Tawaran Program Sarjana Perubatan TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM SARJANA PERUBATAN DENGAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI AKADEMIK 2016/2017 DI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 1.
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut : 1.1 Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Diploma / Sijil Profesional yang diiktiraf setaraf dengannya dari universiti yang diiktiraf; 1.2 Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM); 1.3 Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas pendaftaran penuh; 1.4 Lantikan tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan; 1.5 Telah berkhidmat dengan KKM : (a)
sekurang-kurangnya tiga (3) tahun (termasuk latihan siswazah) (lantikan pada/sebelum 1 Januari 2012);atau
(b)
bagi Pegawai Perubatan yang telah menjalani latihan siswazah di institusi yang diiktiraf di luar negara, hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun selepas pendaftaran penuh / tetap dengan MPM (lantikan pada/sebelum 1 Januari 2012).
1.6 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan; 1.7 Mempunyai prestasi cemerlang dengan markah purata Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut (2012, 2013 dan 2014) tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun); 1.8 Tidak pernah menerima sebarang tajaan Kerajaan Malaysia bagi peringkat kursus yang sama; 1.9 Tidak pernah gagal atau menarik diri daripada sebarang kursus tajaan Kerajaan Malaysia; 1.10 Tidak pernah menolak tawaran program Sarjana yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia dalam tempoh dua (2) tahun yang lepas; 1
Tawaran Program Sarjana Perubatan
1.11 Bebas daripada tindakan tatatertib; dan 1.12 Bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan untuk mengamalkan perubatan (unfit to practice) dari segi fizikal dan mental seperti yang terkandung di dalam Akta Perubatan 1971. 1.13 Syarat Khas Bidang Anestesiologi Pemohon bagi bidang Anestesiologi perlulah lulus saringan awal yang telah dijalankan pada 11 April 2015 sebelum memohon untuk kemasukan sesi akademik 2016/1017. 2.
Senarai bidang program Sarjana Perubatan yang ditawarkan adalah seperti di lampiran.
3.
Kaedah pengajian adalah seperti berikut : 3.1 Sistem Terbuka Menjalani latihan sekurang-kurangnya dua (2) tahun di mana-mana hospital KKM yang diiktiraf oleh universiti sebelum meneruskan pengajian sepenuh masa di universiti; dan 3.2 Sistem Tertutup Menjalani keseluruhan latihan selama empat (4) tahun secara sepenuh masa di universiti.
4.
Anggaran tawaran slot HLP oleh Kementerian dan bilangan tempat oleh IPTA adalah seperti berikut (tertakluk kepada perubahan) : NAMA BIDANG
TAWARAN SLOT / BILANGAN TEMPAT
Obstetrik & Ginekologi Anestesiologi Perubatan Dalaman Surgeri Am Patologi Perubatan Keluarga Pediatrik Psikiatri Radiologi Oftalmologi Ortopedik Otorinolaringologi Sarjana/Doktor Kesihatan Awam/Masyarakat Perubatan Kecemasan Perubatan Sukan Perubatan Pemulihan Neuro Surgeri Plastik Surgeri Klinikal Onkologi
2
Lebih 50 slot/tempat
Di antara 30 - 50 slot/tempat
Kurang 10 slot/tempat
Tawaran Program Sarjana Perubatan Pembedahan Kanak-kanak Perubatan Transfusi Perubatan Nuklear Forensik
SYARAT-SYARAT TAWARAN 5.
Tawaran program Sarjana Perubatan dengan HLP adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut : 5.1 Hanya Pegawai Perubatan yang layak tapisan KKM untuk HLP Dengan / Tanpa Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) akan dipertimbangkan untuk mengikuti Program Sarjana Perubatan. Pegawai Perubatan yang tidak memohon atau melepasi tapisan KKM walaupun telah ditawarkan tempat pengajian di Universiti Awam Tempatan tidak akan dipertimbangkan sebarang Cuti Belajar sama ada dengan/ tanpa HLP; 5.2 KKM berhak menentukan sistem pengajian dan penempatan latihan bagi Pegawai Perubatan yang mengikuti latihan secara Sistem Terbuka di mana-mana hospital KKM yang diiktiraf oleh universiti sebelum pengajian sepenuh masa di universiti; 5.3 Surat tawaran hanya dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya sahaja oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) melalui Ketua Jabatan masingmasing (Pengarah Kesihatan Negeri / Hospital / Institusi / Bahagian). Tawaran yang dikeluarkan oleh BPL sahaja dianggap sah untuk mengikuti program Sarjana Perubatan ini; dan 5.4 Pegawai Perubatan yang menerima tawaran ini adalah terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia bagi tempoh lima (5) tahun bagi Sistem Terbuka (atau gantirugi sebanyak RM100,000.00 sekiranya melanggar syarat-syarat di dalam perjanjian) atau tujuh (7) tahun bagi Sistem Tertutup (atau gantirugi sebanyak RM160,000.00 sekiranya melanggar syarat-syarat di dalam perjanjian) selepas tamat tempoh latihan.
CARA UNTUK MEMOHON 6.
Permohonan hendaklah dibuat kepada BPL dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut melalui email
[email protected] : 6.1 Satu salinan Borang KKM/HLP-SARJANA PERUBATAN/DALAM NEGARA yang telah dilengkapkan dengan segala maklumat diri dan perkhidmatan telah disahkan oleh Ketua Jabatan (Pengarah Kesihatan Negeri / Hospital / Institusi / Bahagian sahaja); 6.2 Satu salinan Surat Pengesahan Jawatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); dan 3
Tawaran Program Sarjana Perubatan 6.3 Satu salinan Sijil Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM).
PERINGATAN PENTING KEPADA SEMUA PEMOHON
1.
Permohonan kepada BPL ini adalah bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) sahaja. Pada masa yang sama, pemohon hendaklah mengemukakan dokumen diatas secara pos kepada universiti yang dipohon. Kegagalan pemohon mematuhi prosedur yang telah ditetapkan ini akan menyebabkan permohonan terbatal dengan sendirinya. Dokumen yang perlu dihantar
[email protected] adalah :
ke
BPL,
KKM
melalui
emel
Borang HLP, KKM Salinan Sijil Pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM); Salinan Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
Dokumen yang perlu dihantar ke Universiti Awam pilihan (bagi USM pemohon perlulah menghantar ke Kampus Kubang Kerian dan Kampus Pulau Pinang) melalui pos adalah :
Borang HLP, KKM Laporan Penyokong 1 dan Laporan Penyokong 2 Salinan Sijil Pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) Salinan Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Dokumen sokongan yang lain (salinan kad pengenalan, buku perkhidmatan, sijil dan transkrip)
2.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2015. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
3.
Akuan penerimaan borang permohonan akan dimaklumkan oleh BPL menerusi emel
[email protected] kepada pemohon dan sekiranya akuan ini tidak diterima maka permohonan pegawai tidak akan diproses.
4.
Keputusan awal bagi calon yang layak ditemuduga kedua Oktober 2015 dan panggilan temuduga akan dibuat oleh pihak Universiti bermula pada bulan 4
Tawaran Program Sarjana Perubatan Oktober 2015 hingga Januari 2016 (sebarang pertanyaan mengenai temuduga hendaklah dibuat kepada Universiti yang dipohon). 5.
Keputusan bagi Pegawai Perubatan yang ditawarkan HLP dijangka akan diketahui mulai minggu pertama April 2016 dan surat tawaran boleh dicetak secara rasmi di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (http://www.moh.gov.my), Bahagian Pengurusan Latihan KKM (http://latihan.moh.gov.my) dan (http://e-hlp.moh.gov.my).
6.
Sila ambil maklum bahawa penerima biasiswa mulai sesi akademik 2012/2013 adalah tertakluk kepada Dasar Pelaksanaan Tindakan Penalti Kepada Pemegang Biasiswa Dalam Perkhidmatan Yang Gagal Menamatkan Pengajian Dengan Jaya seperti yang disertakan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
5