International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PERBEZAAN ILMU KALAM YANG TERCELA DAN YANG TERPUJI Ahmad A‘toa’ Mokhtar1 Dr. Ahmad Baha Bin Mokhtar2 Dr. Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar3
[email protected] ABSTRAK Ulama Ahli Sunnah Waljamaah meletakkan ilmu Kalam sebagai ilmu yang paling penting kerana ia adalah sebahagian daripada ilmu Usuluddin. Tetapi sebaliknya, terdapat sebahagian golongan berpendapat bahawa ilmu Kalam adalah ilmu yang dicela malah ia adalah pintu kepada kekufuran. Golongan ini bersandar kepada beberapa rujukan yang menukilkan bahawa terdapat sebilangan ulama salaf yang mencela ilmu ini antaranya ialah Imam Syafie. Perkara tersebut telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam khususnya di rantau ini yang mengamalkan mazhab Syafie sebagai mazhab yang utama. Kajian ini hanya menggunakan kajian perpustakaan bagi memperolehi maklumat yang diperlukan. Sementara objektif kajian pula adalah untuk memperjelaskan ilmu Kalam yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan perbezaannya dengan ilmu Kalam yang dibincangkan oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah. Kajian ini mendapati bahawa ilmu Kalam yang dicela oleh Imam Syafie ialah ilmu Kalam yang menyalahi al-Quran dan Sunah. Kata kunci: Ahli Sunnah Waljamaah, Ilmu Kalam, Imam Syafie
1
Ketua Pusat Pemantapan Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (ASDEC)/Pensyarah Jabatan Dakwah Dan Pengurusan, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Malaysia. Email:
[email protected] 2 Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Alim Brunei Darussalam (UNISSA). Email:
[email protected] 3 Ketua Program Pengajian Akidah Dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Email:
[email protected]
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENGENALAN Menurut al-Buti (1996), binaan agama islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia adalah terdiri daripada tiga asas utama, iaitu akidah, syariat dan akhlak (ihsan). Kesemua bahan binaan itu bertunjang kepada akidah, akidah inilah asas pertama yang semestinya ada dalam binaan Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Dalam memahami Al-Quran dan al-Hadis yang merupakan sumber utama dalam menetapkan perkaraperkara yang berkaitan dengan akidah dan syariat Islam. Untuk mengetahui sesuatu perkara itu benar atau salah perlulah dinilai sejauh mana ia menepati al-Quran dan Sunnah. Setelah dinilai dan didapati perkara tersebut bersesuaian dengan akal dan disokong dengan dalil-dalil yang tidak menyalahi al-Quran dan Sunnah seharusnya diterima walaupun ilmu itu tidak terdapat pada zaman sahabat atau tabicin. Tetapi sekiranya ilmu tersebut jelas bertentangan dengan keduanya ianya perlu ditolak tanpa dipersoalkan lagi. Perkara ini telah ditegaskan oleh al-Hafiz Ibn ‘Asakir dalam karyanya yang mempertahankan Imam al-Ashcari (1404 H):
Maksudnya: “Ilmu Kalam yang dicela itu ialah ilmu Kalam yang digunakan oleh golongan yang mengikut hawa nafsu dan golongan ahli bidaah. Tetapi ilmu Kalam yang menepati al-Quran dan hadis untuk menjelaskan tentang ilmu Usuluddin apabila timbul kemusykilan ia adalah ilmu yang dipuji oleh ulama. Imam Syafie sendiri menganggap ia adalah ilmu yang baik serta beliau menguasainya. Malah beliau telah berbahas melalui ilmu Kalam dengan ramai daripada golongan ahli bidaah hingga beliau mampu mengalahkan mereka”.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
DEFINISI ILMU KALAM MENURUT AHLI SUNNAH WALJAMAAH
Dalam proses untuk memahami soal kepercayaan atau pegangan (i`tiqad) dalam Islam, adalah lebih utama memahami beberapa istilah penting yang diguna pakai berkenaannya. Akidah islam dinamakan sebagai Usul al-Din atau Usuluddin kerana soal kepercayaan ini benar-benar merupakan dasar atau pokok bagi segala persoalan yang lain dalam agama (Imam Zarkasyi. 1994), ia juga bermaksud segala perkara yang bersifat asasi di dalam sesuatu agama, dalam konteks agama Islam, ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan persoalan keimanan dan kepercayaan yang merupakan intipati utama bagi menentukan seseorang itu muslim atau sebaliknya. Ilmu usuluddin disebut juga sebagai ilmu Akidah atau ilmu Kalam atau ilmu Tauhid. Di dalam ilmu Usuluddin dibincangkan persoalan berkaitan i'tiqad yang menjadi asas atau dasar bagi agama Islam, iaitu pertama kepercayaan (i'tiqad) mengenai ketuhanan (ilahiyat). Kedua kepercayaan tentang kenabian (Nubuwwat) dan ketiga kepercayaan yang berhubung dengan perkara yang ghaib (ghaibiyyat) seperti syurga dan neraka. Kebanyakan ulama akidah mendefinasikan ilmu tauhid sebagai ilmu Kalam, misalnya Imam al-Baijuri (2010) menyatakan bahawa ilmu tauhid dinamai sebagai ilmu kalam kerana ulama terdahulu dalam terjemahan mereka mereka berkaitan dengan ilmu tauhid banyak menggunakan perkataan al-kalam yang bermaksud perbincangan, tegasnya selain dari itu ilmu kalam ini terhasil daripada penamaan keseluruhan ilmu itu dengan nama bahagiannya iaitu sifat kalam , hal demikian ini kerana sifat itu adalah masalah terpenting yang memerlukan perbahasan dan banyak perselisihan kalangan ulama mutakallimin tentang adakah kalam itu bersifat qadim (kekal) atau hadith (baharu).
Dinamakannya denga ilmu Kalam kerana dalam ilmu ini banyak dibicarakan sifat-sifat Tuhan, diantaranya sifat Kalam (berkata). Oleh itu golongan yang membicarakan tentang ilmu ini digelar Ulama kalam atau ahli ilmu Kalam atau Mutakallimuun dan Mutakallimin.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Sebelum memahami dan menilai dengan lebih mendalam tentang ciri-ciri ilmu Kalam yang dicela oleh Imam Syafie dan ulama yang lain dengan ilmu Kalam yang disusun oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah, perlu dilihat beberapa definisi ilmu Kalam yang diberikan oleh ulama Ahli Sunah Waljamaah: Imam Ghazali (2010) telah menerangkan di dalam kitab Ihya’ cUlum al-Din dalam bab ketiga, Keperluan yang dipuji daripada ilmu-ilmu yang terpuji:
. Bermaksud: Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu Kalam ialah ilmu yang memelihara akidah yang diwarisi oleh ulama Ahli Sunnah daripada kalangan ulama salaf sahaja… ia diperlukan untuk berhujah dengan golongan ahli bidaah dan menolak bidaah mereka yang salah dan membersihkannya daripada masyarakat umum. Menurut Ibn Khaldun (1988):
Bermaksud: Ilmu Kalam iaitu ilmu yang mengandungi hujah yang membela akidah menggunakan dalil-dalil akal dan cara menolak golongan ahli bidaah yang sesat dalam ilmu akidah melalui pendapat salaf dan Ahli Sunnah. Intipati akidah ini ialah ilmu tauhid. Al-Iji (1997) pula menjelaskan:
Bermaksud: Ilmu Kalam ialah ilmu yang digunakan untuk mempertahankan akidah dengan menggunakan dalil-dalil serta untuk menolak kekeliruan tentangnya. Al-Jurjani (1983) meletakkan definisi ilmu Kalam ialah:
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Bermaksud: Ilmu Kalam ialah ilmu yang membincangkan tentang zat Allah SWT dan sifatNya dan tentang perkara yang harus bagi akal yang terkandung dalam perbincangan tentang permulaan kejadian dan hari kebangkitan mengikut disiplin ilmu Islam. Keterangan ungkapan “ ”على قانون اإلسالمbertujuan membezakan antara ilmu Kalam dengan ilmu ketuhanan bagi golongan ahli falsafah. Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa ilmu Kalam yang disusun oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah adalah ilmu untuk menegakkan kebenaran akidah dengan hujah. Ia berbeza dengan ilmu Kalam yang digunakan oleh ahli falsafah dan golongan bidaah. Walaupun namanya serupa tetapi ilmu Kalam pada golongan Ahli Sunnah adalah berpandu kepada al-Quran dan Sunah berbeza dengan golongan lain yang hanya menggunakan akal semata-mata. Kerana itu Ibn Hajar al-Haytami (n.d) dalam fatwanya berkata:
Bermaksud: Mempelajari hujah dengan kaedah ilmu Kalam dan mempertahankannya untuk berlawan hujah dengan golongan penentang adalah termasuk fardu kifayah. Beliau menegaskan lagi:
Bermaksud: Jika kamu meneliti kaedah ulama Ashcari dan mazhab mereka kamu akan dapati segala dalil mereka adalah berkaitan ilmu Kalam bahkan sesiapa yang mengingkari ilmu tauhid bererti ia mengingkari al-Quran itu adalah kekufuran yang nyata.
SANDARAN GOLONGAN YANG MENOLAK ILMU KALAM
Golongan yang menolak ilmu Kalam sering bersandarkan kepada kata ulama Kalam yang mencela ilmu tersebut. Antara yang selalu ditonjolkan oleh mereka ialah:
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Bermaksud: “Imam Juwayni telah berwasiat sebelum meninggal supaya menghindari ilmu Kalam, kata beliau: Wahai sahabat-sahabat kami janganlah kalian sibuk dengan ilmu Kalam, jikalau aku ketahui kesan ilmu itu sebelum ini nescaya aku tidak akan mempelajarinya” (Ibn Qudamah, 1990). Imam Fakhr al-Din al-Razi (al-Zahabi: 2001):
Bermaksud: "Aku telah meneliti selok belok ilmu Kalam dan kaedah-kaedah falsafah, aku dapati bahawa semuanya tidak memuaskan". Ibn Khaldun (1998):
. Bermaksud: "Ilmu Kalam ini tidak penting lagi pada masa ini bagi penuntut ilmu kerana golongan Atheis dan bidaah telah lenyap, cukuplah kita dengan peninggalan karya-karya ulama Ahli Sunah dalam masalah ini.
Mutakhir ini, kita dapati terdapat golongan yang mengkritik sesiapa yang mempelajari ilmu Kalam dan perkara yang berhubung dengannya. Hal ini ditegaskan oleh Ibrahim Muhammad (1424 H) bahawa ilmu Kalam telah bercampur antara yang haq dan yang batil serta terdapat ketirisan ilmu, maka perlu dijauhi ilmu yang batil tersebut walaupun ia menggunakan nama yang haq. Oleh demikian, kita perlu mengetahui sejauh mana ilmu Kalam yang tercela dan terpuji menurut para ulama Ahli Sunah Waljamaah. PERKATAAN IMAM SYAFIE YANG MENCELA ILMU KALAM Mereka juga sering menukilkan bahawa Imam Syafie sangat mencela ilmu Kalam. Antara yang selalu mereka nukilkan sebagaimana yang diterangkan oleh Imam al-Ghazali (2010) di dalam kitab Ihya’ beberapa pendapat Imam Syafie tentang larangan berkecimpung dangan ilmu Kalam, antaranya:
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Bermaksud: Ibn `Abd al-Barr meriwayatkan bahawa beliau mendengar pada hari Imam Syafie berdebat dengan Hafs al-Fard iaitu salah seorang ulama kalam golongan Muktazilah. Kata Imam Syafie: Lebih baik seseorang kembali kepada Allah (meninggal) sedangkan ia telah melakukan segala bentuk dosa melainkan syirik kepada Allah daripada ia terjebak dengan ilmu Kalam, sesungguhnya aku telah mendengar daripada Hafs ungkapan yang aku tidak mampu mengungkapnya. Antara katanya lagi:
Bermaksud: Al-Karabisi meriwayatkan bahawa Imam Syafie telah ditanya satu perkara tentang ilmu Kalam, lalu serta merta beliau menjadi marah dan berkata: pergilah bertanya soalan ini kepada Hafs al-Fard dan sahabatsahabatnya moga Allah menghina mereka. Antara katanya yang lain:
Bermaksud: Kata beliau lagi: Jikalau manusia mengetahui pengaruh hawa nafsu yang terkandung dalam ilmu Kalam tentulah mereka akan lari daripadanya seperti mereka lari daripada singa. Antara katanya lagi:
Bermaksud: Hukum-ku terhadap ahli ilmu Kalam hendaklah ia dipukul dan diusung dengan pelepah kurma dan dibawa dengan unta mengelilingi suku
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
kaum serta diumumkan: ini adalah balasan orang yang meninggalkan al-Quran dan hadis yang sibuk dengan ilmu Kalam.
Daripada petikan-petikan di atas dapat dirumuskan, ciri-ciri ilmu Kalam yang dicela oleh Imam Syafie dan ulama yang lain ialah meninggalkan al-Quran dan Sunnah, mengikut hawa nafsu dan mengikut golongan sesat seperti Muktazilah.
PENJELASAN ULAMA AHLI SUNNAH TERHADAP ILMU KALAM YANG DICELA Terdapat ramai dalam kalangan ulama Ahli Sunnah telah menjawab dan menjelaskan maksud sebenar ilmu Kalam yang dicela. Antaranya yang terkenal ialah Imam al-Bayhaqi (2003). Beliau merupakan salah seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Waljamaah menjelaskan kepentingan ilmu Kalam dan maksud ilmu Kalam yang dicela. Beliau menerangkan perkara ini dalam bab: “
” semasa meriwayatkan
hadis daripada cUmar bin cAbd al-cAziz:
Bermaksud: “Beliau ditanya oleh seorang lelaki berkaitan dengan golongan yang terpengaruh dengan hawa nafsu, lalu beliau menegaskan: Hendaklah engkau berpegang dengan akidah sebagaimana yang dipercayai oleh seorang kanak-kanak Arab Badwi yang masih belajar di kelas-kelas al-Quran dan hendaklah engkau tinggalkan selain daripadanya. Ini menggambarkan bahawa cUmar bin cAbd al-cAziz menganggap bahawa ilmu Kalam perlu ditinggalkan. Seseorang itu sudah cukup dengan pegangan akidah yang ada pada fitrah kejadian dalam diri seseorang. Selepas memetik hadis ini, Imam al-Bayhaqi (2003) telah memberi kenyataan panjang lebar mengenai perkara tersebut, antaranya beliau menegaskan, perkara yang disebut oleh cUmar bin cAbd al-cAziz ini juga telah disebut oleh ulama salaf yang lain. Perkara tersebut tidak tidak perlu didatangi bukti dan dalil yang lain kerana ianya datang dengan kebenaran Islam sejak zaman berzaman. Para sahabat yang hidup sezaman dengan Rasulullah S.A.W telah melihat
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
sendiri bukti-bukti yang lengkap dan utuh berkaitan tauhid, kenabian dan perkara-perkara yang lain yang kemudiannya disampaikan kepada generasi tabiin. Ini adalah antara sebab mereka tidak sibuk dengan ilmu Kalam dan tidak bimbang orang yang lemah keyakinan tersesat disebabkan dakyah golongan sesat atau kekeliruan yang ditimbulkan daripada golongan yang tidak percaya tuhan. Ini bukanlah bererti mereka melarang belajar ilmu Kalam disebabkan ilmu Kalam itu sesat atau tiada manfaat, malah ilmu tersebut boleh menyampaikan seseorang kepada mengenal Allah (makrifatullah), mengenali sifat-sifatNya, mengetahui tentang rasul-rasulNya dan membezakan antara nabi yang benar dan nabi palsu. Seterusnya beliau menambah lagi: “al-Halimi telah menerangkan perkara ini dengan panjang lebar. Beliau menyatakan golongan salaf dalam kalangan Ahli Sunnah Waljamaah melarang daripada belajar ilmu Kalam kerana mereka sudah cukup dengan mukjizat-mukjizat yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. (kerana zaman mereka masih hampir dengan zaman Nabi S.A.W.). Manakala pada zaman itu, kebanyakan menggunakan ilmu Kalam terdiri daripada golongan yang terpengaruh dengan hawa nafsu (ahl al-ahwa’), lalu mereka melarang daripada mempelajarinya. Sementara itu, golongan yang terpengaruh dengan hawa nafsu (ahl al-ahwa’) mengecam ulama Ahli Sunnah Waljamaah (yang bangkit menyangkal dakwaan mereka) kerana berhujah tidak berlandaskan akal yang logik. Setelah itu, Allah telah menzahirkan dalam kalangan ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang mempelajari cara-cara berhujah hingga mereka mahir. Ulama ini telah bangun memberi bukti bahawa mazhab Ahli Sunnah Waljamaah tidak menyalahi logik akal sebagaimana mereka tidak menyalahi al-Quran dan hadis. Namun begitu sebenarnya terdapat juga dalam kalangan ulama salaf yang telah mula membincangkan ilmu Kalam untuk menolak golongan yang terpengaruh dengan hawa nafsu (ahl al-ahwa’)”. Demikian juga kenyataan Imam al-Qushayri (Ibn cAsakir, 1404 H) bahawa tidak ada golongan yang menolak ilmu Kalam melainkan dua sahaja: 1. Golongan kedua : Seorang yang jahil yang bertaklid sedangkan ia tidak mampu melalui selok-belok jalan ulama menuntut ilmu dan tidak mengetahui selok-belok ilmu perdebatan (ilmu Kalam). Apabila dia tidak dapat mencapai tahap tersebut lalu dia melarang orang lain supaya orang lain juga sesat sepertinya.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
2. Golongan kedua : Seorang yang mempunyai
akidah
yang rosak ia ingin
menyembunyikannya daripada orang lain supaya tembelangnya tidak pecah. Golongan ini sangat mengetahui bahawa ulama yang pakar tentang selok-belok ilmu perdebatan (ilmu Kalam) boleh membuka pekong kesesatan mereka”. Menurut Imam cAbd al-Qahir al-Baghdadi (1928) sebenarnya ilmu Kalam dalam bentuk yang dipelopori oleh golongan Ahli Sunnah Waljamaah telah wujud pada zaman sahabat lagi. Beliau menyatakan bahawa sahabat yang pertama yang telah menyentuh tentang ilmu Kalam ialah Saidina cAli bin Abi Talib ketika berhujah dengan golongan Khawarij tentang masalah alwacd dan al-wacid, juga perdebatan beliau dengan golongan Qadariyyah tentang qada’ dan qadar. Demikian juga sahabat Nabi S.A.W cAbd Allah bin cUmar telah menggunakan kaedah ilmu Kalam ketika menolak golongan Qadariyyah dan beliau berlepas diri daripada mereka dan ketua mereka yang dikenali sebagai Macbad al-Juhmi. Seterusnya al-Baghdadi menyenaraikan bahawa ulama Ahli Sunah yang pertama dalam kalangan tabiin yang telah menggunakan kaedah ilmu Kalam ialah cUmar bin cAbd al-cAziz, beliau telah menulis sebuah risalah menolak golongan Qadariyyah. Begitu juga Zayd bin cAli bin al-Husyn bin `Ali telah menulis sebuah risalah menolak golongan Qadariyyah. Imam al-Ashcari (1344 H) sendiri telah mengarang satu karya tentang kepentingan ilmu Kalam dan sekaligus menjawab tuduhan mereka yang menolak ilmu Kalam secara keseluruhan. Menurut beliau, terdapat satu golongan manusia yang jahil yang mencela orang yang meneliti ilmu Usuluddin. Mereka menuduh golongan ini sebagai sesat dan mereka menganggap bahawa perbincangan tentang gerak, diam, jisim dan carad dan sebagainya adalah bidaah dan sesat. Hujah mereka, jika perbincangan ini benar, tentulah Nabi SAW, khalifah-khalifahnya dan para sahabat telah membincangkannya. Imam al-Ashcari menjawab tuduhan ini dengan tiga jawapan. 1. Pertama: Jika kamu mengatakan ilmu ini bidaah dalalah sedangkan Nabi SAW tidak pernah mengatakan sesiapa yang membincangkan ilmu ini ia adalah sesat, maka dengan demikian kamu juga adalah bidaah dan sesat kerana kamu telah memperkatakan sesuatu yang Nabi tidak pernah sabda.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
2. Kedua: Nabi SAW telah mengetahui perbincangan tentang gerak, diam, jisim dan carad dan sebagainya walaupun Baginda dan para sahabat tidak menyentuhnya secara khusus tetapi asas-asas perbincangan perkara-perkara tersebut sudah terdapat di dalam al-Quran secara umum belum diperincikan. 3. Ketiga: Masalah-masalah yang ditimbulkan itu telah diketahui oleh Nabi SAW, tetapi pada zaman Baginda tidak timbul masalah tersebut. Imam al-Ghazali (2010) pula menjelaskan tentang perbezaan ilmu Kalam yang dipuji dan dicela:
. Maksudnya: Ketahui bahawa hujah-hujah yang digunakan di dalam ilmu Kalam sebenarnya telah terkandung di dalam al-Quran dan hadis. Apa yang terkeluar daripada al-Quran dan hadis adalah tergolong dalam pertelingkahan yang dicela. Menurut Ibn Hajar al-Haytami (n.d) terdapat perbezaan ilmu Kalam yang dipuji dan dicela:
Bermaksud: Pendapat yang mengatakan bahawa ulama salaf melarang mempelajari ilmu Kalam adalah salah. Tetapi ilmu Kalam yang mereka larang adalah ilmu Kalam yang dipelopori oleh golongan al-Jahmiyyah, alQadariyyah dan lain-lain daripada golongan bidaah. Mereka itulah golongan yang dicela oleh Imam Syafie dan ulama salaf yang lain. Sementara Ibn Taymiyyah (1995) menegaskan:
Maksudnya: Ahli Salaf tidak mencela apa jua jenis Kalam. Apabila orang ramai berbicara, mereka tidak mencela eksperimen, pemerhatian dan perbahasan yang diperintah oleh Allah dan RasulNya. Jelasnya, eksperimen
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
adalah salah satu perkara yang dijelaskan oleh Allah dan RasulNya. Sudah tentu mereka juga tidak mencela ilmu Kalam kerana kebenarannya yang nyata sementara yang dicela itu ilmu Kalam yang batil iaitu perkara yang dibincang menyalahi al-Quran dan al-Sunnah, ia sudah tentu juga bertentangan dengan akal. Di akhir perbincangan ini, kita dapat lihat penjelasan Shaykh Muhammad Sacid Ramadan al-Buti (1997) tentang golongan yang mempertikai ilmu Kalam. Beliau menegaskan perkara tersebut dalam mukadimah kitabnya Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah dengan menyatakan bahawa orang yang mengatakan ulama Kalam telah mengeruh kejernihan ilmu Tauhid dengan memasukkan perbincangan mereka dengan kaedah-kaedah ilmu Falsafah dan Mantik padahal mereka sepatutnya berpada dengan metode al-Quran dalam membentangkan hujah dan dalil. Sebenarnya mereka ini tidak bersikap adil dalam bicara ilmu kerana perbincangan ilmu Kalam bukan ditulis untuk orang yang telah beriman atau hatinya telah bersinar dengan cahaya alQuran. Tetapi ilmu ini adalah disediakan oleh ulama untuk menolak golongan zindik yang berpegang dengan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh ahli falsafah. Ulama Kalam berada dalam dua situasi, sama ada mereka membiarkan sahaja masalah-masalah yang ditimbulkan golongan zindik tersebar dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan akidah mereka (kerana ia tidak diperincikan dalam al-Quran) atau mereka bangkit menentang dan menyingkap kesesatan mereka. Maka sudah tentulah ulama kalam akan memberi keutamaan kepada situasi kedua untuk menggalas tugas berdakwah sebagaimana yang diperintah kepada mereka.
PENUTUP Jelas daripada perbincangan ini bahawa bukan semua ilmu Kalam itu dicela sebagaimana yang dianggap oleh sebahagian golongan. al-Taftazani (2009) mengulas berkaitan ilmu Kalam, ia adalah semulia-mulia ilmu kerana asasnya berpaksi kepada hukum syarak yang menjadi tunggak kepada ilmu-ilmu agama, kandungannya ialah pati akidah Islam, matlamatnya ialah memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan kebaikan dalam agama. Sementara, kebanyakan dalil-dalilnya adalah dipetik daripada dalil naqli. Ilmu Kalam yang dilarang oleh ulama salaf adalah ilmu Kalam yang dipelopori oleh golongan yang menyeleweng daripada agama yang ingin merosakkan akidah umat Islam dan yang terpengaruh dengan falsafah yang tidak jelas. Jika tidak, mana mungkin mereka melarang ilmu yang menjadi asas agama.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
RUJUKAN Ahmad bin ‘Abd al-Halim, Ibn Taymiyyah. 1995. Majmu’ al-Fatawa (Vol. 13, pp. 147). AlMadinah al-Munawwarah: Majmac al-Malik Fahd. Ahmad bin al-Husayn, al-Bayhaqi. 2003. Shucab al-Iman (Vol. 1, pp. 181), tahqiq: cAbd al-Ali c Abd al-Hamid. Beirut: Dar al-`Ilmiyyah. Ahmad bin Muhammad, Ibn Hajar al-Haytami. n.d. al-Fatawa al-Hadithiyyah (pp. 147). Beirut: Dar al-Fikr. c
Abd Allah bin Ahmad, Ibn Qudamah. 1990. Tahrim al-Nazar fi Kutub al-Kalam (pp. 18-19), tahqiq cAbd al-Rahman bin Muhammad Dimashqiyyah. Riyad: cAlam al-Kutub.
c
Abd al-Rahman bin Ahmad al-Iji. 1997. al-Mawaqif (pp. 131), tahqiq `Abd al-Rahman `Umayrah. Beirut: Dar al-Jayl.
c
Abd al-Rahman bin Muhammad. Ibn Khaldun. 1988. Muqaddimah Ibn Khaldun, Tahqiq Khalil Shahadah (pp. 580, 591). Beirut: Dar al-Fikr.
c
Abd al-Qahir al-Baghdadi. 1928. Usul al-Din (pp. 307). Istanbul: Matbacah al-Dawlah.
Al-Baijuri, al-Syaikh Ibrahim Muhammad al-Syafie. 2010. Tuhfat (http://www.daraleman.net/uploads/syarhjawharabajuri.pdf (9/10/2010)
al-Murid.
c
Ali bin Ismacil, al-Ashcari. 1344 H. Risalah Istihsan al-Khuwd fi cIlm al-Kalam (pp. 3-9). Haydarabad: Matbacah Majlis Da’irah al-Macarif al-Nizamiyyah.
c
Ali bin al-Hasan Ibn cAsakir. 1404 H. Tabyin Kadhib al-Muftari fima Nusib ila al-Imam Abi alHasan al-Ashcari (pp. 339, 359). Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi.
c
Ali bin Muhammad al-Jurjani. 1983. Kitab al-Tacrifat (pp. 185), tahqiq pencetak. Beirut: Dar alKutub al-`Ilmiyyah.
Ibrahim Muhammad. 1424 H. Majallah al-Buhuth al-Islamiyyah, ‘Ilm al-Kalamwa al-Ta’wil wa Atharuhuma ‘Ala al-‘Aqidah al-Islamiyyah (Vols. 68, pp. 288). Riyad: The General Presidency of Scholarly Research and Ifta. Muhammad bin Ahmad, al-Zahabi. 2001. Siyar aclam al-Nubala’ (Vol. 32, pp. 501). Beirut: Mu’assasah al-Risalah. Muhammad bin Muhammad, al-Ghazali. 2010. Ihya’ cUlum al-Din (Vol. 1, pp. 22, 40, 95). Beirut: Dar al-Macrifah. Muhammad Sacid Ramadan, al-Buti. 1997. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah (pp. 23). Beirut: Dar al-Fikr.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Muhammad Sacid Ramadan, al-Buti. 1996. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah. Diterjemah Oleh Muhammad Sulaiman Yassin. Keyakinan Hakiki. Petaling Jaya: Budaya Ilmu. Sacd al-Din Mas`ud bin cUmar al-Taftazani. 2009. Sharh al-cAqa’id al-Nasafiyyah (pp. 59). Pakistan: Maktabah al-Madinah. Imam Zarkasyi. 1994. Usuluddin (`Aqa`id ) `ala Madzhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. Ponorogo, Indonesia: trimurti Press.