w .wbwo. o k kk kpbaag. ee d. cu o . mmy www
ISU
TERKINI
m a r cBh i l . 0 1
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS Layari Risalah Komuniti secara On-Line di www.kkkba.edu.my /risalah
KORPORAT
Buletin KKKB Isu Pertama diterbitkan m/s 04
RIS
•
Pertandingan ROBOCON 2010 menguji kemampuan pelatih m/s 12
KOMUNITI
Konvoi 1 Malaysia Merentas kampus bersama Mutiara FM m/s 18
01
KB •
DALAMAN
KOLEJ KOMUNITI
KEPALA BATAS
MUNITI
KK
ALAH
KO
kandungan
JANUARI 2011 www.kkkba.edu.my/bulletin
muka depan
PENGARAH KKKB Penggerak - Menuju Kecemerlangan dan Kegemilangan
04
07
dalaman 03
07
SEKAPUR SIREH
Pembuka kata oleh Pengarah KKKB
04 UNIT HAL EHWAL PELAJAR Kebajikan Dan Disiplin Pengambilan & Data
12
15
05 UNIT MULTIMEDIA KREATIF (ANIMASI) Majlis Perpisahan Staff Animasi
07
11
06
UNIT PELUKUS PELAN SENIBINA Majlis Perjumpaan Pelajar SPS Kursus Latihan Kad Hijau Oleh CIDB Lawatan Akademik
usahawan 08
08
Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Keusahawanan Kolej Komuniti, Kptm
14
Projek Perniagaan Peramusaji Ihya Ramadhan Dan Hari Raya Aidilfitri Projek Perniagaan Mee Sanggul, Pencicah Ikan Bakar, Sos Cili Dan Kicap
14
05
komuniti
04 KKKB BERSAMA MASYARAKAT
06
FESKOM
09 KONVOI JELAJAH 1 MALAYSIA
Rancangan Merentas Kampus Radio Mutiara.FM
Rujukan Komuniti Anda
2
PENASIHAT
PENOLONG KETUA EDITOR
EDARAN
SIDANG PENGARANG
SIDANG PENGARANG
Mohd Nasir Bin Abd Ghani
Sabrina Jessica Tan Bt Abdullah
PENYELARAS
PEREKA GRAFIK
Yogeswari A/P Nagalingam Zurina Bt Ahmad
Sazali Bin Saidin
Norziana Bt Abdul Malim
SIDANG PENGARANG
KETUA EDITOR
KEWANGAN
Siti Norhazlina Bt Shafie Syed Mohd Fadhly Bin Syed Hassan Mohd Zikri Bin Ramli Zaliza Bt Zakaria Muhamad Nur Arsh Bin Mohamad Basir
Razlan Bin Burhaumudin
Kamilah Bt Yusof
Yogeswari A/P Nagalingam Nurul Syarafina Bt Sholahuddin Nur Mazlina Bt Abdul Hadi
Siti Haida Bt Harris Kamilah Bt Yusof Megat Fairoz Bin Nasir Suhaimi Bin Yusof Shabriyah Bt Sehat Zurina Bt Ahmad Sofizain Bin Adam
S ekapur S ireh Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sepanjang tahun 2010 ini, pelbagai program dapat dilaksanakan dan dijayakan dengan cemerlang sekali. Kecemerlangan sesuatu aktiviti itu tidak akan bermakna sekiranya tiada catatan atau coretan perjalanannya. Justeru, dengan terhasilnya buletin/ buku laporan tahunan 2010 ini kita dapat mengenalpasti sejauh mana pencapaian dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti di KKKB. Sekalung penghargaan buat semua warga kerja KKKB yang tidak jemu-jemu menyumbangkan tenaga dan masa demi menjamin hasil atau output program-program dan ilmu-ilmu yang terbaik untuk pelajar-pelajar seterusnya warga penduduk setempat. Semoga keringat yang kalian sumbangkan itu menjadi nadi utama dalam meningkatkan potensi kerja seharian kita sekaligus menjadi kunci utama kepada kecemerlangan dan kegemilangan kolej komuniti. Selamat Maju Jaya dan Salam 1 Malaysia! MOHD NASIR BIN ABD GHANI Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
3
unit HEP:Kebajikan & Disiplin JEMPUTAN KE JALAN-JALAN CARI ILMU JAMUAN HARI RAYA PERDANA 2010 29 Sept 2010 MMU SIRI PROGRAM PEMANTAPAN MINGGU BERSAMA 16 Mac 2010 ini diadakan untuk merapatkan SUAIKENAL DAN KEM BINA INSAN Program ini diadakan bertujuan untuk Program hubungan sesama warga KKKB sempena PELAJAR-PELAJAR BARU SESI JANUARI memberi pendedahan kepada pelajar sambutan Hari Raya Aidilfitri. Setiap Unit 2010. tentang syarat-syarat kemasukan dan diberi tugas untuk menyediakan hidangan 13 – 15 Januari (MSK), 18 - 20 Januari (KBI) KKKB & Damai Park Resort, Merbok, Kedah. Pelajar baru diberi pendedahan tentang sistem pengajian di Kolej Komuniti Kepala Batas. Disamping itu, penekanan kepada pembentukan sahsiah, disiplin dan kerohanian juga diutamakan. Pelajar juga diberi pendedahan tentang tanggungjawab dan komitmen sebagai pelajar, memahami kepentingan kokurikulum dan kurikulum.
ambilan serta kursus-kursus yang ditawarkan di MMU bersesuaian dengan pelajar kolej komuniti. Seramai 30 orang pelajar KKKB dipilih sebagai peserta. Selain daripada itu, program ini juga mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi dengan adanya lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara yang bertempat di Gunung Kerian, Alor Setar. Program lawatan ini berakhir pada jam 5.00 petang.
PROGRAM UNTUKMU BELIA
CERAMAH KEMPEN KURANGKAN PENGAMBILAN GULA OLEH PPDNKK
27 Januari 2010 Ceramah daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ini mendedahkan pelajar dan staf tentang kepentingan pengurangan gula dalam ambilan seharian, serta keburukan ambilan gula yang berlebihan dalam sajian harian. Dalam program selama satu hari ini, peserta didedahkan dengan kandungan gula dalam makanan seharian dan cara-cara untuk menggantikan gula dalam sajian harian. Selain daripada itu, peserta juga didedahkan dengan risiko penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh pengambilan gula yang berlebihan. Pemeriksaan kesihatan secara percuma juga disediakan oleh pihak Jabatan Kesihatan kepada staf dan pelajar.
PROGRAM CERAMAH MAULIDUL RASUL
4
24 Febuari 2010 Program ini diadakan bagi memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW. Seramai 41 orang peserta dari kalangan staf menyertai program ini.
yang berlainan seperti bihun sup, Char Kue Teow, ABC, sate, laksa, buah-buahan dan kuih-muih tradisional. Majlis ini diadakan di C-Walk KKKB.
PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH
3 November 2010 Seramai 50 orang pelajar telah menderma darah sempena program yang dianjurkan.
PROGRAM KARNIVAL KERJAYA PRS2K 24 Nov 2010
22 Mei 2010 HEP:Pengambilan & Data Program Untukmu Belia ini memberi pendeAMBILAN KEDUA SIJIL MODULAR dahan dan kesedaran kepada pelajar tentang KEBANGSAAN tanggungjawab sebenar sebagai pelajar dan 09 November 2010 tanggungjawab menjaga sahsiah diri. Seramai 54 orang pelajar lama telah mendafProgram ini dianjurkan bersama Persatuan tar untuk Modular kedua iaitu Imbangan Belia Islam Pulau Pinang (PEMBINA). dan Penjajaran Beroda manakala 21 orang pelajar baru mendaftar untuk PenyelenggaSEMINAR GEMA MERDEKA 2010 raan Kenderaan Ringan. Kelas bagi kedua3 Sept 2010 dua modular ini akan bermula pada 15 Program ini diadakan untuk menghayati November 2010 dan tamat pada 15 Februari detik-detik kemerdekaan dan menghargai 2011. susahpayah rakyat negara kita suatu masa Ambilan kedua diadakan pada 09 dahulu ketika menuntut kemerdekaan November 2010 bertempat di Dewan Kuliah daripada penjajah oleh pejuang2 kemerdeUtama KKKB. Jawatankuasa yang terlibat kaan terdahulu. adalah Pn Ruzita Md Yusoff (Pegawai dan Data), Pn Norhasifah bt JEMPUTAN PROGRAM REMPIT ANTARA Pengambilan Mohd Noor (Pengarah Pendaftaran), Cik Nur REALITI DAN FANTASI Mazlina bt Abdul Hadi (Penyelaras iDBMS/ 22-25 Sept 2010 Pendaftaran), Cik Hani Zurihan bt Abdul Seramai 4 orang pelajar dipilih menyertai Razak (Penyelaras iDBMS/ Pendaftaran), Pn program ini. Selama 3 hari program berlangSyahidah bt Ilias dan Pn Siti Haida bt Harris sung, peserta diberi pendedahan tentang (Koperasi dan Insurans Pelajar). kehidupan “Mat Rempit” yang tiada jaminan masa depan. Selain daripada itu, peserta juga dibawa menyertai dan melihat dengan lebih dekat Operasi Membanteras Rempit yang diadakan oleh pihak polis Kuala Terengganu.
komuniti FESKOM KKKB BERSAMA MASYARAKAT
Pada 22 Mei 2010 Kolej Komuniti Kepala Batas telah menganjurkan satu festival yang bertemakan 1 Komuniti 1 Hati. Penganjuran Festival Komuniti 2010 (FESKOM 2010) ini membawa harapan agar pihak Kolej Komuniti dapat mengenali dan merapatkan silaturrahim bersama komuniti setempat. Festival ini telah dirasmikan oleh YB Hjh Zabariah bt Wahab, ADUN Bertam dan turut diserikan dengan kehadiran ADUN Pinang Tunggal, YB Dato’ Hj Roslan bin Saidin dan isteri. Turut menghadiri FESKOM ini ialah pengarah-pengarah Kolej Komuniti zon utara dan pengarahpengarah cawangan. Pelbagai acara telah
diadakan sempena festival ini yang berlangsung sejak jam 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Acara dimulakan dengan senamrobik tradisional masyarakat cina iaitu Wai Tan Kung yang dikendalikan oleh Persatuan Warga Emas Hospital Kepala Batas diikuti dengan acara-acara lain seperti bola sepak kain pelikat, kukur kelapa dan perah santan, pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna, gali kata jawi dan sebagainya. Pertandingan-pertandingan ini terbuka kepada seluruh pengunjung festival ini. Dalam masa yang sama, pihak KKKB telah menyediakan tapak jualan bagi penduduk setempat untuk mempromosi serta menjual barangan keluaran mereka. KKKB juga menjemput beberapa agensi dan syarikat sekitar Pulau Pinang seperti ILP Nibong Tebal, CELCOM, ETIQA, dan Raviraj Sdn. Bhd. Pihak HEP KKKB juga telah bekerjasama dengan pihak Persatuan Belia Islam Nasional Pulau Pinang (PEMBINA) untuk mengadakan ceramah ‘Untukmu Belia’ yang dihadiri oleh pelajar-pelajar KKKB dan pengunjung festival. Kerjasama juga diadakan dengan pihak hospital iaitu dengan mengadakan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung festival.
Beberapa demonstrasi kursus pendek juga dijalankan seperti ukiran buah, anyaman tudung saji, jahitan manik, makarame, dan hiasan kek oleh Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Program Automotif KKKB pula telah mengadakan ‘AUTODAY’ dimana para pensyarah dan pelajar bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan membasuh dan servis kenderaan kepada pengunjung festival. Unit Multimedia dan Sumber pula telah mengadakan program Semarak Jawi dimana satu bengkel penulisan jawi telah diadakan. Bagi meraikan para penduduk dan komuniti setempat, pihak kolej telah mengadakan gotong-royong kenduri ‘1 komuniti 1 hati’. Jamuan ini telah disediakan oleh pensyarah dan pelajar Program Hotel dan Katering, Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Tips Keselamatan ICT 1. Rahsiakan kata laluan (password).Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (contoh: P4s$w0rd untuk password) 2. Salin maklumat lengkap. Buat salinan dengan kerap dan simpan di tempat yang selamat. (contoh: simpan dalam cd, external harddisk, dsbgnya) 3. Gunakan perisian anti-virus yang sah. (elak menggunakan perisian cetak rompak atau versi crack). 4. Encrypt maklumat terperingkat. 5. Berwaspada apabila memuat turun (download) program atau fail dari internet. 6. Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali. 7. Jangan biarkan komputer anda berada atas talian (online) jika tidak digunakan. 8. Shutdown komputer anda sebelum meninggalkan pejabat.
5
unit Multimedia Kreatif Animasi SANTAI…MAGIKA
Vision New Media dan The One Academy. Seminar ini memberi pendedahan kepada Seramai 22 orang pelajar daripada kelas SAN pelajar tentang peluang pekerjaan dan 1B telah dibawa menonton filem Magika pada potensi di dalam bidang animasi. 20 Oktober 2010. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar semester satu mengenai teknologi terkini di dalam bidang CGI. Selain itu, pelajar akan lebih minat terhadap bidang animasi dan meggalakkan SANTAI…TOY MUSEUM & WAR MUSEUM pelajar berfikiran kreatif. Pelajar dikehendaki Pada 29 Julai 2010 Unit Animasi telah membuat laporan hasil daripada filem mengadakan lawatan akademik ke Toy Museum dan War Museum. Lawatan ini tersebut dibawah modul MAS 1215 melibatkan pelajar semester 2 dan 4. Objektif Introduction To Storytelling. lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar pelbagai berkaitan karektor, material, saiz dan sebagainya yang digunakan dalam pembuatan model. Dalam pada itu, lawatan ke War Museum pula mendedahkan kepada pelajar teknik “outdoor shooting”. Pelajar yang terlibat dikehendaki membuat tugasan untuk Modul MPM 3512 - Audio Video dan Modul MAS 3414 - Projek Portfolio.
Teknologi Pembuatan Bersepadu LAWATAN AKADEMIK KE POLITEKNIK PORT DICKSON DAN METAL TECH EXHIBITION 2010
6 - 8 Mei 2010 Politeknik Port Dickson dan PWTC Seramai 38 orang pelajar semester 4 serta 5 orang pensyarah pengiring telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini diketuai oleh En. Mohd Nur Arsh bin Mohd Basir. Pelajar dan pensyarah pengiring bermalam di PSPN (Bahagian Teknologi Perguruan) Shah Alam. Lawatan akademik ke Politeknik Port Dickson diadakan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang sistem pengajaran & pembelajaran serta syarat-syarat pengambilan pelajar di politeknik. Lawatan ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Program ini diteruskan dengan lawatan sambil belajar ke Muzium Tentera di Port Dickson. Pada hari yang seterusnya, pelajar telah dibawa melawat ke Metal Tech Exhibition yang diadakan di PWTC. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang teknologi-teknologi terbaru dalam dunia kejuruteraan.
MAJLIS PERPISAHAN STAF ANIMASI
Seorang daripada staf Animasi telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana pada bulan September. Unit Animasi telah mengadakan jamuan ringkas sempena meraikan beliau. Jamuan ini dihadiri oleh semua staff Unit Animasi.
KURSUS STAF ANIMASI & PELAJAR SEM 4
6
Pada 19 Oktober 2010 Unit Animasi telah mengikuti seminar Msc Malaysia Creative Industry Dialogue & Workshop bertempat di Eastin Hotel, Penang. Seminar sehari ini dihadiri oleh pensyarah dan pelajar semester 4. Beberapa firma terkenal telah membentangkan kertas kerja, antaranya ialah Brainstorm Sdn. Bhd., Rhythm & Hues,
SANTAI…CAMERON HIGHLAND
Unit Animasi telah mengadakan lawatan akademik ke Cameron Highland pada 2-3 Mei yang lalu. Program ini diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran pelajar dengan teknik-teknik outdoor shooting di bawah Modul MPM 3512 - Audio Video dan Modul KURSUS PENDEK PENGATURCARAAN CNC MAS 3414 - Projek Portfolio. Lawatan ini LARIK DAN KISAR melibatkan pensyarah animasi dan pelajar Kursus ini diadakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah teknik dari seluruh zon semester 4. utara. Ia dijalankan selama 2 hari bagi satu sesi iaitu pengaturcaraan cnc larik (satu hari) dan pengaturcaraan cnc kisar (satu hari). Setiap pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM20 bagi satu sesi. (Bayaran perlulah melalui pihak sekolah). Seramai lebih kurang 14 orang pelajar telah menjalani kursus ini pada setiap sesi, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik Butterworth, Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang, Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.
unit Pelukis Pelan Senibina MAJLIS PERJUMPAAN PELAJAR SPS
29 Oktober 2010 Automotif Alor Star, Kedah KEM MOTIVASI PELAJAR DIPLOMA WBL Diiringi oleh pensyarah, En. Mohd Suhairi 07/04/2010 Mei 2010-Kem Bumi Jati Jalan Kebun. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Kuliah Bin Hj. Mohd Shariff dan Pn. Siti Haida Binti Tujuan kem ini adalah untuk peningkatan KKKB pada jam 8.00 pagi. Ia dihadiri oleh Haris. Disertai oleh 30 orang pelajar dari sahsiah dan disiplin diri pelajar dalam para pelajar SPS dan beberapa pensyarah SPS. semester 1 B kursus Pelukis Pelan Senibina. menempuh suasana pekerjaan yang sebenar. Beberapa perkara berkaitan disiplin dan 17 Oktober 2010 motivasi pelajar telah disentuh oleh Pn. Norliza bt Mat Abu (Ketua Program SPS) dan Alor Star, Kedah Diiringi oleh pensyarah, En. Mohd Suhairi En. Mohd Suhairi bin Hj.Mohd Shariff. Diharap penganjuran majlis tersebut dapat Bin Hj. Mohd Shariff dan Pn. Noor Diana memberi mesej kepada pelajar berkenaan Muhamad Sukki. Disertai oleh 30 orang pelajar dari semester 1 A kursus Pelukis Pelan ‘tanggungjawab sebagai pelajar’. Senibina.
PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA DI PLAZA ANGSANA, JOHOR
KURSUS LATIHAN KAD HIJAU OLEH CIDB
13 Ogos 2010 Latihan Kad Hijau – Program integrasi yang melibatkan pendaftaran dan pembangunan personel binaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak pembinaan. Kursus ini dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
LAWATAN AKADEMIK
14, 15 dan 16 Oktober 2010 KLCC, Putrajaya, Shah Alam Diiringi oleh En. Mohd Suhairi Bin Hj. Mohd Shariff (Pensyarah Kursus Lukisan Kerja 2 & Penasihat Kelab Pelukis Pelan Senibina) dan Pn. Sharifah Rusniza Binti Syed Mohamed (Pensyarah Kursus Lukisan Kerja 1). Disertai oleh 20 orang pelajar dari semester 4 dan 18 orang pelajar dari semester 2 SPS.
11 & 12 November 2010 Pulau Langkawi, Kedah Diiringi oleh En. Mohd Suhairi Bin Hj. Mohd Shariff (Pensyarah Kursus Lukisan Kerja 2 & Penasihat Kelab Pelukis Pelan Senibina) dan Pn. Kamilah Binti Yusuf, ( Pensyarah Kursus Lukisan Kerja 2 ). Disertai oleh 20 orang pelajar dari semester 4 kursus Pelukis Pelan Senibina.
Mei 2010 Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dengan kerjasama Proton telah menganjurkan satu Pertandingan Kemahiran untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus Automotif. Antara kolej yang menyertai pertandingan ini adalah Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Giat Mara, Akademi Saga, TOC dan banyak lagi. Kolej Komuniti Kepala Batas telah menghantar 2 orang pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut.
Julai 2010 Pendaftaran pelajar Diploma, pelajar semester 2 & 4 dan pengambilan pertama pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK). Oktober 2010 Menyewa sebuah bangunan kedai di Taman Seri Serdang, bagi menambah kelas untuk pelajar-pelajar SMK. Aktiviti mengecat lantai di premis baru Taman Seri Serdang. November 2010 Pengambilan pelajar baru SMK1 dan pelajar lama SMK2. Pameran projek pelajar Diploma , dirasmi kan oleh Pengarah KKKB. Program Kebolehpasaran Graduan untuk lepasan pelajar KKKB.
7
usahawan MAJLIS PELANCARAN PELAN STRATEGIK PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI, KPTM
Antara berikut merupakan program-program PERASMIAN MINGGU KEUSAHAWANAN keusahawanan yang mempunyai matlamat DAN KLINIK USAHAWAN GLOBAL 2010 yag sama antaranya; 14 Okt 2010 Dewan Mutiara, Politeknik Seberang Perai PROJEK PERNIAGAAN BURGER Objektif program ini ialah menggalakkan 12 hingga 19 Okt 2010 pelajar menceburi bidang keusahawanan, Surau Taman Seri Kijang, Alma mewujudkan jaringan perniagaan dan memberi gambaran tentang perjalanan dan PROJEK PERNIAGAAN ‘CAR WASH AND pemantapan nilai keusahawanan di kalangan pelajar. FREE INSPECTION’
7 hingga 9 Ogos 2010 Gerik, Perak Objektif program ini ialah menubuhkan Pusat Keusahawanan di JPKK dan Kolej Komuniti, menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang dan holistic, memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan, mewu- 14 hingga 16 Okt 2010 judkan mekanisme pengukuran yang berke- Blok Automotif, KKKB san, menyediakan persekitaran dan ekosistem bagi pembangunan keusahawanan serta mengukuh kompetensi penyelaras keusahawanan.
PROJEK PERNIAGAAN PERAMUSAJI IHYA RAMADHAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI USAHASAMA DENGAN KETUA POLIS PULAU PINANG BERSAMA BELIA DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN DAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH JAWI
SEMINAR PEMBANGUNAN MERENTAS KECEMERLANGAN KERJAYA, KK, KPTM. 08 hingga 10 Nov 2010 Perak Riverside Resort, Kuala Kangsar, Perak. Objektif program ini ialah menggalakan pelajar menceburi bidang keusahawanan dan ke arah menghasilkan usahawan yang berjaya di masa hadapan.
PROGRAM USAHAWAN BISTARI 2010 ZON TENGAH DAN UTARA.
27 hingga 28 Nov 2010 Swiss Inn, Sungai Petani. Objektif program ini ialah mendedahkan pelajar tentang kaedah penulisan kertas kerja PROJEK PERNIAGAAN MINUMAN perniagaan dan mengetahui peluang-peluang 15 hingga 24 Okt 2010 pinjaman dari pelbagai pihak yang berkaitan Medan Selera Mergong, Taman Wira Mergong, seperti pihak bank atau agensi-agensi Alor Setar kerajaan yang lain.
25 Ogos 2010, 8 Okt 2010 Ibupejabat Polis, Daerah Jawi Objektif program ini ialah mempromosikan kursus hospitaliti dan peluang pendidikan yang ditawarkan di Kolej Komuniti pada masyarakat sekitar, menjalin hubungan yang erat dengan pihak luar, mendedahkan persekitaran perniagaan kepada para pelajar PROJEK PERNIAGAAN ‘TOWING SERVICE’ PROGRAM CABARAN KEUSAHAWANAN dan menarik minat para pelajar dan 17 hingga 24 Okt 2010 2010 WILAYAH UTARA penduduk terutama golongan belia agar Sekitar Sungai Korok, Jitra hingga Alor Setar 11 hingga 13 Dis 2010 menceburi bidang perniagaan berasaskan Siswa Tekun, USM hospitaliti. PROJEK PERNIAGAAN NASI Antara aktiviti program ini ialah mengadakan latihan perniagaan di pasar Bayan Baru, LEMAK SPECIAL bertujuan menggalakkan para pelajar 29 hingga 31 Okt 2010 berjumpa serta berurusniaga dengan pelangFlat Ampang Jajar, Mak Mandin gan secara bersemuka.
PROJEK PERNIAGAAN ZARL KEREPEK 29 hingga 31 Okt 2010 Pasar Awam dan Sekitar Bandar Tasek Mutiara
KURSUS USAHAWAN KEMAJUAN BELIA
PEMANGKIN
13 hingga 14 Okt 2010. Hotel Paradise Sandy Beach Resort, Penang
Renungan "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang
PROJEK PERNIAGAAN MEE SANGGUL, PENCICAH IKAN BAKAR, SOS CILI DAN KICAP
08
7 - 9 Oktober 2010 Pasar awam kepala Batas Objektif program ini ialah mendedahkan asas perniagaan dan pemasaran keusahawanan kepada pelajar, seterusnya menjadikan pelajar lebih berani dan yakin.
nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille
komuniti Amalan pemakanan yang baik Jangan makan serentak...
Susu + Daging Daging + Ikan Ikan + Susu Ayam + Susu Ikan + Telur Susu + Cuka Konvoi Jelajah 1 Malaysia SINGGAH DI KKKB
Khamis, 28/10/2010 Konvoi program Jelajah 1 Malaysia Kami Prihatin Dengan Anak menggunakan 180 motosikal berkuasa tinggi telah singgah di KKKB pada 28 Oktober 2010, jam 10.30 pagi. Ketibaan konvoi yang disertai oleh 250 ahli kelab Persatuan Bermotosikal Negeri Johor disambut oleh Pengarah KKKB, En. Mohd Nasir Bin Abdul Ghani, kakitangan dan 300 pelajar KKKB. Turut sama dalam konvoi tersebut ialah Penaung Program Jelajah 1 Malaysia, Tunku Hassan Tunku Mohammed Archibald, diiringi Pengerusi Persatuan Bermotosikal Negeri Johor, En. Abdul Rahim Ahmad, penyanyi terkenal dan duta kempen Kami Prihatin, Fauziah Latiff serta Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rosdi Amir. Disambut dengan paluan kompang, peserta konvoi kemudiannya menyertai perhimpunan khas diikuti lafaz ikrar pelajar KKKB sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut. Peserta konvoi turut mengedarkan risalah untuk menyampaikan mesej ‘Kami Prihatin Dengan Anak’ yang bermatlamat meningkatkan kesedaran dan menangani kes pembuangan bayi. Ia merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama-sama sejajar dengan isu-isu kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa pada masa kini. Kempen ini merupakan inisiatif Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia Dan Sukan, Astro, Karyawan serta digerakkan oleh MHM Excellents (M) Sdn. Bhd., Persatuan Bermotosikal Negeri Johor dan GPMS. Antara lokasi persinggahan konvoi ialah Universiti Teknikal Melaka (UteM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Islam Antarabangsa (KIA), Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB), Universiti Utara Malaysia (UUM),
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Selesai acara tersebut, Penceramah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Fawwaz b. (KIPSAS). Mohd. Jan (PUZ Pulau Pinang) menyampaiRANCANGAN MERENTAS KAMPUS RADIO kan ceramah kampus bertajuk “Jejak…Kasih Remaja”. Pelbagai ilmu, nasihat dan mesej MUTIARA.FM telah disampaikan oleh Ustaz Fawwaz Rabu, 27/10/2010 kepada para pelajar; beliau ternyata bijak C-Walk, KKKB Kolej Komuniti Kepala Batas dengan menterjemahkan mesej-mesej secara tersurat kerjasama RTM Mutiara.fm dan Yayasan dan tersirat. Selain itu, seramai 10 orang pelajar telah Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Rancangan Merentas Kampus dipilih untuk menjalani sesi rakaman untuk untuk siaran radio Mutiara.fm. Rancangan ini slot remaja yang juga akan disiarkan di bertujuan untuk menjalinkan hubungan di Mutiara.fm. Pada waktu yang sama, siaran antara pihak Mutiara.fm dengan pelajar- lintas langsung Mutiara.fm diadakan di bilik tuan pengarah KKKB; dimana En Mohd Nasir pelajar institut pengajian tinggi. Rancangan ini bermula pada pukul 2.00 b. Abd Ghani ditemuramah oleh pemberita petang bertempat di C-Walk. Aktiviti dimula- Mutiara.fm dan wartawan Sinar Harian. kan dengan persembahan Kombo RTM, Peluang ini telah digunakan sepenuhnya oleh diiringi nyanyian oleh wakil RTM dan juga 2 beliau untuk mempromosikan Kolej Komuorang pelajar KKKB yang terbukti berbakat niti kepada pendengar Mutiara fm. besar.
9
program KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2010
Sept-Oktober 2010 Program kebolehpasaran graduan 2010 adalah satu program penempatan graduan sebagai pelatih di syarikat yang terpilih. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran graduan IPT melalui strategi yang berikut : 1. Latihan industri berstruktur yang boleh meningkatkan kebolehpasaran 2. Melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran 3. Meningkatkan penglibatan syarikat melatih dan menempatkan pekerja. 4. Melatih graduan menjadi usahawan dan mewujudkan pekerjaan. Seramai 35 graduan dari program sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu, sijil Automotif dan sijil Multimedia Animasi telah pun ditempatkan di beberapa syarikat bagi melaksanakan program kebolehpasaran 2010. Antara syarikat yang terlibat ialah syarikat Hanny Mega Enterprise, Chairu Enterprise, Iltizam Niaga Engineering, syarikat Ilham Management dan, KR Auto Sdn. Bhd., syarikat Utara Graphic Sdn.Bhd dan Artcom Advertising.
MAJLIS KONVOKESYEN ZON UTARA 2010
Majlis Konvokesyen 2010 Zon Utara telahpun diadakan di Dewan Wawasan Jitra, Kedah pada 15 dan 16 Mei 2010. Majlis penganugerahan diploma dan sijil dilakukan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, DKH.,DKYR.,SSDK.,JP. dan Datuk Ahmad Zaini Japar. Secara rasminya, seramai 138 graduan sesi Disember 2009 dan 173 graduan sesi Jun 2009 dari kolej Komuniti Kepala Batas telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Semoga para graduan dapat menyematkan keazaman untuk melangkah lebih jauh kejayaan di masa hadapan.
PROGRAM KARNIVAL KERJAYA PRS2K FASA II 2010
10
24.11.2010 Dewan Mellinium, Kepala Batas OBJEKTIF PROGRAM • Membantu pelajar mengetahui teknikteknik bagi peringkat kerjaya. • Membantu individu mengenali personaliti diri dan kesesuaian pekerjaan. • Mengetahui kewujudan pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang yang diikuti. • Menguasai kemahiran mencari maklumat kerjaya secara manual.
• Memberi maklumat tentang peluangpeluang kerjaya dengan menemukan pelajar dengan firma dan industri.
PENGLIBATAN: • Kolej Komuniti: 1. Kolej Komuniti Kepala Batas 2. Kolej Komuniti Nibong Tebal 3. Kolej Komuniti Bukit Mertajam 4. Kolej Komuniti Bayan Baru 5. Kolej Komuniti Kulim 6. Kolej Komuniti Sungai Petani 7. Kolej Komuniti Baling 8. Kolej Komuniti Bandar Bharu 9. Kolej Komuniti Jerai 10. Kolej Komuniti Bandar Darulaman 11. Kolej Komuniti Langkawi 12. Kolej Komuniti Arau 13. Kolej Komuniti Teluk Intan 14. Kolej Komuniti Pasir Salak 15. Kolej Komuniti Chenderoh
• AGENSI
Melibatkan 36 syarikat/ agensi seperti JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Tekun, Puspakom, SCC Sweet Enterprise, Nurizz Kosmetik & De Touch Hair Salon dan beberapa institusi pendidikan seperti Geomatika College International, Taj International College, Twintech & KL Universiti. Dianggarkan 1,000 orang pengunjung telah hadir memeriahkan Karnival Kerjaya tersebut.
Renungan "Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
program BENGKEL PEMURNIAN DOKUMENTASI PROSEDUR MS ISO 9001:2008 / FAIL MEJA DAN MANUAL PROSEDUR KERJA 18 – 22 Januari 2010 ILP Kepala Batas Bengkel yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menyemak semula dokumendokumen yang terlibat dan seterusnya membuat beberapa pindaan mengikut keperluan semasa.
AUDIT DALAMAN KKKB
27 – 30 Julai 2010 KKKB Audit dalaman pada kali ini telah dijalankan selama 4 hari berturut-turut iaitu bermula dari 27 Julai 2010 dan berakhir pada 30 julai 2010. Ianya merupakan audit susulan selepas KKKB dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM. Seramai 13 orang juru audit dalaman telah terlibat dalam sesi pengauditan, di mana skop pengauditannya meliputi semua aspek pengurusan dan P&P.
PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
13 Julai 2010 Dewan Kuliah Utama Seramai 79 orang peserta telah mendaftar untuk mengikuti SMK-1 Penyelenggaraan Kenderaan Ringan. Hari pendaftaran ini berlangsung dengan jayanya hasil daripada kerjasama oleh semua staf dan ajk yang dilantik.
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani .
-Khalifah Ali bin Abi Talib
Jenaka Pendek Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. Man: Wow! Bapa kau keja apa? Ali: Tukang gunting rambut.
Bahasa Inggeris MESYUARAT PENUTUPAN AUDIT DALAMAN KKKB
30 Julai 2010 Dewan Kuliah KKKB Mesyuarat Penutup Audit Dalaman KKKB telah diadakan di Dewan Kuliah Utama pada 30.07.2010, jam 11.30 pagi dengan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (En Abd Latif b. Ahmad) yang juga bertindak sebagai wakil Pengurusan. Pengisian Majlis diperincikan oleh Ketua Pasukan Juruaudit Dalaman KKKB (En Sofizain bin Adam) dan Pegawai Kualiti (Pn Nadia Hanim bt Abd Rani) dengan pembentangan hasil dapatan audit dalaman serta cadangan tindakan pembetulan serta pencegahan.
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer.. ! Apasal hah? Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
Sudu Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. Pesakit: Eh! tak boleh la doktor. Doktor: Kenapa? Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.
Mayat Cikgu: Hasan, sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.' Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam. Bapa: Apa bukti awak? Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
Makan cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je? cB: kau makan ape? cA: makan angin...........
11
unit Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KEM KEINDAHAN BERSAMAMU
Kem Keindahan Bersamamu merupakan program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Arau dengan kerjasama KRJ Motivation bertempat di Eagle Park Resort, Bukit Ayer, Perlis. Kem yang disertai ini bertujuan menyediakan aktiviti berfaedah kepada para pelajar dan memupuk kerjasama yang erat di kalangan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Zon Utara.
ROBOCON 2010
Selain dapat bertukar pandangan di antara peserta, kem yang dianjurkan ini juga dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya menjaga serta mengekalkan keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Kolej Komuniti Kepala Batas diwakili tiga (3) orang dikalangan ahli JPP. Kem yang dianjurkan berjalan dengan lancar sepanjang 3 hari 2 malam yang memberi banyak input berguna kepada para pelajar dalam menempuh kehidupan di masa kini.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
12
~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Pertandingan ROBOCON 2010 ini berlangsung selama 6 hari, bermula dari 22 Jun 2010 sehingga 27 Jun 2010. Walaupun begitu, persiapan pasukan KKKB telah bermula sejak 2 bulan sebelum pertandingan berlangsung. Bermula dari pembentukkan pasukan yang terdiri dari 10 orang pelajar dan 7 orang pensyarah sehingga kepada pembinaan robot, semuanya dilakukan dalam masa 2 bulan tersebut. Gelanggang pertandingan juga dibina mengikut skala sebenar mengikut ukuran yang diberikan. Dalam pembinaan robot, pelajar didedahkan dengan kemahiran-kemahiran dalam membina robot seperti pengaturcaraan, pembinaan struktur robot dan mengintregasikan program bersama motor dan struktur robot. Pelajar juga diberi pendedahan mengenai ‘troubleshooting’ jika berlaku sebarang permasalahan pada robot samada dari segi sistem dan mekanikal. Sebanyak 4 unit robot telah dihasilkan iaitu 1 unit robot manual dan 3 unit robot automatik. Robotrobot ini telah dibina berdasarkan spesifikasi yang diberi dan juga peraturan permainan. Setelah bertungkus-lumus membuat persiapan, pasukan KKKB bertolak dari kolej pada 21 Jun 2010 ke tempat penginapan di UKM Bangi. ROBOCON 2010 pada kali ini melibatkan penyertaan sebanyak 55 buah pasukan dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. Dalam peringkat ‘round robin’, 55 pasukan tersebut telah dibahagikan kepada 16 buah kumpulan. Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) telah diletakkan dalam kumpulan A bersama dengan 3 buah pasukan lain iaitu pasukan UTHM dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, KL-JTM C dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, dan CUTIES dari Universiti Teknologi Curtin. Sesi pendaftaran pasukan berlangsung pada
22 Jun 2010 dan sesi pendaftaran robot dan ‘test run’ bagi KKKB telah ditetapkan pada 23 Jun 2010. Pertandingan peringkat saringan atau ‘round robin’, pasukan KKKB telah memperolehi satu kemenangan dan dua kekalahan. Dengan keputusan ini, pasukan KL-JTM C telah layak ke peringkat seterusnya manakala perjalanan pasukan KKKB tersekat diperingkat ini sahaja. Walaupun begitu, kesungguhan dan semangat para pelajar yang tidak mengaku kalah dalam menghadapi pertandingan ini boleh diberikan pujian. Walaupun kalah, mereka tetap pulang dengan pengalaman menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan.
KEGEMBIRAAN MAMPU HINDARI SELSEMA MANUSIA yang sentiasa
gembira mempunyai kekuatan menghindari selsema tiga kali ganda lebih daripada manusia sebaliknya, menurut satu penyelidikan terhadap sukarela yang diletakkan virus selsema di hidung mereka. Ahli psikologi, Sheldon Cohen dan rakan kumpulannya dari Carnegie Mellon University, Pennsylvania, juga mendapati manusia yang mempunyai pemikiran positif kurang mengadu mengenai tandatanda dijangkiti penyakit tersebut.
berita
13
dalaman SEMINAR GEMA MERDEKA
03 September 2010 Seminar ini dianjurkan sempena menyambut bulan kemerdekaan pada 31 Ogos 2010 yang lepas. Seminar ini diharapkan dapat menerapkan semangat patriotik dikalangan pelajar dan staf KKKB. Seminar ini telah dijalankan di Dataran C-Walk, bermula pada jam 9.00 pagi iaitu dimulakan dengan Montaj Kemerdekaan serta Sajak Kemerdekaan yang disampaikan oleh Cik Syariza (Pensyarah KKKB).
Tuan Pengarah KKKB, En. Mohd Nasir Bin Abd Ghani telah merasmikan seminar ini bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan KKKB. Seterusnya, satu ceramah berkaitan dengan kemerdekaanjuga telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazimi Zaim Bin Ismail. Seminar ini tamat dengan jayanya pada jam 11.00pagi.
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI (STAF & JEMPUTAN)
22 September 2010 Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini telah diadakan di C-Walk KKKB. Majlis ini dihadiri oleh kakitangan KKKB dan para jemputan (wakil Pembentangan Kertas Kerja Keusahawanan Wilayah Utara). Majlis ini bermula pada jam 10.00pagi dan berakhir pada jam 1.00petang. Majlis ini telah dijalankan dengan meriahnya yang mana semua hadirin telah diraikan dengan berbagai juadah hari raya seperti lemang, ketupat, satay, rendang , kuih-muih raya dan berbagai lagi.
14
JAMUAN HARI RAYA PERDANA
29 September 2010 KKKB telah menganjurkan satu Jamuan Hari Raya Perdana yang mana ianya diraikan bersama-sama kakitangan dan pelajar KKKB. Ini adalah jamuan hari raya kedua KKKB dalam tempoh seminggu setelah Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang dilaksanakan pada 22 September 2010. Jamuan ini dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar bersama-sama dengan Kelab Staf KKKB yang mana ianya bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar dan kakitangan KKKB. Majlis ini juga turut disertai dan diserikan oleh kehadiran pegawai-pegawai Latihan Industri dan Pegawai Psikologi Wilayah Utara.
Masjid Permatang Tinggi A, Qariah Permatang Rambai, Qariah Paya Keladi, Qariah Lahar Minyak, Qariah Lahar Kepar, Qariah Permatang Haji Hassan, Qariah Masjid Bertam Indah dan Pajak Song serta Pengarah-pengarah Kolej Komuniti Zon Utara.
MAJLIS RAMAH MESRA AIDILADHA BERSAMA KOMUNITI
25 November 2010 Buat julung-julung kalinya KKKB telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidiladha Bersama Komuniti. Majlis ini telah dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak bermula dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi. Aktiviti ini telah disertai oleh kakitangan KKKB bersama masyarakat setempat. Majlis telah dirasmikan oleh Pembantu Khas Adun Pinang Tunggal iaitu Yang Berbahagia Tn. Hj Ishak Bin Hj Ismail. Tetamu majlis ini terdiri daripada warga penghuni Rumah Warga Emas Darul Hanan Pulau Pinang, Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas, Ibu tunggal dan penduduk kawasan Bertam Indah, Qariah
Tips Ketika Memilih Katalaluan 1. Gunakan 6 hingga 8 huruf sebagai katalaluan. Jumlah huruf yang sedikit memudahkan lagi katalaluan dipecah (cracked). 2. Gunakan campuran huruf kecil, huruf besar dan angka sebagai katalaluan. 3. Tukarkan katalaluan setiap 3 bulan atau kurang. Jadikan ia sebagai satu tabiat.
program PROGRAM MAI..RIUH!!!
Program ini yang ditunaskan oleh YABhg Tun Jeanne Abdullah (Pengerusi Eksekutif Sekretariat Malaysia Prihatin) telah berlangsung di tiga lokasi. Program Mai…Riuh!!! yang pertama telah diadakan di SRK Hashim Awang, Bertam pada 26 – 27 Jun 2010. Program keduanya diadakan di SMK Teluk Air Tawar, Tasek Gelugor pada 31-1 Ogos 2010, manakala program Mai…Riuh yang ketiga telah diadakan pada 7-8 Ogos 2010 di SMK Paya Keladi, Kepala Batas.
Sempena progran tersebut, KKKB telah KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA dijemput untuk mengadakan pameran pendidikan bagi mempromosikan Kolej 2010 (ZON 6) Komuniti kepada masyarakat setempat di 27 & 28 Februari 2010 Dewan Millenium, Seberang Perai Utara, Kepala Batas. Pulau Pinang Karnival ’Jom Masuk U’ merupakan Program Outreach tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kumpulan sasaran ialah lepasan SPM/STPM/Diploma, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, Kaunselor, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Kolej Komuniti Kepala Batas diberi tanggungjawab untuk mewakili Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) serta Kolejkolej Komuniti Zon 6 (Perak Utara, Pulau Pinang dan Kedah Selatan). Seramai 26 orang pensyarah KKKB telah bertugas di booth JPKK mengikut jadual tugas yang ditetapkan. Aktiviti KKKB pada 27 Februari 2010 ialah pameran serta demonstrasi oleh Unit MultiTips Ketika Memilih media Kreatif (Animasi), Unit Automotif, Unit Fesyen & Pakaian (KK Bukit Mertajam) Katalaluan serta Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Manakala pada 28 Februari 2010; aktiviti 1. Gunakan 6 hingga 8 huruf dijalankan oleh Unit Pelukis Pelan Senibina, sebagai katalaluan. Jumlah huruf Unit Teknologi Pembuatan Bersepadu serta yang sedikit memudahkan lagi Unit Bakeri & Konfeksionari (KK Tasek katalaluan dipecah (cracked). Gelugor. 2. Gunakan campuran huruf kecil, Selain itu, KKKB juga terlibat dalam huruf besar dan angka sebagai menjayakan Forum Karnival Pengajian katalaluan. Tinggi Negara pada 28 Februari 2010 yang 3. Tukarkan katalaluan setiap 3 bertempat di Pearl View Hotel, Butterworth, bulan atau kurang. Jadikan ia Pulau Pinang. Taklimat berkenaan JPKK dan Kolej Komuniti telah disampaikan oleh sebagai satu tabiat. Pengarah KKKB, En Mohd Nasir bin Abd
Ghani. Peserta Forum terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling, Kaunselor Politeknik, Bahagian Matrikulasi serta wakilwakil terpilih. Program ’Jom Masuk U’ Zon 6 telah mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat setempat serta golongan sasaran; di mana ianya telah membantu pengunjung pameran mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkenaan peluang-peluang pendidikan yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS.
Berapa kali mata berkedip dalam sehari? Mata berkedip dalam sehari sebanyak 15000 kali. Tujuannya untuk melindungi mata. Selain itu, kedip mata menunjukkan emosi dan kerja otak.
15
Layari Risalah Komuniti secara On-Line di www.kkkba.edu.my /risalah
Kolej Komuniti Kepala Batas No 87, Lrg. Bertam Indah 1, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Tel : 04-5755930 Fax : 04-5759300