INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1029
KEUNGGULAN KITAB NAZARAT FI KITABILLAH MENURUT PANDANGAN ABDUL HAYEE AL-FARMAWI SITI ZAHARAH BT.ABD.HAMID DR. ABUR HAMDI USMAN DR. FARHAH ZAIDAR MOHAMED RAMLI Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected] No. Tel. 019 3736315 DR. SOFIAH SAMSUDIN Pensyarah Kanan, Jab.Pengajian al-Quran & al-Sunnah UIAM ABSTRAK
Sebagai tokoh pendakwah mujahidah wanita terulung di Abad Ke Dua Puluh, Zainab al-Ghazali al-Jubaily turut meninggalkan beberapa karya penulisan yang bernilai. Kitab tafsirnya Nazarat Fi Kitabillah di antara hasil penulisannya yang mendapat tumpuan dan ulasan bukan sahaja daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat malah di peringkat antarabangsa. Artikel ini cuba menyorot ulasan Abdul Hayee al-Farmawi dalam dayanya untuk memandu pembaca menjejak metodologi Zainab al-Ghazali dalam karya tersebut. Kajian yang menggunakan pendekatan analisis kandungan ini berupaya mengketengahkan gagasan perjuangan penulisnya dalam usaha mengembalikan ummah kepada pendoman al-Quran. Melalui sorotan objektif yang dipaparkan oleh pengantar mampu mengajak para pembaca agar terus meneliti, memahami dan berusaha untuk hidup di bawah bngan al-Quran. Kata kunci : Zainab al-Ghazali al-Jubaily, Tafsir, Nazarat Fi Kitab Allah, al-Farmawi.
1. Pengenalan Sebagai tokoh pendakwah mujahidah wanita terulung di Abad Dua Puluh, Zainab al-Ghazali al-Jubaili turut meninggalkan beberapa karya penulisan yang bernilai. Kitab tafsirnya Nazarat Fi kitabillah di antara hasil penulisannya yang mendapat penelitian dan ulasan bukan sahaja daripada lapisan masyarakat setempat malah dipelbagai peringkat antarabangsa.1
1
Zainab al-Ghazali al-Da’iyah,wasiasahMisriyah,http://www.ikhwanwiki.com/index.php
372
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Pengenalan dan penilaian Profesor Dr.Abdul Hayy Al-Farmawy; ulama’ dan pakar Tafsir dan Ulum al-Quran terhadap kitab Nazarat Fi Kitabillah karya murabbiyah Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili bukan sahaja melahirkan
penghargaan beliau terhadap peribadi dan ketokohan
penulis , malah turut menyenaraikan topik -topik penting yang menjadi gagasan penulis di dalam kitab tersebut. hasil usaha ini dapat membantu para pembaca memahami objektif dan metodologi penulisan taqfsir tersebut.. Berdasarkan kepakaran dalam bidang tafsir al-Quran al-Karim, serta memiliki fikrah Islamiyah yang jelas, AHF diminta oleh penulis sendiri untuk membuat semakan dan memberi komentar dalam pendahuluan kitab tafsir nya.2
2. LATAR BELAKANG PENGANTAR
2.1. Biodata
Profesor Dr.Abdul Hayy Hussain Al-Farmawy dilahirkan pada Rejab 1362 H, / Julai 1942M di desa Kafar Tabluha, daerah al-Munufiyah, R.A. Mesir. Dr.Abdul Hayy al-Farmawy mengikuti pendidikan awal di Kuttab desanya. Setelah berjaya menghafal seluruh al-Quran, pada tahun 1955M, beliau memasuki pengajian Rendah di Maahad al-Ahmady di Tonta . Setelah
tamat pengajian
Menengah, beliau mengambil keputusan
menyambung pengajian di Fakulti Usuluddin hingga berjaya dengan ijazah Tafsir dan Hadis pada 1969. Semasa menjadi tutor di Universiti al-Azhar beliau turut menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Tafsir dan Ulum al-Quran dan tamat pada tahun 1972 dan kemudian di peringkat Ph.D dalam bidang yang sama pada tahun 1975.3
2.2. Jawatan i.
Abdul al-Hayy Hussain al-Farmawy merupakan Profesor dan Ketua Jabatan Tafsir dan
Ulum al-Quran di Kuliyah Usuluddin, Universiti al-Azhar al-Syarif, Kaherah Mesir. ii. Anggota Tetap Badan Penilai Akademik bagi seluruh Para Pensyarah di Universiti 2 3
Zainab al-Ghazali alJubaily.Nazarat Fi Kitabillah(2006) Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr,Kaherah..hlm.2 http;w.w.w.ikhanwiki.com/index.php.
373
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
al-Azhar al-Syarif . iii..Anggota Badan Penggubal Korikulum Universiti Islam, Rabitah Universiti-Universiti Islam . iv. Setiausaha Umum, Kelab Anggota Akademik Universiti al-Azhar. v. Pakar Perunding Agama bagi Kesatuan Pertubuhan Para Doktor bagi negara-negara Islam, vi. Anggota Majlis Tertinggi bagi Hal Ehwal Islam ( Mesir). vi. Bekas Anggota Majlis Tertinggi bagi Ibu Bapa dan Guru-guru di-Azhar al-Syarif. vii. Anggota Majlis Kuliyah Usuluddin ,Universiti al-Azhar, Kaherah, viii.Anggota Majlis Perwakilan Rakyat R.A.Mesir4
3.
LATAR BELAKANG PENTAFSIR
3.1.Biodata Zainab Muhammad al-Ghazali al-Jubaili dilahirkan pada 2 Januari 1917M/ 8 Rabiul Awal 1335H di Mayeet Yaisy sebuah desa di pusat Mayeet Ghumar dalam daerah Ad-Daqiliyah di daerah Buhairah, Mesir. Ayahnya berketurunan Khalifah Umar al-Khattab dan keturunan ibunya bersambung dengan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib RA.Datuknya seorang saudagar kapas yang terkenal. Ayahnya merupakan salah seorang ulama’ al-Azhar dan memiliki perusahaan kapas5 Zainab al-Ghazali lahir dan dibesarkan oleh kedua ibu bapanya dalam situasi pendidikan Islam yang murni. Pada peribadi Zainab al-Ghazali tercanai kukuh sifat-sifat gigih dan berani hasil didikan ayahnya yang inginkan Zainab menjadi seorang pendakwah Islam yang hebat. Beliau sering membawa Zainab bersama ke solat Subuh di masjid dan menghadiri majlis-majlis ta’lim bersama beberapa ulama’ Al-Azhar. Zainab sering diperingatkan agar sentiasa menunaikan semua solatnya pada awal waktu dan beliau berusaha membentuk jati diri muslimah mujahidah pada diri Zainab dengan sering menceritakan kisah para Sahabiyah terulung dan meniupkan semangat untuk mencontohi keberanian dan perjuangan mereka dalam membela agama Islam. 4
Ibn al-Hasyimi: al-DaiyahZainab al-Ghazali.MasirahjJhad wa HadithMin al-Zikiryat MiniKhilal Kitabatiha.(Dar al-I’tisam).1989.al-Kaherah 55 Zainab al-Ghazali al-Da’iyah,wasiasahMisriyah,http://www.ikhwanwiki.com/index.php
374
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ayahnya seorang yang berusaha gigih menyediakan bagi diri Zainab suatu persiapan untuk hari-hari Nusaiybah
yang mendatang Beliau juga sering sempena
memanggil Zainab dengan
nama gelaran
nama seorang Sahabiyah yang terkenal dengan keberaniannya
iaitu
:Nusaiybah binti Ka’ab Al-Maziniyah al-An-soriyah,6. Jelas dari kehidupan sejak zaman kanak-kanak Zainab al-Ghazali menjadi jawapan yang terbaik bagi menepis segala tuduhan dusta yang dilemparkan oleh musuh-musuh terhadap Islam dengan anggapan diskriminasi Islam terhadap golongan wanita. Di peringkat awal Zainab Al-Ghazali belajar di madrasah di kampung halamannya .Zainab juga belajar di sekolah kerajaan di samping mengikuti pengajian agama di tangan para masyaeikh Al-Azhar. Di antara ilmu-ilmu yang dia pelajari adalah ilmu hadis, tafsir dan fiqh.7 Selepas ayahnya wafat pada tahun 1928M , Zainab yang ketika itu baru berusia sekitar sebelas tahun berpindah bersama ibunya ke Kaherah untuk tinggal bersama saudara-saudara lelakinya yang belajar dan yang berkerja disana. Saudara lelakinya yang tertua Muhammad Ali tidak bersetuju untuk membenarkan Zainab meneruskan pengajiannya walaupun Zainab bersungguhsungguh meminta kebenarannya.Abangnya memberi alasan pada ibunya :” Zainab telah diajar oleh ayah sikap berani dan degil,dia tidak mendengar selain dari kehendak dan pemikirannya saja memadailah dengan apa yang telah dipelajari di kampung…”Ibunya sendiri berpendapat Zainab perlu patuh kepada abangnya kerana kedudukannya sebagai seorang bapa. Tetapi Allah SWT membantunya dengan Ali abang ke duanya yang berpendapat bahawa dengan memberi peluang Zainab
belajar dapat
membentuk
pemikirannya dan
boleh memperbetulkan
pandangannya terhadap banyak pekara, terutama terhadap manusia. Dia telah membekalkan Zainab dengan beberapa buku dan yang terpenting buku karya Aisyah al-Taimury mengenai wanita dan kebebasan. Zainab membacanya hingga dapat menghafal banyak dari kandungannya tetapi bagi Zainab tidak memadai untuknya dengan bukuSemasa ia berusia dua belas tahun, Zainab keluar daripada rumahnya di HaiyiSyubra dan beliau terpandang ke sebuah sekolah khas untuk pelajar perempuan.Zainab dengan keberanian dan 6
Sahabiyah yang telah dihiyasi dengan dua belas pingat hasil dari tikaman dan pukulan pedang yang diterimanaya semasa Perang Uhud, ketika mana ia terus tetap mempertahankan Nabi SAW di saat hampir semua manusia disekeliling meninggalkan Nabi SAW. 7 Syeikh Muhammad Sa’idMursi, Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman, Kuala Lumpur, 2011, M/S 555
375
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kebijaksaannya berjaya melalui beberapa ujian kelayakan dandapat meyakinkan
pihak
pengurusan sekolah hingga diberi peluang belajar di sekolah tersebut . Begitulah seterusnya Zainab belajar di beberapa sekolah kerajaan. Seterusnya Zainab mula bertalaqqi ilmu agama denganbeberapa Masyaeikhal-Azhar yang terdiri daripada tokoh ulama’ besar di al-Azhar al-Syarifseperti Syeikh Ali Mahfuz, Ketua Bahagian
Pengajaran dan
Bimbingan di al-Azhar, Syeikh Muhammad Sulaiman an-Najjar dan Syeikh al-Majid alLabban. Melalui cara ini Zainab berjaya menggabungkan antara displin ilmu moden dan pengajian tradisiyang berorentasikan pada pengajaran secara lansung daripada para masyaeikh Al-Azhar..8 3.3. ZAINAB AL-GHAZALI : PENTAFSIR Sejarah penulisan tafsir ini bermula sejak beliau berada di penjara, di mana al-Quran menjadi teman khalwatnya, penghibur jiwanya, Beliau sering mencatat beberapa
maklumat dari tafsir
al-Quran yang mampu difahami, di tepi lembaran mashaf dan di antara baris-baris ayatnya. Tetapi sebelum sempat tafsir di sempurnakan, mashaf al-Quran tersebut telah di rampas daripadanya. Selepas Zainab di bebaskan, di samping mula aktif dalam Pertubuhan Wanita Muslimah(1937-1964) dan Pertubuhan Akhwat Muslimah, ( 1964 )9 .Beliau giat menulis artikalartikal di beberapa penerbitan seperti Majalah Dakwah dan Majalah Akhawat Muslimah, beliau turut gigih menyampaikan pengajian terutama tafsir al-Quran di halaqah-halaqah di pelbagai masjid seluruh Mesir. Di selang-selang kegiatan tersebut, beliau memulakan kembali usaha mencatat pengertian yang difahami dari al-Quran . Akhirnya terbukti beliu berjaya menulis tafsirnya dan dicetak juzu’ pertama pada tahun 1994,10 Selepas Zainab di bebaskan, beliau memulakan kembali usaha mencatat pengertian yang difahami al-Quran. Akhirnya terbukti beliau berjaya menulis tafsirnya dan dicetak juzu’ pertama pada tahun 1994, disemak oleh Dr. Abdul al-Haie al-Farmawy,Profesor Ilmu Tafsir di Universiti al-Azhar,Mesir11.
8
..Ibn al-Hasyimi: al-DaiyahZainab al-Ghazali.MasirahjJhad wa HadithMin al ZikiryatMiniKhilalKitabatiha.(Dar al-I’tisam).1989.al-Kaherah. Zainab al-Ghazali alDa’iyah,wasiasahMisriyah,http://www.ikhwanwiki.com/index.php 9 1964 hingga kewafatannya pada 2005. 10 Ibn al-Hasyimi: al-DaiyahZainab al-Ghazali.MasirahjJhad wa HadithMin al-ZikiryatMiniKhilalKitabatiha.(Dar al-I’tisam).1989.al-Kaherah 11 Ibid.
376
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Melalui karya penulisan Zainab al-Ghazali, pembaca dapat mengesani bahawa beliau benarbenar cediakawan wanita yang bijak, ilmuan ulung yang peka terhadap keperluan zaman dan situasi yang ada di lingkungannya. Persoalan ini di paparkan dalam bukunya “Nazaraat Fi Kitabillah’ ini Di dalamnya Zainab mentafsirkan surah al-Fatihah, 7 surah-surah panjang, alTaubah , Yunus dan Hud
3.3. KEKELUARGAAN Zainab
al-Ghazali telah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya
berakhir
dengan penceraian kerana suaminya tidak memberi kebenarannya untuk aktif dalam dakwah. 12 Perkahwinan keduanya pula bersama Haji Salam Muhammad Salam yang memahami semangat dan gagasan perjuangan Zainab al-Ghazali dan sanggup berkorban demi membantu isterinya.13 Di dalam bukunya “ al-Ayyam Min Hayati”, Zainab al-Ghazali memuatkan kisah suaminya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap perjuangannya. Zainab al-Ghazali menekankan bahawa beliau tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarganya walaupun beliau sibuk dengan perjuangannya. Ketika Zainab dibebaskan beliau mendapati suaminya telah wafat kira-kira enam bulan selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1966M.14
4. TAFSIR NAZARAT FI KITABILLAH15
4.1. Pengenalan
12
Suami pertamanya: al-Imam Muhammad al-Hafiz ,dari ulama’ Hadis, Ibn al-Hasyimy , Humum al-Mar’ah alMuslimah wa al-Dai’yah Zainab al-Ghazali.M/S:38 13 Tokoh Ekonomi terkemuka,memiliki 12 syarikat Ekonomi yang beroprasi di Mesir.ibid.:M/S34 14 Suaminya turut menrima tekanan dari pemerintah,semua hartanya dimiliknegarakan,dipaksa menceraikan isterinya.kesedihan yang sangat terhadap apa yang menimpa isterinya membwa kepada kewafatannya. Ibid :M/s 3536. 15 Tajuk yang sama bagi Himpunan petikan tafsiran al-Quran al-Syahid Imam Hassan Albana.
377
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
4.1.1. Kitab Nazarat Fi Kitabillah yang dihasilkan oleh Daiyah Islam ini diterima ramai sebagai karya tafsir al-Quran al-Karim yang pertama dihasilkan oleh wanita sepanjang sejarah Islam .Tafsir ini selesai ditulis oleh Zainab al-Ghazali al-Jubaily di awal 90an16
4.1.2. Penerbitan Jilid pertama kitab ini di terbitkan oleh Darul Syuruq,Mesir pada tahun 199517.Tetapi dengan kewafatan pemilik Dar al-Syuraq : Almarhum Ustaz Muhammad al-Mu’alim, kerja-kerja mencetak jilid seterusnya turut terhenti hingga urusan mencetak selanjutnya diambil alih oleh Syarikat Dar al-Tauzi wa al-Nasyr al-Islamiyah. Penerbitan tahun 2010
tafsir dalam bentuk baru pada
ini, keseluruhannya terdiri dari dua jilid berukuran sederhana besarnya.
mengandungi sekitar 1300 halaman.18 4.1.3 Objektif Penulisan Di antara objektif penulisan tafsir Zainab al-Ghazali menyebut dalam pendahuluan tafsirnya: “Aku mencintaai al-Quran hingga aku dapat menghayatinya, bila mana aku menghayatinya,aku ingin merlagukan iramanya bagi orang yang ku kasihi,maka aku iramakan sebahagian irama para mufassirin,Aku tidak mendakwa aku adalah seorang muffassir. Tetapi apa yang aku mampu ucapkan : Aku benar-benar mencintai al-Quran , begitu merinduinya, dan perindu
gemar
mendendangkan orang yang dikasehinya.Perindu gemar bercerita bagi orang yang dicintainya, duduk bersama orang yang dikasehinya, saling berpelukan.Jadi aku berpelukan dengan alQuran , berbicara dengannya dan untuknya
di kalangan bermelion
para mukmin dan
mukminat,muslimin dan muslimat, dan aku hidup melagukan nya dimasjid-masjid untuk selama lebih dari enampuluh tahun , dalam umur dakwah yang telah aku asaskan di masid-masjid sejak tahun 1937M”
4.1.4. KEUNGGULAN TAFSIR NAZARAT FI KITABILLAH 16
Sejarah penulisannya bermula dalam bentuk cacatan di lembaran mushaf al-Quran sejak di penjara. Jilid pertama mengandungi :tafsir surah al-Fatihah hingga surahIbrahim. 18 selepas lebih empat tahun dari kewafata n penulisnya( 3 Ogos 2005) 17
378
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
4.1.4.1. Prof.Dr.Abdul Hayy al-Farmawy dalam pendahuluan kitab, memberi penghargaan yang tinggi terhadap penulis dengan katanya : “ Seorang Dai’yah Mujahidah yang seluruh hidupnya telah bersama Kitab Allah di saat- saat
manisnya
dan
detik-detik
getirnya-membacanya ,menyemak bila
dibacakan padanya, membaca apa yang diperlukan untuk dapat memahami apa yang terdapat di dalamnya, melazimi dirinya dan membentuk situasinya untuk sentiasa patuh denganapa yang telah difahaminya.
4.1.4.2 Prof.Dr.Abdul Hayy al-Farmwy juga dengan kepakaran tafsirnya telah menyemak dan membuat ringkasan pada prakata buku tersebut mengenai Methodologi yang diambil oleh Daiyah Agong Zainab al-Ghazali dalam menyiapkan tafsir tersebut.
4.1.4.3 Di antaranya ialah : i.
Penjelasan ayat-ayat dan pengertian kalimat al-Quran dihurai dengan bahasa yang mudah dan jelas,tidak ada kesamaran dan mengelirukan.
ii.
Menghubungkan pengertian al-Quran dan hukum-hukumnya dengan rialiti kehidupan semasa, dalam usaha yang benar-benar ingin memperbaiki situasi semasa yang ujud kembali kepada landasan panduan hukum Islam yang sebenar.
iii
Memberi fokus yang sungguh-sungguh terhadap aspek praktis am Islam yang menuntut kepada
membina individu, keluarga dan masyarakat
Muslim
seterusnya membentuk ummah Muslimah hingga mampu menjadi ustaziatul alam . iv.
Tanggungjawab
mendaulatkan Islam Pembinaan peribadi muslim ke arah
kembalikan kedaulatan Islam v.
Dakwah Yang bersungguh kea rah hilang.melalui
menghidupkan
hukum
Ilam
yang
-Melaksanakan pemerintahan mengikut apa yang ditentukan
Allah. -Wajibkan jihad pada jalan Allah untuk mempastikan kalimat Allah lebih tinggi
379
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
5. KESIMPULAN
Berdasarkan
penilaian pakar Tafsir Prof.Dr.Abdul Hayy Al-Farmawy, kajian ini mendapati
bahawa kitab Nazarat Fi Kitabillah” kitab tafsir
yang memiliki ciri-ciri ke unggulan yang
tersendiri,di antaranya : Keperluan untuk menyusuri sejarah dan menyorot kembali peranan dan
sumbangan golongan wanita dalam bidang tafsir dan ilmu yang berkaitan al-Qur’an al-
Karim diharap memampukan kita sampai kepada beberapa objektif penting sesuai dengan hak dan kedudukan wanita. Di antaranya: Ia dapat memperkasakan jati diri golongan wanita dengan
ajaran dan
tuntuta agamanya, bersungguh-sungguh menguasai al-Qur’an
sebagai
sumber kebahagian dunia dan akhirat. Bagi mengorak langkah pertama ke arah mencapai matlamat tersebut, pemilihan jatuh pada tokuh wanita ulung abad ke dua puluh mujahidah Hajah Zainab al-
Ghazali Jubaily
dengan karya tafsir yang diakui ramai
sebagai tafsir pertama dari kalangan wanita yang berjudul : “ Nazarat Fi Kitabillah” diharap
da’iyah
yang
dapat menjadi contoh, dorongan dan ikutan unggul bagi seluruh muslimat
sejenisnya. Zainab dengan tafsirnya menjadi contoh unggul keupayaan dan contoh
wanita
muslimah.
Rujukan
Ibn al-Hasyimi: al-DaiyahZainab al-Ghazali.MasirahjJhad wa HadithMin
al-Zikiryat Mini
Khilal Kitabatiha.(Dar al-I’tisam).1989.al-Kaherah Zainab al-Ghazali alJubaily. Nazarat Fi Kitabillah (2006) Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr,Kaherah Syeikh Muhammad Sa’id Mursi, Tokoh-Tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman, Kuala Lumpur, 2011,
380
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ibn al-Hasyimy , Humum al-Mar’ah al-Muslimah wa al-Dai’yah Zainab al-Ghazali. .(Dar alI’tisam).1989.al-Kaherah
Ibn al-Hasyimi: al-Daiyah Zainab al-Ghazali.MasirahjJhad wa Hadith Min
al-. Zainab al-
Ghazali al-Da’iyah,wasiasahMisriyah,http://www.ikhwanwiki.com/index.php
Zainab al-Ghazali al-Da’iyah,wasiasahMisriyah,http://www.ikhwanwiki.com/index.php http;w.w.w.ikhanwiki.com/index.php.
381