Program Doktor Pendidikan Tinggi Pengenalan Program Doktor Pendidikan Tinggi adalah satu program kedoktoran baharu yang ditawarkan secara bersama oleh Fakulti Pendidikan (FPEN) dan Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Diluluskan senat dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), program ini merangkumi gabungan kursus-‐kursus sedia ada yang dianjurkan oleh PPA dengan kursus-‐kursus baharu yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Bagi melengkapkan program ini, satu projek penyelidikan perlu dijalankan di bawah penyeliaan tenaga pengajar yang berpengalaman. Program ini diwujudkan untuk menyediakan ahli akademik yang berketerampilan dan berkemahiran dalam pengajaran di peringkat pendidikan tinggi. Ia juga bertujuan untuk melahirkan pengurus akademik yang mampu memperkemas sistem pendidikan tinggi negara dengan memberikan sokongan kepada ahli akademik bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti seperti mana yang termaktub dalam Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara. Program ini merupakan sebahagian daripada pengurusan bakat untuk meningkatkan keupayaan kakitangan Institut Pengajian Tinggi (IPT). Program ini juga adalah satu program berkonsepkan pembelajaran berasaskan kerjaya (work-‐ based learning) yang boleh diikuti berdasarkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Program ini memberi penekanan kepada aspek penyelidikan yang merangkumi aspek yang berkaitan dengan perkembangan kurikulum pengajian tinggi serta inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi.
Matlamat Program Program ini mempunyai matlamat iaitu menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran yang akan mengamalkan pengetahuan yang terkini di dalam bidang yang diceburi sejajar dengan konsep pendidikan sepanjang hayat.
Objektif Program Program ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut iaitu untuk melahirkan: (i) ahli akademik dan pengurus akademik yang berketerampilan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi bertaraf dunia. (ii) ahli akademik dan pengurus akademik yang dapat memberi khidmat kemasyarakatan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab. (iii) ahli akademik dan pengurus akademik yang menjadi pakar rujuk dalam kerjaya masing-‐masing serta menyumbang kepada pembuat polisi negara. (iv) malim sarjana yang cemerlang dalam bidang pendidikan dan penyelidikan peringkat pendidikan tinggi. (v) ahli akademik dan pengurus akademik yang berdaya saing bagi merealisasikan wawasan dan misi institusi.
Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran Doktor Pendidikan Tinggi adalah untuk membantu pelajar: (i) memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu, masyarakat dan budaya dalam bidang pendidikan tinggi. (ii) berkomunikasi dan memberikan pandangan yang komprehensif, kritikal terhadap tinjauan literatur dan sintesis terhadap eksperimen, kerja-‐kerja kreatif serta menyumbang idea baru berkaitan teori dan amalan profesional secara sistematik dalam bidang pendidikan tinggi. (iii) menghasilkan penulisan ilmiah yang dinilai dengan standard antarabangsa yang berasaskan penglebaran sempadan dan pendalaman ilmu dalam bidang pendidikan tinggi. (iv) menghasilkan konsep, reka bentuk dan perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna dalam bidang pendidikan tinggi. (v) melakukan sintesis dan inovasi dalam menyelesaikan masalah dan isu-‐isu berkaitan bidang pendidikan tinggi melalui penyelidikan. (vi) mempamerkan disiplin, nilai-‐nilai murni universal dan etika dalam proses menyempurnakan pengajian doktor pendidikan tinggi.
Struktur Kurikulum
Secara umumnya pelajar yang mengikuti program ini perlu melengkapkan 70 kredit yang terdiri daripada 30 kredit kursus dan 40 kredit projek penyelidikan untuk memperoleh ijazah Doktor Pendidikan Tinggi. Kursus-‐kursus dan penyelidikan yang perlu diikuti dikategorikan mengikut kredit kepada enam blok seperti berikut: Blok 1: Blok 2: Blok 3: Blok 4: Blok 5: Blok 6: Nama Blok Blok 1 Pendidikan Tinggi Asas
Pendidikan Tinggi Asas (4 kredit) Pendidikan Tinggi Lanjutan (4 kredit) Pendidikan Tinggi Profesionalisme (4 kredit) Pemantapan Pendidikan Tinggi (12 kredit) Kajian Tindakan (6 kredit) Penyelidikan Kedoktoran (40 kredit) Kursus Pembangunan Profesional
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran serta memupuk sikap yang diperlukan dalam kerjaya sebagai ahli akademik yang cemerlang, berketrampilan dan profesional. Pelajar akan didedahkan untuk menjalankan penyelidikan dan penerbitan. Blok 2 Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi Pendidikan Tinggi pelajar dalam pengajaran & pembelajaran yang berkesan dan Lanjutan melalui penyelidikan, penerbitan dalam pembentukan kepimpinan akademik dan kesarjanaan dalam bidang pendidikan tinggi. Blok 3 Kursus ini bertujuan melatih pelajar menjadi seorang pemimpin Pendidikan Tinggi akademik, ahli sarjana yang boleh dijadikan sebagai pakar rujuk, Profesionalisme menjadi tokoh penyelidik, menerbit dan mewasit, melakukan perancangan strategik dalam bidang pendidikan tinggi. Blok 4 Kursus ini bertujuan untuk memantapkan profesionalisme Pemantapan pengurus dan ahli akademik, dari segi kepimpinan, pengajaran Pendidikan Tinggi dan pembelajaran serta isu-‐isu semasa pendidikan tinggi. Ia juga akan memberi penekanan kepada penyelidikan dan penerbitan.
Blok 5 Kajian Tindakan
Dalam kursus ini pelajar menjalankan penyelidikan tindakan dalam konteks pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan akademik di peringkat pengajian tinggi.
Blok 6 Penyelidikan Kedoktoran
Dalam blok ini pelajar akan menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan tinggi di bawah bimbingan penyelia. Hasil penyelidikan perlu diterbitkan dalam bentuk makalah jurnal berwasit. Pelajar perlu menyediakan disertasi integrasi jurnal yang terdiri daripada sekurang-‐kurangnya integrasi 3 makalah jurnal berimpak tinggi. Pemilihan penerbitan jurnal akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah, Fakulti Pendidikan.
Penyelidikan Doktor Pendidikan Tinggi Untuk memulakan penyelidikan doktor pendidikan tinggi (Blok 6), pelajar dikehendaki melengkapkan kesemua kursus dalam Blok 1 hingga Blok 3. Namun demikian, kesemua blok perlu dilengkapkan sebagai syarat pengijazahan. Untuk melengkapkan blok 6, pelajar perlu memenuhi perkara-‐perkara berikut iaitu: (i)
(ii) (iii) (iv)
menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan tinggi. Hasil penyelidikan perlu diterbitkan dalam bentuk makalah jurnal berwasit. Pemilihan penerbitan jurnal akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah, Fakulti Pendidikan. menyediakan disertasi pendidikan tinggi yang terdiri daripada sekurang-‐kurangnya integrasi 3 makalah jurnal berwasit yang ditentukan oleh Fakulti. menjadi penulis pertama dalam kesemua artikel yang diterbitkan dan penyelia sebagai penulis bersama. menduduki Peperiksaan lisan (viva) berasaskan disertasi pendidikan tinggi yang telah disediakan.
Secara terperinci, senarai kursus dan jumlah kredit mengikut blok adalah seperti berikut: Blok
Kod
Nama Kursus
Kredit
Kefahaman Pendidikan Tinggi
1
Hala Tuju Kerjaya Ahli Akademik
1
Pengajaran dan Pembelajaran 1
1
GGGW8141
Asas Penyelidikan dan Penerbitan
1
Blok 2 (Pendidikan GGGW8211 Tinggi Lanjutan) GGGW8221
Asas Penyelidikan dan Penerbitan Pendidikan Tinggi
1
Pengajaran dan Pembelajaran 2
1
Blok 1 (Pendidikan GGGW8111 Tinggi Asas) GGGW8121 GGGW8131
GGGW8231 GGGW8241 Blok 3 (Pendidikan GGGW8311 Tinggi GGGW8321 Profesionalisme) GGGW8331
1 1
Penilaian dan Akreditasi Program
1
Ketokohan Penyelidik
1
Pengurusan Hasil Penyelidikan
1
Analisis Data Penyelidikan Kualitatif
1
Asas Audit Dalaman
1
Pemantapan Penyelidikan & Penerbitan
1
GGGW8441
Kaedah Penyelidikan Kuantitatif
1
GGGW8451
Pengenalan Kajian Tindakan
1
GGGW8461
Kaunseling
1
GGGW8472
Kelestarian Pembelajaran Berkualiti di IPT
2
GGGW8481
Model Pengukuran
1
GGGW8491
Pemantapan Audit Dalaman
1
GGGW84a1
Pemodelan Persamaan Berstruktur
1
GGGW84b1
Pengajaran & Pembelajaran Secara Online
1
Blok 4 GGGW8411 (Pemantapan GGGW8421 Pendidikan Tinggi) GGGW8431 *pelajar dikehendaki
1
Kepimpinan Akademik
GGGW8341
melengkapkan 12 kredit
Pengurusan Kewangan Dan Perundingan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Tinggi
GGGW84c1
Penghayatan Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut Standard MS ISO 9001:2008
1
GGGW84d1
Pengurusan Stres
1
GGGW84e1
Penulisan Makalah Jurnal Berimpak & Berindeks
1
GGGW84f1
Penyediaan Soalan
1
GGGW84g1
Pembangunan e-‐Kandungan
1
GGGW84h1
Strategi Mentoran Berkesan
1
GGGW84i1
Teknik Menjawab NCR
1
GGGW84j2
Pengajaran dan Pembelajaran Efektif di IPT
2
Blok 5
GGGW8516
Kajian Tindakan
6
Blok 6
GGGW8-‐
Penyelidikan Kedoktoran
40
Syarat Kemasukan •
•
•
Ijazah Sarjana Muda dari mana-‐mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan 5 tahun pengalaman bekerja dalam institusi pengajian tinggi; atau Ijazah Sarjana dari mana-‐mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat dan bekerja dalam institusi pengajian tinggi; atau Ijazah Sarjana Pendidikan dari mana-‐mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.
Jangka masa Pengajian Jangka pengajian sepenuh masa adalah selama 3 hingga 6 tahun, manakala bagi separuh masa pula, jangka masa pengajian adalah selama 4 hingga 7 tahun.
Pendaftaran Program dan Penawaran Kursus Pendaftaran sebagai pelajar untuk program ini boleh dilakukan pada bila-‐bila masa. Ini adalah selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, tarikh sesi pendaftaran akan mengikut kalender suku tahun untuk tujuan pengurusan sistem. Suku tahun bermula dari bulan Januari, April, Julai dan Oktober. PPA dengan kerjasama FPEN, UKM akan menawarkan kursus pada tarikh yang dijadualkan dari semasa ke semasa. Jadual penawaran boleh dilihat melalui laman web PPA di http://www.ukm.my/ppa atau di laman web espel untuk warga UKM. Pada kebiasaannya kursus dianjurkan selama dua ke tiga hari berpandukan jumlah topik/modul yang perlu diselesaikan untuk setiap kursus.
Tengaga Pengajar Tenaga pengajar terdiri daripada kakitangan akademik dan bukan akademik yang berpengalaman dalam bidang kepakaran yang berkaitan.
Kaedah Pengajian dan Penilaian Kursus Kaedah pengajian kursus merangkumi kuliah/syarahan, perbincangan dan juga kerja lapangan (jika berkaitan). Penilaian terhadap pelajar pula adalah berdasarkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kursus berserta penyempurnaan tugasan yang diberi dalam tempoh yang ditentukan (jika ada).
Pengecualian Pelajar boleh mendapat pengecualian daripada mengikuti sesuatu kursus jika pelajar dapat menunjukkan kompetensi yang selari dengan hasil pembelajaran kursus tersebut. Pembuktian ini adalah dalam bentuk dokumen portfolio. Bahan bukti dalam bentuk portfolio pelajar dan kriteria pengecualian ditentukan oleh tenaga pengajar berdasarkan garis panduan yang diterima pakai.
Soalan Lazim (Frequently Asked Questions) 1.
2.
3.
Bolehkah saya mengikuti kursus kedoktoran pendidikan tinggi tanpa mendaftar sebagai pelajar terlebih dahulu? Kursus yang ditawarkan oleh PPA boleh diikuti oleh peserta yang layak tanpa mengambil kira sama ada tujuan mengikuti kursus adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan atau untuk mengikuti program doktor pendidikan tinggi. Bakal pelajar dinasihatkan mendaftar untuk mengikuti program doktor pendidikan tinggi secara rasmi. Walau bagaimanapun, bakal pelajar boleh mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan PPA terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai pelajar. Selepas pendaftaran, pelajar boleh mengemukakan dokumen portfolio untuk menunjukkan kompetensi yang telah diperoleh bagi mendapat kredit kursus dan seterusnya pengecualian daripada mengikuti kursus tersebut. Saya telah mengikuti kursus yang setara dengan kursus yang ditawarkan dalam program kedoktoran pendidikan tinggi. Bolehkah saya mendapat pengecualian untuk kursus tersebut? Ya boleh. Pelajar perlu mengemukakan portfolio untuk menunjukkan kompetensi yang telah diperoleh untuk mendapat kredit kursus dan seterusnya pengecualian daripada mengikuti kursus yang berkaitan. Apakah dan bagaimanakah saya perlu buktikan untuk mendapat pengecualian topik kursus atau keseluruhan kursus?
Untuk pengecualian topik kursus atau keseluruhan kursus, pelajar perlu membuktikan kompetensi yang selari dengan hasil pembelajaran kursus tersebut dalam bentuk dokumen portfolio. Sebagai contoh, untuk kursus GGGW8141: Asas Penyelidikan dan Penerbitan, terdapat 3 hasil pembelajaran iaitu 1. merancang serta melaksanakan asas penyelidikan tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
2. dapat menyediakan makalah untuk penerbitan dalam jurnal diindeks Scopus berimpak/buku atau bab dalam buku dalam bidang tujahan oleh penerbit berwibawa. 3. berkebolehan menghuraikan ciri-‐ciri kepimpinan akademik. Secara khusus, terdapat dua topik utama dalam kursus ini iaitu penyelidikan dan penerbitan. Untuk mendapat pengecualian topik pertama, pelajar perlu menunjukkan bukti bahawa beliau telah mempunyai kompetensi yang diperlukan iaitu berjaya mengetuai dan memperoleh satu geran penyelidikan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Untuk mendapat pengecualian topik kedua pula, pelajar perlu menunjukkan bukti bahawa beliau telah berjaya menulis makalah sebagai penulis utama dalam jurnal berindeks Scopus atau ISI. Pelajar boleh mendapat pengecualian kursus keseluruhannya jika berjaya membuktikan kompetensi dalam kedu-‐dua topik kursus berkenaan.