www.RahsiaKekayaan.com
IDEA JUTAWAN SENYAP DIBONGKAR! © Mohd Nizam www.RahsiaKekayaan.com
© Hakcipta Terpelihara 2008 Tiada Sebarang Kandungan Dalam Buku Ini Boleh Dijual, DiEdar Atau DiTerbitkan Semula Tanpa Kebenaran.
Jutawan Muda 20 Tahun Sesuatu inspirasi boleh dicetuskan daripada muzik, alam semulajadi, kasih sayang dan Farrah Gray. Pemuda ini telah mencapai sesuatu yang sungguh luar biasa ketika berumur hanya 20 tahun di dunia ini jika dibandingkan dengan orang lain sepanjang hidup mereka. Baru-baru ini beliau telah menerima penghormatan antarabangsa melalui buku terbarunya “Reallionaire : 9 Langkah Menjadi Kaya” dimana beliau menujukkan pengajaran yang beliau lalui daripada seorang budak pejabat kepada status jutawan ketika berumur 14 tahun. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang susah. Beliau adalah anak bongsu yang tinggal dengan ibu tunggal, dan apabila beliau mendapat tahu ibunya sakit tenat, beliau membuat keputusan untuk untuk menolong beliau. Pada masa itu beliau berumur 6 tahun. Beliau menerima $50 yang pertama dengan menjual losyen badan daripada rumah ke rumah dengan harga $1.50 sebotol. Ketika berumur 8 tahun beliau menubuhkan UNEEC (Urban Neighborhood Economic Enterprise Club). Semasa berumur 10 tahun beliau menjadi juruhebah bersama dalam satu rancangan radio yang popular, “Backstage Live” di Las Vegas. Ketika 14 tahun, beliau menubuhkan pula NE2W U.S.A (New Early Entrepreneur Wonders University Student & Alumni) satu badan yang mencari dana berpusat di Wall Street, New York. Beliau menjadi jutawan apabila syarikat beliau Farr-Out Foods telah dijual pada harga $1.5 juta. Ketika itu beliau berumur 14 tahun. Setahun kemudian beliau menjadi Pengarah termuda untuk Yayasan Pernigaan Las Vegas. Kemudian 3 tahun kemudian beliau menjadi Pengarah United Way, orang termuda yang menjadi pengarah diseluruh Amerika. Semasa berumur 16 tahun, beliau membeli syarikat INNERCITY Magazine daripada ICBC, satu syarikat radio terbesar di Amerika. Saya masih lagi belum membaca buku beliau “Reallionaire” tetapi ianya mengisahkan kehidupan beliau daripada projek diChicago sehingga ke Las Vegas, dimana ketika berumur 20 tahun, beliau mempunyai syarikat majalah sendiri dan melabur dalam bidang hartanah dan menjadi ahli National Association of Real Estate Brokers, Inc. Beliau merupakan salah satu inspirasi kepada kita semua, betapa umur dan pelajaran bukanlah menjadi penghalang untuk mencapai status jutawan. Farrah Gray telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya jika bersungguh sungguh dalam setiap bidang yang diceburi.
RM450 Sehari Dengan Menjual Sehelai Kertas! Tiada yang yang lebih baik dengan menjana RM450 sehari dengan hanya menjual sehelai kertas? Bagaimana pula jika juga tidak perlu mengepos kertas tersebut, sebaliknya boleh dimuat turun (download) daripada internet? Ianya adalah kisah benar! Ini kisah bagaimana sesorang telah melakukannya dan anda juga boleh meniru teknik beliau!
2
Perkara begini mungkin masih belum lagi popular di Malaysia atau Brunei, tetapi saya percaya ianya akan menjadi hangat sedikit masa lagi. Bukankah ini masanya untuk anda membuat persediaan? Apa yang anda perlukan ialah satu produk yang anda benar-benar seronok. Satu contoh yang boleh saya berikan ialah www.instantsalesletter.com yang dipopularkan oleh Yanik Silver. Laman web ini menawarkan contoh-contoh surat profesional yang digunakan oleh ahli-ahli perniagaan. Katakan anda mempunyai restoran, anda boleh memilih surat daripada kategori restoran. Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan dan poskan terus kepada bakal pelanggan anda, dan tanpa anda ketahui orang akan berebut-rebut datang ke restoran anda. Laman web tersebut sungguh simple, dengan hanya satu mukasurat tanpa gambar langsung. Apabila anda pergi melawat laman web tersebut, anda akan melihat satu surat jualan profesional. Jika anda berminat dengan produk yang ditawarkan, anda boleh membeli secara terus dengan menggunakan kad kredit dan dalam beberapa saat sahaja anda sudah boleh membaca produk tersebut! Perkara yang menakjubkan ialah laman web tersebut setakat ini sudah menjana RM450 sehari dan kini jualannya telah mencecah RM500,000! Idea yang bijak bukan? Perkara yang menariknya ialah anda tidak perlu membuat salinan buku, ianya boleh dimuat terus daripada internet. Bayaran anda pula akan didepositkan terus kedalam akaun bank anda. Apa yang boleh anda buat dengan idea diatas? Banyak maklumat yang boleh anda jual, antaranya: • • • • •
Resepi-resipi makanan Buku sekolah Cara membuat hiasan dalaman Teknik menganyam / kraftangan Cara menanam pokok bunga
Menjana $1 Juta Dollar Daripada Kesilapan Setiausaha! Stan Miller suka mengumpul kata-kata pujangga. Beliau mula mengumpul ketika berumur 16 tahun lagi sehiggalah selepas berkahwin. Semasa perayaan krismas, beliau dan isterinya berhasrat untuk mengumpul kata-kata pujangga dan cerita untuk dijadikan hadiah krismas kepada kawan-kawan mereka. Beliau pergi ke kedai cetak dan bertanya berapakah harga cetakkan untuk 100 buah buku. Setiausaha dikedai tersebut memberitahu adalah lebih murah jika mencetak 1000 buah buku sekaligus. Beliau memberi harga $1000 untuk 1000 buku cetakkan. Stan tertarik dengan harga tersebut dan memesan 1000 buah. Tetapi apabila bil diterima, harganya ialah $10,000 dan bukannya $1000! Setiausaha tadi telah tersilap meletakkan angka kosong! 3
Stan dan Sharon merasa hampa. Dalam keadaan terdesak, Stan membawa beberapa buku ke kedai buku diuniversiti, tetapi mereka tidak mahu menjualnya. Tetapi pengurusnya bersetuju supaya Stan meninggalkan beberapa buah buku tanpa mengambil wang pendahuluan. Apabila Stan datang beberapa minggu kemudian, semua telah habis… memeranjatkan mereka semua. Buku tersebut laris seperti goreng pisang panas dan sehingga kini lebih 1 juta buah buku telah terjual. Kisah ini berlaku 25 tahun dahulu dan sehingga kini buku tersebut masih dijual. Kesilapan yang dilakukan oleh setiausaha telah menghasilkan jutaan dollar. Buku tersebut bernama Especially for Mormons, sehingga kini terdapat 5 edisi pujangga, cerita sebagai inspirasi kepada pembacanya.
Daripada Kosong Kepada Kejayaan Dalam Masa 3 Minggu Saya rasa kisah yang akan diceritakan oleh Scot Dantzers ini pasti akan memberikan bunga-bunga idea kepada anda. Untuk makluman anda, saya memang hendak belajar bagaimana membaca dengan pantas. Jika anda seperti saya, anda mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan setiap kerja, apatah lagi menghabiskan masa membaca satu atau dua majalah. Sudah tentu banyak masa yang akan dibazirkan. Saya melayari internet dan mencari kursus tentang membaca dengan pantas. Saya akhirnya menemui sesuatu yang cukup menarik dan ianya percuma! Selepas mencuba latihan untuk beberapa ketika, saya mendapati teknik beliau cukup berkesan. Apatah lagi, teknik beliau mengandungi kata-kata semangat seperti kisah Napoleon Hill dan Dr. Maxwell Maltz. Saya terus menulis email kepada penulisnya, seorang psychoanalyst dari UK untuk mengucapkan terima kasih diatas maklumat yang beliau berikan. Kemudian saya bertanya mengapa beliau memberikan kursus tersebut secara percuma sedangkan beliau boleh menjualnya dengan senang di internet. Selepas beberapa kali berbincang, beliau bersetuju untuk membuat kerjasama dan tidak sampai 3 minggu kemudian, kami telah melancarkan http://scienceofspeedreading.com/. Dan dengan hanya sedikit promosi, kami telah melepasi 4 angka walaupun baru beberapa hari dipasaran. Saya selalu bertanya semasa bekerja, “ Bagaimana saya boleh menjana wang dalam pemasaran jika saya tidak mempunyai produk? “… … dan ini adalah contoh terbaik bagaimana cara membuatnya. Anda hanya perlu mencari pasaran yang masih belum diterokai atau produk yang kurang dipasarkan dan buat perjanjian untuk anda menjual bagi pihak pencipta – dan kemudian bagaimana membahagikan keuntungan.
4
Ianya tidaklah susah sangat, dan yang paling teruk sekali pun beliau akan berkata tidak. Saya tahu Dr. Shepherd mahu memberikan kursus beliau dengan percuma oleh beberapa sebab, tetapi sebenarnya beliau begitu bersemangat untuk memulakan projek tersebut, dan kini kami sedang merancang projek yang baru pula. Dan di intenet pelbagai kemungkinan yang tidak pernah wujud boleh berlaku. Selepas membaca kisah Scot tiada sebab mengapa anda tidak boleh menjual produk anda sendiri.
Rahsia 3000 Pesanan Sebulan! Tahukah anda bahawa produk-produk pada zaman 50an, 60an dan 70an masih boleh dijual pada hari ini? Begitulah apa yang terjadi kepada Collen Chapin, berumur 45 tahun. Lebih kurang 5 tahun lalu, beliau berpindah dari Wisconsin ke Florida yang panas suhunya. Walaupun beliau suka berpindah, tetapi beliau agak kurang gembira kerana tidak menjumpa produk gula-gula kegemaran beliau disitu. Dan apabila beliau menelefon pembekal, dia agak terkejut kerana pembekal tersebut mempunyai gula-gula yang disukainya semasa zaman kanak-kanak dahulu. Lalu beliau mendapat idea, sudah tentu orang lain juga akan menyukainya. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 9 tahun bekerja dengan satu syarikat gayapos sememangnya mencari satu bisnes untuk menyara anak perempuannya. Pada tahun 1996, beliau mencari beberapa pembekal, membuat laman webnya sendiri dan menjualnya! Bisnes beliau benar-benar meletup. Kini beliau menjual lebih 400 produk dan mempunyai satu gudang sendiri. Jualan beliau mencecah 1 juta dollar setahun. Baru-baru ini beliau telah muncul dalam Food Network dan pesanan terus datang mencurah-curah. Kini beliau menjual gula-gula, air minuman dan pelbagai barangan daripada zaman 60 an. Anda boleh melihat sendiri laman web beliau di http://www.hometownfavorites.com/ Contoh diatas menunjukkan bahawa dengan mempunyai kemahiran asas dalam gayapos, pemasaran, penulisan surat jualan dan sebagainya sebenarnya memberikan anda persediaan secukupnya apabila peluang datang dengan tiba-tiba. Apakah kenangan lama anda yang boleh mendatangkan hasil? Fikirkan dan ianya boleh mendatangkan kekayaan yang tidak diduga sama sekali.
5
Surirumah Menjana Bisnes RM500,000 Dari Rumah Paula Gibbons, seorang surirumah yang agak sibuk tidak menyangka hadiah yang diberikan kepada kawan-kawannya satu hari nanti akan menjadi satu bisnes kecil yang menguntungkan. Tetapi selepas mendapat sokongan daripada kawan-kawan beliau menjualnya di pasaraya dan habis dengan cepat. Maka dari situ lahirlah Paula’s Soaps. Beliau menggunakan sinki dapur dan satu bilik kosong untuk membuat sabun dan menyimpanya dan juga mengupah jirannya supaya menolong. Bisnes beliau berkembang dengan jualan daripada beberapa kedai, kelas membuat sabun, bisnes road show dan laman web (yang menjana 20% daripada jualan keseluruhan). Walaupun pengiklanan hanyalah daripada mulut ke mulut, bisnes beliau kini telah mencecah jualan paling kurang RM500,000 sejak dimulakan 10 tahun dahulu… dan kini hampir berjaya. Kisah beliau telah diterbitkan dalam satu suratkhabar baru-baru ini (dengan alamat laman web) diseluruh Amerika. Tidak pelik jika jualan akan meningkat berkali ganda selepas ini. Adalah menarik didalam artikel suratkhabar tersebut, bahawa beliau akan mengurangkan road show pada hari minggu kerana mahu bersama anak-anaknya dirumah. Dengan publisiti yang diperolehi, adalah tidak mustahil beliau boleh memulakan secara gayapos menjual sabunnya dari rumah. Jika ini memberikan minat kepada anda, ianya boleh menjadi satu bisnes dari rumah yang akan baik dan mempunyai potensi untuk berkembang. Berikut adalah laman web Paula untuk anda mempelajari bagaimana membuat sabun yang berkualiti. http://www.paulassoap.com/ http://www.soapmaking.com/ http://www.soapsaloon.com/
Daripada Muflis Kepada RM5 Juta Dalam 2 Tahun! Tidakkah anda merasa kecewa apabila cuba untuk menyiapkan kerja seharian. Scott Jorden juga sama seperti anda. Beliau yang pernah berkerja sebagai seorang peguam mendapati beliau terpaksa pergi bertugas dengan pelbagai barang elektronik yang diperlukan. Yang menjadi masalahnya, beliau mendapati jaket bisnes yang dipakainya tidak mempunyai cukup poket untuk menyimpan peralatan seperti PDA, telefon bimbit dan sebagainya. Malah beliau terpaksa menggunakan jacket sukannya untuk membawa peralatan tersebut. Disitulah beliau menjadi satu idea. Beliau bertanya kepada kawan-kawannya dan mendapati mereka juga mahukan poket yang lebih. Jadi pada tahun 2001, beliau membuat beberapa contoh sample dan walaupun tiada pengalaman dalam internet beliau cuba membuat laman webnya sendiri. Pada hari pertama laman webnya dibuka, satu laman web yang sudah lama beroperasi mula memperkenalkan laman web Scott 6
kepada ahlinya. Sungguh menakjubkan laman webnya mendapat lawatan sebanyak 50,000 hits dan lebih 100 pesanan! Satu hari yang cukup bertuah. Tetapi ianya juga mendatangkan masalah. Scott mengaku bahawa beliau agak kelam kabut sebagai orang baru dalam bisnes. Beliau tidak mempunyai pengeluar lagi. Apa yang ada hanyalah enam contoh yang dibawa kesana kemari. Adakah anda akan membuat sesuatu bisnes selepas semuanya sempurna atau seperti yang Scott telah lakukan? Kebanyakkan orang akan menunggu sehingga semuanya cukup baru hendak memulakan bisnes. Inilah yang terjadi dengan semangat Scott dan inovasi beliau. Selepas beberapa tahun menjalankan bsines ini, poketnya sudah penuh dengan perkara lain – kejayaan. Jualan pada tahun 2003 telah mencecah 5 juta dollar. Apabila anda melawat laman web beliau, http://www.scottevest.com/ anda akan perasan betapa cepat beliau belajar e-bisnes. Melalui publisiti yang meluas, ciptaan beliau “Pocket Rocket” kini dipamerkan di Disney's Tomorrowland. Vest beliau juga gunakan dalam rancangan ER dan HBO “The Wire”. Beliau yang pada mulanya mencipta vest untuk ahli perniagaan, kini mendapat pesanan daripada tentera, CIA dan agen persekutuan. Yang menariknya, presiden Amerika juga mahu memesan vest yang diciptakan khas untuknya. Pada masa akan datang jika anda merasa bosan apabila membuat perkara yang sama setiap hari, cuba tanya diri anda adakah satu produk yang boleh dicipta daripadanya!
Ibu Tunggal Yang Hidup Susah Menukarkan $30 Wang Simpanannya Kepada Bisnes Gayapos Yang Berjaya! Kisah yang menjadi kesukaan saya ialah seseorang yang mencapai kejayaan melalui kerja keras dan semangat tidak mengaku kalah. Dan ini adalah salah satu daripadanya… Nancy Engel dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin. Walaupun beliau cukup aktif semasa disekolah dan mempunyai gaya kepimpinan, beliau tidak dapat melanjutkan pelajarannya kekolej kerana kekurangan sokongan kewangan. Selepas beberapa tahun hidup tanpa arah tujuan, berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan, beliau terus bergantung hidup kepada badan kebajikan. Pada tahun 1981, semasa dalam proses penceraian dengan suaminya, beliau terbaca satu rencana dalam majalah Family Circle tentang menjual bahan-bahan rempah daripada rumah. Beliau menggunakan $30 daripada wang simpananya dan membeli rempah ratus yang bernilai RM30, mencampurkannya dan diberi label “Italian Spice Mix”. Keesokkannya beliau
7
membawanya kepasar malam dan habis dijual dengan membawa keuntungan $200. Beliau terfikir untuk menjadi kaya! Beliau membuat pelaburan semula daripada wang tersebut dengan membeli dan membungkus herba pula dan mengembangkan perniagaannya dengan menjual rempah herba, sabun, dan barangbarang wangian. 4 tahun kemudian beliau telah mampu untuk membeli sebuah rumah untuk menjalankan bisnesnya dan mengupah jiran-jirannya untuk menolong beliau. Beliau memanggil bisnesnya “The Sunny Window” Penceraian dan masalah kewangan telah menyebabkan bisnes beliau hampir muflis selepas itu. Beliau kemudian membuat pinjaman kewangan di Boston untuk memulakan bisnes menjual sabun wangi dan potpourri dari rumah. Bisnes beliau mula berkembang dan menjana $250,000 setiap tahun. Kebanggaan beliau ialah telah berjaya untuk menghantar anaknya melanjutkan pelajaran keuniversiti. Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran satu hari nanti. Pada tahun 1998, beliau telah dianugerahkan Ahli Perniagaan Wanita Terbaik untuk negeri Massachusetts. Kini beliau menjadi contoh dan jurucakap untuk kaum-kaum wanita. Jika sesorang boleh menggunan $30 daripada simpannya dan menjalankan satu bisnes yang berjaya… apa lagi yang menjadi batu penghalang anda? Laman web Nancy yang boleh anda lawati http://www.sunnywindow.com/
Bekas Cikgu Berjaya Menjual 1,000,000 Buku Tanpa Iklan Mencipta produk maklumat adalah satu cara terbaik untuk mempromosi sesuatu bisnes atau menjualnya secara terus. Tetapi kebanyakkan tidak melakukannya kerana mereka dapati agak sukar untuk menulis. Ini adalah satu kisah kejayaan yang hebat tentang seseorang yang telah mencipat produk maklumat cukup simple sehingga sesiapa juga boleh membuat perkara yang sama. Pada tahun 1991, seorang bekas guru muzik bernama Paulette Ensign cuba untuk mengembangkan bisnes pengurusannya apabila terbaca sebuah buku kecil yang berjudul 117 Idea Untuk Membuat Persembahan Perniagaan. Buku kecilnya cukup simple. Ianya boleh dimuatkan dalam saiz envelop biasa dan mempunyai hanya 8 mukasurat sahaja. Bukannya sesuatu yang panjang, ianya hanya
8
menyenaraikan idea dan tip. Beliau mendapat idea bahawa beliau boleh membuat buku kecil yang sama yang mengandungi tip-tip tentang pengurusan yang dikumpulnya selama beberapa tahun. Beliau mula meluahkan semua yang diketahui tentang pengurusan ke dalam komputer peribadinya. Tidak sampai beberapa hari, 110 Idea Untuk Pengurusan Kehidupan Bisnes Anda telah disiapkan! Beliau hanya mampu untuk mencetak 250 salinan. Oleh kerana tiada wang untuk menempah iklan, satu cara yang boleh beliau fikirkan ialah dengan menjual buku tersebut kepada majalah dan akhbar iaitu dengan membenarkan akhbar menyiarkan sedikit idea tersebut dan memberi satu borang pesanan $3 bersama-sama dengan sampul surat beralamat sendiri. Dari hari kesehari, pesanan datang dengan cek atau wang tunai $3. Nasib beliau begitu baik apabila sebuah buletin Bottom Line Personal yang mempunyai pembaca seramai 1.6 juta menyiarkan cerita tentang buku beliau. Buletin tersebut telah berjaya menjual 8,000 pesanan. Kemudian satu lagi tuah datang menjelma apabila sebuah syarikat telah bersetuju untuk mengubah buku kecil beliau menjadi lebih canggih dengan menyediakan kaset dan produk lainnya. Beliau mula menerima pesanan yang banyak dan mendapat keuntungan yang lebih. Kemudian beliau mula menerima cek 5 angka apabila sebuah syarikat mahu mendapatkan lesen untuk mengedarkan produk beliau. Hari ini beliau telah menjual lebih 1 juat buku kecil dan telah dialih bahasa kepada 4 bahasa tanpa sedikit pun mengeluarkan wang untuk pengiklanan. Hari ini beliau menolong orang lain pula membuat buku kecil dengan memberikan kursus dan bengkel kerja. Satu lagi kisah kejayaan buku kecil… Jimmy Krug sedang bercakap dengan presiden sebuah bank yang mengadu bahawa pinjaman keretanya telah menurun. Jimmy mendapat idea bijak dengan mencipta satu buku kecil yang dipanggil Rahsia Membeli Kereta. Bank boleh memberikan buku tersebut kepada pengedar untuk kegunaan semasa membeli. Mereka sukakan idea beliau dan menempah 6,000 buku dan Jimmy mendapat $3,000 hujung minggu itu. Itu baru permulaan. Kemudian beliau menjual lebih banyak buku kecil dan mencipta yang baru kepada pengedar kereta dan syarikat lainnya. Kini buku kecil beliau telah mencecah jualan sebanyak 870,000! Sebenarnya banyak lagi kisah kejayaan seperti ini tetapi yang pentingnya anda boleh mengikut cara Paulette Ensign yang membuat produk dengan cukup simple.. hanyalah koleksi tips untuk topik-topik tertentu. Topik? Terlalu banyak, antaranya : keluarga, kewangan, bisnes, pemasaran, perhubungan, pelancongan, keselamatan, kerjaya dan sebagainya. Mungkin anda boleh mencubanya.
9
Menjual Lampu Boleh Menjadi Jutawan Dengan Teknik Rampaiklan Pada tahun 1987, Steve Leveen baru sahaja diberhentikan daripada sebuah syarikat rekabentuk software. Isteri beliau Lori Granger sedang mengandung pada masa itu. Satu hari Steve terbaca tentang satu mentol halogen dalam sebuah buku dan terfikir sudah pasti mendapat sambutan hebat dipasaran. Lampu jenis halogen sungguh cantik dan mengeluarkan cahaya yang lebih terang dibandingkan dengan mentol biasa. Kemudian masalah pun tiba. Mereka mendapati tidak senang untuk menjual lampu halogen. Dan tanpa wang untuk menempah iklan, tugas mereka menjadi semakin sukar. Mereka menempah satu rampaiklan dalam beberapa majalah menerangkan betapa cantiknya lampu halogen ini. Tetapi respon yang didapati tidak bagus. Mereka hanya menerima 5 pertanyaan daripada iklan tersebut. Tiada jualan langsung, hanya pertanyaan. Mereka benar-benar hampa. Mereka hampir mengaku kalah apabila tiba-tiba mereka mendapat idea. Mereka berdua mendapati mereka boleh menjual dengan memberikan umpan yang berbeza. Mereka dapati kelebihan lampu halogen bukanlah hanya kecantikannya sahaja tetapi juga kegunaanya. Pada Oktober 1987, mereka menempah iklan satu inci dimajalah New Yorker. Dan dengan iklan tersebut, destini mereka telah berubah. Mereka mula mendapat respon yang mengalakkan. Kemudian mereka mula menukarkan iklan tersebut kepada jualan. Keuntungan mereka meletup. Hari ini mereka berdua sudah menjadi jutawan. Apa iklan yang disiarkan? “Serious Lightning for serious readers” (Lampu khas untuk pembaca) Apa yang boleh kita dipelajari: -
Menjual kepada sasaran yang tepat boleh memberikan respon yang lebih baik daripada menjual kepada semua orang. Memberi fokus yang berlainan kepada produk anda boleh memberikan dimensi baru. Leeven memberi fokus kepada kelebihan lampu halogen sedangkan orang lain memfokuskan kepada kecantikannya.
Budak usahawan yang kaya! Beberapa tahun dahulu, seorang budak berumur 12 tahun yang bernama Michael yang tinggal di Houstan mahu mencari duit poket. Beliau memilih untuk menjadi seorang budak penghantar suratkhabar. Kemudian beliau diberikan suratkhabar bersama-sama dengan nama orang yang masih belum melanggan suratkhabar tersebut. Mereka tinggal berselerakan dibandar tersebut. Kerja Michael ialah memastikan senarai nama tersebut melanggan suratkhabar. Beliau mendapat beberapa orang untuk melanggan surat khabar tersebut, tetapi tidak begitu ramai. Tetapi tidak lama 10
selepas itu, beliau terlihat satu corak yang sama : terdapat dua kumpulan orang yang mahu melanggan surat khabar beliau jika dibandingkan dengan yang lain.. 1. Orang yang baru berpindah kerumah baru 2. Orang yang baru berkahwin Kehidupan dua kumpulan diatas baru sahaja bertukar, dan mereka memerlukan semua benda termasuk langgan suratkhabar. Selepas Michael mengetahui corak tersebut, beliau mula berfikir cara untuk mendapatkan senarai nama orang-orang dari dua kumpulan diatas sahaja. Beliau bertanyakan orang dan beliau mendapat jawapannya : majlis perbandaran. Kemudian Michael memberi upah kepada seorang budak untuk pergi ke majlis perbandaran setiap hari untuk mendapatkan nama orang yang baru berpindah dan memohon lesen untuk berkahwin. Micheal terus menumpukan sepenuh tenaga untuk menjual langgan suratkhabar kepada senarai nama ini. Senarai namanya menjadi semakin kecil tetapi jualannya meningkat berkali ganda. Beliau membuat wang lebih banyak daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Selepas habis musim cuti, Michael menjana komisen lebih banyak daripada gaji cikgunya sendiri. Hari ini Michael adalah seorang Billionarie. Dan beliau menjadi kaya kerana beliau telah belajar satu pengajaran pada masa yang awal : menjual kepada sasaran pasaran yang tepat. Anda mungkin pernah mendengar nama beliau dan syarikat beliau. Nama penuhnya ialah Michael Dell, pengeluar komputer peribadi no 1 didunia. Apa yang boleh anda pelajari: -
Jangan cuba untuk menjual semua benda kepada semua orang. Fokus kepada pasaran yang tepat yang mahu membeli produk anda. Komputer Dell adalah satu syarikat yang cukup besar pada hari ini. Walaupun begitu terdapat jabatan dalam syarikatnya sendiri. Satu jabatan hanya menjual kepada syarikat kecil. Satu jabatan lagi akan menjual kepada kerajaan. Selepas anda menang pada satu pasaran, anda berpindah kepada pasaran yang lain pula.
=========================================================================
© Hakcipta Terpelihara Mohd Nizam 2008 www.RahsiaKekayaan.com
11