TAJUK : OPEN SOURCE SOFTWARE ( PERISIAN SUMBER TERBUKA) KUMPULAN SE1 (K 1) MUSFIRAH NALINI BINTI ABD RASHID (A154429) ANIM NAKIAH BINTI ALIAS ( A154843 ) YUSNITA BT MOHD YUSOF (A153576) 1. PENYATAAN MASALAH 2. TUJUAN KAJIAN 3. OBJEKTIF KAJIAN 4. PERSOALAN KAJIAN 5. POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN 6. KAEDAH PENGUMPULAN DATA 7. INSTRUMEN KAJIAN 8. KAEDAH ANALISIS DATA 9. DAPATAN KAJIAN 10. RUMUSAN 11. RUJUKAN 1.0 PENYATAAN MASALAH Kami berpendapat bahawa penggunaan ICT adalah cara terbaik untuk menarik perhatian dan minat para pelajar dalam penggunaan aplikasi Google Drive. Dalam kajian ini, beberapa permasalahan telah dikenalpasti sebagai panduan menjalankan kajian. Antara masalah yang dapat dikenalpasti adalah penggunaan kaedah aplikasi Google Drive yang masih belum diamalkan di kalangan pelajar UKM. Terdapat juga kemudahan yang disediakan oleh pihak Fakulti/Universiti tetapi penggunaannya masih tidak dioptimumkan.
2.0 TUJUAN KAJIAN Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap penggunaan Perisian Sumber Terbuka iaitu aplikasi Google Drive d alam kalangan pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia. Aplikasi Google Drive d ipillih sebagai medium dalam kajian ini untuk melihat keberkesanan aplikasi ini terhadap prestasi pelajar di samping mempelbagaikan kaedah pembelajaran di mana bukan berfokuskan kaedah konvensional sematamata. Keadaan ini membolehkan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kaedah ini juga pengajaran dan pembelajaran akan lebih kepada berorientasikan penemuan inkuiri di kalangan pelajar. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Secara umumnya, matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji dalam penggunaan aplikasi Google Drive . Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut : a. Mengenalpasti tahap kemahiran pelajar dalam kaedah penggunaan aplikasi Google Drive . b. Mengenalpasti tahap pengetahuan para pelajar mengenai Perisian Sumber Terbuka khususnya aplikasi Google Drive. 4.0 PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah kemahiran pelajar dalam kaedah penggunaan aplikasi Google Drive? 2. Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai Perisian Sumber Terbuka khususnya aplikasi Google Drive ?
5.0 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Kajian ini akan dijalankan kepada pelajarpelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam kajian ini , pengkaji akan memfokuskan kepada pelajarpelajar di fakulti pendidikan. Seramai 30 orang sampel kajian yang akan membantu pengkaji untuk menyiapkan kajian ini. 6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Setelah menjalankan kajian kepada 20 orang responden, pengkaji telah melakukan analisis data. Data di analisis menggunakan Microsoft Excel. Data telah dipersembahkan dalam bentuk carta pai dan ditunjukkan peratus. 7.0 INSTRUMEN KAJIAN 1) Sangat tidak mahir Tidak boleh atau tidak pernah melakukan 2) Kurang mahir Boleh melakukan dengan bantuan. 3) Sederhana mahir Boleh melakukan sendiri tetapi kadangkadang memerlukan bantuan 4) Mahir Boleh melakukan sendiri tanpa bantuan 5) Sangat mahir Boleh menggunakan sendiri tanpa bantuan dan mengajar orang lain. BIL 1.
PERSOALAN KAJIAN Kemahiran pelajar dalam kaedah penggunaan aplikasi Google Drive
ITEM 1) Tahap kemahiran anda
SKALA 1. Sangat tidak mahir
mewujudkan
2. Tidak mahir
kumpulan dalam
3. Kurang Mahir
google docs
4. Mahir
2) Tahap kemahiran anda untuk
5. Sangat Mahir
menghasilkan slide dalam google drive 3) Tahap kemahiran anda untuk berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan di google drive 4) Tahap kemahiran anda untuk mengubahsuai hasil kerja rakan anda sekiranya perlu atau ada kesalahan. 5) Tahap kemahiran anda untuk menambah folder dalam google drive 2.
Tahap pengetahuan para pelajar
1) Google Drive
mengenai Perisian Sumber Terbuka
boleh diakses
khususnya aplikasi Google Drive.
jika mempunyai akaun Gmail. 2) Terdapat aplikasi Google Slide dalam Google Drive.
1. Ya 2. Tidak
3) Melalui Google Drive, saya boleh berkongsi maklumat dengan rakanrakan saya yang lain. 4) Google Drive merupakan medium untuk melakukan tugasan berkumpulan. 5) Google docs, Google Sheet dan Google Slide merupakan aplikasi yang terdapat dalam Google Drive.
8.0 KAEDAH ANALISIS DATA Kaedah analisis data yang digunakan ialah dengan menggunakan skala likert. Skala likert yang digunakan adalah berdasarkan dua jadual dibawah : 1) Apakah kemahiran pelajar dalam kaedah penggunaan aplikasi Google Drive? Skala Likert Sangat Tidak Mahir Tidak Mahir Kurang Mahir Mahir Sangat Mahir 2) Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai Perisian Sumber Terbuka khususnya aplikasi Google Drive ? Ya Tidak
9.0 DAPATAN KAJIAN 1. Demografi Responden A. PROGRAM
Dalam kajian ini seramai 20 responden telah menjawab soal selidik yang terdiri daripada program Pendidikan Khas seramai 18 orang dan bagi program Tesl adalah 2 orang. Bersamaan 90% merupakan program Pendidikan Khas dan sebanyak 10% adalah dari program Tesl.
B) JANTINA
Carta kon di atas menunjukkan perbandingan jantina antara lelaki dan perempuan yang telah menjawab soalan soal selidik. Bagi jantina perempuan seramai 18 orang telah menjawab dan bagi jantina lelaki terdapat 2 orang yang menjawabnya.
C) BANGSA
Seramai 18 orang berbangsa melayu bersamaan dengan 90% responden berbangsa melayu dan 2 orang responden bersamaan 10% berbangsa lainlain.
2. Apakah kemahiran pelajar dalam kaedah penggunaan aplikasi Google Drive?
Berdasarkan rajah di atas, 50% pelajar sangat mahir dalam kaedah penggunaan
aplikasi Google Drive. Manakala, pelajar yang mahir dalam kaedah penggunaan aplikasi
Google Drive adalah sebanyak 40%, kurang 10% berbanding pelajar yang sangat mahir dan sebanyak 10% yang kurang mahir dalam kaedah penggunaan aplikasi Google Drive. I ni
menunjukkan bahawa ramai pelajar telah mahir dalam penggunaan aplikasi ini dan pelajar yang kurang mahir ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan mereka kurang mahir dalam kaedah penggunaan aplikasi Google Drive.
3. Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai Perisian Sumber Terbuka khususnya aplikasi Google Drive ?
Berdasarkan soal selidik yang kedua, seramai 20 orang responden mengetahui Perisian Sumber Terbuka khususnya dalam aplikasi Google Drive. Ini menunjukkan tahap pengetahuan responden dalam Perisian sumber Terbuka khususnya dalam aplikasi Google Drive adalah sebanyak 100%. 10.0 RUMUSAN Kesimpulannya, tahap pengetahuan pelajar di Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia dalam penggunaan Google Drive sebagai Perisian Sumber Terbuka berada di tahap baik. Majoriti pelajar sememangnya tahu fungsi serta kegunaan Google Drive dalam kehidupan seharian. Google Drive merupakan salah satu aplikasi yang penting pada masa kini. Dengan dunia yang kian canggih, ia dilihat sebagai platform termudah bagi perkongsian dokumen dan kerja berkumpulan.
11.0 RUJUKAN Siti Salwa Atan. Jamaludin Badusah. 2003. Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 3 : 3141. Dr. Roslee Talip. Mohd Saifullah Md Sabri. 2930 Ogos 2013. Penggunaan Aplikasi Google Earth dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar Mata Pelajaran Geografi di Sekolah Menengah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Ramlah Milok. Mastura Osman. Nor Hasbiah Ubaidullah. Noraskin Fabil. Haslina Hassan. Keberkesanan Kaedah Visualisasi Penjelajahan Terhadap Prestasi Pelajar dalam Pembelajaran Peta dalam Google Earth. Mastura Binti Osman. 2014. Kesan Penggunaan Google Earth dalam Pembelajaran Peta Mata Pelajaran Geografi. Yanti Sofyanti. 2012. Pengaruh Penggunaan Media Pembelajaran PowerPoint Berbasis Google Translate Pemahaman Kosakata Bahasa Inggeris. Penelitian Quasi Eksperimen Terhadap Mahasiswa Amik Garut Tahun Ajaran 2011/1012.