Contoh Teks juruacara bagi acara di dewan.
Majlis Penutup Pertandingan Kawat Kaki tKRS Peringkat Negeri Perak 2004. Bil 1
Aturcara Ketibaan
2
Melapor
3
Aluan pengerusi.
Pengerusi Majlis Mengumumkan ketibaan Pengelola KRS Negeri Perak En Mior Mohd Roselan Bin Mior Hassan. -
Ketua Perbarisan - Dewan...Duduk Sedia - Selamat pagi tuan, anggota dewan siap untuk upacara. - dewan duduk senang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berusaha En Mior Roselan bin Mior Hassan – Pengelola KRS Negeri Perak Yang berusaha En Mohd Akhir bin Abdul LatifPenolong Pegawai KRS Daerah Manjung Yang dihormati Mejar KRS Abdul Aziz Bin BustamPegawai Tadbir KRS Negeri Perak Para Pegawai Pengelola KRS Daerah, Komandan-komandan KRS Daerah Manjung, Pegawai –pegawai Pengurusan KRS Negeri Perak Para jurulatih,guru-guru dan seterusnya Para kadet sekelian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana diberikan kesempatan untuk berkumpul di majlis Penutup pertandingan kawat Kaki tKRS peringkat negeri Perak bagi tahun 2004. Untuk pengetahuan hadirin sekelian,pertandingan ini adalah merupakan pertandingan yang julungkalinya diadakan dan daerah manjung diberikan kepercayaan untuk mengendalikannya. Sebanyak 12 pasukan telah bertanding bagi mewakili daerah masing-masing yang terdiri dari enam pasukan putera dan enam pasukan puteri. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah berjaya menunjukkan persembahan masing-masing dan ianya begitu hebat dan amat membanggakan. 4
Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis dijemput Ustaz Mohd Adib bagi membacakan doa. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
5
6
Ucapan pengelola
Ucapan perasmian
Seterusnya bagi meneruskan majlis,dengan segala hormatnya dijemput Penolong Pegawai KRS Daerah Manjung - En Mohd Akhir Bin Abdul Latif untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Seterusnya adalah ucapan perasmian penutup pertandingan
kawat kaki tKRS peringkat negeri perak. Dengan itu dijemput Pegawai Pengelola KRS Negeri PerakEn Mior mohd Roselan bin Mior Hassan bagi menyampaikan ucapan dan seterunya merasmikan majlis penutup pertandingan kawat kaki tKRS 2004 peringkat negeri perak. Majlis mempersilakan tuan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih. 7
Upacara Pemakaian pangkat
Seterusnya ialah upacara kenaikan pangkat kepada pegawaipegawai KRS Negeri Perak.Kenaikan Pangkat dari Leftenan kepada Kapten dianugerahkan kepada dua orang pegawai tadbir KRS Daerah di atas kecemerlangan kepimpinan yang ditunjukkan dalam memimpin pasukan KRS daerah masingmasing. Dijemput En Mohd Akhir bin Abdul Latif bagi mengiringi Pengelola KRS Negeri Perak En Mior Mohd Roselan bin Mior Hassan untuk menyempurnakan upacara ini.Dipersilakan tuan. Kenaikan pangkat Leftenan ke kapten. -
Leftenan KRS Mohd Dilmi bin Zulkifli – beliau merupakan pegawai tadbir KRS Daerah Manjung.
-
Leftenan KRS Mohd Safuan bin ..................... – beliau merupakan pegawai tadbir KRS daerah Hilir Perak.
8
Penyampaian Cenderamata
9
Hadian ketua pelatun terbaik
Seterusnya penyampaian cenderamata kepada para hakim.Dijemput Mejar KRS Abdul Aziz Bin Bustam selaku ketua hakim bagi mengwakili para hakim menerima cenderamata. Seterusnya penyampaian hadiah ketua platun terbaik lelaki dan perempuan. Ketua platun terbaik lelaki disandang oleh .............................................................dari daerah...................
Ketua platun perempuan terbaik disandang oleh .............................................................dari daerah ..................
10
Penyampaian sijil dan pingat pemenang.
Tahniah diucapkan. Majlis diteruskan lagi dengan mengumumkan pemenang bagi pertandingan kawat kaki tkrs negeri perak 2004 kategori pasukan lelaki. Tempat ke 3 ;...................................................... Naib Johaan : .................................................... Johan : .................................................... Tahniah diucapkan. Seterusnya diumumkan keputusan pertandingan kawat kaki Kategori perempuan. Tempat ke 3 ;...................................................... Naib Johaan : .................................................... Johan : ....................................................
Tahniah diucapkan.
Penyampaian sijil penyertaan
Seterusnya penyampaian sijil penyertaan kepada semua pasukan yang bertanding.Di jemput Pegawai Pengelola KRS Daerah bagi mengwakili pasukan masing-masing. Pengelola KRS Daerah ..................... ............................ Pengelola KRS Daerah ..................... ............................ Pengelola KRS Daerah ..................... ............................ Pengelola KRS Daerah ..................... ............................ Pengelola KRS Daerah ..................... ............................ Pengelola KRS Daerah ..................... ............................
11
12
13
Penyampaian cenderamata
Tabik Hormat
Meninggalkan majlis
Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Sebagai tanda ingatan Majlis seterusnya mempersilakan Penolong Pegawai KRS Daerah manjung En Mohd Akhir bin Abdul latif menyampaikan cenderamata kepada Pegawai pengelola KRS Negeri perak En Mohd Mior Roselan bin Mior Hassan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Majlis seterusnya sekali lagi mempersilakan Pegawai Pengelola KRS Negeri Perak En Mior Mohd Roselan bin Mior Hassan untuk menerima tabik hormat.Dipersilakan tuan. Dengan itu maka berakhirlah majlis pada pagi ini dan sekali lagi majlis menjemput Penolong Pegawai KRS Daerah Manjung En Mohd Mkhir untuk mengiringi Pegawai pengelola KRS negeri perak ke majlis jamuan .Dipersilakan tuan.
- dewan duduk sedia -kebenaran menjalankan tugas yang lain tuan. - Dewan duduk senang
14
Bersurai
Majlis mempersilakan hadirin kejamuan ringan dan terima kasih.