Panduan Mula Ringkas Microsoft PowerPoint 2013 kelihatan berbeza dengan versi terdahulu, jadi kami telah mencipta panduan ini untuk memudahkan proses pembelajaran anda
Mencari sesuatu yang anda perlukan Klik sebarang tab pada reben untuk memaparkan butang dan perintahnya.
Menguruskan persembahan anda Klik tab Fail untuk membuka, menyimpan, mencetak dan menguruskan persembahan anda.
Menunjukkan kandungan yang anda inginkan Tukar pandangan atau tunjukkan atau sembunyikan nota dan komen.
Menggunakan tab kontekstual Sesetengah reben hanya muncul apabila anda memerlukannya. Contohnya, apabila anda menyelitkan atau memilih gambar, tab Format Alat Gambar akan muncul.
Melihat opsyen lain Klik anak panah ini untuk melihat opsyen lain dalam kotak dialog.
Mendapatkan bantuan Klik di sini atau tekan F1.
Perlukan lebih banyak ruang? Klik di sini atau tekan CTRL+F1 untuk menyembunyikan atau menunjukkan reben.
Menggunakan anak tetingkap Format Gunakan anak tetingkap yang berguna ini untuk menggunakan pemformatan pada gambar, SmartArt, bentuk dan objek lain.
Zum masuk dan keluar Luncurkan bar ini ke kiri atau kanan untuk zum masuk atau keluar pada butiran slaid.
Panduan Mula Ringkas Apabila anda membuka PowerPoint 2013 pada kali pertama, anda akan melihat bahawa anda mempunyai beberapa pilihan untuk bermula, sama ada menggunakan templat, tema, fail baru-baru ini atau persembahan kosong.
Mencari templat dan tema dalam talian Taipkan kata kunci ke dalam kotak carian untuk mencari templat dan tema di Office.com.
Membuka persembahan baru-baru ini Ia menyediakan capaian mudah ke persembahan anda yang dibuka baru-baru ini.
Mencari fail lain Semak lalu untuk mencari persembahan dan fail lain yang disimpan pada komputer anda atau dalam awan.
Bermula dari awal Untuk memulakan persembahan yang baru, klik Persembahan Kosong.
Menggunakan tema yang ditampilkan Pilih tema terbina dalam untuk memulakan persembahan anda yang akan datang. Cara ini sesuai untuk kedua-dua persembahan skrin lebar (16:9) dan skrin standard (4:3).
Memilih kategori templat Klik kategori templat di bawah kotak carian untuk mencari templat PowerPoint yang paling popular.
Mendaftar masuk ke Office Daftar masuk ke akaun anda dan capai fail yang anda simpan di awan dari mana-mana sahaja.
Variasi tema Apabila anda memilih tema, PowerPoint menawarkan variasi dengan palet warna dan kumpulan fon yang berlainan.
Cara mendapatkan bantuan dengan PowerPoint 2013
Mencipta tab dan kumpulan reben tersuai
Jika selama ini anda menggunakan versi PowerPoint terdahulu, anda mungkin akan tertanya-tanya tentang lokasi perintah tertentu dalam PowerPoint 2013.
Anda boleh mencipta tab atau kumpulan tersuai dan menambahkan butang dengan perintah yang anda inginkan. Klik kanan pada sebarang tab atau kumpulan reben kemudian klik Suaikan Reben.
Terdapat banyak sumber percuma yang tersedia untuk membantu anda mengenali PowerPoint 2013, termasuk kursus latihan, topik dan video bantuan Mari Bermula serta tugas asas. Untuk mendapatkan bahan ini, klik butang Bantuan PowerPoint (tanda tanya) di sudut atas kanan tetingkap PowerPoint.
Seterusnya, tambah perintah daripada kotak Opsyen PowerPoint. Contohnya, anda boleh mencipta tab yang dipanggil Kerap, kemudian menambahkan beberapa perintah yang paling kerap digunakan pada kumpulan tersuai pada tab ini. Jika anda membuat kesilapan, anda boleh menggunakan butang Set Semula untuk kembali ke seting lalai (“kilang”). Beberapa perintah PowerPoint yang lebih lama tidak muncul pada reben tetapi masih tersedia. Dalam kotak dialog Opsyen PowerPoint, klik Suaikan Reben, kemudian dalam senarai Pilih perintah daripada, pilih Perintah Tiada dalam Reben. Sekarang, cari perintah yang anda inginkan dan tambahkannya pada tab atau kumpulan reben tersuai.
Benda yang anda mungkin mencari-cari Gunakan senarai berikut untuk mencari beberapa alat dan perintah yang lebih lazim dalam PowerPoint 2013.
Untuk...
Klik...
Kemudian cari dalam...
Membuka, menyimpan, mencetak, berkongsi, menghantar, mengeksport, menukar atau melindungi fail
Fail
Pandangan Backstage (klik perintah dalam anak tetingkap kiri).
Menambahkan slaid, menggunakan tataletak, mengubah fon, menjajarkan teks atau menggunakan Gaya Cepat
Rumah
Kumpulan Slaid, Fon, Perenggan, Lukisan dan Pengeditan.
Menyelitkan jadual, gambar, bentuk, SmartArt, WordArt, carta, komen, Pengepala dan pengaki, video atau audio
Selitkan
Kumpulan Jadual, Imej, Ilustrasi, Komen, Teks dan Media.
Menggunakan tema, mengubah warna tema, mengubah saiz slaid, mengubah latar slaid atau menambahkan tera air
Reka Bentuk
Kumpulan Tema, Varian atau Sesuaikan.
Menggunakan atau melaraskan pemasaan transisi
Transisi
Kumpulan Transisi dan Pemasaan.
Menggunakan atau melaraskan pemasaan animasi
Animasi
Kumpulan Animasi, Animasi Lanjutan dan Pemasaan.
Memulakan tayangan slaid, menyediakan tayangan slaid, menentukan monitor untuk digunakan dengan pandangan Penyampai
Tayangan Slaid
Kumpulan Mulakan Tayangan Slaid, Persediaan dan Monitor.
Menyemak ejaan, memasukkan dan menyemak semula komen atau membandingkan persembahan
Semak Semula
Kumpulan Membaca Pruf, Komen dan Bandingkan.
Mengubah pandangan, mengedit pandangan induk, menunjukkan grid, panduan dan pembaris, menzum masuk, bertukar antara tetingkap PowerPoint dan menggunakan makro
Pandangan
Kumpulan Pandangan Persembahan, Pandangan Induk, Tunjukkan, Zum, Tetingkap dan Makro.
Mencapai perintah yang kerap digunakan Bar Alat Capaian Segera yang berada di sudut atas kiri tetingkap PowerPoint sesuai digunakan untuk menempatkan butang pintas bagi perintah yang anda biasa gunakan. Klik anak panah juntai bawah di sebelah Bar Alat Capaian Segera untuk menambah atau mengalih keluar perintah yang tersenarai pada menu pintas.
Alat intuitif yang mudah dicapai Sila maklum bahawa sesetengah tab reben muncul dan hilang, bergantung pada perkara yang anda lakukan Contohnya, apabila anda menyelitkan atau memilih video, tab Alat Video: Main Semula dan Format akan muncul secara automatik. Tab tersebut muncul agar anda boleh menggunakan pemformatan atau mengesetkan opsyen main semula bagi video. Tab kontekstual jenis ini muncul apabila anda menyelitkan atau memilih gambar, carta jadual, WordArt atau sebarang objek lain. Apabila anda menguruskan slaid dan anda mengklik kanan pada latar slaid, menu klik kanan yang dimuatkan dengan opsyen tugas akan muncul. Begitu juga, bar alat mini muncul secara automatik apabila anda ingin melaksanakan tugas berkaitan teks yang pantas, seperti mengengsot bulet atau menggunakan kesan tebal pada teks anda.
Jika perintah yang anda ingin tambahkan tidak ditunjukkan dalam senarai, tukar kepada tab reben butang tersebut kemudian klik kanan padanya. Pada menu pintas, klik Tambah ke Bar Alat Capaian Segera.
Perubahan pada tema
Saiz slaid lalai yang baru
Apabila anda menggunakan tema terbina dalam dan anda ingin mengubah warna dan fon, anda kini boleh memilih daripada varian tema pilihan pereka dari skrin mula atau pada tab Reka Bentuk.
Kebanyakan TV dan video pada zaman sekarang sudah beralih kepada skrin lebar dan format HD, begitu juga dengan PowerPoint. Dalam versi terdahulu, nisbah slaid ialah 4:3. Dalam PowerPoint 2013, 16:9 ialah nilai lalai baru tetapi anda boleh mengubahnya pada tab Reka Bentuk. Jika anda menguruskan slaid dalam PowerPoint versi terdahulu atau membuat persembahan pada monitor atau projektor yang lebih lama, anda perlu mengubah nisbah slaid kembali kepada 4:3. Untuk berbuat demikian, klik Reka Bentuk > Saiz Slaid kemudian pilih 4:3. Atau anda boleh mengesetkan saiz tersuai yang tersendiri.
Jika anda tidak melihat gabungan yang anda sukai, anda sentiasa boleh menyesuaikan warna, fon dan kesan tema dalam Pandangan Induk Slaid. Klik Pandangan > Induk Slaid dan anda akan melihat opsyen Warna, Fon dan Kesan dalam kumpulan Latar.
Persediaan Pandangan Penyampai adalah automatik
PowerPoint pada peranti sentuhan
Jika anda menggunakan Pandangan Penyampai dalam versi PowerPoint terdahulu, anda mungkin menghadapi masalah menyediakannya. PowerPoint 2013 membaiki isu tersebut dan menjadikannya mudah untuk digunakan.
Anda kini boleh berinteraksi dengan PowerPoint 2013 pada peranti sentuh yang menjalankan Windows 8. Dengan gerak isyarat sentuh yang lazim, anda boleh leret, ketik, skrol, zum dan gerak dalam persembahan anda.
Anda hanya perlu menyambungkan projektor dan monitor dan PowerPoint akan menggunakan seting yang sesuai untuk anda secara automatik. Walau bagaimanapun, anda juga boleh mengambil kawalan secara manual (bertukar antara monitor dan projektor) jika perlu. Sila maklum bahawa Pandangan Penyampai tidak lagi memerlukan berbilang monitor. Kini anda boleh berlatih dan menggunakan semua alat dalam Pandangan Penyampai daripada satu monitor tanpa melakukan perkara lain.
Menyimpan persembahan Office anda di awan
Mendaftar masuk ke Office
“Awan” adalah seperti storan fail di langit. Anda boleh mendapatkannya apabila anda berada dalam talian. Jika anda dalam perjalanan atau berjalan dari satu tempat ke tempat lain secara tetap dan anda perlu mencapai fail anda, pertimbangkan untuk menyimpan fail anda dalam awan.
Dalam PowerPoint atau mana-mana aplikasi Office yang lain, cari nama anda di sudut atas kanan reben. Selepas anda mendaftar masuk, anda boleh menukar akaun dan mengubah profil anda.
OneDrive ialah perkhidmatan awan dalam talian percuma yang anda boleh mencapai dan berkongsi fail dengan orang lain secara selamat. Anda hanya memerlukan akaun Microsoft yang percuma untuk mendaftar masuk ke OneDrive.
Untuk mula menyimpan, berkongsi dan menyimpan fail anda di awan, daftar masuk ke Microsoft Office.
Bagaimana bekerja dengan individu yang tiada PowerPoint 2013 Di sini terdapat beberapa perkara yang perlu diingati apabila berkongsi atau bertukar fail dengan individu yang menggunakan versi PowerPoint yang terdahulu. Dalam PowerPoint 2013...
Apa yang berlaku?
Apakah yang sepatutnya saya lakukan?
Anda membuka persembahan yang dicipta dalam PowerPoint 2007 atau terdahulu.
Dalam PowerPoint 2013, anda akan melihat perkataan [Mod Keserasian] pada bar tajuk. Ini memberitahu anda bahawa persembahan sedang disimpan dalam format fail terdahulu yang tidak mengenali ciri yang lebih baru seperti video terbenam, kesan transisi baru, seksyen dan banyak lagi.
Anda boleh terus menggunakan Mod Keserasian. Walau bagaimanapun, jika individu yang berkongsi persembahan anda tidak menggunakan PowerPoint 2007 atau terdahulu, penukaran fail kepada format terkini adalah lebih baik.
Jika anda ingin menggunakan semua ciri PowerPoint 2013 yang tersedia, anda perlu mengubah persembahan kepada format fail terkini.
Untuk mengubah fail, klik Fail > Maklumat > Tukar.
Jika rakan sekerja anda membuka persembahan PowerPoint 2013 anda dalam PowerPoint 2007 atau terdahulu, prom dengan pautan untuk memuat turun Pek Keserasian yang percuma akan muncul. Mereka memerlukan Pek Keserasian untuk membuka dan mengendalikan persembahan dalam format baru. Jika anda telah menyertakan ciri atau pemformatan PowerPoint 2013 yang baru dalam persembahan anda, rakan sekerja anda (yang menggunakan PowerPoint 2007 atau terdahulu) akan melihat amaran mengenai ciri yang tidak disokong.
Sebelum berkongsi persembahan PowerPoint 2013 anda dengan rakan sekerja yang menggunakan versi PowerPoint yang terdahulu, sila jalankan alat Penyemak Keserasian. Untuk menyemak keserasian, dalam PowerPoint 2013, klik pada Fail > Maklumat > Semak untuk mencari Isu > Semak Keserasian.
Jika rakan sekerja anda membuka persembahan dalam PowerPoint 2007 atau terdahulu, fail akan membuka seperti biasa dan Pek Keserasian tidak diperlukan.
Anda tidak perlu mengambil apa-apa tindakan yang wajib.
Anda menyimpan persembahan anda sebagai PowerPoint 2013.
Anda menyimpan persembahan anda sebagai fail PowerPoint 2007 atau fail terdahulu.
Jika anda telah menyertakan ciri atau pemformatan PowerPoint 2013 yang baru dalam persembahan anda, rakan sekerja anda akan melihat amaran mengenai ciri yang tidak disokong, pemformatan atau ciri mungkin tidak akan muncul dalam fail atau objek mungkin tidak dapat diedit.
Alat tersebut memberitahu anda ciri baru dalam PowerPoint 2013 yang tidak disokong dalam versi terdahulu. Kemudian, anda boleh memutuskan untuk sama ada mengalih keluar ciri ini untuk mengelakkan amaran dalam versi PowerPoint terdahulu.
Apabila anda menyimpan fail anda dalam format fail PowerPoint yang terdahulu, Penyemak Keserasian akan berjalan secara automatik dan menunjukkan amaran bagi sebarang ciri yang tidak disokong.