PENYELARASAN PEMBAYARAN ZAKAT BADAN-BADAN KORPORAT ANTARA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA ; SATU CADANGAN Oleh: Zulfaqar Mamat Cawangan Syariah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Abstrak Dari segi praktiknya, sistem pembayaran sedia ada di Malaysia sekarang tidak memaksa (ijbar) para pembayar zakat termasuk syarikat-syarikat membayar zakat kepada Pusat Zakat Negerinegeri, malahan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa negeri menunjukkan tiada tegahan untuk pembayar zakat mengagihkan sendiri zakat kepada asnaf. Ketidakselarasan dalam hal ini menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah pihak mengenai kriteria yang ditetapkan dalam penentuan pengagihan zakat di Malaysia, sehubungan itu artikel ini cuba membincang dan mencadangkan penyelesaian yang dirasakan sesuai dengan urf di Malaysia. PENDAHULUAN Zakat perniagaan ke atas badan-badan korporat mempunyai potensi yang sangat besar di Malaysia. Sekiranya ia dapat diurus dengan sebaiknya secara profesional dan bersepadu mungkin ia akan menjadi satu aset yang begitu bernilai kepada negara dan memberi manfaat yang banyak kepada anggota masyarakatnya. Malaysia juga boleh menjadi negara Islam contoh dalam pengurusan zakat yang mapan dan berkualiti. Tidak dinafikan, pada masa kini telah ada sistem pembayaran dan pengagihan zakat yang bersistematik di Malaysia. Walaupun begitu terdapat juga beberapa isu dan masalah yang dikenalpasti boleh menghalang atau membantut usaha-usaha yang dijalankan 127
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
untuk menggalakkan lagi badan-badan korporat terutamanya untuk membayar zakat dengan rela hati tanpa apa-apa karenah dan halangan birokrasi. Antara masalah yang dihadapi ialah badan korporat tidak mendapat rebet cukai walaupun telah membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) atau Pusat Zakat negeri-negeri. Masalah lain yang dibangkitkan ialah tiada penyelarasan dalam menentukan kriteria pembayaran dan pembahagian zakat antara badan-badan korporat di Malaysia. Oleh itu, terdapat sesetengah badan korporat yang membayar zakat sepenuhnya kepada PPZ atau Pusat Zakat Negeri dan ada yang membayar sebahagian sahaja kepada PPZ dan Pusat Zakat Negeri manakala selebihnya diagihkan sendiri kepada asnaf-asnaf yang layak menerima zakat. Selain itu, terdapat gesaan supaya zakat yang disalurkan oleh badan-badan korporat ini diselaraskan pembayarannya antara negeri-negeri di Malaysia mengikut status miskin, kaya, maju atau mundurnya sesebuah negeri, bukannya berdasarkan aset atau nilai harta yang berada dalam sesebuah negeri seperti yang diamalkan pada masa ini. Kajian ini akan cuba melihat dan menilai gesaan di atas berdasarkan pandangan Islam dan seterusnya mengemukakan cadangan yang dirasakan sesuai dengan suasana dan urf di Malaysia. SENARIO SEMASA PEMBAYARAN ZAKAT BADANBADAN KORPORAT DI MALAYSIA Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kajian dijalankan oleh JAKIM terhadap beberapa syarikat korporat yang mempunyai cawangan di seluruh negara mendapati syarikat-syarikat tersebut telah menetapkan kriteria tertentu dalam pembayaran zakat. Sebagai contohnya Bank Islam Malaysia Berhad sebelum tahun 2000 membayar 7/8 daripada jumlah zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Negeri-Negeri, sementara 1/8 daripada jumlah tersebut dibayar terus kepada asnaf yang layak. Tetapi selepas tahun 2000 Bank Islam memegang 2/8 daripada jumlah zakat yang wajib dibayar dan bermula tahun 2003 bank menambah pegangannya kepada 3/8 daripada jumlah zakat yang wajib dibayar. Pembayaran zakat bagi setiap negeri dikira berdasarkan kepada peratusan deposit cawangancawangan Bank Islam seluruh negara. 128
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Bank Muamalat Malaysia Berhad pula menjelaskan semenjak penubuhannya pada tahun 1999 sebahagian daripada jumlah zakat (50%) itu dibayar terus kepada PPZ Negeri-Negeri dan sebahagian lagi (50%) untuk diagihkan sendiri melalui Tabung Mawaddah. Pembayaran zakat kepada setiap PPZ negeri sebelum ini dikira berdasarkan nisbah deposit yang terkumpul di negeri tersebut dibandingkan dengan jumlah keseluruhan deposit bank. Tetapi Mesyuarat Khas Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Muamalat kali ke-4 tahun 2004 telah bersetuju agar pengagihan kepada PPZ negeri dibuat berdasarkan jumlah penduduk miskin dalam setiap negeri. Lembaga Tabung Haji (LTH) pula menjelaskan bahawa Zakat LTH dibayar kesemuanya melalui PPZ Negeri-Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri yang berkenaan dan ia dikeluarkan mengikut nisbah simpanan bersih pendeposit di dalam sesebuah negeri pada akhir tahun berkenaan. Keputusan ini adalah berdasarkan Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-17 pada 13 Mei 1979. Secara ringkasnya, ketiga-tiga syarikat yang dinyatakan di atas pada awalnya bersetuju bahawa zakat dibayar kepada negeri-negeri adalah mengikut nisbah deposit yang ada di negeri berkenaan. Walau bagaimanapun MPS Bank Muamalat dalam mesyuarat pada tahun 2004 telah bersetuju agar pengagihan kepada PPZ negeri dibuat berdasarkan jumlah penduduk miskin dalam setiap negeri. Sementara dari segi cara pembayaran zakat pula LTH membayar kesemua zakatnya kepada PPZ Negeri-Negeri. Manakala Bank Islam dan Bank Muamalat membayar sebahagian sahaja kepada PPZ NegeriNegeri dan sebahagian lagi dibayar sendiri kepada asnaf-asnaf yang layak, perkara ini berlaku disebabkan pihak bank tidak mendapat pelepasan (rebet) cukai terhadap zakat yang dibayar kepada PPZ sedangkan kalau ia dibayar terus kepada badan-badan kebajikan ia akan mendapat pelepasan cukai. PERANAN KERAJAAN DALAM PROSES PUNGUTAN DAN AGIHAN ZAKAT DI MALAYSIA Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia telah menyenaraikan bahawa zakat adalah di bawah bidangkuasa negeri. Jadual Sembilan Senarai 2 (Senarai Negeri) dalam Perlembagaan Persekutuan (1992) ada dinyatakan seperti berikut; "Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala 129
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan Khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil ugama yang seumpamanya; masj id atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu. Sehubungan itu, hampir semua negeri di Malaysia telah memperuntukkan perkara berkenaan urusan zakat ini sama ada di bawah Akta atau Enakmen negeri masing-masing atau diletakkan di bawah Enakmen khusus mengenai zakat. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) No. 1 Tahun 2003 misalnya dalam seksyen 86 menetapkan bahawa Majlis adalah pihak yang berkuasa memungut zakat dan fitrah dalam negeri Selangor mengikut hukum syarak, sementara seksyen 87 memberi kuasa kepada Majlis untuk menetapkan peraturan-peraturan untuk mengawalselia semua perkara yang berhubungan dengan pungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah. 130
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Dari segi bidangkuasa pungutan atau kutipan, semua negeri meletakkan urusan tersebut di bawah bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Walau bagaimanapun pihak Majlis diberi kuasa untuk melantik pihak lain memungut atau mengutip zakat. Sebagai contoh, di Wilayah Persekutuan, pada tahun 1991 telah diwujudkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang bertanggungjawab bagi urusan mengutip zakat harta sahaja, manakala zakat fitrah dan agihan zakat masih diuruskan oleh Baitulmal. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya telah menubuhkan anak syarikat iaitu Harta Suci Sdn. Bhd. bagi menguruskan PPZ yang ditadbir secara korporat dan berasingan dari pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sementara dari segi bidangkuasa agihan sehingga kini dilaksanakan oleh Baitulmal di negeri masing-masing, cuma bagi Negeri Selangor, pungutan dan juga agihan diuruskan oleh Pusat Zakat Selangor (PZS) yang dilantik oleh Majlis. (Laporan Muzakarah Penyelarasan Sistem Agihan Dan Pungutan Zakat Di Malaysia, Bahagian Penyelidikan , JAKIM) Ringkasnya semua negeri akan menerima zakat yang dibayar kepada negerinya oleh syarikat-syarikat korporat atau orang perseorangan sama ada melalui MAIN atau syarikat-syarikat yang dilantik dan kemudiannya akan mengagihkan zakat tersebut kepada golongan sasaran (asnaf zakat) berdasarkan peraturan perbelanjaan yang telah ditetapkan dan dipersetujui dalam jawatankuasa berkaitan di negeri masing-masing. Persoalan tentang sesebuah syarikat itu beroperasi di negeri tersebut atau sebaliknya dan berapa banyak bayaran zakat yang sepatutnya dibayar oleh syarikat tersebut tidak timbul pada masa ini kerana MAIN atau syarikat yang dilantiknya hanya menerima wang zakat tanpa apa-apa kuasa untuk memaksa (ijbar) syarikat membayar keseluruhan zakat kepada MAIN atau negeri masing-masing. Walaupun ada Akta yang boleh menghukum orang yang enggan membayar zakat seperti Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), seksyen 16 yang menyatakan seperti berikut : "Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi: a. enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu; atau b. enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat 131
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah, adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya" Penelitian yang dibuat terhadap fatwa yang diwartakan di negerinegeri juga mendapati tidak ada negeri yang mewartakan kewajipan para pemilik harta membayar zakat kepada pihak pemerintah (MAIN), cuma Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-17 pada 13 Mei 1979 ketika membincangkan kertas "Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji" ada memutuskan seperti berikut ; "Zakat tersebut (Tabung Haji) hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan di negeri masing-masing" Seterusnya penelitian terhadap beberapa himpunan fatwa (yang tidak diwartakan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri pula menunjukkan tiada tegahan untuk mana-mana orang atau syarikat membayar sendiri zakat kepada asnaf yang layak menerimanya. Jawapan dalam Himpunan Fatwa Kedah ketika ditanya tentang hukum mengeluarkan zakat dengan sendiri atau melantik wakil untuk memberi zakat kepada pihak berkenaan menyatakan seperti berikut; "Tiada tegahan pada syarak bagi mana-mana orang Islam mengeluarkan zakat (selain zakat padi) dengan sendirinya atau melantik wakil bagi pihaknya untuk memberi dan membahagikan zakatnya kepada pihak yang berhak menerimanya". Sementara Fatwa Kerajaan Negeri Kelantan pula ketika menjawab pertanyaan mengenai zakat kepada ibubapa atau adik beradik yang miskin menjelaskan seperti berikut ; "Memberi zakat kepada usul atau furu' (ibubapa hingga ke atas, atau anak hingga ke bawah) yang wajib ke atas pengeluar zakat itu sendiri menanggung nafkahnya tidaklah harus, tetapi jika nafkah mereka tidak wajib ditanggung oleh pengeluar zakat tersebut dan mereka adalah miskin maka harus dikeluarkan zakat kepada mereka".
132
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Berdasarkan senario di atas, is menunjukkan pembayaran zakat yang dibuat oleh pemilik harta pada hari ini kepada pihak pemerintah adalah berdasarkan kesedaran mereka sendiri tentang tuntutan agama yang mewajibkan mereka mengeluarkan zakat, di samping kempen-kempen yang sentiasa dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak pemerintah tentang kewaj ipan berzakat turut membangkitkan kesedaran orang ramai tentang perkara ini. Walaupun ada kuasa pemerintah untuk memungut dan mengagihkan zakat tetapi dalam pelaksanaannya masih ada ruang untuk orang ramai atau syarikat tidak membayar zakat kepada pemerintah. Ia dilihat lebih bersifat pilihan (ikhtiari) terutamanya dalam soal zakat yang melibatkan harta batin. Hal ini adalah berasas kerana beberapa syarikat korporat di Malaysia seperti Bank Islam dan Bank Muamalat pada masa ini hanya membayar sebahagian sahaja daripada zakatnya kepada PPZ Negeri-Negeri. SISTEM PEMBAHAGIAN ZAKAT MENURUT SYARIAT ISLAM Menurut kaedah umum dalam Islam zakat hendaklah dibayar dan diagihkan dalam kawasan atau negeri tempat harta tersebut diperolehi. Sistem atau cara ini ialah amalan (sunnah) Rasulullah SAW dan khulafa' al-Rasyidin selepasnya. Rasulullah S.A.W. apabila mengarahkan amil-amil zakat memungut zakat di kawasan atau negeri tertentu memerintahkan mereka mengambilnya daripada orangorang kaya dan mengembalikannya kepada orang-orang miskin di kawasan atau negeri tersebut (Fiqh al-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawy, lid. 2, Hlm. 298). Sabda Rasulullah S.A.W. kepada Muaz ketika mengutusnya ke Yaman:c, ( .1c J.:31 L51,- ELI oli
Maksudnya : "Khabarkanlah kepada mereka (penduduk Yaman) , sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas mereka sedekah (zakat) yang diambil daripada orang-orang kaya di kalangan mereka dan diagihkan Pula kepada orang-orang fakir di kalangan mereka".
133
JURNAL PENYEL1DIKAN ISLAM
Dr. Yusuf al-Qaradhawy ketika mengulas tentang cara pembahagian zakat menyebutkan seperti berikut : "Setiap kampung lebih berhak menerima zakat yang dikutip daripada golongan kaya dalam kampung-kampung tersebut menerusi cawangan institusi zakat yang terdapat di sana. Jika harta itu masih berlebih, maka golongan miskin pada kampung yang terdekat berhak untuk menerimanya. Perkara ini boleh ditentukan oleh cawangan institusi zakat di kampung itu. Jika masih ada lebihan lagi maka dihantar ke cawangan institusi zakat peringkat daerah. Jika masih berlebih lagi maka harta zakat tersebut dihantar ke institusi zakat pusat agar boleh diagihkan ke kawasan-kawasan yang sedikit hasil kutipan zakatnya atau ramai golongan fakir miskin berada di dalamnya. Kelebihan ini juga boleh disimpan untuk mendirikan satu projek yang boleh meningkatkan kesejahteraan golongan miskin" (Dr. Yusuf al-QaradhawN; Institusi Zakat Masa Kini: Bagaimana Menjayakannya, Terj. Arsil Ibrahim, hlm. 55-56). MAKSUD KAWASAN ATAU NEGERI YANG MENJADI TEMPAT WAJIB ZAKAT Para fugaha' dalam menentukan maksud kawasan atau negeri yang menjadi tempat wajib zakat telah berbeza pendapat seperti berikut: i. Syeikh al-Qalyubi : Tempat wajib zakat ialah seperti sebuah kampung, Bandar dan tempat tinggal yang tetap bagi orangorang yang tinggal di dalam khemah atau kapal. ii. Jumhur fugaha' daripada mazhab Maliki , Syafii dan Hanabilah menyatakan : Tempat wajib zakat ialah sebuah negeri (4) dan kampung yang berhampiran dengannya yang tidak sampai jarak diharuskan gasar sembahyang. Sekiranya antara negeri dan kampung berhampiran melebibi jarak diharuskan gasar maka kampung berkenaan tidak rermasuk di dalam kawasan zakat negeri tersebut. .Adapun antara dna negeri yang hersebelahan maka is dikira dua kawasan yang berasingim walaupun jaraknva tidak melebihi jarak diharuskan gasar. iii. 1bn Taymiyvah berpendapat tempat yang diwajibkan zakat dik ira berdasarkan sempadan negara, maka tidak boleh dipindahkan zakar antara satu negara ke satu negara yang 1 34
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
lain, tetapi boleh dipindahkan antara satu tempat ke satu tempat dalam negara berkenaan sekalipun antara keduanya melebihi jarak diharuskan qasar. Pendapat yang raj ih menurut Dr. Muhammad Uthman Syibir ialah pendapat Ibn Taymiyyah kerana negara seperti Mesir, Yaman, Syam dan sebagainya dianggap satu negara sekalipun jarak antara satu-satu kawasan adalah jauh (Abhath Fiqhiyyah fi Qadaya al-Zakat al-Muasarah, Juzu' 1, Him. 478-479) Berdasarkan hujah yang dikemukakan maka cara syarikat-syarikat korporat membayar zakat sama ada mengikut nisbah deposit yang ada di negeri berkenaan atau bilangan penduduk miskin di sesebuah negeri tidak berlawanan dengan pendapat fuqaha' yang menyatakan zakat mestilah dibayar di tempat harta tersebut diperolehi. Tambahan pula, maksud tempat yang wajib zakat pula dikira adalah berdasarkan sempadan negara menurut pendapat Ibn Taymiyyah seperti dinyatakan di atas. Oleh itu, jika berdasarkan hukum filth, syarikat-syarikat tersebut boleh membayar di mana-mana sahaja negeri di Malaysia, tetapi sebaiknya is hendaklah mengambilkira undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah di negara ini yang meletakkan tugas memungut zakat dibawah bidang kuasa MAIN atau syarikat yang telah dilantiknya. KUASA KERAJAAN DALAM MENGURUSKAN PEMBAYARAN ZAKAT DAN PENGAGIHANNYA Zakat merupakan satu kewajipan yang jelas dalam Islam. Ia bukanlah suatu kewajipan yang terbeban kepada seorang individu sahaja tetapi merupakan satu sistem dalam masyarakat Islam yang dipantau pelaksanaannya oleh pihak pemerintah dan diurus secara sistematik oleh pihak yang dipertanggungjawabkan sama ada dari segi kutipan mahupun agihan. Para fuqaha' bersepakat bahawa pemerintah mempunyai kuasa untuk memungut dan mengagihkan zakat ternakan, tanaman dan buah-buahan (zakat harta zahir). Sekiranya pemerintah meminta zakat-zakat tersebut ditunaikan maka wajib bagi rakyat membayar kepadanya. Saidina Abu Bakar r.a. telah memerangi golongan yang ingkar membayar zakat-zakat tersebut dengan persetujuan sahabatsahabat yang lain. Perkara tersebut (hak pemerintah untuk memungut zakat harta zahir) kemudiannya menjadi Ijma' di kalangan orang Islam (kecuali satu pendapat daripada Hanabilah yang mengatakan 135
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
zakat harta zahir wajib dibayar tetapi tidak wajib dibayar kepada pemerintah) (Abhath Fiqhiyyah fi Qadaya al-Zakat al-Muasarah, Juzu' 1, Him. 108-109). Sementara zakat harta batin (seperti matawang dan barang pemiagaan) pula para fuqaha' telah berselisih pendapat mengenainya seperti berikut: i. Hanafiah : Pengurusan zakat harta batin diserahkan kepada pemilik harta tersebut. Zakat ini pada asalnya di bawah kuasa pemerintah, tetapi pada masa Saidina Uthman r.a. pengurusannya diserahkan kepada tuan punya harta kerana maslahah tertentu. ii. Malikiah : Wajib membayar zakat kepada pemerintah yang adil sama ada harta zahir atau batin. iii. Syafiiah : Pemilik harta hendaklah mengagihkan sendiri zakat harta batin iaitu emas, perak, barang perniagaan dan zakat fitrah (menurut satu pendapat, sementara satu pendapat lagi mengatakan zakat fitrah termasuk harta zahir). iv. Hambali : Tidak wajib menyerahkan zakat kepada pemerintah, tetapi pemerintah boleh menerimanya sama ada harta zahir atau batin. (Fiqh al-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawy, Pd. 2, Film. 242-246) Dr. Yusuf al-Qaradhawy setelah mengemukakan pandangan fugaha' di atas dan beberapa pandangan lain menyimpulkan seperti berikut: "Sungguhpun fugaha' mazhab berselisih pendapat dalam perkara ini tetapi mereka sependapat dalam dua perkara iaitu : a. Adalah menjadi hak pemerintah untuk meminta rakyatnya mengeluarkan zakat pada semua jenis harta sama ada zahir atau batin, lebih-lebih lagi apabila diketahui keadaan rakyat yang mempermudah-mudahkan (mempermainkan) urusan pembayaran zakat. b. Apabila pemerintah cuai dalam melaksanakan urusan zakat (tidak memungutnya), maka perintah berzakat tidak terkecuali atas pemilik-pemilik harta, mereka tetap wajib mengeluarkannya sendiri kepada asnaf yang layak. Beliau seterusnya menyatakan, berdasarkan pemerhatiannya terhadap nas-nas dan dalil syarak yang menetapkan zakat adalah urusan pemerintah atau kerajaan Islam tanpa membezakan 136
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
antara harta zahir dan batin, maka dengan itu wajiblah ke atas kerajaan menguruskan urusan zakat dari semua segi sama ada kutipan atau agihan. Inilah kaedah yang asal bagi zakat menurut beliau Film. 251-252 ). PANDANGAN FUQAHA' SEMASA MENGENAI PENGURUSAN ZAKAT Kebanyakan fuqaha' semasa berpandangan bahawa pihak pemerintah yang sepatutnya mengendalikan urusan zakat. Ia perlu dilengkapi dengan prasarana yang mencukupi sama ada dari segi perundangan, pentadbiran dan sumber kewangan. Kebanyakan mereka juga berpandangan hukum fiqh yang dikaji oleh fuqaha' terdahulu yang memutuskan kerajaan tidak boleh mengambil zakat harta batin adalah tidak sesuai lagi dengan suasana pada masa sekarang. Ini kerana harta yang dianggap zahir pada masa dahulu mungkin menjadi harta batin kalau mengikut suasana zaman sekarang, begitu juga sebaliknya. Oleh itu, menurut mereka cara mengatasinya ialah dengan menyerahkan urusan zakat kepada pemerintah. Pemerintah dengan perundangan yang lengkap boleh mengambil semua jenis zakat tanpa berkecuali. Antara fuqaha' yang mendokong pendapat ini ialah Syeikh Abdul Wahab Khallaf, Syeikh Abdul Rahman Hassan dan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah, kemudian diikuti oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawy dan beberapa orang lagi yang menulis tentang perkara ini. Gelombang perubahan ini begitu kuat sehingga sukar ditepis lagi dan beberapa negara Islam telah merangka peruntukan undang-undang (qawanin) mengenai zakat yang menyokong pandangan ini. REALITI PENGURUSAN ZAKAT DI NEGARA-NEGARA ISLAM MASA KINI Apa yang berlaku di negara-negara Islam pada hari ini ialah sesetengah negara tidak mampu mengikut pandangan fuqaha' semasa tersebut seratus peratus kerana masalah pelaksanaannya yang menghadapi beberapa kesulitan. Peruntukan undang-undang zakat negara Kuwait ( 1982 ) , Bahrain (1979) dan Jordan (1978) misalnya memberi pilihan kepada pembayar zakat sama ada membayar kepada pemerintah atau mengagihkannya sendiri kepada asnaf yang berhak menerimanya. Undang-undang zakat Libya pula secara terang dalam seksyen 137
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
(34) menyatakan "bahawa zakat yang diperolehi melalui harta batin seperti nota bank, pendapatan bangunan, harta pemiagaan, saham, bon dan sebagainya termasuk zakat fitrah adalah menjadi tanggungjawab pembayar zakat untuk mengagihkannya menurut kehendak syarak tanpa apa-apa campurtangan dari pusat pentadbiran zakat". Peraturan zakat di Saudi Arabia pula mewajibkan peniaga membayar separuh daripada harta yang diwajibkan zakat kepada kerajaan, sementara sebahagian lagi diagihkan sendiri oleh peniaga berkenaan. Undang-undang zakat Sudan pada tahun 1983 tidak membezakan antara harta zahir dan batin dan meminta semua pemilik harta membayar zakat mereka kepada kerajaan. Undang-undang zakat dan usyur Pakistan (1980) mewajibkan kerajaan memungut zakat pada sesetengah harta sahaja berdasarkan jenis yang mudah diaudit dan dipantau. Antaranya simpanan dalam bank, bon kerajaan, saham-saham syarikat, saham koperasi, insuran dan wang ganjaran pencen (Abhath Fiqhiyyah fi Qadaya al-Zakat alMuasarah , Juzu' 1, Hlm .149-152) Dr. Muhammad Sulayman al-Asyqar selepas melihat dan mengkaji pandangan fuqaha' silam dan semasa mengenai bidangkuasa kerajaan dalam urusan zakat serta mengemukakan beberapa contoh undangundang zakat yang dikeluarkan oleh negara-negara Islam dengan mengemukakan pendapat beliau seperti berikut : "Jalan terbaik menurut pandanganku ialah mengekalkan dasar sedia ada yang telah disepakati, yang telah dicapai oleh ulama Islam terdahulu iaitu harta batin adalah di bawah tanggungjawab pemilik harta untuk mengeluarkan zakat, sementara Pusat Zakat hanya menerima zakat-zakat yang dibayar kepadanya, di samping memantau perjalanan badanbadan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia urusan zakat dan menyediakan program-program kesedaran berzakat secara sistematik (Ibid, Him. 167). KESIMPULAN Berdasarkan keterangan dan hujah yang dikemukakan di atas berikut dinyatakan beberapa kesimpulan: i. Kaedah asal pembayaran dan pengagihan zakat menurut fiqh Islam ialah zakat hendaklah dipungut daripada orang138
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
ii.
iii. iv.
v.
vi.
orang kaya di sesuatu kawasan dan diagihkan kepada orangorang miskin di dalam kawasan tersebut. Sesuatu kawasan ditakrifkan oleh para fuqaha' Islam sama ada sebagai kampung, bandar, negeri atau negara. Pendapat yang raj ih (terpilih) berasaskan suasana dunia pada hari ini ialah kawasan zakat dikira berdasarkan sempadan negara. Para fuqaha' silam hampir sepakat menyatakan bahawa zakat ke atas harta zahir wajib dibayar kepada pemerintah. Sementara kewajipan membayar zakat harta batin kepada pemerintah pula para fuqaha' telah berselisih pendapat mengenainya, ada yang mewajibkannya dan ada yang memberi pilihan kepada pemilik harta membayar atau mengagih sendiri atau membayar kepada pemerintah. Kebanyakan fuqaha' moden berpandangan bahawa pembahagian harta yang diwajibkan zakat kepada harta zahir dan batin sepertimana yang dibuat oleh fuqaha' silam tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang kerana suasana ekonomi dan perniagaan yang semakin berubah dan kompleks. Oleh itu, mereka mentarjihkan pendapat yang mewajibkan pemerintah memungut semua jenis zakat tanpa mengklasifikasikannya mengikut jenis harta zahir atau batin. Pandangan fuqaha' moden tersebut walaupun ideal dari segi perancangan, tetapi dari segi pelaksanaannya terdapat pro dan kontra. Antara kebaikan yang diperolehi dari penyerahan semua urusan zakat (zahir dan batin) kepada pemerintah ialah menjamin zakat dapat dipungut daripada semua orang yang berhak menunaikannya, hasilan zakat akan bertambah dengan banyaknya yang akan menguntungkan umat Islam seluruh negara dan pembelaan kepada asnafasnaf yang layak menerima zakat akan dapat dilakukan secara teratur dan sistematik. Sementara keburukannya pula ialah kesukaran untuk mengenalpasti dan mengaudit hartaharta yang tersimpan di dalam sesebuah syarikat atau harta persendirian, kerja-kerja tersebut juga akan menyebabkan jabatan kerajaan yang berkaitan akan menghadapi bebanan tugas yang berat dari segi sumber manusia atau kewangan. Kemungkinan juga para pemilik harta akan menarik batik 139
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
vii.
viii.
ix.
hartanya atau pelaburannya dari negara yang mewajibkan zakat sedemikian kerana ia membuka atau menzahirkan aset mereka kepada umum, sedangkan aset pemiagaan pada kebiasaannya tidak dinyatakan kerana ia mungkin memberi mudarat kepada pemiagaan mereka. Perkembangan zakat di Malaysia menunjukkan sehingga kini telah ada sistem yang hampir seragam berkaitan pungutan dan agihan zakat. Selain itu, kempen-kempen kesedaran tentang kewajipan berzakat juga turut dibuat di samping pembangunan prasarana dan kemudahan pungutan serta agihan zakat yang lebih bersistematik. Sehubungan itu, syarikat atau orang awam pada masa ini boleh membuat membuat bayaran zakat tanpa sebarang masalah dan halangan. Walaupun sistem telah ada di setiap negeri, tetapi dari segi pelaksanaannya masih terdapat perbezaan pendekatan antara syarikat-syarikat korporat dalam menguruskan pembayaran zakat kepada negeri-negeri di Malaysia. Ada yang membayar semua pendapatannya kepada negerinegeri mengikut nisbah pendeposit dan ada yang membayar sebahagian sahaja kepada negeri-negeri dan sebahagian lagi diagihkan sendiri. Ini kerana tiada undang-undang yang secara khusus menyekat syarikat membayar sendiri zakat kepada asnaf. Beberapa fatwa yang dikeluarkan juga membenarkan mana-mana orang Islam mengeluarkan zakat dengan sendirinya atau melantik wakil bagi pihaknya untuk memberi dan membahagikan zakatnya kepada pihak yang berhak menerimanya. Berdasarkan keadaan di atas juga , maka penyaluran wang zakat oleh syarikat-syarikat korporat kepada MAIN atau syarikat yang dilantiknya di seluruh Malaysia berdasarkan kriteria maju atau mundur sesebuah negeri tidak menjadi halangan j ika dilihat dari segi hukum fiqhnya kerana kawasan zakat dikira berdasarkan sempadan negara. Sementara dari segi pentadbirannya zakat hendaklah diagih mengikut kawasan (negeri) di Malaysia, sekiranya ada lebihan barulah harta zakat tersebut boleh diagihkan ke negeri lain. Pengagihan sendiri zakat oleh syarikat-syarikat korporat kepada asnaf yang layak juga tidak menjadi halangan 140
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
dari segi hukum fiqh tetapi dari segi pentadbirannya ia sepatutnya diserahkan kepada pemerintah. KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-68 pada 14 April 2005 di JAKIM, telah membincangkan isu ini dan memutuskan bahawa isu perpindahan bayaran zakat oleh badan-badan korporat mengikut kelayakan negeri-negeri tidak memerlukan fatwa. Muzakarah berpendapat bahawa jika terdapat mana-mana negeri yang masih memerlukan bantuan agihan zakat, bolehlah memohon terus kepada mana-mana MAIN yang mempunyai kutipan yang tinggi. Pihak MAIN berkenaan akan menimbang dan seterusnya membuat keputusan ke atas permohonan tersebut. Muzakarah juga memutuskan agar keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 17 pada 13 Mei 1979 yang menyatakan bahawa zakat Tabung Haji hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, mengikut kadar simpanan penyimpan di negeri masing-masing hendaklah dikekalkan.
141
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
BiBLIOGRAFI Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan). Cet. 1997 Perlembagaan Persekutuan. Cet. 1992. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor). Cet. 2003. Himpunan Fatwa Negeri Kedah Darulaman. Siri 2. T. Th. Jabatan Mufti Negeri Kedah. Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Jilid 1. T. Th. Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Keputusan Fatwa Kebangsaan. Siri 1. T. Th. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Laporan Muzakarah Penyelarasan Sistem Agihan Dan Pungutan Zakat Di Malaysia, 7-9 November 2001. The City Bayview, Langkawi. Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Penyelidikan, JAKIM. Muhammad Sulayman al-Asyqar dlm. Abhath Fiqhiah fi Qadaya alZakat al-Muasarah. Dar al-Nafais. Jordan. Yusuf al-Qaradhawy. Fiqh al-Zakah. Muassasah al-Risalah. Bayrut. Yusuf al-Qaradhawy. Institusi Zakat Masa Kini; Bagaimana Menjayakannya; Terj. Arsil Ibrahim. 2001. Pusat Zakat Selangor (PZS).
142