1 1 Tutorial 2: Virtools Pencahayaan, Kamera dan Pergerakan Objek Tutorial ini adalah siri kedua daripada tutorial pengenalan Virtools sebelum ini. Tu...
TH3813 Realiti Maya 1 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
Tutorial 2: Virtools – Pencahayaan, Kamera dan Pergerakan Objek
Tutorial ini adalah siri kedua daripada tutorial pengenalan Virtools sebelum ini. Tutorial bahagian kedua ini akan mendedahkan pelajar kepada aspek pencahayaan, kamera dan kawalan pergerakan objek mudah. Rujukan utama tutorial ini disenaraikan di bahagian akhir dokumen. Untuk tujuan tutorial pengenalan ini, kandungan dan sumber yang akan digunakan sudah disediakan (muatturun di laman web tutor). 1. Import semua fail NMO ke 3d layout Virtools.
2. Ubah nama objek apabila objek diimport untuk mengelakkan konflik pada objek lain yang diimport. Klik kanan dan pilih Rename pada objek di Level Manager.
3. Sekiranya berlaku konflik, setkan supaya objek diberi nama lain dengan Rename
TH3813 Realiti Maya 2 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
4. Ubah skala objek dengan mengklik kanan pada objek dan memilih 3D Object Setup
5. Ubah skala setiap model kepada 0.2 untuk memudahkan proses pengeditan scene. Praktis yang lebih baik ialah menskalakan terlebih dahulu model sebelum diimport ke dalam scene Virtools.
6. Untuk membolehkan objek dilihat dengan lebih jelas di dalam scene, klik kanan pada model kereta dan pilih Material Setup
7. Klik pada kotak warna pada atribut Emissive.
TH3813 Realiti Maya 3 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
8. Pada tetingkap Color Box, setkan nilai L kepada 125
9. Ulangki langkah pada 1 lagi model kenderaan dan nilai 50 untuk objek “parking lot”. Hasil akhir adalah seperti di bawah.
10. Simpan fail sebelum memulakan langkah seterusnya.
TH3813 Realiti Maya 4 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
Pencahayaan Langkah dibawah menerangkan kaedah untuk mencipta pelbagai jenis sumber cahaya menggunakan Light object, membolehkan pencahayaan composition Virtools. 1. Klik pada butang Create Light pada toolbar 3D Layout.
2. Pada tetingkap Point Light Setup, terdapat beberapa atribut yang boleh diset untuk sumber cahaya yang dicipta. Terdapat beberapa pilihan jenis Light Object.
a. Point light – memancarkan cahaya ke semua sudut secara seragam, seperti omni light b. Directional light – sumber cahaya yang memancarkan cahaya selari ke seluruhan scene c. Spot light – sumber cahaya daripada satu point, dengan kon cahaya 3. Cipta beberapa sumber cahaya untuk pencahayaan scene.
TH3813 Realiti Maya 5 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
Kamera Beberapa langkah awal dalam bahagian ini boleh dirujuk dalam tutorial Virtools pertama. 1. Cipta satu objek kamera. Pada tetingkap Target Camera Setup, setkan atribut seperti berikut
2. Tukar pandangan kepada mana-mana Virtools default views kembali, gunakan view dropdown menu.
3. Tukar nama objek kamera yang baru dicipta kepada Kamera1. Aktifkan kamera yang baru dicipta dengan menggunakan Building Blocks ‘Set As Active Camera’ daripada kategori Cameras/Montage.
TH3813 Realiti Maya 6 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
Kawalan pergerakan kepada objek Kamera Cipta kamera kedua. Objek kamera kedua ini akan diaplikasikan dengan kawalan pergerakan menggunakan input papan kekunci. 1. Selepas mencipta objek Kamera2, setkan kedudukan kamera di bahagian tengah composition. Kemudian klik kanan dan pilih Create Script skrip untuk mencipta skrip objek.
2. Daripada Building Blocks, pilih Switch On Key daripada Controllers/Keyboard. Heret BB ke ruangan Schematic dan sambungkan seperti dibawah.
3. Klik kanan pada BB Switch On Key dan pilih Construct > Add Behaviour Output. Cipta 2 Bouts tambahan. Hasil akhir adalah seperti gambar kecil dibawah.
TH3813 Realiti Maya 7 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
4. Klik dua kali pada BB Switch On Key untuk membuka kotak dialog untuk Prameter. Gunakan kekunci Up, Down, Left dan Right untuk empat nilai Key. Klik Apply dan OK.
5. Dapatkan BB Per Second daripada Logics/Calculator dan BB Translate daripada 3D Transformations>Basic. Kemudian sambungkan seperti dibawah.
6. Klik pada Pout BB Per Second untuk membuka kotak dialog Parameter. Ubah Parameter Type kepada Vector.
7. Sambungkan Per Second Pout ke Pin Translate Vector di BB Translate.
8. Klik dua kali pada BB Per Second dan isikan nilai vektor Z kepada 5.
TH3813 Realiti Maya 8 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
9. Klik pada tab Level Manager. Klik kanan pada objek Kamera2 di Level Manager dan pilih Set Initial Conditions.
10. Simpan fail composition dan kemudian uji main composition untuk melihat kawalan pergerakan. 11. Ulangi langkah sama untuk BOut seterusnya untuk kekunci Down. Gunakan nilai vektor Z -5.
12. Untuk 2 lagi BOut (kekunci Left dan Right), gunakan BB Rotate daripada 3D Transformation/ Basic. Sambungkan seperti gambar dibawah.
13. Klik pada Pout BB Per Second dan pilih Parameter Type berjenis Angle. Ulang proses untuk BB Per Second terakhir.
TH3813 Realiti Maya 9 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
14. Klik dua kali untuk mensetkan nilai Degree 20 pada BB Per Second ketiga dan -20 pada BB Per Second yang terakhir.
15. Simpan fail composition dan kemudian uji. Objek kamera kini boleh dikawal pergerakannya. 16. Untuk kesan First Person View, setkan Kamera2 sebagai kamera aktif menggunakan BB Set as Active Camera.
Kawalan Animasi Objek Menggunakan skrip dan BB yang sama, bangunkan kawalan untuk objek kereta. Ubah skrip dan BB supaya pergerakan kereta lebih realistik. Gunakan kekunci W, A, S dan D untuk pergerakan kereta. Setkan IC untuk objek kereta. Simpan fail dan uji composition.
Kawalan fokus pandangan Kamera Aktiviti terakhir dalam tutorial ini ialah mensetkan pandangan kamera untuk sentiasa melihat kepada sesuatu objek. Dalam kes ini, sudut pandangan Kamera1 akan difokuskan untuk sentiasa mengikuti pergerakan kereta. 1. Setkan semula Kamera1 sebagai kamera aktif menggunakan BB Set as Active Camera.
TH3813 Realiti Maya 10 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM
2. Heret BB Look At daripada 3D Transformation/Constraint kepada objek Kamera1 di 3D Layout. Lepaskan tetikus apabila bounding box kuning wujud pada objek Kamera1.
3. Pada Referential, pilih objek kereta atau objek lain yang ingin difokus.
4. Link dan loop kan BB
5. Simpan fail composition dan kemudian uji.
Rujukan: 1. 3Dvia Virtools User Guide 2. http://stage.itp.nyu.edu/~mso216/20060302lightslecture.pdf