LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL SEMESTER 1 SESI 2016/2017
ISU PEMBAZIRAN MAKANAN DI MALAYSIA
WONG YIK CHUN (A151621)
PENSYARAH: DR. MARINA BINTI ZAHARI
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI
2016
2
Isis Kandungan 1.0
Pengenalan ...................................................................................................................... 3
2.0
Contoh Kes Pembaziran Makanan .................................................................................. 5
2.1
Penemuan Situasi Dan Tindakan Yang Diambil ............................................................ 6
2.2
Usaha Kerajaan ............................................................................................................... 8
4.0
Refleksi ......................................................................................................................... 10
5.0
Kesimpulan ................................................................................................................... 12
6.0
Rujukan ......................................................................................................................... 12
3 1.0
PENGENALAN
Etika ialah satu prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Dari segi etika individu pula, sama ada betul atau salah adalah berbeza untuk setiap individu. Manakala etika professional adalah penilaian prinsip moral terhadap sesuatu kumpulan di mana direka untuk mengawal prestasi dan kelakuan mereka dalam pelaksanaan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang sedia ada. Etika amat penting bagi memberi impak kepada perkembangan kualiti kehidupan manusia. Etika memberi orientasi bagaimana kita menjalani hidupnya melalui rangkaian tindakan sehari-hari. Hal ini bermakna sebagai seorang manusia yang bertamadun perlu bersikap baik dan bertindak secara tepat dalam menjalani hidup ini. Pada akhirnya kita dapat mengambil keputusan tentang tindakan apa yang perlu kita lakukan serta bersama bahawa apa yang kita faham mengenai etika dapat diterapkan dalam segala aspek atau sisi kehidupan kita. Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber alam dan merangkumi hampir segalanya bagi keperluan rakyat. Kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang enak seperti lemang, nasi lemak, tosai, kari, nasi ayam, char kuey teow hampir di manamana sahaja. Makanan memang mudah didapati dan dinikmati pada bila masa sahaja. Walaubagaimanapun, pernahkah kita berfikir bahawa mana datangnya makanan-makanan itu? Kita dididik sejak kecil untuk makan dan elakkan pembaziran. Ada katanya nasi mungkin menangis namun emosi dimainkan agar kita makan nasi tersebut sampai habis. Itulah hebatnya para ibu bapa kita dahulu mendidik kita. Namun kenapakah zaman sekarang kata-kata ibu bapa tersebut tidak kita ikut sekarang? Isu ini bukan sahaja cakap kosong malah disokong dengan statistik iaitu kira-kira 15, 000 tan metrik sisa makanan dibuang penduduk negara ini setiap hari. Daripada jumlah tersebut, 8,000 tan metrik adalah sisa makanan dan kira-kira 900 tan metrik pula adalah sisa makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.
4 Tahukah anda, jumlah sisa makanan itu sebenarnya boleh menampung makanan untuk 10 juta orang sebanyak tiga kali sehari? Menjelang tahun 2020, sisa makanan yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia sahaja mampu mengisi hampir 16 buah Menara Berkembar Petronas. Jumlah tersebut sebenarnya sangat membimbangkan kerana semakin banyak sisa makanan dibuang, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang semakin tinggi untuk menguruskannya.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih banyak untuk menghasilkan makanan atau mengimport makanan, dan sebagai pengguna, membuang makanan bermakna kita telah membuang duit kita.
5 2.0
CONTOH KES PEMBAZIRAN MAKANAN
Suatu artikel telah dipaparkan oleh themalaymailonline dengan tajuknya ”Selepas cipta rekod negara, 1,500 mangkuk laksa dibuang sia-sia”. Pada hakikatnya, sebanyak 1500 mangkuk dimasak dan dibuang untuk mecipta rekod Malaysia Book of Records adalah sikap yang kurang timbang rasa dan tidak bertanggungjawab. Laksa Sarawak yang mencipta rekod tersebut telah dibuang atas sebab tidak sihat untuk dimakan seperti mana yang dilaporkan oleh The Borneo Post. Tujuan aktiviti ini dilancarkan tercapai dan berjaya direkodkan dalam Malaysia Book of Records, juadah tersebut yang dimasukkan dalam mangkuk sedalam 1.3 meter mengandungi bahan asas hidangan popular itu. Ia mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam. Laksa Sarawak terbesar mengambil masa 18 jam untuk disediakan oleh 15 tukang masak. Persoalannya saya adalah wajarkah sebarang kelakuan tersebut yang menggalakkan pembaziran semata-mata untuk mendapat rekod dalam buku?
Chef Wan hadir pada sebuah acara yang menyaksikan sebuah pusat membeli-belah tempatan di Sarawak semalam mencipta rekod dengan mangkuk terbesar Sarawak Laksa tetapi menerima kritikan selepas terdapat pendedahan mengenai makanan itu yang dibuang.
6 2.1
PENEMUAN SITUASI DAN TINDAKAN YANG DIAMBIL
Saya pernah menemui kes-kes di mana pelajar tidak dapat menghabiskan makanan yang dibeli dari kafeteria kolej atau di mana-mana sahaja. Jumlah makanan yang banyak yang bakal dituang ke dalam tong sampah adalah masih elok dan boleh dimakan. Saya berasa amat sayang terhadap makanan dan duit yang dibelanja untuk membeli makanan tersebut. Pada
pandangan
saya,
saya
berasa
kami
perlu memikirkan sesuatu untuk
mendepani isu ini. Kami perlu bertindak dengan sikap positif dan proaktif terhadap isu pembaziran makanan yang berlaku saban hari ini. Konsep keserdahanaan dan berfikiran terbuka supaya nilai adil dapat ditanam kepada orang lain. Sebagai contoh, saya menjadikan diri sendiri sebagai contoh yang baik dengan menghabiskan jumlah amaun makanan yang saya ambil. Saya juga menolong rakan-rakan untuk menghabiskan amaun makanan lebihan kepada mereka. Hal ini adalah penting disebabkan kami perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan yang kami melakukan termasuklah pengambilan makanan secara sederhana. Penyelesaian yang tepat dan professional perlu diterapkan dan bukan sahaja mengenakan dendaan kewangan atau menegur kepada pihak-pihak(pelajar) yang terlibat dengan isu tersebut. Kami perlu memaafkan kesalahan orang lain jika bertemu dengan pihak yang gagal menghabiskan makanan sendiri. Lebih kurang dua tahun yang lepas, saya makan malam dengan seorang rakan di Kolej Keris Mas. Didapati dia tidak dapat menghabiskan Chicken Chop yang dipesan. Saya berasa aneh dan bertanya kepada rakan saya. Rakan saya memberitahu bahawa dia bukan sengaja nak meninggalkan sisa tersebut tetapi tidak selesa dengan lemak yang berlebihan dan kulit ayam yang tebal. Saya bersetuju dengan rasional rakan saya dan memberi sedikit cadangan yang sesuai kepada dia jikalau dia mengunjungi lagi kafeteria di Kolej Keris Mas. Iktibarnya, saya mempelajari bahawa kita perlu mendengar fikiran dan pandangan orang lain sebelum melakukan sebarang tindakan. Oleh itu, kita harus mendengar dahulu dan mengamalkan sikap bertimbang rasa dan hormat-menghormati perlu kita terapkan agar sebarang perselisihan dapat ditangani secara berhemah. Terdapat situasi yang lain berlaku di kafeteria Kolej Ungku Omar. Nasi ayam madu dan nasi lemak di kolej tersebut terkenal dengan jumlah amaun nasi dan saiz ayam diberi. Makanan yang dibekalkan terlalu banyak untuk tabiat makan individu, terutamanya pelajar perempuan. Maka, terdapat banyak makanan tidak dapat dihabiskan dan dibuang ke dalam tong sampah. Walaubagaimanapun, terdapat juga sekumpulan pelajar yang bersikap prihatin dengan
7 memberitahu kurangkan nasi yang diberi. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang membawa kotak makanan untuk menyimpan amaun berlebihan untuk mengelakkan pembaziran. Pemerhatian ini telah mendorong saya mengucapkan terima kasih kepada mereka lalu kami dapat mengenal antara satu sama lain. Pokoknya, kami harus menghargai orang yang berusaha untuk menjadikan persekitaran kita lebih baik.
8 2.2
USAHA KERAJAAN
Sebuah inisiatif di bawah naungan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang berhasrat menjayakan program yang mampu mengubah dan mendidik masyarakat iaitu Save Food Campaign. Inisiatif ini telah dilaksanakan di peringkat global sejak tahun 2011, kini terdapat lebih 350 organisasi di lebih 50 buah negara yang sudah bersama-sama berganding bahu menjayakannya, manakala Save Food Campaign Malaysia (My Save Food) pula bermula pada tahun 2015.
Timbalan Pengarah Program Jaringan Antarabangsa Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti MARDI, Dr. Ainu Husna M. S. Suhaimi berkata, kepentingan inisiatif ini adalah untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan. “Kehilangan dan pembaziran ini merangkumi apa-apa sahaja makanan yang hilang dari ladang, kemudian kedai, rumah dan termasuklah makanan yang dimasak dan dibuang. Pihak yang terlibat pula termasuklah kesemuanya bermula dari petani, pembekal, peniaga sehingga pengguna. “Oleh itu, kami telah menyasarkan keseluruhan rantaian makanan bermula di ladang hingga ke isi rumah yang merupakan pengguna untuk sama-sama memainkan peranan agar dapat mengawal kesan yang lebih buruk akibat daripada kehilangan dan pembaziran makanan,” katanya letika ditemui di ibu pejabat MARDI, Serdang baru-baru ini.
Jelasnya, statistik dunia menunjukkan berlaku pembaziran sehingga mencecah 1.3 bilion tan metrik setahun, tetapi senario pembaziran dan kehilangan makanan itu berbeza-beza mengikut negara. “Menerusi kempen ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kehilangan dan pembaziran makanan dengan adanya jaringan MY Save Food Ini,” katanya. Kemudian, pada bulan April 2016 akan diadakan sebuah forum Save Food Malaysia bagi membincangkan inisiatif untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan di negara ini selain penyebaran bahan kesedaran kepada orang awam menerusi media sosial, penambahan keahlian dan aktiviti jaringan My Save Food.
9 Agensi kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar bagi membendungkan isu pembaziran makanan yang semakin ketara pada hari ini. Namun begitu, penyelesaian masalah ini tidak harus menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi punca bagi isu tersebut adalah bermula dalam diri kita sendiri. Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi mengatasi masalah ini dengan mengamalkan sikap menghargai makanan dan mendidik anakanak agar tidak membazirkan makanan. Kita boleh memberi ilmu dan sumber maklumat bahawa betapa susah untuk menyediakan makanan yang kita nikmati pada hari ini, maka kanak dan remaja dapat berfikir sebelum bertindak. Secara amnya, kita perlu menanamkan sikap berjimat cermat dengan mengambil makanan dalam jumlah yang diperlukan, kesederhanaan adalah diperlukan untuk mengambil amaun makanan yang cukup sahaja. Selain itu, perancangan dan penyenaraian pembelian barangan dapur adalah penting supaya tiada sebarang makanan dibuang kerana tidak segar. Pengetahuan mengenai recipe kitar semula adalah penting bagi menguruskan makanan yang lebihan atau digalakkan untuk mendermakan makanan yang berlebihan kepada pihak kebajikan dan golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan sebagainya.
Pembaziran makanan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Saya hendak menekankan bahawa kita tidak harus mempunyai prejudis terhadap orang yang terlibat. Disebabkan kita sebagai manusia, insan yang tidak sempurna pernah membuat kesilapan dalam kehidupan seharian. Kita perlu bertimbang rasa dan memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dimana lebih bermanfaat daripada mengkritik dan memberi komen yang negatif. Saya juga sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak melakukan sebarang pembaziran dalam kehidupan seharian. Ingatan dan pedoman dapat membantu kita untuk mengaudit diri serta merenung kembali apa yang telah kita lakukan kepada alam selama ini. Selain itu, saya juga memuji rakan-rakan yang dapat menghabiskan makanan sampai habis. Perancangan yang rapi perlu dibuat sebelum memesan sebarang makanan. Sebagai contoh, jumlah makanan yang diberi oleh Kolej Ungku Omar adalah banyak (kira-kira dapat dihidangkan kepada 2 orang dewasa). Saya memberi cadangan kepada kawan supaya menyimpan sebahagian makanan tersebut di kotak untuk kemudian.
10 4.0
REFLEKSI
Secara amnya, “budaya” tersebut adalah berpunca daripada sikap masyarakat yang suka berbelanja besar ketika membeli barang-barang makanan dan beranggapan bahawa tiada ruginya sekiranya makanan tersebut dibuang. Kegagalan untuk merancang bagi membeli barangan dapur mengakibatkan sesetengah barangan makanan yang dibeli tidak digunakan sehinggakan ianya terpaksa dibuang kerana telah luput. Sifat tamak haloba juga mendorong kepada pembaziran makanan terutamanya berlaku sempena majlis-majlis jamuan terbuka dan majlis berbuka puasa. Pengambilan juadah yang banyak gara-gara mengikut hawa nafsu dan perut yang lapar mengakibatkan makanan diambil dalam kuantiti yang banyak dan akhirnya tidak habis dimakan dan seterusnya dibuang ke dalam tong sampah. Ini menyebabkan pembaziran apabila makanan terpaksa dibuang kerana tiada siapa yang mahu makan lebihan makanan orang lain. Pada pandangan saya, saya berpendapat bahawa tiada satu takrif piawai bagi perkataan “pembaziran” yang dapat dipersetujui oleh orang ramai. Misalkan terdapat suatu gelas kaca yang diisi penuh dengan air. Jika kita menuangkan setitis air ke gelas tersebut, dan adakah itu perlakuan membazir? Jika tidak, bagaimana jika dua titis air berikut dan seterusnya? Hal ini adalah sukar untuk menentukan sempadan bagi pembaziran namun kita boleh mengurangkan sebarang pembaziran dengan sedaya upaya. Isu ini tidak akan ditangani dengan mengadakan kempen kesedaran sahaja malah kita perlu berfikir dan meluaskan lingkaran pengaruh (circle of influence). Saya percaya bahawa setiap tindakan dan tutur kata dilakukan oleh seseorang akan memberi kesan kepada fikiran atau tindakan orang lain. Intipatinya, jika kita mengamalkan nilai keserdahanaan dan mengurangkan pembaziran, maka impak akan diberi kepada orang sekeliling. Pada realitinya, negara Malaysia memang kaya dengan sumber makanan tetapi hal ini bukan faktor yang menyumbang kepada pembaziran dan sikap boros pengguna. Isu-isu yang dibincangkan telah memberi impak terhadap perlakuan saya dalam kehidupan seharian. Kadang-kala saya akan terfikir nasib golongan miskin yang hidup merempat, susah tanpa makanan sedangkan hidup kami yang berlebih-lebihan. Berhemah dengan menghindari diri daripada pengambilan makanan yang berlebih-lebihan sehingga tidak dapat dihabiskan. Bak kata pepatah perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah, Isu-isu tersebut telah memberi
11 inspirasi kepada saya bahawa sikap sederhana terhadap makanan diamalkan bermula daripada diri kita.
Dengan kadar pembaziran makanan yang berterusan, jikalau isu ini terus berkembang akan menjejaskan jaminan bekalan makanan negara. Memandangkan negara kami terlalu bergantung kepada import makanan. Hal ini telah mendedahkan kami kepada ancaman keselamatan makanan. Sisa makan dan bahan buangan daripada makanan yang tertinggal menyebabkan berlakunya wabak jangkitan penyakit. Kami perlu mengetahui bahawa tapak pelupusan sampah di Malaysia semakin berkurangan dan tidak harus kami menjadikan makanan-makanan sebagai sampah. Sikap membazir makanan akan menjadi sekatan bagi pembangunan Malaysia dan negara Malaysia dipandang rendah oleh negara luar jika sikap tidak sihat ini terus diamalkan.
Pokoknya, sikap membazir perlu dikikis dari amalan kehidupan kerana faktor utama yang membawa kepada pembaziran adalah di dalam kehidupan kita. Jika setiap individu berfikir bahawa pembaziran dalam kehidupan harian mereka adalah sedikit sahaja, maka sikap sedemikian akan menyumbang kepada statistik yang signifikan. Amalan kehidupan dapat membasmi sikap membazir dengan memupuk suatu fahaman dogmatis yang terjalin erat dengan adat istiadat hidup, suatu kepercayaan yang dapat diwarisi dan disebarkan secara berterusan. Maka setiap individu dapat menghayati segala sumber yang dimiliki dan menjadikan amalan yang mulia ini sebahagian daripada hidup kita.
12
5.0
KESIMPULAN
Kita perlu mengingatkan diri untuk mengelakkan pembaziran kerana ianya merupakan tanggungjawab terhadap masyarakat dan sebarang pembaziran memberi kesan kepada masyarakat. Kita perlu memainkan peranan dengan betul supaya dan menekankan etika tanggungjawab dan profesion kita terhadap negara. Akhirnya, menghayatilah dan berbelanja sumber yang kita ada secara hemat untuk menjana nilai yang maksimum.
6.0
RUJUKAN
1. NUR FATIEHAH ABDUL RASHID. 2016. Bazir 15,000 tan makanan. https://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/bazir-15-000-tan-makanan1.208530 [19 November 2016] 2. 10 October 2016. Selepas cipta rekod negara, 1,500 mangkuk laksa dibuang sia-sia. http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/selepas-cipta-rekodnegara-1500-mangkuk-laksa-dibuang-sia-sia. [19 November 2016] 3. Azran Jaffar. 23 September 2014. Ubah minda rakyat elak pembaziran makanan. http://www.bharian.com.my/node/7350. [19 November 2016]