah dan membersihkan kamu sebersihbersihnya. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Maka Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam keatasnya akan sebagai salam yang sempurna.
Ya Allah kurniakanlah sebaik-baik selawat dan salam ke atas makhlukMu yang paling bahagia ; penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Menurut sebanyak bilangan pengetahuan-pengetahuan dan perkataan-perkataanMu, pada setiap kali ada sesiapa mengingatiMu dan setiap kali ada sesiapa melupakanMu (3x). Ya Allah kurniakanlah sebaik-baik selawat, salam dan keberkatan ke atas makhlukMu yang paling bahagia ; penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan semoga Allah redhakan ke atas para junjungan kami ; semua sahabat Rasulullah, dan cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan tidak ada kekuasaan dan kekuatan melainkan pada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku memohon keampunan Allah yang Maha Agung (3x). Ketahuilah bahawa sebaik-baik zikir itu : Tiada Tuhan melainan Allah, yang Maha Hidup dan Kekal, Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah. Inilah kalimah yang haq. Kami berpegang dengannya hidup dan mati, dan semoga Allah akan menghidupkan kami di akhirat nanti di dalam golongan mereka yang selamat dan sentosa.
Tiada Tuhan melainkan Allah dengarlah Muhammad pesuruh Allah dengarlah Kami memohon pada Allah (2x), dengarlah Moga-moga Dia jadikan kami orang-orang soleh, dengarlah Kami memohon pada Allah (2x), dengarlah Moga-moga Dia kabulkan hajat-hajat kami, dengarlah Allah redhakan Muhammad, kami redhakan Allah, dengarlah Kami redhakan Muhammad, Muhammad redhakan Allah, dengarlah Wahai Nabi Allah, wahai kekasih Allah dengarlah, Wahai kekasih Allah, wahai pesuruh Allah, dengarlah Wahai wali-wali Allah, wahai wali-wali Allah, dengarlah Tolonglah kami kerana Allah , dengarlah Tolonglah kami pada jalan Allah, dengarlah Moga-moga kami bertuah dengan kemurahan Allah, dengarlah Dan kami sudahi dengan mendoakan kesejahteraan, dengarlah Kepada Muhammad pesuruhNya yang terpilih, dengarlah
Tiada Tuhan melainkan Allah (3x) Muhammad pesuruh Allah Kami memohon padamu (hai wali), harap dapat berdampingan Apa-apa hajat kami padamu tolonglah kerana Allah Wahai wali-wali Allah yang berbagai darjat Persilakan datang dan tolong, kerana Allah Dengan nama Allah kami buka pintu, tibalah kekasih-kekasih Allah. Diedarkan gelas-gelas minuman, kami meminumnya dengan nama Allah Wahai Tuhan dengan berkat wali-waliMu, tunaikan cita-cita kami Moga-moga kami ria dan lapang untuk berusaha keranaMu Moga-moga Allah sejahterakan Nabi yang mendapat petunjuk Dan yang memberi syafaat (pertolongan) di hari kiamat
Tiada Tuhan melainkan Allah (3x) Muhammad pesuruh Allah yang dimuliai
PadaMu Allah kami mohon supaya diampunkan dosa-dosa kami Dan ringankan keberatan dosa-dosa kami yang banyak dosa Cenderongkan hati kami pada kebenaran dan peliharalah hati kami Dari kesesatan dan nafsu yang jahat, wahai Sebaik-baik Penjaga Kami memohon supaya dihari didedahkan segala rahsia Ditutup kesalahan-kesalahan dan dihapuskan dosa-dosa kami
kami
D a n w a h a i Tu h a n , s e j a h t e r a k a n l a h setiap hari dan malam Pada Ahmad Nabi yang terpilih dari keluarga Hasyim
Tiada Tuhan melainkan Allah( 3x) Muhammad pesuruh Allah yang disuci
Engkau (Muhammad) bagai purnama malah lebih berseri Wajahmu umpama titisan air yang manis dan lazat Wahai perhiasan dan sasaran segala harapan Siapakah pernah melihat lebih elok dari wajahmu ? Maka tiada anak cucu Hawa dari sulbi Adam Dan hatta di dalam syurga tiada siapa menyamaimu Kerana bahagianmu yang pertama umpama matahari, keduamu bintang Ketigamu umpama purnama penuh yang bersinar Dan kempatmu umpama kafur wangi, kelimamu umpama ambar Dan keenammu permata yakut dan bakimu permata
Maka lima jarimu memberi lima erti Demikian itu sebagai isyarat maka perhatikanlah Jari tengahmu Abu Bakar dan jari manismu Umar Jari kelingkingmu Uthman dan ibu jarimu Ali Manakala jari telunjukmu itulah penyudah segala Rasul Dia tidak lain melainkan dirimu, Muhammad Nabi yang disuci Muhammad pesuruh Allah dan kakbah kiblatku Dan agamaku lebih tinggi dan mulia dari lain-lain agama Rasulullah pensyafaatku dan Allah Maha Pengampun Maka tiada Tuhan melainkan Allah dan Dia Maha Besar Moga-moga kesejahteraan Tuhanku setiap siang dan malam Keatas Ahmad nabi pilihan yang disuci
Ketahuilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (33x), Muhammad pesuruh Allah. Ya Allah sejahterakanlah ke atas Muhammad, Ya ALLAH kurniakanlah selawat dan salam keatasnya (3x), Ya Allah sejahterakanlah ke atas Muhammad, wahai Tuhan kurniakanlah selawat dan salam keatasnya. Maha suci Allah dari segala kekurangan dan Maha Terpuji (7x). Maha suci Allah yang Maha Agung dari segala kekurangan dan Maha Terpuji, Maha suci Allah yang Maha Agung dari segala kekurangan dan Maha Terpuji. Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas kekasihMu ; penghulu kami Muhammad dan ke atas sekelian keluarga dan sahabatnya (3x), Ya Allah kurniakanlah selawat, salam dan keberkatan ke atas kekasihMu ; penghulu kami Muhammad dan keatas sekelian keluarga dan sahabatnya. Al Fatihah
Doa Tahlil Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad ; penghulu segala nabi dan rasul, dan ke atas sekelian keluarga dan sahabat baginda semuanya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, kerana Dia banyak mengurniakan nikmatnikmatNya dan membalas baik lebih dari kadar amal yang dibuat. Ya Tuhan kami, Engkau berhak dipuji kerana kemuliaan ZatMu dan kebesaran kerajaanMu. Ya Allah sampaikanlah pahala dari apa yang telah kami baca ini ke hadrat penghulu kami dan junjungan kami Muhammad SAW, mogamoga bertambah kemuliaannya, dan ke hadrat nenek moyang baginda dan para saudaranya dari kalangan nabi-nabi dan rasul-rasul alaihimussolatu wassalamu, moga-moga bertambah kemuliaan mereka, dan ke hadrat kaum keluarga dan sahabat baginda sekeliannya. Juga kepada arwah sekelian imam-imam mujtahid, ulama-ulama yang beramal, para ahli feqah dan ahli hadith
para pembaca Al Quran dan ahli tafsir, para penghulu ahli sufi serta sekelian pengikut mereka yang jujur hinggalah hari kiamat. Ya Allah, kasihani kami dan ibu bapa kami serta ummat Muhammad (3x), selamatkan kami dan ibu bapa kami serta ummat Muhammad di dunia dan akhirat. Ya Allah, bukakan hati kami dan sekelian keturunan kami sebagai hati waliwali Allah (3x), yang tidak berasa takut atau sedih terhadap hal-hal dunia. Ya Allah, kami memohon keampunan dan kesihatan dalam perkara agama, dunia dan akhirat. Wahai Tuhan kami, kurniakan pada kami kebaikan di dunia dan akhirat serta peliharakan kami dari azab neraka. Moga-moga Allah mengurniakan selawat keatas junjungan kami dan penghulu kami Muhammad, keluarga baginda serta para sahabatnya. Maha suci Tuhanmu ; Tuhan yang Maha Mulia itu daripada sifat-sifat kekurangan yang disifatkan oleh orang-orang kafir terhadapNya. Dan selamatlah ke atas para rasul, dan pujian sebenar bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maulid Nabi
Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu? Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani,maknawi dan rohaniahnya dan peribadi nabimu pasti engkau akan jatuh hati padanya. Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya melalui selawat dan ingatan terhadapnya. Engkau akan terasa terhutang budi padanya, kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.
Muhammad nabimu S.A.W. Nabimu dia seorang manusia teristimewa. Luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala. Mari kita bercerita tentangnya secaranya secara ringkas, agar engakau kenal nabimu sendiri. Siapa dia yang sebenarnya? Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah, bangsa Quraisy dari Bani Hashim. Nasabnya hingga ke nabi Ibrahim. (di sini Berdiri)
Ya Allah selawatkanlah keatas Muhammad Ya Allah selawatkanlah Dan selamatkanlah dia Marhaban, selamat datang untuk rasul Marhaban, selamat atas dekat dan kedatangannya Telah terbit bulan purnama kepada kami Dari Thaniyyatil Wada' Dan kami melihat cahaya memancar yang menerangi bumi Kami wajib bersyukur Baginda tidak menyeru melainkan kepada Allah Wahai nabi yang diutus kepada kami Engkau dengan syariat yang ditaati Kegembiraan dan ucapan tahniah Kerana engkau telah datang Wahai nabi yang qana'ah
Engkau penolong kami semua Wahai nabi yang elok pekertinya Ya Rasulullah kami datang untuk menziarahimu, Kami memohon darimu Syafaat di sisi Tuhan semesta Alam Lindungilah kami dan selamatkanlah kam Dari akibat buruknya perpecahan Wahi nabi jadilah engkau pensyafaat kami semua Di hari Mahsyar dan perhimpunan Dan tolonglah kami dalam setiap ujian, Wahai nabi yang menolong setiap yang menolong Selawat dari Allah sentiasa untuk nabi Yang dia umpama matahari dunia Ya Allah selawatkanlah ke atas Muhammad Ya Allah selawatkan dan selamatkanlah dia Juga buat semua ahli keluarga dan sahabat baginda Selama mana ada orang yang bersa'ie kerana Allah Ya Allah selawatkanlah ke atas Muhammad Ya Allah selawatkan dan selamatkanlah dia
Dia adalah anak yatim piatu: seorang anak yang tidak pernah mermanja pada ibu dan bapanya seperti orang lain. Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin. Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai Tuhan; iaitu yang diberi nama Nur Muhammad. Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan: Syurga, Neraka, dunia, akhirat, para malaikat, arasy, kursi, sirat, manusia, jin, haiwan jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW, Yang lain tidak akan diwujudkan.kalau begitu, rupanya nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.dia adalah makluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad di kalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya nabi yang diisrakkan dan dimikrajkan. Mukanya laksana bulan purnamakerana cahanya yang terang. Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubro di akhirat dan orang pertama masuk syurga. Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya. Dia memiliki dunia dan akhirat seakalipun dia tidak boleh membaca dan menulis. Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia dari para malaikat. Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah, tawadhuknya atau merendah diri pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah. Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta padanya. Bahkan macam orang mabuk yang tidak boleh melupakannya. Sangat kasih dan simpati pada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda. Pemurahnya laksana angina kencang yang sangat lajunya. Orang yang bergaul dengannya maca-macam yang dapat dirasa. Adakalanya macam ibu dan ayah, adakalanya macam kawan yang membela dan setia, adakalanya dirasakan guru, adakalanya bagaikan pemimpin, adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya. Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian dari Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa. Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya. Tidak sedikitpun rasa takut dengan raja-raja. Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan, sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia. Ibadahnya banyak terutama sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya. Tidak mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan. Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja. Satu perbuatan yang luar biasa. Tidak menghina, mencaci, dan merendah-rendahkan orang lain. Sangat pemalu dan merendah diri, sangat menerima keuzuran orang, sangat tahan menerima ujian berbagaibagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya.kerana itulah dia dapat menjadi ketua ulul azmi daripada keseluruhan para rasul alaihimusolatuwassalam.
Dia juga suka kepada seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur.kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya. Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan, 27 kali dia ikut sama atau turut serta. Tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuhmusuhnya walaupun seorang. Anak-anak didikannya itulah dia para sahabat hingga dia berkata: "Sahabat-sahabatku laksana bintang di langit, yang mana satu kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk.""para ulama umatku laksana para-para nabi Bani Israil". Jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya. Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dibaling dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama tiga tahun, dikepung hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanahair dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.
Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah.iaitu namanya dikampilkan dengan Tuhannya. Iaitu di dalam dua kalimah syahadah. Bahkan tidak sah islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya. Doanya sangat Kabul, bahkan siapa yang hendak berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya. Siapa yang banyak bersalawat dengannya diberi syafaat di akhirat. Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat. Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya. Tertulis dibelikatnya khatamun nuwwah. Peluhnya bak mutiara, wanginya lebiyh wangi dari kasturi.orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya amat terserlah di wajahnya. Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya. Banyak-banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya. Sehinggakan sebahagian perkara yang belum terjadi seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya. Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala. Hinggakan makanan yang berlebihan tidak disimpan dimalamnya. Bahkan diberi pada yang berhak. Apabila dia membuang air tiada kesannya selepas membuangnya. Lalat tidak pernah hinggap pada badannya. Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya. Tidak makan seorang diri melainkan berkawan. Kalau dia tidak suka dia tidak makan makanan itu. Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya. Terlalu menjaga hak-hak jirannya walaupun orang kafir. Terlalu mengutamakan orang lain dari dirinya sendiri. Tidak pernah melaknat sekalipun binatang. Apa yang diperkatakan ibarat mutiara.
Apa yang diperkatakan ibarat mutiara. Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya. Didikan dan pimpinannya sangat berjaya. Diantara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku, yang telah dicatat di dalam sejarah. Dapat melahirkan orang yang sangat takut kepada Allah Taala. Bahkan Tuhan dijadikan idola mereka. Dapat menyatukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa, dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya. Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain dikalangan manusia. Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya. Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya. Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa. Berjaya menjadikan orang merasa berpuas hati di bawah naungan pimpinannya sekalipu yang bukan islam. Mereka merasakan manusia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.
Itulah dia Muhammad SAW. Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa, yang istimewa, yang kejadian dan akhlaknya yang paling sempurna tiada tandingannya. Baru sedikit sahaja kita menceritakan tentangnya sudah mengkagumkan kita. Apakah peribadi sebegini tidak menjatuhkan hati padanya? Apakah manusia ini kita boleh lupakan begitu sahaja? Apakah kita tidak terasa dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada seluruh manusia? Apakah kita tidak terasa terhutang budi padanya? Bahkan patut bersyukur padanya setiap masa. Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin lain di dunia? Jauh panggang dari api, macam langit dan bumi. Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya. Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kepada kita. Agar kita menjadi bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadhun, berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dosa. Allah.Dan akhirat menjadi matlamat hidup kita.
Doa Maulid Wahai Tuhan kami, Engkau keselamatan, dan daripada-Mulah keselamatan. Kau Maha Suci Tuhan kami lagi Maha Tinggi, hai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Kami dengar dan kami taat hai Tuhan kami dan kepada-Mulah kesudahan kami. Wahai tolonglah tentera islam, dan askar-askar yang mengesakan Tuhan dan binasakanlah orang-orang kafir, orang-orang degil, pembawa-pembawa bid'ah dan orang-orang yang menyukutukan-Mu dan hancurkanlah musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama islam. Dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekelian alam. wahaiTuhan pecahkanlah kumpulan mereka dan bubarkan himpunan mereka dan kurangkan bilangan mereka dan goncangkan kaki-kaki mereka dan turunkan seksa yang pedih ke atas mereka dengan rahmat-Mu wahai Tuhan sekelian alam. Tuhan kami, wahai Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi orang kafir. Hai Tuhan kami, ampunkanlah kami dari dosa-dosa dan matikanlah kami sebagai orang-orang islam.
Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan keampunan buat abuya kami, pensyafaat kami: kekasihmu: orang yang kau bantu dia: seorang seorang imam lagi mujaddid: Abuya Sheikh Imam Asyaari bin Muhammad At Tamimi. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, luaskanlah rezekinya dan kurniakanlah kebaikan pada amalanya dalam kesihatan dan afiat. Ya Allah letakkanlah dia dalam lindungan rahmat dan redha-Mu, begitu juga para isterinya, zuriat-zuriatnya, murid-muridnya, seluruh pemimpin kami, juga buat kaum muslimin muslimat, mukminin mukminat yang masih hidup mahupun yang telah mati. Ya Allah jadikanlah dia kekasih kami, jadikanlah kami penolongnya, kabulkan doa kami dengannya, ampunkan dosa kami dengan berkatnya. Ya Allah kuatkanlah jemaah kami dibawah bendera pimpinannya, hidupkanlah kami dengan berpegang teguh dengan sunnah, ketaatan dan cinta padanya. Ya Allah kami bertawasul kepada-Mu dengan khalifah-Mu yang terakhir Saidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi, Imamul Mahdi dalam setiap pekerjaan kami.
Ya Allah, jadikanlah lisan kami sentiasa menyebut-nyebut hari pertemuan dengannya, hati kami merindui kezahirannya, anggota kami mengerjakan kemurahan dan jasanya dan perbuatan kami selari dengan minda kekasihnya (Pemuda Bani Tamim). Ya Allah, tinggikanlah kedudukannya kedarjat dan maqam yang tertinggi, serta peliharalah dia dan thoifah ini dalam lindungan rabbaniah-Mu dari hati para penghasad dengki, tangantangan yang khianat dan fitnah orang-orang zalim. Dan moga-moga Allah sejahterakan penghulu kamu Muhammad dan keluarganya dan sekalian sahabat-sahabatnya. Maha Suci Mu Tuhan. Tuhan yang mulia daripada segala sifat kekurangan. Dan salam keatas sekalian rasul dan pujian sebenar ialah bagi Allah Tuhan semesta alam.
Doa Keselamatan
Doa Keselamatan Wahai Tuhan kami, Engkaulah keselamatan, dan daripadaMulah keselamatan. Kau Maha Suci Tuhan kami dan Maha Tinggi, hai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Kami dengar dan kami taat, ampunkanlah kami hai Tuhan kami dan kepadaMulah kesudahan kami. Wahai Tuhan, tolonglah tentera-tentera Islam, dan askar-askar yang mengesakan Tuhan dan binsakanlah orangorang kafir,orang-orang degil, pembawa-pembawa bid'ah dan orang-orang yang menyekutukanMu dan hancurkanlah musuh-musuhMu, musuh-musuh agama Islam. Dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuan sekelian alam. Wahai Tuhan, pecahkanlah kumpulan mereka dan bubarkan himpunan mereka dan kurangkan bilangan mereka dan goncangkan kaki-kaki mereka, dan turunkan siksa yang pedih keatas mereka dengan kekuasaanMu wahai Tuhan sekelian alam. Tuhan kami, wahai Tuhan kami, tolonglah kami mengatasi kaum kafir. Hai Tuhan kami ampunkanlah kami dari dosa-dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam. Dan moga-moga Allah sejahterakan penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabatsahabatnya sekelian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mulia daripada segala sifat kekurangan. Dan salam keatas sekalian rasul dan pujian sebenar ialah bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Ayat Menolak Sihir Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Nabi Musa berkata: "Apa-apa yang kamu datangkan ini adalah sihir, sesungguhnya Allah akan membatalkannya, sesungguhnya Allah tidak menerima amalan mereka yang membuat kerosakan".
Dan katakanlah (wahai Muhammad) : "Yang Haq telah datang dan sirnalah kebatilan, sesungguhnya yang batil itu pasti sirna". Dan kami menurunkan di dalam Al-Quran itu ada penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah bertambah pada orang-orang zalim itu melainkan kerugian.
Selawat Badawi Ya Allah, kurniakanlah kebahagiaan dan keselamatan kepada cahaya segala cahaya, rahsia segala rahsia, ubat segala penyakit dan anak kunci pintu kesenangan ; dialah penghulu kami dan junjungan kami Muhammad yang terpilih, dan ahli keluarganya yang bersih, dan sahabat-sahabatnya yang banyak membuat kebajikan, sebanyak bilangan nikmatMu dan kelebihanMu.
Doa Menolak Penyakit Berjangkit Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itu ialah Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan kedua anak mereka (Hasan dan Husain).
Doa Taubat Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu. Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.