TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA TARIKH: 9 MEI 2014 (JUMAAT), JAM: 9.30 PAGI TEMPAT: IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA DAERAH SELAMA PERAK.
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata’ala. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta kepada para Tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan.
2.
Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat ILAHI, kerana
dengan limpah rahmat dan izin dari Nya jua. Beta bersama Raja Puan Besar dapat berangkat pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini ke Upacara Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Selama. 1
3.
Era moden perkhidmatan Polis di negara ini mempunyai
talian sejarah yang panjang; bermula pada 25 Mac 1807 dengan termaktubnya Piagam Keadilan atau pun Charter of Justice di Pulau
Pinang.
Pentadbiran
kolonial
Inggeris
telah
mengembangkannya ke Negeri-negeri Selat dan kemudiannya ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu.
Selepas Perang Dunia
Kedua, struktur organisasi Polis yang berpaksikan negeri berubah kepada struktur berpusat yang tunggal, dikenali sebagai “Civil Affairs Police Force”. Tugas awal polis ditubuhkan adalah untuk menjamin ketenteraman awam melalui penguatkuasaan undangundang dan peraturan (law and order). Tanggung jawab Pasukan Polis telah diperluaskan untuk tugas-tugas keselamatan apabila Tanah Melayu menghadapi ancaman pemberontakan komunis.
4.
Polis Diraja Malaysia telah melalui pelbagai proses evolusi.
Hari ini, Polis Diraja Malaysia dianggotai oleh 109,374 anggota dipertanggungjawabkan dengan amanah besar untuk memelihara ketenteraman
awam
dan
menjamin
keselamatan
negara;
tanggung jawab berat untuk memantau dan mengawal kawasan negara seluas 330,803 kilometer persegi, merangkumi 328,657 kilometer persegi kawasan darat dan 1,190 kilometer persegi kawasan perairan dengan populasi 30 juta penduduk. Pada hari ini, Polis Diraja Malaysia telah berjaya mencipta keharuman nama, sehingga turut diberikan penghormatan bertugas di luar negara, menyertai pasukan pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 2
5.
Pasukan Polis ditubuhkan atas landasan undang-undang
dengan parameter kuasa berpandukan undang-undang untuk menguatkuasakan
undang-undang.
Oleh
itu
semasa
melaksanakan tugas, setiap anggota wajib pada setiap masa menghormati prinsip kedaulatan undang-undang ataupun the rule of law. Prinsip tersebut adalah prinsip paling utama lagi universal. Ketegasan melaksanakan tugas berteraskan undang-undang, tanpa rasa gentar – tanpa pilih kasih, adalah faktor penentu kepada penarafan tahap profesionalisme Pasukan Polis baik di mana jua negara.
Ketegasan Pasukan menguatkuasakan
undang-undang tanpa gentar – tanpa pilih kasih adalah faktor penting
yang
akan
masyarakat.
melakarkan
persepsi
positif
di
lensa
Pasukan Polis pada setiap masa hendaklah
berusaha membina reputasi sebagai Pasukan yang dihormati dan bukan ditakuti; Pasukan yang dikategorikan sebagai ‘credible’; Pasukan yang dianggap berintegriti tinggi.
6.
Membentuk imej Pasukan yang dihormati lagi diyakini oleh
masyarakat adalah antara cabaran besar kepada setiap anggota memandangkan persekitaran
Pasukan
yang
Polis
berbentuk
bukannya makmal
bertugas
terkawal.
dalam Ketika
melaksanakan tugas dan memenuhi tanggung jawab, Pasukan Polis setiap ketika menghadapi pelbagai variabel; variabel di luar jangka, variabel yang senantiasa mengandungi elemen kejutan, variabel yang ada kalanya tidak ada duluan atau precedent. Ia adalah masalah yang benar-benar berlaku, daripada cara jenayah 3
dilakukan, sama ada rompakan, samun, culik dan bunuh, kepada jenayah kolar putih melalui manipulasi yang dilakukan oleh kalangan
terpelajar,
keselamatan,
membawa
berbentuk
kepada
subversif,
ancaman-ancaman
militan,
pengganasan
(terrorism), serta pencerobohan. Pada hakikatnya, Pasukan Polis pada setiap masa, menghadapi cabaran di luar jangka, cabaran berunsur kejutan, pelbagai cabaran baru yang bagaikan tidak pernah ada hujungnya. Setiap kes, setiap jenayah, setiap tragedi yang dikendalikan oleh Polis menarik minat umum, terdedah kepada liputan media, terbuka kepada pelbagai interpretasi.
7.
Pada masa yang sama, Pasukan Polis perlu mengamalkan
sifat berhati-hati sebelum boleh mendedahkan sesuatu penemuan kepada umum; ada kalanya disebabkan oleh faktor undangundang agar tidak dianggap sub judice, ada kalanya atas muslihat untuk terus mengesan rangkaian sindiket yang lebih besar. Keadaan ini meletakkan Pasukan berada dalam situasi tidak menguntungkan atau disadvantaged position, ‘ditelan mati emak – diluahkan mati bapa’, untuk mengimbangkan apa yang boleh diumumkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat, dengan apa yang
patut
dirahsiakan kerana kepentingan perisikan
dan
penyiasatan yang lebih lanjut. Akibatnya, Pasukan terperangkap dengan masalah kredibiliti, sering dilabelkan tidak telus.
Label
negatif ini, jika gagal ditangani secara berkesan, dibimbangkan, semakin sehari semakin menghakis keyakinan
– semakin
menghakis penghormatan masyarakat kepada Pasukan. 4
8.
Ketika Tanah Melayu menghadapi ancaman komunis, diayah
untuk menghakiskan kepercayaan rakyat kepada Pasukan Polis adalah salah satu strategi propaganda Parti Komunis Malaya. Fikiran rakyat diracuni supaya membenci dan memusuhi Polis. Negara sewajarnya merakam penghargaan kepada pendekatan bijak Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu ketika itu; Kolonel
A.E.
Young
pada
15
Disember
1952,
telah
memperkenalkan cogan kata ‘BERSEDIA BERKHIDMAT’, dengan lencana tangan bersalaman, yang disematkan di lengan baju setiap anggota. Cogan kata tersebut berjaya menyuntik semangat – menyalakan dorongan baru kepada setiap anggota polis. melakar imej baru Pasukan.
Ia
Ia berjaya merapatkan hubungan
polis dengan masyarakat dan hubungan masyarakat dengan polis. Cogan kata “BERSEDIA BERKHIDMAT” berserta lencana tangan bersalaman, adalah instrumen gerak saraf yang telah berjaya menyuntik
dimensi
baru,
berjaya
menjana
dinamik
baru,
meniupkan satu roh kebangkitan pasukan hingga akhirnya berjaya merapatkan hubungan polis dengan masyarakat begitu juga hubungan masyarakat dengan polis.
9. Anggota masyarakat hari ini, terdiri dari kalangan warga yang lebih sofistikated, kalangan warga yang lebih tinggi tahap literasinya, kalangan warga yang lebih terdedah, kalangan warga yang memiliki dan menguasai teknologi komunikasi moden, kalangan warga yang menuntut kepada amalan demokrasi yang lebih telus – lebih terbuka, kalangan warga yang menuntut kepada 5
partisipasi awam yang lebih tinggi. Dalam menghadapi senario semasa ini, Pasukan Polis perlu senantiasa bersifat kreatif, berupaya membaca minda warga.
Pasukan Polis kini perlu
menerokai kata hikmat – kata azimat – kata sakti baru, yang berupaya meningkatkan kefahaman serta apresiasi masyarakat kepada tugas-tugas polis.
Pasukan Polis sedang berhadapan
cabaran membina imej – cabaran untuk membawa minda majoriti rakyat berada di pihaknya.
10.
Pada era negara berhadapan ancaman komunis, majoriti
warga memilih untuk bersama pasukan polis, majoriti warga menolak komunis, lalu warga muncul ke hadapan, bersedia memikul bersama tanggung jawab keselamatan. Partisipasi warga dicerminkan melalui pelbagai cara, berperanan sebagai sumber risikan, menubuhkan pasukan kawalan kampung dan home guard, dan menjadi anggota polis bantuan serta special constable (SC).
11.
Kejayaan mendapatkan penyertaan warga dan partisipasi
anggota masyarakat adalah satu keperluan.
Oleh itu, program
yang strategik perlu difikirkan, dan disusuli dengan pelan tindakan yang realistik, agar majoriti warga terus bersama polis, memahami tugas polis, menghargai pengorbanan polis.
Partisipasi warga
hendaklah menembusi setiap peringkat masyarakat, tidak sekadar terbatas kepada kesediaan menyarung uniform Sukarelawan Polis atau uniform RELA, tetapi melibatkan penyertaan dan partisipasi di peringkat idea dan intelek, yang berupaya menarik minat 6
partisipasi kumpulan elit, kumpulan profesional dan kumpulan intelek, yang memiliki khazanah pengetahuan dan cambahan idea.
12. Kumpulan elit, kumpulan profesional, kumpulan intelek adalah opinion makers yang sangat penting lagi berpengaruh. Mereka umumnya bersifat lebih kritis.
Sifat kritis mereka sebaiknya
ditafsirkan secara positif, lalu disediakan laluan agar kritik itu untuk dapat
disalurkan
secara
produktif
dan
tidak
destruktif.
Kebijaksanaan memahami, kearifan mentafsir minda yang kritis, akan menghasilkan suasana kemenangan kepada negara bangsa. Selaras dengan senario yang masyarakat awam ataupun civil society semakin cenderung mahu berperanan aktif di dalam negara,
perkhidmatan
polis
wajar
lebih
dimasyarakatkan,
melakukan lebih banyak public engangement.
Jika sesuai,
Pasukan Polis boleh menimbangkan untuk memperkenalkan konsep ‘FORUM PERUNDINGAN’ atau ‘consultative forum’ di setiap daerah, bermula di kawasan-kawasan yang dianggap panas, yang memberi ruang penyertaan secara aktif kepada kumpulan-kumpulan elit, profesional dan intelek, berpeluang mengadakan interaksi minda dan berdialog, diadakan secara berkala, diadakan semasa tercetusnya sesuatu isu besar yang melibatkan kepentingan warga, dilangsungkan dalam suasana diskusi meja bulat dengan semangat sedia belajar dan saling menerima. Ada kalanya, harus diakui, bahawa apabila organisasi terlalu sibuk dengan rutin harian, anggota organisasi tidak ada masa untuk melakukan pemikiran strategik, pemikiran kreatif dan 7
pemikiran inovatif. Kumpulan elit, profesional dan intelek adalah aset berharga di dalam negara yang sewajarnya dihargai dan boleh menjadi kumpulan pemikir membantu tugas-tugas kepolisian melalui FORUM PERUNDINGAN yang diwujudkan di setiap peringkat, di mukim, di daerah, di negeri dan di peringkat negara.
13. Kumpulan elit, profesional dan intelek adalah kumpulan yang patut
dibawa
menjadi
rakan
kongsi
dalam
usaha-usaha
memelihara ketenteraman awam dan menjamin keselamatan negara.
Kejayaan menangani isu ketenteraman awam lebih
dipengaruhi oleh kaedah memenangi minda daripada kaedah menggunakan
kekerasan.
Kejayaan
usaha
menjamin
keselamatan negara lebih dipengaruhi melalui kemenangan peperangan minda daripada peperangan persenjataan. Oleh itu aspek memenangi minda amatlah perlu diberikan keutamaan agar sejarah kejayaan yang pernah dicipta oleh Kolonel Young pada tahun 1952 dapat diulangi semula.
14.
Dalam memenuhi amanah memelihara ketenteraman awam
dan menjamin keselamatan negara, ramai anggota Polis yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Mereka adalah wira negara meskipun ramai yang disemadikan di pusara yang tidak bernama. Pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini, sama-sama kita doakan agar roh-roh mereka dicucuri rahmat; semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan para Solihin; sama-sama kita bacakan Surah Al-Fatihah, mudah-mudahan diterima ILAHI, dan 8
ganjaran daripada nya disampaikan kepada roh para anggota Polis yang telah terkorban ketika bertugas untuk negara bangsanya. AL FATIHAH. 15.
Semoga ALLAH Subhanahu Wata’ala terus memberikan
rahmat dan perlindungan kepada setiap anggota Polis yang diamanahkan dengan tugas berat memelihara ketenteraman awam dan menjamin keselamatan negara. Semoga Ibu Pejabat Polis Daerah Selama ini senantiasa diberikan rahmat perlindungan dari Mu Ya ALLAH. Dengan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, Beta merasmikan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, daerah Selama.
Wabillahi taufik, walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
9