SIRI KEMANTAPAN TATABAHASA BAHASA MELAYU PMR TUMPUAN: KESALAHAN TATABAHASA DALAM FRASA Betulkan kesalahan dalam frasa-frasa berikut: 1 para guru-guru 2 satu setengah jam 3 tiap pelajar 4 daripada sekolah 5 sejak dari semalam 6 demi untuk ibu bapa 7 beberapa penjahat 8 koleksi lagu-lagu 9 sesetengah daripada kek yang dipotong 10 video cakera padat 11 kain batik sutera 12 ahli jawatan kuasa 13 membuang sampah-sarap 14 bergantung kepada guru 15 beralaskan dengan bantal 16 persahabatan di antara Rushi dengan Rani 17 semangat berkerjasama 18 rakyat yang bersatu-padu 19 saling hormat-menghormati 20 deretan kedai-kedai 21 kawasan pendalaman 22 kawasan pengairan di Selat Melaka 23 melawat ke negeri Sembilan 24 menghadiri ke majlis 25 menghadiahkan ibu sebentuk cincin 26 memasak nasi 27 mengunakan ilmu dan pengetahuan 28 menggelakkan diri daripada gejala sosial 29 kebanyakkan fail di pejabat 30 pertunjukkan amal 31 negara yang aman-damai 32 gugusan pulau-pulau 33 pemainan tradisional 34 masalah yang serious 35 golongan cendikiawan 36 memberi banyak faedah 37 golongan pelajar-pelajar 38 wajar dilakukan oleh kita 39 penyalah gunaan dadah 40 menjadi orang yang baik 41 jangan sesekali kita membuat jahat 42 Kadang kala, ibu saya garang. 43 Barang kali, lelaki itu sesat jalan. 44 Walaubagaimanapun 45 sejak akhir ini 46 Justeru itu, masalah ini mestilah diselesaikan. 47 Bapa menghadiahkan ibu sebentuk cincin 48 barisan hakim-hakim 49 telah mereka sediakan 50 pintu konkrit gerbang 51 mini kalkulator
52 Pasaraya Jusco 53 Persatuan Ibu Bapa Dan guru 54 Melaka Bandaraya Bersejarah 55 Kesimpulanya, masalah ini mesti diselesaikan. 56 Oleh yang demikian, guru pendidik bangsa. 57 rambut kerinting 58 membeli olih-olih 59 pemadam besar getah 60 karangan contoh cemerlang 61 sampel merah darah 62 diluar jangkaan semua 63 sekawan gajah-gajah 64 sembilan orang adik beradik 65 ilmu mempertahankan diri 66 lima setengah tahun 67 segerombolan perompak-perompak 68 membina jatidiri bangsa yang utuh 69 sudah terhantuk baru terngadah 70 sesetengah remaja-remaja 71 setiap-tiap warga sekolah 72 sebuah sungai yang panjang 73 beberapa buah kelas-kelas 74 di dalam mesyuarat agung 75 pada masa kini 76 membeli baju baru 77 sekelompok murid-murid 78 membeli alatulis 79 melukis gambarajah 80 mewujudkan usahasama antara peniaga 81 dimana ada kemahuan, disitu ada jalan 82 dihantar oleh kita 83 Kesalahan itu telah adik lakukan. 84 sekaligus 85 sekumpulan ahli-ahli sains 86 kemeja T 87 semangat anti penjajah 88 berjiwa cintakan negara 89 kerosakkan kereta di lebuh raya 90 mengamalkan urusiaga yang halal 91 mengadakan pilihanraya umum 92 senarai nama-nama 93 setia-setiausaha menteri kabinet 94 urusetia program motivasi 95 penyanyi professional 96 stesen keretapi 97 berkunjung ke Bandaraya Kuala Lumpur 98 memilih ahli jawatan kuasa 99 segerombolan tentera negara 100 pengaruh media masa
Jawapan: 1 para guru-guru para guru / guru-guru 2 satu setengah jam satu jam setengan 3 tiap pelajar setiap pelajar / tiap-tiap pelajar 4 daripada sekolah dari sekolah 5 sejak dari semalam sejak semalam / dari semalam 6 demi untuk ibu bapa untuk ibu bapa / demi ibu bapa 7 beberapa penjahat beberapa orang penjahat 8 koleksi lagu-lagu koleksi lagu / lagu-lagu 9 sesetengah daripada kek yang dipotong setengah daripada kek yang dipotong / sebahagian daripada kek yang dipotong 10 video cakera padat cakera padat video 11 kain batik sutera kain sutera batik 12 ahli jawatan kuasa ahli jawatankuasa 13 membuang sampah-sarap membuang sampah sarap 14 bergantung kepada guru bergantung pada guru 15 beralaskan dengan bantal beralas dengan bantal / beralaskan bantal 16 persahabatan di antara Rushi dengan Rani persahabatan antara Rushi dengan Rani 17 semangat berkerjasama semangat bekerjasama 18 rakyat yang bersatu-padu rakyat yang bersatu padu 19 saling hormat-menghormati saling menghormati / hormat-menghormati 20 deretan kedai-kedai deretan kedai / kedai-kedai 21 kawasan pendalaman kawasan pedalaman 22 kawasan pengairan di Selat Melaka kawasan perairan di Selat Melaka 23 melawat ke negeri Sembilan
melawat ke Negeri Sembilan 24 menghadiri ke majlis menghadiri majlis / hadir ke majlis / menghadirkan diri ke majlis 25 menghadiahkan ibu sebentuk cincin menghadiahi ibu sebentuk cincin / menghadiahkan sebentuk cincin kepada ibu 26 memasak nasi menanak nasi 27 mengunakan ilmu dan pengetahuan menggunakan ilmu dan pengetahuan 28 menggelakkan diri daripada gejala sosial mengelakkan diri daripada gejala sosial 29 kebanyakkan fail di pejabat kebanyakan fail di pejabat 30 pertunjukkan amal pertunjukan amal 31 negara yang aman-damai negara yang aman damai 32 gugusan pulau-pulau pulau-pulau / gugusan pulau 33 pemainan tradisional permainan tradisional 34 masalah yang serious masalah yang serius 35 golongan cendikiawan golongan cendekiawan 36 memberi banyak faedah memberikan faedah yang banyak / banyak memberikan faedah 37 golongan pelajar-pelajar golongan pelajar / pelajar-pelajar 38 wajar dilakukan oleh kita wajar kita lakukan 39 penyalah gunaan dadah penyalahgunaan dadah 40 menjadi orang yang baik menjadi insan yang baik / menjadi manusia yang baik 41 jangan sesekali kita membuat jahat jangan sekali-kali kita berbuat jahat / jangan sekali-kali kita membuat kejahatan 42 Kadang kala, ibu saya garang. kadangkala, ibu saya nampak garang 43 Barang kali, lelaki itu sesat jalan. barangkali, lelaki itu sesat jalan 44 Walaubagaimanapun walau bagaimanapun 45 sejak akhir ini sejak akhir-akhir ini 46 Justeru itu, masalah ini mestilah diselesaikan.
Oleh itu, masalah ini mestilah diselesaikan 47 Bapa menghadiahkan ibu sebentuk cincin Bapa menghadiahkan sebentuk cincin kepada ibu / Bapa menghadiahi ibu sebentuk cincin 48 barisan hakim-hakim barisan hakim / hakim-hakim 49 telah mereka sediakan telah disediakan oleh mereka 50 pintu konkrit gerbang pintu gerbang konkrit 51 mini kalkulator kalkulator mini 52 Pasaraya Jusco Pasar Raya Jusco 53 Persatuan Ibu Bapa Dan guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru 54 Melaka Bandaraya Bersejarah Melaka Bandar Raya Bersejarah 55 Kesimpulanya, masalah ini mesti diselesaikan. Kesimpulannya, masalah ini mesti diselesaikan. 56 Oleh yang demikian, guru pendidik bangsa. Oleh hal yang demikian, guru pendidik bangsa. 57 rambut kerinting rambut keriting 58 membeli olih-olih membeli oleh-oleh 59 pemadam besar getah pemadam getah besar 60 karangan contoh cemerlang contoh karangan cemerlang 61 sampel merah darah sampel darah merah 62 diluar jangkaan semua di luar jangkaan semua 63 sekawan gajah-gajah sekawan gajah / gajah-gajah 64 sembilan orang adik beradik sembilan orang adik-beradik 65 ilmu mempertahankan diri ilmu pertahanan diri / ilmu yang dapat mempertahankan diri 66 lima setengah tahun lima tahun setengah 67 segerombolan perompak-perompak segerombolan perompak 68 membina jatidiri bangsa yang utuh membina jati diri bangsa yang utuh 69 sudah terhantuk baru terngadah
sudah terhantuk baru tengadah 70 sesetengah remaja-remaja sesetengah remaja / setengah-setengah remaja 71 setiap-tiap warga sekolah setiap warga sekolah / tiap-tiap warga sekolah 72 sebuah sungai yang panjang sebatang sungai yang panjang 73 beberapa buah kelas-kelas beberapa buah kelas 74 di dalam mesyuarat agung dalam mesyuarat agung 75 pada masa kini Kini / pada masa ini 76 membeli baju baru membeli baju baharu 77 sekelompok murid-murid sekelompok murid / murid-murid 78 membeli alatulis membeli alat tulis 79 melukis gambarajah melukis gambar rajah 80 mewujudkan usahasama antara peniaga mewujudkan usaha sama antara peniaga 81 dimana ada kemahuan, disitu ada jalan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 82 dihantar oleh kita kita hantar 83 Kesalahan itu telah adik lakukan. kesalahan itu telah dilakukan oleh adik 84 sekaligus sekali gus 85 sekumpulan ahli-ahli sains sekumpulan ahli sains / sekumpulan saintis 86 kemeja T baju kemeja-T 87 semangat anti penjajah semangat antipenjajah 88 berjiwa cintakan negara berjiwa cinta akan negara 89 kerosakkan kereta di lebuh raya kerosakan kereta di lebuh raya 90 mengamalkan urusiaga yang halal mengamalkan urus niaga yang halal 91 mengadakan pilihanraya umum mengadakan pilihan raya umum 92 senarai nama-nama
senarai nama 93 setia-setiausaha menteri kabinet setiausaha-setiausaha menteri kabinet 94 urusetia program motivasi urus setia program motivasi 95 penyanyi professional penyanyi profesional 96 stesen keretapi stesen kereta api 97 berkunjung ke Bandaraya Kuala Lumpur berkunjung ke Bandar Raya Kuala Lumpur 98 memilih ahli jawatan kuasa memilih ahli jawatankuasa 99 segerombolan tentera negara segerombolan pengganas / seangkatan tentera negara 100 pengaruh media masa pengaruh media massa