TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1435 HIJRAH/2014 MASIHI TARIKH: 14 JANUARI 2014 (SELASA), JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: AMAN JAYA CONVENTION CENTRE CASUARIA@MERU, IPOH
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata’ala yang telah mengutus seorang Rasul, untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.1 Selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul Junjungan dan penghulu kami, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, semulia-mulia kejadian; kurniakan rahmat ke atas Baginda, demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan
bintang-bintang
penunjuk
mencernakan
cahaya,
seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh kegelapan.
Semoga memperoleh ihsan
sehingga ke hari kebangkitan. 1
Al-Quran, Al Anbiyaa (21:107)
1
2.
Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertemakan Wasatiyyah
Tonggak Kesatuan Ummah.
Secara harfiahnya, Wasatiyyah
bermaksud kesederhanaan, perilaku dan perbuatan baik yang menjauhi amalan melampau dan keterlaluan, berunsur ekstreme. Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah Sallallahu alai Wassalam itu suri teladan yang baik bagi mu (ia itu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH. 2
3.
Mengamalkan kesederhanaan adalah antara sifat terserlah
yang dimiliki oleh Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam hingga berupaya mencipta kejayaan gemilang menyebarkan risalah Islam merentasi sempadan kafilah, kaum, bangsa dan budaya. ALLAH Subhanahu
Wata’ala
mengutus
Rasulullah
Sallallahu
Alai
Wassalam untuk memperlihatkan contoh teladan kepimpinan yang unggul
lagi
menyeluruh
untuk
memimpin
umat
manusia,
mengatasi permasalahan, menyelesaikan konflik serta membina umat yang bersopan lagi beradab, tertib dan patuh kepada peraturan menurut ketetapan yang telah diwahyukan oleh ILAHI. Oleh
itu
adalah
menjadi
kewajipan
kepada
insan
yang
mengharapkan rahmat ILAHI dan yang memohon ditunjukkan SIRATULMUSTAKIM, jalan yang lurus, untuk mengambil iktibar dan pelajaran daripada sifat-sifat unggul yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam, dijadikan pedoman hidup – dijadikan panduan – dijadikan rujukan dalam menggubal tata cara, 2
Al-Quran, Al Ahzab (33-21)
2
kaedah dan pendekatan pemerintahan untuk membina ummah yang bersatu padu.
4.
Bumi Malaysia ini dan penduduknya berjaya membentuk
sebuah negara dan satu warga merdeka berasaskan prinsip penyatuan; penyatuan kepelbagaian.
yang telah
berjaya
dibentuk
dalam
Selama 56 tahun mencapai kemerdekaan,
perpaduan telah berjaya dipupuk hingga membolehkan negara menikmati
suasana
kehidupan
yang
aman
lagi
harmoni.
Keamanan yang berjaya dipupuk telah membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan untuk memaju dan mengusahakan kekayaan sumber rezeki yang telah dikurniakan oleh ILAHI di bumi ini, hingga Malaysia muncul sebagai negara yang makmur lagi sejahtera. Hubungan harmoni antara warga pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakang pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa adalah tunggak asas, membina kekuatan warga dan keutuhan negara; hingga Malaysia dijadikan negara contoh malah turut diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang berjaya dari segi pembangunan ekonomi dan pembangunan ummah, di samping berjaya memupuk hubungan harmoni antara agama – antara kaum.
5.
Kebelakangan ini kelihatan tercetus senario yang berpotensi
menggugat tunggak asas kekuatan kestabilan negara, susulan polemik yang sedang berlaku di antara penganut Islam dan penganut Kristian.
Senario ini, jika gagal diredakan, amatlah 3
membahayakan. Tindak tanduk keterlaluan dari mana-mana pihak adalah perbuatan yang bercanggah dengan prinsip Wasatiyyah yang sedang dianjurkan oleh pimpinan negara.
6.
Perkara berkaitan agama terlalu sensitif dan sangat mudah
menyalakan emosi marah – menghidupkan sentimen bermusuh. Sejarah telah menunjukkan, isu agama,
jika gagal ditangani
secara segera - secara bijaksana, terlalu cepat membuahkan perselisihan hingga merebak kepada perbalahan, mencetuskan pergaduhan, mengakibatkan persengketaan.
Sentimen agama
tidak boleh sama sekali diizinkan untuk disensasikan oleh manamana pihak. Psikologi dan minda mana-mana penganut ketika mempertahankan pendirian agama masing-masing wajib difahami; ia melibatkan unsur-unsur kesucian dan kekudusan, ia dipengaruhi dorongan dalaman – dorongan spiritual, ia menyentuh emosi, ia menyentuh maruah, ia menyentuh harga diri.
Tidak ada pihak
yang mahu menerima kekalahan; oleh itu ia memerlukan formula penyelesaian yang bijaksana lagi berhemah, memperlihatkan dan meyakinkan
pihak-pihak
yang
bertelagah
akan
berlakunya
keadilan.
7.
ALLAH Subhanahu Wata’ala telah mencipta alam semesta
dengan kehidupan yang tidak seragam.
ALLAH Subhanahu
Wata’ala telah mencipta umat manusia yang pelbagai untuk menghuni bumi ini seperti yang digambarkan dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat, bermaksud; 4
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya ALLAH Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal”.3
8.
Kebijaksanaan menerokai formula yang dapat menjalinkan
hubungan harmoni di antara umat manusia yang telah ALLAH ciptakan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku amat penting untuk mewujudkan dunia dan negara yang aman, tenteram, makmur lagi sejahtera. Ia amat perlu difahami serta dihayati, ia amat relevan dalam konteks negara kita yang komposisi warganya begitu pelbagai, baik dari segi kaum, agama, budaya dan bahasa.
9.
Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam, sepanjang hayat
Baginda secara bijak lagi tertib telah mempamerkan contoh-contoh keadilan yang harus dijadikan panduan dalam hasrat memupuk keharmonian ketika berurusan dengan pengikut agama lain. Amalan berhikmah lagi adil Baginda turut dicontohi oleh para sahabat untuk mengelakkan berlakunya konflik dan salah faham di antara agama selaras dengan seruan yang terkandung dalam ayat 8, Surah Al-Maa-idah bermaksud;
3
Al-Quran, Al-Hujurat (49:13)
5
“Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu jadi orangorang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana ALLAH, menjadi saksi dengan adil.
Dan janganlah sekali-kali
kebencian mu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.
Dan bertakwalah kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.4
10.
Baginda senantiasa mempamerkan sifat hormat kepada
penganut agama lain, merintis langkah menjalinkan hubungan dan kerjasama untuk membina kedamaian dan kesejahteraan hidup. Terdapat
pelbagai
peristiwa
yang
memperlihatkan
terjalin
kerjasama baik di antara Baginda dengan kalangan bukan Islam, diasaskan atas semangat saling menghormati.
Untuk sekian
lamanya, Baginda ditemani dan dibantu oleh seorang pemuda Yahudi.
Baginda tidak pernah memaksa Pemuda tersebut
menukar agama, hingga pada saat pemuda itu menghadapi nazak, dengan ketentuan dan rahmat ILAHI, pemuda tersebut atas pilihan sendiri, meminta izin dari bapanya untuk memeluk Islam. Diriwayatkan Baginda berdiri tanda menghormati, ketika usungan jenazah seorang Yahudi melintasi Baginda.
11.
Ummu Salamah bersama anak yang terpisah dengan
suaminya telah dibantu dan dilindungi oleh Uthman ibn Talhah, 4
Al-Quran, Al Maa-Idah (5:8)
6
seorang bukan Islam untuk sampai ke Medina.
Sayidina Abu
Bakar Radiallahuanhu telah mendapatkan khidmat Abdulla ibn Urayqat,
seorang
Badwi
bukan
Islam
sebagai
pemandu,
membantu menunjukkan jalan ketika Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam melakukan Hijrah.
12.
Ketika umat Islam di bumi Mekah menghadapi pelbagai
penderitaan akibat perbuatan zalim puak Quraisy, Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam telah menganjurkan pengikut Baginda berundur dari bumi Mekah, berlindung buat sementara waktu di Abyssinia.
Meskipun Raja Abyssinia beragama Kristian, Raja
tersebut bersifat adil dan membenarkan pengikut Baginda menetap di Abyssinia serta bebas mengamalkan Islam.
Umat
Islam menetap di Abyssinia selama hampir lima belas tahun sebelum menyertai Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam di Medina selepas berlakunya peristiwa Hijrah. 5
13.
Adab dan tertib menghormati agama lain diperlihatkan juga
oleh para sahabat.
Syaidina Umar Al-Khattab, Radiallahuanhu
ketika berada di Jerusalem, memperlihatkan sifat menghormati rumah ibadah penganut Kristian apabila menolak saranan melakukan solat di dalam Gereja Holy Sepulcher; di samping khuatir
perbuatan
bersolat
di
dalam
Gereja
tersebut,
berkemungkinan memberikan mesej salah kepada umat Islam di kemudian hari, hingga umat Islam terdorong bertindak ganas 5
Tariq Ramadan, 62
7
tanpa rasional meruntuhkan gereja untuk digantikan dengan masjid.
14.
Dalam menangani sesuatu krisis, akal dan ilmu berperanan
utama.
Kata-kata hikmah yang pernah diungkapkan oleh
Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam hendaklah dijadikan asas pegangan. Baginda memperingatkan; “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu”
15.
Islam adalah agama berteraskan ilmu.
Umat Islam
hendaklah mencerminkan imej, lalu disegani dan dihormati sebagai umat berilmu.
Umat Islam wajib mempamerkan watak
dan sifat insan berilmu; berfikir serta bertindak berlandaskan akal dan ilmu. Insan berilmu senantiasa mempamerkan watak dan sifat sederhana, berfikiran rasional, berjiwa tenang lagi sabar, bertindak bijak lagi berhikmah, serta memiliki daya mengawal nafsu dan emosi marah, supaya tidak terlatah ketika berhadapan provokasi. Umat Islam sewajibnya membina imej dan kekuatan daya tahan berteraskan ilmu selaras dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah akan sabda Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam,
8
“Bukanlah
ukuran
kekuatan
seseorang
itu
dengan
menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah”.
16.
Dalam pada itu, hendaklah turut difahami bahawa insan juga
memiliki nafsu amarah. Oleh itu, sifat toleransi sesuatu pihak ada batas sempadannya; selagi provokasi yang dilakukan tidak sampai ke
peringkat
yang
dilihat
menceroboh kawasan.
telah
melanggar
sempadan
–
Komponen adab dan tertib untuk tidak
menghina dan merendahkan agama lain hingga ke peringkat mencetuskan kemarahan, terkandung dalam ajaran semua agama.
Perbuatan merendahkan agama Islam, begitu juga
perbuatan merendahkan agama lain adalah perbuatan yang tidak mencerminkan watak yang diasaskan kepada roh agama. Perbuatan sedemikian lebih bersifat perosak kepada hubungan harmoni antara agama.
Perbuatan sedemikian akan menjadi
pencetus kepada persengketaan.
17.
Isu agama hendaklah ditangani dalam semangat dan roh
agama, di kalangan ulama dan di kalangan mereka yang arif dalam ilmu agama masing-masing, bertujuan dan berhasrat untuk mencari
penyelesaian
demi
memastikan
keamanan
dan
kesejahteraan negara kekal terpelihara dan hubungan harmoni antara pengikut kekal terjamin. Isu agama hendaklah dipisahkan dari dijadikan umpan politik dan senjata politik kerana ia boleh memakan diri sendiri, ia boleh mencetuskan persengketaan, ia 9
boleh mengakibatkan berlakunya porak-peranda yang perlu dibayar dengan kos tinggi dan memakan masa lama sebelum dapat diselesaikan. Pimpinan politik, terutama pimpinan politik di peringkat tertinggi, wajib memperlihatkan sifat negarawan dan sifat bertanggung jawab dengan mempamerkan sebaik contoh untuk tidak mensensasikan isu agama.
18.
Dalam mempertahankan kesucian agama, umat Islam
hendaklah bersatu pendirian - bersatu pegangan. Agama Islam terlalu kudus – terlalu suci; ia tidak boleh diheret hingga ke peringkat dikompromikan kerana kepentingan politik. Kekudusan dan
kesucian
agama
Islam
wajib
dipertahankan
daripada
sebarang bentuk penodaan, baik secara tersurat apatah lagi secara tersirat. Umat Islam adalah bersaudara. Pada saat dan ketika berlaku usaha-usaha yang mahu menodai kesucian Islam, umat Islam wajib bersatu dalam semangat ukhuwah Islamiah. Jangan kerana kelainan kabilah politik, umat Islam memilih untuk mengambil
pendirian
berbeza,
mempertahankan kesucian Islam.
tidak
mahu
bersama
Pendirian sedemikian, akan
memberikan mesej yang salah; pendirian sedemikian akan melemahkan kekuatan ummah. Pendirian sedemikian akan lebih membawa rugi daripada keuntungan.
Barang dijauhkan umat
Islam di negara ini, berakhir seperti ‘Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai’.
10
19.
Dalam semangat menghargai peranan besar penghulu kami,
Rasul Junjungan, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, kami pohonkan hidayah dari Mu Ya ALLAH untuk mencantumkan hati-hati seluruh umat Islam ke arah membina silaturahim hingga terbangunnya angkatan ummah yang cekal bersatu - kukuh berpadu. Kami mohon dikurniakan kekuatan dari Mu Ya ALLAH untuk membolehkan kami meneruskan usaha yang telah dirintis oleh Rasul pilihan Mu, menyebarkan risalah Islam, melaksanakan syariat Mu, dan mempertahankan kesucian Islam dari sebarang bentuk penodaan; kami pohon dikurniakan nur petunjuk untuk menemui SIRATULMUSTAKIM.
Kami pohonkan agar kami
mendapat syafaat dari Penghulu kami, Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam,
ketika
kami
amat
memerlukannya
pengadilan kami di Padang Mahsyar nanti.
pada
hari
Amin Ya Rabul
Alamin.
Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
11