Maklumat dan Panduan Permohonan
SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB)
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA (Skim PSB) Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia -----------------------------------------------------------------1.
PENDAHULUAN Karya seni dan budaya merupakan manifestasi kehidupan masyarakat sesebuah negara. Kekerapan, kualiti serta kemudahan untuk pengkaryaan sering dikaitkan dengan taraf hidup penduduk dan turut dijadikan salah satu kayu pengukur antarabangsa didalam penentuan tahap kemajuan sesebuah negara. Pelaksanaan kegiatan seni budaya yang berkualiti menyumbang kepada pembentukan bangsa yang menghargai warisan seni budaya masyarakatnya serta membantu memenuhi visi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) untuk menampilkan seni budaya Malaysia ke persada dunia dan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni antarabangsa.
2.
SKIM PSB Skim PSB menyediakan kemudahan tajaan oleh Kerajaan dan pihak swasta melalui Akaun Amanah Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia yang bertujuan untuk membantu aktivis seni budaya yang bergerak secara individu atau sebagai syarikat seni yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROC/ROB) untuk melaksanakan aktiviti pementasan dan/atau aktiviti yang berkaitan dengan pementasan.
3.
OBJEKTIF Memupuk kecemerlangan seni persembahan di Malaysia. Pencapaian objektif tersebut ialah melalui Skim PSB yang dapat: 3.1.
Menggalakkan penghasilan karya-karya tempatan yang bermutu yang boleh diketengahkan diperingkat antarabangsa.
3.2.
Membentuk kumpulan artis dan penggiat seni yang profesional, kreatif dan disegani di dalam dan luar negara.
1
3.3.
4.
5.
Mewujudkan pengisian aktiviti berkualiti didalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni budaya antarabangsa. JENIS AKTIVITI YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN
4.1.
Aktiviti berbentuk pementasan karya tari atau teater atau muzik atau lain-lain yang seumpama dengannya.
4.2.
Aktiviti yang berkaitan dengan penulisan skrip, gubahan lagu seumpama dengannya.
4.3.
Touring atau persembahan bergerak.
pementasan seperti dan lain-lain yang
JENIS-JENIS PENAJAAN 5.1.
Penajaan Separa
(Partnership) Penajaan kepada syarikat seni atau individu untuk pelaksanaan; i)
Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bersama oleh syarikat seni atau individu dengan Kementerian. Jumlah bantuan : 30 % - 50% dari keseluruhan kos produksi. Kemudahan lain yang disediakan oleh Kementerian seperti ruang dan bantuan teknikal diambil kira didalam pengiraan kos.
5.2.
Penajaan Penuh
(Commissioning) Pembiayaan sepenuhnya untuk pementasan atau aktiviti baru yang dilaksanakan oleh pertubuhan; i)
bagi pihak Kementerian;
ii)
yang memenuhi matlamat atau spesifikasi Kementerian (berkualiti, membawa pembaharuan, melibatkan pelbagai kaum, berpotensi untuk diterima baik oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa); atau Pembiayaan sepenuhnya kepada individu yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan karya khusus dalam bentuk skrip, gubahan lagu dan lain2
lain seumpamanya Kementerian. 5.3.
mengikut
spesifikasi
Penajaan Awal
(Seed Grant) Penajaan sebagai galakan kepada syarikat seni atau individu untuk menghasilkan karya baru melalui pementasan kecil. Jumlah bantuan: Tidak melebihi RM 10,000. 5.4.
Penajaan Untuk Galakan Penggiat Muda
(Emerging Artistes) Penajaan sebagai galakan kepada syarikat seni atau individu yang mempamerkan potensi untuk cemerlang. Jumlah bantuan : Tidak melebihi RM 10,000.
6.
KELAYAKAN DAN SYARAT UNTUK MEMOHON Aktivis seni budaya yang layak memohon Skim PSB seperti berikut; 6.1.
adalah
Syarikat Seni Budaya Kumpulan atau Syarikat seni budaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROC/ROB) dan memenuhi syarat-syarat berikut; i)
Mempunyai kod-kod bidang yang berkaitan dengan aktiviti pementasan dan penghasilan karya seni.
ii)
Telah wujud dan berdaftar sebagai sebuah syarikat seni budaya untuk tempoh tidak kurang lima (5) tahun, sementara kategori emerging artiste tidak kurang dua (2) tahun.
iii)
Mempunyai rekod yang baik dari segi pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang prolifik dan bermutu dalam bidang seni.
iv)
Mengemukakan kertas cadangan yang lengkap untuk pertimbangan Jawatankuasa Penajaan.
3
v)
6.2.
Aktiviti yang hendak dilaksanakan mestilah mengutarakan pengha-silan karya penggiat seni tempatan dalam bentuk pementasan setempat atau untuk pementasan bergerak (touring) berdasarkan kriteria berikut; •
Pementasan karya tari atau teater atau muzik atau lain-lain yang seumpama dengannya. Karya boleh dalam bentuk penghasilan baru (original) atau karya yang pernah dipentaskan dan mendapat sambutan yang baik dari khalayak.
•
Cadangan aktiviti yang dikemukakan perlu mempa-merkan potensi untuk cemer-lang dan/atau membawa elemen pembaharuan serta boleh diterima oleh mas-yarakat.
•
Aktiviti yang melibatkan pen-yertaan pelbagai kaum akan diberi pertimbangan khas.
Individu i)
Telah terlibat sekurang-kurangnya 5 (Lima) tahun di dalam penghasilan karya seni dan terbukti kecemerlangannya melalui karya-karya yang dihasilkan dan dipentaskan atau di-bukukan (minima 5 karya).
ii)
Mempunyai rekod pengkaryaan yang baik dan konsisten.
iii)
Mengemukakan Kertas Cadangan yang lengkap untuk pertimbangan Jawatankuasa Penajaan.
iv)
Warganegara Malaysia.
v)
Aktiviti yang dikemukakan perlu mempamerkan potensi untuk berjaya dan boleh diterima/dimanfaatkan oleh masyarakat penggiat seni berdasarkan perkara berikut; •
Pementasan karya tari atau teater atau muzik atau lain-lain yang seumpama dengannya. Karya boleh dalam bentuk penghasilan baru (original) atau karya yang pernah dipentaskan dan mendapat sambutan yang baik dari khalayak.
4
7.
•
Cadangan aktiviti yang dikemukakan perlu mempa-merkan potensi untuk cemerlang dan/atau membawa elemen pembaharuan serta boleh diterima oleh masyarakat.
•
Aktiviti yang melibatkan pen-yertaan pelbagai kaum akan diberi pertimbangan khas.
KAEDAH PERMOHONAN 7.1.
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang PSB-1 yang boleh didapati dari Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri seperti di Lampiran atau dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia secara percuma.
7.2.
Semua permohonan yang menggunakan Borang PSB-1, hendaklah disertakan;
7.3.
i)
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran daripada Suruhanjaya Pendaftar Syarikat (ROC/ROB) bagi Syarikat Seni Budaya atau salinan Kad Pengenalan bagi individu.
ii)
Kertas Cadangan Projek
iii)
Salinan Akaun Bank yang terbaru.
Semua borang yang lengkap dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Urusetia Penajaan Kebudayaan seperti berikut;
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia Tingkat 30, TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50694 Kuala Lumpur. (u.p. URUSETIA SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA) Tel: 03-2612 7600 Fax: 03-26975606
5
8.
PERJANJIAN Semua permohonan yang telah diluluskan permohonannya WAJIB menandatangani Surat Setuju Terima Penajaan Akaun Amanah Ke-budayaan (Borang PSB-2) sebelum proses penyediaan cek dibuat.
9.
10.
LAPORAN PROJEK 9.1.
Semua permohonan yang telah diluluskan, telah menerima pembayaran dan telah melaksanakan projek sebagaimana di pohon WAJIB mengemukakan Laporan Projek menggunakan Borang PSB-3 dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh projek dilaksanakan.
9.2.
Syarikat atau individu yang telah menerima Penajaan tetapi ingkar untuk mengemu-kakan Laporan Projek tidak layak untuk memohon penajaan seterusnya.
9.3.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia berhak untuk menarik balik penajaan jika projek tidak dilaksanakan atau pemohon tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
JAWATANKUASA SKIM PENAJAAN SENI BUDAYA DAN TERMA RUJUKAN 10.1. Semua permohonan oleh syarikat atau individu penggiat seni budaya akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penajaan yang terdiri daripada; ii)
Ketua Setiausaha Kemente-rian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia sebagai Pengerusi.
ii)
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Warisan) sebagai Timbalan Pengerusi Bersama.
iii)
Setiausaha Bahagian Kebuda-yaan dan Kesenian, Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah KeKKWa mengikut keperluan sebagai Ahli.
6
iv)
Urusetia Skim PSB adalah Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 10.2. Jawatankuasa Skim PSB bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut; i)
Meneliti maklumat syarikat seni atau individu yang memohon Skim PSB.
ii)
Berhak untuk mendapatkan ma-klumat lanjut mengenai syarikat atau individu yang memohon Skim PSB.
iii)
Membuat keputusan sama ada menerima atau menolak sesuatu permohonan penajaan berdasarkan borang dan maklumat yang dikemukakan.
iv)
Bertindak sebagai pemantau terhadap perbelanjaan dan pelaksanaan projek kepada permohonan Skim PSB yang telah diluluskan.
v)
Boleh memberikan apa-apa juga arahan berkaitan persembahan atau lain-lain perkara yang berkaitan Skim PSB yang telah diluluskan.
vi)
Menarik balik kelulusan yang telah diberi atau sebaliknya.
vii)
Meminda, menyesuai, atau menyelaras semula konsep projek yang hendak dilaksanakan agar selaras dengan visi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
7
11.
PROSES KERJA PERMOHONAN SKIM PSB Borang Di Terima
Semak & Proses
Mesyuarat Jawatankuasa Skim PSB
Jawab
LULUS Tawaran & Perjanjian
Jawab
Penyediaan Cek
Terima Laporan
Pertanyaan (Jika Perlu)
Semak Laporan
Selesai
12.
KESIMPULAN Skim PSB adalah suatu insentif kepada penggiat seni ke arah kecemerlangan melalui penghasilan karya-karya tempatan yang bermutu dan boleh diketengahkan diperingkat antarabangsa, pembentukan kumpulan karyawan yang profesional, kreatif dan disegani didalam dan luar negara serta sebagai penyediaan pengisian untuk memenuhi hasrat Kerajaan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni dan budaya antarabangsa.
8
Lampiran SENARAI JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERINEGERI ------------------------------------------------------1.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis Taman Budaya Negeri Perlis, Jalan Lintasan Kangar, 01000 Kangar PERLIS Telefon: 04-979 3604
2.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah Taman Budaya Negeri Kedah Lot PTD 400, Pumpong, 05250 Alor Star, KEDAH. Telefon: 04-731 5930
3.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang Kompleks Pustaka Warisan Seni, Lot 2183, Jalan Rawang, 10460 Pulau Pinang PULAU PINANG Telefon: 04-281 7792
4.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak Taman Budaya Negeri Perak Jalan Caldwell off Jalan Raja Di Hilir 30250 Ipoh, PERAK Telefon: 05-253 7001 9
5.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Selangor Lot 22.2, Tingkat 22, Menara MBSA, Persiaran Perbandaran, 4000 Shah Alam, SELANGOR Telefon: 03-5510 2664
6.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan Taman Budaya Negeri Sembilan Jalan Sungei Ujong 70200 Seremban NEGERI SEMBILAN Telefon: 06-763 6308
7.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Melaka Tingkat 3, Bangunan Risda Negeri, Jalan Sri Lanang 75100 Melaka MELAKA Telefon: 06-2842521
8.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Johor Tingkat 13, KOMTAR, Jalan Wong Ah Fook 80000 Johor Bahru, JOHOR Telefon: 07-2248270
9.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan Lot 839, Jalan Long Yunos off Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, KELANTAN 10
Telefon: 09-744 3455 10.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu Taman Budaya Negeri Terengganu Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu TERENGGANU Telefon: 09-6178831
11.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang Taman Budaya Negeri Pahang Lot 57100, Jalan Teluk Sisek 25000 Kuantan PAHANG Telefon: 09-517 8466
12.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sabah Tingkat 5, Blok E, Bangunan KWSP, Peti Surat 51, Jalan Karamunsing, 88100 Kota Kinabalu, SABAH Telefon: 088-237 052
13.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, SARAWAK Telefon: 082-422006
14.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 109, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur 11
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Telefon: 03-2164 8343
12