Modul 3: Select Query 1.0 Mengenal pasti prosedur dan arahan asas bagi membuat carian maklumat (query) •
Carian (query) biasanya digunakan untuk mempamer, mengubah suai, mengemas kini data yan spesifik dan menyusun data mengikut permintaan yang khusus, yang ingin diketahui oleh pengguna tentang sesuatu data dari pangkalan data, sama ada tentang nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi, memasukkan item soalan atau keputusan peperiksaan.
•
Sekiranya anda ingin melihat maklumat Nama dan Telefon sahaja, anda boleh menggunakan kemudahan query yang telah disediakan oleh Microsoft Access.
•
Mula-mula klik tab ‘Queries’ dan klik berganda pada ‘Create query by using wizard’ seperti rajah berikut.
•
Seterusnya, tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan. Pilih Nama dan Tel dari ‘Available Fields’ ke ‘Selected Fields’ dan klik ‘Next’.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
1
•
Apabila tetingkap seperti rajah berikut dipaparkan, berikan nama query yang sesuai (contohnya: QNamaTelBEd), pilih ‘Open the query to view information’ dan klik ‘Finish’.
•
Akhirnya, keputusan / tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
2
•
Untuk membina Query berdasarkan markah tertinggi, kita perlu membina satu lagi jadual dengan mengklik berganda ‘Create table in Design view’ dalam fail yang sama (Nama Fail: Kelas BEd) seperti rajah berikut.
•
Tetingkat seperti rajah berikut akan dipaparkan. Masukkan maklumat seperti rajah berikut dan simpannya sebagai ‘JKeputusan BEd’. Perhatian: Data Type: Number Scale : 2, Field Size: Decimal dan Decimal Places : 2
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
3
•
Isikan maklumat seperti rajah berikut.
•
Tutup tetingkap tadi dan buka satu ‘query’ baru dengan mengklik ‘Queries’ dan klik berganda pada ‘Create query in Design view’ seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
4
•
Tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
•
Klik pada butang ‘Add’ bagi ‘JBiodata BEd’ dan ‘JKeputusan BEd’ dan tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan.
•
Selepas klik ‘Close’, tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan. Klik berganda KP dan diikuti dengan mengklik berganda Nama dari JBiodata BEd. Kemudian, klik satu kali pada lajur ke-3 dan taipkan ‘Jumlah Markah: [Keputusan Semester 1] +
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
5
[Keputusan Semester 2] + [Keputusan Semester 3]’. Simpan query tersebut sebagai QMarkah BEd.
•
Keputusannya adalah seperti rajah berikut.
•
Untuk membina parameter query , terlebih dahulu kita perlu sediakan satu lagi jadul, katakan ‘JGerko’ dalam fail yang sama. Isikan maklumat-maklumat seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
6
•
Selepas itu, isikan maklumat seperti rajah berikut.
•
Kemudian, buat query baru dengan klik berganda pada ‘Create query in Design view’ seperti rajah berikut.
•
Klik berganda pada jadual ‘JBiodata BEd’ dan ‘JGerko’ seperti rajah berikut. Kemudian, klik ‘close’.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
7
•
Klik berganda pada Nama, KP dan Gerko seperti rajah berikut. Simpan query tersebut sebagai ‘QParameter’.
•
Taipkan [Taipkan Gerko yang ingin dipaparkan keanggotaannya] pada ruangan Criteria bagi medan Gerko seperti rajah berikut.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
8
•
Klik pada ikon ‘run’ ‘OK’.
•
Keputusannya akan dipaparkan seperti rajah berikut.
•
Ulangi langkah di atas dengan ‘Bola Tampar’ dan keputusannya adalah seperti rajah berikut.
dan isikan tetingkap berikut dengan ‘Ping Pong’ dan klik
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
9
•
Untuk membina parameter query bagi paparan rekod berdasarkan julat yang tertentu, kita buka satu lagi query dengan cara yang sama. Klik berganda pada JBiodata BEd dan JKeputusan BEd seperti rajah berikut.
•
Klik butang ‘Close’ dan isikan maklumat seperti rajah berikut. Bagi medan Keputusan Semester 3 dengan >=[Taipkan markah keputusan semester 3 yang ingin dipaparkan] seperti rajah berikut juga.
•
Apabila klik ‘run’ , tetingkap seperti rajah berikut akan dipaparkan. Isikan markah 80 dan nilai-nilai lain dan seterusnya klik OK untuk melihat keputusannya.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
10
•
Contoh keputusan adalah seperti ditunjukkan dalam rajah seperti berikut. Simpan query tersebut dengan nama QJulatMarkah.
Latihan: 1. Ubahsuaikan ungkapan tadi dengan Between [Taipkan nilai minimum bagi markah keputusan semester 3] And [Taipkan nilai maksimum bagi markah keputusan semester 3]. Selain dari operator Between dan And, kita juga boleh menggunakan operator yang lain seperti Not, Or dan sebagainya.
Prepared by Lu Cheng Soon, IP Rajang, Sarawak.
11