<> Malaysia merupakan sebuah negara yang sinonim dengan masyarakat majmuk yang terd iri daripada pelbagai identiti kaum. Sebanyak 80 buah kaum yang berada di seluru h pelosok negara. Antara kaum utama yang telah menetap di negara ini adalah Mela yu, Cina & India. Konsep masyarakat yang ditakrif oleh Kamus Dewan membawa maksu d kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disatu tempat dengan mengikut atura n dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Maka, masyarakat majmuk boleh ditafsirkan sebagai satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khus usnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tenmpat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Sebaliknya, Furnivell mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbaga i ragam dalam satu unit politik. Mereka bercampur tetapi tidak bergantung antara kaum lain dan amat teguh dalam pegangan tersendiri. Skop pengkajian untuk masyarakat majmuk ini pada asalnya lebih tertumpu kepada S emananjung Malaysia atau Tanah Melayu. Manakala, penekanan yang akan kita kupas adalah sejarah kewujudan masyarakat majmuk itu sendiri. Semasa zaman kegemilanga n Melaka yang terkenal dengan aktiviti perdagangannya, rata-rata pedagang asing singgah ke Melaka, Namun, kehadiran mereka ini tidak dapat diertikan sebagai mas yarakat majmuk. Konsep masyarakat majmuk itu baru diperkenalkan pada peghujung a bad ke-18 iaitu semasa penjajahan British di Tanah Melayu. <> Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja me ngalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan p olitik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih tima h dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu . Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Mela yu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia. Titik tolak penting bagi sejarah Tanah Melayu telah berlaku pada abad ke-19 di m ana sistem politik, sosial dan ekonomi telah mengalami perubahan. Dasar politik yang diperkenalkan oleh British sebelum ini telah membawa kepada perubahan sosia l amnya. Kehadiran imigran Cina dan India ke Tanah Melayu berperanan menampung p erkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Pada masa yang sama, imigran dari kepulauan Nusantara iaitu orang Indonesia turut mengambil peluang keemasan ini. Orang Indonesia 1.Pengenalan Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa. Orang Minangkabau d ari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah datang ke Tanah Melayu dan m enetap di Selangor, Perak dan Johor. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada a wal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di lading kopi, lading getah dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sekt or penanaman padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.
2.Sebab kedatangan
a.Faktor politik Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan orang-or ang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap pemerintahan Belanda. Pertambahan pendu duk Indonesia yang tinggi juga menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup. b.Faktor sosial Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah d engan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasa n tanah pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskin an dan kemerosotan taraf hidup para petani. c.Faktor ekonomi Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan In donesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang Indonesia. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telah mendor ong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh , Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerj akan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu d ari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu. 3.Sumbangan Orang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih tima h di samping dalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagain ya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mere ka adalah pendorong kepada kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu. 4.Cara kemasukan Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk data ng ke Tanah Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini. 5.Komposisi penduduk orang Indonesia a.Orang Jawa Orang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1930, terdapat 17000 orang Jawa di Tanah Melayu dan Singapura. M ereka bekerja sebagai buruh di lading kopi dan getah atau lombong bijih timah. K ebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor, selangor dan Perak. b.Orang Banjar Orang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan penanaman padi . Kebanyakan mereka mendiami kawasan-kawasan pinggir pantai dan lembah-lembah su ngai di Perak, Selangor dan Johor. Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45382 orang. c.Orang Bugis Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor, Johor da n Perak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian. d.Orang Boyan Orang Boyan berasal dari Pulau Boyan telah menetap di Bandar-bandar seperti Sing apura, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam pemelihara an kuda lumba.
e.Orang Minangkabau Orang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan mereka t erlibat dalam kegiatan perniagaan dan pertanian. 6.Bilangan penduduk orang Indonesia Pada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih kurang 307150 orang. Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa. Pada tahun 1957 bilangan penduduk Melayu (termasuk orang Indonesia) ialah 2427834 orang iai tu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Orang Cina 1.Pengenalan Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatanga n orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-1 9. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdaga ngan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pin ang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cin a berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat l agi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bek erja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam. 2.Sebab kedatangan a.Faktor penolak i.Sebab sosial dan ekonomi Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainy a menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan in i akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencuk upi. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian t urut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1 851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk men anggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah. ii.Kekacauan dan korupsi politik di negara China Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-o rang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 m engamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Keraja an Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1 850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal mengguli ngkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai or ang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manc hu. b.Faktor penarik i.Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cin a ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di k awasan Bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem K angcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini , mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.
ii.Kestabilan politik Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjad i salah satu faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Ci na dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-ne geri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagi kestabilan politik. Ha l ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombonga n bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerj aan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu. 3.Sumbangan Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Luku t, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850 6500 tan, 1890 15101 tan, 1900 43000 tan, 1905 57733 tan, 19 37 77000 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Ci na terutamanya di Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga telah berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu. 4.Cara kemasukan a.Melalui sistem tiket kredit Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seor ang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai singkheh dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka . b.Melalui cara persendirian Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya at aupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Ker ajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897. c.Melalui Sistem Kangcu Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang C ina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sa yur-sayuran dan bunga cengkih. 5.Komposisi penduduk orang Cina a.Orang Hokkien Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhan-pelabuhan ya ng penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. b.Orang Kantonis dan Hakka Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan perlombonga n bijih timah. c.Orang Teochew Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka bekerj a di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak. d.Orang Hailam Orang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Duni a Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman. 6.Bilangan penduduk orang Cina Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (
1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantoni s yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Ha ilam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pa da abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Mela yu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berband ing dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah pendudu k Tanah Melayu. Orang India 1.Pengenalan Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai da tang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu seb agai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ram ai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pin ang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), p ihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina b angunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India mening kat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah m asuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab. 2.Sebab kedatangan a. Faktor penolak keadaan sosioekonomi di India Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk p ada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Datara n Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang me rosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada pe rtengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India se makin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakya tnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, wa laupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang meng alami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singap ore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ial ah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra. b.Faktor penarik i.Perkembangan perusahaan getah Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggal akkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adala h faktor utama kemasukan orang India. ii.Galakan daripada Kerajaan British Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jaba tan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golo ngan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, gu ru, doktor dan lain-lain. Orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain
. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatang an orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan Briti sh di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India. 3.Sumbangan Kemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan get ah. Buktinya pada 1897 345 ekar, 1900 46 ribu ekar, 1905 48 ribu ekar, 1906 85 r ibu ekar, 1909 200 ribu ekar, 1911 1 juta ekar, 1914 1.5 juta ekar, 1918 2.5 jut a ekar dan 1940 3.5 juta ekar. Di samping dalam perusahaan getah orang India jug a telah menyumbangkan tenaga professional seperti guru, doctor, kerana dan lainlain lagi. 4.Kemasukan a. Sistem buruh kontrak Sistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil buruh-b uruh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi. Di bawah sistem ini, pemilik s esebuah ladang getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh In dia yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan di biayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Me layu, buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan. Mereka perlu menandatangani sat u kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu, mereka juga terpak sa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan . Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan. b.Sistem Kangani Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898. Sistem ini, majikan yang ingin mendapa t buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan mengumpulkan s audara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang ingin berhijrahke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagi buruhburuh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik. Pada tahun 1 907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membia yai kos pengambilan buruh India. Melalui tabung ini, majikan dikehendaki membaya r kos pelayaran serta $5 setahun bagi setiap buruh India. Sistem Kangani juga me mpunyai kelemahannya. Tiap-tiap kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil. Oleh itu, sesetengah daripada mereka cuba memperoleh seberapa ramai pek erja yang boleh dari India. Lama-kelamaan, mereka juga menjadi ejen sistem kontr ak. Pada tahun 1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi y ang menyebabkan permintaan buruh dikurangkan. 5.Komposisi penduduk orang India a.Orang Tamil Golongan Tamil membentuk 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan ke lapa sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan k erajaan. b.Orang Malayali Orang Malayali membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Me layu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di estet getah dan dalam perkhid matan kerajaan sebagai kerani dan profesional. c.Orang Telugu
Orang Telugu merupakan kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Mela yu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di estet. d.Orang India Utara Kumpulan etnik ini terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh ber khidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis. 6. Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 17 2465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, juml ah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di T anah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 621847 . Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pa da tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang (11% daripada penduduk Tanah Mela yu) password: habib syech bin abdul qodir asseqaf