KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI (MECD) Lot 2G6, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya Malaysia. Tel : 603 - 8880 5000 Fax : 603 - 8880 5106 Http://www.mecd.gov.my
i
Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancangan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahanbahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawanusahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam,
Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.
Muka surat
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
1
DASAR DAN PERATURAN KERAJAAN
2
PROFIL PERNIAGAAN
3
PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN
4
PENGURUSAN PENGELUARAN
7
PENGURUSAN TENAGA KERJA
8
PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN
8
PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN
11
PENGURUSAN RISIKO
14
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN
15
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
1
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
PENGENALAN Perniagaan ikan hiasan dalam akuarium meliputi menjual dan membekal pelbagai jenis ikan hiasan dan peralatan memelihara ikan hiasan seperti akuarium, filters, heaters dan lain-lain aksesori kepada pelanggan. Pengusaha boleh juga mengembangkan perniagaan dengan membekal dan menyelenggarakan ikan hiasan dan akuarium kepada pelanggan mereka sama ada di rumah, premis-premis perniagaan atau di pejabat.
POTENSI DAN MASA DEPAN PERNIAGAAN JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM. Pada masa kini, kecenderungan minat terhadap ikan hiasan semakin meningkat walaupun nilainya masih kecil. Kajian pengguna yang dilakukan di Perancis yang dikatakan boleh mewakili pengguna secara umum menunjukkan 9.6 peratus memiliki akuarium. Peningkatan isi rumah memiliki akuarium adalah 0.1 peratus setahun (Analisis Industri Ikan Hiasan, 2004). Selain daripada isi rumah, pengguna juga boleh terdiri dari institusi seperti pejabat-pejabat kerajaan dan swasta, sekolah atau Institut Pengajian Tinggi, tempat dan kemudahan awam seperti hospital, lapangan terbang, kompleks beli-belah, hotel dan restoran.
MENGAPA MEMILIH PERNIAGAAN INI Faktor-faktor berikut perlu menjadi asas kepada usahawan dalam memberi pertimbangan untuk memilih perniagaan ini:
Mempunyai potensi yang cerah untuk maju.
Permintaan terhadap produk ikan hiasan yang memberangsangkan.
Tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi.
Kemampuan untuk menjana keuntungan yang tinggi.
Tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang mendalam. Namun, adalah suatu kelebihan kepada pengusaha yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam mengenai perniagaan ini.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
1
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
Perniagaan adalah mudah untuk dikendalikan.
Tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Bergantung pada saiz perniagaan yang diusahakan.
Keupayaan mendapatkan peralatan dan bahan-bahan dengan mudah.
Ramai usahawan sedia ada yang telah berjaya.
2
DASAR DAN PERATURAN KERAJAAN
POLISI DAN DASAR KERAJAAN Terdapat peraturan-peraturan dan akta tertentu yang perlu dipatuhi. Misalnya, terdapat jenis-jenis ikan yang dilarang dan terancam seperti spesies Piranha, spesies Jerung dan lain-lain jenis ikan yang berbahaya dan dilarang. Manakala spesies-spesies ikan yang terancam terdiri daripada spesies-spesies ikan di bawah kumpulan paus, spesies ikan di bawah kumpulan lumba-lumba dan lain-lain. Pelanggaran peraturan/akta ini boleh dikenakan penalti seperti yang telah diperuntukkan dalam Akta Perikanan yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM). Manakala bagi urusan eksport, mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Convention on International Trade in Endangered Species (CITES) menjadi tanggungjawab pengusaha.
PELESENAN Lesen yang diperlukan bagi memulakan perniagaan ikan hiasan ialah:
Pendaftaran Perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Lesen/Permit/Surat Kuasa ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa Tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya).
PERATURAN Peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan/penguasa tempatan antaranya ialah menjaga kebersihan kawasan perniagaan dan tidak mengganggu persekitaran sekeliling. Contohnya air lebihan basuhan tidak mengotorkan kawasan orang lalu-lalang serta tiada bauan yang tidak menyenangkan daripada premis. ________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
2
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
3
PROFIL PERNIAGAAN
PERNIAGAAN ASAS JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM Perniagaan utama adalah menjual pelbagai jenis ikan hiasan di dalam akuarium yang terdiri daripada ikan air tawar dan ikan air masin.
Ikan Air Tawar Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan air tawar yang boleh dipelihara dalam akuarium. Antara ikan hiasan air tawar yang diminati di kalangan pelanggan termasuklah ikan Flower Horn, Carp, Arowana, Goldfish, Gourami dan lain-lain lagi.
Ikan Air Masin Memelihara ikan hiasan air masin adalah mengasyikkan kerana ia menampakkan keindahan fauna di dalam laut seperti kita berada di dalam lautan. Antara contoh ikan hiasan air masin yang menjadi pilihan pengguna ialah Angelfish, Clown Fish, Cichlid dan lain-lain.
PERNIAGAAN SAMPINGAN JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM Selain daripada menjual pelbagai jenis ikan hiasan, biasanya pengusaha menyediakan produk-produk sampingan yang berkaitan dengan perniagaan untuk dijual seperti makanan ikan, ubat-ubatan untuk ikan hiasan serta akuarium dan peralatan untuk memelihara ikan hiasan.
JENIS PERNIAGAAN YANG BERKAITAN DENGAN IKAN HIASAN Selain menjual set-set akuarium dan peralatan memelihara ikan hiasan dalam akuarium, menjual binatang peliharaan yang lain seperti tikus hamster, arnab, kucing, burung dan Iguana mampu menarik minat pelanggan dan membolehkan pelanggan membuat pilihan binatang peliharaan selain daripada memperoleh pendapatan tambahan.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
3
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
4
PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN
Sebelum sesuatu perniagaan dijalankan, bakal pengusaha perlu mengetahui proses-proses bagi memulakan perniagaan. Proses-proses tersebut adalah seperti penubuhan perniagaan, pemilihan lokasi atau premis perniagaan, mendapatkan lesen serta pendaftaran sebagai pembekal sekiranya ingin menjadi pembekal kepada pihak Kerajaan ataupun swasta. PENUBUHAN PERNIAGAAN Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha perlu menubuhkan syarikat terlebih dahulu. Faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh bakal pengusaha sebelum menubuhkan perniagaan adalah:
Pemilihan Nama Perniagaan
Jenis Perniagaan
-
Persendirian
-
Perkongsian
-
Syarikat Sendirian Berhad
Prosedur Pendaftaran
PEMILIHAN LOKASI/PREMIS Pemilihan lokasi perniagaan yang strategik mampu menjana perniagaan untuk berkembang maju. Lokasi perniagaan biasanya terletak di kawasan terbuka dan tempat tumpuan orang ramai seperti di kawasan komersial, kawasan perumahan malah ada juga di dalam kompleks membeli-belah. Beberapa faktor penting dalam pemilihan lokasi yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan ialah: Ciri Demografi Penduduk Sekitar Pemerhatian ke atas faktor-faktor seperti latar belakang pengguna yang meliputi jantina, umur, bangsa, pekerjaan, taraf ekonomi, sosial, kepercayaan dan lain-lain.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
4
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
Persaingan Pengusaha yang ingin menceburi bidang perniagaan ikan hiasan perlu mengetahui persaingan yang akan dihadapi di kawasan yang dipilih. Pengusaha perlu mencari pelbagai alternatif bagi menghadapi persaingan yang wujud.
Kemudahan Infrastruktur Asas Yang Diperlukan Kemudahan infrastruktur asas yang diperlukan oleh pengusaha juga memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan lokasi atau premis perniagaan. Sebagai contoh kemudahan jalan raya dan kemudahan utiliti seperti air dan elektrik.
MENDAPATKAN LESEN/PERMIT Setelah pemilihan lokasi perniagaan dibuat, pengusaha perlu mendapatkan lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Lesen perniagaan ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau Dewan Bandaraya. Pengusaha perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan seperti memenuhi piawai keselamatan minimum premis perniagaan, tidak mengganggu ketenteraman awam dan sebagainya sebelum lesen perniagaan dikeluarkan.
Sijil Kesihatan Ikan Dan Sijil Negara Asal Ikan Hiasan Yang Diimport atau yang hendak dieksport memerlukan Sijil Kesihatan dan Sijil Negara Asal serta sijil-sijil yang berkaitan. Bagi tujuan import atau eksport, pengusaha boleh memohon segala sijil tersebut dengan mengisi borang permohonan yang telah ditetapkan oleh Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di bawah pengurusan Jabatan Perikanan. PENDAFTARAN SEBAGAI PEMBEKAL Kerajaan Dan Agensi Kerajaan Seandainya pengusaha hendak menjalankan perniagaan dengan membekalkan produk atau perkhidmatan ikan hiasan dalam akuarium kepada organisasi dalam agensi kerajaan, maka perlulah membuat pendaftaran di Kementerian Kewangan Malaysia seperti alamat berikut:
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
5
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2 , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya. Tel : 03-88823000 Faks : 03-88823893/03-88823894 Laman web: http://www.treasury.gov.my
Syarikat Swasta Pengusaha juga perlu mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat swasta untuk mendapatkan peluang-peluang membekalkan produk dan perkhidmatan perniagaan. Ada sesetengah syarikat swasta mengehendaki mana-mana syarikat yang ingin bekerjasama menjalankan urus niaga perlu mendaftar dengan syarikat mereka terlebih dahulu.
PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu perniagaan. Rancangan Perniagaan ini bertujuan:
Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju atau sebaliknya.
Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
6
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
5
PENGURUSAN PENGELUARAN
PERALATAN Jumlah peralatan yang diperlukan bagi memulakan perniagaan adalah berbeza mengikut saiz perniagaan. Walau bagaimanapun, keperluan peralatan asas adalah sama. Antara peralatan yang perlu ialah:
Penapis (Filter)
Alat Pemanas (Heaters)
Bebenang Penapis (Span)
Pam Air
Pam Udara
Lampu Akuarium
Akuarium/Tangki Kaca
Kaki Akuarium
Tangki Gentian Kaca (fiberglass)
BAHAN-BAHAN
Anak Ikan
Ubat-Ubatan
Makanan Ikan
Rumpai Air/Tumbuhan Akuatik
Batu Karang
Lain-Lain Hiasan •
Batuan kecil,
•
Poster pemandangan belakang,
•
dan lain-lain
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
7
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
6
PENGURUSAN TENAGA KERJA
Pekerja memainkan peranan penting dalam menggerakkan operasi perniagaan. Jenis dan jumlah pekerja bergantung kepada saiz perniagaan. Keperluan tenaga pekerja dalam perniagaan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pengurusan dan pekerja am. Peruntukan perlu juga dibuat untuk gaji pekerja. Gaji pekerja yang kompetitif dengan pekerjaan yang dilakukan perlu diambil kira oleh pengusaha.
KURSUS DAN LATIHAN Agensi-agensi kerajaan khususnya Jabatan Perikanan Malaysia ada menyediakan kursuskursus persediaan usahawan di dalam industri penternakan ikan hiasan sama ada penternakan ikan hiasan air tawar atau ikan hiasan air masin. Pengusaha boleh mengikutinya sebagai sumber pengetahuan dan mempelajari teknik-teknik pembenihan ikan hiasan, teknik penyediaan makanan ikan hiasan, pengurusan kesihatan ikan hiasan dan lain-lain yang berkaitan dengan pemeliharaan ikan hiasan. Latihan teknikal seperti penyelenggaraan ikan-ikan hiasan, teknik penyelenggaraan akuarium, dan lain-lain boleh diberikan secara dalaman (on the job training) oleh pengusaha sendiri kepada para pekerja.
7
PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN
Aspek pemasaran adalah sangat perlu dalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan pada masa ini. Dua fasa utama dalam pemasaran ialah menyedia rancangan pemasaran yang mengandungi strategi dan taktik pemasaran yang dijangka memberi kelebihan kepada perniagaan. Fasa kedua ialah pelaksanaan rancangan yang telah disediakan.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
8
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
PASARAN Pasaran memfokuskan kepada dua aspek iaitu segmen pasaran dan saiz pasaran ikan hiasan.
Segmen Pasaran Pasaran bagi perniagaan ikan hiasan dalam akuarium boleh dibahagikan kepada tiga segmen penting mengikut kumpulan pelanggan:
•
Individu
•
Swasta
•
Jabatan kerajaan
Saiz Pasaran Saiz pasaran bagi perniagaan ikan hiasan dalam akuarium tidak dikaji secara khusus oleh mana-mana pihak. Namun begitu, perkembangan industri ikan hiasan dalam akuarium boleh dilihat daripada perkembangan semasa industri ikan hiasan secara keseluruhan.
KEPERLUAN PELANGGAN Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pengusaha dalam membuat sesuatu pemasaran produk seperti faktor harga, kualiti produk dan perkhidmatan yang disediakan. PAKEJ PERKHIDMATAN Pengusaha
juga
harus
mempertimbangkan
bagaimana
untuk
memperkenalkan
perkhidmatan yang mampu menarik perhatian pelanggan bagi meningkatkan hasil jualan dan menguatkan hubungan dengan pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru.
Pelbagai Pakej Antara pakej perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pengusaha: •
Perkhidmatan pembersihan akuarium di pejabat-pejabat atau rumah-rumah
•
Perkhidmatan penghantaran ikan hiasan kepada pelanggan
•
Pakej pembelian balik
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
9
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
Perkhidmatan Selepas Jualan Bagi menjaga imej dan meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap perniagaan, pengusaha boleh juga menyediakan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan seperti penghantaran ikan hiasan, akuarium atau peralatan kepada pelanggan.
Khidmat Nasihat Kepada Pelanggan Pengetahuan mengenai ikan hiasan, keperluan dalam memelihara ikan hiasan seperti akuarium, peralatan, makanan, ubat-ubatan dan penyakit adalah perlu kepada pengusaha kerana maklumat-maklumat ini adalah penting kepada pelanggan sama ada yang baru mula memelihara ikan hiasan atau yang telah lama memiliki ikan hiasan.
PENENTUAN HARGA Faktor Peletakan Harga Antara faktor yang diambil kira ialah dari segi jenis dan saiz ikan hiasan tersebut. Malah ada juga harga ikan hiasan ditentukan berdasarkan kecantikan corak dan warna pada badan ikan. Manakala pengusaha yang menjalankan urus niaga import dan eksport ikan hiasan, harga adalah berbeza di antara negara, bergantung pada jarak (kos pengangkutan), kos pengeluaran, kualiti ikan dan kadar pertukaran. Strategi Peletakan Harga Pengusaha boleh meletakkan harga mengikut:
Harga Pasaran Harga yang ditetapkan pada kadar yang sama dengan harga yang terdapat di pasaran.
Harga Premium Harga premium ialah harga yang diletakkan lebih tinggi daripada harga pasaran.
Harga Rendah Pengusaha menjual produk dengan meletakkan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran bagi produk yang mempunyai kualiti yang sama.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
10
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
PROMOSI Pengusaha mampu meningkatkan jualan dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan melalui aktiviti promosi. Pengusaha boleh menggunakan pelbagai jenis promosi yang dirasakan sesuai sebagai suatu usaha untuk melariskan jualan produk ikan hiasan mereka seperti pengiklanan melalui media cetak dan elektronik serta penglibatan dalam ekspo/pameran yang berkaitan.
JARINGAN/CAWANGAN Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaannya sama ada di dalam atau keluar negara, para usahawan haruslah menjalin hubungan dengan pengusaha-pengusaha tempatan dan luar negara. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan baru di pasaran baru dapat dikurangkan dan segala keperluan pasaran baru dapat diatasi bersama di samping berpeluang mempelajari teknik-teknik baru di dalam pemeliharaan, penjagaan, dan pemuliharaan ikan hiasan.
8
PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN
Pengurusan kewangan melibatkan penyediaan anggaran belanjawan, penentuan sumber modal, pengurusan aliran tunai, pengurusan akaun dan pelaburan.
MODAL PERMULAAN Modal permulaan yang diperlukan bergantung kepada beberapa faktor. Di antara faktor utama adalah saiz perniagaan. Peruntukan modal permulaan bergantung kepada besar atau kecilnya sesuatu perniagaan. Modal Permulaan Minimum Kos Permulaan minimum bagi memulakan perniagaan kedai jualan ikan hiasan dalam akuarium dianggarkan RM20,000. Berikut adalah contoh perbelanjaan semasa memulakan perniagaan kedai jualan ikan hiasan dalam akuarium bagi perniagaan bersaiz kecil:
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
11
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
JADUAL CONTOH ANGGARAN KOS MINIMUM PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN Penubuhan syarikat Deposit Sewa Premis Deposit telefon/elektrik/air Kos Kelengkapan: Peralatan Akuarium Penapis Pemanas Tangki fiberglass Pam air Pam angin Bahan-bahan Ikan hiasan Makanan Ubat-ubatan Aksesori Persiapan Premis Lain-lain kos JUMLAH
-
RM 70.00 RM 1,000.00 RM 1,000.00 RM15,000.00
-
RM 2,000.00 RM 930.00 RM20,000.00
Anggaran ini berdasarkan pengusaha menyediakan 15 akuarium berserta peralatanperalatan lain dan bahan-bahan yang diperlukan.
Modal Permulaan Sederhana Kos Permulaan sederhana dianggarkan antara RM20,000 sehingga RM50,000. Ini adalah bergantung pada kos-kos yang terlibat seperti penubuhan syarikat, deposit, sewa premis, deposit utiliti (telefon/air/elektrik), kos kelengkapan, persiapan premis, komputer dan lainlain kos. Penggunaan komputer adalah untuk memudahkan pengurusan merekodkan maklumat-maklumat perniagaan.
Modal Permulaan Tinggi Kos Permulaan perniagaan bersaiz besar adalah melebihi RM50,000. Modal yang diperlukan bergantung pada jumlah kelengkapan yang digunakan seperti saiz dan kuantiti akuarium, penapis, pemanas, pam air, tangki gentian kaca dan lain-lain peralatan serta jenis yang digunakan. Kebiasaannya, pengusaha bersaiz besar menjalankan aktiviti membekal kepada perniagaan lain dan ini memerlukan pengusaha mempunyai kenderaan bagi urusan penghantaran bekalan.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
12
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
MODAL PUSINGAN Modal pusingan adalah modal yang digunakan dalam membiayai perniagaan sebelum mendapat pulangan modal yang dilaburkan. Jumlah modal pusingan yang digunakan bergantung kepada jumlah jualan, kaedah bayaran, kemudahan kredit dan sebagainya.
SUMBER KEWANGAN Pengusaha boleh memulakan perniagaan dengan menggunakan pelbagai sumber kewangan seperti berikut:
Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.
Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan kemudahan pinjaman dan overdraf.
Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang kepada syarikat kewangan. Kebiasaannya selama 3 hingga 5 tahun dan bayaran muka sebanyak 10% hingga 25%.
Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusahapengusaha baru seperti: a. Skim pinjaman TEKUN (TEKUN) b. Skim Usahawan Siswazah (SUS) c. Pembiayaan Secara Islam (MARA)
KOS OPERASI Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi perniagaan. kebiasaannya kos operasi yang terlibat dalam perniagaan ini ialah sewa premis, gaji dan upah pekerja, kos utiliti (air dan elektrik) dan kos telekomunikasi.
HASIL JUALAN Pendapatan untuk perniagaan ini bergantung kepada dua hasil jualan iaitu hasil jualan daripada perniagaan utama dan hasil jualan daripada perniagaan sampingan lain.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
13
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
Perniagaan Utama Seperti yang difahami, perniagaan utama kedai ikan hiasan dalam akuarium adalah menjual produk ikan-ikan hiasan serta peralatan-peralatan lain seperti akuarium, pemanas dan bahan-bahan lain. Hasil jualan produk-produk ini dikira sebagai hasil pendapatan perniagaan utama.
Perniagaan Lain-Lain Manakala perniagaan yang dijalankan seperti menjual haiwan peliharaan lain seperti burung, ayam, kucing, tikus hamster dan lain-lain serta penjualan barang-barang seperti peralatan memancing, sangkar burung dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan ikan hiasan merupakan hasil jualan sampingan daripada perniagaan utama.
ANALISIS KEWANGAN Analisis kewangan melibatkan penilaian kedudukan kewangan sesebuah perniagaan untuk masa lepas, kini dan akan datang. Objektif utama ialah menentukan kelemahan serta kekuatan perniagaan. Untuk keberkesanan, pengusaha harus menyediakan penyatapenyata kewangan asas seperti penyata pendapatan dan kunci kira-kira bagi mengetahui Titik Pulang Modal (TPM) yang diperlukan dalam menjana keuntungan yang diharapkan.
9
PENGURUSAN RISIKO
Setiap perniagaan berhadapan dengan risiko. Risiko yang dihadapi kadangkala begitu tinggi dan kadangkala rendah bergantung kepada bidang yang diceburi. Begitu juga dengan perniagaan ikan hiasan. Antara risiko yang dikenal pasti ialah: Pemilikan Dan Penjualan Ikan Hiasan Dilarang Dan Dilindungi Pengusaha perlu peka dengan perubahan atau penggubalan undang-undang berkenaan pemilikan dan penjualan ikan hiasan dilarang dan dilindungi bagi mengelakkan daripada risiko dikenakan tindakan atau denda bersabit perkara berikut. ________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
14
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
Pasaran Segala perubahan di dalam pasaran seperti perubahan ekonomi, persaingan, industri ikan hiasan, dan perubahan dalam industri lain yang berkaitan serta pelanggan merupakan risiko dalam pasaran yang perlu diambil perhatian oleh pengusaha untuk mengekalkan kedudukan dalam pasaran dan meningkatkan hasil jualan.
Penyakit Ikan Hiasan Risiko penyakit mungkin akan menyebabkan kematian kepada ikan hiasan dan membawa kerugian kepada pengusaha. Pemantauan dan tindakan awal perlu diambil segera oleh pengusaha bagi mengurangkan risiko tersebut.
Kewangan Perniagaan ini melibatkan aliran tunai yang tinggi. Namun begitu terdapat juga urusan yang dijalankan secara kredit. Ini memerlukan kawalan kredit dan kutipan hutang harus diurus dengan baik bagi mengelakkan risiko hutang lapuk.
10
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN
Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang kepada keuntungan dan berterusannya sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.
Ciri - Ciri Usahawan Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan adalah seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
15
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN KEDAI JUALAN IKAN HIASAN DALAM AKUARIUM ____________________________________________________________________________________________________________
Ciri-Ciri Perniagaan Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iaitu produk, premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.
________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD
16