12
ISU •
FEBRUARI
2016
SALURAN INFORMASI WARGA BENTONG
Gong Xi Fa Cai
daripada warga kerja Maju Bentong
MENARIK Bulan INI >>>>
ms.4 ms.6
ms.10
MENEROKA SENi jalanan
Lukisan dinding
SENI merapatkan jurang Evelyn, SMK Sulaiman
pengasingan bahan terbuang Kitar semula
ms.20
bentong walk Tarikan baru
Muzium Felda LURAH Bilut Cipta Sejarah Tersendiri
S
elepas 46 tahun Felda pertama negara dibuka dan diteroka, segala kisah suka duka, pahit maung, jerit perih peneroka asal diabadikan apabila Muzium Felda Lurah Bilut, Pahang dibuka secara rasmi pada 2005. Muzium di daerah Bentong ini cukup istimewa dan unik berbanding kebanyakan muzium lain kerana ia memaparkan sejarah penubuhan Felda yang pertama di dunia bermula tahun 1958 serta kisah di sebalik kehidupan peneroka awal Lembah Bilut. Di sinilah tempatnya jika mahu mengimbau bagaimana peneroka asal membantu kerajaan menjayakan tanah rancangan baharu sebelum Felda Lurah Bilut dijadikan model kepada pembukaan Felda lain dan hasilnya kini dinikmati generasi kedua dan ketiga.
Terletak bersebelahan pejabat Pos dan pejabat pengurusan Felda Sungai Bilut, muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional ini mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda untuk tatapan umum. Bangunan muzium ini adalah bekas pejabat pentadbiran lama, bahkan kedudukan peti besi yang dahulunya ditempatkan dalam bilik pengurus masih kekal pada kedudukan asal semata-mata mahu mengekalkan keaslian bangunan dan nilai sentimental peneroka. Kedudukannya berhadapan Sekolah Menengah Lurah Bilut memudahkan orang ramai menjejakkan kaki ke situ dan menariknya, muzium ini juga sering menjadi pilihan lokasi rakaman gambar dan penggambaran filem.
Selain pengunjung, pasangan pengantin baharu juga kerap memilih muzium ini untuk mengabadikan kenangan detik manis mereka. Berdekatan dengan pintu gerbang utama muzium, tersergam megah replika pisau penoreh getah. Ini kerana kegiatan pertanian utama peringkat awalnya ialah tanaman getah sebelum ditukar kepada tanaman kelapa sawit yang lebih cepat memberikan hasil. Namun, sejarah tanaman getah tidak pernah dilupakan. Sebab itulah banyak koleksi berkaitan dipamerkan seperti pisau toreh getah, tong susu getah, basikal tua, cawan susu dan juga pelbagai gambar sejarah awal peneroka membuka ladang getah.
>> mukasurat 2
1
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
P
ada bulan Oktober yang lalu, saya berpeluang berjumpa dengan anak-anak muda Bentong yang sangat berbakat di program Street Art Bentong 2015. Projek ini bermula dengan bengkel seni selama dua hari pada 24 dan 25 Oktober 2015. Saya sangat gembira mendengar bahawa pelajarpelajar yang menghadiri bengkel ini mempunyai semangat tinggi dan kerjasama sepasukan yang baik tanpa mengambil kira latar belakang dan perbezaan agama antara mereka.
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016 Keamanan dan kedamaian bermula dengan diri kita. Tiada seorang pun yang boleh memaksa kita, ia perlu datang dari dalam diri kita. Seperti yang dikatakan oleh Gandhi (dan dipetik oleh Ram THR Raaga dalam temu bual beliau dengan Maju Bentong) - “Jadilah perubahan yang anda ingin lihat di dunia.”
Saya berharap kita semua akan dapat menerima, menghargai dan menghormati orang lain dan terus menerima kepelbagaian dan keterangkuman.
Liow Tiong Lai
Marilah kita memberi tumpuan kepada persamaan yang wujud antara budaya kita. Bagi empat rakan tingkatan empat dari SMK Sulaiman Evelyn Chow Xin Hui, Lim Yit Man, Faiz Hakimi dan Mohd Farhan, seni adalah faktor yang merapatkan mereka. Sejak menyertai projek-projek seni dari tahun 2014, mereka dapat mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain. Hubungan inilah yang menjadi asas negara kita. Evelyn mewakili rakan-rakannya berkongsikan cerita mereka di halaman ini.
Muzium Felda LURAh Bilut Cipta Sejarah Tersendiri >> samb... Sejarah ini termasuklah bagaimana mereka terpaksa menebang pokok besar dan balak menggunakan gergaji serta kapak untuk dijadikan ladang dan kawasan penempatan. Pelbagai koleksi sejarah peneroka serta kronologi pembukaan Felda Lurah Bilut dipamerkan bersama artifak lama yang berkaitan termasuklah sebilah kapak istimewa sumbangan bekas ketua kampung, Kamaruddin Mat Dooa, yang menyertai kumpulan awal peneroka. Gabungan peneroka awal yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India itu sendiri sudah menggambarkan keunikan Felda Lurah Bilut apabila mereka berganding bahu menyahut tawaran untuk memasuki Felda pada tahun 1959. Mereka bergabung tenaga membina rumah panjang yang dijadikan penempatan awam sebelum bergotong royong membina rumah masing-masing,
2
begitu juga dengan kerja menebas dan menebang untuk membuka ladang. Walaupun berdepan kesukaran di peringkat awal, majoriti peneroka awal melihat secara positif idea membuka tanah baharu yang dilaksanakan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. Plak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu turut dipamerkan bersama gambar anak sulung Allahyarham, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika diberi penghormatan merasmikan muzium pada 22 September 2002. Turut hadir ketika itu ialah Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Noor. Di sini juga dicatatkan sejarah perjalanan dan ketibaan kumpulan pertama peneroka seramai 28 orang dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 2 Ogos 1959 yang diketuai Ahmad Husin, diikuti kumpulan seterusnya. Di peringkat awal, kebanyakan mereka datang berseorangan. Isteri dan anak dibawa masuk selepas siap membina
rumah masing-masing kira-kira lima bulan kemudian. Sebab itulah, ramai yang berpendapat peneroka Lurah Bilut adalah peneroka dalam erti sebenar. Ini kerana apabila peneroka tiba di tanah rancangan, tiada apa pun di sana. Hutan belum ditebang, ladang belum ditanam dan rumah belum didirikan. Semuanya perlu dibuat sendiri. Inilah ciri utama yang membezakan penempatan peneroka Felda Lurah Bilut berbanding Felda lain, di mana rumah mereka siap dibina terlebih dahulu sebelum peneroka dipanggil masuk ke rancangan. Penempatan penduduk juga dibuat secara kelompok mengikut negeri asal peneroka berkenaan. Jika mereka datang dari Johor, mereka akan tinggal bersama kelompok Johor dan begitu juga dengan negeri lain. Manakala pembahagian tanah teroka adalah mengikut cabutan undi.
pada 16 Ogos 1960, dan dinamakan Norvelly sempena nama Bilut Valley (Lembah Bilut). Pengurus Rancangan, Tuan Ding Charles yang fasih berbahasa Melayu memberikan cadangan nama Norvelly kepada anak pasangan peneroka, Zainal Ali dan Radziah Othman kerana bayi pertama ini dilahirkan di Bilut Valley. Sebelum ini, ramai peneroka yang menghantar isteri mereka untuk melahirkan anak di kampung masingmasing disebabkan persekitaran serta kemudahan yang tidak sempurna pada waktu itu. Sekiranya anda dalam perjalanan dari Bentong ke Raub, singgahlah di Muzium Felda Lurah Bilut ini. Bawalah anak-anak untuk melihat dan mengetahui pelbagai kisah kepayahan generasi terdahulu yang berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Lihat dan bacalah kisah betapa gigihnya semangat generasi ini dalam membangunkan kehidupan.
Sejarah juga tercipta di Lurah Bilut apabila bayi pertama dilahirkan di sana
3
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
MENEROKA
SENI JALANAN Dengan kepala menunduk membayangi kertas seni dan pensel serta pen bertaburan di atas meja, 9 pasukan dari 8 sekolah berkumpul untuk mempelajari mengenai seni jalanan.
Apakah kisah di sebalik setiap lukisan? Setiap pasukan menjelaskan erti di sebalik hasil kerja mereka. Ayuh kongsikan Kecantikan Bentong SMK KETARI • Leong Shin Lerk • Nurul Emyra Nadia Binti Zulkiflie • Tan Yee Hern • Chan Lyn Lyn • Chow Jack Li Lukisan ini menceritakan tentang pelbagai keunikan Bentong yang dapat menyentuh hati masyarakat. Setiap kisah yang berharga telah dipaparkan di dalam lukisan ini. Seperti yang kita tahu, tradisi dan ketulenan Bentong tidak terdapat di kawasan lain. Bentong juga merupakan sumber kegembiraan dan ia melambangkan imej Malaysia. Bersamalah kita: 1) Kongsikan kecantikan dan tradisi Bentong 2) Bangunkan Bentong 3) Menjadi pengasih dan pendamai Kekalkan Keamanan, Wujudkan Keamanan
D
ulu, melukis pada dinding jalanan disisih sebagai perbuatan laku musnah – menyusahkan majlis bandaran dan pemilik kedai. Hari ini, seni jalanan mula mendapat perhatian sebagai satu bentuk ekspresi artistik juga satu cara untuk memperindahkan dinding bandaran serta ruang yang sepi. Ia turut menambah kepada satu lagi tarikan pada pelawat. Seni jalanan juga membantu untuk mendokumentasi budaya dan warisan sesebuah masyarakat. November lalu, Kelab Maju Bentong menganjurkan satu pertandingan seni jalanan kepada para pelajar di Bentong dengan peluang untuk meneroka bentuk seni ini. Kami berharap ia akan mencambah rasa sayang golongan muda pada pekan ini selain membuat mereka rasa bangga dengan bakat baru ini. Projek ini bermula dengan bengkel dua hari mengenai Seni Jalanan di mana para pelajar mempelajari tentang
4
SMK KUALA REPAS • Aida Sofiea Binti Othaman • Ain Nur Athirah Binti Yoridullah • Intan Liyana bt Ramli • Nurul Hidayah Imaniah Binti Noor Hamdan • Sharah Khairiah Binti Ahmad Tarmizi bentuk seni. Bengkel ini dimudah cara oleh pensyarah dan graduan Dasein Academy of Art. Pada penghujung bengkel, 9 pasukan berkenaan menyerahkan deraf hasil seni mereka dengan tema “Kitalah Pendamai. Kitalah Bentong.” Tiga gambar telah disenarai pendek dan setiap pasukan mengambil masa empat hari untuk mengecat mural di depan Pasar Bentong. Mereka adalah pasukan daripada SMK Ketari, SMK Kuala Repas dan SMK Katolik. Orang awam kemudiannya diajak untuk mengundi mural kegemaran mereka. Kesemua 15 pelajar daripada tiga pasukan bekerja keras selama empat hari untuk menyiapkan kerja mereka. Walaupun berdepan cabaran, tetapi mereka tetap menempuhinya dan nekad untuk menyiapkan lukisan itu tepat pada masanya.
Wanita yang digambarkan sebagai alam semula jadi menghembuskan kesegaran kepada penduduk Bentong. Pendamai pula merangkumi dan melindungi kepelbagaian adat, budaya dan agama di bandar ini. Ia juga menyatupadukan warga Bentong dengan harapan supaya bumi ini terperlihara dari pencemaran dan kemusnahan hutan yang turut menjejaskan kehidupan lain. Kita Semua Satu Keluarga SMK Khatolik • Hasthaletchumi A/P Rajendran • Ng Yuen Yei • Lee Wei Xiang • Sriwarrni A/P Ravi Yarman • Sureekhaa Shrree A/P Uthaya Chandran Tangan ini melambangkan pandangan kami -penduduk Bentong yang suka bermain, muda dan aktif – terhadap Bentong. Dalam mural ini, kami sertakan pelbagai unsur yang melambangkan bandar ini seperti aiskrim Kow Po dan Bukit Raka.Kepelbagaian kaum di Bentong digambarkan melalui produk tempatan yang popular seperti pisang, durian Musang King dan buah berangan. Kami berharap kecantikan Bentong yang digambarkan di dalam mural ini akan menjadi sumber inspirasi untuk generasi muda.
Guru-guru turut singgah untuk melihat perkembangan pelajar mereka selain memberi semangat. Ibu bapa pula menunggu untuk memberikan galakan kepada anak-anak mereka. Penduduk Bentong, daripada pekerja di pasar sehinggalah ke pengunjung, kagum dengan cara pelajar berkenaan melukis dinding itu. Pemilik gerai turut menghulurkan bantuan dengan memberi mereka air dan ada kalanya menyediakan snek untuk kumpulan pelajar ini. Persahabatan turut terbentuk antara ahli setiap pasukan selain bersama mentor yang datang dari KL. Secara keseluruhannya, semua orang gembira, mempelajari skil baru dan telah membantu memperindahkan lagi Pasar Bentong. Cukup hebat untuk keringat beberapa hari!
DAN PEMENANGNYA ADALAH…
SMK KETARI Tahniah!!!
5
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
merapatkan
Seni jurang Oleh Evelyn Chow Xin Hui, SMK Sulaiman
Evelyn, bersama tiga rakan sekolahnya, menubuhkan Pasukan Sulaiman Artist yang telah menyertai projek Seni Jalanan Maju Bentong yang diadakan hujung tahun lalu. Mewakili Faiz, Farhan dan Yit Man, Evelyn berkongsi kisah persahabatan dan bagaimana seni merapatkan hubungan mereka.
K
ami telah berkawan selama 4 tahun sejak sama-sama mula belajar di SMK Sulaiman. Walaupun belajar dalam kelas yang berbeza, sebelum ini kami hanya tahu nama panggilan masingmasing. Tahun lepas, Yit Man dan saya serta seorang lagi teman, Fatin telah menyertai pertandingan melukis kain rentang peringkat daerah. Daripada situlah kami saling lebih mengenali. Bagi Faiz dan Farhan pula, kami hanya mula rapat bila dipilih untuk mengecat
6
mural sekolah pada September 2015. Ia adalah pertandingan yang dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan jalan raya. Selepas mendapat izin pengetua, kami menghabiskan masa dua minggu untuk mengecat mural di sekolah, sehingga perlu ponteng kelas untuk menyiapkan tugasan tepat pada masanya. Bagi saya, menyiapkan mural di sekolah dengan rakan sepasukan adalah memori paling menggembirakan di sekolah. Kenangan paling tidak dapat
putus memberikan pujian dan komen membina agar kami dapat membaiki mutu kerja. Selain pengalaman, perkara paling berharga yang kami peroleh, sudah pastinya persahabatan kami. Selepas bekerjasama selama dua minggu, hubungan antara kami semakin kukuh. Kami suka menyanyi bersama, berkongsi lawak jenaka dan saling mengusik sewaktu mengecat. Seni telah menutup jurang antara kami. Dan kini benar-benar faham maksud kata orang, “seni membawa semua orang bersama.” Namun, adat bekerja sekumpulan, ada ketikanya kami bercanggah pendapat. Untuk menyelesaikan masalah, kami akan meminta pandangan guru seni
di sekolah. Bagi masalah yang kecil, kami akan berkumpul dan berbincang sesama sendiri. Keputusan akhir dibuat berdasarkan apa kumpulan majoriti ingini. Fatin pernah memberitahu saya: “Bekerja sepasukan membantu saya memahami seni dengan lebih baik. Saya bersyukur kerana semangat sekumpulan telah mengukuhkan hubungan persahabatan.” Kami tidak memiliki ketua dalam kumpulan. Setiap orang ada kelebihan tersendiri dan disebabkan itu, idea setiap orang akan diambil kira bila kami mengecat.
sukakan lukisan minyak dan acrylics, seni arca dan seni tulen. Fatin pula sukakan seni jalanan, seperti yang dilakukan di Pulau Pinang. Farhan sukakan lukisan pensel. Manakala saya pula minat dengan seni figura. Ia menjadi pengalaman yang menyeronokkan bila melakukan apa yang saya gemari bersama-sama kumpulan rakan yang mempunyai minat serupa. Bekerja sekumpulan membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai seni lukis daripada rakan sepasukan. Saya percaya kegagalan tidak akan mencairkan keghairahan kami dalam bidang seni, kerana seni bukan sekadar untuk memenangi sesebuah pertandingan sahaja.
Faiz meminati bidang arkitek, mencoret dan melukis menggunakan kapur dengan sentuhan hipster. Yit Man
saya lupakan adalah apabila perlu memanjat tangga untuk mengecat. Oleh kerana lantai tidak rata, tangga itu tidak begitu stabil. Bila ada seseorang perlu menggunakan tangga, akan ada seorang lagi yang perlu memegangnya supaya ia stabil dan selamat digunakan. Usaha kami turut dihargai oleh guru dan rakan-rakan. Ada beberapa guru yang tidak ditugaskan menjaga pertandingan mengecat mural ini tetapi telah belanja kami makan di kantin sekolah. Rakan-rakan juga tidak putus-
7
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
Buah fikiran....
Ram THR Raaga
ECER
P
elan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), yang diluluskan oleh Kerajaan pada tahun 2008, telah dirumuskan sebagai asas untuk memacu pembangunan di rantau ini sehingga tahun 2020 di mana ia akan berubah menjadi destinasi utama pelancongan antarabangsa dan tempatan, pengeksport berasaskan sumber dan pembuatan, pusat perdagangan yang pesat, dan infrastruktur dan hab logistik. Ia mengenal pasti projek dan program untuk mengurangkan jurang
sosio-ekonomi serantau, membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan dan pengagihan kekayaan secara mampan. Bagaimana Bentong Mendapat Manfaat Dari ECER? Bentong diliputi dibawah Nod 6 yang memberi dorongan kepada pembangunan ekonomi kawasan pedalamannya.
Beliau tidak perlu diperkenalkan lagi. Ram, juruhebah THR Raaga telah menghiburkan berjuta orang melalui radio dan secara langsung di seluruh negara. Sejak beberapa tahun lepas, Ram mula jatuh cinta dengan bandar Bentong dan mula mengadakan konsert-konsert untuk menghiburkan penduduk Bentong. Di sini, Ram kongsikan cerita beliau dengan penulis Maju Bentong. Bentong dijangka menjadi bandar satelit dan perantara kepada pembangunan Greater Kuala Lumpur kerana lokasinya yang berdekatan. Oleh kerana lokasinya yang strategik, nod ini didominasi oleh projek-projek pelancongan, terutamanya hotel dan villa seperti Genting Highlands Theme Park, Bukit Tinggi Resort dan Janda Baik. Pada tahun 2015, Bentong telah dikhususkan untuk pelaburan berjumlah RM6.15 bilion yang akan mewujudkan 9570 peluang pekerjaan.
Objektif utama Pelan Induk ECER adalah untuk membetulkan ketidakseimbangan rantau ini: • Dengan mempercepatkan pertumbuhan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dengan cara yang berdaya maju, seimbang dan mapan. • Melalui program dan projek berimpak tinggi yang dapat merangsang pembangunan, meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan serta mengembangkan prospek pekerjaan & keusahawanan. Lima kelompok ekonomi utama iaitu Pengilangan, Minyak, Gas & Petrokimia, Pelancongan, Pertanian dan Pembangunan Modal Insan akan memacu pembangunan ECER yang selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Menjelang 2020, sasaran ECER adalah: • Mencapai RM110 bilion pelaburan swasta • Mewujudkan 200,000 pekerjaan baru • Membangunkan 60,255 usahawan • Mencapai RM45 bilion Pendapatan Negara Kasar (PNK)
8
Boleh kongsikan sedikit mengenai diri anda? Siapakah role model anda? Richard Branson dan Les Brown kerana mereka sentiasa belajar daripada kegagalan untuk menjadi lebih baik. Apakah yang membuatkan anda gembira? Membuat dan melihat orang lain gembira. Apakah perkara yang menyedihkan anda? Melihat komuniti saya menderita. Apakah yang paling menakutkan anda? Saya risaukan generasi akan datang. Saya rasa mereka tidak sekuat dan bersedia sebagaimana generasi kita. Apakah yang membuatkan anda tidak tidur malam? Memikirkan tentang generasi masa hadapan. Apakah pencapaian tertinggi anda? Saya rasa perjalanan saya masih jauh dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari sebelum saya dapat ceritakan tentang pencapaian saya.
Apakah suatu perkara yang anda mahu ubah untuk membuatkan hidup anda lebih bermakna? Jika boleh, saya inginkan lebih banyak masa untuk membantu meningkatkan taraf hidup komuniti saya. Pada masa kini, saya perlu mengimbangi masa dengan tanggungjawab yang sedia ada, dan jika ada masa yang terluang, barulah saya dapat berkhidmat untuk komuniti. Apakah pengajaran paling berharga yang anda pelajari dari kehidupan? Percaya dengan diri saya. Anda sudah lama bersama THR Raaga, kenapa anda suka menjadi seorang juruhebah radio? Dapat membuat pendengar kami tersenyum.
Anda kerap datang ke Bentong sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Apa yang anda suka tentang Bentong? Saya mula menyukai Bentong dan Karak selepas bertemu dengan DS Liow Tiong Lai. Saya kagum dengan kasih sayang dan hormat yang masyarakat Bentong berikan kepada beliau serta bagaimana beliau berjaya menyatukan semua kaum. Dengan pembangunan yang pesat, masyarakat Bentong masih hidup dengan cara yang sederhana seperti Dato’ Sri sendiri. Kata-kata hikmat yang ingin anda sampaikan kepada pemuda Bentong? Jangan menyalahkan orang lain atas kekurangan diri anda. Seperti kata-kata Mahatma Gandhi: “Jadilah perubahan yang anda ingin lihat di dunia.”
Nasihat anda kepada generasi muda yang berminat menceburi industri penyiaran? Ambil masa anda. Kumpul pengalaman sebanyaknya dahulu dan mulakan dari jawatan paling bawah dalam organisasi radio.
9
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
Pengasingan bahan terbuang Sejak September 1, kediaman di sesetengah negeri, termasuk di Bentong, telah diarah untuk mengasingkan bahan terbuang kepada kategori berbeza sebagai menyokong usaha kitar semula. Ini adalah jawapan kepada pelbagai soalan yang diajukan dan tip tentang cara terbaik untuk membantu mengurangkan impak negatif kepada bumi.
Kenapa ianya penting untuk mengasingkan bahan terbuang? • Setiap hari, rakyat Malaysia menghasilkan 33,000 tan bahan terbuang yang akhirnya memenuhi kawasan lahan terbuang di seluruh negara. • Mengasingkan sampah di rumah akan membantu mengurangkan bahan terbuang di lahan terbuang sekitar 3040%, jika kita mengasingkan kesemua bahan boleh kitar semula (kertas, plastik, kaca, tekstil, dll) dan sehingga 70-80% jika kita mengasingkan bahan organik (makanan, bahan hijau dan kayu) Kadar kitar semula di negara lain
>99%
70%
52%
95%
57%
10%
Bila anda mengasingkan bahan terbuang, anda membolehkan produk ini dikitar semula. Lori yang mengutip bahan kitar semula ini akan menghantarnya ke pusat pengasingan di mana ia akan diasingkan kepada pelbagai kumpulan produk dan dihantar ke pusat-pusat kitar semula yang berkenaan untuk diproses. Namun, sebagai pemilik rumah, anda perlu memainkan peranan bagi memastikan yang bahan terbuang telah diasingkan berkeadaan baik agar ia boleh dikitar semula. Di sini ada beberapa cara untuk anda lakukan bagi memastikan usaha anda itu tidak sia-sia. Plastik - Sebaiknya, bekas plastik yang kotor dibersihkan terlebih dulu, tetapi jika dibilas juga baik. Ia akan menjauhkan serangga dan haiwan perosak daripada mengerumuni sampah anda. - Buang cecair berlebihan daripada botol minuman. - Jika bekas plastik teramat kotor, lebih baik buang dengan sampah basah supaya ia tidak merosakkan bekas bersih yang lain. Kertas - Kutip kertas bersih termasuk sampul surat dan surat lama. - Jangan campurkan kertas yang bersih dengan yang kotor (kertas digunakan untuk membalut makanan, kertas digunakan untuk mengelap tumpahan, terendam dengan minyak, dll). - Jika anda ada pengutip surat khabar lama, anda boleh terus menjual kertas terkumpul kepadanya. Ini boleh mengurangkan risiko kertas tercampur dengan benda lain, menjadikannya tidak boleh dikitar semula.
Kaca - Walaupun tidak perlu, anda boleh mengasingkan botol dan bekas kaca kerana ia boleh pecah dan hancur, menyukarkan tugas pekerja untuk mengasingkannya dengan bahan kitar semula kering yang lain. Kepingan yang tajam juga berbahaya untuk pekerja. - Seperti juga plastik, bilas semua bekas kaca. Peraturan umum adalah semua produk KERING perlu diasingkan daripada bahan terbuang yang basah dan kotor. Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan sampah yang ditempatkan di lahan terbuang?
- Jika perlu mencetak, gunakan keduadua belah kertas. - Gunakan bekas air boleh ulang guna daripada membeli botol air pakai buang. - Bawa bekas boleh guna semula bila membungkus makanan. - Gunakan beg pasaraya guna semula
Kurangkan sisa anda - Beli isi ulang. - Peka dengan pembungkusan. Contohnya, perlukan membeli biskut yang dibalut secara berasingan? - Kalau boleh, gunakan dokumen dengan salinan skrin daripada mencetaknya.
supaya anda tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Bayangkan yang setiap beg barangan kitar semula yang anda boleh asingkan mengurangkan satu beg sampah yang akan dihantar ke lahan buangan.
Apa yang perlu diasingkan? Lebih daripada 2 milion isi rumah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah perlu mengasingkan sampah mereka bermula Sept 1, 2015.
1
Sisa pepejal yang diasingkan perlu dimasukkan ke dalam 3 plastik beg yang berbeza dan diletakkan di sebelah tong sampah. Kertas bil, resit, majalah, kotak, kotak minuman, surat khabar
Pakaian dan kasut lama Anda boleh membuang pakaian terpakai (sama ada boleh digunakan atau tidak) ke dalam tong putih yang disediakan di sekitar pekan Bentong. Hasil terkumpul akan diserahkan kepada kilang khas yang akan mengasingkan pakaian boleh guna daripada perca. Pakaian yang tidak lagi boleh dipakai akan ditukar menjadi produk fabrik sampingan. Kompos sisa makanan dan taman - Asingkan ke dalam plastik. - Semua sisa yang tidak boleh dikitar semula/ sisa boleh bakar yang telah diasingkan dimasukkan ke dalam plastik dan diletakkan ke dalam tong pada hari kutipan.
daripada beg plastik. - Gunakan bateri boleh cas semula daripada yang biasa. - Beli produk kualiti baik yang boleh tahan lama daripada yang murah dan mudah rosak hingga perlu dibuang. - Elak pesan makanan berlebihan. - Senaraikan barangan yang perlu dibeli
Plastik beg plastik, baldi plastik, botol sabun atau bahan pencuci, botol minuman
Lain-lain tin aluminium, besi, kaca, seramik, kasut, barangan elektrik
2
Sisa pepejal umum (yang tidak boleh dikitar semula)
3
Sisa pepejal di dalam tong sampah
Jadual pungutan sisa pepejal
1x seminggu
• pungutan untuk barangan kitar semula
Saki baki
1. 2. 3. 4.
Sisa dapur Sisa makanan Bahan-bahan kotor Lampin pakai buang
2x seminggu
• pungutan sisa pepejal umum. 10
11
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
Jendela Ilmu satu program tajaan Rohas Euco
Jadual Kutipan Sisa di Punca (Barang Kitar Semula)
Industries (REI) di Bentong.
AFSB 2015 ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
Bil
Nama Taman
Bil
Nama Taman
Bil
Nama Taman
Bil
Nama Taman
1
Kg Baru Manchis
1
Rumah Murah Kg Teroh
1
Taman Hijau
1
Karak Indah
2
Kg Baru Telemong
2
SMK Sri Bentung
2
Taman Hijau Baru
2
Taman Kenanga
3
Kg Shafie
3
Taman Bukit Dinding
3
Taman Hijau Murni
3
Taman Karak Indah
4
Rumah Murah Kg Shafie
4
Taman Sentosa
4
Taman Perdana Raya
4
5
Rumah Murah Pelangai
5
Taman Sri Makmur
5
Rumah Murah Karak
Taman Bunga Raya Tambahan
6
Taman Manchis
6
Taman Sri Tanjung
6
Rumah Kilat Karak
5
Taman Bunga Raya 2
7
Taman Pelangai Raya
6
Flat Muhibbah
7
Kuarters Polis Karak
8
Kg Kemansur Kecil
9
Taman Sg Marong
10
Taman Sri Marong
11
Taman Bukit Bentong
12
Qtrs Kerajaan Jalan Bukit
13
Taman Ketari
14
Kg Baru Cina Ketari
15
Taman Bumi Cemerlang
16
Kampung Benggali
17
Qtrs JKR Ketari
18
Taman Anggerik Heights
19
Kampung Tambai
20
Kampung Nangka Jaran
7
Taman Vijaya
7
Kampung Baru
8
Taman Telemong Indah
8
Taman Makmur Jaya
8
Taman Bukit Indah
9
Kg Gementi
9
Taman Karak
9
Taman Bukit Indah
10
Taman Sri Siantan
10
Taman Bentong Makmur
10
Kg Chamang
11
Taman Kilat
11
Kg Kuala Repas
11
Bandar Bentong
12
Taman Meranti
12
Kg Chamang Baru
12
Taman Gemilang
13
Taman Wangi
13
Kampung Kubur
14
Taman Seroja
14
Taman KSM
15
Taman Chegar Medang
15
Taman Bukit Chamang
16
Taman Benus Jaya
17
Genting Permai Resort
18
Taman Desa Ria
19
Taman Mempaga Utama
20
Kg Sungai Penjuring
21
Felda Jaya Timur Mempaga
12
13
Kampung Repas
14
Taman Shahbandar Heights
15
Taman Shahbandar Hussein
16
Taman Gemilang 2
17
Rumah Murah Papan
JUMAAT Bil
Nama Taman
1
Kg Baru Cina Karak
2
Kg Lama
Bil
Nama Taman
3
Kg To’ Muda
21
Qtrs Guru Benus
1
Kg Sungai Dua
4
Pekan Karak
22
Kg Baru Bukit Tinggi
2
KIP Sertik
5
Taman Mawar
23
Jalan Batu 1 Jln Tras
3
Taman Karak Jaya Lama
6
Taman Mawar Sari
24
Taman Mutiara Heights
4
Taman Karak Jaya Baru
7
Taman Orkid
25
Taman Saga
5
Taman Seri Bayu 1&2
8
Taman Mawar Indah
26
Taman Ban Hua
6
Taman Anggerik
9
Taman Kolej
27
Taman Bentong Heights
7
Taman Cempaka
10
Jalan Kuala Lumpur Lama
28
Kampung Batu 1 1/4
8
Taman Harmoni
29
9
Bukit Tinggi
Qtrs Kerajaan Belakang Kem
10
Taman Sri Bukit Tinggi
11
Taman Ouncak Rimba
12
Taman Desa Damai
11
Taman Muhibbah
12
Kg Tradisional Bukit Piatu
13
AKR Bukit Piatu
14
Taman Melati
15
Kg Tengah Benis
16
Kampung Malaysia
17
Kg Perting
18
Kampung Kemansur
SABTU
Oleh Suryna Ali
R
ohas Euco Industries telah memulakan suatu perjalanan baru pada tahun 2015 di mana ianya telah menaja satu program baru ko-kurikulum yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bernama Jendela Ilmu di kawasan industrinya di Bentong. Di antara tujuan utama penajaan korporat ini adalah untuk membina dan membangunkan modal insan terutamanya di kalangan kaum mudamudi Bentong bermula sejak di tapak sekolah lagi. Hasrat REI adalah untuk melihat penduduk setempat bergiat maju bersama Rei di dalam apa jua bidang demi mencapai pembangunan ekonomi mampan. Program Jendela Ilmu telah dilaksanakan oleh Ori Insight Entreprise yang bertempat di dua buah sekolah yang terpilih, iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK ( C )) Katholik dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Repas di sekitar Bandar Bentong. Pencalonan sekolah-sekolah yang terpilih adalah berdasarkan beberapa kritia iaitu pencapaian akademik sekolah yang berpotensi, mempunyai pelajar-pelajar yang mempunyai rekod disiplin yang sederhana dan akhir sekali lokasi sekolah adalah berhampiran dengan kilang REI.
Program ini bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Oktober di kedua-dua sekolah. Pendekatan JIP adalah berbentuk “fun”, interaktif, terbuka dan “experiential” di mana pelajar didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang suku kaum Asli Semenanjung dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Kelebihan kaum-kaum ini ialah Pengetahuan Tradisi/ “Traditional Knowledge” yang telah banyak menyumbang pada pengetahuan perubatan moden mahupun kaedahkaedah pertanian yang kini diakui oleh masyarakat antarabangsa. Seterusnya mereka juga dimaklumkan tentang alam sekitar unik Malaysia yang telah disenaraikan dalam “ UNESCO World Heritage Sites”. Setelah memahani kepentingan hubungan manusia dengan alam sekitar, pelajar selanjutnya diajak untuk memahami kepentingan pembangunan mampan/ “sustainable development”, suatu konsep yang disarankan demi kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan juga kegunaannya. Pembangunan mampan mewujudkan keseimbangan di antara alam sekitar, ekonomi dan social dalam pembangunan kemasyarakatan. Dalam “Student Led Activities” mereka dicabar untuk membina dan menjelaskan hujah-hujah mereka dalam pembinaan Bandar Bentong lestari.
Akhir sekali satu lawatan sambil belajar ke kilang REI telahpun diusahakan dengan berjayanya. Di sini pendedahan amali ilmu kimia dan fizik pelejar telah diuji oleh kakitangan REI semasa lawatan. Satu bengkel kerjaya juga dilaksanakan atas permintaan SMK Kuala Repas. Semasa bengkel berkenaan pelajar-pelajar didedahkan dengan matapelajaran dan juga isuisu kerjaya-kejaya yang bertepatan dengan minat mereka.
“Pada mulanya saya tidak ada impian. Saya ingatkan cita-cita adalah impian. Impian adalah bercita-cita dan semangat yang tinggi, imaginasi dan illustrasi.”
Farrah Aida binti Ghazali, SMK Kuala Repas
“Saya boleh mempraktikkan ilmu yang saya pelajari ke dalam kehidupan harian dan universiti nanti.”
Prem, SMK Khatolik
13
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
Aktiviti di Bentong 2 November 2015 STREET ART BENTONG 2015
Street Art Bentong 2015 dianjurkan oleh Kelab Maju Bentong pada 29 Oktober 2015 – 1 November 2015
10 Januari 2016 Majlis Ramah Mesra Dato’ Sri Liow Tiong Lai Bersama Wanita UMNO Bentong
Program untuk mengeratkan hubungan antara Ahli Parlimen dan Wanita UMNO Bentong bagi memastikan kebajikan masyarakat setempat terjamin.
10 Januari 2016 Program Jasamu Dikenang
Majlis makan malam bagi menghargai bakti dan pengorbanan warga tentera RAMD25 kepada rakyat Malaysia bersama Dato’ Sri Liow Tiong Lai.
14 Januari 2016 Perjumpaan Dengan Penduduk Perkampungan Orang Asli di Bentong 27 Disember 2015 Bakat Muda Bentong
Hari fiesta bakat muda bentong bersama Kelab BarBento, Komuniti Belia Bentong, Pejabat Belia Daerah Bentong dan Warga Jpam Bentong bagi menyambut ulang tahun pertama BarBento.
1 Januari 2016 Jalan Pintas Bentong
Dengan adanya jalan baru ini masyarakat di Bentong tidak perlu melalui kawasan bandar dan ini akan mempercepatkan perjalanan.
9 Januari 2016 Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Orang Asli
Mengadakan program bersama masyarakat orang asli bersama Pemuda & Majlis Belia Daerah Bentong disamping memberikan galakan kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
14
Hasil aduan dari penduduk Kg. Sungai Gabong mengenai tanah mereka yang diceroboh, Pejabat Ahli Parlimen telah berjumpa dengan wakil penduduk Kg. Sg. Gabong, Tok Batin Perkampungan Orang Asli di Bentong, wakil dari JAKOA serta En. Mohd Faizal Bin Jaafar (Ketua Penolong Pegawai Daerah) bagi mencari jalan penyelesaian. Hasil pertemuan ini, Pejabat JAKOA bersama-sama penduduk Kg. Sungai Gadong yang telah lama menetap dan bercucuk tanam di kawasan tersebut akan membuat permohonan penambahan kawasan rizab orang asli Kg. Sg. Gabong. Penduduk perkampungan orang asli yang lain juga boleh membuat laporan kepada Pejabat Tanah Bentong jika mendapati pencerobohan berlaku di kampung mereka.
17 Januari 2016 Program Motivasi Sekolah Tamil
1M4U dan Maju Bentong menganjurkan Program Kesedaran Kepentingan Kemahiran Masa Kini (3KMK) untuk pelajar sekolah menengah tamil berumur antara 13 hingga 17 tahun di Bentong.
31 Januari 2016 Pesta Ponggal 2016
Ponggal juga dikenali sebagai Makara Sankranti, perayaan menandakan musim menuai padi disambut pada pertengahan Januari. Pongal, campuran beras rebus gula dibuat dan ditawarkan kepada Tuhan Matahari.
15
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
TABIKA KEMAS PARLIMEN BENTONG RAI 650 PELAJAR DI MAJLIS KONVOKESYEN
P
endekatan ‘belajar melalui bermain’ yang diterapkan dalam Kurikulum Tabika KEMAS sememangnya berjaya menarik minat kanak-kanak pra-sekolah untuk lebih bersemangat mengikuti sesi pembelajaran secara berterusan. Ini merupakan salah satu daripada empat pendekatan yang diguna pakai bagi memastikan anak-anak muda dibentuk dengan cara yang berkesan. Tabika Kemas sentiasa mematuhi garis panduan pendekatan yang ditetapkan iaitu bertema, bersepadu, teknologi maklumat dan komunikasi. Selain pembelajaran asas yang diterapkan, aktiviti kokurikulum juga mempunyai peranan cukup besar untuk menanam asas ingin tahu dan kemahiran menyoal bagi membangunkan minda kanakkanak. Setiap minggu, selama dua jam sehari, pelajar pra-sekolah ini akan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan iaitu Kelas Fardhu Ain/Iqra’; kelas Bahasa Inggeris; kompang (Percussion); seni mempertahankan diri dan seni tari atau
16
senamrobik. Pelajar juga menyertai program kokurikulum tahunan seperti Hari Potensi atau Hari Kecemerlangan; lawatan pendidikan, gotong-royong dan Hari Sukan atau Sukaneka. Nilai-nilai murni yang diterap dalam minda pelajar ini diharap dapat menghasilkan modal insan cemerlang yang berguna untuk negara. Menjelang setiap akhir tahun, ibu bapalah yang paling gembira melihat anak-anak mereka yang melepasi satu tahap pembelajaran kini bersedia menempuh alam yang baru iaitu sesi pembelajaran di sekolah rendah. Pada 6 November 2015, Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Parlimen Bentong Tahun 2015 telah berlangsung di Dewan Arena, Kompleks Sukan Benus, Bentong, dan ia merupakan detik yang paling dinanti-nantikan. Acara yang bermula jam 8.30 malam itu menjadi detik manis bukan saja buat pelajar, malah ia juga dikongsi bersama dengan ibu bapa serta tenaga pengajar yang tidak jemujemu menabur bakti mendidik anak
bangsa. Majlis ini diadakan dengan tujuan memberi pengiktirafan kepada anak-anak Tabika Kemas yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di TBK Bentong. Seramai 650 orang pelajar TBK menerima sijil tamat pengajian bagi tahun 2015 dan majlis penuh bermakna itu turut dihadiri kira-kira 1,300 orang tetamu, majoritinya ibu bapa. Dato’ Sri Liow Tiong Lai juga hadir memberikan sokongan beliau kepada pelajarpelajar. Secara tersiratnya, ia juga tanda penghargaan kepada ibu bapa di Bentong yang terus memberi kepercayaan dan keyakinan tinggi kepada program anjuran Tabika Kemas. Tanpa kerjasama dan sokongan mereka, pastinya dasar yang diterapkan Kementerian Pelajaran sukar untuk dilaksanakan. Majlis ini berjaya memupuk jalinan kerjasama antara ibu bapa, jabatan serta pemimpin setempat yang tidak pernah mengenal penat lelah untuk memastikan sistem pendidikan negara terus cemerlang.
RAMD 25 Jasa Perajurit Dihargai
JASA anggota keselamatan negara tidak pernah dilupakan bahkan akan sentiasa dihargai, termasuklah jasa Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Bentong, Pahang yang sering mendapat perhatian istimewa Ahli Parlimen Bentong, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Beliau sentiasa mencari ruang untuk bertemu dengan rakyat, membantu mereka dan berusaha mengeratkan hubungan penduduk Bentong yang kini dianggarkan lebih 120,000 orang. Pada 10 Januari 2016, satu program khas, Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang telah diadakan untuk anggota Batalion ke-25 RAMD, anjuran Maju Bentong bersama Pejabat Ahli Parlimen Bentong dengan tujuan meraikan jasa perajurit dan keluarga mereka yang banyak menyumbang bakti kepada tanah air. Majlis ini juga dihadiri pemimpin-pemimpin tempatan dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
sekolah kepada anak-anak anggota Batalion ke-25 serta mereka yang cemerlang dalam pelajaran. Tidak dilupakan juga pelajar kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat universiti serta sumbangan barangan keperluan kepada keluarga anggota. Tetamu yang hadir juga rata-ratanya setuju dan senada dengan Dato’ Sri Liow yang mengatakan jasa dan pengorbanan anggota keselamatan jangan sesekali dilupakan kerana walaupun zaman sudah berubah, peranan mereka masih tetap diperlukan dalam bentuk yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama.
Program khas ini diacarai oleh Radin, deejay radio dari Era fm, dan dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa oleh Ratu Dangdut Malaysia, Amelina.
Ini tentunya merujuk kepada sejarah penubuhan serta peranan Batalion ke25 RAMD yang ditubuhkan pada tahun 1960 dan kini sudah menjangkau usia 56 tahun. Ketika itu, batalion dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) yang bertempat di Alor Setar, Kedah dan Bukit Keteri, Perlis, sebelum dikerah sepenuh masa sebagai Batalion Infantri iaitu pasukan tempur dari tahun 1964 hingga 1967.
Dato’ Sri Liow yang juga Menteri Pengangkutan Malaysia telah berbesar hati menyampaikan sumbangan beg
Dua tahun kemudian, Batalion ke-25 yang dikenali sebagai 13 MTA (askar simpanan) sekali lagi dikerah untuk
membantu menangani peristiwa 13 Mei 1969 dan ditempatkan di Kem Batu Uban, Pulau Pinang. Pasukan ini diserap secara rasmi sebagai warga RAMD pada 1 Mac 1979 dan dikenali sebagai Batalion ke-25 RAMD dan upacara perasmian penubuhan batalion berlangsung di Stadium Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Kuala Lumpur sempena sambutan Ulang Tahun Tentera Darat ke-46. Semenjak penubuhan pasukan ini, Batalion ke-25 telah dipindahkan sebanyak empat kali. Di awal penubuhan, mereka ditempatkan di Kem Ramilies, Ipoh, Perak dari 1 Mac 1979 hingga 14 Oktober 1982. Kemudian, pasukan dipindahkan ke Kem Tapah, Perak dan kekal di sana selama 12 tahun (15 Oktober 1982 hingga 10 November 1994) sebelum dipindahkan ke Kem Pakit, Sri Aman Sarawak pada 11 November 1994. Selepas tiga tahun berada di Sarawak, akhirnya Batalion ke-25 RAMD ini ditempatkan di Kem Bentong Pahang pada 14 Disember 1997 dan kekal sehingga sekarang. Kini, selepas 19 tahun Batalion ke-25 ini berkhidmat di Bentong, kehadiran mereka cukup dirasai dan disenangi penduduk tempatan.
17
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
Warung Firdaus Jika anda mencari tempat berehat dari panas matahari dan ingin menikmati makanan ringan, marilah ke Warung Firdaus yang terletak bersebelahan dengan pusat pengumpulan Zakat di bandar Bentong, bersebelahan pasar Bentong. Dikendalikan oleh Nurul Asyiqin Bakar, 40, dan suami, kedai kecil ini menyajikan pelbagai kegemaran tempatan seperti nasi lemak, mi goreng dan roti canai. Ayam penyet, mi kari dan sup juga disajikan oleh anak saudara Nurul di sebelah kedai beliau. Ayam penyet disajikan dengan sambal hijau yang pasti akan memuaskan hati anda.
Bentong. Dek kerana minat yang amat mendalam terhadap bidang masakan, beliau berhenti kerja dan memulakan perniagaan ini pada bulan Oktober 2015.
Azra Aqma Roslan, 30, pernah bekerja di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di
Warung Firdaus dibuka dari 7 pagi hingga 2:30 petang setiap hari.
Halia Bentong! Tambahkan sesudu serbuk halia ini ke dalam secawan teh untuk mendapatkan rasa teh halia yang anda tidak dapat lupakan! Halia Bentong terkenal dan dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan. Oleh yang demikian, Pengusaha Bentong Ginger King telah menghasilkan serbuk halia bagi memudahkan penggunanya menikmati khasiat halia ini. Pada awal tahun ini, serbuk Bentong Ginger King telah disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
18
Ibu saudaranya Nurul pernah bekerja sebagai jururawat di klinik sebelum menyertai suaminya untuk menjalankan perniagaan ini empat tahun lalu.
Meistnimuewa Nasi Ayam Pak Hamid Apabila ke Pekan Bentong, tidak sempurna kunjungan anda jika tidak mencuba sendiri kelazatan nasi ayam Pak Hamid. Apakah yang membuatnya istimewa daripada nasi ayam yang lain? Resipi yang digunakan adalah rahsia keluarga turun-menurun serta segala bahan, rempah ratus dan ramuan adalah hasil air tangan anak beranak Pak Hamid sendiri. Resipi dan ramuan turun-temurun ini ternyata menjadi taruhan utama
perniagaan keluarga berkenaan yang mula berniaga di Benus sebelum berpindah ke premis kedai makan yang lebih mesra pelanggan di Bentong, Pahang pada 1970. Perniagaan ini kini diwarisi anak perempuan arwah Pak Hamid dan diuruskan oleh Pak Usop, iaitu menantu kepada Pak Hamid. Selain nasi ayam yang lazat itu, premis perniagaan ini turut menawarkan pilihan mi sup dan mi kari yang tidak kurang keenakannya. Mungkin disebabkan itu jugalah, Menteri Besar Pahang adalah
antara pelanggan yang pernah merasai kelazatan makanan yang dihidangkan di kedai Pak Hamid. Restoran Pak Hamid ini terletak di deretan kedai berhadapan dengan stesen bas Bentong atau di belakang pasar raya Tong Fatt. Waktu perniagaan adalah antara jam 10.30 pagi sehingga 6.30 petang. Untuk maklumat lanjut: Restoran Pak Hamid (Pak Usop : 09-222 5472) Jalan Ah Peng, 28700 Bentong, Pahang
19
maju bentong isu 12 • FEBRUARI 2016
Bentong walk
Sumber • www.gobentong.com
Alamat • Jalan Chui Yin, Bentong, Pahang
u) Waktu Beroperasi • 5.30 petang - 11.30 malam (Setiap Sabt Bentong mempunyai kira-kira 118 tahun sejarah. Terdapat 3 jalan lama dan kampung di sana, masing-masing mempunyai sejarah dan budaya sendiri. Namun masa telah berubah, dan kebanyakan anak muda berpendapat bahawa Bentong kekurangan peluang kerja dan lokasinya yang berhampiran dengan Kuala Lumpur membuatkan mereka berhijrah ke ibu kota selepas tamat pengajian.
Dato’ Sri Liow Tiong Lai berharap Bentong Walk bukan sahaja satu jalan yang dipenuhi dengan pasar malam dan persembahan, malah menjadi platform bagi penduduk menjana pendapatan, mencapai impian mereka, membina semangat kekitaan tidak kira agama, budaya dan latar belakang serta mengembangkan lagi industri pelancongan, produk tempatan, makanan dan minuman.
Bentong Walk yang terletak di Jalan Chui Yin kini mempunyai kira-kira 25 buah gerai yang menjual pelbagai produk unik dan makanan. Ia beroperasi pada setiap hari Sabtu dari 5 petang hinggga 11 malam. Bagi yang berminat membuka gerai di Bentong Walk boleh hubungi Anthony Hoh di talian +60132998664 /
[email protected]. Peniaga boleh menyewa gerai pada kos yang minimum iaitu RM30 semalam.
Baru-baru ini, industri pelancongan telah memberi nafas baru kepada bandar ini dan melalui usahasama golongan muda dan tua, Bentong Walk telah dimulakan bagi memberi peluang kepada golongan muda memulakan perniagaan dan menjana pendapatan. Pembangunan ekonomi ini juga diharap dapat menggalakkan golongan muda yang telah berhijrah untuk pulang ke Bentong. Sumber • www.gobentong.com
20