Modul 4 – Action Query •
Kesemua query yang kita bincangkan sebelum ini merupakan Select Query yang hanya berfungsi untuk memaparkan rekod data dari table. Ianya tidak akan mengubahsuai data yang sedia ada di dalam table.
•
Action query digunakan untuk mengubahsuai data di dalam table yang telah dibina atau table baru yang akan dibina berdasarkan query tersebut.
•
Kelebihan action query ialah ianya membenarkan kita untuk mengubahsuai bilangan rekod data yang banyak dengan mudah dan berkesan.
•
Microsoft Access menyediakan empat jenis action query, iaitu:
(i)
Make-Table Query: - Membina table yang baru yang mengandungi data yang telah diubahsuai oleh query.
(ii)
Append Query: - Ianya mirip kepada make-table query Cuma hasil (rekod data ) yang diperolehi dari query yang dibina akan ditambahkan ke dalam table yang telah dibina sebelum ini di bahagian hujungnya.
(iii)
Update Query: - Update query membolehkan proses pengubahsuaian nilai satu atau lebih medan di dalam satu atau lebih table dilaksanakan.
(iv)
Delete Query: - Delete Query berperanan untuk memadamkan rekod tertentu di dalam satu atau lebih table.
4.1 Membina Action Query: Make-Table Query. •
Sediakan satu lagi query baru dengan cara yang sama (Design View) dan isikan maklumat seperti rajah berikut.
•
Kemudian, klik pada ikon di sebelah ikon run seperti rajah berikut. Pilih ‘Maketable Query’.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
1
•
Berikan nama jadual yang baru, contohnya JBioGerko dan pilih ‘Current Database’ seperti rajah berikut.
•
Untuk melihat keputusannya, klik pada ikon ‘View’ dan tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
•
Untuk membina table baru tersebut, klik ikon Run dan tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan. Sila pilih ‘Yes’.
•
Kemudian, simpan query tersebut dengan nama QBioGerko atau nama yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak menyimpan query tersebut. Sekiranya query tersebut disimpan, query jenis make table akan dipaparkan seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
2
•
Dan jadual baru (JBioGerko) akan terhasil seperti rajah berikut.
•
Buka table tersebut dan klik pada ikon Design dan tetapkan KP sebagai primary key seperti rajah berikut. Simpan dan tutupkan jadual tersebut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
3
4.2 Membina Action Query: Update Query. •
Bina satu lagi query make-tabel dan isikan maklumat ‘Keputusan Final: [Keputusan Semester 1]+[Keputusan Semester 2]+[Keputusan Semester 3]’ seperti rajah berikut.
•
Berikan nama query make-table tersebut dengan nama JKeputusanFinal seperti rajah berikut dan klik OK.
•
Run query tersebut dan klik Yes untuk membina jadual baru (JKeputusanFinal) seperti rajah berikut.
•
Tutup query tersebut tanpa menyimpannya. Lihat jadual yang baru dibina (JKeputusanFinal) dan keputusannya adalah seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
4
•
Bina satu lagi query baru dengan dengan mod Design View dan isikan maklumat seperti rajah berikut.
•
Seterusnya klik pada pilihan Update Query di ikon Query Type dan taipkan ungkapan berikut ‘[Keputusan Final]+3’ di ruangan Update to di bawah medan Keputusan Final seperti rajah berikut.
•
Seterusnya klik Run dan pilih Yes seperti rajah berikut.
•
Buka JKeputusanFinal dan bandingkan kedua-dua keputusan sebelum dan selepas proses Update seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
5
4.3 Membina Action Query: Append Query. •
Bina satu lagi query dengan mod Design View. Isikan maklumat seperti rajah berikut. Tetapkan criteria dengan < 200.
•
Klik ikon Query Type dan pilih Make-Tabel dan berikan jadual baru dengan nama JKeputusanFinalKurang200 seperti rajah berikut.
•
Klik OK dan klik ikon Run. Pilih Yes seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
6
•
Buka jadual JKeputusanFinalKurang200 dan tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
•
Sediakan satu lagi query dengan mod Design View dan isikan maklumat seperti rajah berikut.
•
Klik ikon Query Type dan pilih Append. Pilih jadual JKeputusanFinalKurang200 seperti rajah berikut. Akhirnya klik OK.
•
Selepas klik OK, tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
7
•
Klik ikon Run dan tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan. Kemudian klik Yes.
•
Tutup query tadi tanpa menyimpannya. Anda boleh menyimpannya sekiranya perlu. Buka jadual JKeputusanFinalKurang200 dan bandingkan kedua-dua jadual sebelum dan selepas proses Append seperti rajah berikut.
•
Akhir sekali, klik pada jadual JKeputusanFinalKurang200 dan klik kanan. Pilih Rename dan tukar nama kepada JKeputusanFinalKurang220.
4.4 Membina Action Query: Delete Query. •
Bina satu lagi query dengan mod Design View dan isikan maklumat seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
8
•
Klik ikon Query Type dan pilih Delete Query seperti rajah berikut.
•
Klik ikon Run dan tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan. Klik Yes
•
Tutup query tersebut tanpa menyimpannya. Buka jadual JKeputusanFinal dan bandingkan kedua-dua keputusan sebelum dan selepas proses delete seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
9
•
Sekiranya perlu, ubahsuai nama jadual tadi menjadi JKeputusanFinalLebih200.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
10