PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR
FASAL 1
NAMA PERTUBUHAN
Badan Khairat Kelana Jaya FASAL 2
ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
Tempat bagi urusan dan alamat pos ialah : D/a Masjid Al-Hidayah, Jalan SS 3/44, Kelana Jaya, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Atau di alamat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa setelah mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3
TUJUAN
Untuk memberi bantuan wang kepada ahli – ahli atau tanggungannya bila berlaku kematian di antara mereka.
FASAL 4
KEAHLIAN
(a)
Ahli Biasa Terbuka kepada Warga Negara Malaysia Sungai Way Subang yang beragama Islam yang telah mencapai umur 18 tahun keatas.
(b)
Ahli Seumur Hidup Syarat seperti yang tercatat di Fasal 5(b).
FASAL 5
YURAN
(a)
Yuran keahlian ialah RM60 (ringgit enam puluh sahaja) setahun. Wang pendaftaran bagi ahli baru ialah RM10 (ringgit sepuluh sahaja). Bagi ahli yang mempunyai isteri lebih dari seorang, yuran keahlian bagi melindungi isteri kedua dan isteri seterusnya ialah RM60 (ringgit enam puluh sahaja) seorang setahun.
(b)
Yuran keahlian seumur hidup ialah RM600 (ringgit enam ratus sahaja) di tambah RM10 (ringgit sepuluh sahaja) wang pendaftaran bagi ahli baru. Bagi ahli yang mempunyai isteri lebih dari seorang, yuran seumur hidup bagi melindungi isteri kedua dan seterusnya ialah RM600 (ringgit enam ratus sahaja) seorang.
P1
(c)
Semua wang yuran, pendaftaran, sumbangan dan lain – lain boleh di bayar terus kepada Bendahari atau melalui mana – mana Ahli Jawatankuasa. Resit rasmi hendaklah dikeluarkan.
(d)
Ahli Jawatankuasa boleh dari masa kesemasa mempelawa dan menerima sumbangan atau derma daripada mana – mana badan atau orang perseorangan.
(e)
Mengumpul wang, melabur dan lain – lain dengan sebarang cara yang halal mengikut budibicara Jawatankuasa. Segala keuntungan hendaklah digunakan untuk kemajuan Badan Khairat dan kebajikan ahli – ahli.
(f)
Untuk belanja yang mustahak bagi mentadbirkan pertubuhan ini cuma RM4.80 (ringgit empat dan sen lapan puluh sahaja) daripada yuran tahunan tiap – tiap ahli boleh digunakan dan baki yuran tersebut bolehlah digunakan untuk melanjutkan tujuan- tujuan pertubuhan ini. Kira – kira wang pentabiran ini hendaklah diasingkan daripada kira – kira wang bantuan kematian pertubuhan.
FASAL 6 (a)
BANTUAN KEMATIAN Wang bantuan yang dikeluarkan apabila berlaku kematian Ahli sendiri atau tanggungannya. Jenis bantuan yang dimaksudkan:
Ahli Isteri / Suami Ibu / Bapa (yg tinggal bersama Ahli) Ibu / Bapa Mertua (--sama--) Anak yang berumur Dibawah 12 tahun 12 tahun hingga 18 tahun atau hingga 25 tahun masih bujang bagi yg. belajar di institut pengajian tinggi, dan yg. kurang upaya
RM1,200.00 (ringgit seribu dua ratus sahaja) RM1,200.00 (--sama--) RM400.00 (ringgit empat ratus sahaja) RM400.00 (--sama--) RM400.00 (--sama--)
RM400.00 (--sama--)
(b)
Bantuan adalah untuk isteri atau, bagi ahli yang memenuhi ayat kedua Fasal 5(a) atau 5(b), semua isteri – isteri yang dilindungi.
(c)
Bantuan untuk anak termasuk anak angkat yang sah.
FASAL 7
SYARAT BANTUAN
Bantuan kematian ahli dan tanggungannya hendaklah disokong dengan Sijil Kematian yang sah. Nama tanggungan hendaklah seperti yang tercatit di dalam Daftar Keahlian. Atas kematian tanggungan, bantuan akan dibayar kepada ahli dan atas kematian ahli sendiri, bantuan akan dibayar kepada warisnya yang terdekat.
P2
FASAL 8
BERHENTI MENJADI AHLI
(a)
Sebarang ahli yang ingin berhenti dari Badan hendaklah memberi notis satu bulan secara bertulis kepada Setiausaha.
(b)
Ahli yang berhenti tidak layak mendapat apa - apa bantuan atau menuntut apa - apa wang yang telah dibayar kepada Tabung Khairat.
(c)
Keahlian seseorang akan tamat apabila ahli itu meninggal dunia, dipecat atau gagal menjelaskan yuran tahunan satu bulan selepas diberi peringatan bertulis tertakluk kepada persetujuan Jawatankuasa.
FASAL 9
PENTADBIRAN
(a)
Kuasa tertinggi didalam Badan adalah terletak kepada Mesyuarat Agung. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah memilih ahli – ahli Jawatankuasa untuk mentadbirkan perjalanan harian Badan serta Tabung Khairatnya dan memajukan Badan mecapai tujuannya. Ahli – ahli Jawatankuasa akan memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. Ahli – ahli Jawatankuasa mengandungi:Seorang Yang Di Pertua Seorang Naib Yang Di Pertua Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Lima Ahli Jawatankuasa (yang hendaklah mengandungi sekurang – kurangnya seorang wanita)
(b)
Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa yang menjalankan tugas Badan ini hendaklah Warganegara Malaysia.
(c)
Nama – nama untuk jawatan diatas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli – ahli didalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua AJK boleh dilantik semula tiap – tiap tahun.
FASAL 10
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI – AHLI JAWATANKUASA (AJK)
(a) (1) Yang Di Pertua hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Badan Khairat dan Mesyuarat Agung. (2) Menentukan perjalanan Badan Khairat ini berjalan dengan lancar dan sempurna mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan yang telah ditetapkan.
P3
(3) Mengarah dan memberi tugas kepada Setiausaha dan Bendahari atau mana – mana AJK jika keadaan memerlukan. (b)
Naib Yang Di Pertua akan membantu Yang Di Pertua menyedia urusan pentadbiran Badan Khairat dan menggantikan Yang Di Pertua sepanjang tempoh ketiadaannya.
(c)
Setiausaha bertanggungjawab dalam semua urusan pertubuhan ini dan melaksanakan semua arahan. Beliau hendaklah menghadiri semua mesyuarat dan merekodkan semua keputusan dan menyimpan rekod di buku daftar ahli – ahli, mengandungi butir – butir lengkap seperti nama ahli, tarikh menjadi ahli, tarikh lahir/umur, nombor Kad Pengenalan, alamat, pekerjaan dan nama – nama tanggungan.
(d) (1) Penolong Setiusaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan kerja – kerjanya. (2) Dan mengganti dan menjalankan tugas semasa ketiadaannya. (e) (1) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM600 (ringgit enam ratus sahaja) pada satu – satu masa. (2) Semua kutipan yang berbentuk yuran/derma perseorangan/kumpulan hendaklah disimpan didalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa dan akaun hendaklah atas nama Badan. (3) Mengeluarkan resit bagi semua bentuk terima wang. (f) Ahli – ahli Jawatankuasa hendaklah hadir dalam semua mesyuarat – mesyuarat dan menolong pegawai – pegawai di atas itu menjalankan tugas – tugas mereka.
FASAL 11
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
(a)
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan setahun sekali tidak lewat daripada 31 Mac tiap – tiap tahun. Semua notis mengenai masa, tarikh dan tempat mesyuarat serta salinan laporan tahunan, penyata kira – kira yang telah diperiksa, dan usul – usul hendaklah diedarkan kepada semua ahli tidak kurang daripada 14 hari sebelum diadakan mesyuarat.
(b)
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:(1) Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu. (2) Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan yang lalu. (3) Menerima dan mengesahkan Penyata Kira – Kira tahun yang lalu. (4) Membincangkan usul – usul yang diterima, jika ada. (5) Pemilihan Ahli – ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira – Kira yang baru. (6) Hal – hal lain.
P4
(c)
FASAL 12
Mesyuarat Agung Tahunan hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli – ahli yang berjumlah tidak kurang dari 3 kali ganda jumlah ahli – ahli Jawatankuasa.
MESYUARAT AGUNG LUARBIASA
(a)
Mesyuarat Agung Luarbiasa boleh dijalankan bila – bila masa, apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa ; atau
(b)
Mesyuarat hendaklah diadakan dalam masa 30 hari selepas menerima permohonan bertulis yang ditandatangani beramai – ramai oleh tidak kurang satu per lima (1/5) daripada jumlah ahli biasa yang menerangkan sebab – sebab hendak diadakan Mesyuarat.
(c)
Notis dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luarbiasa hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang – kurangnya 7 hari dari tarikh penerimaan sebelum diadakan mesyuarat.
(d)
Mesyuarat Agung Luarbiasa hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli – ahli yang berjumlah tidak kurang dari 3 kali dari jumlah ahli – ahli Jawatankuasa.
FASAL 13
MESYUARAT JAWATANKUASA
(a)
Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang – kurangnya sekali dalam setiap tiga bulan.
(b)
Notis dan agenda untuk mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diedarkan kepada semua Ahli Jawatankuasa sekurang – kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat.
(c)
Mesyuarat Jawatankuasa hanya sah diadakan jika dihadiri oleh tidak kurang dari setengah jumlah Ahli – ahli Jawatankuasa.
FASAL 14
PEMECATAN JAWATANKUASA
Pemecatan Ahli – ahli Jawantankuasa dan pemilihan pengganti – penggantinya boleh dilakukan di dalam mesyuarat agung khas untuknya. Mesyuarat Jawatankuasa boleh melantik pemangku bagi jawatan – jawatan kosong kerana ahli – ahli Jawatankuasa yang berhenti atau meninggal dunia.
FASAL 15
PEMERIKSA KIRA – KIRA
Dua orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira – kira Badan selama tempoh satu tahun dan membuat laporan keatas Penyata Kewangan Tahunan yang disediakan oleh Jawatankuasa untuk Mesyuarat Agung Tahunan.
P5
FASAL 16
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Segala pindaan kepada Perlembagaan hendaklah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan oleh ahli – ahli yang hadir dengan suara terbanyak. Walau bagaimanapun, sebarang pindaan yang akan mengurangkan bantuan yang ditetapkan di dalam Perlembagaan hanya boleh dibuat dengan persetujuan sekurang - kurangnya tiga per empat dari jumlah ahli yang hadir dan mengundi dengan cara undi sulit. Permohonan untuk pindaan – pindaan itu hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan pindaan itu dibuat dan hanya boleh berkuatkuasa setelah pindaan – pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17
PEMBUBARAN
(1)
Pertubuhan ini boleh dibubarkan dengan persetujuan ¾ daripada jumlah bilangan ahli biasa dalam mesyuarat khas untuknya. Notis pembubaran hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 14 hari selepas pembubaran.
(2)
Apabila keputusan telah diambil untuk membubarkan pertubuhan ini, maka segala hutang dan piutang yang sah hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah dibahagi – bahagikan mengikut keputusan mesyuarat agung untuk membubarkan pertubuhan ini.
FASAL 18
PERKARA AM
(1)
Seseorang ahli boleh menamakan seseorang bagi menerima bantuan yang ditetapkan dalam Fasal 6 dari waris terdekat ahli samada isteri, suami, anak (termasuk anak angkat), ibu atau bapa dengan cara mengisi Borang Penamaan yang disediakan. Seseorang ahli boleh menamakan orang lain dengan syarat Borang Penamaan tersebut ditandatanganinya sendiri di hadapan dan di saksikan oleh seorang Jaksa Pendamai atau seorang Majistret atau Pendaftar.
(2)
Tiap – tiap ahli hendaklah diberi dengan percuma satu salinan Perlembagaan Badan ini apabila di terima menjadi ahli. Orang – orang yang lain samada ahli atau tidak, boleh diberi satu salinan Perlembagaan Badan ini apabila diminta dan dibayar wang sebanyak tidak lebih dari RM5 (ringgit lima sahaja).
(3)
Buku – buku berkenaan pertubuhan ini dan daftar ahli – ahli boleh diperiksa oleh sebarang Ahli atau seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam kumpulan wang pertubuhan dengan syarat memberitahu Setiausaha 5 hari terlebih dahulu.
(4)
Ahli – ahli yang ada kemusykilan terhadap pegawai – pegawai pertubuhan ini atau pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilannya di dalam Mesyuarat Agung dan keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad. Bekas ahli dan mereka yang ada sangkutannya dengan pertubuhan ini boleh mengemukakan kemusykilan ke dalam Mesyuarat Agung melalui ahli pertubuhan.
P6
(5)
Sesuatu perbelanjaan yang tidak lebih dari RM100 bolehlah dibenarkan oleh Bendahari bersama – sama dengan Yang Di Pertua atau Setiausaha dan disahkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya. Sesuatu perbelanjaan yang lebih dari RM100 tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh mesyuarat Jawatankuasa dan sesuatu perbelanjaan yang lebih dari RM500 tidak boleh dilakukan sebelum diluluskan terlebih dahulu oleh Mesyuarat Agung. Walaupun demikian pembayaran bantuan yang ditetapkan dalam Fasal 6 di atas tidak tertakluk kepada sekatan ini dan boleh dibayar seterusnya jika syarat – syarat mendapatkan bantuan telah disempurnakan.
(6)
Ahli yang sengaja melanggar Perlembagaan Badan atau berkelakuan tidak baik sehingga mencemarkan nama baik atau mendatangkan kerugian kepada Badan ini boleh dipecat dari menjadi ahli oleh Jawatankuasa dan yuran simpanannya akan dikira sebagai khairat. Sebelum dipecat ahli itu mestilah diberitahu dengan bertulis tentang sebab – sebabnya ia hendak dipecat dan diberi peluang untuk memberi apa – apa penjelasan dengan bertulis atau dengan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan khas kerananya. Jika dua per tiga ahli – ahli Jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat mengundi menyokong pemecatan maka ahli itu dipecat dengan serta – merta. Walaupun demikian, ahli itu boleh jika tidak berpuashati merayu kepada Mesyuarat Agung menurut ceraian (4) di atas.
(7)
Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak akan diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan.
(8)
Ahli yang hendak berhenti daripada Badan ini hendaklah memberi kenyataan bertulis 30 (tiga puluh) hari terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang – hutangnya, jika ada.
(9)
Lima puluh peratus daripada Kumpulan Wang Badan yang tidak segera dikehendaki untuk membayar faedah – faedah bolehlah dilaburkan dalam akaun – akaun pelaburan, dana – dana amanah, atau dengan persetujuan Pendaftar atas syarat – syarat sebagaimana yang dikenakannya bagi membeli tanah.
FASAL 19
HARTA BADAN
Semua harta Badan yang boleh dialih dan tak boleh dialih hendaklah didaftarkan atas nama Badan Khairat ini. Segala suratcara yang berkaitan dengan hartanah hendaklah disempurnakan oleh Yang Di Pertua, Setiausaha dan Bendahari yang mana perlantikan mereka hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Pendaftar Pertubuhan. Mereka tidak boleh menjual atau menukar – milik hartanah kepunyaan Badan Khairat tanpa kebenaran Mesyuarat Agung Tahunan terlebih dahulu.
*****************************************
P7