www.facebook.com/themagixofficial Salam hormat, terima kasih dan tahniah kerana mendapatkan Mini Ebook MAGIC SPONTAN - 5 RAHSIA SILAP MATA MUDAH ini.
Kami dari The Magix mengalu-ngalukan anda untuk mempelajari ilmu silap mata ini dan sedikit tips tambahan. Walaupun kadang-kadang kita nampak sesuatu trik itu mudah untuk dilakukan, tetapi ianya perlukan latihan yang berkali-kali supaya sesuatu trik utk dapat dilakukan dengan lancar. Lakukan latihan bersendirian dulu, sama ada sendiri-sendiri atau depan cermin, dan kemudian dan confident cuba buat pada orang terdekat dahulu seperti adik beradik atau kawan rapat.. dari situ, anda dah mula akan timbul rasa confident yang makin tinggi. Lepas tu, boleh lah buat pada orang ramai pula :) Selamat mempelajari ilmu ini, dan kami akan kongsikan banyak lagi tipstips dan trik dalam web, email dan page kami. Jom like page The Magix : www.facebook.com/themagixofficial Follow Instagram kami : @themagix
Semoga terhibur.
Muka Surat 1
www.facebook.com/themagixofficial
TRIK 1 : MENCARI KAD PENONTON DENGAN MUDAH
Alat-alat: satu set kad permainan / kad terup. Persembahan : Anda meminta penonton untuk memilih mana-mana kad yang mereka nak. Kad diletakkan di bahagian tengah. Tanpa anda melihat kad yang dipilih penonton, anda dapat meneka dengan cepat dan tepat kad yang dipilih penonton.
Cara-cara :
1- Tunjukkan kepada penonton bahawa semua kad adalah berbeza. (terpulang kepada anda cara yang digunakan untuk tunjuk kad) Muka Surat 2
www.facebook.com/themagixofficial
2- Ketika ini, secara rahsia anda hafal kad yang berada pada kedudukan paling bawah. Seperti contoh: “King of spade”, kad ini akan menjadi “key card” anda.
3- Kemudian, suruh penonton untuk mengambil satu kad. Contoh kad yang dipilih penonton adalah “2 of Clubs”.
Muka Surat 3
www.facebook.com/themagixofficial
4- Ketika penonton sedang melihat ke arah kad mereka, anda bahagikan kad kepada dua bahagian seperti ini. Bahagian A dan bahagian B.
5- Di bahagian B, kad yang paling bawah adalah “key card” anda iaitu “King of spade”.
Muka Surat 4
www.facebook.com/themagixofficial
6- Minta penonton supaya meletakkan semula kad yang dipilih di atas bahagian A.
7- Kemudian, tindihkan kad tersebut dengan bahagian B.
Muka Surat 5
www.facebook.com/themagixofficial
8- Bagitahu penonton kad yang dipilih berada di tengah-tengah dek tapi anda mampu mencarinya walaupun tidak mengetahui kad apa yang telah dipilih oleh penonton.
9- Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mencari semula “key card” anda iaitu “king of spade” dan kad yang dipilih penonton pasti berada di bawahnya. Anda boleh mereka gaya persembahan anda sendiri mengikut kesukaan anda. Penonton pasti kehairanan kerana anda mampu mencari kad yang dipilih penonton dengan mudah.
Muka Surat 6
www.facebook.com/themagixofficial
TRIK 2 : DUIT SYILING MENEMBUSI LUTUT
Alat-alat: Duit syiling 50 sen Persembahan : Anda meletakkan sekeping duit syiling di bahagian atas lutut anda, setelah menggosoknya, duit syiling tersebut tiba-tiba hilang dan anda mengeluarkannya dari bawah belakang lutut. Cara-cara :
1- Letakkan duit syiling pada lutut dengan ibu jari seperti ini.
2- Gunakan kedua-dua belah tangan untuk membuat lipatan di atas syiling tersebut. Muka Surat 7
www.facebook.com/themagixofficial
3- Ketika lipatan seluar menutupi duit syiling tersebut, secara pantas dan rahsia gunakan ibu jari dan sembunyikan duit syiling itu didalam tapak tangan.
4- Jari telunjuk dan ibu jari mengepit lipatan seluar dan tiga jari yang lain mengepit duit syiling.
Muka Surat 8
www.facebook.com/themagixofficial
5- Luruskan lipatan seluar dan didapati duit syiling tersebut telah hilang.
6- Buka tangan satu lagi untuk membuktikan duit syiling tersebut telah hilang.
7- Keluarkan duit syiling itu dari bahagian belakang lutut, maka duit syiling tersebut seolah-olah telah hilang dan menembusi lutut.
Muka Surat 9
www.facebook.com/themagixofficial
TRIK 3 : DUIT SYILING HILANG DALAM TANGAN
Alat-alat : Duit Syiling dan Sebatang Pen Persembahan : Anda meletakkan duit syiling di dalam tangan. Selepas diketuk beberapa kali, duit syiling tersebut hilang secara tiba-tiba. Cara-cara :
1- Sebelum melakukan silap mata, letakkan pen didalam kocek anda terlebih dahulu
.
2- Letakkan duit syiling di tapak tangan seperti ini. Muka Surat 10
www.facebook.com/themagixofficial
3- Berpura-pura meletakkan duit syiling ke tangan sebelah. Apa yang anda lakukan ialah anda kepitkan duit syiling menggunakan tapak tangan seperti ini. Dalam masa yang sama, genggam tangan kanan supaya kelihatan seperti duit syiling berada di tangan kiri. Pergerakan ini perlulah dilakukan secara neutral.
4- Kemudian, ambil pen yang berada di dalam kocek tadi, Dalam masa yang sama, jatuhkan duit syiling ke dalam kocek seluar.
Muka Surat 11
www.facebook.com/themagixofficial
5- Kemudian, hayunkan atau genggaman tangan anda.
ketuk
menggunakan
pen
pada
6- Buka genggaman tangan dan duit syiling telah hilang!
Muka Surat 12
www.facebook.com/themagixofficial
TRIK 4 : GELANG GETAH BERUBAH TEMPAT Alat-alat : Gelang getah Persembahan : Anda meletakkan gelang getah di jari anda. Kemudian gelang getah tersebut berubah tempat dengan misteri! Cara-cara :
1- Letakkan gelang getah pada dua jari seperti ini.
2- Sebelum menggengam tangan, secara rahsia tarik gelang getah dan masukkan kesemua jari seperti ini.
Muka Surat 13
www.facebook.com/themagixofficial
3- Pandangan hadapan.
4- Kemudian, buka genggaman tangan dengan pantas dan gelang getah tersebut akan berubah tempat.
5- Anda juga boleh mengembalikan semula ke tempat asal dengan melakukan gerakan yang sama Muka Surat 14
www.facebook.com/themagixofficial
TRIK 5 : DUIT SYILING MENEMBUSI TANGAN Alat-alat : 2 Keping Duit Syiling Persembahan : Anda memasukkan duit syiling di belakang tapak tangan sehingga menembusi tapak tangan. Cara-cara :
1- Sebelum melakukan silap mata, sorokkan duit syiling dengan mengepit menggunakan ibu jari seperti ini.
2- Pandangan depan. Muka Surat 15
www.facebook.com/themagixofficial
3- Tunjukkan duit syiling yang berada di tangan kanan.
4- Kemudian, tolak duit syiling dibelakang tangan kiri (seolah-olah masukkan duit syiling menembusi tangan)
Muka Surat 16
www.facebook.com/themagixofficial
5- Dalam masa yang sama, lepaskan duit syiling yang disorok di tangan kiri. (Pergerakan ini perlu dilakukan dengan pantas dan serentak dengan langkah 5)
6- Manakala duit syiling satu lagi disorok di tangan kanan seperti ini.
7- Secara rahsia, sembunyikan duit syiling tersebut. Muka Surat 17
www.facebook.com/themagixofficial
TAMAT Sekian saja perkongsian kami kali ni, jangan lupa LIKE Facebook Page dan FOLLOW Instagram kami ye :) TAWARAN ISTIMEWA ! Mahu tak anda belajar dengan lebih serius dan dapatkan alat-alat silap mata yang mana mudah untuk anda lakukan dan effectnya sangat power dan best !
Anda boleh lihat video preview disini: https://youtu.be/UG4z9ioq6HE Bukan hanya 1 barang, tapi ada 6 alat yang anda boleh gunakan dan buat berpuluh-puluh trick. Magic ni klu anda kreatif, dgn satu alat ni dan boleh buat bermacam-macam sebenarnya. Ya, pakej combo 5 in 1 ini tak sampai RM100 pun. Jika beli di kedaikedai magic biasanya memang mahal.
Muka Surat 18
www.facebook.com/themagixofficial Apa yang terkandung dalam pakej ni. 1 - Special Svengali Deck ( bernilai RM30 ) 2 - Oreo Bite ( Bernilai RM30 ) 3 - Pen Tembus Duit ( Bernilai RM30 ) 4 - Ibu Jari Palsu ( Bernilai RM30 ) 5 - 4 biji bola span ( Bernilai RM30 ) #FREE : Coin Paddle ( Bernilai RM15 ) Berapa SPECIAL PRICE untuk pakej combo ni? Jangan bayar RM165, sbb kami nak bagi diskaun lagi. SPECIAL PRICE untuk stok TERHAD cuma RM90 sahaja ! Bagaimana? Berminat?
WhatApps "COMBO1" ke 010-8325170 sekarang! TAWARAN SAH SEHINGGA STOK MASIH ADA.
Muka Surat 19