Perbandingan di antara Takaful dan Insurans
55
BAB A4
PERBANDINGAN DI ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS PENGENALAN Insurans menyediakan perlindungan kewangan akibat kerugian yang timbul daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Seseorang boleh mendapatkan perlindungan ini dengan membayar premium kepada syarikat insurans. Dana wang diwujudkan melalui sumbangan yang dibuat oleh individu yang memerlukan perlindungan diri dari pelbagai risiko kehidupan. Premium dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans yang juga bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana tersebut. Sebarang kerugian yang dialami peserta disebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini, syarikat insurans akan membayar pampasan dengan menggunakan dana berkenaan. Insurans berfungsi berdasarkan prinsip asas perkongsian risiko. Kelebihan utama insurans adalah ia menyebarkan risiko yang dihadapi oleh segelintir peserta kepada kumpulan besar individu yang terdedah kepada risiko yang sama. A4.1
DEFINISI DAN SEJARAH INSURANS
Insurans ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dikenali sebagai syarikat insurans, sebagai balasan untuk pertimbangan yang dipersetujui yang dikenali sebagai premium, untuk dibayar kepada individu lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan, sejumlah wang, sekiranya berlakunya peristiwa tertentu dalam tempoh tertentu.
56
Amalan Asas Takaful
Oleh itu, dalam erti kata yang lebih mudah, kontrak insurans adalah kontrak di antara dua pihak iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yang Diinsuranskan, dengan janji untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini sebagai balasan atas sumbangan/bayaran premium. Insurans telah wujud sejak berabad lamanya. Para sejarawan mendakwa sejarah awal insurans telah bermula dari tahun 215 CE, iaitu apabila kerajaan Romawi diminta oleh angkatan tenteranya agar menanggung risiko kerosakan peralatan perang yang diangkut dengan menggunakan kapal laut, disebabkan ancaman dan serangan musuh, ribut, dan lain-lain bencana alam. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawal kontrak insurans bertarikh sekitar 2800 SM di mana Kod Perundangan Babylon mencatatkan peraturan-peraturan mengenai insurans. Pada asasnya, konsep insurans telah diperkenalkan untuk menangani bencana yang dihadapi oleh pedagang dan peniagapeniaga di laut. Bentuk perlindungan adalah pelbagai, dari perlindungan ke atas kargo dan barang-barang yang dibawa sehinggalah kepada perlindungan insurans hayat kelasi dan pegawaipegawainya. Dalam erti kata lain, terdapat satu keperluan bagi manusia untuk bersiap sedia menghadapi kerugian atau kehilangan. Dan sejarah insurans moden boleh dikesan seawal tahun 1600-an, apabila pedagang British dan pemilik kapal berbincang mengenainya di kafe berhampiran Lombard Street di London. Kafe itu dipanggil Llyod's. Mereka mula merangka perjanjian untuk saling berkongsi keuntungan dan juga kerugian dalam perniagaan dan pelayaran kapal laut. (Omar Fisher, 2009). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan saling melindungi juga tersebar luas di kalangan orang Cina, orang-orang Yunani dan Eropah. Tarikh kes insurans hayat pertama dicatatkan di England pada 1583 di mana kontrak bertempoh telah dikeluarkan atas nama William Gybbon. Satu perkembangan penting dalam sejarah industri insurans hayat adalah penciptaan jadual mortaliti oleh Edmund Halley dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, hanya selepas satu abad
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans
57
kemudian barulah terhasil jadual mortaliti yang lebih tepat dan berwibawa. Sejarah pengenalan insurans di Malaysia bermula sejak abad ke-18 dan ke-19 apabila terdapatnya firma-firma perdagangan dan rumahrumah agensi yang bertindak sebagai ejen bagi syarikat-syarikat insurans dari United Kingdom. Setelah negara mencapai kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insurans tempatan. Awal 1960-an menyaksikan penubuhan beberapa syarikat insurans hayat dan juga syarikat insurans am. Sebahagian daripada syarikat insurans berkenaan beroperasi pada asas yang tidak kukuh dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar. Kerajaan kemudiannya bertindak campur tangan dan memperkenalkan Akta Insurans, 1963. Di bawah Akta ini, pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan di bawah kelolaan Ketua Pengarah Insurans, di bawah Kementerian Kewangan. A4.2
ASAS-ASAS INSURANS
Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh segelintir individu diagihkan dan dikongsi bersama dikalangan sekumpulan besar individu. Melihat kepada perkembangan industri insurans masa kini, insurans dianggap sebagai satu saluran di mana beban kewangan akibat ditimpa musibah dipindahkan dari pihak yang diinsuranskan kepada Syarikat Insurans. Konsep di sebalik insurans ialah sekumpulan individu yang terdedah kepada risiko yang serupa saling bekerjasama dan memberi sumbangan ke arah pembentukan dana insurans. Sekiranya terdapat individu yang menanggung risiko kerugian, ia akan menerima pampasaan dari dana insurans berkenaan. Sumbangan kepada dana insurans dibuat oleh sekumpulan individu yang berkongsi risiko yang sama di mana sumbangan tersebut dikutip oleh syarikat insurans dalam bentuk premium. Secara amnya, mana-mana individu yang mempunyai hak dan kepentingan kewangan di sisi undang-undang atas mana-mana harta, maka ia boleh menginsuranskan harta berkenaan di bawah suatu
58
Amalan Asas Takaful
kontrak insurans dimana sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan harta berkenaan, individu tersebut akan menanggung kerugian kewangan. Kontrak insurans merupakan suatu ikatan perjanjian yang sah dan dikuatkuasakan oleh undang-undang antara dua pihak yang berkepentingan iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yang Diinsuranskan. Atas balasan yang diterima dalam bentuk bayaran premium, penanggung insurans bersetuju bahawa dalam tempoh tertentu, ia akan membayar ganti rugi / indemniti kepada pihak yang diinsuranskan sejumlah amaun yang telah dipersetujui berdasarkan nilai harta yang diinsuranskan, sekiranya harta berkenaan mengalami kerosakan disebabkan peril yang dilindungi. Kontrak insurans adalah kontrak indemniti (tidak termasuk insurans hayat dan insurans kemalangan diri) berdasarkan kepada prinsip yang diguna pakai iaitu untuk meletakkan pihak yang diinsuranskan dalam kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum beliau ditimpa musibah. Jumlah yang diinsuranskan perlu ditetapkan di peringkat permulaan perlindungan dan penanggung insurans bersetuju menyediakan jumlah pampasan yang mencukupi sekiranya berlaku kerugian. Untuk insurans hartanah, susut nilai sentiasa perlu diambil kira. Kos insurans akan bergantung kepada skop perlindungan yang diperlukan dan perlindungan tambahan memerlukan premium tambahan. Secara amnya, hanya kerugian yang tidak dijangka dan berlaku secara kebetulan sahaja yang boleh diinsuranskan. Oleh itu, musibah atau kerugian yang boleh diramalkan secara umumnya tidak boleh diinsuranskan (kecuali insurans hayat). A4.3
JENIS-JENIS INSURANS
Seksyen 4 Akta Insurans 1996 memperuntukkan bahawa: 1. Bagi tujuan Akta ini, perniagaan insurans dibahagikan kepada dua kelas utama iaitu;a) Perniagaan Insurans Hayat – iaitu selain dari perniagaan polisi insurans hayat biasa, sebagai tambahan kepada semua perniagaan insurans yang berkaitan dengan polisi insurans
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans
59
hayat, ia hendaklah termasuk apa-apa jenis perniagaan insurans yang ditawarkan sebagai produk sampingan sahaja di bawah perniagaan penanggung insurans hayat; dan b) Perniagaan Insurans Am – iaitu semua perniagaan insurans yang bukan perniagaan insurans hayat. 2. Bagi tujuan Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah sesuatu polisi adalah dianggap sebagai perniagaan insurans di bawah kelas dan perihalan yang berkaitan dengannya di mana polisi tersebut telah pun dikeluarkan oleh penanggung insurans semula. Perniagaan insurans dibahagikan kepada insurans hayat, insurans am dan insurans semula. A4.4
RESOLUSI SYARI’AH MENGENAI INSURANS
Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama’ sama ada ia dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). Memandangkan insurans konvensional sebagaimana yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w., ijtihad atau pertimbangan menggunakan akal digunakan untuk menentukan sama ada ia adalah halal atau sebaliknya. 4.4.1
Fatwa mengenai Larangan Insurans
Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam mesyuaratnya pada 15 Jun 1972 telah membincangkan secara mendalam mengenai perkara yang berkaitan dengan insurans hayat.
60
Amalan Asas Takaful
Diputuskan: Produk insurans hayat yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans hari ini merupakan transaksi perniagaan yang boleh jadi tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip perniagaan Islam, dimana kontrak tersebut mengandungi unsur-unsur Gharar (ketidakpastian), Maisir (perjudian) dan Riba (riba). Oleh yang demikian, berdasarkan dari perspektif Syari’ah, “insurans adalah haram”. Satu jawatankuasa yang dikenali sebagai 'Badan Petugas Khas' telah dibentuk oleh kerajaan pada tahun 1982 untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan Insurans Islam di Malaysia. Badan Petugas Khas telah membuat kesimpulan bahawa kontrak insurans konvensional adalah fasid. Walau bagaimanapun, bantahan itu tidak menentang penerapan konsep insurans secara keseluruhan, tetapi terhadap kewujudan kelemahan tertentu dalam kontrak insurans. Akta Takaful 1984 telah digubal dan seterusnya syarikat Takaful yang pertama iaitu Syarikat Takaful Malaysia Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1984.
Akademi Fekah Islam, OIC Akademi Fekah Islam yang diilhamkan penubuhannya oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), telah mengadakan mesyuarat Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 22 himgga 28 Disember 1985. Selepas mengkaji semula laporan perbincangan para ulama’ yang mengambil bahagian dalam sesi perbincangan mengenai subjek ‘Insurans dan insurans semula’, dan selepas dibincangkan bersama dan selepas meneliti semua jenis dan bentuk insurans serta mendalami prinsip asas, objektif dan matlamat, dan setelah meneliti pendapat / keputusan yang dikeluarkan oleh Akademi Fekah dan badan-badan pemikir lain mengenai perkara yang sama; para ulama’ mengambil ketetapan berikut;
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans
61
Diputuskan: Kontrak Insurans Komersil dengan bayaran premium tetap berkala yang biasanya dipasarkan oleh syarikat insurans komersil adalah kontrak yang mengandungi unsur utama risiko terlarang yang membatalkan kontrak dan oleh itu ia adalah dilarang (Haram) dibawah Syari’ah Islam. Kontrak alternatif yang mematuhi prinsip-prinsip urus niaga Islam adalah kontrak koperasi insurans yang diasaskan atas dasar kebajikan dan kerjasama. Begitu juga dengan urusniaga insurans semula yang mengamalkan urusniaga berdasarkan prinsip-prinsip koperasi insurans. Pihak Akademi telah menjemput perwakilan dari negara-negara Islam untuk bekerjasama mewujudkan institusi insurans koperasi dan koperasi insurans semula. Ia adalah bertujuan untuk membebaskan ekonomi Islam daripada dieksploitasi dan terangterangan melanggar hukum Allah yang dicipta untuk seluruh umat manusia. 4.4.2
Elemen yang Diharamkan dalam Amalan Insurans
Ketidakpastian (Gharar) Gharar bermaksud tidak jelas terhadap perkara pokok yang dilindungi oleh kontrak atau timbul ‘ketidakpastian’ di mana kesan atau keputusan yang dihasilkan tidak diketahui atau tersembunyi. Dari sudut perniagaan, ia bermaksud bersetuju untuk melaksanakan sesuatu secara membuta tuli tanpa pengetahuan yang mencukupi; atau mengambil risiko dengan melakukan sesuatu tanpa mengetahui dengan tepat apakah hasil yang akan diperolehi kelak.
62
Amalan Asas Takaful
o
Justifikasi Larangan
o
Jenis-jenis Gharar
o
“Seseorang itu dilarang menjual sesuatu barangan tanpa memberitahu dengan jelas keadaan sebenar barangan tersebut, dan juga tidak dibenarkan seseorang yang mengetahui kecacatan sesuatu barangan tetapi tidak memberitahunya” - Al-Hakim dan Al-Bayhaqi. Ketidakpastian dalam kontrak insurans berlaku apabila satu pihak mendapat apa yang dikehendaki tetapi pihak yang satu lagi tidak menerima haknya - Ibn Taymiyah
Al-Gharar al-Kathir: Gharar yang keterlaluan, dan menyebabkan kontrak terbatal. Al-Gharar al-Yasir: Gharar yang remeh, boleh dipertimbangkan dan dibenarkan. Al-Gharar al-Mutawassit: Gharar yang sederhana, iaitu berada di antara keduanya.
Gharar dalam amalan insurans:
Kedua-dua pihak yang terikat dengan kontrak insurans tidak tahu secara jelas apakah sebenarnya kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain. Kedua-dua pihak samada syarikat insurans atau pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui hasil atau kesan kontrak tersebut. Pihak yang diinsuranskan tidak mengetahui jumlah pampasan yang dibayar kepadanya sekiranya berlaku kemalangan kerana dia sendiri tidak pasti samada akan ada pampasan dibayar kepadanya kerana akibat atau kesan kontrak insurans berkenaan juga tidak diketahuinya. Syarikat insurans tidak mengetahui bilakah peril / kecelakaan akan berlaku.
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans
o
63
Tidak ada keadilan dalam insurans kerana pihak yang diinsuranskan perlu membayar premium tetapi sekiranya peril yang dilindungi / kecelakaan tidak berlaku, tiada sebarang bayaran yang akan dibuat. Insurans adalah kontrak janji untuk membayar pampasan yang kadang-kadang dipenuhi dan kadang-kala tidak dapat dipenuhi. Oleh kerana tiada kepastian mengenai peril yang dilindungi ketika kontrak mula berkuat kuasa, hasil atau manfaat yang diperolehi juga tidak dapat dipastikan.
Riba (faedah / bunga) Perkataan riba secara literal bermaksud 'menaikkan' atau 'tambahan' kepada sesuatu. Islam melarang pinjaman wang bagi mendapatkan keuntungan kerana ia akan menyusahkan peminjam dan pada masa yang sama ia akan menjadikan pemberi pinjaman sebagai seorang yang perengus dan dibenci orang ramai.
o
Justifikasi Larangan “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan riba sehingga berlipat ganda banyaknya. Hendaklah kamu takut kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan” (AlQur’an, 3: 130)
o
Jenis-jenis Riba
Riba al-Duyun (riba daripada hutang) Riba al-Qard - Iaitu sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan ke atas pinjaman pokok dan syarat ini dibuat pada awal kontrak pinjaman. Riba al-Jahilliyah – iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan lebih dari jumlah pokok akibat si peminjam gagal atau lewat membayar pada tempoh yang telah dipersetujui.
64
Amalan Asas Takaful
o
Riba al-Buyu’ - muncul daripada jual beli barangan ribawi
o
Riba dalam amalan insurans;
o
Riba al-Fadl – berbeza kadar berat dan kuantiti. Riba al-Nasi’ah – berbeza masa.
Syarikat insurans mengutip premium dan melaburkannya dalam pelaburan yang mempunyai elemen faedah / bunga. Syarikat insurans membayar faedah / bunga atas produkproduknya. Syarikat insurans mengenakan kadar faedah akan datang dalam pengiraan premiumnya. Kontrak insurans mengandungi unsur-unsur riba apabila ia berjanji untuk membayar amaun yang lebih dari premium yang dibayar. Kadar faedah dikenakan sekiranya premium lewat dibayar. Kadar faedah dikenakan atas pinjaman polisi.
Maisir (perjudian) Perkataan Maisir bermaksud memperolehi sesuatu dengan mudah atau memperolehi keuntungan tanpa usaha. Islam melarang semua bentuk urusniaga di mana keuntungan kewangan diperolehi hanya berdasarkan nasib atau spekulasi dan bukannya dengan usaha gigih untuk mendapatkannya. Tidak seperti gharar di mana terdapat beberapa kelonggaran dan dibenarkan, maisir tidak dibenarkan sama sekali.
o
Justifikasi Larangan “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minuman keras, perjudian dan daging yang disembelih dengan batu nusub dan ramalan nasib itu semua adalah perbuatan
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans
65
syaitan. Oleh itu, jauhilah ia agar kamu mendapat kejayaan” Al-Qur’an, 5: 90) o
Unsur Perjudian (Maisir) dalam Kontrak Insurans:
A4.5
Item
Pihak yang diinsuranskan mendapat manfaat bayaran yang tinggi berbanding dengan caruman (premium) yang dibayar. Membayar premium tanpa mendapat sebarang pulangan. Syarikat insurans akan menanggung kerugian sekiranya terlalu banyak tuntutan. Premium yang dikutip melebihi jumlah tuntutan dan syarikat insurans memperolehi keuntungan besar.
PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS
1.
Isu-isu Penting Intipati Niat
Takaful
Insurans
Niat adalah untuk mewujudkan hubungan kerohanian dan hubungan undang-undang.
Niat adalah untuk mewujudkan hubungan undangundang sahaja
2.
Formaliti
Kontrak satu pihak untuk Tabarru’ dan kontrak dua belah pihak untuk Mudharabah dan Wakalah.
Kontrak dua belah pihak
3.
Isu Perakaunan
Untuk Takaful Am, akaun yang disediakan ialah akaun Tabarru’ (derma). Untuk
Untuk Insurans Am, bayaran premium dikreditkan ke Akaun Insurans
66
Amalan Asas Takaful
Takaful Keluarga, terdapat dua akaun iaitu Akaun Peserta yang diuruskan mengikut prinsip Mudharabah, dan Akaun Khas Peserta yang diuruskan mengikut prinsip Tabarru’.
Am. Untuk Insurans Hayat, premium dikreditkaan ke Akaun Insurans Hayat.
4.
Perkara Pokok
Perkara pokok yang akan dilindungi hendaklah mematuhi keperluan Syari’ah.
Perkara pokok yang akan dilindungi hendaklah mematuhi keperluan undangundang lazim.
5
Jaminan
Pengedali Takaful hanya bertindak sebagai pengurus dana sahaja. Peserta saling jamin menjamin antara satu sama lain.
Syarikat insurans yang memberi jaminan.
6.
Dana
Dana dimiliki oleh para peserta dan diuruskan oleh pengendali Takaful. Pengendali Takaful dibayar yuran perkhidmatan atas perkhidmatan yang diberikan
Dana adalah milik syarikat insurans. Terdapat pengasingan dana aset iaitu dana pemegang saham dan dana pemegang polisi.
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans
67
7.
Bayaran premium / sumbangan
Bayaran (bahagian caj Takaful) dianggap sebagai derma (Tabarru’).
Bayaran premium dianggap sebagai tanggungjawab pemegang polisi atas kontrak jual beli.
8.
Elemen terlarang
Berlandaskan prinsip Islam yang bebas dari elemen yang terlarang.
Polisi insurans diresapi elemenelemen Gharar, Riba dan Maisir.
9.
Pengawasan Syari’ah
Akta Takaful 1984 mewajibkan pembentukan Majlis Pengawasan Syari’ah.
Tiada keperluan mewujudkan Majlis Pegawasan Syari’ah.
10.
Keuntungan
Keuntungan dikongsi bersama di antara peserta dan syarikat.
Pembahagian keuntungan atas budi bicara syarikat.
11.
Kontrak
Gabungan antara kontrak tabarru’ (derma) dan agensi atau kontrak berkongsi keuntungan.
Kontrak pertukaran (jual beli) antara syarikat dan pemegang polisi.
12.
Indemniti
Bayaran indemniti Bayaran indemniti (ganti rugi) diperolehi (ganti rugi) dari Dana Takaful. diperolehi dari dana syarikat yang disediakan oleh syarikat insurans.
68
Amalan Asas Takaful
13.
Prinsipprinsip Operasi
Operasi perniagaan adalah mematuhi keperluan Syari’ah.
Operasi perniagaan tidak mematuhi keperluan Syari’ah.
14.
Kawalan Risiko
Konsep perkongsian risiko dikalangan peserta.
Konsep perpindahan risiko
15.
Percukaian
Cukai dan zakat
Cukai sahaja
16.
Manfaat
Dibayar dari dana khas yang diwujudkan secara indemniti bersama di kalangan peserta.
Dibayar dari dana yang diwujudkan secara sah oleh syarikat insurans.
17.
Keuntungan / Bonus
Dinyatakan secara jelas bagaimana keuntungan akan dikongsi bersama antara peserta dan syarikat.
Secara umum syarikat menyatakan mungkin akan membayar bonus dan keuntungan atas polisi penyertaan sahaja.
18.
Tanggungjaw ab pemegang polisi / peserta
Peserta menghulurkan derma dan bersetuju untuk saling menjamin di bawah skim perlindungan.
Pemegang polisi membayar premium dan memindahkan risiko kepada syarikat.
19.
Liabiliti syarikat
Pengendali Takaful bertindak sebagai
Syarikat insurans bertanggungjawab
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans
insurans / Pengendali Takaful
pentadbir skim perlindungan dan membayar manfaat Takaful melalui dana Takaful. Sekiranya dana tidak mencukupi, Pengendali Takaful akan menyalurkan pinjaman tanpa faedah demi mengatasi masaalah kekurangan tersebut.
20.
Pelaburan dana
Dana aset dan dana Takaful dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang mematuhi keperluan Syari’ah.
69
membayar manfaat polisi seperti yang dijanjikan dari aset yang dimiliki (dana insurans dan dana pemegang saham).
Tiada keperluan untuk mematuhi keperluan Syari’ah dalam aktiviti pelaburan, asalkan ia mematuhi dasar-dasar pelaburan syarikat.
70
Amalan Asas Takaful