PERMATA Negara Jabatan Perdana Menteri W101 Tingkat 1, Blok 3440, Enterprise Building One (EBI), Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 603-8319 4000 • Faks: 603-8319 4001
“setiap anak
PERMATA
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara
permata negara”
LIRIKLAGUPERMATA Semenjak di dalam kandungan lagi Dibekalkan tuhan bakat tersendiri Seawal usia perhatian harus diberi Dewasanya kelak teguh peribadi
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
Kanak-kanak PERMATA berharga Jika digilap pasti bercahaya Umpama benih disemai dibaja Kecenderungannya usah dipersia
Kanak-kanak PERMATA bahagia Kamilah harapan Malaysia tercinta Siapa kami di masa hadapan Asasnya didikan serta dorongan
Kanak-kanak PERMATA bahagia Kamilah harapan Malaysia tercinta Siapa kami di masa hadapan Asasnya didikan serta dorongan Pencipta : Pak Ngah Lirik : Habsah Hassan
ISIKANDUNGAN Seulas Pinang 02 • Bagaimana Kami Bermula 03 • Falsafah dan Fokus PERMATA Negara 06 • Rasional PERMATA Negara 07 • Struktur Kurikulum PERMATA Negara 08 • Teknik Pembelajaran PERMATA 10 • Keistimewaan Program PERMATA 08 • Struktur Pelaksanaan Program PERMATA Negara 12 •
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
SEULASPINANG SalamSejahteradanSalam1Malaysia Alhamdulillah Program PERMATA kini telah dilaksanakan di 25 buah lokasi dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan juga komuniti-komuniti setempat. Program PERMATA menawarkan satu alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur lima tahun kepada rakyat Malaysia. Pendekatan dibuktikan di beberapa buah negara maju telah berupaya merangsang perkembangan pesat kebolehan intelek, kognitif dan komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi mereka. Penekanan ini diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami (experimentation, exploration and experiential) melalui permainan. Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak dan perkembangan positif program ini telah dapat dilihat pada anak-anak setelah satu tempoh dalam Program PERMATA.
Salam hormat. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA
Ucapan terima kasih dan penghargaan saya rakamkan untuk semua pihak yang telah samasama meluangkan masa dan mencurahkan khidmat bakti bagi melaksanakan program ini. Setitik budi tuan setinggi gunung intan bagi saya dan anak-anak PERMATA. Saya berdoa agar usaha murni kita diberkati Allah Subhanahu Wata’ala dan bersama membawa perubahan positif berpanjangan kepada kehidupan anakanak di masa hadapan. Adalah menjadi harapan saya juga agar program ini mendapat sokongan padu yang berterusan dari semua pihak.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
BAGAIMANAKAMIBERMULA Setiap Anak PERMATA Negara Penggerak utama yang mendorong kepada tercetusnya idea untuk menjalankan Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawaipegawai kerajaan bagi membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah dan gejala sosial yang kian melanda para remaja yang sungguh membimbangkan. Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang ini telah senada bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal lagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada
lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu dengan menganggap bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk negara yang akan bersinar menerangi kegemilangan negara di masa akan datang. Dari ini lahirlah “Setiap Anak PERMATA Negara” bagi menzahirkan suatu hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari awal lagi mendapat peluang permulaan hidup yang terbaik. Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA bagi memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
BAGAIMANAKAMIBERMULA
Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna
Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan awal kanak-kanak
kepada masa depan negara, perlu ada satu
di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika
program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi
Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju telah lebih awal memberikan penekanan kepada
nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah menjadikan pendidikan awal kanak-kanak sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.
kaedah ‘pembelajaran yang menyeronokkan’ dan didikan mengikut kecenderungan kanakkanak terbabit.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’ juga telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanakkanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada kanak-kanak.
Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
FALSAFAHDANFOKUSPERMATANEGARA Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.
• Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanakkanak yang memenuhi kriteria berikut: i.
Berumur satu hingga empat tahun
ii.
Menetap di pinggir atau luar bandar
iii.
Keluarga berpendapatan rendah
iv.
Berbilang kaum dan agama
• Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanakkanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan. • Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
RASIONALPERMATANEGARA
a.
Kajian pembangunan psikopatologi terhadap perkembangan sel-sel otak bahawa terdapat satu tempoh kritikal dalam pembelajaran di peringkat awal umur kanak-kanak di mana lebih banyak sinaps dapat dibentuk dan dikekalkan sekiranya sel-sel ini dirangsang dari peringkat awal.
b.
Bukti dari kajian neurosains menunjukkan 3 tahun pertama adalah penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.
c.
Dengan rangsangan yang betul dalam keadaan ceria dan gembira, otak kanakkanak akan berkembang segar.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
STRUKTURKURIKULUMPERMATANEGARA
±90%
perkembangan otak
kanak-kanak berlaku dengan pantas semasa MEREKA BERUMUR DI BAWAH 5 TAHUN.
Tahap-tahap Kritikal Dalam Perkembangan Kanak-kanak 11-12 tahun
5 tahun
Penguasaan Bahasa Kedua
Perkembangan Motor
Lahir
Penglihatan
1 tahun
Kawalan Emosi
2 tahun
Pergantungan Sosial
3 tahun
Perbendaharaan Kata Asas
4 tahun
Matematik dan Logik
6 tahun
Kebolehan Muzikal
Motor Halus
7-10 tahun
Belum lahir (Sumber: Eliot, 1999) • Perkembangan fizikal dan mental kanakkanak bermula sejak dari dalam kandungan lagi. • Setelah dilahirkan, hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
• Perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak boleh dipertingkatkan sekiranya mereka selalu dilayan bercakap. Perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak dalam bahasa kedua juga bermula sejak mereka bayi lagi. • Perkembangan deria penglihatan kanakkanak berlaku di paras maksimum semasa mereka berumur 2 tahun dan di peringkat umur ini juga mereka sudah boleh dirangsang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
a.
Mirip kepada program seumpamanya yang dilaksanakan di negara-negara maju contohnya the United Kingdom’s Sure Start/United States’ Head Start
b.
Program Asuhan dan Didikan Awal kanakkanak yang komprehensif untuk kanakkanak 1 hingga 4 tahun dan menekankan kepada penglibatan ibu-bapa dan komuniti setempat dalam proses pembelajaran kanak-kanak
c.
• Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak • Belajar melalui bermain • Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan d.
Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia serta mengandungi enam bidang pembelajaran dalam model konseptual seperti berikut:-
Memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosioemosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah:• Kasih sayang dan belaian • Interaksi dan komunikasi • Pemikiran dan bacaan • Memberi kuasa (empowerment) kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
TEKNIKPEMBELAJARANPERMATA Teknik pembelajaran PERMATA menekankan pada rangsangan minda kanak-kanak melalui kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini sesuai untuk mewujudkan perasaan minat dalam diri kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Belajar melalui bermain
Fizikal
Awal Matematik dan Pemikiran Logik
Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Kreativiti dan Estetika
Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
SEULASPINANG KEISTIMEWAANPROGRAMPERMATA
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
a)
Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh pendidik mengikut kreativiti mereka untuk dilaksanakan bersama bayi dan kanak-kanak bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kebolehan kanakkanak mengikut peringkat umur mereka
b)
Garis panduan diberikan kepada Pendidik PERMATA bagaimana merancang aktiviti untuk merangsang proses pembelajaran yang efektif berdasarkan kepada 6 komponen pembelajaran – berkait dengan perkembangan seimbang dan holistik
c)
d)
memainkan peranan penting dalam Program PERMATA, di mana komitmen dalam penglibatan aktif dan berterusan mereka dipastikan melalui satu surat aku janji bahawa mereka akan menyumbang 4 jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah: • berbincang dan menilai perkembangan kanak-kanak; • m e m b e r i m a k a n , m e m a n d i k a n , membaca, bercerita dan memasak dengan kanak-kanak;
Penekanan diberikan kepada kombinasi dan kesepaduan antara kualiti penjagaan asas kanak-kanak dan penggarapan elemen pendidikan yang diterap secara tidak langsung melalui aktiviti dan amalan harian pusat asuhan Tertumpu kepada bagaimana untuk menggarap potensi semula jadi yang ada dalam diri seseorang kanak-kanak. Ini bertujuan untuk melahirkan anak-anak yang:
• menyertai lawatan sambil belajar bersama kanak-kanak • menyertai program kesihatan dan kaunseling; dan • memastikan kesinambungan kaedah pembelajaran PERMATA semasa di rumah. f)
Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi dalam konteks pengasuhan, kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Ia merupakan satu kolaborasi yang efisien dengan kerjasama para pakar dan profesional dalam pelbagai bidang berkaitan kanakkanak
g)
Menitikberatkan aspek keselamatan dari semua sudut
h)
Menitikberatkan peningkatan kemahiran profesional pendidik yang mendidik anakanak selaras dengan teori perkembangan kanak-kanak dari pakar-pakar asuhan dan didikan awal kanak-kanak diiktiraf di dunia
• Holistik dan seimbang • Mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia • Berintelek tinggi • Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris • Bijak bergaul • Sihat jasmani • Suci rohani e)
Penglibatan ibu-bapa sebagai pemangkin asuhan dan didikan kanak-kanak di mana kesinambungan pengasuhan perkembangan dan pendidikan di pusat asuhan dan di rumah adalah ditekankan. Ibu-bapa
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
STRUKTURPELAKSANAANprogramPERMATA CARTA PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA
PERMATASeni
PERMATAInsan
PERMATANegara PERMATAPintar
Majlis Pelaksanaan Program PERMATA Pengerusi Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak Fungsi melaksanakan dan merancang strategi pelaksanaan Programprogram PERMATA. Keahlian
PERKASARemaja
Menteri Menteri Pelajaran, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Agensi Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakil, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakil, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri atau wakil, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris; Ahli yang dilantik Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan PERMATA, Pakar Kanak-kanak (Child Development), Pakar Kanak-kanak (Child Psychology), Persatuan TASKA, Wakil badanbadan bukan kerajaan, Persatuan Pelajar Pintar. Urus setia : PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA Agensi PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri Objektif • memberi khidmat keurusetiaan kepada Majlis dan Jawatankuasa di bawahnya; PERMATA Remaja • menyelaras penubuhan Pusat Anak PERMATA Negara secara projek perintis bagi setiap negeri; • mengurus pelaksanaan dan pengoperasian 25 Pusat Anak PERMATA Negara sedia ada yang bertaraf projek perintis di seluruh negara; • memberi khidmat pengurusan dan sokongan dalam pelaksanaan Program PERMATA Negara. Kumpulan Sasar Anak 1 - 4 tahun
PERMATA Pintar Agensi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Objektif Mengenal pasti pelajar pintar, cerdas, dan berbakat seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum. Kumpulan Sasar Pelajar umur 9 – 15 tahun
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
STRUKTURPELAKSANAANprogramPERMATA PERMATA Seni Agensi PERMATA Seni Koir di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan PERMATA Seni Muzik di Istana Budaya Objektif Mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai bakat dan tahap potensi yang tinggi dalam bidang seni supaya dapat mempertingkatkan kecemerlangan mereka. Kumpulan Sasar Pelajar umur 8 – 12 tahun
PERMATA Insan Agensi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Objektif Melahirkan ilmuwan agama, tenaga profesional, teknokrat dan saintis yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan al-Quran sebagai perundangan hidup. Kumpulan Sasar Pelajar Sekolah Agama Rendah berumur 7 – 12 tahun
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERKASA Remaja Agensi Kem Perkasa Remaja, Komuniti PERKASA Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Objektif Mengupayakan/memperkasakan remaja melalui pendekatan yang holistik dalam konteks pembangunan remaja. Kumpulan Sasar Individu 18 – 25 tahun
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
PUSATANAKPERMATANEGARA
INT 16
PERMATA PRES Putrajaya
PERMATA Pu trajaya
PERMATA Ch ini Pahang
PERMATA Mempaga Pahang
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
Jaya PERMATA Subang Selangor
s ala Bata TA Kep PERMA u Pinang Pula
PERMATA Chembong Negeri Sembilan
PERMATA Ta mbun Tulang, Perlis
PERMATA Dungun Terengganu
PERMATA NEGARA
PUSATANAKPERMATANEGARA
PERMATA Pasir Mas Kelantan
PERMATA Batu Johor
PERMATA Dengkil Selangor
PERMATA Bu kit Peringgit Melaka Bercham PERMATA Perak
Pahat PERMATA Tuaran Sabah
PERMA
TA Bes out Perak
ahan Kota Samar PERMATA Sarawak
PERMATA Bagan Pinang Negeri Sembilan
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
PUSATANAKPERMATANEGARA
PERMATA Parit r Guntong, Joho
PERMATA Felda Raja Alias Negeri Sembila n
PERMATA Felda Chiku Kelantan
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA Ku ala Ketil Kedah
PERMATA Felda Tenggaroh Johor
eh da Kert TA Fel u PERMA n a g Tereng
PERMATA Felda Chiku Kelantan
PERMATA Jeli Kelantan
PERMATA Felda Tenggaroh Johor